Pages

Oct 12, 2010

Yang Pergi Tetap Pergi Part 2

OK..sambung balik..bila dah naik atas, aku continue baca yassin..beli air mineral sebotol buat basah tekak..sesekali aku jeling kat monitor yg baru..something mcm kat bawah ni. The other monitor yg aku tak paham tu aku tak jmpa kat google. mungkin terlampau canggih yg HKL tu guna sampai takde satu pun images dia match dgn monitor yg aku and nurses tu tak paham..



Monitor ni kan style ada bunyi2 degupan jantung tu. Suspen ok. Sbb kadang2 heartbeat mak laju sangat2. Aku pun kecoh2 la gi counter nurse tanya heartrate yg normal patut berapa. Coz asyik above 100 je. dia ckp normal patut 60-80. Tp mak punya laju sbb amik oxygen tu kan..tp laju sgt tak elok. kang jantung dia penat. agak2 sampai 180 tu aku dah risau. Cepat2 bisik kat mak suruh dia istigfar byk2. turun sket. Time aku baca yassin pun turun jadi 120. still laju dari normal, tp tak la tinggi sgt kan..

Dari pagi duduk sana gilir2 baca yassin dgn abg sulung aku. Gilir2 gi makan..Sampai kul 4pm aku tunggu doc buat round. Spt smlm dia skip katil mak. Darah aku mula mendidih. Aku gi kat dia. Tanya nape skip katil mak. Then dia jawab gini

Doc     :  As i told you yesterday, there is nothing we can do anymore. It's the matter of time..
Aku     :  Well..yesterday also u said my mother will not wake up from comma. And obviously you were wrong.
Doc     :  Yes, i can only predict. But if we refer to the medical side, it's really the matter of time..we can just waiting

Aku tak tau la aku yg terlampau mendesak, atau pun doc tu mmg dah habis kata2. Tp bg aku, selagi belum terpisah nyawa dari badan, selagi tu kita tak boleh putus harap kan. Aku tak mintak doc nak nangis sama2, dok mengadap mak aku 24/7 sama2. Tp kalau dah tgk keadaan kitaorg mcm tu, apa salahnya stop by bila dia buat rounds tu. Then explain kat aku the progress. Dah la nak paham monitor tu pun aku kena terhegeh2 gi tanya. haihhh...mmg menahan2 sabar je masa tu..

Sikit2 family jauh2 dtg bila dapat berita mak sakit. Sampai kul 8pm aku kat situ dari pagi tak rasa sikit pun bosan. Sbb kejap2 bgtau nurse oxygen abis..kejap2 bgtau nurse ubat abis..mmg assistance nurse betul. Bila kakak aku and kakak ipar aku sampai, kitaorg pun balik. Aku pesan byk kali call aku if apa2. Kakak ipar aku ckp jgn la risau, balik rehat then esok turn aku plak mcm biasa..

Kitaorg balik, lepas amik Arsyad aku singgah umah MIL sbb bwk Arsyad jmpa doc dekat dgn Cheras coz dia pun tak berapa sihat. Dah borak2 lebih kurang, dalam pukul 9.30pm mcm tu ktorg pun balik la.Elok 5 min kuar dari rumah MIL, dpt call from kakak ipar aku. Tenang je suara dia ckp "Dik, dtg skrg..jantung mak dah stop". Menggigil jugak la aku masa pegang hp tu. Coz knowing kakak ipar aku, dia takkan ckp mcm tu kalau betul2 tak serious. Kitaorg patah balik rumah MIL, sbb lagi elok mintak tolong adik hubby hantar aku ke HKL. Biar hubby uruskan Arsyad. dgn dia tak sihat, dgn ngantuk, so diaorg balik dulu. Aku sempat tukar baju kurung pinjam MIL. Dlm hati aku biarlah apa2 terjadi aku tukar baju dulu..

Masuk je kete, aku terus call kakak ipar aku balik..Takkan aku boleh lupa bila dia ckp "Dik..mak dah takde..mak dah tinggalkan kita.." dgn surrounding belakang aku dgr suara kakak aku nangis..and machine yg menjadi peneman aku jaga mak dah bunyi "teeeeetttttt..." Aku bayangkan garis lurus kat monitor tu..Aku tarik nafas dalam2..Aku try tak nak nangis. Dlm kete ada adik ipar and MIL aku. Dalam menahan rasa, aku ckp "Mama..mak zu dah meninggal..". Tp lepas je aku ckp tu terus aku breakdown..terus aku nangis..Tapi still tertahan2 sbb tak nak carried away..still aku tarik nafas dlm2 utk sabarkan diri sendiri.

Aku call hubby, dia belum sampai rumah. Dia pun sebak. Dia pesan takpe..u dah buat yg terbaik..kita terima pemergian dia..aku angguk laju2 as if dia tgh ckp dpn muka aku time tu. Tp sbb aku sorang2 kat belakang dlm kete, takde sapa nak peluk utk lepaskan rasa sedih, takde sapa aku nak pegang tgn..so just tarik nafas dalam2 beberapa kali utk legakan apa yg aku rasa time tu..

Perjalanan from Cheras ke HKL mlm tu adalah yg paling lamaaa and panjaangg aku rasa. Berkali2 aku call kakak ipar aku pesan jgn bagi nurse hantar ke bilik mayat dulu, aku nak naik atas tgk mak..Kuar je lift, terus aku meluru ke ward mak. Tertinggal MIL dgn brother in law kat belakang. Nampak abg aku kat luar ward tgh buat call. Terus aku lari ke katil mak. Yg masa tu dah ada partition utk tutup dari pandangan patient2 lain. Aku tgk bdan mak yg tak lagi bernyawa, dada mak yg tak lagi berombak mendapatkan oxygen, muka mak yg tak lagi berkerut2 menahan sakit. Aku peluk mak dan nangis semahu-mahunya. Kakak ipar aku dtg tarik ckp tak baik meratap nangis mcm ni. Aku jerit "Mak..kenapa tak tunggu adik..seharian adik kat sini mak ok..bila adik balik mak pergi.." Aku tau tak guna aku ckp apa2 lagi. Well..sapa yg boleh berfikir secara waras dalam keadaan mcm tu. Aku peluk mak kuat2. Memang aku tak pernah peluk mak mcm tu. Kakak ipar aku tarik suruh aku stop. Dia ckp "Adik..tak baik buat mcm ni. Mak pergi senang je tadi..Dpn akak, Ina and Abg Joy..Anak2 dia..Itu yg lebih penting.."

Aku ok sikit lepas dgr kakak ipar aku ckp mcm tu. Memang yg penting mak tak susah masa di ambil pergi dan anak2 dia di samping dia walaupun tak lengkap. Aku and abg no 3 takde. Ye lah, kitaorg dah try berkumpul selama boleh. Tp kena realistic yg Allah amik mak balik bila2 masa je. Jadi tak guna aku nak sesal aku takde di sisi mak ke apa. Cukup la mak tau aku jaga dia waktu siang, dan sentiasa ada org di sisi dia walaupun bergilir2. Aku lega sikit bila aku fikir mcm tu. Tak tau dtg dari mana kekuatan yg aku ada tu..

Masa Arwah Abah meninggal dunia 10 thn lepas, aku tak sempat jumpa sbb tgh induction kat UiTM. Aku balik2 Arwah memang dah koma. Aku betul2 lemah masa tu sbb aku memang rapat dgn Arwah abah. Then aku ingat kali ni aku akan lebih kuat sbb dah experience hilang Abah dulu. Tp aku silap..Hilang bapak and mak adalah dua perasaan yg berlainan. Lain sama sekali. Tak tau aku nak explain mcm mana. Tak kira la korang close dgn sapa, tp rasa hilang tu sangat2 perit. Mcm aku bkn la jenis nak berpeluk bermanja2 dgn mak, bkn jenis nak kiss2 dgn mak, asalkan aku jaga kebajikan mak, jadi tmpt utk mak bergantung masa sakit and susah, cukup lah. Aku pun buat apa aku mampu jer..Tp bila betul2 "masa" nya ni dah sampai. Aku termenung lama..Pandang mak yg terbaring dpn mata..Mcm2 aku pikir.Last2 aku capai Yassin bacakan utk mak. itu je yg dapat tenangkan perasaan aku masa tu..

Tak lama lepas tu nurse mintak kitaorg keluar kejap sbb nak cabut wayar2 and tube2 yg ada kat mak. Ada 5 tubes kesemuanya. Lepas tu trolley dari bilik mayat pun sampai. Kitaorg ikut sampai ke Rumah Mayat, aku pelik sbb takde laluan khas. Tgh2 mlm kul 12.30am masa tu lalu belakang2 lorong HKL, tepi2 bangunan, dan tembus kat tengah2 jalan besar menuju ke Rumah Mayat tu..hmmm..Lepas settled semuanya, kitaorg tunggu van jenazah dari surau wangsa maju. Ktorg decide taknak uruskan jenazah kat hospital. Biar kat surau esok pagi supaya kitaorg dpt peluang mandikan mak, uruskan jenazah mak. Lepas dpt Sijil Kematian, aku pun naik van jenazah.

Dlm van pun kitaorg sambung bacaan yassin. Kali ke-dua aku naik van jenazah lepas time Arwah Abah dulu. Sampai Wangsa Maju, letak mak kat tempat urusan jenazah dalam masjid tu. Then berjaga la kami sampai ke pagi. Cukup 4 org adik beradik, kakak ipar aku, and sorang anak buah arwah abah. Alhamdulillah, yg penting semua anak2 mak ada..

Esok pagi dari Subuh ramai org dah dtg. Alhamdulillah, sbb uruskan kat masjid, jemaah subuh dpat buatkan tahlil utk Arwah mak..Kul 8am start mandikan jenazah..Aku bersyukurs sgt2 kami adik beradik and menantu2 mak termasuk hubby aku berpeluang mandikan, uruskan jenazah mak sampai selesai. Aku masih lagi dapat tahan airmata buat kesekian kali sampai la mak di kapankan. Bila kitaorg kena cium mak buat kali terakhir, masa tu mmg takde sapa yg mampu tahan perasaan lagi. Cuma kitaorg berhati2 takut airmata tertumpah kat jenazah yg telah di mandikan. Tapi anak buah aku 2 org tak dpt cium coz tak berhenti2 menangis. Tak dpt stop kan airmata dia..Ye la diaorg mak jaga dari kecik, mesti lagi terasa sbb diaorg budak lagi..

Urusan lepas tu masa di sembahyangkan, di bawa ke tanah perkuburan berjalan lancar. Lega hati aku sbb yg penting kitaorg dpt uruskan jenazah mak dgn lancar dan sempurna. Masa ustaz baca talqin pun aku tak dpt tahan perasaan. Sedih dan tentu, tapi perasaan lain bercampur baur yg aku tak tau nak explain. Hanya org yg pernah merasa kehilangan yg tau perasaan ni kot..

Bila semua dah selesai, masuk je kete nak balik baru perut aku terasa lapar. Dari mlm smlm aku tak makan apa2. Cepat2 aku call abg aku ckp biar aku beli makanan, then makan kat rumah dia. Kepala pun dah pening sbb satu mlm tak tido. Dah settled suma, balik rumah, mandi terus aku tido. Ptg hubby amik Arsyad, dia kejut aku bgn and siap2 utk pergi tahlil mlm tu kat masjid. Kebetulan Khamis mlm Jumaat, mmg elok la jemaah ramai utk bacaan yassin dan tahlil utk mak..Alhamdulillah..

Ramai org kata aku patut bersedia sbb Arwah dah sakit lama sebelum dia pergi. Well..bagi aku siapa pun takkan betul2 ready kehilangan ibu bapa walau dlm keadaan mcm mana sekalipun..Bila betul2 tiba "masa" tu, hanya Allah yg tau perasaan kita nak menanggung..Tp aku byk kali ingatkan diri sendiri..kita kena redha. Aku tak nak terus2 bersedih dan mak "tengok" kami adik beradik bersedih. Bila kita redha pemergian dia, maknanya kita terima apa yg Allah dah tentukan utk kita..

Dulu masa aku tanya Arsyad pasal Wan dia..dialog nya mcm ni

Mummy     : Arsyad, Wan mana?
Arsyad       : Wan tatit..
Mummy     : Tatit apa?
Arsyad       : Tatit tati..(sakit kaki)

Tp skrg bila aku tanya, dah tukar jawapan dia. Serious aku tak tau dari mana dia belajar. Mungkin dgr kitaorg borak2, or time aku ckp dlm phone pasal mak.

Mummy       : Arsyad, Wan mana?
Arsyad        : Wan dah tati..(*Mati)
Mummy      : Hah? wan apa?
Arsyad        : Wan dah tati..dah tade..dah ilang...

Subhanallah...Memang tak bawak dia masa urusan pengkebumian tu..Kalau bawak mesti dia lagi faham..

Hari ni aku bertambah tenang. Memang aku tenang hari2. Aku takde la kejap2 nangis, kejap2 nangis. Tp Demi Allah sejak mlm Rabu tu, aku tak berhenti ingat kat mak. Sentiasa ingat mcm2 kenangan dgn mak. Tido pun mimpi mcm2. Semua kenangan dari kecik, sampai besar, manis, pahit, suma aku ingat..InsyaAllah smoga ingatan ini sentiasa ada..mlm Khamis ni adalah kenduri mlm ke-7. InsyaAllah kami akan buat tahlil sampai genap mlm ke 100.

Thanks to all yg bg support, yg tak jemu2 tanya keadaan mak aku. Nak sebut sorang2 memang ramai. Aku rasa terharu sgt sbb ramai yg amik berat. Sebak bila Kak Selly sekeluarga sempat dtg mlm sebelum mak meninggal, dtg masa funeral suma. Thanks yer kak. And semua kwn2..you know who you are..
Kak Naz, yg bg kata2 semangat..thanks a lot..Salina, antara org pertama yg sentiasa aku update pasal mak aku. Bila HR announced pasal mak kat office pun, aku dapat email ucapan takziah dlm 150++ out of 300 staffs. Memang terharu. Semoga doa2 kalian di perkenankan Allah swt..

Aku skrg adalah yatim piatu..Tak tau lagi mcm mana aku nak harung Aidilfitri pertama tanpa mak. Mcm mana rasa kekok gaji Oct tak de lagi portion mak. Sejak 1st gaji memang tak pernah sekali pun aku missed bagi kat mak. Kali ni mesti rasa lain. No more HKL visits, no more hectic in hospital. InsyaAllah..semoga aku semakin kuat..yg penting mak di tempat yg tenang..tak sakit lagi..aku redha sbb aku terima apa saja yg terbaik utk mak..

6 comments:

kerengga said... [Reply to comment]

salam,

takziah atas pemergian mak mulan.moga arwah ditempatkan di kalangan para salihin. al-fatihah. sabar & kuatkan semangat k

Pnut said... [Reply to comment]

Takziah buat Zue.
moga terus tabah dan kuat ye...
Insya-Allah walau dia tak bersama kita lagi, tapi pastikan doa kita sentiasa ada buat arwah...

at least Zue masih ada mama, mama dan papa yang boleh berkongsi kasih.

Akak ingat lagi, masa hari arwah abah akak meninggal, orang pertama akak call ialah papa, menangis teresak-esak macam budak kecil.. papa pujuk macam pujuk anak kecil juga. then letak phone, tak sampai 5 minit mama call pulak.. masa tu akak dalam pantang, mama pun nangis, mama kata akak jgn banyak nangis sebab masa tu dalam pantang..

Balik kl pun terus cari papa, dah rasa papa tu macam ayah sendiri dah..

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Thanks Ana,..

Kak Naz,

Memang zu bertuah sbb still ada papa n mama yg boleh zu tumpang kasih. Tp deep down, mmg mak bapak mertua dgn mak bapak sendiri takkan sama kan. Memang sejak kawin zu anggap parents in law mcm mak bapak sendiri..tp feeling tu tetap lain..Apapun, zu still kena bersyukur dgn apa yg zu ada skrg kan?? setengah org parents in law pun dah takde..lagi sedih...

Azalina M.Salleh said... [Reply to comment]

takziah.. semoga roh nya ditempatkan di kalangan golongan yang beriman dan dilimpahi nur dari Allah...i noe u ur strong... like i noe u before...

sahabat dari jauh...

eiseai said... [Reply to comment]

sedih gila baca cerita ni. lagi sedih sbb i tak angkat phone malam tu bila u call & lagi lagiii sedih tak sempat nak jumpa u kat surau pagi tu sebelum arwah mak u kebumi. i nangis sorang2 control gila dlm kreta shukor. be strong zu and always sedekahkan fatihah utk arwah mak u bila2 u teringat.

p/s lesson learnt - jgn gossip bila nak menziarah :(

s2m3r said... [Reply to comment]

sebak baca entry ni zu...
cam ne lah iLa nanti yek..adakah akan jadi setabah zu..
alfatihah buat bonda tersayang