Pages

Oct 27, 2011

Semangat...

Cite pasal kuruskan badan lagik..miahaha..Niat di hati nak update pasal anak2 and letak gambar2 cukur jambul si Adelia. Tp sbb baca comment2 kawan2 pasal cite kuruskan badan..first thing first la yer..chewaah..padahal aku yg menggelupur nak update pasal benda ni kan..kekeke

Okeh, Firstly, aku rasa happy sbb ramai rupanya yg try detox diet tu eh. Ramai yg sms, email, letak comment, and alhamdulillah..takde sorang pun yg ckp dia tak turun berat or naik berat. Hehehe..Semua pun turun paling kurang 1kg walaupun buat sehari. Syabas kawan2...Jgn risau, detox diet ini adalah cara yg selamat. Cuma kena ada keazaman yg melampau2 tingginya..hehe
Ye la kalau kita dah biasa makan satu hari roti, nasi, lauk pauk, mee, etc...tiba meniba nak makan buah sahaja sehari suntuk sapa nak tahan kan..And pada yg tak biasa, nampak diet ni extreme sgt sbb hanya makan buah sehari suntuk. Tp percayalah, lagi baik ko makan buah satu hari dari ko dok telan ubat2 kurus yg ada kat pasaran tu. Tak kira la herbal ke, serbuk ke, pill ke, dari doc ke..tak kira..Klau ubat tu bertindak utk tolong ko kuruskan badan, mmg kalau bleh elakkan la. Dulu masa K slalu buat health talk kat office, ada nutritious ni ckp kalau ko amik segala mak nenek product tu, mula2 mmg dia membantu utk turunkan berat. Tp lama2 dia akan jadi "racun" dalam darah. Sbb dia adalah benda asing. Benda asing yg bukan makanan, minuman, ko masukan dlm badan. Bila dia jadi agen bertindak membantu turunkan berat, lama2 dia jadi "perumah" dlm badan kita. Sbb belum ada research yg boleh mengesahkan benda2 asing tu akan keluar mcm mana kita hadam makanan2 kita...So, kat mana lagi dia stuck??? hmmm..

Dengan itu, aku rasa detox ini adalah cara paling natural. Cara paling selamat cuma ko kena tahan craving je. Jgn ckp badan ko tak cukup zat. Tgk la menu dia bkn suruh makan buah satu minggu. Dia dah buat cun2 kasi badan ko bertahan dgn nutrien yg ada. Bkn mcm diet Angelina Jolie sebijik epal sehari. Ko mampu???? hahaha
Ok, kalau yg tak sanggup nak buat detox, ada gak yg tanya aku cara apa lagi aku buat dulu? Aku plak rasa mcm spokeperson utk kuruskan badan padahal badan aku ni tak kurus2 gak. Hahaha..Tp kalau benda kita tau, apa salahnya kita share kan. Aku bagi suggestion berpandukan apa aku buat dulu. Masa turun 20kg in 5 months dulu..

Ikut badan la kan. Mcm badan aku alah nasi. So aku stop terus nasi. Buat peminat nasi yg tak mampu nak stop nasi, korang try amik brown rice atau beras herbaponi taj mahal tu. Beras tu bagus utk ganti beras biasa kita makan. Of coz rasa dia kurang sedap sikit. Sbb beras kita biasa makan tu ada kandungan gula and kanji yg tinggi. Terlebih2 melampau dari yg sepatutnya badan kita amik. So if ko still nak makan nasi, ganti la dgn brown rice or herbaponi.
Stop air manis. Or if nak pun skali sehari time bfast. Sbb kalau nak bfast air panas cicah roti or biskut, takkan ko nak cicah air kosong panas kan? haha..Kurang2 air milo or horlicks. Tp ko pilih yg kurang kandungan gula. Jgn sekali2 amik 3 in 1. Itu gila punya tinggi kandungan gula. Amik yg jenis biasa, bancung tanpa gula or susu. Tawar la sket tp ok la ada gak rasa milo or horlicks dia. Aku once in a while balun je teh ais pujaan hatiku. Pastu menyesal sendiri lah. haha..Air kosong plak minum paling kurang 2L sehari.

Paling senang, kurangkan makanan bergoreng. If selama ni order mee goreng, tukar la order mee sup ke. If selama ni sayur2 semua goreng2, tukar buat steam or sup2. Sesekali nak lepaskan hajat makan goreng2 ok. Aku dulu gemar betul mkn goreng nugget, drummet, hotdot tiap2 mlm. Best gilos mkn dpn tv. Hasilnya badan naik, kandungan kolesterol dlm darah pun mencanak naik. So aku stop. If kadang2 teringin baru aku mkn. Nasib kolesterol level dah kurang skrg nih...
Kurangkan makan daging. Sbb badan susah nak digest. Ko tau sekeping daging kambing size tapak tangan, akan amik masa 2 minggu utk betul2 di hadam dalam perut. Aku smlm gi bday party, aku makan 2 ketul sbb sedap sangat2. So aku rasa daging kambing tu tgh berseronok ajak lemak2 aku berparti..sbb nanti dia pun akan jadi ahli lemak dlm badan aku gak..hahaha...so if nk makan, amik ayam or ikan. Seafood lagi la ko kena kurangkan sbb byk acid. Sebulan skali ok la kot..

Bykkan makan buah and sayur. If sayur yg tak masak lagi bagus. Just celur2 ksi layu je. Kan org tua2 pun ada petua nk awet muda, mkn byk ulam2. Ko pernah jumpa ulam2 tu buat goreng belacan? masak ikan masin? miahaha..lagi bagus kan makan gitu je...kalau ko nak tambah umpph boleh la cicah sambal belacan ke apa. Tp tak berapa di galakkan sbb lagi bagus ko mkn gitu. If dah cicah2 mcm defeat the purpose la plak. Buah, mmg hari2 kena makan. Utk bantu penghadaman, and bagi badan ko nutrien yg betul2 badan perlukan. So badan dapat bekerja dgn senang hati..tak la tersekat2...Eh, apa punya ayat ntah..hahaha

Bab makan, aku susah nak ckp gak. Sbb lain org, lain selera. Mcm aku memang selera gajah. Dan aku pun manusia biasa. Aku pandai ckp org jgn makan lamb, tp aku telan 2 ketul. Tak tahan punya pasal. Hahaha..Aku pun slalu order meehoon goreng instead of meehoo soup. Sbb tekak punya pasal. Aku just bgtau, tapi aku pun selalu terbabas. kekekeke. So harap2 korang lagi kuat dari aku. Sbb if kita dok baca mcm mana nak diet, dok tambah ilmu apa patut mkn, dok tgk org kurus dgn diet2 ni, kita sendiri tak bertindak tak guna gak kan...

Org tnya mcm mana nak kuatkan semangat...Mcm mana eh? Bagi aku, mmg aku dari azali tak suka gemok. Tak suka perut mengelebeh. Tak suka pakai jeans makcik2. Hahaha..Aku takmo nampak tua sebelum usia. Takmo nampak mcm anak 8. Eh, ada org anak 8 pun bleh slim and maintain tau. Dan yg paling penting, aku nak SIHAT DAN CERGAS. Bkn aku ckp org gemok tak sihat, tp kebanyakkan nya mmg tak kan? Kalau badan dah berat, nak bergerak pun susah. If kurus and ringan, senang nak gerak and rasa cergas sentiasa. 

Lagi satu aku mengaku aku mmg suka melawa. Melawa bkn bermakna aku lawa. Rupa aku mcm tu je gak. Hahaha..Tp aku suka pakai baju cantik2, suka ikut fesyen, suka nampak cantik. Boleh je nak nampak cantik dgn badan yg besar. Ramai je org badan besar tapi cantik. Tapi bkn aku. Aku ni if nak nampak "elok" sikit kena la kecikkan badan. Kalau tak terseksa org tgk. Sbb nak pakai mcm org kurus, tapi dah rupa hapa dah kan...so aku sedar diri utk mengecikkan badan dulu sebelum feeling2 kurus..hehe

Paling penting, Daddy suka aku kurus. Suka aku jaga badan... suka aku nampak elok (cantik). Walaupun dia tak payah ckp hari2. Ye la kalau dia nak bebel tp aku still la dok telan McD, tak guna gak kan. Aku pepandai la pikir. Dia jumpa aku dulu pakai size S, Dah beranak sampai skrg size M pun tak masuk2 lagi. Hahaha..Dia mmg pentingkan penampilan aku. Selalu aku kena sound if dressing agak maqcik-maqcik. Sindir menyindir tu jgn ckp la kan. Telinga aku dah kebal dah. Jadi, menjadi cantik utk mata suami, elok kan?? hehe..

Utk kuatkan semangat?? if aku rasa mcm malas je diet, aku akan gi try sarung jeans aku time anak dara dulu. Tarik gak sampai lepas lutut pun takpe, then aku tgk cermin. Pastu rasa nak bunuh diri..hahaha...So aku insaf....Kalau agak2 terbabas je niat tu, aku lari setempat. Merasa la lelemak bergegar satu badan. Nak2 part punggung. Situ je dah 40kg aku rasa. Hahaha..Lari dpn cermin. Tgk betapa buruk nya rupa aku. So aku insaf. Kuatkan balik semangat. haa..gitu ler..

Skrg aku nak cuba agak extreme. Ada org beli jeans size yg dia nak dapatkan. Cth skrg pakai size 38, dia beli size 28 supaya dia berusaha masuk dlm jeans tu. Bagus tu jadi pembakar semangat. Aku takleh buat gitu. Sbb dgn cutting badan aku yg maha besar part bumper ni..sampai mati tak dpt masuk size yg aku idamkan...hahaha..So aku nk tempah baju kebaya ikut size masa aku kurus dulu. Kasi baju contoh. Baju Kebaya masa aku pakai sebelum pregnant. Guna kain yg aku paling sayang. Then aku aim nak pakai baju tu masa wedding kawan baik aku nih. Harap2 aku  berjaya la ye Fadz...hehehe...

Byk je cara ko nak bakar semangat. At the end of the day..tanya diri sendiri. Ko nak kurus ke, nak gempal2 sikit ke, nak celen Paris Hilton ke..hehe..terpulang. Janji ko selesa dgn badan ko sendiri...and ko Happy...Ada org if gemok pun dia tak kisah sbb dia Happy..So ok la kan..Jgn la ada mulut2 nak suruh dia diet or kurus kalau dah dia happy dgn diri dia...Mcm aku mmg tak happy..so tolong la sedar2kan aku kalau aku tak sedar2 diri yek..hahaha

Lagi satu, aku suka tgk gambar2 transformation mcm bawah ni..Lagi membakar2 semangat...Tgk la muka masing2, bila dah kurus, jadi semakin lawo le pulak..adakah aku akan jadi semakin lawa?? hahaha...yo lah tuuu..





Nothing is imposible....Akhir kata, sila lah kuat semangat. Peringatan utk diri sendiri gak..kekeke..
 
 

Oct 24, 2011

3 Months Losing Weight Journey - Result of 3 days Detox Diet.

Vavava..Sesungguhnya aku amatlah tidak sabar2 nak share result 3 hari detox diet aritu..Tp di sebabkan anak dara arini terlebey manja..mau berpeluk la sahaja. Takmo letak. So agak terdelay la sikit kan. Mybe arini genap dia 2bln kot. Growth spurt org kampung aku kata..hahaha..

Ok ingat..di previous entry aku timbang berat before buat detox ini 83.5 kan??? sila korang saksikan berat yg aku timbang di pagi Sabtu yg nyaman..hehe..(detox hari rabu-jumaat).
-

-
-

-
-

-
-

-
-

-

-

-

 79.6!!!

83.5 - 79.6 berapa yer adik-adik??? = 3.9kg!!
Yes, dgn 3 hari sahaja buat detox diet..aku telah turun HAMPIR 4KG!!...sila percaya...and sorry gambar agak blur dan pelik. Sbb aku tak sempat nak snap pakai camera. Maklumlah Sabtu pagi, Daddy kan ada rumah..So harus la malu nak snap2 benda2 gini kan. So aku cepat2 snap guna BB, skali ternampak sepasang kaki berselulit sbb pakai short masa tu. So harus la crop jadikan nampak tapak kaki sahaja..miahahaha..Eh, yg penting nombor di weight scale tu kannn????

Dan dgn hati yg senang..aku pun makan beria2 Sabtu dan Ahad tu sbb bday Daddy and Abang aku. Dgn jayanya aku dah order 2 bijik kek. Rainbow cake and Red Velvet cake yg dua2 adalah cream cheese toping. hahaha..Tp takpe, sbb if nak naik 2-3kg pun. Dia akan bergerak ke 83kg balik kan. Imagine if aku tak diet, 83kg+3kg jadi 86kg. Elok lagi seminggu dua aku mkn mcm tu dpt balik berat sebelum Adelia keluar dari perut. Baik sumbat je budak tu dalam perut aku balik. hahaha

Tgk apa yg aku makan hari Sabtu:

Bfast : Iced Coffee, French Toast 2 keping
Lunch : Air Kosong, Meehoon Goreng 2 pinggan. hahaa..Eh jgn salah sangka, Aku order meehoon goreng yg pertama,dia antar alah..dlm 3 sudu je. Aku complaint tp dia kata mmg byk tu. Mcm la aku tak pernah order meehoon goreng kt situ. So dgn perut yg tak puas hati, aku order lagi satu. Hahaha..Puas hati!
Dinner : Makan awal. Dlm kul 8pm mcm tu. Meehoon goreng sepinggan, satay 7 cucuk, rainbow cake 1 slice. hehe
Ini plak menu hari ahad::

Bfast : Roti Sardine + Air Horlicks
Lunch : Ben's Cheeseburger. hahaha..Kata nak belanja bday boy. Harus makan best2 sket kan?
Dinner: Mkn awal dlm kul 6pm. Ayam kfc seketul, Kek Red Velvet 1 slice, AIR COKE 3 GELAS. ..kekeke..Sesungguhnya aku tak tahan godaan air coke dalam ketulan ice yg sangat menggoda di saat cuaca panas menyengat!!!..

So dgn begitu sekali cara aku meraikan penurunan berat badan tu...aku rasa confirm naik lagi 2-3 nih. Tp sbb dah set awal2 tak kisah naik sbb aku dah turun sket, plus mmg niat nak makan byk sbb special occasion kan. Hari lain control2 sket. So dgn hati berdebar aku naik atas weight scale hari Isnin pagi..dan ini lah hasilnya...
- 

-
-

-
-
-

-
-

:: Memang naik..tapi 1kg sahaja..so aku adalah lega::

Berat aku ni mmg pelik bin ajaib. Mmg aku boleh naik berat dalam masa 2 hari, even sehari pun boleh kalau makan mcm hantu. hahaha..Dulu org panggil aku perut stokin. Makan gila2, nampak kurus, tp ntah mana aku sumbat. Mcm stokin, makin sumbat makin dia melanyut and bagi ruang untuk di isi lagi kan..hehe..mcm tu la kau. Ada je space nak letak. Skali skrg tak boleh feeling2 perut stoking lagik. Sbb makan tak hengat 2 hari amik ko 1kg naik..hahaha
Amacam? percaya tak yg detox diet sangat2 berkesan? cuma kena ada jatidiri yg kuat sikit je. Biaslah mula2 mmg rasa terseksa sket. Aku sndiri pun rasa nak quit 80x. hehe..Tp bila tgk result mcm ni, makin bersemangat plak. But this week aku tak buat. Aku diet no rice mcm biasa, and aku nak start exercise sikit. Next week baru aku prepare diri utk detox diet + exercise. Semoga aku boleh sarung baju kurung moden zaman berat 70kg di Hari Raya Haji nanti..kekekeke...Iyer, aku mau set reach 70kg masa Hari Raya Haji. Tercapai ke tidak? belakang kira. Janji target tu ada..

Kepada kwn2, good luck..kuatkan azam dan usaha anda..Sbb yg nak kurus atau gemuk, badan anda juga...hehehe

Oct 21, 2011

3 Months Losing Weight Journey - Kuatkan Semangat

InsyaAllah..aku akan curi masa utk update pasal losing weight journey aku kat sini. Memandangkan ramai yg berminat nak tau and nak ikut kan. Ini style aku yer, kalau korang rasa boleh ikut, meh la sama2. Tapi kalau korang rasa tak kena dgn cara korang, boleh modified mana yg patut. Setiap org, setiap badan, setiap lemak (hahaha) adalah berbeza-beza. Mungkin dgn cara aku, aku leh turun 1kg per week, tp korang turun 3kg per week..sapa tau kan..

So hari Rabu tu aku pun start la Detox Diet. Hari sebelum tu aku dah stock up buah dan sayuran sikit punya banyak. Aku beli kat Isetan KLCC sementara tgu Daddy abis keje. Buah aku beli tembikah, epal, pear and betik. Sayur aku pilih yg organik punya, sbb aku rasa lebih manis and sedap. Aku beli kobis, carrot, brokoli, celery. 
Pagi rabu tu ok lagi. Aku kena gi settlekan hal rumah amansiara tu. Pagi2 aku hantar budak berdua tu g nursey sorang2. Sbb daddy takde. Agak mencabar gak la turun bwh start kete, masukkan brg2. Naik atas balik angkat adik letak atas cot kat bawah. Naik atas lagi skali dukung abg yg tgh tdo masukkan dlm kete (berat dia 15kg ok), Then masuk umah amik adik letak dlm car seat. 2-3 kali turun naik tangga buatkan aku rasa nak bfast nasi lemak je pagi tu..hahaha

Tp aku kuatkan hati. Baru 2 jam kot...kekeke..Sampai epf aku makan tembikai satu tupperware bulat kecik tu. Then masuk dlm tu settle2 suma, kena gi Shah Alam plak office lawyer sbb ada docs tak lengkap. On the way gi Shah Alam aku makan lagi satu bekas buah betik plak. In between aku minum air. Kira setiap sejam mmg aku minum air. Hal kat EPF berlarutan sampai la kul 1pm. Masa ni aku rasa agak lemah la..Tapi aku pikir mula2 mmgla kan. Balik rumah aku makan lagi buah 2 bekas..then aku tido.Penat gila badan.
Ptg amik bdk2, tau la kena uruskan sorang2 adik and abg menguji aku kan. Aku sabar2kan diri je. setiap sejam aku kunyah buah + air. Tepat 10pm aku masuk tido..Kalau diet korang takleh stay up mlm2 sgt ok. Tido kena cukup. Baru la system badan tak terganggu.

Esoknya hari sayur plak. Aku still hantar abg gi school sbb aku rasa tak mampu nak diet sambil jerit kat dia setiap sejam. haha..lagipun stock makanan kat rumah takde. Yg ada sayur and buah je sian plak kat dia. (sebenarnya aku tak sanggup nak masak nasi goreng ayam suap dia makan time2 begini..miahaha). Pagi aku rebus ubi kentang, aku igt tak sedap. Tp kira ok gak la. Ko akan dapat tenaga gak sampai tgh hari. So aku mcm biasa buat keje2 rumah..
Setiap kali aku lalu meja makan, aku jelinggg je satu bekas cookies Famous Amos kwn aku bagi. Famous Amos ok!!!...giler ko nak menahan? dah mcm org gila plak aku rasa cookies tu panggil2 aku suruh makan. Hahaha..Masa tu hampir2 nk rasa down dah. Tp setiap kali aku rasa down, aku cepat2 gi tgk diri sendiri kat cermin. And tanya diri sendiri adakah aku ingin kelihatan begini seumur hidup?? TIDAKKK..Iyer, aku suka pshyco diri sndiri..yg ini korang jgn ikut :-)

Tgh hari aku buat sayur campur. Goreng guna olive oil 2 sudu. Tp aku tipu gak. Aku letak ikan bilis nak kasi sedap. Then pecahkan telur sebijik nak kasi berselera. hahaha..Klau korang nak ikut betul2, sila rebus2 je sayur or steam yer. Cara aku ni cara paksa diri nak menelan sayur satu hari :-)

Mlm nya aku rasa lembik sket. .Sbb craving menggila terhadap makanan lain kan. Nak2 masa tu si Arsyad nak Nasi Goreng Cina. Aku spent sejam suap dia makan. Dia makan dgn rasa bahagia habis satu bungkus nasi goreng tu. Rasa mcm torture gila masa tu aku mmg nak quit dah. Rasa mcm eh, kalau aku telan satu sudu takpe kot kan?? hahaha...Cepat2 aku balik ke alam reality. Aku tak nak usaha sehari setengah tu sia2 je. Last time aku buat detox diet ni aku bertahan sehari setengah gak. Masuk mlm hari ke 2 tu aku makan McD!..miahaha..So aku nak buat at least better than last time.
Masuk tido mcm biasa..rasa ok sket...Tp aku dah ckp dlm hati..kalau esok pagi aku tak mampu nak teruskan, aku call if off je lah. Nanti2 buat lagi. Esoknya pelik sket sbb aku bgn dgn rasa fresh, rasa bertenaga. Aku fikir2 nk teruskan ke tak eh? sbb kalau ikut badan, tak menyeksa badan langsung aku rasa. Lagi rasa fresh ada lah. Kalau nak ikut craving, memang la..Seumur hidup aku pun craving takkan habis kan..kekeke..So aku amik keputusan teruskan je. Sbb aku tak sabar nak tgk result..aku timbang bdn aku..Dan aku tersenyum....Tinggal lagi sehari je so aku proceed. Next week insyaAllah aku nak try buat 5 days plak..

So terpulang la pada korang yer. Bagi aku tak kira la apa method korang guna, tp kena pastikan benda tu SELAMAT yer. Detox diet ni sah2 salah satu cara yg selamat. Sbb dia guna semua natural resources. Buah, sayur, kentang, tomato..etc. Takde pun dia ckp suh beli ubat itu ini ke apa. Kira ni cara turnkan berat dgn menggunakan bahan2 natural. Kita dapat gula dari buah yg ada natural sugar, kita dapat carbo dari kentang, dpt protein, vitamin dari sayur. Pendek kata kita masukkan bahan2 yg TERBAIK dalam badan sepanjang kita buat diet nih. So badan kita pun process benda yg baik2 jer..

Kalau betul caranya, ko akan buang air kecil setiap sejam. Buang air besar hari2. So sistem penghadaman ko pun makin baik. Ye la kalau nak trun 5-7kg, ko igt ke mana benda2 tu semua keluar? sah2 dari sistem penghadaman kan? 

Memang nampak mcm hardcore diet nih. Tapi so far aku tak pernah lagi dgr org mati buat diet detox ni. kekeke...Cuba and buat ikut kesesuaian badan and tekak masing2 la yer. Mcm aku, try dulu 3 hari, then modified cara aku makan sayur. If ok, insyaAllah aku try 5 hari pulak. Tgk result mcm mana. Tp memang aku boleh JAMIN. korang aku turun paling busuk pun 2kg if buat detox diet nih. Seriously..Aku dulu buat sehari setengah, turn 2kg. If 7 hari???

Ada org ckp senang turun senang la naik. Bagi aku, lebih baik ADA TURUN dari tak turun2 langsung dan terus naik. Cth berat aku as at Monday, 17 Oct adalah 83.5kg kan, pastu this weekend aku ada 2 hari bday celebration. Daddy and abg aku. Sah2 nak makan cake, nak makan mcm2 kan. So kalau aku tak bertindak skrg, confirm 2 hari tu aku akan naik paling kurang 1kg. Dah 84.5kg!!..If aku buat detox 3 hari, cth dpt turun 2kg, so aku start berat sebelum menjamah cake yg maha sedap tu dlm berat aku 81.5kg. Kurang la sket kan??? Lepas tu if dia nak naik pun..naik jadi 82.5 kg jer..kureng la sikit seksa nak turun tu..

Itu formula aku la kan..Sbb so far aku takmo jadi terlampau selesa, and terlampau obses. Ada org gemar kira2 kalori setiap makanan masuk dlm badan dia. Aku rimas plak mcm tu. Penat nak kira satu hal, Malas satu hal. Plan aku skrg, Weekdays aku try buat detox diet min 3 hari and max 5 hari. Cth minggu ni aku buat 3 hari, minggu dpn 5 hari plak. Weekend adalah MY CHEAT DAY. Aku boleh makan sesuka hati aku. Tapi still no nasi, and air kosong sahaja. Air manis time bfast je teh ais ke, horlicks ke, milo ke, buat nak hilangkan craving terhadap air manis2. Itupun pilih sabtu atau ahad. Kira sekali seminggu je la...ngerti??

Kat bawah ni aku share dgn korang ukuran berat bdn aku skrg. Kenapa baru skrg aku amik ukuran? sbb if diet, hanyalah utk turun berat semata2. Maybe yg turun adalah air dlm badan, or sikit2 lemak di sini sana. Tp utk betul2 turun skali dgn SIZE baju or jeans, jawapan nya adalah EXERCISE!!..so far aku belum start lagi. Sbb nak biasakan badan dgn detox diet dulu. Takut aku pening time buat exercise lalu pengsan, Adelia nak call daddy bgtau mummy pengsan?? naya je kan..hahaha..So man-man dulu. InsyaAllah Isnin depan aku start.

Gambar adalah tak ikut turutan. Belasah je la yer. And ukuran dalam cm sbb tali pengukur aku takde yg dlm inch la plak. Nnti aku convert..



 :: Ini adalah peha aka drumstick yer adik2..71cm = 28inci. gilerrr..dah mcm size pinggang model2..hahaha::


 :: Ini part paling menakutkan..my HIPS don't lie...117cm - 46.1cm!!!..hahaha..patut la dok pakai jeans time pregnant je..kekeke::


 :: Ini plak size PINGGANG aku. 90cm = 35.4inci. kekeke..kalau sarung balik kebaya lama, jgn ckp tetas, koyak rabak ko....hahaha::


 :: Ini bahagian dada. 96cm = 37.8inci. Part ni je aku rasa ok sket..Sbb dada besar tak menjadi satu kesalahan kan?? hahaha...ni baru lepas beranak, nnti lama2 dia kecut gak. Sbb size dada aku tak pernah besar..paling kuat 35 jer. Time pregnant je dia menjadi2. biasalah kan..hehe::

See, utk org yg dok ckp aku tak gemok sgt..tak nampak besar sgt sbb aku tinggi, bla..bla..bla..takut tak tgk ukuran badan aku nih?? hehehe..Mmg seksa ok. seksa nak bergerak, nak cari baju, nak jadi active..tak sukaaaa...So aku mmg kena bertindak skrg sebelum semuanya terlambat..

Utk sapa2 yg nak tau, if ko diet, ko akan turunkan in terms of weight sahaja. And mybe adalah sikit jari makin kecik ke,lengan kecik sikit ke..tp sikit2 je la. If ko exercise, percayalah..akan turun inci demi inci ukuran badan ko. Nanti aku share exercise apa yg aku buat. Skrg aku aim nak dapat perut yg flat, (rasa tension perut skrg if duduk berlipat2..), peha kecik sikit..sbb aku tau part peha and punggung aku susah nak mengecik, and badan yg toning. Kureng gelebeh sana sini. baru best..hehe..

Eh, pangjang gila plak entry. Ni aku share berat aku yg sempat aku snap sehari sebelum aku start detox diet nih. Esok aku akan share berat selepas 3 hari buat detox...Jgn kata korang..aku pun tak sabar nak tgk hasilnyerrrrr...hehe


:: Ni 2nd snap. Tak jadi letak 1st snap sbb baru perasan kuku kaki belum potong.. Amat la buruks skali jari2 tombam aku dgn kuku kaki panjang..hahah::

Good luck kepada mereka2 yg try diet and lose weight mcm aku..Marilah kita bersama2 kuatkan semangat yer....Chaiyok!!!

Oct 18, 2011

Now It's Official..- PADAN MUKA AKU !!!!

Miahahaha..dok la bertangguh2 kan..dari sehari ke sehari..dah minggu ke minggu..konon confident sgt kan...padan la dgn muka aku..

Ini adalah luahan rasa berkaitan masalah BERAT BADAN. Sapa suruh aku rasa best sgt bila turun 14kg aritu..masa dia 80kg aku lega. Then naik 1kg aku relax lagi..Buat derk jee....skaliiiii..smlm aku saja naik alat penimbang..Secara rasminya..aku skrg adalah 83.5kg!!!

Padan muka sgt kan....Masa aku timbang tu aku idaklah terkejut. Lagi gelak-gelak adalah. Arsyad pun pelik nape aku gelak. hahaha...Makin susah la aku nak kurus gini..

So dgn tidak berlengah lagi..Esok yakni Rabu, 19 Oct 2011 aku akan BETUL-BETUL MEMULAKAN MISI SEBENAR..hahaha..tolonggg laaaa...aku nak buat betul2..takmo buat dalam pikiran ajer...
So aku pun gi la beli bahan2 nak detox tadi....harap2 aku boleh bertahan sampai hari ke-3. As a start aku nak buat 3 hari je dulu. Takmo nak ambitious sgt. Kang sekerat jalan..naik lagi lagi 8kg..masa tu baru la aku terus pindah tido gym...kekeke

Ramai tanya apa itu detox diet. Aku pernah 2x try dulu. So far mmg berkesan kat aku. Tapi kena semangat jitu la. Diet ini adalah sangat2 selamat. Takde side effect ke apa. Cuma kena betul2 bertahan. hehehe..Kat bawah ni detail diet ini yer...Aku dulu bertahan sampai hari ke 2. Tapi tatappp turun 1kg sehari..hehe
This program is designed for a target weight loss of 5-6kgs per week. It will also improve your attitude and emotions because of its systematic cleansing effects. The effectiveness of this 7 day plan is that the foods eaten burn more calories than they give to the body in caloric value. This plan can be used as often as you like to without any fear of complications. It is designed to flush your system of impurities and give you a feeling of well being. After 7 days you will begin to feel lighter by at least 10 pounds. You will have an abundance of energy and an improved disposition.

During the first 7 days you must drink 10 glasses of water each day.

DAY ONE
All fruits except bananas. Your first day will consists of all fruits you want. It is suggested you consume lost of watermelon and cantaloupe.

DAY TWO
All vegetables. You are encouraged to eat until you are stuffed with all the new and cooked vegetables of your choice. There is no limit on the account or type. Avoid oil and coconut while cooking vegetables. Have large boiled potato for breakfast.

DAY THREE
Any mixture of fruits and vegetables of your choice. Any amount, any quantity. No bananas yet and No potatoes today.

DAY FOUR
Bananas and milk. Today you will eat as many as 8 bananas and drink 3 glasses of milk. You can also have I bowl of vegetables soup.

DAY FIVE
Today is a feast day. You will eat 1 cup of rice.** You also have to eat 6 whole tomatoes and drink 12 glasses of water today to cleanse your system of the excess uric acid you will be producing.

** yang nie kita gantikan dengan roti/bihun (selain nasi ler)

DAY SIXToday is another all vegetables day. You must eat 1 cup of rice today and eat all the vegetables you want cooked and uncooked to your heart’s content.

DAY SEVEN
Today your food intake will consist of 1 cup rice, fruit juice and the vegetables you care to consume. Tomorrow morning you will be 5 to 8 kgs. lighter than 1 week ago. If you desire further weight loss, repeat the program again. Repeat the program as often as you like, however, it is suggested that you rest for 3 days before every repetition.

You have your system under control now and it will thank you for all the purging and cleansing you just gave it. Even more than a diet program it is good to follow this diet once in a while to clean your
digestive system and remove toxic substances that have a accumulated in the system.

ADDITIONAL COMMENTS
The most important element of the program is the 10 tall glasses of water a day. You can also flavor the water with some lemon to make the drink easier. While on the program, take only black coffee and never more than one teaspoon of oil. Preferably do not use oil because the high calorific content. No fruit juices before day seven.

Here is what happens to you body while you are on this program and how and why it works.

Day 1: You are preparing your system for the upcoming program. Your only source of nutrition is fresh fruits. Fruits are nature’s perfect food. They provide everything you can possibly want to sustain life except total balance and variety.

Day 2: Starts with a fix complex carbohydrates in the form of a boiled potato. This is taken in the form of a boiled potato and taken in the morning to provide energy and balance. The rest of the day too consists of vegetables which are virtually calories free and provide essential nutrients and fiber.

Day 3: Eliminates the potato because you get your carbohydrates from fruits. Your system is now prepared to start burning excess pounds. You will have cravings, which should start to diminish by day four.

Day 4: Bananas and milk. You are in for a surprise. You probably will not be able to eat all the bananas allowed. But they are there fore the potassium you have lost and the sodium you may have missed the last three days. You will notice a definite loss of desire for sweets and you will be surprised at how easy this day will go.

Day 5: Rice and tomatoes. The rice is for the carbohydrates and the tomatoes are for the digestion and the fiber. Lots of water purifies your system. You should notice colorless urine today. Do not feel you have to eat one cup rice, you may eat less. But you must eat six tomatoes.

Day 6: It is similar to five. Vitamins and fiber from the vegetables and carbohydrates from the rice. By now your system is in a total weight loss inclination. There should be a noticeable difference in the way you look today compared to day one.

More than one cup of coffee with milk is especially forbidden. Milk and oil add empty calories to your diet. Avid coffee lovers can console themselves with black coffee. However, after the first week, it will help your digestion and set your stomach. The key think to remember is that if you are hungry at any time, then you are not following the diet correctly. Almost all people give up the diet when they are hungry because of dieting. The secret of this program is that you should never hungry. If it is a vegetable day, eat so much vegetable so that you are never hungry. If it is a fruits day, eat so much fruits that you are never hungry. You may be bored of eating vegetables all day, but you should not be hungry.
 
Amacam? ada berani mau sama2 ikut?? meh lerrrr...ramai org ckp weight is not everything..kalau badan byk isi mengelebeh tak guna juga..tp bagi aku, mcm mana nak toning kan badan kalau berat belum turun...kena buat dua2...diet+exercise..baru la dpt result yg ok..
 
Lagi satu..Finally Sabtu ni aku ada game Netball..SERONOKNYAAA!!!..So hati adalah tak sabar...aku ada 3 hari je utk warm up badan sikit...kalau tak...alamatnya lepas game netball confirm aku nangis nak naik turun tangga rumah..dah setahun rehat la kan....
 
Kepada yg rasa2 nak follow, meh ler join..aku igt nak amik secara detail berat badan, BMI skrg, ukuran badan. Then aku nak letak target berapa berat aku nak, capai ideal BMI, dan ukuran badan yg sedap mata memandang..miahahaha..tp takde masa skrg..byk keje..nnti2 la aku buat betul2..
 
Dengan ini...misi pun bermula...Utk tiga hari dulu..Sabtu nak celeb bday daddy, ahad celeb beday daddy+abg aku kat wangsa maju plak. Aku dah order Rainbow Cake and Red Velvet cake utk bday mereka..harap-harap aku boleh makan satu sudu sahaja..(BERANGAN!!!!)...HAHAHA