Ini adalah bday song versi Arsyad okeh..yes, memang bila aku ckp kat dia "Arsyad, hari ni bday daddy.." terus dia nyanyi beday yu yu ni kat Daddy..hehe..biasaklah budak nursery confirm la slalu nyanyi bila ada bday celebration kat school kan..
Bday Daddy Arsyad pada 23 Oct 2010. Selalu memang sebulan dua sebelum bday aku dah bz pikir apa nak beli, apa nak plan and what not. Tp sbb month of Oct tu mcm2 jadi, aku tak terpikir sgt. Betul2 last week baru aku rasa mcm eh..takkan aku tak plan apa nih..Sbb so far bday gift Daddy mmg aku dah ckp kat dia apa aku nak bagi awal2. Coz knowing him, reaction dia kepada bday gift even suprise or planned mcm tu je...kalau ko suprise dia dgn benda best pun dia bagi reaction yg sama, kalau ko bgtau awal2 apa nak bagi pun reaction tatapp sama..hahaha..
So, aku awal2 ckp aku nak sponsor dia pakai braces..keke..Ada ke bdk office aku ckp its such an insultation for him?? like aku sruh betulkan gigi coz gigi dia teruk..kekeke..Takde lah..dia mmg nak pakai braces. Cuma costly kan, so alang2 org nak sponsor, cepat je la member ikut aku jmpa doc. Aku pun survey2, then buat appointment, terus bwk dia jmpa doc. Selamat sudah hari jumaat lepas pasang. Kira sehari bfore bday dia lah.
Aku jenis suka kasi suprise gak. Di sbbkan bday gift dah tak suprise, aku pun plan la benda lain. Coz bday dia jatuh hari Sabtu, and every year aku memang hantar cake kat office dia utk dia buat cake cutting dgn kwn2 office (kira best la gak kan celeb ramai2 kat office), so aku pun hantar la cake Friday ptg tu. Konon dah abis best dah bersubahat ngan staff dia. Suruh staff dia turun amik cake, pastu letak atas meja dia. Dia dtg je tmpt dia tau2 dah ada cake atas meja. And of coz la agak terharu walaupun aku dpt bayangkan ekspresi muka tatappp la serupa kan..hahaha..
Aku antar cake dlm kul 4 lebih. Then aku tgu2 dia call kot2 nak ckp thanks ke, bgtau dia terharu ke, terperanjat ke..takde pulak. Aku tgu smpai la dia call ajak balik. Masa on the way nak gi clinic gigi pasang braces, pun tak ckp2 lagi. Aku pun dah mcm ehh..dia tak dpt ke kek tu? takkan staff dia terlupa kot. Aku dgn tak dpt menahan rasa pelik, aku tanya la dia.
Daddy dpt tak bday cake tadi?
Dapat..
(aku pelik gila nih..) Dari sapa?
Ntah..budak dept i kot..
Sahhh!!!!... makin kronik tahap hati kebal laki aku nih..Sah2 la besar2 tulis atas cake tu "Happy Birthday Daddy..From Mommy and Arsyad". Apekehal bdk2 dept dia nak tulis mcm tu atas cake????. Bila aku ckp aku yg beli and antar, baru dia nak tersipu2 malu. Tensi aku okeh!!. Ni aku yg kena suprised, bkn dia!. Dah sah2 every year bday dia memang aku yg antar cake, kalau tiba2 this year bdk2 office dia yg beli cake, patut dia pelik la kan..merajuk ke dgn aku..nape this year takde cake utk dia. Ini dia boleh selambaaaa je..Haihhh...Nasib aku pun hati kering boleh tahan. Tkde la aku nak merajuk or rasa dia tak appreciate ke apa..Dah pesen laki aku mcm ni..Terima sajorkkkk...hahaha
Then next day tu kan actual bday dia. Aku pun dah abis best ni plan utk dia. Hantar Arsyad gi school, then aku bwk dia gi Spa kat Hartamas. Mmg jauh dari umah tp kat situ je ada couple spa.
So the whole morning tu kami hanya bfast di mamak, gi giant beli groceries, then layan Upin Ipin dgn Abdullah Arsyad. Nice kan?
Tgh hari aku dah rasa mcm eh..jom la kuar. Lepas Arsyad amik nap, ktorg pun gi la KLCC. Jadik lah asalkan kuar dari Kajang. haha..Gi Chillis, konon nak mkn best2 sket la celeb bday kan. Tp lupa plak org baru lepas pakai braces takleh makan sembarangan. Nasib aku tak suggest gi makan steak kat Victoria Station ke. Kalau tak dgn aku2 kena pakai braces kang. hahaha..Aku pun ajak gi Chillis. Plan nak request free bday cake utk Daddy. Konon nak suprise lagik la suruh staff Chilis nyanyi bday song utk dia ramai2 mcm biasa kan. Tp aku pikir2 balik, cake of the day dia choc brownie. ada kacang2. Kang dia makan pastu tersangkut2 kat braces, aku gak yg kena marah. So cancelled!. melepas lagi aku nak makan choc brownie..eh, bday sapa nih?? hahaha
:: Budak melaram lebih padahal nak kuar celeb bday daddy::
:: Aku sgt tensi bila bdk ni mengamuk2 kat restaurant::
:: Nak2 kalau mengamuk sbb nak main coaster ni jer. Tgk tu ada lagi baki2 air mata..haih la Arsyad::
:: Dpt main coaster sbb Daddy yg bagi. If dgn Mummy, confirm dpt lempang jer. hahaha::
:: Arsyad order mac n cheese. dia adalah peminat pasta yg tegar skrg. Apa jenis pasta suma dia suka::
Aku lupa plak nak snap gambar food aku order. Tp best giler aku amik combo yg lamb shank and montrrey chicken. Sedapppssss..Bday boy hanyalah mampu makan fish and chips sahaja..hahahahaha..makan hati member tgk aku melahap lamb shank tuh..Sabar yer Daddy.."Beauty is pain..." hahaha
Pastu jalan2 la konon nak suruh Daddy beli apa2 kan. Tp hampeh satu benda dia tak berkenan nak beli. Last2 Arsyad jugak dapat habuan..best betul jadi Arsyad..
:: Sebenarnya Daddy yg minat kasut jenis high-cut nih..Tp of coz utk anak kesayangan..Baju Arsyad dah tukar. dia kalau kuar confirm tukar baju 2-3 kali::Lepas jalan2 tu kami pun balik la..Berakhir la bday celebration utk Daddy tahun nih..hahaha..Jgn la salahkan aku kan, sah2 aku plan mcm2. Tp dia yg memilih utk jadi org yg tak fun tak suka kuar2 and celeb bday2 nih, kita ikutkan ajer lah..
And di sebabkan bday Daddy adalah hari yg sama dgn bday abg sulung aku, maka aku pun plan la makan2 satu family bersama2. Memang ler rasa eh..dah tua2 pun nak celeb bday ker? Alah..mmg la bday utk bdk2, tp if kita kumpul2 satu family, makan2, gelak2, borak2, gossip2, lagi2 sbb celeb apa2 occasion, kan lagi best? Tapi of coz, rasa lain sbb kali ni mak takde..Tp kitaorg buat mcm biasa..mcm mak sentiasa ada dgn kitaorg. Sbb mak mmg suka sgt if kitaorg buat makan2, sbb mak suka masak. Penat2 pun, sakit2 pun, mak akan masak utk anak2 dia kalau bday ke, apa2 ke.
Aku plan just nak beli2 jer tak payah masak2. Padan muka sapa suruh tak nak tuntut ilmu masakan dari mak. Kan dah rugi. Eh, tp kakak aku ckp dia leh masak Nasi Ayam sebijik mcm mak masak. Sbb dia sempat berguru dgn mak. hehehe..Maka dia lah menjadi chef pada hari tu. Ok lah takde la sama sgt rasanya. Tp tiga pinggan gak aku bedal. Daddy pun makan bertambah. Alhamdulillah..walaupun kami yatim piatu skrg, tapi kami tetap boleh berkumpul2 adik beradik happy2 mcm family lain..Al-Fatihah utk mak dan abah....
:: Cake for both of them..::
:: Food spread..motif amik gambar food tanpa bukak penutup makanan?? hahaha::
Pastu dua org bday "boy" ni malu2 plak nak tiup lilin and potong kek. Konon rasa dah tua tak payah la nak berkek-kek bagai kan. Eh..sapa kata kek ni utk korang? of coz utk bdk2 and mak2 budak nak makan..Korang punya bday, so korang la potong and rasmikan dulu..hahaha..Terpaksa la anak buah aku bwk kek gi mengadap kat diaorg kerana penat suruh bgn gi meja potong kek haram takmo angkat bontot masing2..nyampah tau...
:: Malu2 la pulak Bday Boy yg Tua..haha::
:: Ini Bday boy yg muda sikit..hahaha..::
Dah abis makan2, kitaorg pun beransur lah. Then Daddy ajak gi Wangsa Walk plak..saja jalan2 katanya..aku suka Wangsa Walk sbb ada FOS for kids tu kan. mcm2 baju cantik2 and murah2 ada. Dah jalan2, sekali budak kecik ni ternampak benda alah nih..Terpaksa la spend sejam kat sini jer. Haihh..lantaklah Daddy yg melayan pun..Aku lepak tepi baca paper jer..hahaha
:: Kalau beli benda ni letak kat rumah best kan? dgn mak bapak skali join..::
:: Dah besar dah anak aku. Main slide pun nak terjun sendiri..::
:: Ajak Daddy main sama adalah satu kemestian::
Epi Beday Yu Yu.....
4 comments:
muahahaha kelakar gilers nas bleh kata kek tu dr bebudak opis dia.. dia tak baca ke tulisan atas kek :-D
Nyampah kan Nadiah? u mcm tak kenal i kan. i kan suka bday celeb ni. dulu kat TMO i lah tukang order cake, tukang organize suma. Sadis sungguh dia tak baca apa i tulis on top of the cake tu. nasib i tak print muka i besar2 letak atas cake. Kalau dah cake muka i, dia still rasa bebudak office dia bagi, seriously tak tau apa nak ckp dah. hahaha
hahaha... nas.. nas... sabor jer la zu..
tp bab ekspresi muka nas tu eleh akak bayangkan... hehehe
hahaha...kan kak sally? kalau org lain agaknya dah merajuk2 dah. tp zu pikir kang zu merajuk dia nak pujuk ke? hahaha..
Post a Comment