Pages

Oct 9, 2011

Testing.......

Oh...terlampau banyak benda nak update....
Terlampau banyak picture nak upload...
Tapi di sebabkan Yes! Prepaid aku sudah kehabisan
Dan aku pun tak keluar2 dari rumah sejak 5 hari lepas
Bagaimanakah nak update kat sini....

Sebab tu tajuk entry ni Testing..
Sbb aku testing update dgn sabar mengunakan iPad
Almaklumlah susah nak guna touch screen kalau jari tombam2 ni..hahaha
Pastu auto correct dia amatlah annoying skali...
Every words ko kena check betul...
Dia nak encourage aku update in English sebenarnya..
Tapi kang dgn English aku, dia kena auto correct grammar plak..haha
(Nama je keje dgn boss expat...hahaha)

Ok lah so far tahap kesabaran aku boleh di banggakan setakat ni
So aku boleh continue update sampai aku keluar dari gua ni utk beli reload Yes.
Hari2 pesan kan Daddy tapi hari2 gak dia lupa...haihhhh

Ok kit a test upload gambar plak..

Oh..cubaan upload gmbr adalah gagal...hahahaha...
Nntilah aku belajar

Ok till nxt entry...jari tombam penat menaip. Nak rehat jap...hahaha

Oct 3, 2011

"Kerjaya" yg Membahagiakan...

Akhirnya ada masa untuk diri sendiri...Bkn la aku nak ckp aku busy gila sbb nak handle dua anak. Alah, dua anak je pun. Org lain handle 4-5 org anak, masak, mengemas, menjahit baju lagi, apa lagi..ok je kan...Tapi ye lah..lain org lain la cabaran and cara dia handle. And aku mengaku bab ni aku akan kelaut sket..haha..Kelam weyyy...Konon nak anak berderet. Baru nak handle 2 org dah sakit pinggang..haha

Lepas genap sebulan pantang aritu aku balik rumah sendiri...Rasa lega sbb ye la sapa tak rindu rumah sendiri kan...Elok je sabtu tu aku balik rumah, Daddy kata dia outstation dari Selasa - Jumaat. Maknanya aku kena berdikari sendiri la dgn anak2 selama 4 hari dia takde. Mula2 rasa cuak gak ye la 1st time kot nak dduk rumah dengan anak2 je 3 mlm kan. Tp aku rasa ok gak utk aku belajar. Sampai bila nak bergantung kat org lain, Kena la belajar gak sbb dah sah2 2 thn ni aku jadi surirumah sepenuh masa kan. Kalau tak reti handle skrg, nanti2 lagi la susah.

Part yg paling mencabar ialah nak handle si Abdullah Arsyad tu. Adelia ok je dia asal perut penuh, pampers kering, dia ok jer. Abdullah Arsyad takde la nakal melampau..cuma dia jenis budak yg tak suka duduk sesaja. Dia tak layan tv, tak layan mainan lama2, tak layan kita ngadap dia. Dia suka melompat, belari, sentiasa "bergerak" tak duduk diam walau 5 minit pun..hahaha

So 1st day tu dia bgn kul 9.30am. Spt biasa nangis la dulu kan tgk Daddy takde. Then dia diam sbb lega tak yah gi school. Hahaha..Aku pun pujuk2 ajak dia turun bawah bfast dulu. Igt nak siapkan bfast sebelum anak2 bgn, mmg haremmm sbb si Arsyad suka tido tapi terjaga2. If dia terjaga takde daddy or mummy dlm bilik, harus lagi 5 jam dia meraung..Baik jgn amik risiko.

Ajak dia turun bawah, adik relek je aku tinggalkan kat atas. Haha..Agak2 dia nangis kuat aku lari la naik kan. Dia dlm baby cot so ok je. Buat Arsyad telur hancur letak dlm roti, air horlicks satu mug. So suap la dia dgn penuh sabar. Dia makan lama tau..Nak borak la..nak ngadu la..nak itu la..ini la..sekeping roti dia habis dlm masa sejam. Mak dia pun dah settle ngap 4 keping roti..haha

Then naik atas, aku mintak dia tgk tv kejap. Sbb aku nak mandikan adik plak. Boleh la dia layan CD Smurfs 15 min maximum!!..Aku pun dah mcm atlit berlari2 dgn tangkas nak siapkan adik dalam masa yg di tetapkan!. haha..Pastu belum aku settle dgn adik, dia dah terjun dalam besen mandi adik dia. OK lantak la janji dia happy kan. Elok je aku letak Adelia, settlekan dia plak. Nak tunggu dia puas berendam dalam besen tu makan setengah jam gak. Nak sabun, gosok gigi, shampoo rambut dia makan lagi setengah jam. Selagi jari tu tak kecut, dia jerit2 takmo keluar.

Tgh pakaikan dia baju, Adelia nangis nak susu. Cepat2 siapkan Arsyad, lari turun bawah buat susu. Tgh kasi susu kat Adelia, Arsyad nangis2 nak main kat luar. Masa ni aku wat derk je la. Dia leh ckp "Mummy ni tak dengar ke?? tu ada telinga.." hahaha..panas je hati. Dia punya jerit jgn ckp la kan..

Then bawak dua2 turun bawah, layan dia main kat luar kejap. Adelia ok je letak dpn tv. Dia tak tido, tp main sorang2. Alhamdulillah..Boleh Arsyad ajak mummy dia main kejar2. Hello, mummy baru lepas 30 hari beranak ni Arsyad. Agak2 la kan..Then dah masuk tgh hari, start la masak. Simple2 je. Nasi lauk Ayam Masak Kicap. Berselera anak aku makan. Tp masak sambil letak Arsyad dlm high chair, dlm dapur. Takpe, janji dia tak kacau adik dia.

Dah makan, dia nak air. Aku pun kasi la satu cawan pastu aku kemas2 dapur. Gi depan balik tgk adik dia dah lencun kena simbah air. Nasib dia tak simbah kat muka!. haihh..tukar baju adik, bawak dua2 naik atas, paksa dia tgk tv. Dia melompat2 takmo tgk tv, lantak ler...Tepat kul 3pm, paksa dia tido. Itupun dgn syarat masuk bilik tidokan dia dulu, letak adik kat luar. Dia takmo aku tidokan dia sambil adik kat sebelah aku. Melampau kan??

Ptg kul 5pm dia bgn, kasi mandi, layan la dia kejap. Sbb dia tak suka tgk tv, buat la apa2 aktiviti dgn dia. Mcm2 la aku kena jadi kuda, jadi lembu, jadi gajah (sbb size kot..haha), sampai la maghrib, Then bawak dua2 turun bawah, kasi dinner. Simple2 je roti kapit telur lagi. .Haha..lepak2 bawah, sampai kul 10pm baru naik atas. Tidokan Arsyad and spt biasa Adelia tgu turn kat luar dulu. Hehe..Dlm kul 11pm baru Adelia baru boleh masuk, kul 12am dia nak susu..lepas tu baru Mummy dapat rehat...haaaa..begitulah hari2..

Ada je hari2 yg aku hilang sabar dgn Arsyad. Mcm2 la dia buat. Conteng sofa, tarik telefon sampai wire putus, tumpahkan air kat dapur sampai aku terpijak and jatuh, punggah tong sampai, masuk bilik air main air dlm toilet bowl..and benda2 tu dia buat mesti time aku tgh bagi Adelia susu. Mcm mana aku nak menyelamatkan keadaan kan...So aku redha je la. Pandang je apa dia nak buat..Nak jerit pun masuk hari ke-2 dah tkde suara dah..kekeke

Arsyad jenis budak yg agak lasak. Aku takmo ckp dia terlampau active or hyperactive sbb doc tak ckp gitu. Doc cuma ckp dia tak reti duduk diam. hahaha..And stage dia skrg mmg stage tak makan saman. Dia nak buat apa dia nak buat je. Ko marah la mcm mana pun. Dia tetapp nak buat. Unless ko betul2 marah, or bagi dia se-dass dua. Ye..aku mmg jenis ringan tangan kat anak. Tp takdela nak pukul beria. Buat dia takut sket sudahlah. Sbb dia memang PERLU rasa apa itu punishment. Kalau tak, mmg main melampau la sbb tak tau boundaries kan. Org rasa aku asyik2 marah and pukul anak. Dah tu kalau setiap 5minit dia buat hal, setiap 5minit la aku marah kan. Ada masa leh control, ada masa mmg ko tau2 dah kasi satu cubitan yg manja kat dia tanpa ko sedar..hahaha

Mula2 aku tension gak. Badan pun tak fully recovered lagi. Nak cangkung time mandikan bdk2, nak turun naik tangga, nak tunduk2 kutip2 benda bersepah kat lantai, ish..sakit badan weyy..tp sbb apa pilihan yg ada pun. Dah ada anak dua takleh nak manja2kan badan sgt. Lagipun aku bkn jenis yg suka baringgg je time berpantang. Semua benda org buatkan. Start dari mula aku mandikan sendiri Adelia, bgn duduk buat susu, bgn mlm, semua lah. Ada je jenis org berpantang jaga diri sendiri, anak sama2 jaga dgn suami or mak. .Ikut la kan. Badan mmg penat..tp puas lah..

Bila tgh malam dah penat gila tu tgk anak kiri kanan, hati rasa bahagia sgt2. Hilang segala rasa tension, penat, pening, stress siang hari tu. Rasa mcm eh, apa pun terjadi aku takmo tukar pengalaman ni dgn benda lain. Tkde benda yg membahagiakan dari apa yg aku ada skrg. Cuma benda2 yg susah sikit tu aku kena slow2 cari solution la. Cth nak handle budak yg tgh naik minyak tu skrg kan. Kena try and error every method yg sesuai dgn dia. Aku pun takmo marah dia hari2, pukul dia slalu. Smlm aku marah masa dia sepahkan semua coins dlm tabung dia, terus dia ckp "Mummy ni asyik marah abang je..sedih la abang.." Tak luluh hati ko kalau anak ckp mcm tu??? haaaa...Tp nak pahamkan dia kenapa mummy marah, bkn keje mudah kan..So kena slow2, kesabaran tahap dewa...

Bagi aku, takde masalah nak duduk rumah 24/7 jaga anak2, mmg itu yg aku nak pun. Tp aku lagi suka Arsyad gi school. Byk benda dia belajar kat sana. Lagipun dia jenis budak yg suka berkawan, suka outdoor, main berlari2 bersuka ria. Seminggu dia dduk rumah dgn aku tak jumpa kawan2, agak meroyan gak la dia...haha..bkn la kita antar dia school, terus rasa kita takmo jaga sbb dia nakal kan. Tp sbb itu yg the best utk dia. Bila balik, dia cerita mcm2 apa dia belajar, dia happy dpt main dgn kawan2, lari2 abiskan energy, ok lah. Balik tinggal rehat2, manja2 dgn mummy je..hehehe

Ikut org gak la. Ada org tak suka anak dia gi school. Mcm aku, rasa best sbb so far Arsyad umur setahun dah pandai kira 1-10, dlm setahun setengah dh petah ckp, dah pandai baca doa makan, umur 2 thn lagi la dah pandai menjawab2 bila kita marah. Hari2 apa yg keluar dari mulut dia tu mmg kasi sakit jantung je. hehehe. Of coz ada pro and cons dia kan. Bagi aku, apa the best utk anak aku, itu dah memadai..

Skrg tgh bz nak plan cukur jambul Adelia. Dah mcm nak kawin kan anak je rasa..keke..Daddy adalah super busy. Yg dia tau date utk majlis ni je. Segala order makan, jemput org, apa2 arrangement, semua aku buat. Smlm dia tnya eh, cukur jambul bila ye? nak je aku jerit. hahaha..harap2 berjalan lancar la. Sorry tak dpt jemput ramai, sbb rumah saya kecik sajer...hehe...insyaAllah nnti aku share gambar kat sini. Sbb photog saya adalah super duper professional!!!..hehehe..Kita tunggu hasilnya nanti..

Eh dah la membebel. Tau la lama tak update. Skali update panjang lebar ngalahkan apa. Jam dah pukul 3pm, Jap lagi Adelia minum susu. Kain dah angkat, Perut dah isi, Hari mcm gelap nak ujan. Apa je activity yg best di buat time2 ni????? hahahaha...saya berundur dulu ye..Yg keje kat office tu jgn jeles okeh!!!

Sep 29, 2011

Kegilaan...

OMG rindunya kat blog sendiri..seriously takde masa nak belek blog. Baru anak dua okeh. Org anak tiga empat ok jah byk masa terluang..hahaha

Daddy takde outstation 3 nights. Aku dah selamat balik rumah sendiri selepas sebulan berpantang kat rumah MIL. So ingat best la leh lepak2 dgn baby Adelia yg super baik. Hari pertama legaaaa...Adelia baik sgt2 berbunyi time nak susu jer. Then aku boleh abiskan semua keje2 rumah yg menggunung. Tinggalkan rumah kat seorang lelaki selama sebulan mmg boleh bikin sakit jantung okeh!.hahahaha
Skali esoknya Daddy kata dia outstation so ABANG ARSYAD tinggal dgn mummy lah. Aku pun takpelah kena la belajar kan nak handle dua2 sekali gus nanti2 aku kena buat gak. Igt senang..Tp tak senang,,,but takde la susah mana..Manageable tp adalah rasa nak nangis gak..hahaha

Ye la apa pun aku masih belajar. Nak2 aku still dlm pantang (pantang ke??). Nak buat apa2 kena pikir 40x nak2 bila Arsyad nangis2 ckp dia rindu nak aku dukung dia. Boleh???
Ni pun cepat2 update time anak2 tido. Biasa if anak2 tido, aku cepat2 buat keje rumah yg lain. Elok je abis keje rumah, diaorg bukak mata dah apa pun takleh buat. So nanti2 la bila hidup aku kembali normal..leh update secara tegar di sini. Byk sgt cite nak di update...

Sep 15, 2011

Misi Pun Bermula....

Hehehe...biasalah lepas beranak apa lagi kan...acara nak menguruskan badan balik la..(menangis!!!)...tp kali ni aku agak teruja gak sbb berat aku turun dgn tak di sangka2 (eleh..kecoh padahal tak byk mana..hahaha)

Sblm deliver Adelia, aku timbang berat aku 94kg (lega sbb tak cecah 100kg..haha). Then 5 hari lepas tu aku gi spital sbb nak check dia ada jaundice ke tak, aku senyap2 naik kat alat menimbang dlm bilik doc..haha..masa tu berat aku 83kg..Aku agak terkejut sbb 9kg turun di situ..Adelia 3.03kg, air ketuban + uri + darah + segala mak nenek dlm perut = 6kg kah?? ok la tu kan..Then seminggu lepas tu gi spital ada follow up, aku timbang lagi now dah 80kg...(lompat bintang!).

hahaha..ko tau dulu time Arsyad aku balik office dengan berat 80kg tu tau..Meaning after 2 months aku masih 80kg..hahaha...Skrg ni after 2 weeks..so aku adalah teruja..boleh ke aku turun 20kg mcm dulu?? sbb aku nak target 60kg skrg nih...ok la 60kg dgn ketinggian aku and ada anak 2 kan..kang kurus2 sgt tak kena plak (ayat nak cover line..muahahaha).

Ni tgk BFF aku kat Hollywood sana..hahaha..Dia pun tgh giat nak kuruskan badan. Ni dia lepas 2 weeks delivered. Gilo dah keluar jalan2 tau. See...sbb tu aku pelik nape kita ni pantang takleh kuar rumah??? Bkn ke pregnant, beranak, berpantang semua sama je tak kira org kat Msia ke, Kat US ke, kat Afrika ke kan..Kita ni byk nak ikut "tradition" je lebih..bkn ikut logic sgt pun aku rasa..

Jessica Alba Post Pregnancy Look 

Jessica Alba stepped out of the house two weeks after giving birth to her second child, Haven. She spent the day with her eldest daughter Honor Marie. Alba looked slimmer in a long white dress with a blue blouse.

Saya mau kurus mcm dia..lalalala....Misi bermula next week lepas aku balik rumah Kajang..sbb aku skrg kan tak keje..So takleh gi Gym nak workout mcm slalu..So aku try method lain..Nnti if dah nampak hasilnya aku share sini ok..hehehe