Pages

Mar 28, 2011

Ustaz Abdullah Arsyad..

Cikgu Arsyad bgtau aku..skrg kwn2 dia panggil Ustaz Arsyad..sbb dia dah di wajibkan baca doa makan tiap kali diaorg nak makan. Tak kira la apa dia tgh buat masa tu. Sbb slalu if diaorg bfast pagi budak kecik ni terpisat2 baru bgn tido..walaupun tgh mamai still baca doa kuat2 gaya jiran sebelah pun nak bfast sama..hahaha..dgn ktorg mmg slalu suruh dia baca doa..walaupun ikut gaya dia and pelat dia, asalkan ada bunyik and aku paham..hahaha..

So meh layan vid..Finally leh amik vid dia baca betul2 tak main2...

Masalah yg suka di cari sendiri...

Aku notice lately ni aku suka cari masalah...bkn masalah kronik sampai mengganggu kehidupan sejagat..tapi masalah menyusahkan diri atas sifat mengada-ngada diri sendiri..tak tau la ni perangai baru ke, atau mmg dah ada bakat tp aku lambat discover..hahaha..meh aku listkan perangai mengada2 skrg...

1. Nescafe Latte
    Dari dulu aku suka gila minum nescafe Latte nih. At least sekali sehari. Mmg ada je dlm fridge office aku ni kena stand by duit kecik je utk beli hari2. Tp sejak aku pregnant, takleh minum nescafe. Mesti lepas tu rasa pening, mual, muntah secara menggila, badan gigil2. Tapi tatappppp aku nak kena minum gak setin sehari. Aku dah try avoid, tp hasilnya badan aku lembik dari pagi sampai ptg..jadi ngantuk..jadi tak bermaya..jadi rasa nak tido je dlm bilik boss..hahahaha..So aku minum je la hari2 and lepas tu bersiap sedia utk rasa pening 5min kemudian. Kira aku lagi rela rasa pening+mual dari rasa tak bertenaga gitu..gilosss..

2.  Cabaran dgn makanan
    Well, semua org tau time pregnant ni kita teringin mkn mcm2 kan. Alhamdulillah sejak aku pregnant Arsyad dulu tak pernah aku teringin makan pelik2. Paling kuat pun ada la makanan2 yg laki aku mampu kasi, or dia boleh bawak..Takde la nak gi Penang tgh2 mlm semata2 nak makan nasi kandar time2 tu gak kan..hahaha..Tp perangai pelik skrg hari2 mesti nak kena tgk blog otai2 masakan. Ko tau je la otai2 memasak mcm Mat Gebu, Kak Liza etc...tgk la diaorg masak dah la terror giler, pastu presentation cun, dan2 tu lapar. Pastu emo tak dpt makan apa yg diaorg masak. Mmg gilos..hahaha..Aku respect la kaki2 rajin masak ni. Segala benda leh masak. Terus rasa insaf. (kejap je...sbb sedar kemampuan diri tak setanding mereka..takde la insaf mana..haha)

3.  Makan berpada-pada
     Okeh, aku takde la makan secara menggila mcm dulu dah. Dulu food between meal Big Mac. Org suruh kudap2 raisins ke, nuts ke, biskut2 ke, aku ngapp burger or cookies Famous Amos satu plastic. Skrg tak la. Tp aku mmg takleh mkn byk skali gus. Kena makan sikit2, dlm kuantiti yg kecil. Which is aku rasa benda tu mcm merentap nikmat makan aku. Wahh..ayat..hahaha..Ye la, elok2 aku dah set kat kepala lunch nak makan Asam Pedas Kg Baru yg power itu..skali lepas sejam makan terus terkeluar semua benda aku makan tu. Rasa mcm rugi gila. Rupanya aku terlebih kenyang, kena makan apa2 dulu lapik perut sebelum tu. Yg aku malas takkan ko dah tau nak melahap Asam Pedas, sejam dua sblm tu nak makan biskut 2-3 keping kan? Kang asam pedas cuit2 je apa rasa...tak syiokk la...So aku tetap dgn keputusan aku makan secara menikmati hingga ke hujung jari...sampai pejam2 mata..lepas tu nak muntah pun muntah la..Akibatnya sampai skrg aku tak stop lagi musim muntah2...hahaha..ok, padan muka utk diri sendiri...

4.  Cepat rasa menyampah
     Dulu aku slalu je rasa menyampah. Tak kira la dgn org ke, dgn benda ke, dgn persekitaran ke. Tp dulu if aku menyampah aku wat derk je. Takde la nak meluahkan emosi aku secara terang2. Sbb bagi aku tak elok nak nyampah2 dgn org, diri sendiri bkn baik sgt..So if aku nyampah, dlm hati je then letak perasaan tu jauh2 je..try tak jadi nyampah..if rasa nyampah gak..cari kebaikan org tu utk cover up balik rasa nyampah kat dia..hahaha..tp skrg tak di tahan2 ok. If aku nyampah or meluat tu mmg muka aku obvious gila..Mmg aku leh bebel2 sorang2..Mmg aku leh bwk2 dlm mimpi..sangat tak bagus time2 aku pregnant nih..Kalau nyampah or meluat kat Jeniffer Lopez ke, Jessica Alba ke..untung gak. If girl anak aku comel mcm diaorg kan..Ni...haihh..jgn la tanya org2 mcm mana aku nyampah...mintak simpanggg...(ketuk kayu laju2...) hahaha...

5.  Tidur..
    Bakat aku yg org lain takleh lawan adalah sangat pandai tidur..eh, bakat apakah itu??? haha..dulu aku pantang letak kepala, confirm lena. Pantang tkde keje siang2 time weekend, confirm lepas lunch aku pasang aircond, tarik selimut, tido. Tp skrg ni lain sgt. if aku tido siang, bgn mesti sakit kepala. Sbb tido pun tak berapa lena. kejap2 terjaga..kejap2 automatic mata ni bukak. Pagi2 dtg office mmg aku tido dlm kete, tp mmg tak lena. Sampai tahap aku leh dgr radio secara terang. Smpi aku leh tau caller mana yg call HotFm pagi2. Nama je tutup mata, tp tak lena. Sampai office kepala bengang. Aritu aku ngantuk sgt kat office, konon nak lena kejap la masuk bilik kosong kat sini. Tp 5 min lepas tu aku kuar balik. Ish..mana hilangnya bakat tido aku nih?? If malam lagilah..kejap2 terjaga aku tgk jam baru kul 12mlm, then tido balik pastu terjaga balik baru 2am, tido balik...terjaga lagik kul 4am...sampai tepat kul 5.30am kejut Daddy Arsyad suruh dia mandi dulu then baru laaaa aku leh lena..haihhhh..apa la pnya penyakit skrg..tido tu nikmat ok..if di tarik nikmat tido..apalah erti hidup ku ini???? hahahaha..ayat org frust tak lena tido...TETAPI, aku tetap try tido pagi2 dlm kete, aku tetap try tido 5min if ngantuk kat office, aku tetap try tido tgh hari time weekend, walaupun aku tau aku tak lena and selepas itu mengakibatkan aku sakit kepala, aku tetap melakukannya...sbb aku suka tido...inilah di namakan mmg MENCARI MASALAH..hahahaha

So far itu je aku igt skrg..nnti2 aku teringat or perasan perangai pelik aku ni aku tulis lagi...Bagi aku, apa je buat aku tak selesa tapi aku tak boleh buat skrg, aku proceed je buat. Sbb so far aku leh terima lagi consequences dia..aku leh terima lagi after effect dia..sbb aku rasa aku dah biasakan diri kot..muntah selepas makan,  rasa teringin selepas tgk masakan org, meluat selepas tgk perangai org yg ntah takde dosa pun kat aku..and tido walaupun aku tau if aku bgn mesti sakit kepala...aku lebih byk manage EFFECT dari nak avoid PROBLEM itu sndiri..so far aku tak pasti syndrome apakah ini..nnti next check-up aku tnya gynea..hahahaha

Mar 27, 2011

Pakcik Teksi...

Nak share kat sini.. Last weekend masa aku balik dari Langkawi, naik kete pakcik teksi ni dari LCCT-Kajang. Masa aku nak amik cab ni, laki aku dok tanya nape aku amik teksi biasa? nape tak amik airport transfer or Limo yg selesa sikit..Ye la sbb selalunya teksi biasa yg kita biasa naik kat KL kan. If airport transfer diaorg pakai Perdana ke, Sentra ke, dpt la rehat best sket perjalanan agak2 dlm 30-40 minit. Lgpun masa tu Arsyad dah penat nak tido. Aku tak terfikir plak duit cab tu boleh claim. Aku lupa. Igt mcm slalu gi vacation. So utk menjadi kedekut (aku mmg suka budget..haha), aku amik je la teksi biasa utk hantar ktorg..rupanya ada hikmah di sebalik tu...

Dlm cab pakcik tu tak byk borak. Dia tau kot ktorg penat. Nak2 dia tgk Arsyad masuk2 je cab dah nak tido. Aku suka taxi driver yg paham mcm ni. Sbb sesetengah tu suka sgt borak. Sampai tak terlayan kita di buatnya..Di sbbkan Arsyad tido baring, aku bukak la sandle Adidas dia tu letak kat bawah. Pastu aku pun join dia terlelap sama..hahaha..

Dah sampai rumah, aku angkat anak, Daddy angkat barang2..then aku nak bukak pintu rumah, elok je aku nampak taxi tu blah baru aku teringat sandle Arsyad yg aku tanggalkan tu tak di bawak turun skali. Kelam kabut Daddy Arsyad try nak panggil tp sah2 la dia baru je blah mana la dgr kan. No phone dia pun takde sbb tak amik plak. So anggap je la takde rezeki.Aku ralat gak sbb baru beli sandle tu. Aku jenis beli sandle anak yg elok, pastu pakai la ko sampai ketat takleh masuk kaki dah..puas hati..hahaha

Tp dlm hati aku ckp takpelah if pakcik tu baru sedar sandle Arsyad tu masa dia sampai rumah, aku halalkan ajer. Ye la sandle je pun kan. If hp ke, bag ke, aku doa2 la dia dtg pulangkan semula....Tetapi...hari Jumaat tu, kira-kira 5 hari selepas kejadian, aku terkejut masa balik rumah. Masa tu aku dgn anak2 buah aku baru sampai rumah, sbb Daddy Arsyad outstation, ajak diaorg lepak rumah. Nak bukak gate tgk ada something plak dlm pagar dpn porch tu. Masa tu dah gelap, so aku tak dpt cam la apa benda tu..tgk lama2, baru aku perasan itulah sandle Arsyad yg tertinggal tu!!!!...tak tau nape terus aku rasa sebak..terus aku tercari2 gak kat gate kalau2 pakcik tu tinggalkan note ke apa..tapi takde...

Mlm tu aku teringat lagi pasal sandle Arsyad tu..Ini la kalau kita cari rezeki dgn jujur dan ikhlas..Walaupun hanya sepasang sandle budak, kalau bkn hak kita, jgn simply amik..kalau boleh, pulangkan kepada pemiliknya kan..Pakcik tu sangat jujur..Aku doakan dia di murahkan rezeki, selamat dunia akhirat..Walaupun benda yg dia buat amatlah simple, tp memberi kesan kat aku..melihat kejujuran dia, terus aku belajar utk bekerja dgn jujur dan ikhlas jugak (walaupun slalu je layan FB, layan blog masa keje..tp keje tetap jalan okayy..haha)..rezeki kita ni kan di tentukan dari apa yg kita buat..maybe dia pikir if dia amik sandle tu, ada je benda yg "di ambil" dari dia nanti kan...

Arsyad happy sungguh tgk ada balik sandle dia..Masa dia tido tu aku panggil Daddy ckp sandle tertinggal dlm cab dia terjaga terus nangis...sayang kat sandle tu kot...hahaha...sama2 kita doa keselamatan pakcik tu yer Arsyad..semoga kejujuran dia mengajar kita jugak....Amin..

Mar 21, 2011

Abdullah Arsyad 2nd Birthday...

Iyer..tau..tau..dah sebulan lebih baru nak update cite Bday Arsyad..bdk tu pun ntah ingat ntah tidak dah beday dia..hahaha..Takpe la Arsyad, kira halal la yer..Mummy kan di landa tahap kemalasan..harini rajin sketttt je..so leh la edit2 gambar upload gambar yg maha byk nih....


Utk bday celeb Arsyad this year mmg saja buat byk kali. Since dia dah tau apa itu Bebeday Yu yu...dah dekat2 bday dia, makin excited dia (sbb mak dia yg dok countdown dgn dia..hahaha), pastu pandai nak bday kek Upin Ipin, nak aku hantar meehoon goreng gi sekolah, dgn Ayam Goreng Upin Ipin (ayam goreng drumstick), alahai..mummy kena kerja, leh hantar kek je la Arsyad. Lagipun mummy tak berani sgt hantar food kat sekolah. Takut tak sesuai dgn bdk2. Terpedas ke, apa ke..(sebenarnya mummy tak reti masak and MALAS. hahaha), so ok la kek je yer Arsyad. Pastu mummy prepare party favor sikit2..jadilah utk happy kan bdk umur 2thn nih..hehehe..

:: Kek Bday Arsyad...Thanks tu Uncle Am sbb edit gambar kasi cun..::

:: Bdk2 getting ready..tgh la muka excited bday boy tu..nyampah!::

:: Dia mmg sangat2 excited::

:: Masa ni dia kecoh dgn kwn2 "Ni bebeday acad tau..haaaaa..."::

:: Nak pakai mask gak...::


:: Mmg dia suka posing kan..time tgh excited mcm ni lagi laaaaa..::

:: Sebak tgk gambar ni. Anak bujang saya dah besar..suruh posing pun ntah mcm2 pose dia buat..::

:: Dia pun sibuk tgk benda tiup2 tu::

:: Arsyad mmg suka tiup lilin..Bday org lain pun dia yg tiup lilin::

:: Potong kek yeay...::

:: Syahdu je tgk bdk2 ni kerumun cikgu nak kena suap mkn kek..Anak aku pun baik je kena suap::

Tp harini dia special sket..Bday boy okkkkkk..

:: Tak ingat la nama bdk comel nih..dia ajak Arsyad main tiup2::

Lepas tu aku start la nak distribute party favors kan...Alah benda simple je aku beli pencil case Upin Ipin, masukkan dlm tu key chain Upin Ipin, dgn coklat2. Murah giler beli kat GM Plaza..nnti la pasal favor aku update lain..tp mmg berbaloi2...Tetapi..budak Arsyad ni tiba2 jd kedekut plak..Elok je sorang2 bdk amik party favors tu aku dah dgr diarog jerit2 kat belakang..Sbb Arsyad gi kejar bdk2 tu rampas balik party favors tu suma sambil jerit " Wei..ni acad punya la..nape amik???".

Ya Rabbi....sabarrr je la..Terpaksa aku tenangkan dia ckp kalau bday mmg kena kasi semua ni kat kwn2..Jgn kedekut..Aku tarik dia dduk kat pangku, suruh dia kasi sndri kt kwn2..dia tak nak. Dia diam je tunjuk protes. Haihhh...pelan2 pujuk, baru ok sket..sabarrr je lah.

 :: Gambar agak blurr janji aku sempat snap kejadian rampasan berlaku..hahaha::

:: Ni lepas kena pujuk..::

:: Mmg tak makan saman bdk ni tau. Tgk tu tgn sebelah dia dah pegang satu, so dia tgk je kwn2 amik sorang satu dgn mulut membebel2...::

Aku igt ok la celeb dgn kwn2 dia happy. Mula2 mmg happy..tp lama jadi kedekut plak..sabarrr je..

Tp aku tak sabar nak tempek kat sini gambar menantu....hahahaha..Ada sorang bdk kat sini nama Aleesya, dia comellllllll sgt...and sgt2 friendly..Tiap kali aku dtg if dia ada, mesti dia peluk2 and cium2 aku..suruh dukung dia...mulut keletah gak..tanya mcm2..umur dia 4bln je tua dari Arsyad. tp dia kira awal setahun sbb lahir thn 2008. Haihhh..berkenan aku tgk..hahaha..cikgu ckp Arsyad pun suka dia..Tp bila aku tanya Aleesya ni gf Arsyad ke? terus nangis2 marah2. Eleh, takmo ngaku..malu konon..hahaha..

:: Comel..Pandai posing, Fotogenik, sah2 lepas piawaian mummy nak buat menantu..hahaha::

:: Suka tgk muka dia...ngan rambut messy2 gitu...comelllll!!!::

Ni plak vid masa kwn2 nyanyi lagu Bebeday Yuyu kat Arsyad..Abaikan je la suara mummy yg over tu yer..Kelam dok pegang vid, pegang camera..Daddy Arsyad lepak mamak sbb malu nak masuk katanya..haihhh..


Then esoknya ktorg pun gi Wangsa Maju utk celeb dgn family aku plak. Kek pun adalah Upin Ipin jua...Igtkan potong kek buat kali kedua kurang excited..tapi tahap kegedikan tetap berkekalan..hahaha...Suka la tu jadi center of attention kat sana..tersengih2 je memanjang...


:: Kek Kedua..::

:: Tgk la muka yg masih teruja::

:: Dia jadi mcm ni sbb dia malu..hahaha..tetiba nak malu konon::

Ni plak vid kat Wangsa Maju..sorry yer again..suara over mummy..kekeke



Then ptg tu plak ajak kwn2 aku lepak. Ni kwn2 rapat kat office. Mmg bersama Arsyad sejak Arsyad dari dalam perut. Lepak2 makan2 kejap je kat Great Eastern Mall. Makan kat Penang House. Sedap giler soft shell crab dia. Rasa nak gi sana makan je skrg..

:: Auntie Jee yg baik di sebelah aku belikan kek Arsyad..so ini kira kek ketiga Arsyad..::

:: Excited spt biasa tidak tertahan2::

:: Eh, bertukar anak plak..hehehe..bersama Rayyan dan Daddynya..::

:: Tgk la tu si Arsyad kalau jmpa Uncle Andy dia mmg mcm tu jadinya..::

Finally, kat rumah Cheras plak..sbb cousin Arsyad si Adam Mikhael Ipoh..(heheh..sbb ada lagi sorang cousin Arsyad Adam Mikhael Melaka..anak abg aku..) bday dia sehari selepas Arsyad..dia 1thn, Arsyad 2thn, so celeb la skali..Ni kira Kek Ke-empat Arsyad..fuhhh..sakan bdk ni tiup kek thn nih...


:: Kek aku tempah..::

:: Arsyad tak bosan2 tiup kek..Mikhael belum mengerti apa2::

:: Masa ni nyanyi2..::


:: Biar Arsyad je la potong kek since Mikhael reti tepek je tgn kasi penuh cream..haha...Nasib Mikhael lom jalan lagi, kalau tak gasak la gaduh dgn Arsyad rebut kek..::

Then...Ada lagiii...hahaha..Final ceremony..Since 15hb tu kan Maulidur Rasul. So ktorg pun buat kenduri kecil2 and buat Aqiqah Arsyad skali since dia belum buat lagi. Bkn main suka tgk kambing 2 ekor kat umah nenek. Pagi2 dah bgn nak tgk atuk2 potong kambing. Bdk ni mmg suka benda2 gini...

:: Jgn tanya kenapa dia buat muka gini...mummy dia tiada jawapan pasti..hahaha::

:: Budak curious memanjang dan segala pertanyaan keluar dari mulut dia. penat nak jawab::

:: Kambing Putih dulu...::

:: Arsyad semangat nak tgk dekat2::

:: Kambing hitam plak::

:: Bersedia utk di lapah::

:: Kasi mandi dulu lagi senang nak lapah kulit dia abg ni kata..::

Arsyad boleh nak bertangga kat surau tu nak tgk kambing2 dia kena lapah sampai selesai. Penat okeh. Kang dgn Arsyad2 mummy lapah baru tau..hahaha..Penat giler masa tuh. Dgn kenduri, dgn aku pun masa tu baru pregnant, mencabar betul. Esoknya terus aku demam. Bday anak pnya pasal.Ni baru anak sorang, anak 3-4 kang...beli slice cake potong kat umah je la..hahaha..

And lagi...hahaha..yg terakhir..Bday present dia dari Mummy and Daddy...Mmg dari dulu dia nak mendalah ni..belikan je la. Tp bkn leh main slalu pun. Balik rumah dah mlm, weekend kadang2 bz..dok la parking kete dia ni kat porch slalu. Tp kecoh time nak parking dekat2 dgn kete dia je, dah jerit2 tak kasi langgar..kecoh ohhh....


:: Dia suka sgt dgn bday present kali nih::

:: Tp lebih kepada sifat explorer dia as usual::

:: Muka atak senyummm...happy...::

:: Ni bila dah bosan...urut dada je aku time kete tu langgar pagar umah..::

So habislah sudah entry Bday Arsyad thn nih..hahaha..gila lama nak update, and gila byk benda nak update. Tp sayang aku tak amik gambar Arsyad ngan present2 yg dia dpt. Takpela dia pun dah besar. Dpt mostly mainan so harini dia teruja, esok mainan tu dah tak serupa mainan aku tgk..hahaha..

Arsyad, mummy doakan semoga Arsyad sentiasa sihat, panjang umur, semakin cerdik, semakin bijak, dan menjadi anak yg soleh utk jadi ketua keluarga kita satu hari nanti yer...Mummy and Daddy akan sentiasa cuba bagi yg terbaik utk Arsyad selagi termampu...We love u so much syg!!!...

::Sebak::