Pages

Dec 28, 2011

Kalau Pandai Buat..Pandai lah Tanggung Kan....

Susulan dari cerita Arsyad kena cubit tu...Ramai sgt yg dok tnya aku apakah update seterusnya..Sorry la yer. Hidup aku agak huru hara sampai la 13th Jan nanti. Masa tu exam dah abis, baru kembali normal...hehehe

Ok lepas mlm tu yg aku up entry tu, aku terus sms Dayah. One of the teachers yg aku rapat lah. Aku ckp kt dia, aku tak kira. Management nak minta maaf berjuta kali pun, aku tetap nak tau sapa yg buat. Sbb masa tu aku dok dpt sms dari supervisor taska tu berjela2 minta maaf sbb dia terlepas pandang benda nih. Dia janji dia akan highlight ke Principal. Dia janji dia akan closely monitor benda2 mcm ni in future. Janji..janji..janji. Yg aku nak bkn janji ko, yg aku nak ada org yg MENGAKU dia yg buat. Berani tanggungjawab atas apa dia buat kan...
Since masa ktorg tanya takde sekor pun yg berani mengaku on the spot, so aku desak Dayah confront sorang2 lah. If aku yg tanya, sah2 kecut sorang2 kan. If antara diaorg, maybe lagi senang nak mengaku. Esok pagi tu, aku hantar anak2 mcm biasa. Sorang pun takde memberi riak muka yg bersalah. Semua buat muka selamba. Fine. Dlm kelas, aku sms Dayah remind dia suruh tnya sorang2. Aku nak nama org tu. Nak ada org yg mengaku. Aku tak kira.
Dalam pukul 11am mcm tu Dayah reply sms aku. Dia ckp ada sorang cikgu baru yg mengaku. Lepas dia tnya berkali2 sorang demi sorang. Nama cikgu tu cikgu N. Mendidih hati aku. Sbb cikgu ini la yg aku tnya dari mlm tu lagi. Yg duty jaga Arsyad minggu tu. Tp tak mengaku. Dia leh ckp maybe Arsyad main dgn kwn2, and tak perasan ada tanda2 cubit tu.

Then aku ckp kat Dayah, aku boleh maafkan dia. Provided dia dgn ikhlas dan jujur minta maaf dari aku and Daddy. Parents Arsyad. Parents budak yg ko suka2 cubit 9 kali sehari tu!!..Pastu Dayah reply, dia ckp "Kak, Cikgu N pesan dia minta maaf. Dia janji tak buat lagi". Pesan??? Pesan eh....boleh ko main pesan2 maaf mcm tu. Masa ko cubit anak aku ko tak PESAN plak. Ko direct je cubit dia kan?????...Ya Allah, berapi betul aku masa tuh!!..
Aku diam. Ptg aku amik anak2 mcm biasa. Cikgu N tu ada tp menyorok belakang pintu. Tak tau apa motif. Tp aku mcm biasa. Takkan aku nak terjerit2 panggil dia kat situ. Takkan aku nak tarik and berdepan dia time tu. Aku buat mcm biasa je lah. Then aku blah. Tp hati bengkak. Sbb takde otak ke dia. Ada peluang dia jmpa aku depan2 tp apa salahnya dia just ckp "Kak, saya minta maaf. Saya cubit Arsyad. Saya janji tak buat lagi". Minta maaf berdepan. Susah sgt ke??

Aku sampai rumah, aku sms Dayah balik. Aku ckp nape dia nak pesan2 maaf mcm tu? Aku takkan maafkan dia cara mcm tu. Aku bkn nak demand lebih2. Bkn nak besarkan hal ni. Aku cuma nak dia lebih bertanggungjwab dgn apa dia buat. Dah la at first dia tak ngaku, then bila dah mcm ni, dia main pesan2 maaf plak. Mana boley. Ini bkn takat case tertukar baju. Ini case ko suka2 cubit anak org sampai lebam2. Ada akai tak nak main pesan2 gitu kan...
Tp aku pun terpikir gak. Aku tak kenal dia sgt. Aku tak tau dia jenis org yg mcm mana. Cikgu2 lama yg lain, InsyaAllah aku kenal diaorg. Aku tau hati budi diaorg. Aku selesa dgn diaorg. Tp dgn Cikgu N nih, aku tak kenal. So if aku nak melenting marah2 dia pasal benda ni, aku tak tau apa kesannya nanti kat dia. Mcm mana cara dia terima marah aku tu. Mana tau dia lagi berdendam, lagi mcm2 dia buat. If dia stay jadi cikgu kt situ, dia still duty jaga Arsyad, who know's apa dia boleh buat if dia sakit hati??? Sbb aku tak tau hati dia, jenis org mcm mana dia ni. So aku takleh nak predict. Worst case dia akan sakit hati and dendam. If fikir positive, dia akan menyesal dgn apa dia buat and lebih berhati2 next time. Tapi aku tak tau which one dia akan jadi. Sbb aku tak kenal dia. So sbb tu aku tak sewenang2nya marah dia.

Lagi satu, priority aku adalah ABDULLAH ARSYAD. Dia suka duduk kat nursery tu. Dia sayangkan cikgu2 dia. Dia suka main dgn kwn2 dia. Dia suka semua activity kat school. Next year February dia akan sambut bday kat school buat kali ke tiga. Dia pun dah tau. If aku ckp nnti kita beli kek, sambut birthday abang kat school. Dia seronok sbb kwn2 nyanyi utk dia. Kwn2 makan kek bday dia. So dia mmg really looking foward for his bday. If aku withdraw dia dari school tu, dia dpt school baru, teacher baru, kwn2 baru, aku tak sure dia akan suka ke tak. Utk budak umur hampir 3thn mcm dia, boleh ke dia adapt dgn cepat. Since dari lepas pantang dia kat school lama kan..So aku kena pikir dia. If dia happy dengan semua benda dlm life dia kat school tu, aku tak boleh cepat melatah. Tak boleh take action yg merugikan dia. Masalah skrg hanya dgn CIKGU S yg bengong tu. Bkn the whole school or all the teachers kan??
Di sebabkan itu, aku sms lagi Dayah weekend tu. Aku suruh Dayah ajak Cikgu N tu lunch or minum2 dgn aku. Dayah boleh ikut sama if dia malu. Aku nk duduk borak dgn dia. Aku nak kenal dia. Aku nak tau cerita sebenar. Apa exactly dia buat. Apa sbb dia buat. Just sbb Arsyad ni nakal je or ada sbb lain. Mana tau aku ada sakitkan hati dia tnpa aku sedar, so dia lepaskan kat anak aku ke kan..Mana tau. So aku betul2 nak get to know her better. 

Untuk aku terus menghukum dia and bagi punishment yg berat, aku rasa mcm tak patut. Aku takmo dia sampai hilang kerja, hilang punca pendapatan. Mana tau dia kerja sbb tolong mak bapak yg sgt2 susah kat kampung, tiba2 sbb hal ni, dia kena buang keje. Mana tau dia terlepas buat benda ni kat Arsyad sbb dia ada prob lain. Walaupun TIADA ALASAN utk dia buat benda ni kat Arsyad, tp aku tetap nak cari points positive dari apa dia buat tu. Aku dah inform supervisor, supevisor dah highlight ke principal. Terpulang pada principal nak amik tindakan apa kat dia. Nak warning je ke, nak potong gaji ke, nak buang ke. Itu decision principal. Tp utk aku pastikan dia kena buang keje, aku tak pikir sampai tahap tu la...
Sbb tu aku nk jumpa dia. Nak tau if betul2 dia ada prob lain. Nak tau if dia hanya terlepas buat kat Arsyad hari tu je. Nak tau if dia ada buat kt budak lain gak. Tapi aku tunggu dari hari Sabtu...sampai Ahad....sampai Isnin. No response from her. Kecewa aku. Peluang yg aku bagi, yg aku harapkan dia grab utk dia tebus balik salah dia, tp dia sia-siakan. Aku tak suka if aku ada perasaan benci kat Cikgu arsyad. Pg2 aku hantar anak2 aku nak rasa lega. Aku nak rasa aku hantar ke tangan org yg aku percaya. If aku hantar tp dia yg sambut anak2 aku?? Mcm mana aku nak g kelas dgn senang hati? Sedangkan aku still rasa sakit hati and menyampah atas perbuatan dia kan??? So niat aku nak jumpa dia, sit down, and settle betul2 sampai dua2 puas hati. Then kita boleh sama2 move on and look foward. 

Pagi Selasa tu, aku hantar anak2. Dari luar aku nampak dia tunggu kat pintu. Aku buat la mcm biasa. Tapi cikgu lain yg sambut anak2 aku. Dia dok tercegat kat situ. Aku tak tegur dia. Then aku nak blah je, dia panggil "Mummy, kejap. Saya nak ckp pasal benda hari tu". Aku pun..ok la kan. Kt dpn pintu je. Aku berdiri dpn dia. Tgu apa dia nak ckp..Daddy diri kat luar pintu. Tp leh dgr la conversation ktorg....Kira lebih kurang mcm ni la dialog dia...

Saya nak minta maaf pasal aritu. Masa tu petang dlm pukul 5pm, bawak budak2 main kat luar. Tp Arsyad nakal sgt. Tak dgr ckp, so saya pun geram cubit dia SIKIT, tapi saya tak perasan pulak saya cubit byk kali sampai ada 9 kesan lebam..saya cubit sikit and beberapa kali je..

Aku diam. Aku tunggu apa dia nak sambung. Malangnya, itu sahaja yg dia mampu ckp kat aku. So aku replied:
OK...pukul 5pm la benda ni jadi? kira dlm sehari je la kan? dia nakal kacau kwn2 time main? Tapi kenapa cubit? bkn slalu if dia nakal time main kt luar, korang punish dia suruh masuk dlm tak kasi main ke? slalu dia ngadu kat akak bila dia nakal kat luar, dia sorang kena duduk dalam. kwn2 semua main kt luar. so if dia nak main sama2 dgn kwn2 kat luar dia takmo nakal lagi. kenapa tak punish mcm tu je? kenapa nak kena cubit. and takkan sampai 9x awak cubit kalau kat luar dari kul 5pm-6pm. So dlm sejam tu awak cubit dia 9x? 

Dia diam. Pastu dia balas balik:
Saya mengaku saya hilang pertimbangan. Saya tak patut buat mcm tu. Tapi saya rasa bkn saya sorang je buat. Sebelum ni saya pernah nampak kesan lebam kena cubit jugak. Tp tak banyak. Satu dua je. Lagipun saya tak rasa saya cubit tu sakit. 

Berderau tak darah dgr dia balas tu???? Ko ni org kasi muka, lagi ko naik minyak kan...berani plak dia balas gitu. Masa dia ckp "bkn saya sorang je buat." Supervisor nursery tu dah dtg dekat ktorg..Dah pandang dia semacam. Mcm nak libatkan org lain. Arsyad dduk sana hampir 3 thn, sebelum ni benda2 ni tak jadi. Mcm mana ko nak claim bkn ko sorang je buat???...Then aku balas::

OOO...bkn awak sorang je buat? So awak rasa tak salah la cubit dia sampai 9x tu? Sbb org lain pun buat? Masa awak nampak ada kesan cubit sebelum ni, nape tak refer ke supervisor? or at least bagi tau akak yg ada org cubit Arsyad? kenapa diam and buat benda yg sama gak? Awak rasa boleh ke cubit anak-anak bawah jagaan korang ni? Tak salah ke? 
Dia diam..Then dia ckp "Ye, saya tau salah kak.."

Hati aku dah berapi2 panas masa tu. Ikutkan perasaan masa tu, mmg mcm2 lagi aku nak ckp. Mmg aku boleh basuh dia habis2. Tp aku malas. Aku takmo ikut emosi. Dia bangang, biar dia sorang bangang. Aku takmo terikut bangang...Benda ni betul2 mengganggu aku.. So aku pun nak cepat2 settle. Aku pun nak lupakan hal ni. If aku drag lagi, hati aku gak yg makin sakit kan...So aku ckp gini...

Ok lah. whatever..akak pun taknak besar2kan hal ni. If ikutkan akak boleh report polis sbb benda ni kira abusive. Korang sebagai cikgu kt sini takde hak langsung nak cubit, pukul, atau buat apa2 fizikal action kat anak2 kat sini. If diaorg buat salah, hukum cara lain. Berpuluh2 cara awak boleh buat. Mcm awak tak tau. Jgn ikut emosi. If tak boleh sabar dgn budak, jgn keje jaga budak. Gi keje yg relax2 tak tension. Keje jaga budak ni melibatkan mak bapak diaorg gak. Akak bkn jenis mak bapak yg fussy nak awak jaga pefect. Tak. Akak jaga pun tak boleh perfect mana. Tapi jangan sampai nak cederakan dia. Cubit dia sampai lebam and darah2. Cuba skrg akak cubit awak 9x sampai darah, sakit tak??? So apa lagi budak kecik mcm Arsyad tu? Fikir..buat benda fikir..ni anak org, bkn anak kucing. Akak pun tak nak smpi awak hilang keje. Tp if awak sayangkan keje awak, jaga baik2. Kali ni pengajaran, if in the future jadi lagi, memang akak takde nak tnya2 or slow talk2 mcm ni. Terus akak report police je. Arsyad tanggungjawab akak. Akak kena protect dia. 

Masa aku ckp tu dia tunduk je angguk2. Nak ckp muka kesal, ada la sikit. Tp aku rasa lebih pada takut. Muka dia pucat. Toreh pun tak kuar darah kot. Tp perangai menjawab boleh tahan. Aku pun malas nak berdebat2 pagi2 tu kan. Tp aku puas hati bila berdepan mcm ni. Walaupun reaction dia pada mulanya agak mengecewakan bila dia dok accuse org lain and menjawab2 plak, tp at least aku lega aku boleh "basuh' dia depan2 and tgk muka dia. Itupun dah cukup. Nada aku ckp pun relax je. Takde aku nak keras2kan suara or tinggikan suara. Aku nak dia paham. Bkn nak gaduh tarik rambut dgn dia punnnn...

Bila dah jumpa mcm ni, baru aku rasa lega. At least perasaan sakit hati and geram tu dah berkurangan. Sedih tgk parut2 kat badan Arsyad of coz masih ada. Tp aku takmo ada perasaan negative dlm hati ni. Takmo bersangka buruk dgn org yg menjaga Arsyad. FIne, benda ni salah. Dia buat salah. Tp if org buat salah, kalau selamanya kita nak menghukum dia, mcm mana dia nak berubah? Mcm mana dia nak improve kan? 1t's her mistakes, kita cari jalan penyelesaian, buat dia sedar salah dia, then kita move on. Harapnya tak jadi lagi in future. But if let say dia buat lagi, then baru lah aku paksa Principal berhentikan dia. If not aku kan bgtau other parents. Aku harap dia jadikan benda ni pengajaran berguna. Sometimes kita belajar dari kesilapan. Selagi tak buat silap, selagi tu kita tak belajar kan..

So skrg makin lama ok la kot. Pg td aku hantar anak2 dia yg sambut. Bengkak hati ni makin kurang. Aku pun belajar utk terima kesalahan dia. Walaupun apa dia buat kat Arsyad amatlah susah utk aku lupa, tp at least aku terima maaf dia, and aku bagi dia peluang utk jaga Arsyad.. Bengong sekali tak semestinya bengong selamanya kan..So tkpelah. Mungkin ini jugak pengajaran utk aku in other way..so sama2 belajar...

Aku berdoa, benda2 mcm ni tak jadi lagi. Tersiat2 hati klau terkenangkan mcm mana sakitnya Arsyad masa kena tu kan...Tp tak guna igt masa lepas gak. So beringat je la pd masa depan. Aku harap, anak2 korang juga di lindungiNya..If let say benda ni jadi kt korang (mintak simpang), pilihlah jalan penyelesaian yg menguntungkan dua2 pihak. Sometimes if kita terlampau marah, kita akan buat decision yg salah. Apapun, tindakan ikut apa kita fikir baik. Semoga kita sentiasa di tunjukkan jalan....Bagi aku yg penting, keadaan anak aku. If dia happy, aku pun happy....

Eh, panjang melebar entry melampau...hahaha..Sekian sahaja entry luahan perasaan yg melampau2 panjangnya...haha

Dec 22, 2011

Hancur Luluh Hati Ini.....

Dah hampir 2 tahun 8 bulan aku hantar Abdullah Arsyad ke taska. Sejak dia lepas pantang, aku start keje masa dia umur 2 bulan. Memang masih baby, masih kecik, masih kesian nak hantar. Semua org tanya kenapa aku pilih taska. Kenapa tak hantar babysitter, or kat MIL or kat tempat lain selain taska. Sbb bagi org, kat taska ni duduk ramai, so penjagaan tu tak berapa sempurna. Kesian budak2 kena jaga ramai2 mcm tu. Tp aku ada pendapat sendiri. Bagi aku, biar aku hantar kat tempat yg mmg khas jaga budak. Mmg keje diaorg jaga budak. Tak payah nak basuh baju, masak (kat taska org lain masak, bkn cikgu2), buat keje rumah, etc. Mmg aku antar tempat KHAS jaga budak-budak.

Ada la pro's and cons dia. Mana2 ko hantar pun. Ikut rezeki masing2. Byk2 kes budak kena kat taska, byk jugak kat rumah babysitter. Even anak kita jaga sendiri pun tak terlepas dari accident or benda2 yg tak boleh kita control kan..So bila hantar anak kat org tu..Pandai2 la bertolak ansur..

Selama hampir 3 tahun ni, aku puas hati sgt dgn taska Arsyad. Bersih, byk activity, pentingkan security, kalau ko nak suruh org lain amik anak ko, jgn harap dia kasi. Diaorg akan call ko, and tnya no plat kete org tu and nama org tu etc. Itupun susah jugak nak lepas sbb takut org yg dtg tu menyamar ke apa kan. So far hanya parents je boleh jemput anak2. If nak org lain, kena ada details lengkap org tu.

 Bab senang jatuh sakit tu pun perkara biasa. Bila anak ko dah baik batuk, budak lain selesema, berjangkit plak. Anak ko dah baik demam, duduk sebelah budak demam, boleh jadi demam balik. Biasa. Benda tak boleh ko control.

Yg aku suka, Arsyad byk belajar kat taska. Sbb bercampur dgn ramai kwn2, ada yg umur lagi tua dari dia, so dia byk belajar benda baru dari usia dia awal lagi. So kat situ aku agak happy.

So far relationship aku dgn cikgu2 pun amat2 baik. Dari start hantar Arsyad, dgn cikgu2 lama mmg bestfriend. Siap leh dtg lepak rumah aku, tido rumah aku, gi tgk wayang, gi makan2. Cikgu2 yg dah keje tmpt lain pun still baik dgn aku. Dgn cikgu2 baru agak biasa2 je sbb aku jarang spend time dgn diaorg. Borak2 biasa2 tu ada la. Tp tak close sgt mcm cikgu2 yg dah lama kenal. Bagi aku, penting utk ko baik or rapat dgn cikgu2 ni. Diaorg ni bkn org lain. Org yg jaga anak ko hari2.. Org yg ko trust utk jaga anak ko sebaiknya. So kena kenal hati budi, berbaik2 dgn cikgu2..jgn nak anggap diaorg mcm hanya pekerja taska ke apa.

Kadang2 aku slalu dgr cikgu2 mengadu. Ada parents yg marah bila anak diaorg kena gigit nyamuk. Marah bila ada baju anak diaorg tertukar dgn org lain. Marah bila syampoo cepat abis, dia ckp cikgu guna tak jimat cermat. Jenis bagi anak koko crunch sekotak pstu makan senyap2 kat dapur. Jenis kalau cikgu ngadu anak nakal dia ckp cikgu buat cerita. Jenis anak ngadu bergaduh dgn kwn umur 2thn terus nak report Principal sbb ckp cikgu tak reti nak handle budak2 gaduh. Rasa perkara2 tu remeh sgt utk di marah. Kalau ko jaga sendiri tak kena gigit nyamuk ke kan? Haih la manusia mcm2 cara diaorg pikir..

Tapi hari ni......dah terjadi satu sejarah hitam. Di mana trust tu dah mcm kurang. Rasa confident tu dah goyah. Sedih sgt2. Tersiat2 hati aku nih...Rasa mcm kepercayaan aku selama ni korang perkotak katik kan aje!!!!...

Selalu ktorg amik anak-anak paling awal pukul 6pm. Masa tu mmg diaorg dah siap mandi, pakai baju tido. Sbb time mandi adalah sblm kul 6pm. So bila balik, tak payah la nak salin baju apa just tukar pampers tgh mlm bila perlu je. Tp malam tadi, kebetulan Arsyad ter"accident" plak basahkan seluar dia. (dia tgh belajar toilet train skrg nih). So Daddy pun bawak naik, nak tukar baju.

Tiba2 aku dgr Daddy jerit "Ya Allah!!!.sekuatnya!!!... Aku tgh bagi Adelia susu terkejut gila. Igt Arsyad jatuh ke apa. Dia berlari turun dukung Arsyad, aku berdebar2 apa ke hal nya nih???...

Daddy tunjuk kat aku badan Arsyad yg tinggal pakai pampers je. Aku confuse, terperanjat, blur, tak tau apa dia ckp sbb dia mcm kaget gila. Dah lama sket baru aku paham.....ARSYAD ADA 9 TANDA KENA CUBIT!!. SEMBILAN OKEH!!!...  Kesan merah bekas kena cubit, kesan lebam, siap ada satu bekas tu mcm dah kering berdarah!!!..

Berderau darah aku masa tu. Tp aku terus bersangka baik. Aku ckp kat Daddy, maybe kwn2 Arsyad main kasar2 cubit2 mcm ni. Tp Daddy kata tak logik langsung. Tgk tanda kena cubit kat lenggan, dada, peha, celah kangkang..Takkan kawan2 nak attack kat situ..

Bila tanya Arsyad, dia ckp cikgu cubit. OMG...lebih la ni kan. Aku and Daddy mmg parents yg garang. Ktorg if marah, pukul, mmg betul2. Tp takkan sampai cubit lebam berdarah, or berbekas2 satu badan!!!...Hati aku panas dah masa tu. Sebak sgt tgk badan dia jelas betul bekas2 cubit tu. Nak menangis tp aku tahan.

:: Kat peha. ada 4 kesan:

:: Kat lengan. ada 3:

:: Kat dada. Ada 3 jugak. belah kanan atas tu yg bedarah tu::

:: Pehe belah kanan. Ada 1 kesan biru. Kesan lama:


Dlm gambar tak berapa clear sbb cubit jenis kecik-kecik gitu. Tp kesan merah menyala la...eh, cubit kecik2 and pulas lagi sakit kot..Kita yg org tua ni pun kena cubit sakit, apa lagi budak kecik!!!

 
Aku terus call cikgu dia. Mula2 supervisor taska tu yg angkat. Bila tanya, dia ckp tak tau sbb bkn duty dia jaga toddlers this week. Dia jaga baby. OK. Aku suruh pass kat cikgu yg duty jaga Arsyad. Then slow2 and berhemah gila aku tanya. "Akak perasan badan Arsyad penuh kesan cubit. Merah2 and lebam. Kenapa ya?" Ya Allah..mmg aku tahan je perasaan masa tanya tu. Aku takmo nak fire terburu2. Mmg aku yg ckp tak kasi Daddy ckp sbb kalau dia ckp, confirm bertubi2 dia tanya nanti.
Tau apa dia jawab? "Saya tak tau la kak...tak perasan pulak." Eh, tak puas hati betul aku. Then aku tanya, masa awak mandikan, tukar baju, takkan tak perasan? Sbb akak baru tgk sekali imbas dan jelas nampak. Arsyad ni cerah. Kesan nyamuk pun jelas nampak dari jauh. Then dia jawab" Memang tak perasan kak. Masa mandi and pakai baju nak cepat. Saya tak belek pun badan dia."

Fine.. ko tak tau yer..ok. Aku dah try tanya baik2. Ko jwb mcm ni. Terus aku suruh Daddy bawak Arsyad, start kete, gi sana terus tanya depan2. Nasib la taska tu 10min je dari rumah. Ha, berdepan la ko dgn Singa yg tgh panas hati mengelegak tu. Aku tanya elok2 ko takmo jwb betul2 kan...

Elok je Daddy kuar, berjurai2 air mata aku turun. Sebak and sedih sgt2. Aku tau anak aku nakal. Aku tak pernah in denial. Tak pernah ckp dia baik gila dengar ckp walaupun terang2 dia jenis buas. Aku tak pernah deny!. Aku admit dia mmg jenis nakal. Dan aku mmg bagi permission utk cikgu2 hukum kalau Arsyad nakal. So far yg aku tau, hukuman dia berdiri kat corner, or tak boleh keluar main dgn kwn2 ptg2, or makan sorang2 tak boleh join kwn2, or kwn2 tgk tv  dia sorang2 duduk dlm bilik bacaan. THAT'S IT!. Paling kuat pun, aku kasi diaorg sedass kat punggung kalau degil sgt. Punggung sahaja sbb ada pampers kan. Tak pernah skali2 aku kasi ko cubit anak aku sesuka hati sampai lebam2 and berdarah!!

Sabar je aku tgu Daddy balik. Arsyad mmg tak ckp apa. Slalu dia mengadu if cikgu buat dia. If cikgu punish dia. Tp kali ni sikitttt dia tak ngadu. Aku syak cikgu yg cubit tu ugut dia. If ngadu kat mummy, nnti kena cubit lagi.ish, bengang!!!!...

Daddy cite, dia terus ketuk pintu taska. Elok la cikgu ramai2 tgh tgk tv kat hall. Then Daddy terus la tanya bertalu2. .Diaorg pun dah tau bila aku call so dah tau apa nk jawab kan. Tp salah la ko nak menjawab dgn laki aku. Mmg takkan menang punya. Finally, ada sorang cikgu baru minta maaf. Dia ckp MUNGKIN dia tak sedar dia TERcubit masa marahkan Arsyad, so dia minta maaf banyak-banyak.

KEPALA HOTAK ko mungkin tercubit, tak sedar or TER...ada SEMBILAN bekas kena cubit wey!!!!...kalau tak sengaja takkan sampai SEMBILAN kali!!!!

Daddy marah2 gak la. Tp dia mmg tak directly mengaku. Takde ckp "Iyer encik, saya yg cubit. saya minta maaf sgt2 sbb terlampau ikutkan perasaan masa dia nakal. saya janji saya tak buat lagi". Kalau dia jawab mcm tu sejuk sket la hati aku kan....

Then Daddy warning, kalau jadi lagi, we all report principle. For now, ok la ktorg bkn accept sbb 1st time jadi gini so tolong jgn ulang lagi in future. If ada satu je pun kesan cubit, mmg siap ktorg report..

Aku tnya Arsyad, sakit tak cikgu cubit? Dia jwb sakit sangat..abg nangis2 panggil mummy...sebab pedih..kadang2 ada darah Mummy...

Ya Allah....rasa nak pecah dada aku masa dgr dia jawab tu. Tp aku tak tunjuk. Aku tak nak dia benci cikgu dia. Aku tak nak dia rasa benda ni salah besar cikgu dia. Dia nakal, so ini hukuman dia dpt. Cuma hukuman yg sgt2 tak berpadanan dgn kenakalan budak 2 thn 10 bulan!!..Yg tak patut di buat oleh seorang cikgu taska!!!...Tapi aku tetap nak dia amik pengajaran. If nakal, kena denda. If nakal, cikgu marah. Itu rules. Consequences apa cikgu bodoh tu buat, biar aku and Daddy yg tanggung.

Then Daddy buat susu, ajak dia tido. Dia mcm biasa je. Bila aku amik gambar2 kesan kena cubit tu, dia posing mcm biasa. Tak tanya pun utk apa aku amik gmbr tu. Aku amik sbb nak simpan bukti. If jadi lagi, aku report and tunjuk skali record benda ni dah pernah jadi....

Tapi aku tetap tak puas hati. Sbb takde satu pun PENGAKUAN. Aku nak dgr seorang cikgu dtg kat aku and ckp "Iye kak, memang saya yg cubit anak akak sampai ada SEMBILAN kesan lebam. Saya minta maaf." Itu je aku nak dgr. Aku takmo report skrg sbb taknak kacau periuk nasi dia for now. Tp aku nak dia berani pikul tanggungjawab and akibat perbuatan dia.

So aku mintak sorang cikgu yg aku rapat, gi tanya dia sebagai kawan. Nasihatkan dia berdepan dgn aku and mengaku itu perbuatan dia. Then baru aku boleh betul2 maafkan and put this thing behind us. If not, memang aku takkan maafkan dia sampai bila2. Memang aku pangkah la muka ko lepas ni. Kalau ko duty jaga Arsyad, hari2 aku check badan dia. Paranoid ok aku skrg...Ya Allah, lindungilah anak aku...  :-(

Aku tau bagi dia benda kecik. If marah dia cubit sikittt je Arsyad tu. Cubit jenis kecik and pulas. If tak pulas, takkan merah and lebam. Tp bila skali buat, jadi seronok. Jadi gian. Jadi best. Asal budak tu nakal, ko cubit. Asal budak tu buat hal, laju je tangan ko cari sasaran. Hoi, aku yg mengandung and beranakkan dia pun tak pernah cubit sampai lebam2 mcm ni lah!!!!!...Ya Allah..sakitnya hati aku nih..

Aku nak tgk esok. Aku akan hantar anak2 sampai ke tgn cikgu mcm biasa. Aku ambik dari tgn diaorg mcm biasa. Tp aku akan tunggu PENGAKUAN dari org yg bertanggungjawab tu. Aku pun tak sure mcm mana aku nak react nanti. Nak terus ckp "ok, akak maafkan. jgn buat lagi". Or nak tnya dia mcm2 nape dia buat anak aku mcm nih..Tak sure. Tgk keadaan emosi aku masa tu. Tp sesungguhnya, aku amat2 marah and sedih. Of course korang sebagai ibu pun tau apa aku rasa skrg kan..

Biar la org nak ckp aku overreacted. Aku membesarkan benda kecik. Bagi aku ini bkn hal kena gigit semut. Bkn hal bergaduh dgn kwn cikgu tak reti handle. Bkn hal sekecik tertukar baju. Ini hal keselamatan anak aku. Hal betapa suka suki nya penjaga dia buat hukuman sesuka hati dia. Macam kan dia takde mak bapak!. Ini hal melibatkan kepercayaan aku sebagai parents hantar anak kat sana. 

Pada kwn2 yg baca entry ni, jgn la takut plak antar anak2 korang kat taska. Benda ni kat mana2 pun jadi. Even kita pun kalau terlampau marah boleh terpukul anak2 dgn kuat tanpa kita sedar. TAPI, pukul anak2 kita. Darah daging kita. So, sapa nak marah? Asal ko tak sampai melebih2 kasi budak tu cedera ke apa kan. Ini ORG LUAR yg buat. Org yg baru jaga anak ko beberapa bulan. Mmg sgt2 tak boleh di terima!. 

Nanti aku akan update if ada cikgu yg berani jumpa aku. Kena stop kat sini sbb dah pukul 12am tp aku tak tido2. Baru lepas buat homework tp tak focus. Hati masih bengkak. So nak rehat. Moga2 hari esok akan lebih baik utk kami. Semoga anak2 aku di lindungiNya..Amin...


:: Anak-anak Mummy sayang..Mummy tau mummy bkn ibu yg perfect, tapi Mummy akan cuba sedaya upaya utk lindungi kamu dari apa2 benda yg memudaratkan dan menyakitkan kamu...Sedih Mummy tengok anak2 di buat oleh ORG LUAR mcm ni...  :-(::
 

Dec 20, 2011

Stress tidak elok utk proses mengecikkan badan yer...

Iyer..dulu aku tak berapa percaya..sbb dulu aku igt if stress, susah hati, dgn tak semena-mena badan ko akan terus mengecil. Mybe sbb tak lalu makan..or badan pun mcm merajuk gitu..

Tp itu ikut org ler...Dulu sebelum kawin mmg yer. Aku susah hati dok plan wedding dgn Daddy. Sbb kitaorg berdua je plan everything. Takmo susahkan family or sapa2. Dari buat card, caterer, baju kawin, sourvenir, segala mak nenek sampai anak tudung aku nak pakai pun Daddy pilihkan..kahkahkah..Oleh kerana stress and susah hati bercampur penat, maka baju kawin kena fitting 5 kali. memanjang lari ukuran sbb badan makin melidi...
Sesungguhnya, jgn harap sekarang jugak harus begitu....Maybe sbb hormon dah berubah. Sah2 anak dah dua. Asal stress, makan tanpa henti. Asal stress, asyik ingat makanan dan ngapp..so nak turun berat??? Dalam mimpi lah kan!!!...dan bila berat statik tak turun2, of coz aku makin la stress..hahaha

Memang aku stress dgn kelas Deutch course nih. Makin lama makin susah. Makin lama makin serabut aku dgn grammarnya, dgn wording mengarut2nya, dgn cara nak sebutnya, dgn bila dgr org German ckp Deutch terus tak paham satu apa. Hahaha..sah2 time ko belajar ko sebut satu2, cikgu ajar pun baik...sebut sepatah2 nak kasi paham...Skali dgn MP3 file org sana sebut...gebustankplufrufungneundundzwanzingbla..bla..bla..laju gilaaaaaaaaaaaa...... Ada bakat bila dah abis belajar, aku gi sana and ckp org sana tak paham sepatah haram...kahkahkah..
Bila aku stress, mmg aku perasan berat jadi statik or makin naik. Bab makan, aku try control sehabis boleh. So far masih tak makan nasi. Tp tak boleh menahan nak makan sedap2 time bfast, lunch and dinner. Walaupun dinner, tp before 8pm yer. Tak boleh skip sbb amik dinner boleh membantu kita increase metobolism jugak. Tp jgn la ko balun meggi goreng ayam waima pukul 6pm skali pun. Still defeat the purpose utk ko berdiet cara berhemah tu kan...Tp still aku tak boleh nak elak makanan bergoreng, makanan manis, or makanan rubbish seperti donut Big Apple..OMG sedap gilaaa..So far aku baru start stop minum ais..harap2 berkekalan...

Lepas Adelia keluar spital aritu, aku dah insaf sket. Tkmo stress2 sgt. Bila aku tak paham dlm kelas, aku gelak2. Aku ketawa berdekah2 mcm org gila sbb bengang tak paham. Hahaha..Nak reverse psyco la konon. Tgk Dr Effie si comel kat sebelah dgn relek je absorb segala cikgu ajar, lagi aku gelak sbb nak speed otak selaju otak dia. Gila tak gila...Nak abis kan 12 chapters dlm masa 2 bln. Skrg lagi 3 minggu nak exam, tp ktorg baru sampai chapter 7. Cikgu aku ckp last kelas pada 12 Jan, then 13 Jan tu terus exam. So sila bagitau patut ke tak patut aku stress???? hahaha
Budak2 dlm kelas aku semua belia2 belaka. Walaupun aku bkn yg paling tua, sbb ada je yg umur 30thn tapi deme dah ada 2 Masters la kan...Paling muda budak lelaki umur 15thn, sbb PMR dah abis, and cuti sekolah takde plan, so suka2 amik kelas bahasa German. Nyampah kan??

Tp still aku rasa masa aku terbatas. Bila abis kelas, aku mmg takmo tgk buku dah. Nak termuntah tgk perkataan2 Deutch so aku buat benda lain. Makan lunch, then Gym or balik umah terus. Tp tak berapa bijak gak sbb bila sampai rumah lagi la jgn harap nak sentuh buku. Keje-keje rumah never ending, anak2 memerlukan kasih syg, so masa yg sesuai hanyalah sejam sebelum kelas start. Sometimes aku buat lepas bfast dgn Daddy kat foodcourt KLCC, or time Daddy tkde aku buat kat kedai mamak dpn school budak2 lepas hantar mereka. Dgn harapan walaupun last minute revision, dpt gak la masuk dlm kepala otak ni kan. Dari belajar mlm2 nak stay up bagai, or hari2 lepas kelas terus gigih buat notes, tp esok nya lupa. nan ado!. hahaha..maklumlah, otak aku ni engine dia dah agak usang. dah 8 thn tak bergelumang dgn buku-buku suma. So nak start balik tu agak berkarat la kan...huhuhuh

Tp aku tau, itu semua bkn alasan utk aku fail exam. Walaupun exam lagi 3 minggu, aku kena gigih la kan. If stress, and dah try nak reverse psyco tak boleh, terpaksa la melayan stress dan membiarkan badan tidak kecil buat sementara waktu. (lagipun salah satu alasan aku tak kurus2 lagik. hahaha). Yg penting di dahulukan. Aku ada terpikir nak start detox diet balik. Tp pikir2 malas la nak seksa diri. Kang detox ke mana, dlm kelas berbuih mulut akibat stress dan kelaparan. Hahahaha..
Nak pass exam markah kena 60 ke atas tahu...menyampah betul. Tak boleh ke ikut graf UPSR or SPM passing marks 50 jer?? hahaha..Tak tau la ada harapan aku nak lulus ke tak. So far dah buat 4 tests, markah mmg ler ok sbb nama pun test. Tp exam ada byk parts. Bab jawab soalan, bab oral test, bab listening test, bab tulis essay satu muka surat. Huwaaaaa....ni aku baru tulis part2 dlm exam dah stress....cemana????

Takpelah..hadap je la kan...and dgr cite, bila aku sampai sana, kena amik A2 level pulak. Mmg Germany ni betul2 nak org duduk sana belajar language and culture deme kan. Kita anggap je la itu utk kebaikan masa depan. Walaupun aku confirm2 tak tau mcm mana nak gi kelas bila kat sana. Mana aku nak campak si Adelia? Arsyad ok la kot sbb mybe dia g school..hmmm..
Eh, panjang gila melalut padahal nak ckp je yg aku tak berjaya kurus lagi. Hahaha...Kan aku ada melancarkan misi 3 Months Losing Weight Journey tu kan. Patut klau ikutkan aim tu by Jan 2012 aku dah turun at least 10kg. Tp apakan daya, saya manusia biasa. Terpaksa call it OFF sbb rasa tak terkejar. Skrg baru turun 4kg since misi di lancarkan. Nak turun lagi 6kg dlm masa sebulan dgn keadaan skrg, mmg tak terdaya makcik. Boleh mmg boleh if buat detox and maintain kan. Tp seriously, body and mind aku tak berdaya buat masa skrg. So, dgn sedihnya aku umumkan yg MISSION FAILED!.

Tp aku tak risau. Gagal skali bkn bermaksud gagal selamanya kan. Aku kenal diri aku. Aku takkan biarkan diri aku gemuk lama2. Slalu if aku "lupa diri" pun, aku drag misi kuruskan badan makan sampai 6 bulan ke setahun. So far aku takkan biar lama2. Takdenya aku rasa nak diet lagi 3 thn sbb malas nak pikir bab berat badan dah. Hahaha.. So InsyaAllah, lepas 13th Jan, bila exam dah abis..aku lancarkan misi baru. Tp provided aku pass exam la. If failed, kena repeat balik 2 months course, bertambah la stress and lagi lambat la aku nak kurus.Uwaaaa..
Pada kwn2 yg tgh dalam misi, terus kan usaha anda. Ada je kwn2 yg tnya nape aku dah lama tak update bab kuruskan badan. Dah tu..tak kurus2..nak update apa...biasalah manusia, time kurus dia update, tp statik and gemok dia buat diam je...miahahahaha...

Pada yg agak2 semangat dah suam2 kuku, meh bagi tau aku. Boleh aku kasi semangat balik walaupun aku off from the mission for a while. Tak semestinya aku tak buat, aku tak leh kasi semangat kat kawan2 kan...Memberi semangat kepada satu sama lain adalah penting. Sbb hanya kita yg bergiat nak kurus je paham bagaimana perasaan org yg nak kurus....kan..kan..kan....
Eh, dah ler. Aku update ni curi2 masa sbb si ubi kentang Adelia nih nak susu pukul 11pm. So alang2 nak tunggu, aku online kejap sbb kang aku tido skrg, lagi 20 min dia bgn nak susu, bertambah stress beta. So nak kill time la kunon sementara tgu dia bgn mintak susu. Skali senyap2 Raja Abdullah Arsyad keluar dari bilik. Nak tgk Upin Ipin katanya. Daddy yg di pertanggungjawabkan tidokan dia dah lama sampai Hong Kong. Org yg patut tido tak tido2 gak..Ni tgh berlingkar bawah kaki aku sbb nak menyorok dari Daddy konon. Dia ckp kalau menyorok bawah peha Mummy, mesti takkan ada org nampak. Makan dalam betul kan? Whatever la abang.....

So till then lah..Tak tau bila nak datang rajin lagi..Kena cari semangat yg hilangggg.....

Dec 18, 2011

Canon DSLR for sale...

Fuhh..bz mengalahkan menteri. Miahahaha...Ni amik masa jap sblm masuk class. Nak jual camera nih. Mula mmg syg sgt nak jual. Sbb Daddy hadiahkan last year. Sblm ktorg gi India. Tp sbb skrg anak dah 2. Handbag tu nak sumbat botol susu, pampers, sapu tgn, purse, handphone, malah sometimes tiba2 ada bola Si Arsyad pun dlm tu. (of coz kes dia yg masukkan tanpa pengetahuan aku kan). So dgn ini, aku amik keputusan nak beli compact DSLR sahaja. Lebih mudah dan tak kecoh2 beg gemok gila apabila keluar berjalan...

So ini lah cameranya. Di beli pada Oct 2010. Masa beli tu RM1800. Tambah lens protector RM300, screen protector RM120, beg baru tak igt brand RM200.

Tp skrg nak jual RM1200-RM1300 (Negotiable). Market Price RM1500.

Sila la contact diriku if korang2 berminat yer.

Condition adalah tip top bagaikan menjaga anak sendiri. miahahaha..

ok dah nak start class. ni gambonya..

sila la jamu and berkenan2 yer..hahaha


Dec 9, 2011

Benda yg paling di takuti skrg.....

Begitu berhabuk skali blog ni...fuh..fuhhh..kasi tiup2 habuk sket..hehehe

Iyer, aku amat2 risau time2 skrg ni if anak2 sakit. Kalau aku keje, senang je nak mintak cuti or EL jaga anak2 kan. Time ada kelas skrg...kalau skali ko ponteng, alamat 5 topics ko tertinggal..uwaaa....Tp mcm mana pun, anak-anak tetap yg terpenting dlm hidup aku..if diaorg sakit, of coz aku akan drop everything dpn mata utk pay attention to them. Mana2 ibu pun akan buat benda yg sama kan...

Mula2 since 2 weeks ago Adelia dah start batuk2. Betul2 masa aku start kelas. Then we all bawak gi clinic dkt rumah, sampai abis ubat, tapi tak baik2. So terus bwk gi jumpa paed dia kat KPJ, pun 1 round ubat tak baik2. Bawak plak gi another paed dia kat Balakong, pun tak baik2. Everytime pergi jumpa doc, mesti kena amik nebulizer satu round. Utk cairkan kahak. Tp tak kurang2. So we all decided nak amik nebulizer every night kat clinic dpn umah. Dgn harapan if neb hari2, maybe makin kurang kan. Tp masuk hari ke-empat still tak kurang2, that's it. Call paed, terus dia suruh "check-in". hehehe

Budak2 mmg mcm ni. If selesema, batuk, mesti berkait rapat dgn masalah phlegm or kahak dlm badan. Selagi ada phlegm, selagi itu la batuk and flu susah nak baik. Bila dah ada flu and batuk, every night tido tak lena. Eh, kita org tua pun if batuk and flu jgn harap nak tido dgn lena kan. Apa lagi budak2. Selama 2 minggu aku tak pernah cukup tido. Dpt 2-3jam satu mlm pun dah syukur rahmat. Sbb if Adelia tido meniarap, hidung dia tersumbat, susah nafas. If tido terlentang, batuk pulak. So most of the time tido adalah di dada Mommy, and Mommy tido dlm posisi duduk. Huhuhu..takpe lah janji dia selesa. Sometimes gilir1 dgn Daddy. Walaupun perjanjian asal Daddy jaga Abg, Mommy jaga Adik, tp kena la gilir2 time adik tak sihat nih. Lepas Daddy tidokan abg kul 9.30pm, dia jaga adik pulak. Mommy tido dulu sampai 1am, then Daddy plak masuk tido sampai pagi, utk Mommy plak jaga adik..Iyer..aku amat2 bersyukur dapat suami mcm Daddy. Sangat2 tak berkira bab jaga anak. Thanks Daddy!.

Arsyad dulu warded sbb phlegm masa umur 2 months. Dia mmg teruk sikit sbb masa aku pregnant dia mkn byk sgt buah oren. Doc kata tak berapa elok if byk sgt coz bagi baby phelgm byk.. Time adik ni doc ckp tak terlalu serious cuma nowadays kita kena lebih berhati-hati coz phlegm prob ni akan leads to bronchitis and pneumonia. Lagi teruk if sampai lung infection. So if anak2 korang batuk seminggu tak elok2, kena la g hospital terus, amik darah, buat check-up betul2 k. If phlegm je ok lagi, dgn neb, physio, antibiotics insyaAllah boleh cpt baik. If bronchitis, pneumonia and lung infection, agak serious sikit la...

Ada gak mulut2 yg ckp anak2 aku slalu ada phlegm prob sbb aku tak bfeed diaorg. Sbb aku kasi formula. Formula tu tak elok utk bdk2. Susu tepung terlampau pekat sbb tu bdk2 tends tu get phlegm. Sedih betul dgr. Igt aku suka2 ke takmo bfeed? and igt aku suka2 ke nak bagi formula? Hmm..sometimes org luar ni mcm lagi tau life kita dari kita sndiri kan..Sorry yer, statement itu tak berapa tepat. Ada je budak2 yg bfeed tetap ada prob phlegm nih. Coz mmg naturally baby2 akan ada lendir and kahak dalam badan diaorg. Sah2 dari dlm perut lagi kan..Cuma serious and tak serious je. And aku setuju bfeed adalah yg terbaik. Tp jgn la terus ckp sbb aku bg formula anak2 aku sakit...If aku bagi formula pun..aku bagi formula yg terbaik utk anak2...ibu mana takmo bagi yg terbaik utk anak2 kan..

Ok la jgn dgr dah ckp org. Yg positive kita amik, yg negative kita kaup pakai penyodok buang dlm tong sampah. Hahaha...Dah ler..meh layan gambar lagi besh..


:: Gigih bawak budak ni sorang2 sbb Daddy keje...Tgk muka mummy mmg muka tak siap tak ckup tido 2 minggu..hehe::


:: Sudah kurang 300gram berat dia..hahaha::

:: Layan gas....::

:: Abg dulu tak payah drip. Tapi adik kena masuk antibiotic ikut drip sbb ubat mkn dah tak jalan..ni nak cari urat coz urat kat tgn tak jumpa, lemak je byk....miahahaha::

:: Nasib satu kali cucuk sudah jumpa urat..Bravo Dr Mahani!!..:;

:: Mcm comel je plaster bear kan. Tp kesian dia terlanggar sikit nangis. .Mmg sakit la weyy..kita org tua kena cucuk mcm ni pun sakit kan..::

:: Ini Abg Arsyad 2 tahun dulu dlm ward..kekeke::
:: Ni adik dlm ward yg dah renovated..cantikk...::

:: Ni Abg dulu dlm ward, di pangkuan Daddy...::

:: Ni adik pulak dlm posisi yg sama mcm abg dulu..baju pun sama..tp syg snap dari jauh pulak tak dpt nak compare dekat2..::

:: Abg kena tepuk2 masa Physio. Kasi kahak2 tu longgar. Nangis kuat2.:

:: Time adik pulak kena tepuk2..Pun bakat nangis kuat2 mcm abg..:;



:: Masa abg kena sedut keluar kahak..dia kuat melawan, so kadang2 sampai darah2 :-(  ::


:: Ni plak si adik kena seduk kahak..Ok..bulu roma meremang sbb muka mereka adalah sama..hahaha..Adik kurang melawan, dia redha je..so senang nak sedut semua kahak keluar..::


:: Si abg dlm ward..most of the time nangis..tp sometimes gelak2 ketawa jugak::


:: Adik dlm ward...most of the time ketawa gelak2 terkekek2...kadang2 je nangis..hahaha::

Fuhhh..byk rupanya gambar anak2 dlm ward..ye la nasib mereka dpt mak begini kan..miahaha..Smpi doc pun nervous nak cucuk kaki adik time aku snap. Siap ckp "Mummy jgn snap masa doc cucuk tau, nervous doc.." hahaha..

Aku berdoa semoga adik cepat baik. Hari ni adalah Birthday aku. (shy..shy) hahaha..So walaupun celeb di hospital pun tak kisah..Janji anak2 sihat mcm biasa. Susah hati anak sakit tak baik2 ni kan...pagi2 sejuk je hati bila Arsyad call and nyanyi lagu "Bebeday yuyu Mummy"... bila suruh ulang2 dia menyampah..siap ckp "Apa lagi...kan dah nyanyi tadi!!" ..bertuah punya anak kan..Bila mintak cake dia ckp dia belum keje so takde duit nak beli cake..Miahahaha....Love u so much lah Abg!!!..

OK nnti rajin2 update lagi la. Terlampau byk cite nak update..tp malashhhh..kekeke