Pages

Mar 28, 2012

New Mission...

Firstly, terima kasih bebanyak kepada kawan2 yg wish...yg terkejut..yg terkedu...yg tersenyum2..tergelak2 bila tau aku pregnant balik...hahahaha....yg wish kat FB, ada 54 comments...(termasuk 3-4 comment aku sndiri bila reply comment org)...pastu dah tak daya nak reply satu2...sbb ko tau la FB kan...kang satu aku tulis,semua org dapat notification. kalau semua 50 wishes tu aku nak reply satu2, dah jadi beratus notification...elok2 org nak congrats aku..dah jadi menyampah...hahaha..iye, aku agak menyampah bila dapat byk2 notification. Sbb tu la aku jarang2 comment kat gambar or status org. Kecuali org yg betul2 aku rapat, and status yg betul2 aku nk comment...kekeke..kalau FB ada application utk disable notification yg kita takmo dapat, kan best.... :-)

Since mission berdiet kuruskan badan dan berakhir...tapi oleh kerana semangat juang aku masih meluap-luap..Aku nak melancarkan mission baru..Mission nya adalah utk CUBA TIDAK MENJADI GERGASI dlm pregnancy kali ini....kahkahkahkah...Eh, itu bkn calang2 punya mission...lagi susah dan challenging compared to mission kuruskan badan okeh. Sbb aku memang bila pregnant je,selera makan ngalahkan org bela hantu raya. Tak terkawal2, mmg aku akan makan start dari bgn tido, mengunyahhhh je...sampai la aku nak tido balik mlm tu nanti...hahaha

Tapi, bagi aku..semua nya tepulang kepada diri kita sndiri kan...nak amik makanan berkhasiat, nak control food intake bkn je utk mengelakkan gemok, tapi memgelakkan kena minum air gula masa 5 bln check up nanti...and utk sentiasa rasa cergas dan tak cepat penat sbb aku ada sorang toddler and sorang baby lagi nak jaga weiiii...ko ingat aku leh feeling2 ibu mengandung dpt rehat sepanjang masa??? Nehiiii!!!


Masa hari kedua aku dpt tau aku pregnant tu, pagi aku bgn tekak ni teringinnnnnn sgt nak makan meggi goreng, Dah berbulan gak la aku tak sentuh meggi sbb tgh diet kan...So tekak tu mcm terasa2 kesedapan meggi goreng ayam. Dari dlm kete aku takleh focus apa dah. Daddy ajak borak pun aku pandang muka dia dah serupa meggi goreng. Hahahaha...Sampai je Pelita, dgn senyum lebar aku order meggi goreng ayam...ayam kasi part peha...Walaweiiii....Pastu, aku perasan Daddy jeling aku. Muka masam gila...Mcm nak telan aku jer..


Bermula lah bebelan beliau...Membebel dari start aku order tu, sampai ke helaian meggi yg terakhir masuk tekak aku....Dia ckp aku ni over. Berbulan2 boleh je berdiet tahan diri. Dapat tau je pregnant dan2 teringin itu ini. Baby baru besar kacang. Kang badan dah serupa gergasi...Bla..Bla..Bla...Ko tau la org lelaki ni bila bebel. Mereka jarang bebel. Tp skali bebel tu...amboiiii..tak reti2 nak stop ok..Aku tunduk je kesedihan tapi dalam hati melonjak gembira dapat gak makan meggi goreng idaman kalbu...hahahaha...tak makan saman punya bini. Tp masa tu aku sedih sket la. Sbb mmg aku teringin sgt2. Wey, org tak mengandung pun sometimes teringin makan mcm2 kan..Org lelaki pun ada rasa teringin2...Salah ke once in a blue moon nak teringin kan?? Bkn sbb pregnant jer.....


Pastu aku pikir2, betul gak apa Daddy ckp. Jgn la jadikan pregnancy ni alasan. Aku dah 2x experience tak boleh control kenaikan berat badan masa pregnant. Pastu nak turun balik bkn main seksa. Patut kena la control setakat yg termampu dari skrg kan. Dah mmg ditakdirkan aku ni bila mengandung je, gemok. Asal berisi je, gergasi. So kalau hati and diri aku try nak control, insyaAllah tak berapa gergasi la kan...Terpulang pada diri aku sndiri. Bkn la sbb tkmo gemok sbb tak cantik. Ada je org gemok yg cantik. Cuma aku ni bila gemok aku jadi lembik. Kurang stamina. Susah bergerak. Anak kat luar ada 2 org. Kan ke susah kalau dah susah bergerak kan....

Terima kasih Daddy..Walaupun kata-kata u menikam kalbu, tp dapat gak menyedarkan wife u yg ingat dia ada lesen utk gemok ni...hahahaha.....Daddy amat2 mengenali diri aku..Dia tau aku tak suka gemok. Dan dia juga tau aku takleh control makan. Agaknya dia pun confuse cara mcm mana nak menyelamatkan aku dari menjadi gergasi. Gemok tak suka,  makan takleh control. Payah tu. hahahaha...


Ok, so dgn ini aku set my 1st stage mission. Aku akan cuba sedaya upaya...During this 1st trimester...aku hanya akan naik 2kg sahaja..Iyer, bunyi mcm agak mustahil...Tp try ler dulu...If nak ternaik terlebih sket 3kg ker...4 kg ker...kang 2nd trimester pepandai la control balik...Dulu time pregnant Adelia mission aku tak naik lebih dari 27kg masa time aku pregnant Arsyad...tp aku failed...Aku naik sampai 94kg...hahaha...So mission aku skrg, sampai nak beranak nanti, aku takmo naik lebih dari 94kg.....Weiii..gilaaa..lagi 6kg nak ke 3 digit...uwaaa..takmo..takmo..takmoooooooo....


Skrg berat aku is 74kg...kekeke...lepas detox dpt 73kg aritu..tau2 diam2 naik sekilo. Takpelahhhh....(padahal gerammm je rasa..). 74 ke 94 is 20kg..yes, aku akan try sehabis mungkin utk membenarkan diri aku naik MAX IS 20KG SAHAJA!!!....berjaya atau tidak....kita tgk la nanti yer..hehehe


Ok la dah nak start kelas dah ni. Next Monday dah exam. Lalalalala....preparation mmg tak ada langsung. Aku nak bawak otak aku je dlm exam hall nanti. Perah la otak sehabis mungkin utk kali terakhir nih. Tak daya dah nak buat2 revision lagi. Lagi aku study, lagi aku confuse. Kahkahkahkah...


Utk kawan2 yg still nak tau pasal detox diet tu..jgn segan silu. Aku leh je share apa aku tau walaupun aku tak berdetox dah skrg. Tgk ramai gila kawan2 yg try detox and berjaya turun byk...aku pun jadi happy....sbb aku tau perasaan dpt turun berat badan...kekeke..


ok Bye.

6 comments:

mama4A's said... [Reply to comment]

bagus2 mission tu.. insyaAllah zu boleh.. bnykkan makan mknn yg berkhasiat utk bby k. akk nie sejak tau zu preggy terus mission diet entah ke mana pergi.. huhu...

insyaALlah akan cuba kuat semangat!!

Afne said... [Reply to comment]

zu, (afne lbh selesa panggil mulan sbnrnya hehe) tahniah yea! murah rezeki hang sekeluarga.

moga semuanya dipermudahkan, amin.

dieya said... [Reply to comment]

omg zu.. u r preggy???
congrats!!!
dah takyah susah payah nak diet.. hahaha.. ehhh jangan, diet diteruskan, tp diet yg sesuai utk ibu mengandung laa kan. kawan i citer yoga instructor dia preggy dr 4 mths sampai bersalin tetap jua beryoga. so body sgt cantik, perut je besar, part lain semua maintain.
good luck for your deutch exam!

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Selly,

Seriously, akak adalah org kelima yg ckp bila tau zu pregnant, maka mission berdiet pun punah hancur...eh, jgn begitu...if nk stop diet, moh pregnant sesama..wakakakaka

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Hi Afne,

Thanks sbb sudi singgah blog sy..Mulan pun ok...hehehe...Ye, murah rezeki kali ni..Alhamdulillah.. :-)

ZuNas77 said... [Reply to comment]

hahahaha..Nadiahhhhhh...i mmg tgu2 u punya comment...i'm sure u mesti terkejut punya!...Arsyad pun u tak sempat tgk lagi kan..skali nak masuk no 3 dah..kahkahkah..

yes, yoga mmg bagus. tp i tak minat yoga ler. if tak pregnant pun mmg tak minat nak buat yoga. badan takde flexibility kot..kekeke..insyaAllah i nak try cara lain. tgh study cara hollywood's celebrities workout time preggy. Amboiii..nak ikut cara celebrity je kononnya..hahaha..

i miss u!!!