Dah hampir 2 tahun 8 bulan aku hantar Abdullah Arsyad ke taska. Sejak dia lepas pantang, aku start keje masa dia umur 2 bulan. Memang masih baby, masih kecik, masih kesian nak hantar. Semua org tanya kenapa aku pilih taska. Kenapa tak hantar babysitter, or kat MIL or kat tempat lain selain taska. Sbb bagi org, kat taska ni duduk ramai, so penjagaan tu tak berapa sempurna. Kesian budak2 kena jaga ramai2 mcm tu. Tp aku ada pendapat sendiri. Bagi aku, biar aku hantar kat tempat yg mmg khas jaga budak. Mmg keje diaorg jaga budak. Tak payah nak basuh baju, masak (kat taska org lain masak, bkn cikgu2), buat keje rumah, etc. Mmg aku antar tempat KHAS jaga budak-budak.
Ada la pro's and cons dia. Mana2 ko hantar pun. Ikut rezeki masing2. Byk2 kes budak kena kat taska, byk jugak kat rumah babysitter. Even anak kita jaga sendiri pun tak terlepas dari accident or benda2 yg tak boleh kita control kan..So bila hantar anak kat org tu..Pandai2 la bertolak ansur..
Selama hampir 3 tahun ni, aku puas hati sgt dgn taska Arsyad. Bersih, byk activity, pentingkan security, kalau ko nak suruh org lain amik anak ko, jgn harap dia kasi. Diaorg akan call ko, and tnya no plat kete org tu and nama org tu etc. Itupun susah jugak nak lepas sbb takut org yg dtg tu menyamar ke apa kan. So far hanya parents je boleh jemput anak2. If nak org lain, kena ada details lengkap org tu.
Bab senang jatuh sakit tu pun perkara biasa. Bila anak ko dah baik batuk, budak lain selesema, berjangkit plak. Anak ko dah baik demam, duduk sebelah budak demam, boleh jadi demam balik. Biasa. Benda tak boleh ko control.
Yg aku suka, Arsyad byk belajar kat taska. Sbb bercampur dgn ramai kwn2, ada yg umur lagi tua dari dia, so dia byk belajar benda baru dari usia dia awal lagi. So kat situ aku agak happy.
So far relationship aku dgn cikgu2 pun amat2 baik. Dari start hantar Arsyad, dgn cikgu2 lama mmg bestfriend. Siap leh dtg lepak rumah aku, tido rumah aku, gi tgk wayang, gi makan2. Cikgu2 yg dah keje tmpt lain pun still baik dgn aku. Dgn cikgu2 baru agak biasa2 je sbb aku jarang spend time dgn diaorg. Borak2 biasa2 tu ada la. Tp tak close sgt mcm cikgu2 yg dah lama kenal. Bagi aku, penting utk ko baik or rapat dgn cikgu2 ni. Diaorg ni bkn org lain. Org yg jaga anak ko hari2.. Org yg ko trust utk jaga anak ko sebaiknya. So kena kenal hati budi, berbaik2 dgn cikgu2..jgn nak anggap diaorg mcm hanya pekerja taska ke apa.
Kadang2 aku slalu dgr cikgu2 mengadu. Ada parents yg marah bila anak diaorg kena gigit nyamuk. Marah bila ada baju anak diaorg tertukar dgn org lain. Marah bila syampoo cepat abis, dia ckp cikgu guna tak jimat cermat. Jenis bagi anak koko crunch sekotak pstu makan senyap2 kat dapur. Jenis kalau cikgu ngadu anak nakal dia ckp cikgu buat cerita. Jenis anak ngadu bergaduh dgn kwn umur 2thn terus nak report Principal sbb ckp cikgu tak reti nak handle budak2 gaduh. Rasa perkara2 tu remeh sgt utk di marah. Kalau ko jaga sendiri tak kena gigit nyamuk ke kan? Haih la manusia mcm2 cara diaorg pikir..
Tapi hari ni......dah terjadi satu sejarah hitam. Di mana trust tu dah mcm kurang. Rasa confident tu dah goyah. Sedih sgt2. Tersiat2 hati aku nih...Rasa mcm kepercayaan aku selama ni korang perkotak katik kan aje!!!!...
Selalu ktorg amik anak-anak paling awal pukul 6pm. Masa tu mmg diaorg dah siap mandi, pakai baju tido. Sbb time mandi adalah sblm kul 6pm. So bila balik, tak payah la nak salin baju apa just tukar pampers tgh mlm bila perlu je. Tp malam tadi, kebetulan Arsyad ter"accident" plak basahkan seluar dia. (dia tgh belajar toilet train skrg nih). So Daddy pun bawak naik, nak tukar baju.
Tiba2 aku dgr Daddy jerit "Ya Allah!!!.sekuatnya!!!... Aku tgh bagi Adelia susu terkejut gila. Igt Arsyad jatuh ke apa. Dia berlari turun dukung Arsyad, aku berdebar2 apa ke hal nya nih???...
Daddy tunjuk kat aku badan Arsyad yg tinggal pakai pampers je. Aku confuse, terperanjat, blur, tak tau apa dia ckp sbb dia mcm kaget gila. Dah lama sket baru aku paham.....ARSYAD ADA 9 TANDA KENA CUBIT!!. SEMBILAN OKEH!!!... Kesan merah bekas kena cubit, kesan lebam, siap ada satu bekas tu mcm dah kering berdarah!!!..
Berderau darah aku masa tu. Tp aku terus bersangka baik. Aku ckp kat Daddy, maybe kwn2 Arsyad main kasar2 cubit2 mcm ni. Tp Daddy kata tak logik langsung. Tgk tanda kena cubit kat lenggan, dada, peha, celah kangkang..Takkan kawan2 nak attack kat situ..
Bila tanya Arsyad, dia ckp cikgu cubit. OMG...lebih la ni kan. Aku and Daddy mmg parents yg garang. Ktorg if marah, pukul, mmg betul2. Tp takkan sampai cubit lebam berdarah, or berbekas2 satu badan!!!...Hati aku panas dah masa tu. Sebak sgt tgk badan dia jelas betul bekas2 cubit tu. Nak menangis tp aku tahan.
:: Kat peha. ada 4 kesan: |
:: Kat lengan. ada 3: |
:: Kat dada. Ada 3 jugak. belah kanan atas tu yg bedarah tu:: |
:: Pehe belah kanan. Ada 1 kesan biru. Kesan lama: |
Dlm gambar tak berapa clear sbb cubit jenis kecik-kecik gitu. Tp kesan merah menyala la...eh, cubit kecik2 and pulas lagi sakit kot..Kita yg org tua ni pun kena cubit sakit, apa lagi budak kecik!!!
Aku terus call cikgu dia. Mula2 supervisor taska tu yg angkat. Bila tanya, dia ckp tak tau sbb bkn duty dia jaga toddlers this week. Dia jaga baby. OK. Aku suruh pass kat cikgu yg duty jaga Arsyad. Then slow2 and berhemah gila aku tanya. "Akak perasan badan Arsyad penuh kesan cubit. Merah2 and lebam. Kenapa ya?" Ya Allah..mmg aku tahan je perasaan masa tanya tu. Aku takmo nak fire terburu2. Mmg aku yg ckp tak kasi Daddy ckp sbb kalau dia ckp, confirm bertubi2 dia tanya nanti.
Tau apa dia jawab? "Saya tak tau la kak...tak perasan pulak." Eh, tak puas hati betul aku. Then aku tanya, masa awak mandikan, tukar baju, takkan tak perasan? Sbb akak baru tgk sekali imbas dan jelas nampak. Arsyad ni cerah. Kesan nyamuk pun jelas nampak dari jauh. Then dia jawab" Memang tak perasan kak. Masa mandi and pakai baju nak cepat. Saya tak belek pun badan dia."
Fine.. ko tak tau yer..ok. Aku dah try tanya baik2. Ko jwb mcm ni. Terus aku suruh Daddy bawak Arsyad, start kete, gi sana terus tanya depan2. Nasib la taska tu 10min je dari rumah. Ha, berdepan la ko dgn Singa yg tgh panas hati mengelegak tu. Aku tanya elok2 ko takmo jwb betul2 kan...
Elok je Daddy kuar, berjurai2 air mata aku turun. Sebak and sedih sgt2. Aku tau anak aku nakal. Aku tak pernah in denial. Tak pernah ckp dia baik gila dengar ckp walaupun terang2 dia jenis buas. Aku tak pernah deny!. Aku admit dia mmg jenis nakal. Dan aku mmg bagi permission utk cikgu2 hukum kalau Arsyad nakal. So far yg aku tau, hukuman dia berdiri kat corner, or tak boleh keluar main dgn kwn2 ptg2, or makan sorang2 tak boleh join kwn2, or kwn2 tgk tv dia sorang2 duduk dlm bilik bacaan. THAT'S IT!. Paling kuat pun, aku kasi diaorg sedass kat punggung kalau degil sgt. Punggung sahaja sbb ada pampers kan. Tak pernah skali2 aku kasi ko cubit anak aku sesuka hati sampai lebam2 and berdarah!!
Sabar je aku tgu Daddy balik. Arsyad mmg tak ckp apa. Slalu dia mengadu if cikgu buat dia. If cikgu punish dia. Tp kali ni sikitttt dia tak ngadu. Aku syak cikgu yg cubit tu ugut dia. If ngadu kat mummy, nnti kena cubit lagi.ish, bengang!!!!...
Daddy cite, dia terus ketuk pintu taska. Elok la cikgu ramai2 tgh tgk tv kat hall. Then Daddy terus la tanya bertalu2. .Diaorg pun dah tau bila aku call so dah tau apa nk jawab kan. Tp salah la ko nak menjawab dgn laki aku. Mmg takkan menang punya. Finally, ada sorang cikgu baru minta maaf. Dia ckp MUNGKIN dia tak sedar dia TERcubit masa marahkan Arsyad, so dia minta maaf banyak-banyak.
KEPALA HOTAK ko mungkin tercubit, tak sedar or TER...ada SEMBILAN bekas kena cubit wey!!!!...kalau tak sengaja takkan sampai SEMBILAN kali!!!!
Daddy marah2 gak la. Tp dia mmg tak directly mengaku. Takde ckp "Iyer encik, saya yg cubit. saya minta maaf sgt2 sbb terlampau ikutkan perasaan masa dia nakal. saya janji saya tak buat lagi". Kalau dia jawab mcm tu sejuk sket la hati aku kan....
Then Daddy warning, kalau jadi lagi, we all report principle. For now, ok la ktorg bkn accept sbb 1st time jadi gini so tolong jgn ulang lagi in future. If ada satu je pun kesan cubit, mmg siap ktorg report..
Aku tnya Arsyad, sakit tak cikgu cubit? Dia jwb sakit sangat..abg nangis2 panggil mummy...sebab pedih..kadang2 ada darah Mummy...
Ya Allah....rasa nak pecah dada aku masa dgr dia jawab tu. Tp aku tak tunjuk. Aku tak nak dia benci cikgu dia. Aku tak nak dia rasa benda ni salah besar cikgu dia. Dia nakal, so ini hukuman dia dpt. Cuma hukuman yg sgt2 tak berpadanan dgn kenakalan budak 2 thn 10 bulan!!..Yg tak patut di buat oleh seorang cikgu taska!!!...Tapi aku tetap nak dia amik pengajaran. If nakal, kena denda. If nakal, cikgu marah. Itu rules. Consequences apa cikgu bodoh tu buat, biar aku and Daddy yg tanggung.
Then Daddy buat susu, ajak dia tido. Dia mcm biasa je. Bila aku amik gambar2 kesan kena cubit tu, dia posing mcm biasa. Tak tanya pun utk apa aku amik gmbr tu. Aku amik sbb nak simpan bukti. If jadi lagi, aku report and tunjuk skali record benda ni dah pernah jadi....
Tapi aku tetap tak puas hati. Sbb takde satu pun PENGAKUAN. Aku nak dgr seorang cikgu dtg kat aku and ckp "Iye kak, memang saya yg cubit anak akak sampai ada SEMBILAN kesan lebam. Saya minta maaf." Itu je aku nak dgr. Aku takmo report skrg sbb taknak kacau periuk nasi dia for now. Tp aku nak dia berani pikul tanggungjawab and akibat perbuatan dia.
So aku mintak sorang cikgu yg aku rapat, gi tanya dia sebagai kawan. Nasihatkan dia berdepan dgn aku and mengaku itu perbuatan dia. Then baru aku boleh betul2 maafkan and put this thing behind us. If not, memang aku takkan maafkan dia sampai bila2. Memang aku pangkah la muka ko lepas ni. Kalau ko duty jaga Arsyad, hari2 aku check badan dia. Paranoid ok aku skrg...Ya Allah, lindungilah anak aku... :-(
Aku tau bagi dia benda kecik. If marah dia cubit sikittt je Arsyad tu. Cubit jenis kecik and pulas. If tak pulas, takkan merah and lebam. Tp bila skali buat, jadi seronok. Jadi gian. Jadi best. Asal budak tu nakal, ko cubit. Asal budak tu buat hal, laju je tangan ko cari sasaran. Hoi, aku yg mengandung and beranakkan dia pun tak pernah cubit sampai lebam2 mcm ni lah!!!!!...Ya Allah..sakitnya hati aku nih..
Aku nak tgk esok. Aku akan hantar anak2 sampai ke tgn cikgu mcm biasa. Aku ambik dari tgn diaorg mcm biasa. Tp aku akan tunggu PENGAKUAN dari org yg bertanggungjawab tu. Aku pun tak sure mcm mana aku nak react nanti. Nak terus ckp "ok, akak maafkan. jgn buat lagi". Or nak tnya dia mcm2 nape dia buat anak aku mcm nih..Tak sure. Tgk keadaan emosi aku masa tu. Tp sesungguhnya, aku amat2 marah and sedih. Of course korang sebagai ibu pun tau apa aku rasa skrg kan..
Biar la org nak ckp aku overreacted. Aku membesarkan benda kecik. Bagi aku ini bkn hal kena gigit semut. Bkn hal bergaduh dgn kwn cikgu tak reti handle. Bkn hal sekecik tertukar baju. Ini hal keselamatan anak aku. Hal betapa suka suki nya penjaga dia buat hukuman sesuka hati dia. Macam kan dia takde mak bapak!. Ini hal melibatkan kepercayaan aku sebagai parents hantar anak kat sana.
Pada kwn2 yg baca entry ni, jgn la takut plak antar anak2 korang kat taska. Benda ni kat mana2 pun jadi. Even kita pun kalau terlampau marah boleh terpukul anak2 dgn kuat tanpa kita sedar. TAPI, pukul anak2 kita. Darah daging kita. So, sapa nak marah? Asal ko tak sampai melebih2 kasi budak tu cedera ke apa kan. Ini ORG LUAR yg buat. Org yg baru jaga anak ko beberapa bulan. Mmg sgt2 tak boleh di terima!.
Nanti aku akan update if ada cikgu yg berani jumpa aku. Kena stop kat sini sbb dah pukul 12am tp aku tak tido2. Baru lepas buat homework tp tak focus. Hati masih bengkak. So nak rehat. Moga2 hari esok akan lebih baik utk kami. Semoga anak2 aku di lindungiNya..Amin...
:: Anak-anak Mummy sayang..Mummy tau mummy bkn ibu yg perfect, tapi Mummy akan cuba sedaya upaya utk lindungi kamu dari apa2 benda yg memudaratkan dan menyakitkan kamu...Sedih Mummy tengok anak2 di buat oleh ORG LUAR mcm ni... :-(::
11 comments:
Zue, smlm akak pegi umah kak selly hntr kek echa, selly ada citer pasal ni, igt nk sms, tp nampak cam busy body sgt lak...
Zue, my advice, report terus pada principal, dia patut tahu, itu tanggungjawab kita, takut benda ni berulang ke anak orang lain, dan ini adalah tanggungjawab principal untuk tahu apa masalah anak buah dia, dan kita kena tgk cara dia handle anak buah dia...
no doubt, report, kalau akak, akak takkan tanya cikgu tu, akak terus bawa arsyad dan jumpa principal terus, dan biar dia yg siasat...
Sedih baca kak, sampai hati siapa yang buat tu..moga anak kita semua dilindungi.
tiba2 nangis tau zu
akak pun kadang2 tercubit gak anak2
tapi tak delah bekas2 cam tu
sampai 9 tempat cubit tuuuu
sob sob..
moga arsyad ok ye kt tempat tu.....
kesian abang..mmg kite nk terbaik untuk anak2..tp antar taska atau baby sitter same je sbb kite mst beringat yg org yg jg anak kite tu xkan jaga macam kite jaga anak sendiri.....
tk pe arsyad nnti kakak marah cikgu arsyad tau cian die..
~kakak~
Hi saya silent reader awak and memang dpt tgk arsyad membesar sama baya dgn anak saya. Berdebar2 hati baca article ni mungkin sebab anak saya pun hantar dekat nursery. Saya nak cakap yg zue tak overreacting at all. Tapi kena tangani dgn lebih professional so that arsyad takkan trauma. Tanda2 pertama dia trauma bila dia tak bukak mulut pun dia sakit. Pegi jumpa principal secepat mungkin so that arsyad takkan trauma and kita nak dia communicate dgn kita kan?
sedihnyaaaa..sebak baca .....
Kak Naz,
laa...awat tak sms je..takde kepochi nya ler.thanks for your advise..yes mmg kena bgtau principal. sbb takut jd kat budak lain gak..
Qema: sedih kan..suka suki nak buat anak org gitu..
kak ila: kita ni mak yg melahirkan dia pun tak tergamak nak buat sampai berbekas2 gitu..
di: mmg sama je hantar mana2 pun..
Kakak,
nnti pujuk Arsyad ok..
Anon,
thank you for your advise..yes bg saya yg penting anak tak trauma. Nasib baik. if just physical ok lagi kan..
Ninie:
tu la mmg sedih...
bw je ke tgh zu....
Post a Comment