Pages

May 25, 2014

Sila Usaha Dengan Lebih Keras....

Took this pic on 1st Jan 2014...



:: Berat masa ni 87kg rasanya::
 
 
 
 
Ni Plak gambar last 2 weeks...

:: Berat 73kg...::
 
 
Masih jauhhhhh perjalanan.....nak reach 60kg...jauhh..jauhhh...nak kurus balik mcm ni...
 
Boleh tak???????? Boleh..mesti boleh!!










 

Masih Hidupppp...

Salam 1Malaysia!!
 
 
Hahaha..pagi2 nak poyo kan..dah la lama gila tak update blog. Haihh..entahlah..mood aku nak menulis ni mmg turun naik. Kejap kang rasa bersemangat gila nak update..kang kejap rasa mcm malassssss sekali...Skrg ni keje makin banyak kat office. Masih semangat nak berkhidmat untuk negara sebelum mengundurkan diri tahun depan.....hihihi
 
 
Aku blog walking pun dah jarang. Masuk je office buat keje tau2 dah lunch time. Slalu aku turun gym waktu lunch. Join class bodystep or main squash. Pastu lepas lunch belek kerja lagi. Tau2 dah ptg nak balik. Nak berfoya2 waktu keje skrg takleh sgt dah..
 
 
Rindu gila nak update pasal misi menguruskan badan tuh. Walaupun tersangatlah behind the schedule, tapi aku tetap meneruskan misi. Susah la kalau kita ni insan biasa punyai nafsu serakah yg berapi-api. Hahaha...Susah nak control makan. Bab exercise no hal aku rajin sket sbb aku mmg suka bersukan and exercise. Bab jaga makan tu lemah sket. Lepas turun 18kg aritu aku start balik sentuh nasi and minum air manis. Terus berat statik je tak turun2 dah. Mencik!!!
 
 
So skrg kena la strict balik. Currently aku dah turun almost 26kg!. DUA PULUH ENAM KILO. Dalam masa 6bln. (Aku amik berat masa last aku timbang nak beranak tu..doc suruh amik berat tu sbb ketumpatan air dan lemak lepas baby keluar tak boleh di kira dgn baik)..
 
 
Now aku lancarkan misi for 2nd phase. Need to turun another 13kg and i'm done. DONE!. Semua orang gelak2 ckp eleh ko tu kang dah kurus sket mula la nak pregnant balik. Nehi..nehi..nehi ok. Aku tak di benarkan pregnant for at least 2years. Atas sebab2 kesihatan. Tak la crucial sgt masalah aku. Tapi masalah gak la. Itu nanti la aku cite next entry.
 
 
Bila next entry tu??? Doa2 la semoga aku tak lemah semangat menulis ok..muahahaha
 
Babai!!


Mar 19, 2014

Berhabukkkkkk....

Ini lah susahnya jadi blogger suam-suam kuku nih. Update sebulan sekali pun syukur rahmat..Hahaha..Aku mmg kagum la tgk blogger2 terhebat di alam maya ni. Hari2 update. Ada yg sehari 3-4 entries. Memang kagummmm...
 
 
Byk sgt benda nak cite. Tapi masa mmg takder. Lagipun aku skrg ada satu penyakit. Rabun. Rabun and silau bila tgk pc lama2. Tgk tv lama2 pun tak boleh. Hp pun kalau tgk lama2 jadi pening. Dapat penyakit ni right after delivered Aqil. Doc ckp memang begitu. Adohaiii..hilang satu nikmat hidup. Nikmat nak tgk tv lama2. (mcm la ada masa nak mengadap tv..haha). Patut kena pakai spec. Tapi takmo sbb nanti takut nampak mcm maqcik maqcik sgt. Hahaha..
 
 
Aku seperti biasa makin bersemangat. Still on track in my losing weight journey. Sedikit behind the schedule but aku tak pedulik. Takkan aku putus asa just sbb number atas weight scale tak sama dgn number yg aku target. Its ok. Sebab aku lebih appreciate benda2 positive yang jadi selain berat badan. Alhamdulillah, kesihatan makin baik. Makin cergas. Tak rasa mudah penat. Energy yg di perlukan utk berlari2 sehari2 tu mencukupi. Walaupun most of the time aku dapat tido 3-4 jam je, tapi aku tetap rasa energetic. Eyebag aku jgn ckp la. Panda tgk pun jeles tahu. Takpe, itu kita boleh cover pakai bedak. Hihihi..
 
Nanti aku share dgn korang result lepas aku buat detailed measurement. Aku sebulan skali akan timbang guna gym punya machine. Nak tau progress my BMI, Body weight %, Body Fat %, Viscerat Fat %, Muscle fat Analysis etc. Ini adalah penting tau. Jgn ingat nak kurus cantik dapat pakai kebaya di hari raya sahaja. Yang penting adalah SIHAT. Kita perlu tau condition badan kita luar dan dalam yer. TAPI, ini semua USAHA sahaja. Kalau Allah nak kasi kita sakit walaupun dah jaga makan and jaga badan, anggap je KIFARAH yer.
 
 
Iyer, nanti aku share. Nanti tu tak lama. Tunggu la sat aku bernafas. Kawan2 yg menanti tu jgn la kasi ugutan2 manja. Takut ai tau. Haha..Aku tau korang tak sabar nak tau result, tips, cara aku nak turun berat segala ni. Tapi again, TIAP TIAP TAHUN aku share tau. Aku bkn kedekut ilmu punya orang. Tapi bkn qualified juga dalam benda ni. Aku share apa yg aku tau and aku buat jer. Tapi korang pelis la buat samaaaa..Jangan la asyik baca sahajaaaaaa....Dok baca je journey orang2 nak kurus takkan jadi kan ko automatically kurus kakak2 kesayangan oiiii....haa...babab kang...
 
Dah. Nak balik. Boleh update blog selepas waktu bekerja sahaja. Dah ada org office baca blog ai nih. Nampak skek kat traffic nih. Hahaha..Kang di cop aku tak buat keje plak. Padahal ada je blogger jutawan dalam office nih yg leh update blog lapan ploh kali sehari. Oppsss..Hahaha..
 
 
Ok, till next entry la eh..
 
Terima la teaser gambar Majlis Cukur Jambul Abdullah Aqil ni...cerita ceriti nya nanti la yer. Harap2 sebelum Aqil umur setahun...miahahaha
 


 
 


Mar 4, 2014

Misi Kurus - Update

Dah tak keruan punya bz skrg. Tapi harus la cari time sikit utk update kan....Mana boleh biarkan sahaja blog ni sepi tanpa khabar berita..hihihi..

So hari ni aku rajin sket nak update progress misi kuruskan badan. Sebenarnya aku malas nak update selalu takut org menyampah, tapi aku kesian kat org yg dok tnya mcm mana progress aku, bila fikir2, what the heck, blog aku, sukati aku lah kannn..hihi

Jgn nak suspen sgt..tuan blog BELUM KURUS yer..Belum...baru mengecik sedikit..sedikittttt aje. Jadilah..aku tetap Happy. Sbb badan dan ringan sikit, rasa nak bergerak tu best je. Rasa segar and fresh. Tak berat, tak seksa. Alhamdulillah..yg penting..rasa SIHAT.

Aku betul2 start mission on 1st Jan 2014 kan..masa tu aku 85kg.

Target nak turun at least 4kg a month. Its totally achieveable. Aku pernah buat lagi byk dari ni. Tapi skrg sedar diri yg umur makin meningkat, metabolic rate dah slow, back to back pregnancy so badan tu nak response amik masa sket...Aku set target, tapi bila tak dapat aku tak give up. Lagi aku gandakan usaha utk back on track...

The most important thing, jgn monitor berat sahaja. Aku perasan berat walaupun tak turun byk sgt compared to dulu, tapi inches turun juga. Baju2 lama dah boleh sarung. Tak perlu pakai baju masa pregnant lagi. Sudah boleh sumbat baju2 tu masuk kotak. Hahaha..Skrg still plus size, tapi takpe..step by step ok..

Ok lah, mari update.

1st Jan 2014 - 85kg
1st Feb 2014 - 81kg
1st March 2014 - 79kg

Total aku turun dalam 2bln ni hanyalah 6kg. Yes. Sikit. Tak capai target aku nak turun 4kg sebulan. Patut by 1st March 2014 aku kena jejak 77kg.

Tapi takpe. Jgn nak sedih tak tentu pasal. Its not good for our mental strengh. Lagi ko stress, rasa nak give up, lagi jauh la impian nak kurus. 6kg pun janji ada turun, janji dah rasa lebih sihat. Bersyukur itu penting.

Ini schedule target aku.

1st Jan 2014         - 85kg
1st Feb 2014         - 81kg
1st March 2014    - 77kg
1st April 2014       - 73kg
1st May2014         - 69kg
1st June 2014       - 65kg

Mencapai berat 65kg by June 2014. Ini target for the first phase. 2nd phase aku nak cecah 60kg tapi itu adalah misi dlm masa 4bln. Yes, 5kg lagi kena amik masa lama. Sbb lagi sikit berat ko nak turun, lagi susahhhhhhhhhh....

Dulu ideal weight aku 62/63kg. Tapi bila aku jmpa fitness trainer kat gym baru2 ni, dia ckp dgn frame and umur aku, ideal weight should be 65-67kg. Terkejut gegurl. Betul ke, mcm tipu ajer. Hahaha...Dia ckp ideal weight tu kena ikut skali dgn umur kita. Makin meningkat, lain la bodymass index etc tu kan.. baiklah, dengar la nasihat pakar. Hehehe

At this moment, perjalanan misi kurus ni behind schedule sket. Aku terlebih 2kg dari sepatutnya. Tapi takpe, kita buck up balik dan usaha lebih gigih. Never say never.

Currently, usaha aku pun takde la giat sgt. Tapi takde la sendu sgt. Sedang2. Ada orang ckp aku ni terlebih buat. Ada yg cakap tak cukup. Aku rasa bab2 ni biarlah badan aku sendiri yg tentukan. If terlebih workout, takkan la aku boleh lagi jaga empat anak kat rumah lepas balik keje kan. Jgn ckp skrg aku ada bibik ok. Bibik aku relaks gila tau. Aku balik je, dia jadi ma'am terus rehat2 layan tv. Hahaha...Memang aku prefer handle anak2 bila aku ada kat rumah.



 
:: Aku masa January 2014::
 
 
:: Aku masa February 2014::
 
Belum nampak beza sgt kan..Sabar yer...Aku pun tak sabar sebenarnya...Hahaha
 
Takpe..janji..tak payah dah pakai baju masa pregnant!!..Yahoooooo....
 
Dah abis masa nak update. Nak turun gym dah. Bye.