Pages

Sep 23, 2010

Cerita Raya Lagik...

Aku nak khatamkan cite Raya ni sbb takmo bertangguh2 lagi. kang sampai Raya thn depan tak abis cerita. kekeke...Oleh kerana lupa nak charge camera masa Raya, and charger adalah tertinggal kat office, maka gambar pun sikit je la yg ada. And cita2 aku utk beli camera yg canggih utk bergaya time Raya terpaksa di bekukan buat sementara. Sbb belum ada masa nak gi survey and beli. Leceh la pakai camera skrg, dah la if org tak reti guna gambar blurr, pastu if gerak2 pun tak sharp, pastu mlm gambar kureng, pastu battery cepat abis, pastu..pastu..(byk la punya alasan kalau dah ngada nak tukar camera kan..haha)

Budak kecik ni susah nak bergambar this year. puas suruh buat muka comel tetapi muka kurang sopan gak dia bagi. Lantak la janji ada rupa dia dlm gambar tu. Tp bila bersiap pagi2 punya excited. lepas pakai sampin and songkok..dok ckp "eee..encem..encem.." anak sapa la perasan sgt tuh. haha..Bila Daddy balik dari solat Raya, dok lari gi kat Daddy nak tunjuk dia hensem, tp sekerat jalan terberhenti sbb lupa pakai songkok. Patah balik amik songkok, pakai. Pastu baru rasa lengkap  nak bergaya dpn Daddy dia..hahaha..

:: Ni mmg muka signature. Tp satu ni je dia kasi pose gini lepas tu jgn harap dah::

:: Sessi bermaaf2-an..Arsyad potong Q Mummy!!:


:: Bila turn Arsyad sampai Daddy still tak abis salam dgn Atuk. Ish, lama betul minta maaf..hahaha::

Masa turn aku plak bersalam2 takde org snap gambar. Lupa nak suruh Paman tolong. Sbb dlm umah tu aku je yg suka snappy2 nih. If ada Kak Selly boleh ler pass2 camera kan. Ish, lain kali aku nak pasang tripod terus. Setting terus kat lokasi bersalam2 nih. Pastu buat function utk snap setiap 2 saat. Baru la adil bila semua org dpt di-"captured". Dah gaya nak shooting drama jer..hahaha

:: Keluarga kecik kami..Harap2 akan berkembang lagi Raya thn depan. InsyaAllah..Jgn aku yg makin kembang dah la...

:: Aksi father and son je la sbb Daddy sikit pun takde offer nak amik gambar mummy..isk..isk..

:: Mencebik takmo amik gambar..Daddy maintain je mcm tu spt gambar di atas..hahaha::

:: Dengan Paman kesayangan..Manja gila owh..siap berebut2 dgn Echa..

:: Tgh merajuk apa ntah. Perangai skrg adalah terlampau kuat merajuk. tak padan dgn anak jantan..::

:: Bodek Atuk salam mintak maaf sbb nak duit raya..hahaha..siap ckp "aye..aye..(Selamat Hari Raya..) pendek sungguh short form dia..kekeke::

:: Membodek adalah bakat semulajadi saya...hahaha::

Lepas raya lebih kurang, ktorg pun gerak ke Ulu Langat, kampung MIL aku. Tapi ktorg gerak bertiga je sbb mak bapak mertua kena tgu org dtg rumah kat Cheras. Ramai nak dtg beraya sana this year. Kat Langat mcm sunyi je tak meriah mcm thn2 lepas. Maybe org dah start Raya kat rumah masing2 kot tak balik kampung dah. So raya satu rumah je kat Langat biasanya adalah dekat 6-7 rumah.

Bila perut dah kenyang, ktorg bergerak ke HKL. Sbb mlm raya mak aku warded balik. Bila kakak aku call ckp ambulans siap dtg amik mak coz mak sesak nafas, rasa tak sedap je hati aku nih. Nak aku berkejar gi HKL mlm tu dah kul 2am plak. Tp abg aku ckp tak payah kelam-kabut nak dtg, diaorg akan settlekan kat sana. If apa2 diaorg update je. So gedebak gedebuk kul 5am baru settled. Gilo lah. Kesian adik beradik aku. Nak buat mcm mana, aku jauh di negeri lain..(selangor kira negeri lain la kan..hehe)

:: Meriah kami kat ward. mak kena duduk betul2 dpn counter nurse sbb belum stabil::

:: Sedih kan tgk mak beraya di spital? anak cucu dtg pun kejap2 jer..::

:: Arsyad bila ada "Ayah" dia mgm takmo berenggang. Dia kan pembodek no satu. Panggil ni ayah, lagi sorang ayah nun di Bangi "Ayah Buke". Nasib Arsyad tau differenciate..hehe

Dah lepak spital sejam dua, ktorg pun gerak la. Ikut hati mcm kesian tinggal mak kat sana Raya2 ni tapi nak buat mcm mana, turn aku Raya belah suami, and if duduk spital pun mak kena rehat, so lupakan lah bab Raya kan.

Then ktorg ikut family abg aku beraya rumah family wife dia. Aku mmg close dgn diaorg sbb kecik2 aku duduk dgn Abg aku. So kenal la segala beras-beras Biras aku..hehehe
:: Dgn Kak Mimi yg suka melawa. gambar adalah blurr sbb sah2 bkn tgn aku yg snap..::

:: Adik beradik ipar duai dan anak2 mereka. Sian yg kiri tu tak masuk full. hahaha::

 Habis cite raya pertama. Badan adalah penat sbb kul 6pm baru sampai Kajang. Singgah umah tukar baju dulu sbb baju yg aku pakai tu sampai koyak kain dia coz Arsyad duduk atas riba punyalah melasak melompat2 bagai. Dia ingat aku pakai kain guni ke apa. Ready made pnya baju mmg la kain ala-2 kesian.

Raya kedua kami ke Kuala Selangor plak rumah abg sulung MIL. Arsyad seronok kat sana sbb ada kerusi fav dia. Nanti la if ada rezeki Mummy beli yer..or guna duit Raya Arsyad pun afdal gak...hahaha

:: Of coz muka adalah happy tak hengat..::


 :: Dia duduk je situ tak hirau org dah::

:: Siap tertonggeng-tonggeng..hehe::


:: Kejap turun, kejap panjat balik..Pastu turun balik..Pastu panjat balik..haihhh..::

:: Arsyad : Atuk, Arsyad nak bwk balik kerusi ni boleh??
Atuk : Boleh...boleh blah..hahaha:

Balik KL kami singgah mkn kat kedai. Bdk ni skrg kemaruk makan sendiri. tapi biasalah byk suap lantai dari mulut sendiri kan..Skrg dia tak suka makan nasi. Tapi suka mee,spagethi or all sorts of noodles. Saja nak menguji skill mummy utk masak makanan2 itu tau..hahaha

:: Makan mee guna tangan..ada class...::

Itu je la gambar yg ada utk Hari Raya kali nih. sadis tak? hahaha..Nasib Daddy Arsyad tak marah aku lupa charge camera. Alah, dia bkn gila amik gambar pun. Wife dia ni je yg lebey2. Raya ketiga ktorg gi Kedah. Beraya kat kampung FIL pulak dan aku pun mengambil kesempatan visit adik2 arwah abah. Gambar tumpang2 camera Kak Selly sajer..Tapi takpe, aku pun takde mood nak amik gambar. Penat ok dah lama tak beraya jauh2 nih. Tapi takpe, sbb raya kali ni meriah kami beramai2 ke utara nun..hehe

Sekian sahaja entry hari raya. Lepas ni if ada pun entry Open House or beraya rumah kawan2 and sedara mara. Still sangkut paut dgn Raya kan. Aku akan makan sebanyak mungkin lepas tu merasalah diet balik secara menggila. Tapi so far aku timbang, tak naik pun berat walaupun dah pulun mcm2. Mungkin weight scale tu saja nak mengaburi mata aku supaya makan lagi dan lagi. Bila abis raya aku naik je weight scale tu, aku terus rasa nak telan pil kurus lapan botol. hahahaha..sendiri makan byk, sendiri la mau ingat kan...

Dah la tu penat tol nak update. Dah la kejap2 gambar hilang, kejap2 hang. Nasib aku masih ada tahap kesabaran yg tinggi. Klau tak..Raya Haji nanti la aku update balik..hehehe


2 comments:

mama_umar_maryam said... [Reply to comment]

cakkkk,hai budak kajang,bile mau dtg umh aunty nih?hehehe.zu,jmpe ur blog thru syerah's ;)

ZuNas77 said... [Reply to comment]

hahaha..malunya Mama Umar n Maryam dah baca blog Arsyad..kekeke..

Hi Zety..tu ler duduk punyalah dekat tapi tak pernah jmpa kan. ok lah nanti kita set time la singgah rumah awak yer. teringin juger nak jmpa si umar yg hensem and Maryam yg cute tuh...