Pages

Sep 21, 2010

Cite Raya Yang Dah Basi...

Hehehe..giler pemalas nak update. bkn ler malas...sbb nya kat office ni dah mengalahkan kena ribut taufan..dgn cuti raya nya..dgn bz benda lain nya..so aku adalah memandang sepi je blog nih..jgn kata nak update, nak bukak tgk2 pun tak sempat...apa lagi nak tekan button "New Post" tuh..hahaha

Eh, sebelum melalut..saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada yg mengenali kami sekeluarga..ish, confirm la org yg dok sini yg kenal kitaorg kan..sbb takde ramai org pun tau kewujudan blog nih..hanya family members, sahabat2 rapat sahaja..hihihi..

Preparation Raya kali ni amatlah kelam kabut. Sbb ktorg tgh bz benda lain time bln pose aritu. So preparation raya tolak ke tepi dulu. lagi seminggu nak Raya baru nak pikir. Tp tetap la Baju Melayu Father and Son dah tempah awal2. kalau lagi seminggu raya baru nak tempah mau makan kaki aku dgn tailor tuh..hahaha

Budget Raya mmg aku dah siap kan awal2. Aku jenis suka buat list apa benda aku nak beli supaya tak terlebih budget. alah, list je yg rajin update every week..tetapi tataappp lah over budget kan. Biasalah nafsu serakah mana boleh tahan2 even tho setan kena ikat time bln pose tuh. hahaha...takpe, asalkan semua benda dpt cover, saya happy..Yg paling happy rezeki thn ni dpt aku kongsi dgn family aku skali. Puas gak la sbb byk gak benda aku dpt share. Walaupun tak la mahal2 or beribu raban harga brg2 kan, janji family aku happy cukup. Mmg every year aku akan siapkan baju raya for the whole family. utk mak, 2 org kakak, seorang abg, dan 7 org anak buah..Yg menjadikan budget aku burst adalah sbb aku letak budget spt thn2 lepas utk baju raya anak-anak buah aku tu. padahal masing2 dah membesar dgn jayanya. Mana boleh pakai baju kat kids dept lagi. Masing2 size dah upgrade, of coz la price pun sama kan? hehehe..apa la punya makcik aku nih..

Dok ralit siapkan family pnya preparation raya, termasuk daddy dan buah hati pengarang jantung aku tu, part yg aku paling takut skali terjadik jgak this year..haihhh...tak tau nak ckp apa lagi. Every year mesti baju aku yg hancur, yg tak jadi, yg membuatkan aku kena cari baju ready made tapi punyalah seksa nak dptkan code color yg sama supaya aku sedondon dgn suami dan anak tercinta and if dpt pun color yg sipi2 sahaja dan baju adalah besar tetapi lengan senteng!!! (giler panjang ayat keluhan luahan perasaan takde langsung titik dgn koma, sila baca dgn satu nafas..hahahaha)

Utk membuat kan keluhan ni jadi lebih "drama", mari kita flashback balik baju2 raya aku yg "sedih" itu...
First Raya as husband and wife. Arsyad dlm perut, 4 bolan. Konon nak mix & match. Suruh tailor buat ala2 kerawang2 yg sangat meriah supaya color hijau lapisan bawah tu matching dgn Baju Melayu suami aku, tgk la apa jadi? cenonet je kerawang tu dia buat. ni mcm nak kasi matching dgn anak tudung je kannn...


Ni lagi makcik hangin..sbb nya kain yg aku beli utk buat baju raya tu mmg matching giler dgn mamat berdua nih. Dah la 1st time Raya bertiga kan. Baju Melayu diaorg sebelum puasa dah siap tau. Baju Kurung aku gak ptg sebelum Raya baru tailor tu suruh amik. Bila amik dah mcm pinjam baju Adibah Noor je gaya. Tau la aku lepas beranak gebu berisi sket kan, tp kot ye pun sampai 2 org boleh masuk dlm baju apehal? Sudahnya mlm raya tu kul 11.00 mlm gi gak Pekan Kajang cari baju raya. Dpt la sipi2 color oren nih.

Tak senonoh sket gambar Raya this year..sbb anak bujang saya dah pandai refused utk bergambar. dulu dia la paling getik kan? tp pagi raya dah buat muka tension kena posing2. sudahnya ni je gambar yg mummy nampak kurus sket elok sket utk share kat sini.  Yg sadis, color kain aku mmg sebijik sebijon dgn baju melayu diaorg. siap amik yg plain lg sbb nak nampak sedondon sgt. hantar kat tailor lagi sebulan nak puasa. hantar 6 pasang, bkn sbb nak beraya sakan, sbb senang hantar sekali. suruh dia buat 2 pasang je utk raya, lagi 4 pasang boleh di pakai utk gi keje or open house nanti2. Janji seminggu sblm Raya. ok la tu kan dateline dah cantik if nak kena alter sempat lagi. tp dia sms ckp tak sempat, amik ptg sblm raya. aku dah berdebar2. mcm ada yg tak kena tp aku fikir positive lagi. sehari sebelum raya tu mmg aku dah amik cuti sbb nak gi kubur arwah abah. elok aku tgh drive, dia sms mintak maaf sbb baju raya tak sempat siap. dia pun kelam kabut sbb bapak dia baru je meninggal dunia. aku rasa mcm haihhhh....kesabaran terunggul betul lah. nak marah pun, kesian gak dah bapak dia nak meninggal takkan dia suka suki jahit baju kan? tp bila dia pulang balik kain aku elok je dlm plastic Jakel balik aku rasa mcm nak nangis pun ada. Kalau aku raya kat UK, dah lama aku balut je badan aku dgn kain tu. Asalkan sedondon!!..hahaha...Sudahnya, cari baju ready made tapi sehelai pun tak masuk color. hati hancur berkeping2, tapi takpelah. yg penting Raya, bkn baju raya...(sob..sob..sob..)

Dah la cite pasal tragedi baju raya. Malas nak sedih2, next year aku akan pastikan baju raya aku siap sebelum Chinese New Year. hahaha..melampau. kira anggapla ni dugaan dan pengajaran kan. org dok kata nape hantar lambat, takde la lambat aku hantar. cuma tailor tu ada masalah nak siapkan. so redha je lah...

Skrg nak patah balik cite pasal sebelum raya..hahaha..biar kasi pening korang baca..Time ni hari cuti Nuzul Qur'an. ktorg gi Putrajaya nun konon nak tgk warehouse sale yg KDNK buat. Meriah gak tapi terlampau padat. ktorg sampai pagi, takde org sgt lg. tp peniaga lagi ramai dari org yg nak dtg shopping. hahaha..melampau kan. Gi sana berejam2, tapi bawak balik bantal dua bijik. Bantal raya..hahaha

:: Bdk ni mcm dia yg puasa kan? boleh je tido tak kira tmpt..::

Pastu nak cite gak pasal si Arsyad yg berjaya main bunga api buat pertama kali dlm hidup beliau. kekeke..mula2 ktorg gi Pasar Ramadhan, pastu ada la brader yg jual bunga api kan. Ktorg pun ckp2 la eh, bunga api la, nak beli ke tak eh? Then Daddy Arsyad ckp toksah la, dia bkn reti lagi..Pastu ktorg pun gerak la dari situ kan. Boleh si kenit ni tarik2 aku ckp "Mummy..api..api..". tangan tunjuk2 brader bunga api tuh. Aikk..mana dia tau bunga api bagai nih? Ni tak lain tak bukan pengaruh rakan sebaya kat sekolah la nih..kekeke

Ktorg pun belikan je la dia bunga api biasa2 tu. Haihh..bkn main seronok nak main ok. Nasib Daddy rajin melayan..Mummy pun kena amik sebatang dua main sama..hahaha

:: Budak teruja::


:: Masa ni panggil ke tarik ke tak layan dah..seronok la katakan..::


:: Tapi Daddy still kena control tangan dia. Takut dia cucuh bunga api kat Daddy plak. tu tgh tgk tgn mummy tunjuk skill main bunga api..hahaha::

Nanti2 sambung balik cite Raya. terlampau byk cerita ceriti sebenarnya. Ada yg best, yg sedih, yg pahit, yg masam, haihhh..seribu satu cerita Raya  kali nih..hehe..Tapi yg penting kami sangat happy..and Alhamdulillah, dpt berpuasa dan beraya dgn jaya thn ni. Semoga panjang umur kami utk berjumpa Ramadhan dan Syawal thn dpn plak..InsyaAllah..


4 comments:

dieya said... [Reply to comment]

wah "langsir" baru kaler merah! ingat i salah bukak blog tadi!

adusss menduga kesabaran sungguh kisah baju raya u. i dah 3 tahun guna tailor baru yg boleh dipercayai. dulu guna my mum's tailor tapi makin lama makin dia buat perangai - lambat siap, kain hilang, lupa buat.. diva eh tailor sekarang.

anyway baju cekelat belang2 tu sgt matching sekali ngan family u especially ngan samping laki u yg belang2 tu. sangat sesuwei! u can trust my judgment, i kan ratu matchy2 :-p

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Nadiah!!!..Selamat Hari Raya...i miss u so much!!..eh, mana kad raya i as usual i dpt every year??..nak gak dpt dgn free ticket skali. haha

Eh, it's not red lah. of coz la pink color even tho blog anak bujang kan..saja tukar "langsir"..slalu bosan dgn template, tak dpt lagi yg betul2 serasi..(ckp mcm blogger tegar je..hahaha)

tu la sedih kan tragedi baju raya i? next year confirm i nak tempah awal2. beli ready made skrg mmg byk cantik2 tp tau2 la kan size not-so-asian i nih susah nak dpt.. :-)

kerengga said... [Reply to comment]

Mulan, thanks sbb sudi buat "lawatan balas" ke my blog. Selamat Hari Raya kpd Mulan, Arsyad gebus & En. Nas.

Mulan stay di Kajang Perdana ya?I kat Bdr Teknologi Kajang

ZuNas77 said... [Reply to comment]

hi atie,

slalu je visit blog awak cuma tak tinggal jejak jer..hehehe..

a ah stay kat Kajang Perdana. Bdr Teknologi dekat la kan. meh la dtg rumah..hehe