Pages

Oct 29, 2010

Mau tunggu sampai bilaaa????

Mood aku skrg adalah tension. Tension sbb tak reti nak sedar2 lagik. Dok la hari2 complaint badan makin membesar..Tp stilllll..kesedaran tu dtg beberapa jam jer, pastu kena rasuk balik..haihhhh lahhhh..

Ye lah, aku dok la set target la kan mcm yg terpampang belah kanan tuh. Starting Oct, tp gone dah Oct coz dgn bz hal arwah mak hari tu..terus aku mcm lupakan hasrat aku bila aku stop mkn nasi seminggu jer pastu sambung balik makan dgn rakusnya like no one's business..

Memang giler tension dgn diri sendiri..Ye lah kalau diri sendiri tak sedar, mcm mana kan? last timbang aritu tak berganjak la and aku sedikit lega dgn tak gi gym, dgn melahap nasi, tp still bebila je berat akan mencanak tanpa aku sedar kan..Tp aku best sket sbb lepas Raya Daddy Arsyad pun dgn rasminya dah naik 4kg!!..hahaha..so dia dah masuk "7 series"...Aku still lagi di angka 6 tapi hujung2 lah kan..bila lah nak merasa bawan 60 niehhhh..

Aku skrg amatlah tak boleh nak melawan nafsu mkn mlm. Dulu memang setahun aku tak sentuh dinner. Kadang2 adalah nak2 special occasion mcm kenduri ke, mkn2 ke kan. Ok jer..tak pernah aku lapar pagi2 bgn tido. Tp skrg ni..asal sampai je Kajang aku terus rasa menggelupur lapar. Walaupun most of the time aku mkn bfore 8pm, tp stillll...bdn aku ni bkn boleh di sogok dgn makanan mlm2, confirm lepas tu berattt jer rasa nak terus tido, and esok lapar balik. musykil gila aku.

Lepas tu suka sgt teringin segala jenis nasi. Nasi Ayam Level 2 KLCC, Nasi Bojari Madam Kwan (Nyumm...nyummm..), Nasi Lemak Kg Baru, Nasi Lemak Kukus Pasar Mlm Cheras..haihhh...kalau mcm ni punya selera..sampai Dec 2020 pun tak kurusss...

Gi Gym plak baru sekali minggu ni. Konon pagi2 nak start gym balik tp bgn asyik la lepas kul 6am. If aku nak gi gym, aku kena bgn kul 5.30am, kejut Daddy, siap2, by 6.20am aku dah kena kuar umah. Coz nak sampai KLCC kul 7.00am, dpt la workout sejam setengah. 9.00am aku dah ada kat office kan. Ni kalau sampai KLCC pun kul 8 lebih, jogging setempat kat cubicle aku je la jawabnya..last wed gi gym kelas aerokick sejam, rasa nak tercabut lutut, terus tak gi gym dah sampai hari ni coz nak jalan pun seksa skrg. Tu la sapa sruh stop lama sgt, terus stamina gone, baru 5 minit warm up dah mintak nyawa, kaki sakit nak naik tangga umah sendiri pun rasa nak nangis..uwaaaa!!!

Pastu tak abis2 lah nak flip2 tgk gambar lama2 utk pembakar semangat. Come on lah!!!..kalau aku print gambar2 tu tampal kat muka aku pun takkan merubah apa2 if aku sendiri yg tak nak change kan?? eeee..geram gila bila keazaman cepat sgt pudar. Bila hangat2 tahi ayam, bila tak reti2 nak sedar...

Eh..tapi nak gak letak lagi gambar lama..hahahaha


:: Dgn kwn office lama. hoi..melampau flat punya perut..tgk lengan tu..dah mcm besar jari aku skrg jer..hahahaha::

 
Eh, tp seriously..aku kena sedar cepat..sebelum terlambat..if berat aku reach 7 series je, memang aku akan down gila2. tapi tgk gak la tahap kesedaran aku time tu..kalau skrg dah hujung2 angka 6, aku leh tangguh2 lagi, kang dah masuk 7, aku pun konon nak take own sweet time lagi, sampai masuk angka 8..baik aku stop la tulis pasal berat badan sebelum Daddy arsyad sendiri hempuk aku dgn kerusi. hahahaha..

sekian luahan perasaan di petang hari.

aku stress so aku makan nasi lemak ayam sambal pagi tadi, nasi kandar lauk ayam madu + sotong tgh hari, dan tgh berpikir apa nak mkn mlm kang utk melengkapkan lagi tahap "kesesatan" yg aku alami skrg..

Sebelum aku stress dgn lagi melampau, baik aku layan gmbar budak ni korek hidung sambil tgk Upin Ipin..Tak tau ikut perangai sapa kan...



:: Muka pengubat hati lara Mummy..::

Oct 26, 2010

HAPPY BIRTHDAY DADDY!!!

Epi Beday Yu Yu...Epi Beday Yu Yu..Epi Beday Yu Yu Dedi..Epi Beday Yu Yu...

Ini adalah bday song versi Arsyad okeh..yes, memang bila aku ckp kat dia "Arsyad, hari ni bday daddy.." terus dia nyanyi beday yu yu ni kat Daddy..hehe..biasaklah budak nursery confirm la slalu nyanyi bila ada bday celebration kat school kan..

Bday Daddy Arsyad pada 23 Oct 2010. Selalu memang sebulan dua sebelum bday aku dah bz pikir apa nak beli, apa nak plan and what not. Tp sbb month of Oct tu mcm2 jadi, aku tak terpikir sgt. Betul2 last week baru aku rasa mcm eh..takkan aku tak plan apa nih..Sbb so far bday gift Daddy mmg aku dah ckp kat dia apa aku nak bagi awal2. Coz knowing him, reaction dia kepada bday gift even suprise or planned mcm tu je...kalau ko suprise dia dgn benda best pun dia bagi reaction yg sama, kalau ko bgtau awal2 apa nak bagi pun reaction tatapp sama..hahaha..

So, aku awal2 ckp aku nak sponsor dia pakai braces..keke..Ada ke bdk office aku ckp its such an insultation for him?? like aku sruh betulkan gigi coz gigi dia teruk..kekeke..Takde lah..dia mmg nak pakai braces. Cuma costly kan, so alang2 org nak sponsor, cepat je la member ikut aku jmpa doc. Aku pun survey2, then buat appointment, terus bwk dia jmpa doc. Selamat sudah hari jumaat lepas pasang. Kira sehari bfore bday dia lah.

Aku jenis suka kasi suprise gak. Di sbbkan bday gift dah tak suprise, aku pun plan la benda lain. Coz bday dia jatuh hari Sabtu, and every year aku memang hantar cake kat office dia utk dia buat cake cutting dgn kwn2 office (kira best la gak kan celeb ramai2 kat office), so aku pun hantar la cake Friday ptg tu. Konon dah abis best dah bersubahat ngan staff dia. Suruh staff dia turun amik cake, pastu letak atas meja dia. Dia dtg je tmpt dia tau2 dah ada cake atas meja. And of coz la agak terharu walaupun aku dpt bayangkan ekspresi muka tatappp la serupa kan..hahaha..

Aku antar cake dlm kul 4 lebih. Then aku tgu2 dia call kot2 nak ckp thanks ke, bgtau dia terharu ke, terperanjat ke..takde pulak. Aku tgu smpai la dia call ajak balik. Masa on the way nak gi clinic gigi pasang braces, pun tak ckp2 lagi. Aku pun dah mcm ehh..dia tak dpt ke kek tu? takkan staff dia terlupa kot. Aku dgn tak dpt menahan rasa pelik, aku tanya la dia.

Daddy dpt tak bday cake tadi?
Dapat..
(aku pelik gila nih..) Dari sapa?
Ntah..budak dept i kot..

Sahhh!!!!... makin kronik tahap hati kebal laki aku nih..Sah2 la besar2 tulis atas cake tu "Happy Birthday Daddy..From Mommy and Arsyad". Apekehal bdk2 dept dia nak tulis mcm tu atas cake????. Bila aku ckp aku yg beli and antar, baru dia nak tersipu2 malu. Tensi aku okeh!!. Ni aku yg kena suprised, bkn dia!. Dah sah2 every year bday dia memang aku yg antar cake, kalau tiba2 this year bdk2 office dia yg beli cake, patut dia pelik la kan..merajuk ke dgn aku..nape this year takde cake utk dia. Ini dia boleh selambaaaa je..Haihhh...Nasib aku pun hati kering boleh tahan. Tkde la aku nak merajuk or rasa dia tak appreciate ke apa..Dah pesen laki aku mcm ni..Terima sajorkkkk...hahaha

Then next day tu kan actual bday dia. Aku pun dah abis best ni plan utk dia. Hantar Arsyad gi school, then aku bwk dia gi Spa kat Hartamas. Mmg jauh dari umah tp kat situ je ada couple spa. Eh, mesti la kena amik couple spa walaupun bday treat dia, aku pun nak tumpang sama..hahaha Tapi bapa mithali ni plak kesian nak tinggal anak dia gi nursery hari2 cuti semata2 nak gi spa. haihhh..Aku ckp aku plan bwk gi spa sbb nak dia relax, and lepas pakai braces slalu org ckp sakit kepala lah, sakit gigi la, so if gi spa dpt la relax sket kan...Malangnya bday boy (boy ke? hahaha) lagi rela lepak rumah dgn anak kesayangan pada hari jadi walaupun gigi sakit dan memerlukan rehat yg cukup..kita ikut je lah. Dalam hati rasa cisss..melepas aku nak merasa spa. hahaha..

So the whole morning tu kami hanya bfast di mamak, gi giant beli groceries, then layan Upin Ipin dgn Abdullah Arsyad. Nice kan?

Tgh hari aku dah rasa mcm eh..jom la kuar. Lepas Arsyad amik nap, ktorg pun gi la KLCC. Jadik lah asalkan kuar dari Kajang. haha..Gi Chillis, konon nak mkn best2 sket la celeb bday kan. Tp lupa plak org baru lepas pakai braces takleh makan sembarangan. Nasib aku tak suggest gi makan steak kat Victoria Station ke. Kalau tak dgn aku2 kena pakai braces kang. hahaha..Aku pun ajak gi Chillis. Plan nak request free bday cake utk Daddy. Konon nak suprise lagik la suruh staff Chilis nyanyi bday song utk dia ramai2 mcm biasa kan. Tp aku pikir2 balik, cake of the day dia choc brownie. ada kacang2. Kang dia makan pastu tersangkut2 kat braces, aku gak yg kena marah. So cancelled!. melepas lagi aku nak makan choc brownie..eh, bday sapa nih?? hahaha

:: Budak melaram lebih padahal nak kuar celeb bday daddy::

:: Aku sgt tensi bila bdk ni mengamuk2 kat restaurant::

 :: Nak2 kalau mengamuk sbb nak main coaster ni jer. Tgk tu ada lagi baki2 air mata..haih la Arsyad::

 :: Dpt main coaster sbb Daddy yg bagi. If dgn Mummy, confirm dpt lempang jer. hahaha::

 :: Arsyad order mac n cheese. dia adalah peminat pasta yg tegar skrg. Apa jenis pasta suma dia suka::

Aku lupa plak nak snap gambar food aku order. Tp best giler aku amik combo yg lamb shank and montrrey chicken. Sedapppssss..Bday boy hanyalah mampu makan fish and chips sahaja..hahahahaha..makan hati member tgk aku melahap lamb shank tuh..Sabar yer Daddy.."Beauty is pain..." hahaha

Pastu jalan2 la konon nak suruh Daddy beli apa2 kan. Tp hampeh satu benda dia tak berkenan nak beli. Last2 Arsyad jugak dapat habuan..best betul jadi Arsyad..

 :: Sebenarnya Daddy yg minat kasut jenis high-cut nih..Tp of coz utk anak kesayangan..Baju Arsyad dah tukar. dia kalau kuar confirm tukar baju 2-3 kali::

Lepas jalan2 tu kami pun balik la..Berakhir la bday celebration utk Daddy tahun nih..hahaha..Jgn la salahkan aku kan, sah2 aku plan mcm2. Tp dia yg memilih utk jadi org yg tak fun tak suka kuar2 and celeb bday2 nih, kita ikutkan ajer lah..

And di sebabkan bday Daddy adalah hari yg sama dgn bday abg sulung aku, maka aku pun plan la makan2 satu family bersama2. Memang ler rasa eh..dah tua2 pun nak celeb bday ker? Alah..mmg la bday utk bdk2, tp if kita kumpul2 satu family, makan2, gelak2, borak2, gossip2, lagi2 sbb celeb apa2 occasion, kan lagi best? Tapi of coz, rasa lain sbb kali ni mak takde..Tp kitaorg buat mcm biasa..mcm mak sentiasa ada dgn kitaorg. Sbb mak mmg suka sgt if kitaorg buat makan2, sbb mak suka masak. Penat2 pun, sakit2 pun, mak akan masak utk anak2 dia kalau bday ke, apa2 ke.

Aku plan just nak beli2 jer tak payah masak2. Padan muka sapa suruh tak nak tuntut ilmu masakan dari mak. Kan dah rugi. Eh, tp kakak aku ckp dia leh masak Nasi Ayam sebijik mcm mak masak. Sbb dia sempat berguru dgn mak. hehehe..Maka dia lah menjadi chef pada hari tu. Ok lah takde la sama sgt rasanya. Tp tiga pinggan gak aku bedal. Daddy pun makan bertambah. Alhamdulillah..walaupun kami yatim piatu skrg, tapi kami tetap boleh berkumpul2 adik beradik happy2 mcm family lain..Al-Fatihah utk mak dan abah....

:: Cake for both of them..::

:: Food spread..motif amik gambar food tanpa bukak penutup makanan?? hahaha::

Pastu dua org bday "boy" ni malu2 plak nak tiup lilin and potong kek. Konon rasa dah tua tak payah la nak berkek-kek bagai kan. Eh..sapa kata kek ni utk korang? of coz utk bdk2 and mak2 budak nak makan..Korang punya bday, so korang la potong and rasmikan dulu..hahaha..Terpaksa la anak buah aku bwk kek gi mengadap kat diaorg kerana penat suruh bgn gi meja potong kek haram takmo angkat bontot masing2..nyampah tau...

:: Malu2 la pulak Bday Boy yg Tua..haha::

 :: Ini Bday boy yg muda sikit..hahaha..::

Dah abis makan2, kitaorg pun beransur lah. Then Daddy ajak gi Wangsa Walk plak..saja jalan2 katanya..aku suka Wangsa Walk sbb ada FOS for kids tu kan. mcm2 baju cantik2 and murah2 ada. Dah jalan2, sekali budak kecik ni ternampak benda alah nih..Terpaksa la spend sejam kat sini jer. Haihh..lantaklah Daddy yg melayan pun..Aku lepak tepi baca paper jer..hahaha

:: Kalau beli benda ni letak kat rumah best kan? dgn mak bapak skali join..::

 :: Dah besar dah anak aku. Main slide pun nak terjun sendiri..::

:: Ajak Daddy main sama adalah satu kemestian::
 
Sekian sajalah entry Bday Daddy utk tahun nih. Walaupun aku rasa hampeh sbb dia tak tau aku yg antar cake, pastu dia takmo gi spa yg aku dah penat2 booked, pastu sbb dia pakai braces tak dpt makan steak and brownie, tapi aku tatappppp nak wish "Happy Birthday Daddy..Semoga panjang umur..di murahkan rezeki..di beri kesihatan yg baik..dan menjadi pelindung utk Mummy and anak2 kita..InsyaAllah". We loveeee u so much!!!...

Epi Beday Yu Yu.....

Oct 21, 2010

"Cleaner" tanpa bayaran...

Marilah update pasal anak kesayangan saya pulak. Sah2 bila tulis pasal dia akan lebih membahagiakan aku and dengan harapan aku kurang sket kesedihan skrg ni kan..Memang dia ni pengubat segala luka lara pun. Of coz bagi semua mummy, anak la yg jadi penghibur, pengubat kesedihan bila kita rasa down kan. Even budak umur setahun lapan bulan ni bkn la reti buat lawak or beli kita apa2 utk bagi kita happy, tp bila tgk muka dia je pun kita dah rasa damai semacam..And of coz walaupun most of the time kadang2 kita rasa haihhh..budak ni betul2 la menguji kesabaran, tp tetap la perangai2 gitu yg jadi penghibur..

Mari kita tgk apa kah salah satu perangai yg agak menguji kesabaran tapi lama2 aku rasa..eh, lantak ler Arsyad..best gak layan perangai gini kadang2..kekeke..Sbb mummy Arsyad pun sama je perangai lebih kurang budak umur setahun lapan bulan kan..so memang secocok sgt laaahhh..

Weekend selelepas mak aku meninggal, kitaorg tak ke mana2 lah. Ye la giler hape mak baru pergi aku dah jalan2 shopping complex bagai window shopping mcm takde benda jadi kan. Tp tak la gak aku terperap dalam bilik menangis sambil tgk gambar mak. Ingatan tu sentiasa ada, doa insyaAllah takkan putus, cuma kita jangan la nak ikut perasaan meratapi permergian dia kan. Life must goes on. Cuma berpada2 la awal2 ni. Jgn la ko gi concert ke apa ke plak kan. Ada org ckp kena berkabung 40 hari at least. Aku tak pasti maksud berkabung tu sbb ada org tak kuar umah, tak pasang tv, tak gi mana2 langsung.Bg aku, its up to individual kan. Janji doa kita utk arwah tak putus, buat kenduri baca yassin...sbb ustaz aku ckp utk mak bapak yg meninggal, yg diaorg bawak pergi adalah amalan, dan doa2 anak2 yg soleh dan solehah..insyaAllah..

Eh..terlari tajuk plak..meh la ke tajuk asal..So weekend tak kuar tu kitaorg lepak2 kat rumah je la. Abiskan masa bersama Abdullah Arsyad yg semakin melasak.Haihh..kalau tak lasak bkn budak la namanya kan..hehe..Bila lepak2 tu Daddy Arsyad plak tiba2 nak basuh lantai porch. Abistu, dia ingat anak dia tu nak tgk dari dalam saja? Harus la meronta2 nak keluar sama kan. Mula2 dia tgk Daddy sapu2 lantai, dia elok je tgk sama..Diri je tanpa emosi konon2 nak tgk jer..takmo kacau pun. Skali Daddy masuk dlm, dia pun capai la penyapu tu nak menyumbangkan tenaga sama kan. Aku marah la sbb habuk segala penyapu tu kotor. Terus dia sound gini.."Mummy..No..No..Amboi..Amboi..Babab kang.." Eh..confuse aku..sapa yg mak..sapa yg anak nih?? suka2 nak sound Mummy yer Arsyad..

Pastu Daddy pun bukak ler paip nak basahkan lantai..Elok Daddy letak je mop kat lantai..dia dah tak keruan sungguh dah..Aku malas la nak sound2 lagi kang dia sound aku balik, pastu aku menyirap, pastu aku tarik dia naik atas, pastu dia jerit2 mcm tarzan, so utk elakkan perkara itu berlaku..aku biar je lah. Tgk je sambil aku snappy2. hahaha..Mula2 ok jer dia cuba2 mop lantai dgn ketinggian batang mop tu 2x ganda dari dia kan..

:: Keadaan masih terkawal time ni..tunjuk minat nak menolong konon.::


:: Rajin kan anak bujang saya? sapa nak cop jadi menantu?? kekeke::

Lepas tu aku tgk dia dah semakin mengganas. Coz bila aku mintak balik mop tu, dia marah lagik.  Mula lah panas Mummy dia ni kan. Tp Daddy kata biar la dia..kesian tak dpt keluar mana2, kita kasi je la dia main apa dia nak main..Oooo..gitu yer..ok la kalau gitu Mummy beri sokongan la yer..Mari kita tgk aksi budak ini lepas dapat sokongan dari Mummy dan green light dari Daddy..

 Start mula main air..serious berlakon buat2 takut basah..


 Syabas muka lakonan yg agak menjadi la. Memang betul2 aku ingat dia takut basah kang kena marah..


 Tapi nafsu nak main air dah tak tertahan2 dah..Harus la tahap curiosity melampai tahap takut Mummy


 See....keseronokan bemain air dah tak dapat disembunyikan dgn riak muka..jelas terpancar muka happy dia kan..


 Akhirnya begini la jadinya..Malas nak kasi dia main air dgn baju basah lama2..baik ko buat tarian bogel je dpn umah ni Arsyad..


 Pastu idea masuk dlm baldi plak sbb Mummy tak beli2 lagi pool utk dia..


 Isi air sendiri la babe..baru class..jerit2 suruh Mummy isi air pun Mummy wat derk je..


 Lepas tu mari kita tolong Daddy cuci dinding..dia dok jerit2 ckp "Acuh..Acuh..(Basuh)..kotor.." ehh..dah color tu mmg coklat lahhhh..


 Kasut tetap pakai utk tujuan keselamatan. Sapa2 nak tiru fesyen terbaru Arsyad ni sila2 la yer..hahaha


 Percik2 air di muka sendiri adalah HEAVEN!!!..Pastu mlm batuk selesema sapa nak jawab???

 Pastu kejar Mummy utk bersama2 basah dpn rumah sendiri pun idea datang dari mana ntah. Terjerit2 aku lari dah mcm tarzan dah..


 Last but not least..gaya setelah kepenatan bermain air..


Puas suruh dia kuar dari baldi ni dia takmo. Last2 kitaorg angkut dgn baldi2 skali bwk masuk dlm rumah..haihhhh

Tgk la perangai anak aku kalau tak dpt kuar..If amik video lagi best kot tapi tak terpikir lak aritu. Dgn mulut menceceh tak berhenti, dgn degil takmo dgr cakap org..itu la peel dia skrg..haihhh..

Dengan ini, secara rasminya Abdullah Arsyad adalah pembayar bil air utk bln ini. Sekian..(mcm la bil air byk sgt..hahaha)

Oct 13, 2010

Aku Seorang yg Tak Reti Menjawab...

Itu adalah kelemahan aku..Bkn kelemahan apa, cuma bila aku dpt statement2 yg menyakitkan hati..aku mcm hilang kata-kata..Aku tak reti nak menjawab dan2 tu nak zass org yg tak sayang mulut tu balik. Kang dah balik umah, time tgh termenung or mandi ke, bila aku ingat2 balik, baru la aku terpikir "Oooo..patut aku jwb mcm ni kan.." Pastu mcm nyesal sbb lambat sgt nak terpikir ayat2 zass tu..haihhh...

Maksud aku, kadang2 kan kita akan dpt statement2 yg ntah apa2 dari org yg laser..statement yg patut org tu guna otak dulu sebelum ckp kan..Then bila ko terasa, ko tak reti nak reply balik apa org tu ckp. Then ko diam je pendam dalam hati. Mmg la elok tak berlawan2 ckp memanjang2kan cite kan. Tp sometimes kena la zass balik gak. Kang ko sorang2 makan hati, lama2 sakit jiwa okeh. Aku ada kwn 2-3 org yg terror giler bab2 nak menjawab balik nih. Sekali dia kasik balik org tu, mmg rasa nak masukkan kepala dlm tanah time2 tu gak..tu la sapa suruh gatal mulut kasi statement nyakitkan hati org kan?? Tp aku paham..kadang2 org tu tak sengaja..Alah..akal ada apa guna?? pikir la dulu sebelum ckp kan..

So kali ni aku nak share statement2 yg aku rasa panas telinga sepanjang masa aku try nak kuatkan diri masa mak meninggal hari tu. Sah2 that was a difficult moment for us, ada gakkk yg mulut kurang adab nak jadi ajinomoto penambah2 perisa dlm statement kan..Nasib la telinga aku yg dengar ni mulutnya tak reti nak responds. Ada yg aku nak jwb gak, tp kang melarat. so aku jwb dlm hati je. Tp most of the answers tu of coz la aku baru dpt jawapan yg paling bernas 2-3 hari selepas kejadian kan..haihhh..tak efficient sungguh la mulut aku nih..

Cth statement in red color, jawapan aku dlm hati and jawapan yg sangat lambat in blue...hehehe

Ish, kesian kan..Muda-muda dah meninggal..
Amboi makcik..nak meninggal dunia kena yg tua je ke? makcik umur berapa? baik persiapkan diri sendiri dari dok kira umur org..

Mcm mana la umur mcm ni dpt mcm2 penyakit? Aku pun umur lebih kurang arwah tp ok jer..
Hmmm...bagus la makcik takde penyakit. Baik makcik jaga sebelum Allah bagi lapan ribu jenis penyakit kang..

Ish, seksa je nampak bila bergantung kat oxygen machine mcm tu kan..nazak sgt nampak dia...
Dah bahagian mak makcik..bahagian makcik tak tau lagi..Kalau tak seksa alhamdulillah..At least mak saya di sempurnakan jenazahnya elok. Org yg meninggal accident putus tangan kaki suma lagi kesian..Syukur je la dgn bahagian yg Allah bagi..

Kenapa anak-anak gi kerja lagi nih?? duduk la sini jaga mak dah sakit teruk..
Kami pun ada mulut yg nak kena suap makcik..Asalkan tak pernah tinggal mak sorang-sorang kami dah bersyukur. Kami buat selagi termampu. Kang makcik sakit, suruh suma anak berhenti keje yer..

Takpe lah..korang dah takde mak ayah..tapi ada lagi mak bapak mertua..Kalau ikutkan hukum, perempuan lepas kawin mak bapak mertua lagi penting tau..bkn mak ayah sendiri..
Sila betulkan statement makcik tu. Tak baik main2 hukum hakam mcm tu. Iyer, memang perempuan lepas kawin PUTUS TANGGUNGJAWABNYA terhadap MAK BAPAK SENDIRI..tapi takde la mak bapak mertua je lagi penting. sama je pentingnya..cuma tak wajib lagi la bertanggungjawab ke atas mak bapak sendiri..Ibaratnya, if mak mertua and mak sendiri sakit, wajib jaga mak mertua lagi la. Tapi ikut la budi bicara suami gak. Kalau kita satu2nya anak pompuan, mak mertua ada 10 org anak pompuan, kena tinggal mak sendiri sakit sorang2 juga kah??? Islam itu Mudah makcik..jgn putar beli statment yer..

Lepas ni giliran raya rumah suami je la yer.
Alhamdulillah, saya masih ada adik beradik. Kena gak ikut giliran utk saya kumpul dgn adik beradik. Dah la mak ayah takde, yatim piatu. Nak jmpa adik bradik tiap kali raya pun tak boleh ke?? ish..ish..suami saya sayang saya..tak zalim mcm tu aihhh..

Korang adik beradik jgn la berpecah mak bapak dah takde nih. Jgn rebut2 harta. Selalu org kalau mak bapak dah takde je..terus berpecah adik beradik.
InsyaAllah..memang kami akan tetap sama. Terima kasih atas nasihat makcik. Tp jgn la samakan kami dgn org lain..Cara makcik ckp ni nak tgk kami berpecah belah je..tak baik tawww..

Bagus korang tanya org kalau mak kau ada berhutang apa2 ke. Memang kena tanya takut kang susah "urusan" mak kau kat sana. Kalau ada org berhutang dgn mak kau pun HALALKAN je la. Kalau tak nanti susah jugak urusan dia..Mak kau takde hutang apa2 kat makcik..Tp ada la satu kali tu makcik bayarkan dulu utk dia beli apa ntah RM40.
?????... RM40 pun duit makcik..hutang jugak..semoga dgn terbayarnya hutang ni, makcik halalkan yg lain2 yer..InsyaAllah urusan mak saya di sana akan di permudahkan..Sbb saya pun halalkan jer kalau2 ada org berhutang dgn mak saya..

Sakit otak tak? kalau ikutkan byk lagi statement2 yg menyakitkan telinga aku tp malas tulis sini. Aku tulis "makcik" pun tak semestinya org itu seorang makcik..ada je yg muda mudi, yg ada tali persaudaraan gak tp tak sayang mulut. Kadang2 org mcm ni saja kuar2kan statement tidak berakhlak sbb nak uji kesabaran kita kot..ntah apa diaorg dpt. Kot rasa meluah pendapat ke apa, agak2 la kan. Jgn la sampai pihak satu lagi tersinggung. Pikir la if dia di tempat kita kan? Sakit hati tak?

Aku ok jer. aku sakit hati, tp aku malas simpan dalam. Sbb kebanyakkan org2 tu aku kenal. So kang susah plak hidup aku nak berhadapan dgn dia hari2 nanti kan. Semua org tak perfect, so tak payah la nak pandai2 bg statement2 gini. Cermin diri dulu kan..Apapun, lantak ler dema. asalkan mereka dan keluarga mereka bahagia..hehehe