Pages

Sep 29, 2010

Mari Kita Kejar Target..

Haihh..penat betul nak set target nih..dulu senang sbb dah tau nak turun 20kg. skrg ni nak set in terms of kg susah gak sbb makin sikit "kg's", makin susah. dah la aku dah set dlm kepala ni aku nak buat kerja hardcore ni dalam masa 2 bln jer. By 31st Dec 2010, harap2 aku dpt achieve target yg aku letak kat sebelah kanan nih..kekeke

Ramai org tanya nape obses nak kurus sgt? nape tak bersyukur dgn badan yg ada skrg? nape nak seksa diri etc..Well..aku takleh nak jwb and puaskan hati semua yg bertanya tu kan. Cukuplah if aku puaskan hati aku dan bagi mata suami aku sedap memandang aku. Bkn ckp skrg tak sedap memandang (berani la dia ckp gitu..), tapi coz aku tau dia suka aku kurus, kurus mcm dulu. So apa salahnya buat utk diri sendiri and suami tersayang kan..cewaahhh..ayat tak boleh blah..hahaha

Lagipun ini kan utk kebaikan kesihatan gak. Bkn la nak ckp org besar tu byk penyakit, and org kurus tu takde penyakit. Penyakit tetap dtg tak kira size badan. Tapi potensi nak dpt penyakit kalau kita oversized ni adalah tinggi kan. So secara tak langsung, aku buat utk kesihatan gak. Harap2 sangat kali ni betul2 berkekalan..Tak larat asyik nak try, rehat..try balik..rehat balik..sampai tak dpt2 figure yg aku idam2kan..

So kat side bar tu saja aku share current weight, target weight segala. Selepas aku berhempas pulas berjuang selama sejam kat gym tadi. hahaha..Giler kentang nak start balik lepas lebih 2 bln tak pernah jejak kaki kat gym. Ketar2 kepala lutut aku nih. Then bfore aku start workout, aku gi la timbang kan. Sabarr je la naik lagi sekilo. See...mmg membakar hati betul lah. So secara rasminya, Daddy Arsyad hanya sekilo lagi berat dari mummy Arsyad nih. Aku ibaratkan la mcm gula sepaket tu kan. sekecik itu gak la perbezaan berat aku ngan dia. Serious tak boleh jadik..Tp aku happy sket sbb Visceral Fat dah turun. Ini fat yg berselirat dlm organ2 dalam kita yer. Sangat2 bahaya kalau tinggi sgt senang dpt sakit jantung or stroke or apa2 penyakit berbahaya. It should not more than 10% aku rasa. Dulu aku 7%. Gila tinggi. Berkat makan meggi goreng+ayam goreng+telur goreng hari2. Skrg dah cut sket benda2 bergoreng, dah turun ke 3%. Instructor kat bawah tu pun terkejut..hehe..Aku still mkn benda bergoreng, cuma tak seteruk dulu laa..

Okay, cite byk plak kan. So kepada sesiapa yg berminat nak bersama2 dengan aku menjayakan misi ini, marilah kita yer. Hopefully aku dpt reach target tu in 2 months. Sbb saya nak sgt jadi sekurus budak comel kat bawah ni. Skrg suka sgt tgk dia. Sbb dia sangat2 cantik, hot dan simple!!..If aku pakai skinny jeans lepas dpt size mcm dia baru la tak nampak hazab sangat kannn..hahaha

::Haihh..cantik sgt kannn???::

Semoga impian aku nak jadi kakak si Blake Lively ni akan tercapai..hahaha..

Sep 28, 2010

Masalah yg Tak Habis-Habis

Apalagi masalah yg tak pernah-pernah selesai kalau dgn aku ni kan..Sapa bosan sila jgn continue baca entry ini. Sbb iyer, entry ini amatlah bosan nak2 kalau membebel lagi byk dari take actions..hehehe

Biasalah cite berat badan tak abis2. Aku tak kisah sgt dan agak alpa bila sikit2 makin mengembang. Dalam hati ckp alah, sikit je. Dulu 20kg boleh turun, takkan sekilo dua susah sgt kan. Tapi bila lama2 sikit2 aku kumpul, of coz la lemak pun reti jadi byk kan. Mula2 aku perasan sikit2 je bila baju2 lama yg dulu boleh sarung dgn selesa dah makin ketat. Aku sedapkan hati ckp ye la sbb start makan nasi balik kan..Tp bila timbang angka makin lama makin bertambah, haihh..melampau la kalau tak sedar2 kan..

Yg membuat aku lagi lalai tu, sbb berat bln pose and Raya adalah sama. Mana tak sama sbb dia awal2 dah naik masa bln puasa tu. Yela sahur and berbuka makan nasi. Lepas sahur 15 min pun nak bantai tido, nak salahkan nasi juga kahhh?? atau salahkan nafsu makan yg tak mengenal erti kasihan kepada badan sendiri dan nafsu tido yg membuak2 dlm bulan puasa??..haihh..org puasa turun, aku puasa naik 3kg..

Dari hari tu kecoh nak start gym balik bagai kan. Tp malas gila lahhh nak start. Betul la org ckp once stop, nak dpt balik momentum tu sangat lah susahh..Aku pun rilek2 la lagi. Gi open house makan mcm biasa lagi..Sampai la satu mlm tu Daddy Arsyad tanya berat aku berapa..Sbb dia baru lepas timbang berat...Skali terkejut beruk aku sbb dia hanya 2kg lagi berat dari aku. 2 kg je ok!!..mcm mana aku nak suruh dia dukung aku kalau aku sakit kaki ke, pengsan ke? (terang2 la dia takkan dukung kan, confirm dia relax je call ambulans or panggil org2 kampung suruh angkat sama..hahaha)

Dia mcm tergelak2 bila tau aku 2kg je ringan dari dia. And be mindful yg weight pompuan and laki tak sama tau. Lelaki mmg kepadatan dia lain so diaorg akan lagi berat dari pompuan even tho same height. So aku tak boleh berbangga aku 2kg lagi ringan sbb aku patut nangis coz masa ktorg kenal dulu dia 15kg lagi berat dari aku..Ni skrg aku nak challenge berat dia ke dia yg nak kejar jadi sama berat dgn aku??? uwaaa...

Mari kita flashback balik size kami suami isteri..Part flashback aku suka sbb body tgh kurus..asyik la nak flashback..hahaha..


:: Masa ni baru seminggu kawin...Awwww...hahaha..Gi dinner company aku..::


 :: Ala-ala romantic for wedding pic. Tgk tangan dia yg besar di pinggang aku. Skrg ni kalau letak kat bahu aku pun tangan dia nampak lagi kecik. *Nangis!!..::


:: Time kat Bandung. Aku still nampak kurus dari dia even tho ada si kenit dlm perut. See...mmg sejak azali Daddy lagi besar dari Mummy tau Arsyad..(Abaikan muka aku yg tak tahan panahan matahari itu..hehehe)::

Aku pun dgn rasa tak puas hati nya, kena la tanamkan azam yg betul2 kali ni. Jgn asyik ckp je tapi tiap2 pagi asyiklah terlewat bgn nak gi gym, everyday lunch time asyik la gi food court and bkn jalan ke gym, tiap2 ptg asyik la nak balik cepat sbb penat and bkn jogging di park. Dah terlampau byk alasan aku bagi, dah terlampau byk masa aku amik..skrg time tu ACT..ACT..ACT..huwaaa...tolong la kentalkan semangat aku kali nih..

So as a start, aku dah stop nasi balik. Last aku makan nasi is Ahad lepas masa open house umah Lin.  (Serious sedap Lin all the food kat umah awak..terasa2 lagi kat tekak nih..hehehe). Aku mkn nasi dagang dgn gembiranya..Sbb mmg dah set nak stop nasi on Monday. So masa tu giler pulun tak hengat. So far sampai skrg, dah lebih 48 jam aku tak sentuh nasi. (nak gak ckp 48 jam konon nampak lama, ckp 2 hari kan senang..kekeke).

Patut hari ni dah start nak gi gym balik. Tp overslept. So esok nak betul2 start. Pagi2 buat simple cardio, 3 times a week join class time lunch hour. Ptg takmo buat apa2 sbb nak balik awal kesian si Abdullah Arsyad. If ada pun, just nak joggging manja-manja kat park je once a week kot. Hopefully dgn diet and simple workout, dpt la aku turun sikit2 kali nih..

Utk lagi menguatkan semangat aku, skrg aku layan The Biggest Loser Asia 2. Mmg big fan of this show pun cuma kali ni lagi kena la timing coz aku pun The Biggest Loser Kajang kan..hahahaha..Tapi jgn la layan tgk cite ni dpn tv sambil kunyah tart nenas satu balang. Itu ko nangis berkoyan2 pun takkan kurus sampai tua..hahaha..Meh la kita tgk gambar transformation contestants Biggest Loser ni kasi pembakar semangat sket...(pembakar semangat lagii..bakar sendiri takleh ke?? hahaha..)


 :: Ni champion season bila ntah..tp 1st ladies champ..bravo..::


 :: Sila nangis tgk muscle dia..::



:: This is the best aku rasa..sbb she was desperately nak looks fabulous on her weddind dress..so tgk la sendiri betapa gorgeous nya dia after transformation::

Makanya..aku dah takde alasan lagi nak tangguh2 misi tertunggak aku nih. Arsyad pun dah setahun tujuh bln tapi aku tetap begini. Nak tgu sampai dia dah pandai ckp "Mummy ni lagi gemok dari Daddy kan??..." baru aku nak sedar?? masa tu aku dah pengsan terus kot..hahaha

InsyaAllah aku akan update perkembangan aku kat sini utk dijadikan pembakar semangat kwn2 juger..hehehe..Esok aku akan amik latest berat and segala details mcm BMI, body fat segala utk tempek kat sini. Kita tgk if usaha aku ni ada hasil ke tak..kekeke..

Sep 27, 2010

"Gadget" yg di haramkan dalam rumah Arsyad..

Ngeh..Ngeh..arini aku nak membebel pasal barang-barang baby yg aku "kureng" suka nak pakai or nak bagi anak aku pakai. Firstly, sorry if entry ni buat org terasa or sakit hati ke apa. sbb ikhlas aku ckp, apa je utk anak2 kita, adalah hak masing2 kan. tak bermakna aku tak suka sesetengah brg tu, terus barang tu jadi tak elok utk budak2 or apa pun. Itu hanya personal choice aku and apa yg aku tulis ini adalah personal opinion aku. Terpulang kepada hak individu lain if diaorg rasa nak guna, guna lah kan..aku just nak share apa sbb aku tak guna and tak berapa suka nak guna..haihh..panjang betul mukadimah..hahaha

Sejak aku belum ada anak, aku dah ada experience jaga anak2 buah aku dah. Di sbbkan kakak aku terlebih productive, sekali aku jaga bdk adalah 2-3 org tau. dah gaya babysitter berjaya dah. so sedikit sebanyak, aku tau la cara2 jaga baby nih. walaupun bkn anak sendiri, sbb aku lebih byk menjerit dan marah daripada membelai dan manjakan diaorg, hahahaha..tp of coz la mesti aku belajar something dari pengalaman tu kan. Mcm si Fifi anak abg aku, mmg aku jaga start dari lepas pantang sampai umur dia 3thn. Siap bwk masuk tido lagi sbb kadang2 mak dia keje mlm. Dari form 3 aku dah bgn mlm buat susu baby tau. kalau tak belajar2 lagi tak tau lah kan..hahaha..Note tu Fiffy, sila ingat yer sapa yg berjaga mlm jaga ko dulu. So jgn nak menderhaka sgt kat Mak Yu nih..hahaha..

Benda pertama yg aku anti sgt2 adalah pacifier atau bahasa kita ni "puting". Puas aku cari sbb musabab apa pentingnya bagi pacifier ni kat budak tapi tak jmpa concrete answer lagik. Ada kwn2 aku ckp senang if bdk2 nangis, nak kasi dia diam kan. Tapi kalau spesis anak aku, if dia nak nangis, sumbat la apa pun dia tatapp la nangis gak kan. And bagi aku, if org yg tak jaga hygene sgt nih, kebarangkalian nak terbagi pacifier yg dah terkena kotor adalah tinggi kan. Cth terjatuh2, pastu anak nangis, sumbat je kat mulut anak kan. Tapi ada aku jmpa parents yg gi basuh dulu pacifier tu sebelum sumbat. So ikut kadar toleransi mak bapak masing2 la yer. Some baby aku tgk comel je pakai pacifier nih. Some aku tgk menyampah sbb dah besar gabak still nak isap puting. Paling buruk aku pernah jmpa budak umur 6thn. Enam Tahun ok!!..pls la..dah tak comel dah syg oiii...
:: Buat sapa yg tak tau..(ada yg tak tau ke??), rupa dia gini lah yer::

So time Arsyad dulu. Mmg tadah je la telinga dgr dia nangis tp nama nak sumbat apa2 mmg aku tak buat. Lama2 dia ok ler. Sbb aku tau dia nangis nak attention kan, so kasi la attention selagi boleh. Ada org ckp pacifier ni buat gigi anak jongang la, apa la. aku no comment la. sbb if nak jongang, tak pakai pacifier pun leh jadi jongang kan. hehehe..Tapi sbb aku tak jumpa alasan yg concrete mengenai kebaikan dia dan apa yg boleh menyenangkan aku utk jaga anak, so aku takmo la guna..


 :: Ni stock stylo punya..Aku pernah baca JLo punya anak pakai style gini la. Ada diamond2, harga dia 1.2 juta. Gilo::

:: Antara celeb yg suka bagi anak pacifier. Sampai dia pun gian nak isap sama..kekeke::

And kalau namanya Mummy Arsyad, if nak pun bagi Arsyad pakai pacifier, takkan cari yg comel2 punya. Mesti lah nak "kerja" kan anak nya nak bagi nampak lagi comel di mata dia..hahaha..Imagine if Arsyad pakai one of those yg kat bawah nih..confirm aku gelak 2 tahun..hahaha

 :: Ini mcm sesuai kan??..nak2 kalau muka dia kecik tp pacifier terover besar..hahaha::

:: Yg ni confirm aku beli utk Arsyad kalau dia nak kena pakai sgt kan..hahaha::

Benda kedua yg aku agak kureng gak adalah buaian..hehehe..Aku tau ramai antara kwn2 aku yg guna buaian utk anak2 diaorg. Anak2 buah aku pun dulu ramai yg pakai buaian. Especially yg batch awal2, tapi start je dari Fiffy yg aku jaga tu, aku dah tak guna buaian. (suka2 je padahal aku mak sedara, tp sbb aku yg jaga, sila ikut rules aku..hehehe). 

Selalu org ckp if bdk2 tido dlm buaian ni, dia tido lama..Then senang letak je dlm tu cepat je dia tido..Pastu tido nyenyak..Pada aku, duration bdk2 ni tido ikut la peel masing2. Mcm Arsyad masa baby paling lama 2 jam sbb dia cepat lapar. Setiap 2 jam nak susu. So if aku letak dlm buaian emas pun belum tentu dia tido lebih dari 2 jam. hahaha..Pastu nyenyak? tgk gak la..if mood dia hari tu ok, nyenyak la kot. if tak ok, dia nak bahu aku je utk tido..lain dari tu jgn harap. Antara aku perlu korbankan bahu aku, ataupun aku kena tahan telinga dia jerit sbb tak puas hati..kekeke..

Pastu bagi aku byk leceh pakai buaian. Sbb kat nursery tak boleh ada buaian. Tak silap aku cikgu2 Arsyad ckp if nak dptkan sijil daycare tak boleh ada buaian. Coz bahaya kan takut bdk2 lain tarik2 or main2 dlm tu. So if kat rumah ada buaian, tapi kat nursery tak boleh, apakah??..Some baby ok jer kat rumah je dia berjimba dalam buaian tmpt lain dia reti behave. Tapi reti kah anak aku itu??? Oleh kerana aku lebih tau peel anak aku tu, baik aku set awal2 tak payah letak dlm buaian at very first stage. Senang utk aku, dan utk dia. hehehe..Nasib gak aku set gitu. Coz elok je 2 months lepas kuar, dia warded sbb phlegm. Kalau dah best tido dlm buaian, adakah aku boleh survive dlm spital dgn dia seminggu?? Mau aku kena tempeleng dgn nurse sbb requset buaian dlm ward kang..hahaha..So, aku lagi rela tido kan dia kat bahu ke, atas peha ke, tepuk2 sejam ke, tak kisah la. Janji tak payah usung2 buaian ke mana2 je kitaorg pergi..Coz bahu mummy confirm2 sentiasa ada tak tertanggal2..hahaha


:: Buaian skrg byk style kan..tp ni je aku jumpa dari pakcik google::

Bagi aku, terpulang la kepada hak masing2 as parents nak guna apa utk anak2 diaorg. Some benda yg mmg betul2 boleh bantu kita dlm menjaga anak kan. Tapi ikut gak kesesuaian masing2 laa...Nak2 anak 1st ni, byk try and error..Sbb kita pun belum biasa mcm mana nak cari brg yg betul2 sesuai dgn anak kita, still at learning stage la org kata kan..And baby pun belum biasa nak sesuaikan diri dgn persekitaran yg kita bagi kat dia. Apapun, aku rasa the best is kita yg set kan environment yg kita nak. Baby insyaAllah lama2 akan sesuai dgn apa yg kita set kan utk dia. Tapi stilll..tgk la benda kan. Kes Arsyad, byk giler benda dia reject. Walaupun benda2 tu sangat2 penting utk dia. So aku rasa utk 1st child ni, aku byk belajar. InsyaAllah if ada rezeki, utk anak2 yg lain nanti, baru la boleh aku tau cara2 yg betul utk set kan apa yg terbaik utk dia and bagi dia accept apa yg aku dah set kan. Banyak dia punya cantik nak ikut peel dia je..Bababb kang..hehehe

Eh, sorry la eh if entry ni ada menyinggung mana2 pihak. Seriously tak berniat apa2. Just nak share sikit2 experience yg aku ada especially buat kawan2 yg belum ada baby or on the way nak jadi mummy..Apapun, tepuk dada tanya selera..ikut korang la nak jaga anak mcm mana pun..dah anak korang..lantak ler kannn..hehehe


Sep 23, 2010

Cerita Raya Lagik...

Aku nak khatamkan cite Raya ni sbb takmo bertangguh2 lagi. kang sampai Raya thn depan tak abis cerita. kekeke...Oleh kerana lupa nak charge camera masa Raya, and charger adalah tertinggal kat office, maka gambar pun sikit je la yg ada. And cita2 aku utk beli camera yg canggih utk bergaya time Raya terpaksa di bekukan buat sementara. Sbb belum ada masa nak gi survey and beli. Leceh la pakai camera skrg, dah la if org tak reti guna gambar blurr, pastu if gerak2 pun tak sharp, pastu mlm gambar kureng, pastu battery cepat abis, pastu..pastu..(byk la punya alasan kalau dah ngada nak tukar camera kan..haha)

Budak kecik ni susah nak bergambar this year. puas suruh buat muka comel tetapi muka kurang sopan gak dia bagi. Lantak la janji ada rupa dia dlm gambar tu. Tp bila bersiap pagi2 punya excited. lepas pakai sampin and songkok..dok ckp "eee..encem..encem.." anak sapa la perasan sgt tuh. haha..Bila Daddy balik dari solat Raya, dok lari gi kat Daddy nak tunjuk dia hensem, tp sekerat jalan terberhenti sbb lupa pakai songkok. Patah balik amik songkok, pakai. Pastu baru rasa lengkap  nak bergaya dpn Daddy dia..hahaha..

:: Ni mmg muka signature. Tp satu ni je dia kasi pose gini lepas tu jgn harap dah::

:: Sessi bermaaf2-an..Arsyad potong Q Mummy!!:


:: Bila turn Arsyad sampai Daddy still tak abis salam dgn Atuk. Ish, lama betul minta maaf..hahaha::

Masa turn aku plak bersalam2 takde org snap gambar. Lupa nak suruh Paman tolong. Sbb dlm umah tu aku je yg suka snappy2 nih. If ada Kak Selly boleh ler pass2 camera kan. Ish, lain kali aku nak pasang tripod terus. Setting terus kat lokasi bersalam2 nih. Pastu buat function utk snap setiap 2 saat. Baru la adil bila semua org dpt di-"captured". Dah gaya nak shooting drama jer..hahaha

:: Keluarga kecik kami..Harap2 akan berkembang lagi Raya thn depan. InsyaAllah..Jgn aku yg makin kembang dah la...

:: Aksi father and son je la sbb Daddy sikit pun takde offer nak amik gambar mummy..isk..isk..

:: Mencebik takmo amik gambar..Daddy maintain je mcm tu spt gambar di atas..hahaha::

:: Dengan Paman kesayangan..Manja gila owh..siap berebut2 dgn Echa..

:: Tgh merajuk apa ntah. Perangai skrg adalah terlampau kuat merajuk. tak padan dgn anak jantan..::

:: Bodek Atuk salam mintak maaf sbb nak duit raya..hahaha..siap ckp "aye..aye..(Selamat Hari Raya..) pendek sungguh short form dia..kekeke::

:: Membodek adalah bakat semulajadi saya...hahaha::

Lepas raya lebih kurang, ktorg pun gerak ke Ulu Langat, kampung MIL aku. Tapi ktorg gerak bertiga je sbb mak bapak mertua kena tgu org dtg rumah kat Cheras. Ramai nak dtg beraya sana this year. Kat Langat mcm sunyi je tak meriah mcm thn2 lepas. Maybe org dah start Raya kat rumah masing2 kot tak balik kampung dah. So raya satu rumah je kat Langat biasanya adalah dekat 6-7 rumah.

Bila perut dah kenyang, ktorg bergerak ke HKL. Sbb mlm raya mak aku warded balik. Bila kakak aku call ckp ambulans siap dtg amik mak coz mak sesak nafas, rasa tak sedap je hati aku nih. Nak aku berkejar gi HKL mlm tu dah kul 2am plak. Tp abg aku ckp tak payah kelam-kabut nak dtg, diaorg akan settlekan kat sana. If apa2 diaorg update je. So gedebak gedebuk kul 5am baru settled. Gilo lah. Kesian adik beradik aku. Nak buat mcm mana, aku jauh di negeri lain..(selangor kira negeri lain la kan..hehe)

:: Meriah kami kat ward. mak kena duduk betul2 dpn counter nurse sbb belum stabil::

:: Sedih kan tgk mak beraya di spital? anak cucu dtg pun kejap2 jer..::

:: Arsyad bila ada "Ayah" dia mgm takmo berenggang. Dia kan pembodek no satu. Panggil ni ayah, lagi sorang ayah nun di Bangi "Ayah Buke". Nasib Arsyad tau differenciate..hehe

Dah lepak spital sejam dua, ktorg pun gerak la. Ikut hati mcm kesian tinggal mak kat sana Raya2 ni tapi nak buat mcm mana, turn aku Raya belah suami, and if duduk spital pun mak kena rehat, so lupakan lah bab Raya kan.

Then ktorg ikut family abg aku beraya rumah family wife dia. Aku mmg close dgn diaorg sbb kecik2 aku duduk dgn Abg aku. So kenal la segala beras-beras Biras aku..hehehe
:: Dgn Kak Mimi yg suka melawa. gambar adalah blurr sbb sah2 bkn tgn aku yg snap..::

:: Adik beradik ipar duai dan anak2 mereka. Sian yg kiri tu tak masuk full. hahaha::

 Habis cite raya pertama. Badan adalah penat sbb kul 6pm baru sampai Kajang. Singgah umah tukar baju dulu sbb baju yg aku pakai tu sampai koyak kain dia coz Arsyad duduk atas riba punyalah melasak melompat2 bagai. Dia ingat aku pakai kain guni ke apa. Ready made pnya baju mmg la kain ala-2 kesian.

Raya kedua kami ke Kuala Selangor plak rumah abg sulung MIL. Arsyad seronok kat sana sbb ada kerusi fav dia. Nanti la if ada rezeki Mummy beli yer..or guna duit Raya Arsyad pun afdal gak...hahaha

:: Of coz muka adalah happy tak hengat..::


 :: Dia duduk je situ tak hirau org dah::

:: Siap tertonggeng-tonggeng..hehe::


:: Kejap turun, kejap panjat balik..Pastu turun balik..Pastu panjat balik..haihhh..::

:: Arsyad : Atuk, Arsyad nak bwk balik kerusi ni boleh??
Atuk : Boleh...boleh blah..hahaha:

Balik KL kami singgah mkn kat kedai. Bdk ni skrg kemaruk makan sendiri. tapi biasalah byk suap lantai dari mulut sendiri kan..Skrg dia tak suka makan nasi. Tapi suka mee,spagethi or all sorts of noodles. Saja nak menguji skill mummy utk masak makanan2 itu tau..hahaha

:: Makan mee guna tangan..ada class...::

Itu je la gambar yg ada utk Hari Raya kali nih. sadis tak? hahaha..Nasib Daddy Arsyad tak marah aku lupa charge camera. Alah, dia bkn gila amik gambar pun. Wife dia ni je yg lebey2. Raya ketiga ktorg gi Kedah. Beraya kat kampung FIL pulak dan aku pun mengambil kesempatan visit adik2 arwah abah. Gambar tumpang2 camera Kak Selly sajer..Tapi takpe, aku pun takde mood nak amik gambar. Penat ok dah lama tak beraya jauh2 nih. Tapi takpe, sbb raya kali ni meriah kami beramai2 ke utara nun..hehe

Sekian sahaja entry hari raya. Lepas ni if ada pun entry Open House or beraya rumah kawan2 and sedara mara. Still sangkut paut dgn Raya kan. Aku akan makan sebanyak mungkin lepas tu merasalah diet balik secara menggila. Tapi so far aku timbang, tak naik pun berat walaupun dah pulun mcm2. Mungkin weight scale tu saja nak mengaburi mata aku supaya makan lagi dan lagi. Bila abis raya aku naik je weight scale tu, aku terus rasa nak telan pil kurus lapan botol. hahahaha..sendiri makan byk, sendiri la mau ingat kan...

Dah la tu penat tol nak update. Dah la kejap2 gambar hilang, kejap2 hang. Nasib aku masih ada tahap kesabaran yg tinggi. Klau tak..Raya Haji nanti la aku update balik..hehehe