Susulan dari cerita Arsyad kena cubit tu...Ramai sgt yg dok tnya aku apakah update seterusnya..Sorry la yer. Hidup aku agak huru hara sampai la 13th Jan nanti. Masa tu exam dah abis, baru kembali normal...hehehe
Ok lepas mlm tu yg aku up entry tu, aku terus sms Dayah. One of the teachers yg aku rapat lah. Aku ckp kt dia, aku tak kira. Management nak minta maaf berjuta kali pun, aku tetap nak tau sapa yg buat. Sbb masa tu aku dok dpt sms dari supervisor taska tu berjela2 minta maaf sbb dia terlepas pandang benda nih. Dia janji dia akan highlight ke Principal. Dia janji dia akan closely monitor benda2 mcm ni in future. Janji..janji..janji. Yg aku nak bkn janji ko, yg aku nak ada org yg MENGAKU dia yg buat. Berani tanggungjawab atas apa dia buat kan...
Since masa ktorg tanya takde sekor pun yg berani mengaku on the spot, so aku desak Dayah confront sorang2 lah. If aku yg tanya, sah2 kecut sorang2 kan. If antara diaorg, maybe lagi senang nak mengaku. Esok pagi tu, aku hantar anak2 mcm biasa. Sorang pun takde memberi riak muka yg bersalah. Semua buat muka selamba. Fine. Dlm kelas, aku sms Dayah remind dia suruh tnya sorang2. Aku nak nama org tu. Nak ada org yg mengaku. Aku tak kira.
Dalam pukul 11am mcm tu Dayah reply sms aku. Dia ckp ada sorang cikgu baru yg mengaku. Lepas dia tnya berkali2 sorang demi sorang. Nama cikgu tu cikgu N. Mendidih hati aku. Sbb cikgu ini la yg aku tnya dari mlm tu lagi. Yg duty jaga Arsyad minggu tu. Tp tak mengaku. Dia leh ckp maybe Arsyad main dgn kwn2, and tak perasan ada tanda2 cubit tu.
Then aku ckp kat Dayah, aku boleh maafkan dia. Provided dia dgn ikhlas dan jujur minta maaf dari aku and Daddy. Parents Arsyad. Parents budak yg ko suka2 cubit 9 kali sehari tu!!..Pastu Dayah reply, dia ckp "Kak, Cikgu N pesan dia minta maaf. Dia janji tak buat lagi". Pesan??? Pesan eh....boleh ko main pesan2 maaf mcm tu. Masa ko cubit anak aku ko tak PESAN plak. Ko direct je cubit dia kan?????...Ya Allah, berapi betul aku masa tuh!!..
Aku diam. Ptg aku amik anak2 mcm biasa. Cikgu N tu ada tp menyorok belakang pintu. Tak tau apa motif. Tp aku mcm biasa. Takkan aku nak terjerit2 panggil dia kat situ. Takkan aku nak tarik and berdepan dia time tu. Aku buat mcm biasa je lah. Then aku blah. Tp hati bengkak. Sbb takde otak ke dia. Ada peluang dia jmpa aku depan2 tp apa salahnya dia just ckp "Kak, saya minta maaf. Saya cubit Arsyad. Saya janji tak buat lagi". Minta maaf berdepan. Susah sgt ke??
Aku sampai rumah, aku sms Dayah balik. Aku ckp nape dia nak pesan2 maaf mcm tu? Aku takkan maafkan dia cara mcm tu. Aku bkn nak demand lebih2. Bkn nak besarkan hal ni. Aku cuma nak dia lebih bertanggungjwab dgn apa dia buat. Dah la at first dia tak ngaku, then bila dah mcm ni, dia main pesan2 maaf plak. Mana boley. Ini bkn takat case tertukar baju. Ini case ko suka2 cubit anak org sampai lebam2. Ada akai tak nak main pesan2 gitu kan...
Tp aku pun terpikir gak. Aku tak kenal dia sgt. Aku tak tau dia jenis org yg mcm mana. Cikgu2 lama yg lain, InsyaAllah aku kenal diaorg. Aku tau hati budi diaorg. Aku selesa dgn diaorg. Tp dgn Cikgu N nih, aku tak kenal. So if aku nak melenting marah2 dia pasal benda ni, aku tak tau apa kesannya nanti kat dia. Mcm mana cara dia terima marah aku tu. Mana tau dia lagi berdendam, lagi mcm2 dia buat. If dia stay jadi cikgu kt situ, dia still duty jaga Arsyad, who know's apa dia boleh buat if dia sakit hati??? Sbb aku tak tau hati dia, jenis org mcm mana dia ni. So aku takleh nak predict. Worst case dia akan sakit hati and dendam. If fikir positive, dia akan menyesal dgn apa dia buat and lebih berhati2 next time. Tapi aku tak tau which one dia akan jadi. Sbb aku tak kenal dia. So sbb tu aku tak sewenang2nya marah dia.
Lagi satu, priority aku adalah ABDULLAH ARSYAD. Dia suka duduk kat nursery tu. Dia sayangkan cikgu2 dia. Dia suka main dgn kwn2 dia. Dia suka semua activity kat school. Next year February dia akan sambut bday kat school buat kali ke tiga. Dia pun dah tau. If aku ckp nnti kita beli kek, sambut birthday abang kat school. Dia seronok sbb kwn2 nyanyi utk dia. Kwn2 makan kek bday dia. So dia mmg really looking foward for his bday. If aku withdraw dia dari school tu, dia dpt school baru, teacher baru, kwn2 baru, aku tak sure dia akan suka ke tak. Utk budak umur hampir 3thn mcm dia, boleh ke dia adapt dgn cepat. Since dari lepas pantang dia kat school lama kan..So aku kena pikir dia. If dia happy dengan semua benda dlm life dia kat school tu, aku tak boleh cepat melatah. Tak boleh take action yg merugikan dia. Masalah skrg hanya dgn CIKGU S yg bengong tu. Bkn the whole school or all the teachers kan??
Di sebabkan itu, aku sms lagi Dayah weekend tu. Aku suruh Dayah ajak Cikgu N tu lunch or minum2 dgn aku. Dayah boleh ikut sama if dia malu. Aku nk duduk borak dgn dia. Aku nak kenal dia. Aku nak tau cerita sebenar. Apa exactly dia buat. Apa sbb dia buat. Just sbb Arsyad ni nakal je or ada sbb lain. Mana tau aku ada sakitkan hati dia tnpa aku sedar, so dia lepaskan kat anak aku ke kan..Mana tau. So aku betul2 nak get to know her better.
Untuk aku terus menghukum dia and bagi punishment yg berat, aku rasa mcm tak patut. Aku takmo dia sampai hilang kerja, hilang punca pendapatan. Mana tau dia kerja sbb tolong mak bapak yg sgt2 susah kat kampung, tiba2 sbb hal ni, dia kena buang keje. Mana tau dia terlepas buat benda ni kat Arsyad sbb dia ada prob lain. Walaupun TIADA ALASAN utk dia buat benda ni kat Arsyad, tp aku tetap nak cari points positive dari apa dia buat tu. Aku dah inform supervisor, supevisor dah highlight ke principal. Terpulang pada principal nak amik tindakan apa kat dia. Nak warning je ke, nak potong gaji ke, nak buang ke. Itu decision principal. Tp utk aku pastikan dia kena buang keje, aku tak pikir sampai tahap tu la...
Sbb tu aku nk jumpa dia. Nak tau if betul2 dia ada prob lain. Nak tau if dia hanya terlepas buat kat Arsyad hari tu je. Nak tau if dia ada buat kt budak lain gak. Tapi aku tunggu dari hari Sabtu...sampai Ahad....sampai Isnin. No response from her. Kecewa aku. Peluang yg aku bagi, yg aku harapkan dia grab utk dia tebus balik salah dia, tp dia sia-siakan. Aku tak suka if aku ada perasaan benci kat Cikgu arsyad. Pg2 aku hantar anak2 aku nak rasa lega. Aku nak rasa aku hantar ke tangan org yg aku percaya. If aku hantar tp dia yg sambut anak2 aku?? Mcm mana aku nak g kelas dgn senang hati? Sedangkan aku still rasa sakit hati and menyampah atas perbuatan dia kan??? So niat aku nak jumpa dia, sit down, and settle betul2 sampai dua2 puas hati. Then kita boleh sama2 move on and look foward.
Pagi Selasa tu, aku hantar anak2. Dari luar aku nampak dia tunggu kat pintu. Aku buat la mcm biasa. Tapi cikgu lain yg sambut anak2 aku. Dia dok tercegat kat situ. Aku tak tegur dia. Then aku nak blah je, dia panggil "Mummy, kejap. Saya nak ckp pasal benda hari tu". Aku pun..ok la kan. Kt dpn pintu je. Aku berdiri dpn dia. Tgu apa dia nak ckp..Daddy diri kat luar pintu. Tp leh dgr la conversation ktorg....Kira lebih kurang mcm ni la dialog dia...
Saya nak minta maaf pasal aritu. Masa tu petang dlm pukul 5pm, bawak budak2 main kat luar. Tp Arsyad nakal sgt. Tak dgr ckp, so saya pun geram cubit dia SIKIT, tapi saya tak perasan pulak saya cubit byk kali sampai ada 9 kesan lebam..saya cubit sikit and beberapa kali je..
Aku diam. Aku tunggu apa dia nak sambung. Malangnya, itu sahaja yg dia mampu ckp kat aku. So aku replied:
OK...pukul 5pm la benda ni jadi? kira dlm sehari je la kan? dia nakal kacau kwn2 time main? Tapi kenapa cubit? bkn slalu if dia nakal time main kt luar, korang punish dia suruh masuk dlm tak kasi main ke? slalu dia ngadu kat akak bila dia nakal kat luar, dia sorang kena duduk dalam. kwn2 semua main kt luar. so if dia nak main sama2 dgn kwn2 kat luar dia takmo nakal lagi. kenapa tak punish mcm tu je? kenapa nak kena cubit. and takkan sampai 9x awak cubit kalau kat luar dari kul 5pm-6pm. So dlm sejam tu awak cubit dia 9x?
Dia diam. Pastu dia balas balik:
Saya mengaku saya hilang pertimbangan. Saya tak patut buat mcm tu. Tapi saya rasa bkn saya sorang je buat. Sebelum ni saya pernah nampak kesan lebam kena cubit jugak. Tp tak banyak. Satu dua je. Lagipun saya tak rasa saya cubit tu sakit.
Berderau tak darah dgr dia balas tu???? Ko ni org kasi muka, lagi ko naik minyak kan...berani plak dia balas gitu. Masa dia ckp "bkn saya sorang je buat." Supervisor nursery tu dah dtg dekat ktorg..Dah pandang dia semacam. Mcm nak libatkan org lain. Arsyad dduk sana hampir 3 thn, sebelum ni benda2 ni tak jadi. Mcm mana ko nak claim bkn ko sorang je buat???...Then aku balas::
OOO...bkn awak sorang je buat? So awak rasa tak salah la cubit dia sampai 9x tu? Sbb org lain pun buat? Masa awak nampak ada kesan cubit sebelum ni, nape tak refer ke supervisor? or at least bagi tau akak yg ada org cubit Arsyad? kenapa diam and buat benda yg sama gak? Awak rasa boleh ke cubit anak-anak bawah jagaan korang ni? Tak salah ke?
Dia diam..Then dia ckp "Ye, saya tau salah kak.."
Hati aku dah berapi2 panas masa tu. Ikutkan perasaan masa tu, mmg mcm2 lagi aku nak ckp. Mmg aku boleh basuh dia habis2. Tp aku malas. Aku takmo ikut emosi. Dia bangang, biar dia sorang bangang. Aku takmo terikut bangang...Benda ni betul2 mengganggu aku.. So aku pun nak cepat2 settle. Aku pun nak lupakan hal ni. If aku drag lagi, hati aku gak yg makin sakit kan...So aku ckp gini...
Ok lah. whatever..akak pun taknak besar2kan hal ni. If ikutkan akak boleh report polis sbb benda ni kira abusive. Korang sebagai cikgu kt sini takde hak langsung nak cubit, pukul, atau buat apa2 fizikal action kat anak2 kat sini. If diaorg buat salah, hukum cara lain. Berpuluh2 cara awak boleh buat. Mcm awak tak tau. Jgn ikut emosi. If tak boleh sabar dgn budak, jgn keje jaga budak. Gi keje yg relax2 tak tension. Keje jaga budak ni melibatkan mak bapak diaorg gak. Akak bkn jenis mak bapak yg fussy nak awak jaga pefect. Tak. Akak jaga pun tak boleh perfect mana. Tapi jangan sampai nak cederakan dia. Cubit dia sampai lebam and darah2. Cuba skrg akak cubit awak 9x sampai darah, sakit tak??? So apa lagi budak kecik mcm Arsyad tu? Fikir..buat benda fikir..ni anak org, bkn anak kucing. Akak pun tak nak smpi awak hilang keje. Tp if awak sayangkan keje awak, jaga baik2. Kali ni pengajaran, if in the future jadi lagi, memang akak takde nak tnya2 or slow talk2 mcm ni. Terus akak report police je. Arsyad tanggungjawab akak. Akak kena protect dia.
Masa aku ckp tu dia tunduk je angguk2. Nak ckp muka kesal, ada la sikit. Tp aku rasa lebih pada takut. Muka dia pucat. Toreh pun tak kuar darah kot. Tp perangai menjawab boleh tahan. Aku pun malas nak berdebat2 pagi2 tu kan. Tp aku puas hati bila berdepan mcm ni. Walaupun reaction dia pada mulanya agak mengecewakan bila dia dok accuse org lain and menjawab2 plak, tp at least aku lega aku boleh "basuh' dia depan2 and tgk muka dia. Itupun dah cukup. Nada aku ckp pun relax je. Takde aku nak keras2kan suara or tinggikan suara. Aku nak dia paham. Bkn nak gaduh tarik rambut dgn dia punnnn...
Bila dah jumpa mcm ni, baru aku rasa lega. At least perasaan sakit hati and geram tu dah berkurangan. Sedih tgk parut2 kat badan Arsyad of coz masih ada. Tp aku takmo ada perasaan negative dlm hati ni. Takmo bersangka buruk dgn org yg menjaga Arsyad. FIne, benda ni salah. Dia buat salah. Tp if org buat salah, kalau selamanya kita nak menghukum dia, mcm mana dia nak berubah? Mcm mana dia nak improve kan? 1t's her mistakes, kita cari jalan penyelesaian, buat dia sedar salah dia, then kita move on. Harapnya tak jadi lagi in future. But if let say dia buat lagi, then baru lah aku paksa Principal berhentikan dia. If not aku kan bgtau other parents. Aku harap dia jadikan benda ni pengajaran berguna. Sometimes kita belajar dari kesilapan. Selagi tak buat silap, selagi tu kita tak belajar kan..
So skrg makin lama ok la kot. Pg td aku hantar anak2 dia yg sambut. Bengkak hati ni makin kurang. Aku pun belajar utk terima kesalahan dia. Walaupun apa dia buat kat Arsyad amatlah susah utk aku lupa, tp at least aku terima maaf dia, and aku bagi dia peluang utk jaga Arsyad.. Bengong sekali tak semestinya bengong selamanya kan..So tkpelah. Mungkin ini jugak pengajaran utk aku in other way..so sama2 belajar...
Aku berdoa, benda2 mcm ni tak jadi lagi. Tersiat2 hati klau terkenangkan mcm mana sakitnya Arsyad masa kena tu kan...Tp tak guna igt masa lepas gak. So beringat je la pd masa depan. Aku harap, anak2 korang juga di lindungiNya..If let say benda ni jadi kt korang (mintak simpang), pilihlah jalan penyelesaian yg menguntungkan dua2 pihak. Sometimes if kita terlampau marah, kita akan buat decision yg salah. Apapun, tindakan ikut apa kita fikir baik. Semoga kita sentiasa di tunjukkan jalan....Bagi aku yg penting, keadaan anak aku. If dia happy, aku pun happy....
Eh, panjang melebar entry melampau...hahaha..Sekian sahaja entry luahan perasaan yg melampau2 panjangnya...haha
2 comments:
beb, sedih aku tgk gambar arsyad tu
dia pn x mengadu ek
mmg kena warning la tu
harap anak2 kite dilindungi Allah
aku pn risau pasal Iman sbb dia pn da makin notty
:(
dah mengaku akhirnya ye
akak pun ada gak cobit anak
tapi tak de lah berbekas2 cam tu
sosah gak kan anto kat org nieH
Post a Comment