Iyer..dulu aku tak berapa percaya..sbb dulu aku igt if stress, susah hati, dgn tak semena-mena badan ko akan terus mengecil. Mybe sbb tak lalu makan..or badan pun mcm merajuk gitu..
Tp itu ikut org ler...Dulu sebelum kawin mmg yer. Aku susah hati dok plan wedding dgn Daddy. Sbb kitaorg berdua je plan everything. Takmo susahkan family or sapa2. Dari buat card, caterer, baju kawin, sourvenir, segala mak nenek sampai anak tudung aku nak pakai pun Daddy pilihkan..kahkahkah..Oleh kerana stress and susah hati bercampur penat, maka baju kawin kena fitting 5 kali. memanjang lari ukuran sbb badan makin melidi...
Sesungguhnya, jgn harap sekarang jugak harus begitu....Maybe sbb hormon dah berubah. Sah2 anak dah dua. Asal stress, makan tanpa henti. Asal stress, asyik ingat makanan dan ngapp..so nak turun berat??? Dalam mimpi lah kan!!!...dan bila berat statik tak turun2, of coz aku makin la stress..hahaha
Memang aku stress dgn kelas Deutch course nih. Makin lama makin susah. Makin lama makin serabut aku dgn grammarnya, dgn wording mengarut2nya, dgn cara nak sebutnya, dgn bila dgr org German ckp Deutch terus tak paham satu apa. Hahaha..sah2 time ko belajar ko sebut satu2, cikgu ajar pun baik...sebut sepatah2 nak kasi paham...Skali dgn MP3 file org sana sebut...gebustankplufrufungneundundzwanzingbla..bla..bla..laju gilaaaaaaaaaaaa...... Ada bakat bila dah abis belajar, aku gi sana and ckp org sana tak paham sepatah haram...kahkahkah..
Bila aku stress, mmg aku perasan berat jadi statik or makin naik. Bab makan, aku try control sehabis boleh. So far masih tak makan nasi. Tp tak boleh menahan nak makan sedap2 time bfast, lunch and dinner. Walaupun dinner, tp before 8pm yer. Tak boleh skip sbb amik dinner boleh membantu kita increase metobolism jugak. Tp jgn la ko balun meggi goreng ayam waima pukul 6pm skali pun. Still defeat the purpose utk ko berdiet cara berhemah tu kan...Tp still aku tak boleh nak elak makanan bergoreng, makanan manis, or makanan rubbish seperti donut Big Apple..OMG sedap gilaaa..So far aku baru start stop minum ais..harap2 berkekalan...
Lepas Adelia keluar spital aritu, aku dah insaf sket. Tkmo stress2 sgt. Bila aku tak paham dlm kelas, aku gelak2. Aku ketawa berdekah2 mcm org gila sbb bengang tak paham. Hahaha..Nak reverse psyco la konon. Tgk Dr Effie si comel kat sebelah dgn relek je absorb segala cikgu ajar, lagi aku gelak sbb nak speed otak selaju otak dia. Gila tak gila...Nak abis kan 12 chapters dlm masa 2 bln. Skrg lagi 3 minggu nak exam, tp ktorg baru sampai chapter 7. Cikgu aku ckp last kelas pada 12 Jan, then 13 Jan tu terus exam. So sila bagitau patut ke tak patut aku stress???? hahaha
Budak2 dlm kelas aku semua belia2 belaka. Walaupun aku bkn yg paling tua, sbb ada je yg umur 30thn tapi deme dah ada 2 Masters la kan...Paling muda budak lelaki umur 15thn, sbb PMR dah abis, and cuti sekolah takde plan, so suka2 amik kelas bahasa German. Nyampah kan??
Tp still aku rasa masa aku terbatas. Bila abis kelas, aku mmg takmo tgk buku dah. Nak termuntah tgk perkataan2 Deutch so aku buat benda lain. Makan lunch, then Gym or balik umah terus. Tp tak berapa bijak gak sbb bila sampai rumah lagi la jgn harap nak sentuh buku. Keje-keje rumah never ending, anak2 memerlukan kasih syg, so masa yg sesuai hanyalah sejam sebelum kelas start. Sometimes aku buat lepas bfast dgn Daddy kat foodcourt KLCC, or time Daddy tkde aku buat kat kedai mamak dpn school budak2 lepas hantar mereka. Dgn harapan walaupun last minute revision, dpt gak la masuk dlm kepala otak ni kan. Dari belajar mlm2 nak stay up bagai, or hari2 lepas kelas terus gigih buat notes, tp esok nya lupa. nan ado!. hahaha..maklumlah, otak aku ni engine dia dah agak usang. dah 8 thn tak bergelumang dgn buku-buku suma. So nak start balik tu agak berkarat la kan...huhuhuh
Tp aku tau, itu semua bkn alasan utk aku fail exam. Walaupun exam lagi 3 minggu, aku kena gigih la kan. If stress, and dah try nak reverse psyco tak boleh, terpaksa la melayan stress dan membiarkan badan tidak kecil buat sementara waktu. (lagipun salah satu alasan aku tak kurus2 lagik. hahaha). Yg penting di dahulukan. Aku ada terpikir nak start detox diet balik. Tp pikir2 malas la nak seksa diri. Kang detox ke mana, dlm kelas berbuih mulut akibat stress dan kelaparan. Hahahaha..
Nak pass exam markah kena 60 ke atas tahu...menyampah betul. Tak boleh ke ikut graf UPSR or SPM passing marks 50 jer?? hahaha..Tak tau la ada harapan aku nak lulus ke tak. So far dah buat 4 tests, markah mmg ler ok sbb nama pun test. Tp exam ada byk parts. Bab jawab soalan, bab oral test, bab listening test, bab tulis essay satu muka surat. Huwaaaaa....ni aku baru tulis part2 dlm exam dah stress....cemana????
Takpelah..hadap je la kan...and dgr cite, bila aku sampai sana, kena amik A2 level pulak. Mmg Germany ni betul2 nak org duduk sana belajar language and culture deme kan. Kita anggap je la itu utk kebaikan masa depan. Walaupun aku confirm2 tak tau mcm mana nak gi kelas bila kat sana. Mana aku nak campak si Adelia? Arsyad ok la kot sbb mybe dia g school..hmmm..
Eh, panjang gila melalut padahal nak ckp je yg aku tak berjaya kurus lagi. Hahaha...Kan aku ada melancarkan misi 3 Months Losing Weight Journey tu kan. Patut klau ikutkan aim tu by Jan 2012 aku dah turun at least 10kg. Tp apakan daya, saya manusia biasa. Terpaksa call it OFF sbb rasa tak terkejar. Skrg baru turun 4kg since misi di lancarkan. Nak turun lagi 6kg dlm masa sebulan dgn keadaan skrg, mmg tak terdaya makcik. Boleh mmg boleh if buat detox and maintain kan. Tp seriously, body and mind aku tak berdaya buat masa skrg. So, dgn sedihnya aku umumkan yg MISSION FAILED!.
Tp aku tak risau. Gagal skali bkn bermaksud gagal selamanya kan. Aku kenal diri aku. Aku takkan biarkan diri aku gemuk lama2. Slalu if aku "lupa diri" pun, aku drag misi kuruskan badan makan sampai 6 bulan ke setahun. So far aku takkan biar lama2. Takdenya aku rasa nak diet lagi 3 thn sbb malas nak pikir bab berat badan dah. Hahaha.. So InsyaAllah, lepas 13th Jan, bila exam dah abis..aku lancarkan misi baru. Tp provided aku pass exam la. If failed, kena repeat balik 2 months course, bertambah la stress and lagi lambat la aku nak kurus.Uwaaaa..
Pada kwn2 yg tgh dalam misi, terus kan usaha anda. Ada je kwn2 yg tnya nape aku dah lama tak update bab kuruskan badan. Dah tu..tak kurus2..nak update apa...biasalah manusia, time kurus dia update, tp statik and gemok dia buat diam je...miahahahaha...
Pada yg agak2 semangat dah suam2 kuku, meh bagi tau aku. Boleh aku kasi semangat balik walaupun aku off from the mission for a while. Tak semestinya aku tak buat, aku tak leh kasi semangat kat kawan2 kan...Memberi semangat kepada satu sama lain adalah penting. Sbb hanya kita yg bergiat nak kurus je paham bagaimana perasaan org yg nak kurus....kan..kan..kan....
Eh, dah ler. Aku update ni curi2 masa sbb si ubi kentang Adelia nih nak susu pukul 11pm. So alang2 nak tunggu, aku online kejap sbb kang aku tido skrg, lagi 20 min dia bgn nak susu, bertambah stress beta. So nak kill time la kunon sementara tgu dia bgn mintak susu. Skali senyap2 Raja Abdullah Arsyad keluar dari bilik. Nak tgk Upin Ipin katanya. Daddy yg di pertanggungjawabkan tidokan dia dah lama sampai Hong Kong. Org yg patut tido tak tido2 gak..Ni tgh berlingkar bawah kaki aku sbb nak menyorok dari Daddy konon. Dia ckp kalau menyorok bawah peha Mummy, mesti takkan ada org nampak. Makan dalam betul kan? Whatever la abang.....
So till then lah..Tak tau bila nak datang rajin lagi..Kena cari semangat yg hilangggg.....
2 comments:
erk
terinsaf kejap
sbb akak pun dah suam2 kuku je misi berDIET ni
zu stress bljr..ok la jgk.. yg akk nie stress ape? huhu... misi gagal gak... huaaa..
Post a Comment