Pages

Oct 11, 2010

Yang Pergi Tetap Pergi...

Penat aku mencari kekuatan nak tulis entry nih. Mula2 aku rasa ahhh..tak perlu aku tulis kot biar aku simpan dalam hati rapat2. Tapi pikir2 balik, since that day, aku tak betul2 "melepaskan" apa aku rasa. Aku cuba jadi kuat yg sebenarnya tak berapa kuat pun..Itu tak penting..yg penting org keliling aku tgk aku kuat, dah diaorg pun jadi sama kuat..And kwn2 ada yg suruh tulis utk diaorg baca and rasa apa aku rasa..Aku amat2 beruntung dpt kwn2 yg sama2 menangis masa aku menangis. Ramai..kwn sekolah,kawan office,kawan belajar, kawan alam maya..Terima kasih byk2..

Yer..Akhirnya mak aku kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 6 Oktober 2010 kira jam 9.50pm. Akhirnya setelah lebih 48 jam bertarung selepas doc menjangkakan mak akan bertahan for a few hours only. Aku mengkagumi semangat mak. Semangat berjuang utk melawan penyakit yg bkn calang2 org dpt buat..

The last entry aku buat was masa aku balik ke hospital selepas abg aku call bgtau mak hanya dpt bertahan sejam utk the final dialysis dlm ICU. Aku sampai HKL dlm pukul 12.30pm, mak dah di hantar ke wad biasa. Coz dalam ICU pun dah tak boleh buat apa so lebih elok kalau katil kosong di ICU di berikan kepada org yg betul2 memerlukan. Aku paham. Aku pasrah. Tgk mak yg masih bergantung kepada oxygen machine, dan tube baru kat leher mak (utk dialysis), selimut baru dan baju baru dari ICU, buat aku redha je dgn jalan terakhir yg kitaorg dh usahakan..Machine utk monitor BP,oxygen level,jantung mak di pasang spt biasa. Tp aku agak annoyed bila kejap2 machine tu stop dgn sndiri, tak dpt detect jantung mak, sbb masalah teknikal. Menyampah.

Aku panggil2 mak, kejap2 mak bukak mata. Aku ckp aku ada ni dgn abg sulung, jaga mak skrg. Mak angguk2. Lepas tu mak tutup mata balik. Tak larat. Aku ckp mak rehat la..dan dgr je Adik nak bacakan mak Yassin. Mudah2an sakit mak berkurangan. Dan mak ikut la dlm hati. Mak angguk2. Lepas 2x baca yassin, perut aku lapar. Tgk jam dah pukul 3.30pm. Mintak abg aku jaga kejap, sementara aku turun makan. Takkan sesekali kami biarkan mak keseorangan wktu2 ni. Akan kitaorg pastikan gilir2 gi makan, rehat smua asalkan salah sorang di sisi mak..

Aku naik balik 20 min lepas tu, Abg aku nak gi kerja balik. Dia baru start shooting, so kena gi Bukit Aman nak dptkan kebenaran shooting kat sana. Aku duduk je sebelah mak. Sesekali picit2 badan mak bila tgk mak berkerut2 mcm sakit. Basahkan towel, lap2 badan mak dan kepala mak. Since mak tak bgn2 langsung dari Jumaat. Biar badan mak segar sikit. Setiap nafas mak ambik sgt2 jelas kedengaran, sbb bkn nafas spt biasa. Mak berusaha mendapatkan seberapa byk oxygen dari machine yg di supplykan for maximum level, utk badan mak yg tinggal 20% oxygen sahaja. Dada mak sekejap2 berombak. Kejap2 mak tarik nafas dalam2. Setiap kali nafas yg dalam, aku berdebar2. Takut sgt bila tgk. Tapi aku sedapkan hati. Aku fikir dah mmg mcm tu cara mak nak bernafas..jgn pikir bkn2..

Jam dah hampir pukul 5.30pm, wad makin ramai visitor dtg. Aku berulang2 kali baca yassin, rehat 15 min, baca balik, rehat balik. Sesekali sms kwn2 rapat, utk sama2 doakan mak aku. Dalam pada yg sama, dpt reply dari kwn2 rasa diri ini kuat sikit. Walaupun pada dasarnya aku dah bersedia dgn segala kemungkinan..tp stilll..aku tak tau aku boleh hadap ke tak bila betul2 dah tiba masanya tu..Tunggu doc round ptg2 mcm biasa..sampai katil mak doc skip gi katil sebelah. Eh..takkan tak stop katil mak..Terus aku meluru kat doc tanya tak nak update saya ke perkembangan mak saya. Dia dgn muka tak bersalah, ckp " Yesterday the other doc already told you right? There is nothing we could do.." Aku diam. Dalam hati marah sbb at least singgah seminit dua bgtau keadaan mak lepas kuar ICU pun jadilah kan. Setiap minit aku tgk monitor tu aku pun tak paham. Then aku tanya nurse trainee yg kejap2 dok betulkan wire2 kat monitor tu dia pun tak paham. "Saya baru je start keje kak..saya pun tak tau baca monitor tu.." Masa dia ckp tu dia nak amik body temperature mak aku. Tp letak thermometer, without kuarkan dari plastik. Aku pandang je. Dia kepitkan kat ketiak mak, pastu dok belek2 monitor yg dia tak paham tu. Kejap2 senyum kat aku. Tapi aku dah takde kekuatan nak senyum balik. Sorry lah dik..Lepas tu dia tgk therometer tu.."Eh..takkan tak naik langsung? badan makcik ni takde la sejuk sgt.." Selepas 10 saat baru dia sedar tak bukak lagi plastik thermometer. Dgn tersipu2 dia bukak plastik and letak balik kat ketiak mak aku. hmmmm...

Aku nak gelak, takde perasaan. Nak marah, malas nak buat scene. Aku pun amik keputusan baca yassin balik bagi ketenangan hati lagi bagus. Sebelum tu aku panggil2 mak spt biasa mintak mak dgr bacaan aku and ikut skali. Berkali2 aku panggil mak tak bukak mata. Aku berdebar2. Tapi dada mak berombak2 mcm biasa amik nafas. Aku panggil lagi kuatkan sikit suara. "Mak..Mak..Dgr tak adik panggil ni..bukak mata mak..." Tp mmg takde respon walau sikit. Aku dah makin takut. Aku goncang2 badan mak, maybe dia tertidur. Tp hanya dpt dgr deru nafas tanpa apa2 respons pun. Aku jerit panggil doc. 2 Doc berlari gi katil mak. Tekan2 dada mak. Tgk monitor yg dia sorang je paham tu. Doc jerit2 panggil.. "Makcik..Makcik...Bangun..Bangun.." Tapi mata mak tertutup rapat. Doc amik torch light, suluh mata mak. rasa nadi mak..Then doc dtg kat aku, pegang bahu aku..Aku betul2 dah gigil masa ni. Sbb aku sorang..Then doc ckp.."Sorry, your mom is in comma right now..please call all your siblings, she will only have a few hours before she surrender.."

Ya Allah...aku terus terkedu for a few seconds...Terkejut sbb tak menjangkakan mak nak comma. Aku nangis. Jerit2 kat mak suruh mak bukak mata. Nurse tarik aku.."Sabar kak..Sabar...Makcik masih bernafas..Jantung makcik masih kuat..". Aku capai hp, call abg sulung aku, tak angkat. Then aku call kakak aku, call abg no 3, call kakak ipar aku. Semua dpt and diaorg bergegas dtg spital. Then aku call lagi abg sulung aku tapi tak dpat2. Aku just sms, mintak dtg hospital cepat. Tak nak bgtau details, kang dia kelam kabut dtg hospital jadi apa pulak kang..

Aku pengang dada mak, masih kuat berombak. Aku bisik kalimah Allah kat telinga mak, tapi takde response. Sebelah kanan katil mak budak perempuan muda. Tak tau sakit apa, dia nangis je tgk aku. Sebelah kiri katil mak nenek tua bangsa India. Dia pandang aku dan ckp "Doa kat tuhan awak". Sambil tgn tadah ke atas. Aku nangis tak berhenti. Tapi aku rasa tak guna nangis. Aku capai Yassin, baca sambil tgn aku kat dada mak..

Lebih kurang 20 min lepas tu kakak aku sampai. Terus jerit nangis2 tgk mak tak respons bila dia panggil. Lepas tu abg no 3 aku sampai, and kakak ipar aku sampai. Semua try panggil2 mak and bisik Kalimah Allah kat telinga mak. Bila abg sulung aku sampai, terus aku tak tahan sbb dia peluk kuat mak..Dia minta maaf dtg lambat sbb tadi kat Bukit Aman hp suma kena letak kat pondok pengawal. Bila amik je hp ada 11 missed calls aku. Dia ulang2 kali cuba ajar mak mengucap. Mintak mak ikut dlm hati. Sbb doc ckp..mak mungkin boleh dgr..

Aku and abg aku terus call adik beradik mak mintak dtg hospital skrg..Bila doc ckp "a few hours left.." rasa mcm tersentap jiwa masing2. Call dgn suara yg nak menahan sedih dan sebak mmg susah. Bergilir2 baca Yassin tanpa henti. Menjelang pukul 7pm, sikit2 adik beradik mak dtg..Yg dekat, yg jauh..Mak ada 13 org adik beradik. 9 yg masih hidup. 6 org perempuan. Yg datang hari tu 5 org, hanya adik bongsu belum dpt di hubungi. Masing2 menangis..bergilir2 ucapkan kalimah Allah kat telinga mak..Dgn harapan mak dpt dgr dan ikut dalam hati..Hanya itu yg ktorg boleh buat skrg..sekejap2 aku jmpa doc, tanya kemungkinan mak sedar balik..dia hanya jwb.."The chances is too slim.." Ya Allah....

Tapi dgn kuasa Allah yg Maha Besar, kira2 pukul 8.30pm mak tiba2 bukak mata. Menjerit2 kitaorg. Terkejut sbb baru lepas tadi doc ckp tak mungkin mak akan sedar. Mak pandang keliling. Tgk semua org ada keliling dia. Menangis. Abg aku tak putus2 ajar mak ucapkan dua kalimah syahadah. Mak menangis...Mak ikut sambil menangis...Kami semua menangis..Lepas tu abg aku ckp dah la..kita bagi mak rehat..Mak pejam balik mata..Tp kami takut..Takut mak comma balik..Kejap2 kami panggil mak utk bukak mata..Utk dgr bacaan Yassin, dan Kalimah Allah di telinga mak..Alhamdulillah mak dgr, setiap kali org panggil mak bukak mata..

Jam dah dekat pukup 9pm. Kakak ipar aku ckp dia tak nak balik. Kakak aku pun. Aku ckp aku kena balik amik Arsyad. Mandi2..lepas tu aku dtg balik. Adik beradik mak dah beransur2 balik. Aku balik dgn hati yg berat. Ikut hati nak sentiasa dgn mak, tapi kami kena kawal emosi. Tanggungajawab aku sebagai isteri dan ibu juga penting. Aku balik, amik Arsyad. dia pun dah penat. Sampai rumah baru aku rasa lenguh2 badan, kepenatan yg teramat. Hubby ckp tidurlah dulu. Esok pagi2 pergi hospital balik. Tak guna semua bermalam kat hospital, esok pagi dah penat sapa nak jaga pulak? baik bergilir2 jaga..betul jugak ckp dia..So aku call kakak ipar aku, dia pun setuju..

Mana ada org boleh tidur lena dgn keadaan mak yg mcm tu kat hospital. Hp dah ready kat sebelah bantal. Aku try lelap tapi tak boleh. Aku rasa dlm kul 3am baru aku leh lelap pun. Tiba2 hp bunyi. Aku dah berdebar2. Hubby pun terkejut bgn kalau tak mmg tak pernah terbgn if hp bunyi. Kakak aku call nangis2 ckp jantung mak dah berhenti. Suruh dtg hospital cepat. Aku dgn mamai2 rasa terus bgn..Lepas letak phone aku try segarkan mata sepenuhnya. Aku call kakak ipar aku sbb dia lagi cool. Kakak aku tu agak dramatik dalam menyampaikan apa2 berita. Kakak ipar aku ckp tadi jantung mak agak lemah, tapi skrg dah stabil. Dah pasang 2 monitor utk jantung. Oxygen dah top up. Tadi kehabisan oxygen kot. Tak payah dtg sbb mak dah mcm biasa balik. Lega..kakak aku memang suka call mcm tu buat jantung aku yg terberhenti..

Esok pagi kami bgn agak lewat. Penat smlm tak abis lagi. Lepas hantar Arsyad yg menangis sbb tgk aku pakai jeans tapi dia still kena gi school, kitaorg pun bersarapan dulu siap2. Senang dah naik ward mak tak payah turun2 balik. Aku suruh hubby gi keje mcm biasa. Sampai hospital dlm pukul 9am, Terus aku suruh kakak ipar balik dah rehat pulak. Abg aku yg tak nak balik. Dia mintak cuti terus hari ni. Aku tgk mak mcm smlm. Tapi bila aku panggil tak bukak mata. Abg aku kata mlm tadi mak comma balik. Takpelah..janji aku tgk dada mak masih kuat cuba tarik sberapa byk oxygen..Aku pun baca yassin mcm biasa..

Kejap lagi sambung balik..sbb aku nak tulis details..tapi entry akan jadi terlebih panjang kalau tak sambung2..

3 comments:

dieya said... [Reply to comment]

my dear zu,
takziah atas pemergian your mum. i baru tau bila i paca entry ni. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. be strong for your family okay dear and take care of yourself too.
*hugs*

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Nadiah,

sorry i tak sms. i did announced in FB. Takpelah, i ok dah..kena redha. Yg penting arwah di tempat yg terbaik and tak sakit lagi dah..

thanks for the prayers. *hugss*..

amiRAzlin said... [Reply to comment]

zu..
takziah ye..mmg sedey ble baca word by word..mengalir air mata teringatkn arwah MIL..lebey krg cmtu gak..ble baca cite mcm ni tros teringt kt mak & ayah lin..so selagi diaorg masih hidup kita buat la yg terbaik utk diaorgkan..be strong yer..semua yg hidup pasti akan mati...