Pages

Mar 29, 2012

Adelia 2nd checked-in kat KPJ Kajang

Balik je dari PD lepas family day tu..anak dara aku kena diarrhea. Stok melampau2 sbb sampai 8-9 kali berak sehari. Tp minum and makan mcm biasa. Nangis, merengek, sikittt pun takde. Tp dok la berak-berak. Dia ni plak jenis if berak pun dia tak berbunyi. Tau2 dah bau harummm je kan..hahaha..Kalau abg dia jangan lagi. Dari kecik, kalau ko tak perasan dia berak, haa..siap lah...dia punya nangis mcm dalam pampers tu ada duri mencucuk2 punggung dia tuh!!!..sabor je lah..

Start kena hari Ahad mlm..then Isnin tu dah check out kan..aku ckp kat Daddy balik kang amik ubat kat klinik je. Then kita monitor je. Selasa aku antar school, aku pesan kat cikgu dia skrg tgh berak2. Tp so far tak serious sbb dia tak lembik, dehydrated ke apa. Dia cergas je mcm biasa. Cuma kena la check slalu pampers dia. Takut tak selesa sian dia kan. Balik tu aku amik, cikgu ckp satu hari dah 7x dia berak2. Balik je rumah..berak lagi. Aku bukak pampers, OMGG...terkejut gila...habis kawasan private dia tu melecet!!!...Merah2..siap kat celah2 tu dah mcm luka dah...Eeee....ni mesti kes cikgu tak check slalu pampers ni. Mesti dia biar taik tu lama2 dlm tu. Aku jaga dia diarrhea 2 hari tak melecet mcm ni. Kat school baru sehari dah merah mcm kena panggang je kulit anak dara aku tu. Geram!!!!

Tp nak marah pun tak guna. Cara ko jaga lain dari org lain jaga kan.Redho je la. Esok tu terus aku  ponteng kelas. Jaga dia kat umah. Setiap kali tukar pampers, setiap kali tu aku sapu diaper rash cream tu. Sian sgt tgk kulit dia. Tp amazingly budak ni sikittt pun tak nangis. Padahal kulit merah menyala aku sendiri ngeri nak tgk. Baik anak mummy....**sebakk..

Hari Khamis aku takleh ponteng lagi la kan. Aku terpaksa antar school. Hari aku jaga kat rumah tu dia dah kurang sket berak2. Dalam 3-4x satu hari tu. So aku igt masuk Khamis dah ok la kan. Tp aku tulis note besar2 utk cikgu, aku letak dalam beg Adelia. Suruh dia tukar pampers setiap sejam. Lantak la berak tak berak, kencing tak kencing. Sbb kulit melecet mcm tu, kena air kencing pun pedih tahu!. Aku antar pampers sebeban. Nak pakai 20 pampers pun tak kisah janji melecetnya kurang. Pastu aku suruh sms if dia berak lebih dari 5x sehari...

Ptg tu cikgu sms, ckp adelia dah berak 5x sampai kul 5pm tu. Terus aku call PM Care, amik GL, shoot gi KPJ Kajang. Daddy kata confirm doc suruh admit. Sbb dah 4 hari kan...Ubat clinic pun dah nak abis....Memang betul...Doc dengar je aku ckp berak 5x sehari (minimum), paling byk 10x sehari, terus dia suruh admit. Walaupun adelia nampak cergas, makan minum mcm biasa, tak nampak lembik and dehydrated, tp kita tak tau kandungan air and glukose dalam badan dia...takut dah kurang...

And confirm2 la kena masuk drip kan....Aku agak seriau bab2 ni..sbb baca blog Diah, anak dia kena drip kat Prince Court, sampai berlubang tangan!!!....Seriau gila tgk. Terus aku ckp dgn doc, aku nak doc pakar yg masukkan drip. Takmo nurse. Doc tu senyum je. Dia kata if doc pakar or anasthetic mahal sket la charge nya. Eh lantak..dari tangan anak aku berlubang kan....
Lagipun bkn aku yang bayor pun...kekeke

:: Time ni nurses nak tgk ada line ke tak..then boleh bgtau doc kat mana nak cucuk...::

:: Serious je muka Adelia tgk nurse tu....mmg kat tgn tak jumpa line ok...Lemak semata!. hahaha::

:: Muka mengejek nurse sbb tak jumpa line kat tangan...hahaha::

:: Skali hambek.....kat segenap bahagian kaki diaorg belek...lama jugak lah nak cari line kat badan budak gebu nih....::

Dah selamat masukkan line segala....lega sket aku. Then Daddy ajak aku balik sbb nak packing barang2 Adelia. Eh, budak ni line dah masuk. Dah kena naik atas letak drip. Mcm mana gaya plak nak mintak balik dgn drip2 bagai ni kan. Tp Daddy tak confident nak kemas barang2 sendiri. Kang ada je tak complete. Haihhhh...terpaksa la mintak doc bawak dia balik, and masukkan drip later je. Cuma nak bawak balik dgn line and jaga abg dia yg lasak dari nak usik2 tu agak susah la kan..Mencabar!

Settle balik rumah kemas2. Nurse kata single room tak available. For tonight kena duduk double bed dulu. Tu yg aku lemah time warded ni. Zaman skrg ramai betul budak sakit. Nak dapat bilik single kosong mmg payah. So ktorg pun duduk la share dulu. Dengan sorang budak lelaki ni sakit diarrea gak. Dia dah 2minggu. Rotavirus. Mlm2 nangis2 tak berhenti. Sian parents dia dok pujuk. Aku dgn Adelia ok je. Ktorg leh je tido walaupun bising. Itulah kepakaran kami...hahahaha...Cuma motif sampai kul 12mlm ada org dok dtg visit budak tu pastu dok selak2 curtain aku nak jenguk2, sumpah aku tak paham!!!..

Esoknya, aku mintak Daddy tolong jaga plak. Sbb aku takleh ponteng kelas dah. Exam dah nak dekat. Lagipun kelas aku 4jam je. Tak la lama sgt Daddy kena tgu kan. Adelia pun mmg tak meragam langsung. Cuma kena jaga dia jangan tarik drip tu.. Dia ingat suka2 ke doc nak cucuk and letak drip kat kaki dia? Suka2 je dok tarik2. Ngeri aku tgk. Buatnya jarum tu tercabut..Eeeuuuuu....aku lari dulu.. hahaha

Kul 3pm aku sampai spital balik. Tgk anak beranak tgk sedap tido. Daddy tido mmg tak sedar terus. Rupanya2 dia pun tak sihat. Dia ckp penat tgu org sakit. Aik, 4 jam je kot...hahaha...So dia nak balik rehat....Ptg kang baru dtg bawak abg bertuah tu...Iyolah...Kita jadi mak ni kalau nak sakit ke, nak penat ke, mmg kena jadi org terakhir. Lepas anak, bapak...kang last2..baru kita leh tak sihat plak...hahaha

Ptg sket dah dpt bilik single. Jiran aku sebelah katil tanya nape tukar bilik? Sbb anak dia bising sgt ke? hehe...terasa plak dia. Aku explain ler tak..mmg sementara tgu bilik kosong..hehe

Abg Abdullah Arsyad sampai je..harus la haru biru jadinya kan....Ada satu masa tu Adelia nangis nak susu..Pastu aku dok cari mana botol susu dia. Seingat aku mmg aku dah bawak masa pindah dari bilik double room tu. Tp cari2 tak jumpa. Berulang2 kali aku gi balik bilik double room dok cari balik kat sana. Tp mmg takde. Rupanya Arsyad letak dalam peti ais!!!...Sampai sejuk beku botol2 susu Adelia...Sabar je lahhhh

 
:: Setiap kali nurse dtg check dia...mmg dia bagi kerjasama yg jitu...suka observe apa nurse buat...::

:: Lena sgt tido..padahal aku tukar pampers dia setiap 2 jam...sikittt pun tak bgn..hehehe::

:: Kang lapar..mintak susu....kenyang...main sendiri...susu balik...main balik..tido....alhamdulillah, sakit mcm mana pun budak ni mmg tak byk ragam..::

:: Kaki kan kena tambat...so main kat area2 situ je...pun dah happy abis dah....::

:: Buah Hati Mummy::

:: Ini masa mamai2 nak tido...isap ibu jari, tarik2 sket mata....5 - 10 min lepas tu lelap. Sendiri tido.::

:: Posisi terbaik....Suka duduk sini sambil tgk tv::

Aku mmg bersyukur sgt2 la...jaga Adelia ni elok time sihat, sakit, masuk spital, bawak travel, mmg tak banyak ragam. For now...takmo ckp lebih2...takut ragamnya kuar nanti2 plak...hahaha...Dia akan main sndiri, layan diri sndiri, kang penat, ngantuk, tido sendiri....klau kita rajin, kita dukung2 dia, main dgn dia, lagi dia suka. Terkekek2 ketawa...tp kalau kita malas(mmg slalu aku malas..haha), dia golek2 sndiri pun takpe...Takde hal punya!!

Sampai Ahad, aku ckp dgn Daddy, aku tak kira, nak mintak doc discharge gak. Sbb kang Isnin Daddy dah takleh cuti, aku dah takleh ponteng kelas, sapa nak tgu Adelia. Abang Arsyad???? hahaha..Lagipun Adelia dah tak diarrhea dah. Doc ckp bila check najis dia, dia kena virus from bugs kat PD. Boleh gak jadi mcm tu eh? Sbb susu and nestum dia ok jer....

Doc dtg round, dia pun kasi ktorg balik. Yeay!!!....Gembira aku. Bkn apa, keje rumah menimbun menunggu. Dok spital dgn Adelia walaupun tak susah, tp tension kejap2 nurse dtg check temp..kejap2 dtg tukar drip....tgh tido mlm 3-4x dtg....itu yg buat tension...benda lain ok je. Food pun sodap. Hahaha...Pastu nurse2 kt situ suka dia. Kejap2 kang ketuk bilik mintak pinjam dia...Sonang keje mak kau....hahaha

 
:: Yeay!!!....saya sudah boleh balik....::


:: Akibat hari-hari cuba tarik drip...hari terakhir dan barai begini...hahaha::

:: Dah sampai umah....saya dah sihat!..Alhamdulillah..::
 Ramai org kata aku ni suka masukkan anak ke hospital. Anak sakit sikit, masuk spital. Anak sakit sikit, masuk spital. Pastu siap ckp anak-anak aku slalu sgt sakit. Eh, sekolah ke tidak org2 itu eh? hahaha.....Budak2 dok nursery begini lah...Arini anak aku selesema, kang dah baik, budak lain plak kena. Pastu jangkit balik kat anak aku....Baik kejap....budak lain bawak batuk, dapat batuk plak....Biasa la tu. Siapa berani guarantee budak duduk di jaga dlm rumah TAK PERNAH SAKIT???? hahahaha...mmg gila sapa yg berani jamin mcm tu...

Bab slalu masuk spital...sbb prinsip aku dgn Daddy ni sama. Listen to your doctor. Klau doc aku suruh admit, admit je la. Dia pun ada principal, takkan dia suka2 nak admit just sbb anak aku selesema 2-3 hari kan??? Ada la reason dia..if demam seminggu dua tak turun2, or batuk byk phlegm sampai hari2 kena buat physio....terpaksa lah....Jgn amik mudah benda2 gini...Penat kejap sementara budak2 ni nak membesar, takpelah....Kang diaorg dah besar panjang, rindu kang korang nak berjaga malam time diaorg demam..Time tu anak2 umur dah 20, ko nak suruh telan panadol pun dia ckp korang busy body...hahahaha

Senang hati anak2 dah sihat. Mula lah Daddy suruh aku plan bawak diaorg jalan2...Aku ok jerrr....hahaha...Tempat di tuju mesti la yg ada Zoo, atau Safari, atau tempat binatang2. Abdullah Arsyad tu theme2 park ni dia tak main. So nak gi Gold Coast ke, Disneyland ke...nanti2 la dulu. Jimat duit mak bapak dia...kekeke...Nnti dah confirm mana mau pergi, aku shout kat sini....

Ok dah nak tido...mata dah ngantuk..
 

4 comments:

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

seronoknya pegi jalan2 lagik
akak baru hint nak pegi bukit tinggi...en adha kata...book je hotel kat klcc..sama gak..hotel..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ZuNas77 said... [Reply to comment]

hehehe..Kak Ila, kelas En Adha tau..Hotel kat KLCC..ktorg pun tak pernah stay kt KLCC..keke...saya hanya menurut perintah...daddy arsyad tu suka bawak anak2 jalan2...so saya menumpang bahagia je lar...hahaha

qemaishak said... [Reply to comment]

geram je tgk adelia tu, senyum manjang walau tgh sakit:)

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Qema:

dia tu mmg murah senyuman sket..sakit mcm tak sakit je..hehe