Pages

Oct 29, 2010

Mau tunggu sampai bilaaa????

Mood aku skrg adalah tension. Tension sbb tak reti nak sedar2 lagik. Dok la hari2 complaint badan makin membesar..Tp stilllll..kesedaran tu dtg beberapa jam jer, pastu kena rasuk balik..haihhhh lahhhh..

Ye lah, aku dok la set target la kan mcm yg terpampang belah kanan tuh. Starting Oct, tp gone dah Oct coz dgn bz hal arwah mak hari tu..terus aku mcm lupakan hasrat aku bila aku stop mkn nasi seminggu jer pastu sambung balik makan dgn rakusnya like no one's business..

Memang giler tension dgn diri sendiri..Ye lah kalau diri sendiri tak sedar, mcm mana kan? last timbang aritu tak berganjak la and aku sedikit lega dgn tak gi gym, dgn melahap nasi, tp still bebila je berat akan mencanak tanpa aku sedar kan..Tp aku best sket sbb lepas Raya Daddy Arsyad pun dgn rasminya dah naik 4kg!!..hahaha..so dia dah masuk "7 series"...Aku still lagi di angka 6 tapi hujung2 lah kan..bila lah nak merasa bawan 60 niehhhh..

Aku skrg amatlah tak boleh nak melawan nafsu mkn mlm. Dulu memang setahun aku tak sentuh dinner. Kadang2 adalah nak2 special occasion mcm kenduri ke, mkn2 ke kan. Ok jer..tak pernah aku lapar pagi2 bgn tido. Tp skrg ni..asal sampai je Kajang aku terus rasa menggelupur lapar. Walaupun most of the time aku mkn bfore 8pm, tp stillll...bdn aku ni bkn boleh di sogok dgn makanan mlm2, confirm lepas tu berattt jer rasa nak terus tido, and esok lapar balik. musykil gila aku.

Lepas tu suka sgt teringin segala jenis nasi. Nasi Ayam Level 2 KLCC, Nasi Bojari Madam Kwan (Nyumm...nyummm..), Nasi Lemak Kg Baru, Nasi Lemak Kukus Pasar Mlm Cheras..haihhh...kalau mcm ni punya selera..sampai Dec 2020 pun tak kurusss...

Gi Gym plak baru sekali minggu ni. Konon pagi2 nak start gym balik tp bgn asyik la lepas kul 6am. If aku nak gi gym, aku kena bgn kul 5.30am, kejut Daddy, siap2, by 6.20am aku dah kena kuar umah. Coz nak sampai KLCC kul 7.00am, dpt la workout sejam setengah. 9.00am aku dah ada kat office kan. Ni kalau sampai KLCC pun kul 8 lebih, jogging setempat kat cubicle aku je la jawabnya..last wed gi gym kelas aerokick sejam, rasa nak tercabut lutut, terus tak gi gym dah sampai hari ni coz nak jalan pun seksa skrg. Tu la sapa sruh stop lama sgt, terus stamina gone, baru 5 minit warm up dah mintak nyawa, kaki sakit nak naik tangga umah sendiri pun rasa nak nangis..uwaaaa!!!

Pastu tak abis2 lah nak flip2 tgk gambar lama2 utk pembakar semangat. Come on lah!!!..kalau aku print gambar2 tu tampal kat muka aku pun takkan merubah apa2 if aku sendiri yg tak nak change kan?? eeee..geram gila bila keazaman cepat sgt pudar. Bila hangat2 tahi ayam, bila tak reti2 nak sedar...

Eh..tapi nak gak letak lagi gambar lama..hahahaha


:: Dgn kwn office lama. hoi..melampau flat punya perut..tgk lengan tu..dah mcm besar jari aku skrg jer..hahahaha::

 
Eh, tp seriously..aku kena sedar cepat..sebelum terlambat..if berat aku reach 7 series je, memang aku akan down gila2. tapi tgk gak la tahap kesedaran aku time tu..kalau skrg dah hujung2 angka 6, aku leh tangguh2 lagi, kang dah masuk 7, aku pun konon nak take own sweet time lagi, sampai masuk angka 8..baik aku stop la tulis pasal berat badan sebelum Daddy arsyad sendiri hempuk aku dgn kerusi. hahahaha..

sekian luahan perasaan di petang hari.

aku stress so aku makan nasi lemak ayam sambal pagi tadi, nasi kandar lauk ayam madu + sotong tgh hari, dan tgh berpikir apa nak mkn mlm kang utk melengkapkan lagi tahap "kesesatan" yg aku alami skrg..

Sebelum aku stress dgn lagi melampau, baik aku layan gmbar budak ni korek hidung sambil tgk Upin Ipin..Tak tau ikut perangai sapa kan...



:: Muka pengubat hati lara Mummy..::

Oct 26, 2010

HAPPY BIRTHDAY DADDY!!!

Epi Beday Yu Yu...Epi Beday Yu Yu..Epi Beday Yu Yu Dedi..Epi Beday Yu Yu...

Ini adalah bday song versi Arsyad okeh..yes, memang bila aku ckp kat dia "Arsyad, hari ni bday daddy.." terus dia nyanyi beday yu yu ni kat Daddy..hehe..biasaklah budak nursery confirm la slalu nyanyi bila ada bday celebration kat school kan..

Bday Daddy Arsyad pada 23 Oct 2010. Selalu memang sebulan dua sebelum bday aku dah bz pikir apa nak beli, apa nak plan and what not. Tp sbb month of Oct tu mcm2 jadi, aku tak terpikir sgt. Betul2 last week baru aku rasa mcm eh..takkan aku tak plan apa nih..Sbb so far bday gift Daddy mmg aku dah ckp kat dia apa aku nak bagi awal2. Coz knowing him, reaction dia kepada bday gift even suprise or planned mcm tu je...kalau ko suprise dia dgn benda best pun dia bagi reaction yg sama, kalau ko bgtau awal2 apa nak bagi pun reaction tatapp sama..hahaha..

So, aku awal2 ckp aku nak sponsor dia pakai braces..keke..Ada ke bdk office aku ckp its such an insultation for him?? like aku sruh betulkan gigi coz gigi dia teruk..kekeke..Takde lah..dia mmg nak pakai braces. Cuma costly kan, so alang2 org nak sponsor, cepat je la member ikut aku jmpa doc. Aku pun survey2, then buat appointment, terus bwk dia jmpa doc. Selamat sudah hari jumaat lepas pasang. Kira sehari bfore bday dia lah.

Aku jenis suka kasi suprise gak. Di sbbkan bday gift dah tak suprise, aku pun plan la benda lain. Coz bday dia jatuh hari Sabtu, and every year aku memang hantar cake kat office dia utk dia buat cake cutting dgn kwn2 office (kira best la gak kan celeb ramai2 kat office), so aku pun hantar la cake Friday ptg tu. Konon dah abis best dah bersubahat ngan staff dia. Suruh staff dia turun amik cake, pastu letak atas meja dia. Dia dtg je tmpt dia tau2 dah ada cake atas meja. And of coz la agak terharu walaupun aku dpt bayangkan ekspresi muka tatappp la serupa kan..hahaha..

Aku antar cake dlm kul 4 lebih. Then aku tgu2 dia call kot2 nak ckp thanks ke, bgtau dia terharu ke, terperanjat ke..takde pulak. Aku tgu smpai la dia call ajak balik. Masa on the way nak gi clinic gigi pasang braces, pun tak ckp2 lagi. Aku pun dah mcm ehh..dia tak dpt ke kek tu? takkan staff dia terlupa kot. Aku dgn tak dpt menahan rasa pelik, aku tanya la dia.

Daddy dpt tak bday cake tadi?
Dapat..
(aku pelik gila nih..) Dari sapa?
Ntah..budak dept i kot..

Sahhh!!!!... makin kronik tahap hati kebal laki aku nih..Sah2 la besar2 tulis atas cake tu "Happy Birthday Daddy..From Mommy and Arsyad". Apekehal bdk2 dept dia nak tulis mcm tu atas cake????. Bila aku ckp aku yg beli and antar, baru dia nak tersipu2 malu. Tensi aku okeh!!. Ni aku yg kena suprised, bkn dia!. Dah sah2 every year bday dia memang aku yg antar cake, kalau tiba2 this year bdk2 office dia yg beli cake, patut dia pelik la kan..merajuk ke dgn aku..nape this year takde cake utk dia. Ini dia boleh selambaaaa je..Haihhh...Nasib aku pun hati kering boleh tahan. Tkde la aku nak merajuk or rasa dia tak appreciate ke apa..Dah pesen laki aku mcm ni..Terima sajorkkkk...hahaha

Then next day tu kan actual bday dia. Aku pun dah abis best ni plan utk dia. Hantar Arsyad gi school, then aku bwk dia gi Spa kat Hartamas. Mmg jauh dari umah tp kat situ je ada couple spa. Eh, mesti la kena amik couple spa walaupun bday treat dia, aku pun nak tumpang sama..hahaha Tapi bapa mithali ni plak kesian nak tinggal anak dia gi nursery hari2 cuti semata2 nak gi spa. haihhh..Aku ckp aku plan bwk gi spa sbb nak dia relax, and lepas pakai braces slalu org ckp sakit kepala lah, sakit gigi la, so if gi spa dpt la relax sket kan...Malangnya bday boy (boy ke? hahaha) lagi rela lepak rumah dgn anak kesayangan pada hari jadi walaupun gigi sakit dan memerlukan rehat yg cukup..kita ikut je lah. Dalam hati rasa cisss..melepas aku nak merasa spa. hahaha..

So the whole morning tu kami hanya bfast di mamak, gi giant beli groceries, then layan Upin Ipin dgn Abdullah Arsyad. Nice kan?

Tgh hari aku dah rasa mcm eh..jom la kuar. Lepas Arsyad amik nap, ktorg pun gi la KLCC. Jadik lah asalkan kuar dari Kajang. haha..Gi Chillis, konon nak mkn best2 sket la celeb bday kan. Tp lupa plak org baru lepas pakai braces takleh makan sembarangan. Nasib aku tak suggest gi makan steak kat Victoria Station ke. Kalau tak dgn aku2 kena pakai braces kang. hahaha..Aku pun ajak gi Chillis. Plan nak request free bday cake utk Daddy. Konon nak suprise lagik la suruh staff Chilis nyanyi bday song utk dia ramai2 mcm biasa kan. Tp aku pikir2 balik, cake of the day dia choc brownie. ada kacang2. Kang dia makan pastu tersangkut2 kat braces, aku gak yg kena marah. So cancelled!. melepas lagi aku nak makan choc brownie..eh, bday sapa nih?? hahaha

:: Budak melaram lebih padahal nak kuar celeb bday daddy::

:: Aku sgt tensi bila bdk ni mengamuk2 kat restaurant::

 :: Nak2 kalau mengamuk sbb nak main coaster ni jer. Tgk tu ada lagi baki2 air mata..haih la Arsyad::

 :: Dpt main coaster sbb Daddy yg bagi. If dgn Mummy, confirm dpt lempang jer. hahaha::

 :: Arsyad order mac n cheese. dia adalah peminat pasta yg tegar skrg. Apa jenis pasta suma dia suka::

Aku lupa plak nak snap gambar food aku order. Tp best giler aku amik combo yg lamb shank and montrrey chicken. Sedapppssss..Bday boy hanyalah mampu makan fish and chips sahaja..hahahahaha..makan hati member tgk aku melahap lamb shank tuh..Sabar yer Daddy.."Beauty is pain..." hahaha

Pastu jalan2 la konon nak suruh Daddy beli apa2 kan. Tp hampeh satu benda dia tak berkenan nak beli. Last2 Arsyad jugak dapat habuan..best betul jadi Arsyad..

 :: Sebenarnya Daddy yg minat kasut jenis high-cut nih..Tp of coz utk anak kesayangan..Baju Arsyad dah tukar. dia kalau kuar confirm tukar baju 2-3 kali::

Lepas jalan2 tu kami pun balik la..Berakhir la bday celebration utk Daddy tahun nih..hahaha..Jgn la salahkan aku kan, sah2 aku plan mcm2. Tp dia yg memilih utk jadi org yg tak fun tak suka kuar2 and celeb bday2 nih, kita ikutkan ajer lah..

And di sebabkan bday Daddy adalah hari yg sama dgn bday abg sulung aku, maka aku pun plan la makan2 satu family bersama2. Memang ler rasa eh..dah tua2 pun nak celeb bday ker? Alah..mmg la bday utk bdk2, tp if kita kumpul2 satu family, makan2, gelak2, borak2, gossip2, lagi2 sbb celeb apa2 occasion, kan lagi best? Tapi of coz, rasa lain sbb kali ni mak takde..Tp kitaorg buat mcm biasa..mcm mak sentiasa ada dgn kitaorg. Sbb mak mmg suka sgt if kitaorg buat makan2, sbb mak suka masak. Penat2 pun, sakit2 pun, mak akan masak utk anak2 dia kalau bday ke, apa2 ke.

Aku plan just nak beli2 jer tak payah masak2. Padan muka sapa suruh tak nak tuntut ilmu masakan dari mak. Kan dah rugi. Eh, tp kakak aku ckp dia leh masak Nasi Ayam sebijik mcm mak masak. Sbb dia sempat berguru dgn mak. hehehe..Maka dia lah menjadi chef pada hari tu. Ok lah takde la sama sgt rasanya. Tp tiga pinggan gak aku bedal. Daddy pun makan bertambah. Alhamdulillah..walaupun kami yatim piatu skrg, tapi kami tetap boleh berkumpul2 adik beradik happy2 mcm family lain..Al-Fatihah utk mak dan abah....

:: Cake for both of them..::

:: Food spread..motif amik gambar food tanpa bukak penutup makanan?? hahaha::

Pastu dua org bday "boy" ni malu2 plak nak tiup lilin and potong kek. Konon rasa dah tua tak payah la nak berkek-kek bagai kan. Eh..sapa kata kek ni utk korang? of coz utk bdk2 and mak2 budak nak makan..Korang punya bday, so korang la potong and rasmikan dulu..hahaha..Terpaksa la anak buah aku bwk kek gi mengadap kat diaorg kerana penat suruh bgn gi meja potong kek haram takmo angkat bontot masing2..nyampah tau...

:: Malu2 la pulak Bday Boy yg Tua..haha::

 :: Ini Bday boy yg muda sikit..hahaha..::

Dah abis makan2, kitaorg pun beransur lah. Then Daddy ajak gi Wangsa Walk plak..saja jalan2 katanya..aku suka Wangsa Walk sbb ada FOS for kids tu kan. mcm2 baju cantik2 and murah2 ada. Dah jalan2, sekali budak kecik ni ternampak benda alah nih..Terpaksa la spend sejam kat sini jer. Haihh..lantaklah Daddy yg melayan pun..Aku lepak tepi baca paper jer..hahaha

:: Kalau beli benda ni letak kat rumah best kan? dgn mak bapak skali join..::

 :: Dah besar dah anak aku. Main slide pun nak terjun sendiri..::

:: Ajak Daddy main sama adalah satu kemestian::
 
Sekian sajalah entry Bday Daddy utk tahun nih. Walaupun aku rasa hampeh sbb dia tak tau aku yg antar cake, pastu dia takmo gi spa yg aku dah penat2 booked, pastu sbb dia pakai braces tak dpt makan steak and brownie, tapi aku tatappppp nak wish "Happy Birthday Daddy..Semoga panjang umur..di murahkan rezeki..di beri kesihatan yg baik..dan menjadi pelindung utk Mummy and anak2 kita..InsyaAllah". We loveeee u so much!!!...

Epi Beday Yu Yu.....

Oct 21, 2010

"Cleaner" tanpa bayaran...

Marilah update pasal anak kesayangan saya pulak. Sah2 bila tulis pasal dia akan lebih membahagiakan aku and dengan harapan aku kurang sket kesedihan skrg ni kan..Memang dia ni pengubat segala luka lara pun. Of coz bagi semua mummy, anak la yg jadi penghibur, pengubat kesedihan bila kita rasa down kan. Even budak umur setahun lapan bulan ni bkn la reti buat lawak or beli kita apa2 utk bagi kita happy, tp bila tgk muka dia je pun kita dah rasa damai semacam..And of coz walaupun most of the time kadang2 kita rasa haihhh..budak ni betul2 la menguji kesabaran, tp tetap la perangai2 gitu yg jadi penghibur..

Mari kita tgk apa kah salah satu perangai yg agak menguji kesabaran tapi lama2 aku rasa..eh, lantak ler Arsyad..best gak layan perangai gini kadang2..kekeke..Sbb mummy Arsyad pun sama je perangai lebih kurang budak umur setahun lapan bulan kan..so memang secocok sgt laaahhh..

Weekend selelepas mak aku meninggal, kitaorg tak ke mana2 lah. Ye la giler hape mak baru pergi aku dah jalan2 shopping complex bagai window shopping mcm takde benda jadi kan. Tp tak la gak aku terperap dalam bilik menangis sambil tgk gambar mak. Ingatan tu sentiasa ada, doa insyaAllah takkan putus, cuma kita jangan la nak ikut perasaan meratapi permergian dia kan. Life must goes on. Cuma berpada2 la awal2 ni. Jgn la ko gi concert ke apa ke plak kan. Ada org ckp kena berkabung 40 hari at least. Aku tak pasti maksud berkabung tu sbb ada org tak kuar umah, tak pasang tv, tak gi mana2 langsung.Bg aku, its up to individual kan. Janji doa kita utk arwah tak putus, buat kenduri baca yassin...sbb ustaz aku ckp utk mak bapak yg meninggal, yg diaorg bawak pergi adalah amalan, dan doa2 anak2 yg soleh dan solehah..insyaAllah..

Eh..terlari tajuk plak..meh la ke tajuk asal..So weekend tak kuar tu kitaorg lepak2 kat rumah je la. Abiskan masa bersama Abdullah Arsyad yg semakin melasak.Haihh..kalau tak lasak bkn budak la namanya kan..hehe..Bila lepak2 tu Daddy Arsyad plak tiba2 nak basuh lantai porch. Abistu, dia ingat anak dia tu nak tgk dari dalam saja? Harus la meronta2 nak keluar sama kan. Mula2 dia tgk Daddy sapu2 lantai, dia elok je tgk sama..Diri je tanpa emosi konon2 nak tgk jer..takmo kacau pun. Skali Daddy masuk dlm, dia pun capai la penyapu tu nak menyumbangkan tenaga sama kan. Aku marah la sbb habuk segala penyapu tu kotor. Terus dia sound gini.."Mummy..No..No..Amboi..Amboi..Babab kang.." Eh..confuse aku..sapa yg mak..sapa yg anak nih?? suka2 nak sound Mummy yer Arsyad..

Pastu Daddy pun bukak ler paip nak basahkan lantai..Elok Daddy letak je mop kat lantai..dia dah tak keruan sungguh dah..Aku malas la nak sound2 lagi kang dia sound aku balik, pastu aku menyirap, pastu aku tarik dia naik atas, pastu dia jerit2 mcm tarzan, so utk elakkan perkara itu berlaku..aku biar je lah. Tgk je sambil aku snappy2. hahaha..Mula2 ok jer dia cuba2 mop lantai dgn ketinggian batang mop tu 2x ganda dari dia kan..

:: Keadaan masih terkawal time ni..tunjuk minat nak menolong konon.::


:: Rajin kan anak bujang saya? sapa nak cop jadi menantu?? kekeke::

Lepas tu aku tgk dia dah semakin mengganas. Coz bila aku mintak balik mop tu, dia marah lagik.  Mula lah panas Mummy dia ni kan. Tp Daddy kata biar la dia..kesian tak dpt keluar mana2, kita kasi je la dia main apa dia nak main..Oooo..gitu yer..ok la kalau gitu Mummy beri sokongan la yer..Mari kita tgk aksi budak ini lepas dapat sokongan dari Mummy dan green light dari Daddy..

 Start mula main air..serious berlakon buat2 takut basah..


 Syabas muka lakonan yg agak menjadi la. Memang betul2 aku ingat dia takut basah kang kena marah..


 Tapi nafsu nak main air dah tak tertahan2 dah..Harus la tahap curiosity melampai tahap takut Mummy


 See....keseronokan bemain air dah tak dapat disembunyikan dgn riak muka..jelas terpancar muka happy dia kan..


 Akhirnya begini la jadinya..Malas nak kasi dia main air dgn baju basah lama2..baik ko buat tarian bogel je dpn umah ni Arsyad..


 Pastu idea masuk dlm baldi plak sbb Mummy tak beli2 lagi pool utk dia..


 Isi air sendiri la babe..baru class..jerit2 suruh Mummy isi air pun Mummy wat derk je..


 Lepas tu mari kita tolong Daddy cuci dinding..dia dok jerit2 ckp "Acuh..Acuh..(Basuh)..kotor.." ehh..dah color tu mmg coklat lahhhh..


 Kasut tetap pakai utk tujuan keselamatan. Sapa2 nak tiru fesyen terbaru Arsyad ni sila2 la yer..hahaha


 Percik2 air di muka sendiri adalah HEAVEN!!!..Pastu mlm batuk selesema sapa nak jawab???

 Pastu kejar Mummy utk bersama2 basah dpn rumah sendiri pun idea datang dari mana ntah. Terjerit2 aku lari dah mcm tarzan dah..


 Last but not least..gaya setelah kepenatan bermain air..


Puas suruh dia kuar dari baldi ni dia takmo. Last2 kitaorg angkut dgn baldi2 skali bwk masuk dlm rumah..haihhhh

Tgk la perangai anak aku kalau tak dpt kuar..If amik video lagi best kot tapi tak terpikir lak aritu. Dgn mulut menceceh tak berhenti, dgn degil takmo dgr cakap org..itu la peel dia skrg..haihhh..

Dengan ini, secara rasminya Abdullah Arsyad adalah pembayar bil air utk bln ini. Sekian..(mcm la bil air byk sgt..hahaha)

Oct 13, 2010

Aku Seorang yg Tak Reti Menjawab...

Itu adalah kelemahan aku..Bkn kelemahan apa, cuma bila aku dpt statement2 yg menyakitkan hati..aku mcm hilang kata-kata..Aku tak reti nak menjawab dan2 tu nak zass org yg tak sayang mulut tu balik. Kang dah balik umah, time tgh termenung or mandi ke, bila aku ingat2 balik, baru la aku terpikir "Oooo..patut aku jwb mcm ni kan.." Pastu mcm nyesal sbb lambat sgt nak terpikir ayat2 zass tu..haihhh...

Maksud aku, kadang2 kan kita akan dpt statement2 yg ntah apa2 dari org yg laser..statement yg patut org tu guna otak dulu sebelum ckp kan..Then bila ko terasa, ko tak reti nak reply balik apa org tu ckp. Then ko diam je pendam dalam hati. Mmg la elok tak berlawan2 ckp memanjang2kan cite kan. Tp sometimes kena la zass balik gak. Kang ko sorang2 makan hati, lama2 sakit jiwa okeh. Aku ada kwn 2-3 org yg terror giler bab2 nak menjawab balik nih. Sekali dia kasik balik org tu, mmg rasa nak masukkan kepala dlm tanah time2 tu gak..tu la sapa suruh gatal mulut kasi statement nyakitkan hati org kan?? Tp aku paham..kadang2 org tu tak sengaja..Alah..akal ada apa guna?? pikir la dulu sebelum ckp kan..

So kali ni aku nak share statement2 yg aku rasa panas telinga sepanjang masa aku try nak kuatkan diri masa mak meninggal hari tu. Sah2 that was a difficult moment for us, ada gakkk yg mulut kurang adab nak jadi ajinomoto penambah2 perisa dlm statement kan..Nasib la telinga aku yg dengar ni mulutnya tak reti nak responds. Ada yg aku nak jwb gak, tp kang melarat. so aku jwb dlm hati je. Tp most of the answers tu of coz la aku baru dpt jawapan yg paling bernas 2-3 hari selepas kejadian kan..haihhh..tak efficient sungguh la mulut aku nih..

Cth statement in red color, jawapan aku dlm hati and jawapan yg sangat lambat in blue...hehehe

Ish, kesian kan..Muda-muda dah meninggal..
Amboi makcik..nak meninggal dunia kena yg tua je ke? makcik umur berapa? baik persiapkan diri sendiri dari dok kira umur org..

Mcm mana la umur mcm ni dpt mcm2 penyakit? Aku pun umur lebih kurang arwah tp ok jer..
Hmmm...bagus la makcik takde penyakit. Baik makcik jaga sebelum Allah bagi lapan ribu jenis penyakit kang..

Ish, seksa je nampak bila bergantung kat oxygen machine mcm tu kan..nazak sgt nampak dia...
Dah bahagian mak makcik..bahagian makcik tak tau lagi..Kalau tak seksa alhamdulillah..At least mak saya di sempurnakan jenazahnya elok. Org yg meninggal accident putus tangan kaki suma lagi kesian..Syukur je la dgn bahagian yg Allah bagi..

Kenapa anak-anak gi kerja lagi nih?? duduk la sini jaga mak dah sakit teruk..
Kami pun ada mulut yg nak kena suap makcik..Asalkan tak pernah tinggal mak sorang-sorang kami dah bersyukur. Kami buat selagi termampu. Kang makcik sakit, suruh suma anak berhenti keje yer..

Takpe lah..korang dah takde mak ayah..tapi ada lagi mak bapak mertua..Kalau ikutkan hukum, perempuan lepas kawin mak bapak mertua lagi penting tau..bkn mak ayah sendiri..
Sila betulkan statement makcik tu. Tak baik main2 hukum hakam mcm tu. Iyer, memang perempuan lepas kawin PUTUS TANGGUNGJAWABNYA terhadap MAK BAPAK SENDIRI..tapi takde la mak bapak mertua je lagi penting. sama je pentingnya..cuma tak wajib lagi la bertanggungjawab ke atas mak bapak sendiri..Ibaratnya, if mak mertua and mak sendiri sakit, wajib jaga mak mertua lagi la. Tapi ikut la budi bicara suami gak. Kalau kita satu2nya anak pompuan, mak mertua ada 10 org anak pompuan, kena tinggal mak sendiri sakit sorang2 juga kah??? Islam itu Mudah makcik..jgn putar beli statment yer..

Lepas ni giliran raya rumah suami je la yer.
Alhamdulillah, saya masih ada adik beradik. Kena gak ikut giliran utk saya kumpul dgn adik beradik. Dah la mak ayah takde, yatim piatu. Nak jmpa adik bradik tiap kali raya pun tak boleh ke?? ish..ish..suami saya sayang saya..tak zalim mcm tu aihhh..

Korang adik beradik jgn la berpecah mak bapak dah takde nih. Jgn rebut2 harta. Selalu org kalau mak bapak dah takde je..terus berpecah adik beradik.
InsyaAllah..memang kami akan tetap sama. Terima kasih atas nasihat makcik. Tp jgn la samakan kami dgn org lain..Cara makcik ckp ni nak tgk kami berpecah belah je..tak baik tawww..

Bagus korang tanya org kalau mak kau ada berhutang apa2 ke. Memang kena tanya takut kang susah "urusan" mak kau kat sana. Kalau ada org berhutang dgn mak kau pun HALALKAN je la. Kalau tak nanti susah jugak urusan dia..Mak kau takde hutang apa2 kat makcik..Tp ada la satu kali tu makcik bayarkan dulu utk dia beli apa ntah RM40.
?????... RM40 pun duit makcik..hutang jugak..semoga dgn terbayarnya hutang ni, makcik halalkan yg lain2 yer..InsyaAllah urusan mak saya di sana akan di permudahkan..Sbb saya pun halalkan jer kalau2 ada org berhutang dgn mak saya..

Sakit otak tak? kalau ikutkan byk lagi statement2 yg menyakitkan telinga aku tp malas tulis sini. Aku tulis "makcik" pun tak semestinya org itu seorang makcik..ada je yg muda mudi, yg ada tali persaudaraan gak tp tak sayang mulut. Kadang2 org mcm ni saja kuar2kan statement tidak berakhlak sbb nak uji kesabaran kita kot..ntah apa diaorg dpt. Kot rasa meluah pendapat ke apa, agak2 la kan. Jgn la sampai pihak satu lagi tersinggung. Pikir la if dia di tempat kita kan? Sakit hati tak?

Aku ok jer. aku sakit hati, tp aku malas simpan dalam. Sbb kebanyakkan org2 tu aku kenal. So kang susah plak hidup aku nak berhadapan dgn dia hari2 nanti kan. Semua org tak perfect, so tak payah la nak pandai2 bg statement2 gini. Cermin diri dulu kan..Apapun, lantak ler dema. asalkan mereka dan keluarga mereka bahagia..hehehe

Oct 12, 2010

Yang Pergi Tetap Pergi Part 2

OK..sambung balik..bila dah naik atas, aku continue baca yassin..beli air mineral sebotol buat basah tekak..sesekali aku jeling kat monitor yg baru..something mcm kat bawah ni. The other monitor yg aku tak paham tu aku tak jmpa kat google. mungkin terlampau canggih yg HKL tu guna sampai takde satu pun images dia match dgn monitor yg aku and nurses tu tak paham..



Monitor ni kan style ada bunyi2 degupan jantung tu. Suspen ok. Sbb kadang2 heartbeat mak laju sangat2. Aku pun kecoh2 la gi counter nurse tanya heartrate yg normal patut berapa. Coz asyik above 100 je. dia ckp normal patut 60-80. Tp mak punya laju sbb amik oxygen tu kan..tp laju sgt tak elok. kang jantung dia penat. agak2 sampai 180 tu aku dah risau. Cepat2 bisik kat mak suruh dia istigfar byk2. turun sket. Time aku baca yassin pun turun jadi 120. still laju dari normal, tp tak la tinggi sgt kan..

Dari pagi duduk sana gilir2 baca yassin dgn abg sulung aku. Gilir2 gi makan..Sampai kul 4pm aku tunggu doc buat round. Spt smlm dia skip katil mak. Darah aku mula mendidih. Aku gi kat dia. Tanya nape skip katil mak. Then dia jawab gini

Doc     :  As i told you yesterday, there is nothing we can do anymore. It's the matter of time..
Aku     :  Well..yesterday also u said my mother will not wake up from comma. And obviously you were wrong.
Doc     :  Yes, i can only predict. But if we refer to the medical side, it's really the matter of time..we can just waiting

Aku tak tau la aku yg terlampau mendesak, atau pun doc tu mmg dah habis kata2. Tp bg aku, selagi belum terpisah nyawa dari badan, selagi tu kita tak boleh putus harap kan. Aku tak mintak doc nak nangis sama2, dok mengadap mak aku 24/7 sama2. Tp kalau dah tgk keadaan kitaorg mcm tu, apa salahnya stop by bila dia buat rounds tu. Then explain kat aku the progress. Dah la nak paham monitor tu pun aku kena terhegeh2 gi tanya. haihhh...mmg menahan2 sabar je masa tu..

Sikit2 family jauh2 dtg bila dapat berita mak sakit. Sampai kul 8pm aku kat situ dari pagi tak rasa sikit pun bosan. Sbb kejap2 bgtau nurse oxygen abis..kejap2 bgtau nurse ubat abis..mmg assistance nurse betul. Bila kakak aku and kakak ipar aku sampai, kitaorg pun balik. Aku pesan byk kali call aku if apa2. Kakak ipar aku ckp jgn la risau, balik rehat then esok turn aku plak mcm biasa..

Kitaorg balik, lepas amik Arsyad aku singgah umah MIL sbb bwk Arsyad jmpa doc dekat dgn Cheras coz dia pun tak berapa sihat. Dah borak2 lebih kurang, dalam pukul 9.30pm mcm tu ktorg pun balik la.Elok 5 min kuar dari rumah MIL, dpt call from kakak ipar aku. Tenang je suara dia ckp "Dik, dtg skrg..jantung mak dah stop". Menggigil jugak la aku masa pegang hp tu. Coz knowing kakak ipar aku, dia takkan ckp mcm tu kalau betul2 tak serious. Kitaorg patah balik rumah MIL, sbb lagi elok mintak tolong adik hubby hantar aku ke HKL. Biar hubby uruskan Arsyad. dgn dia tak sihat, dgn ngantuk, so diaorg balik dulu. Aku sempat tukar baju kurung pinjam MIL. Dlm hati aku biarlah apa2 terjadi aku tukar baju dulu..

Masuk je kete, aku terus call kakak ipar aku balik..Takkan aku boleh lupa bila dia ckp "Dik..mak dah takde..mak dah tinggalkan kita.." dgn surrounding belakang aku dgr suara kakak aku nangis..and machine yg menjadi peneman aku jaga mak dah bunyi "teeeeetttttt..." Aku bayangkan garis lurus kat monitor tu..Aku tarik nafas dalam2..Aku try tak nak nangis. Dlm kete ada adik ipar and MIL aku. Dalam menahan rasa, aku ckp "Mama..mak zu dah meninggal..". Tp lepas je aku ckp tu terus aku breakdown..terus aku nangis..Tapi still tertahan2 sbb tak nak carried away..still aku tarik nafas dlm2 utk sabarkan diri sendiri.

Aku call hubby, dia belum sampai rumah. Dia pun sebak. Dia pesan takpe..u dah buat yg terbaik..kita terima pemergian dia..aku angguk laju2 as if dia tgh ckp dpn muka aku time tu. Tp sbb aku sorang2 kat belakang dlm kete, takde sapa nak peluk utk lepaskan rasa sedih, takde sapa aku nak pegang tgn..so just tarik nafas dalam2 beberapa kali utk legakan apa yg aku rasa time tu..

Perjalanan from Cheras ke HKL mlm tu adalah yg paling lamaaa and panjaangg aku rasa. Berkali2 aku call kakak ipar aku pesan jgn bagi nurse hantar ke bilik mayat dulu, aku nak naik atas tgk mak..Kuar je lift, terus aku meluru ke ward mak. Tertinggal MIL dgn brother in law kat belakang. Nampak abg aku kat luar ward tgh buat call. Terus aku lari ke katil mak. Yg masa tu dah ada partition utk tutup dari pandangan patient2 lain. Aku tgk bdan mak yg tak lagi bernyawa, dada mak yg tak lagi berombak mendapatkan oxygen, muka mak yg tak lagi berkerut2 menahan sakit. Aku peluk mak dan nangis semahu-mahunya. Kakak ipar aku dtg tarik ckp tak baik meratap nangis mcm ni. Aku jerit "Mak..kenapa tak tunggu adik..seharian adik kat sini mak ok..bila adik balik mak pergi.." Aku tau tak guna aku ckp apa2 lagi. Well..sapa yg boleh berfikir secara waras dalam keadaan mcm tu. Aku peluk mak kuat2. Memang aku tak pernah peluk mak mcm tu. Kakak ipar aku tarik suruh aku stop. Dia ckp "Adik..tak baik buat mcm ni. Mak pergi senang je tadi..Dpn akak, Ina and Abg Joy..Anak2 dia..Itu yg lebih penting.."

Aku ok sikit lepas dgr kakak ipar aku ckp mcm tu. Memang yg penting mak tak susah masa di ambil pergi dan anak2 dia di samping dia walaupun tak lengkap. Aku and abg no 3 takde. Ye lah, kitaorg dah try berkumpul selama boleh. Tp kena realistic yg Allah amik mak balik bila2 masa je. Jadi tak guna aku nak sesal aku takde di sisi mak ke apa. Cukup la mak tau aku jaga dia waktu siang, dan sentiasa ada org di sisi dia walaupun bergilir2. Aku lega sikit bila aku fikir mcm tu. Tak tau dtg dari mana kekuatan yg aku ada tu..

Masa Arwah Abah meninggal dunia 10 thn lepas, aku tak sempat jumpa sbb tgh induction kat UiTM. Aku balik2 Arwah memang dah koma. Aku betul2 lemah masa tu sbb aku memang rapat dgn Arwah abah. Then aku ingat kali ni aku akan lebih kuat sbb dah experience hilang Abah dulu. Tp aku silap..Hilang bapak and mak adalah dua perasaan yg berlainan. Lain sama sekali. Tak tau aku nak explain mcm mana. Tak kira la korang close dgn sapa, tp rasa hilang tu sangat2 perit. Mcm aku bkn la jenis nak berpeluk bermanja2 dgn mak, bkn jenis nak kiss2 dgn mak, asalkan aku jaga kebajikan mak, jadi tmpt utk mak bergantung masa sakit and susah, cukup lah. Aku pun buat apa aku mampu jer..Tp bila betul2 "masa" nya ni dah sampai. Aku termenung lama..Pandang mak yg terbaring dpn mata..Mcm2 aku pikir.Last2 aku capai Yassin bacakan utk mak. itu je yg dapat tenangkan perasaan aku masa tu..

Tak lama lepas tu nurse mintak kitaorg keluar kejap sbb nak cabut wayar2 and tube2 yg ada kat mak. Ada 5 tubes kesemuanya. Lepas tu trolley dari bilik mayat pun sampai. Kitaorg ikut sampai ke Rumah Mayat, aku pelik sbb takde laluan khas. Tgh2 mlm kul 12.30am masa tu lalu belakang2 lorong HKL, tepi2 bangunan, dan tembus kat tengah2 jalan besar menuju ke Rumah Mayat tu..hmmm..Lepas settled semuanya, kitaorg tunggu van jenazah dari surau wangsa maju. Ktorg decide taknak uruskan jenazah kat hospital. Biar kat surau esok pagi supaya kitaorg dpt peluang mandikan mak, uruskan jenazah mak. Lepas dpt Sijil Kematian, aku pun naik van jenazah.

Dlm van pun kitaorg sambung bacaan yassin. Kali ke-dua aku naik van jenazah lepas time Arwah Abah dulu. Sampai Wangsa Maju, letak mak kat tempat urusan jenazah dalam masjid tu. Then berjaga la kami sampai ke pagi. Cukup 4 org adik beradik, kakak ipar aku, and sorang anak buah arwah abah. Alhamdulillah, yg penting semua anak2 mak ada..

Esok pagi dari Subuh ramai org dah dtg. Alhamdulillah, sbb uruskan kat masjid, jemaah subuh dpat buatkan tahlil utk Arwah mak..Kul 8am start mandikan jenazah..Aku bersyukurs sgt2 kami adik beradik and menantu2 mak termasuk hubby aku berpeluang mandikan, uruskan jenazah mak sampai selesai. Aku masih lagi dapat tahan airmata buat kesekian kali sampai la mak di kapankan. Bila kitaorg kena cium mak buat kali terakhir, masa tu mmg takde sapa yg mampu tahan perasaan lagi. Cuma kitaorg berhati2 takut airmata tertumpah kat jenazah yg telah di mandikan. Tapi anak buah aku 2 org tak dpt cium coz tak berhenti2 menangis. Tak dpt stop kan airmata dia..Ye la diaorg mak jaga dari kecik, mesti lagi terasa sbb diaorg budak lagi..

Urusan lepas tu masa di sembahyangkan, di bawa ke tanah perkuburan berjalan lancar. Lega hati aku sbb yg penting kitaorg dpt uruskan jenazah mak dgn lancar dan sempurna. Masa ustaz baca talqin pun aku tak dpt tahan perasaan. Sedih dan tentu, tapi perasaan lain bercampur baur yg aku tak tau nak explain. Hanya org yg pernah merasa kehilangan yg tau perasaan ni kot..

Bila semua dah selesai, masuk je kete nak balik baru perut aku terasa lapar. Dari mlm smlm aku tak makan apa2. Cepat2 aku call abg aku ckp biar aku beli makanan, then makan kat rumah dia. Kepala pun dah pening sbb satu mlm tak tido. Dah settled suma, balik rumah, mandi terus aku tido. Ptg hubby amik Arsyad, dia kejut aku bgn and siap2 utk pergi tahlil mlm tu kat masjid. Kebetulan Khamis mlm Jumaat, mmg elok la jemaah ramai utk bacaan yassin dan tahlil utk mak..Alhamdulillah..

Ramai org kata aku patut bersedia sbb Arwah dah sakit lama sebelum dia pergi. Well..bagi aku siapa pun takkan betul2 ready kehilangan ibu bapa walau dlm keadaan mcm mana sekalipun..Bila betul2 tiba "masa" tu, hanya Allah yg tau perasaan kita nak menanggung..Tp aku byk kali ingatkan diri sendiri..kita kena redha. Aku tak nak terus2 bersedih dan mak "tengok" kami adik beradik bersedih. Bila kita redha pemergian dia, maknanya kita terima apa yg Allah dah tentukan utk kita..

Dulu masa aku tanya Arsyad pasal Wan dia..dialog nya mcm ni

Mummy     : Arsyad, Wan mana?
Arsyad       : Wan tatit..
Mummy     : Tatit apa?
Arsyad       : Tatit tati..(sakit kaki)

Tp skrg bila aku tanya, dah tukar jawapan dia. Serious aku tak tau dari mana dia belajar. Mungkin dgr kitaorg borak2, or time aku ckp dlm phone pasal mak.

Mummy       : Arsyad, Wan mana?
Arsyad        : Wan dah tati..(*Mati)
Mummy      : Hah? wan apa?
Arsyad        : Wan dah tati..dah tade..dah ilang...

Subhanallah...Memang tak bawak dia masa urusan pengkebumian tu..Kalau bawak mesti dia lagi faham..

Hari ni aku bertambah tenang. Memang aku tenang hari2. Aku takde la kejap2 nangis, kejap2 nangis. Tp Demi Allah sejak mlm Rabu tu, aku tak berhenti ingat kat mak. Sentiasa ingat mcm2 kenangan dgn mak. Tido pun mimpi mcm2. Semua kenangan dari kecik, sampai besar, manis, pahit, suma aku ingat..InsyaAllah smoga ingatan ini sentiasa ada..mlm Khamis ni adalah kenduri mlm ke-7. InsyaAllah kami akan buat tahlil sampai genap mlm ke 100.

Thanks to all yg bg support, yg tak jemu2 tanya keadaan mak aku. Nak sebut sorang2 memang ramai. Aku rasa terharu sgt sbb ramai yg amik berat. Sebak bila Kak Selly sekeluarga sempat dtg mlm sebelum mak meninggal, dtg masa funeral suma. Thanks yer kak. And semua kwn2..you know who you are..
Kak Naz, yg bg kata2 semangat..thanks a lot..Salina, antara org pertama yg sentiasa aku update pasal mak aku. Bila HR announced pasal mak kat office pun, aku dapat email ucapan takziah dlm 150++ out of 300 staffs. Memang terharu. Semoga doa2 kalian di perkenankan Allah swt..

Aku skrg adalah yatim piatu..Tak tau lagi mcm mana aku nak harung Aidilfitri pertama tanpa mak. Mcm mana rasa kekok gaji Oct tak de lagi portion mak. Sejak 1st gaji memang tak pernah sekali pun aku missed bagi kat mak. Kali ni mesti rasa lain. No more HKL visits, no more hectic in hospital. InsyaAllah..semoga aku semakin kuat..yg penting mak di tempat yg tenang..tak sakit lagi..aku redha sbb aku terima apa saja yg terbaik utk mak..

Oct 11, 2010

Yang Pergi Tetap Pergi...

Penat aku mencari kekuatan nak tulis entry nih. Mula2 aku rasa ahhh..tak perlu aku tulis kot biar aku simpan dalam hati rapat2. Tapi pikir2 balik, since that day, aku tak betul2 "melepaskan" apa aku rasa. Aku cuba jadi kuat yg sebenarnya tak berapa kuat pun..Itu tak penting..yg penting org keliling aku tgk aku kuat, dah diaorg pun jadi sama kuat..And kwn2 ada yg suruh tulis utk diaorg baca and rasa apa aku rasa..Aku amat2 beruntung dpt kwn2 yg sama2 menangis masa aku menangis. Ramai..kwn sekolah,kawan office,kawan belajar, kawan alam maya..Terima kasih byk2..

Yer..Akhirnya mak aku kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 6 Oktober 2010 kira jam 9.50pm. Akhirnya setelah lebih 48 jam bertarung selepas doc menjangkakan mak akan bertahan for a few hours only. Aku mengkagumi semangat mak. Semangat berjuang utk melawan penyakit yg bkn calang2 org dpt buat..

The last entry aku buat was masa aku balik ke hospital selepas abg aku call bgtau mak hanya dpt bertahan sejam utk the final dialysis dlm ICU. Aku sampai HKL dlm pukul 12.30pm, mak dah di hantar ke wad biasa. Coz dalam ICU pun dah tak boleh buat apa so lebih elok kalau katil kosong di ICU di berikan kepada org yg betul2 memerlukan. Aku paham. Aku pasrah. Tgk mak yg masih bergantung kepada oxygen machine, dan tube baru kat leher mak (utk dialysis), selimut baru dan baju baru dari ICU, buat aku redha je dgn jalan terakhir yg kitaorg dh usahakan..Machine utk monitor BP,oxygen level,jantung mak di pasang spt biasa. Tp aku agak annoyed bila kejap2 machine tu stop dgn sndiri, tak dpt detect jantung mak, sbb masalah teknikal. Menyampah.

Aku panggil2 mak, kejap2 mak bukak mata. Aku ckp aku ada ni dgn abg sulung, jaga mak skrg. Mak angguk2. Lepas tu mak tutup mata balik. Tak larat. Aku ckp mak rehat la..dan dgr je Adik nak bacakan mak Yassin. Mudah2an sakit mak berkurangan. Dan mak ikut la dlm hati. Mak angguk2. Lepas 2x baca yassin, perut aku lapar. Tgk jam dah pukul 3.30pm. Mintak abg aku jaga kejap, sementara aku turun makan. Takkan sesekali kami biarkan mak keseorangan wktu2 ni. Akan kitaorg pastikan gilir2 gi makan, rehat smua asalkan salah sorang di sisi mak..

Aku naik balik 20 min lepas tu, Abg aku nak gi kerja balik. Dia baru start shooting, so kena gi Bukit Aman nak dptkan kebenaran shooting kat sana. Aku duduk je sebelah mak. Sesekali picit2 badan mak bila tgk mak berkerut2 mcm sakit. Basahkan towel, lap2 badan mak dan kepala mak. Since mak tak bgn2 langsung dari Jumaat. Biar badan mak segar sikit. Setiap nafas mak ambik sgt2 jelas kedengaran, sbb bkn nafas spt biasa. Mak berusaha mendapatkan seberapa byk oxygen dari machine yg di supplykan for maximum level, utk badan mak yg tinggal 20% oxygen sahaja. Dada mak sekejap2 berombak. Kejap2 mak tarik nafas dalam2. Setiap kali nafas yg dalam, aku berdebar2. Takut sgt bila tgk. Tapi aku sedapkan hati. Aku fikir dah mmg mcm tu cara mak nak bernafas..jgn pikir bkn2..

Jam dah hampir pukul 5.30pm, wad makin ramai visitor dtg. Aku berulang2 kali baca yassin, rehat 15 min, baca balik, rehat balik. Sesekali sms kwn2 rapat, utk sama2 doakan mak aku. Dalam pada yg sama, dpt reply dari kwn2 rasa diri ini kuat sikit. Walaupun pada dasarnya aku dah bersedia dgn segala kemungkinan..tp stilll..aku tak tau aku boleh hadap ke tak bila betul2 dah tiba masanya tu..Tunggu doc round ptg2 mcm biasa..sampai katil mak doc skip gi katil sebelah. Eh..takkan tak stop katil mak..Terus aku meluru kat doc tanya tak nak update saya ke perkembangan mak saya. Dia dgn muka tak bersalah, ckp " Yesterday the other doc already told you right? There is nothing we could do.." Aku diam. Dalam hati marah sbb at least singgah seminit dua bgtau keadaan mak lepas kuar ICU pun jadilah kan. Setiap minit aku tgk monitor tu aku pun tak paham. Then aku tanya nurse trainee yg kejap2 dok betulkan wire2 kat monitor tu dia pun tak paham. "Saya baru je start keje kak..saya pun tak tau baca monitor tu.." Masa dia ckp tu dia nak amik body temperature mak aku. Tp letak thermometer, without kuarkan dari plastik. Aku pandang je. Dia kepitkan kat ketiak mak, pastu dok belek2 monitor yg dia tak paham tu. Kejap2 senyum kat aku. Tapi aku dah takde kekuatan nak senyum balik. Sorry lah dik..Lepas tu dia tgk therometer tu.."Eh..takkan tak naik langsung? badan makcik ni takde la sejuk sgt.." Selepas 10 saat baru dia sedar tak bukak lagi plastik thermometer. Dgn tersipu2 dia bukak plastik and letak balik kat ketiak mak aku. hmmmm...

Aku nak gelak, takde perasaan. Nak marah, malas nak buat scene. Aku pun amik keputusan baca yassin balik bagi ketenangan hati lagi bagus. Sebelum tu aku panggil2 mak spt biasa mintak mak dgr bacaan aku and ikut skali. Berkali2 aku panggil mak tak bukak mata. Aku berdebar2. Tapi dada mak berombak2 mcm biasa amik nafas. Aku panggil lagi kuatkan sikit suara. "Mak..Mak..Dgr tak adik panggil ni..bukak mata mak..." Tp mmg takde respon walau sikit. Aku dah makin takut. Aku goncang2 badan mak, maybe dia tertidur. Tp hanya dpt dgr deru nafas tanpa apa2 respons pun. Aku jerit panggil doc. 2 Doc berlari gi katil mak. Tekan2 dada mak. Tgk monitor yg dia sorang je paham tu. Doc jerit2 panggil.. "Makcik..Makcik...Bangun..Bangun.." Tapi mata mak tertutup rapat. Doc amik torch light, suluh mata mak. rasa nadi mak..Then doc dtg kat aku, pegang bahu aku..Aku betul2 dah gigil masa ni. Sbb aku sorang..Then doc ckp.."Sorry, your mom is in comma right now..please call all your siblings, she will only have a few hours before she surrender.."

Ya Allah...aku terus terkedu for a few seconds...Terkejut sbb tak menjangkakan mak nak comma. Aku nangis. Jerit2 kat mak suruh mak bukak mata. Nurse tarik aku.."Sabar kak..Sabar...Makcik masih bernafas..Jantung makcik masih kuat..". Aku capai hp, call abg sulung aku, tak angkat. Then aku call kakak aku, call abg no 3, call kakak ipar aku. Semua dpt and diaorg bergegas dtg spital. Then aku call lagi abg sulung aku tapi tak dpat2. Aku just sms, mintak dtg hospital cepat. Tak nak bgtau details, kang dia kelam kabut dtg hospital jadi apa pulak kang..

Aku pengang dada mak, masih kuat berombak. Aku bisik kalimah Allah kat telinga mak, tapi takde response. Sebelah kanan katil mak budak perempuan muda. Tak tau sakit apa, dia nangis je tgk aku. Sebelah kiri katil mak nenek tua bangsa India. Dia pandang aku dan ckp "Doa kat tuhan awak". Sambil tgn tadah ke atas. Aku nangis tak berhenti. Tapi aku rasa tak guna nangis. Aku capai Yassin, baca sambil tgn aku kat dada mak..

Lebih kurang 20 min lepas tu kakak aku sampai. Terus jerit nangis2 tgk mak tak respons bila dia panggil. Lepas tu abg no 3 aku sampai, and kakak ipar aku sampai. Semua try panggil2 mak and bisik Kalimah Allah kat telinga mak. Bila abg sulung aku sampai, terus aku tak tahan sbb dia peluk kuat mak..Dia minta maaf dtg lambat sbb tadi kat Bukit Aman hp suma kena letak kat pondok pengawal. Bila amik je hp ada 11 missed calls aku. Dia ulang2 kali cuba ajar mak mengucap. Mintak mak ikut dlm hati. Sbb doc ckp..mak mungkin boleh dgr..

Aku and abg aku terus call adik beradik mak mintak dtg hospital skrg..Bila doc ckp "a few hours left.." rasa mcm tersentap jiwa masing2. Call dgn suara yg nak menahan sedih dan sebak mmg susah. Bergilir2 baca Yassin tanpa henti. Menjelang pukul 7pm, sikit2 adik beradik mak dtg..Yg dekat, yg jauh..Mak ada 13 org adik beradik. 9 yg masih hidup. 6 org perempuan. Yg datang hari tu 5 org, hanya adik bongsu belum dpt di hubungi. Masing2 menangis..bergilir2 ucapkan kalimah Allah kat telinga mak..Dgn harapan mak dpt dgr dan ikut dalam hati..Hanya itu yg ktorg boleh buat skrg..sekejap2 aku jmpa doc, tanya kemungkinan mak sedar balik..dia hanya jwb.."The chances is too slim.." Ya Allah....

Tapi dgn kuasa Allah yg Maha Besar, kira2 pukul 8.30pm mak tiba2 bukak mata. Menjerit2 kitaorg. Terkejut sbb baru lepas tadi doc ckp tak mungkin mak akan sedar. Mak pandang keliling. Tgk semua org ada keliling dia. Menangis. Abg aku tak putus2 ajar mak ucapkan dua kalimah syahadah. Mak menangis...Mak ikut sambil menangis...Kami semua menangis..Lepas tu abg aku ckp dah la..kita bagi mak rehat..Mak pejam balik mata..Tp kami takut..Takut mak comma balik..Kejap2 kami panggil mak utk bukak mata..Utk dgr bacaan Yassin, dan Kalimah Allah di telinga mak..Alhamdulillah mak dgr, setiap kali org panggil mak bukak mata..

Jam dah dekat pukup 9pm. Kakak ipar aku ckp dia tak nak balik. Kakak aku pun. Aku ckp aku kena balik amik Arsyad. Mandi2..lepas tu aku dtg balik. Adik beradik mak dah beransur2 balik. Aku balik dgn hati yg berat. Ikut hati nak sentiasa dgn mak, tapi kami kena kawal emosi. Tanggungajawab aku sebagai isteri dan ibu juga penting. Aku balik, amik Arsyad. dia pun dah penat. Sampai rumah baru aku rasa lenguh2 badan, kepenatan yg teramat. Hubby ckp tidurlah dulu. Esok pagi2 pergi hospital balik. Tak guna semua bermalam kat hospital, esok pagi dah penat sapa nak jaga pulak? baik bergilir2 jaga..betul jugak ckp dia..So aku call kakak ipar aku, dia pun setuju..

Mana ada org boleh tidur lena dgn keadaan mak yg mcm tu kat hospital. Hp dah ready kat sebelah bantal. Aku try lelap tapi tak boleh. Aku rasa dlm kul 3am baru aku leh lelap pun. Tiba2 hp bunyi. Aku dah berdebar2. Hubby pun terkejut bgn kalau tak mmg tak pernah terbgn if hp bunyi. Kakak aku call nangis2 ckp jantung mak dah berhenti. Suruh dtg hospital cepat. Aku dgn mamai2 rasa terus bgn..Lepas letak phone aku try segarkan mata sepenuhnya. Aku call kakak ipar aku sbb dia lagi cool. Kakak aku tu agak dramatik dalam menyampaikan apa2 berita. Kakak ipar aku ckp tadi jantung mak agak lemah, tapi skrg dah stabil. Dah pasang 2 monitor utk jantung. Oxygen dah top up. Tadi kehabisan oxygen kot. Tak payah dtg sbb mak dah mcm biasa balik. Lega..kakak aku memang suka call mcm tu buat jantung aku yg terberhenti..

Esok pagi kami bgn agak lewat. Penat smlm tak abis lagi. Lepas hantar Arsyad yg menangis sbb tgk aku pakai jeans tapi dia still kena gi school, kitaorg pun bersarapan dulu siap2. Senang dah naik ward mak tak payah turun2 balik. Aku suruh hubby gi keje mcm biasa. Sampai hospital dlm pukul 9am, Terus aku suruh kakak ipar balik dah rehat pulak. Abg aku yg tak nak balik. Dia mintak cuti terus hari ni. Aku tgk mak mcm smlm. Tapi bila aku panggil tak bukak mata. Abg aku kata mlm tadi mak comma balik. Takpelah..janji aku tgk dada mak masih kuat cuba tarik sberapa byk oxygen..Aku pun baca yassin mcm biasa..

Kejap lagi sambung balik..sbb aku nak tulis details..tapi entry akan jadi terlebih panjang kalau tak sambung2..

Oct 4, 2010

Redha akan permudahkan segalanya..InsyaAllah..

Aku mmg dah lama redha..dari start tau mak sakit, sampai saat2 genting skrg aku sentiasa tenang setiap kali dpt call dari kakak aku or abg aku. Smlm lepas tulis previous entry, Abg aku call ckp doc dah discuss dgn dia. Kalau ikut doc pakar, stop segala yg ada dan bagi mak aku tenang supaya tak berlawan lagi dgn penyakit and kita tunggu je apa akan jadi seterusnya..Tapi kalau ikut pakar buah pinggang, kita still boleh buat one more round of dialysis utk buang toksin2 dlm badan supaya badan mak boleh response kpd ubat yg di beri. Tapi risiko nya amatlah tinggi..Antara mak boleh terima dialysis, atau terus menyerah in the middle of dialysis tu nanti.

Lepas betul2 berbincang, kitaorg decide utk teruskan dgn dialysis yg terakhir. Sbb aku rasa amat tak adil utk kitaorg putus asa, dan stop kan segala usaha utk membantu mak. Mmg la risiko yg di ambil terlampau tinggi, tapi kalau dah itu je jalan yg ada, terpaksa lah..Masa aku sampai hospital, adik beradik mak sikit2 datang. Adik beradik arwah abah yg duduk jauh kat Perak pun datang. Doc yg suruh call sedara mara jauh2 yg mana belum jenguk dtg if nak jenguk. Mak spt biasa susah nak nafas, bergantung pada alat pernafasan. Doc tgh try nak masukkan tiub utk dialysis sbb tiub lama dah kena kuman. Punyalah lama 2 jam tak settle2 sbb puas doc cari tak jumpa saluran yg boleh masuk tube. Tebuk peha kiri, peha kanan, bahu, leher kiri, suma failed. Mmg terseksa tgk mak kena tebuk sana sini tapi tahan je la kalau cara itu yg terakhir utk bantu mak..

Doc ckp mak kuat semangat. Mcm2 penyakit tapi mak lawan. BP and denyutan jantung dah low tapi mak lawan. Ubat antibiotik or ubat2 lain dah tak jalan coz seluruh system dlm badan dah down tapi mak lawan. Mata mak kejap2 tertutup, tp bila kitaorg panggil beberapa kali, mak try bukakkan mata walaupun hanya 2-3 saat, itu menunjukkan mak lawan. Tapi dah tak jerit2 mcm pagi smlm time aku jaga sbb dah abis kudrat. Cuma masa doc try kali terakhir nak masukkan tube kat leher, mak jerit sikit sbb sakit sgt. Lepas tu mmg dah tak dgr langsung suara mak. Kejap2 je mak bukak mata pastu tutup balik. Tapi tak tido, tak sepenuhnya terjaga..

Bila semua usaha nak masukkan tube failed, akhirnya doc ckp kena hantar ICU utk buat minor operation kat sana. Masukkan tube kat sana. And hopefully mak kuat utk 4 hours dialysis kat sana. Kakak aku je boleh tunggu, so ktorg suma balik dulu. Pagi2 aku nak gi sana tunggu tapi kakak aku ckp tak boleh, kena gi waktu melawat je kul 12-2. Lepas tu mmg tak boleh ada org tunggu. Sbb pagi2 nak buat dialysis. And doc pun dah call kakak aku explain segala kemungkinan..

Tadi kakak aku called, doc ckp mak boleh bertahan 1 jam je utk dialysis. Lepas tu jantung and BP terus drop sampai tahap membahayakan. Doc taknak amik risiko lagi, terus stop kan dialysis and consider jalan terakhir is failed. So doc akan pindahkan mak ke wad biasa balik, just bagi life support machine utk mak terus bertarung. MasyaAllah..tak dpt aku bayangkan penyeksaan yg mak aku tanggung..

Ramai org ckp, doakan semoga "urusan" mak di permudahkan..Ramai yg ckp, tak salah if kita sebagai anak doakan supaya mak "dikembalikan" dari terus terseksa mcm ni. Tapi according to doc, mak aku still berjuang for her life. Tidak kah kita menidakkan hak dia utk terus fighting? Tapi betul jugak bila org ckp kita tak tau betapa terseksa nya dia utk terus lawan segala penyakit tu. Kita bkn boleh tolong berjuang sama..Ada org terus stop kan life support machine and biar org yg sakit berjuang tanpa kesakitan dgn sendiri..Sbb machine tu buat dia lagi struggle kan.,.Tapi entahla. Lama2 aku sendiri confuse apa jalan yg sepatutnya kitaorg pilih..

Apapun, ajal maut di tangan Allah s.w.t. Hanya Dia yg tau bila sampai masa atau pun kita berjaya harungi dugaan yg ada. So far, aku and family still kuat semangat dan berharap semua nya akan di permudahkanNya. Tapi esok lusa aku tak tau aku masih kuat ke tak..

So kejap lagi aku akan balik ke HKL duduk di sisi mak, take turn mcm biasa. Mmg tak sampai hati tgk mak kejap2 jerit, kejap2 tarik2 kain, sbb dia berjuang melawan penyakit. Dua2 tangan dah kena ikat kat katil, mmg tak sanggup nak tgk..Tapi ini lah bahagian mak, dan aku terima seadanya..Semoga sakit mak akan semakin berkurangan..insyaAllah..

Cabaran Menjaga Org Sakit..

Bkn senang nak menjaga org sakit okay...Mak aku masuk balik hospital buat kali ke-12 dlm tahun ni. Hospital dah jadi rumah utama pulak sbb paling lama dia duduk rumah sendiri 2-3 minggu je. selebihnya mmg di hospital lah..apa nak buat..dah sakit kan..

Last Friday kakak aku call ckp jom bwk mak gi spital tgk dia dah lemah sangat. dah 2 hari taknak makan apa2 tak lalu dia ckp. and of coz la if dah tak makan pape BP akan drop terus jadi lemah. Kitaorg try angkat tapi tak berjaya sbb mak lemah sangat. So call la ambulans kan. Ni kali ke-empat call ambulans mintak bawakkan mak gi spital. Then diaorg interview mcm2 tanya "Mak awak kronik tak? "Mak awak sesak nafas tak? kalau tak..saya tak boleh amik sbb belum teruk lagi.."..haihhh..nak tunggu teruk baru nak dtg tolong ke. Aku suruh je kakak aku ckp mak sesak nafas. Bila diaorg dtg, amik BP tgk low giler kelam kabut bawak mak aku naik ambulans. Sempat ni marah2 ckp "Nape lambat sgt call ambulans?? dah teruk nih..".. ish, susah ler aku nak ckp. bila org call nak kena jerit2 gaya kelam kabut baru boleh nampak kronik ke?? sabarrr je lah.

Masuk je spital terus mak aku dah tak kenal org. tak leh ckp dah. takmo makan and minum langsung. BP sentiasa low. Jantung pun dah makin slow. Doc dah explain ckp terlampau byk complications. Tak boleh buat dialisis sbb BP low. Tapi if tak buat dialisis, kuman and toksik dlm badan tak boleh kuar. So body tak boleh response kat ubat lagi dah. Abis tu..mcm mana kan? Doc ckp kena masuk ICU, tapi takde katil kosong kat ICU. haihhh...terpaksa la mak aku kat ward biasa skrg nih. Kira kurang penjagaan rapi la. Klau kat ICU dia closely monitor kan..

So ktorg adalah bergilir2 di hospital. Lepas doc ckp so far takde apa yg dia boleh buat, selain dari terus berdoa supaya badan dia kuat lwn segala penyakit nih... Sapa tak sedih bila dgr doc ckp gitu. Siap doc suruh adik beradik dia yg jauh dtg melawat. Kalau ikut doc, badan dia tak boleh bertahan lagi. Tp itu ikut doc kan..hanya Allah yg tau apa yg terjadi. Yg penting, kitaorg anak2 akan sentiasa bagi yg terbaik. So aku jaga belah pagi, 8am-2pm, pastu kakak aku plak dari ptg sampai mlm. Aku hari2 kena amik half day AM skrg. Nasib boss memahami. Dia ckp pls give all you have to your mom..sebak plak dgr dia ckp gitu..

Org yg jaga ni kena lagi kuat. Sbb kalau kita sakit lagi susah. Badan aku rasa nak demam aku doa2 mintak postpone je lah. Boleh gitu?? ye la kang aku yg pening2 mcm mana nak jaga mak sakit plak kan. Mak plak skrg dah takleh ckp, tak kenal org, asyik jerit2 je. Sbb dia sakit, tapi takleh ckp. So kena la sentiasa urut2 dia, sabar2kan dia, pastu tahan dia dari tarik oxygen mask dia. Sampai tadi nurse terpaksa ikat tangan dia. Drip suma dia nak tarik. Kalau tgk mmg tak sampai hati, tapi terpaksa..

Aku tadi kat spital dok pikir2..Ini bahagian mak, kalau bahagian aku nnti mcm mana la kan. Nak ke anak2 aku jaga bila aku sakit? Harap2 la semua anak2 tau tanggungjawab masing2 kan. Ada je aku tgk makcik2 yg terbiar je takde pun anak2 dtg. Sedih je tgk. Ktorg ni pun dgn keje, dgn tanggungjawab kat family masing2, mmg cari masa je la nak dtg. Takleh la setiap masa di sisi mak. Kena la gilir2. Tapi stage skrg Doc tak kasi tinggalkan mak. Kang apa2 jadi menyesal tak sudah.

Aku adalah tahap redha dgn segala ketentuan. Sbb aku pun tak nak tgk mak derita menanggung sakit. Kalau boleh nak mak kuat lawan sakit dan sihat utk tgk cucu2 membesar dpn mata. Tapi kalau body mak yg dah tak mampu, aku redha. Yg penting aku dpt bagi apa yg termampu sebagai anak selagi aku ada masa nih..

So skrg mmg kena kumpul tenaga dan kudrat yg ada. Mmg aku tak boleh nak sembuhkan penyakit mak, tapi sedikit sebanyak aku boleh tolong apa yg patut. Mcm pagi tadi aku tgk mak susah nak nafas. Bila tanya doc, rupanya mak kena pakai oxygen tapi diaorg tak pakaikan coz mak tarik2. Bila check oxygen level dah tahap bahaya. Adoila..takkan patient takmo pakai terus tak payah pakai kan. Sbb tu aku rela ikat tangan mak asalkan mak dpt bantuan pernafasan yg secukupnya. Lepas dia pakai, terus dia mcm relax sket and boleh tido. Of coz la dia still try2 nak tarik2, dia bkn sedar dah apa dia buat. Kita sebagai org yg sedar kena la tentukan mana yg baik kan..

Sebelum aku gi off doc suruh sign mcm2 surat. Kebenaran masukkan darah, kebenaran buat dialysis dalam keadaan BP low sbb takut toksin makin byk. Semua benda dlm risiko yg tinggi so semua kena ada consent letter. Tak kisah la asalkan yg terbaik utk mak..Pening2 aku sampai off sbb tak makan lagi..Belek2 keje, utk ringankan kepala aku tgk la gambar pengarang jantung aku nih. Aku harap dia akan jadi anak yg baik..yg akan jaga org tua bila dia besar nanti..InsyaAllah..


 :: Arsyad pose gedik::

 :: Gaya nyanyi lagu Negaraku::

:: Mummy Arsyad teringin nak baby girl, so Arsyad jadi mangsa::

:: No comment: