Pages

Mar 19, 2014

Berhabukkkkkk....

Ini lah susahnya jadi blogger suam-suam kuku nih. Update sebulan sekali pun syukur rahmat..Hahaha..Aku mmg kagum la tgk blogger2 terhebat di alam maya ni. Hari2 update. Ada yg sehari 3-4 entries. Memang kagummmm...
 
 
Byk sgt benda nak cite. Tapi masa mmg takder. Lagipun aku skrg ada satu penyakit. Rabun. Rabun and silau bila tgk pc lama2. Tgk tv lama2 pun tak boleh. Hp pun kalau tgk lama2 jadi pening. Dapat penyakit ni right after delivered Aqil. Doc ckp memang begitu. Adohaiii..hilang satu nikmat hidup. Nikmat nak tgk tv lama2. (mcm la ada masa nak mengadap tv..haha). Patut kena pakai spec. Tapi takmo sbb nanti takut nampak mcm maqcik maqcik sgt. Hahaha..
 
 
Aku seperti biasa makin bersemangat. Still on track in my losing weight journey. Sedikit behind the schedule but aku tak pedulik. Takkan aku putus asa just sbb number atas weight scale tak sama dgn number yg aku target. Its ok. Sebab aku lebih appreciate benda2 positive yang jadi selain berat badan. Alhamdulillah, kesihatan makin baik. Makin cergas. Tak rasa mudah penat. Energy yg di perlukan utk berlari2 sehari2 tu mencukupi. Walaupun most of the time aku dapat tido 3-4 jam je, tapi aku tetap rasa energetic. Eyebag aku jgn ckp la. Panda tgk pun jeles tahu. Takpe, itu kita boleh cover pakai bedak. Hihihi..
 
Nanti aku share dgn korang result lepas aku buat detailed measurement. Aku sebulan skali akan timbang guna gym punya machine. Nak tau progress my BMI, Body weight %, Body Fat %, Viscerat Fat %, Muscle fat Analysis etc. Ini adalah penting tau. Jgn ingat nak kurus cantik dapat pakai kebaya di hari raya sahaja. Yang penting adalah SIHAT. Kita perlu tau condition badan kita luar dan dalam yer. TAPI, ini semua USAHA sahaja. Kalau Allah nak kasi kita sakit walaupun dah jaga makan and jaga badan, anggap je KIFARAH yer.
 
 
Iyer, nanti aku share. Nanti tu tak lama. Tunggu la sat aku bernafas. Kawan2 yg menanti tu jgn la kasi ugutan2 manja. Takut ai tau. Haha..Aku tau korang tak sabar nak tau result, tips, cara aku nak turun berat segala ni. Tapi again, TIAP TIAP TAHUN aku share tau. Aku bkn kedekut ilmu punya orang. Tapi bkn qualified juga dalam benda ni. Aku share apa yg aku tau and aku buat jer. Tapi korang pelis la buat samaaaa..Jangan la asyik baca sahajaaaaaa....Dok baca je journey orang2 nak kurus takkan jadi kan ko automatically kurus kakak2 kesayangan oiiii....haa...babab kang...
 
Dah. Nak balik. Boleh update blog selepas waktu bekerja sahaja. Dah ada org office baca blog ai nih. Nampak skek kat traffic nih. Hahaha..Kang di cop aku tak buat keje plak. Padahal ada je blogger jutawan dalam office nih yg leh update blog lapan ploh kali sehari. Oppsss..Hahaha..
 
 
Ok, till next entry la eh..
 
Terima la teaser gambar Majlis Cukur Jambul Abdullah Aqil ni...cerita ceriti nya nanti la yer. Harap2 sebelum Aqil umur setahun...miahahaha
 


 
 


1 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

ke mana menghilang? dah berhabuk sgt ni ekekekee..

~fida~