Pages

Mar 4, 2012

7 Days Detox Diet...The Result...

Setelah berhempas pulas selama seminggu, tujuh hari, 168 jam, 10,080 minit, 604,800 saat...hahaha..melampau..akhirnya aku BERJAYA menghabiskan 7 DAYS DETOX DIET yg aku idam-idamkan....Yeehaaa..

Perasaan bila sampai pagi isnin 5 March ni, rasa mcm lega, teruja, restless, happy,penat..mcm2 la bercampur baur. Bgn je pagi terus aku cari weight scale..And aku tersenyum....hehehe

Started my 7 days detox diet on Monday, 27th Feb, and habis arini on Monday, 5th March. Nak tempek gambar aku captured masa timbang tak bawak la plak USB nak trasnfer from bb..tkpela lain kali aku tempek gambar k..

Monday 27th Feb berat aku adalah 81.1kg...

Today 5th March berat aku menjad 75.1kg..

TOTAL LOST IS 6 KG..on the dot...tak sangka plak on the dot kan..kekeke

Fuhhh...mmg aku sndiri pun rasa mcm tak sangka dapat abiskan 7 days nih. Mmg sejak dulu if aku try buat diet ni pun mesti paling kuat 3 hari. Paling sekejap 4 jam. hahahaha..Kali ni mmg nekad abis kot. Sbb dah penat la dok on off diet nih. Kejap turun, kang naik balik. Turun skit, naiknya byk..tak larat. Now mission aku nak buat terus. I want to lose 20kg in 3 months. Ini target je. Dapat tak dapat, belakang cite. Janji usaha mesti kena jitu. Takmo dah nak ada "my cheat day" or nak postpone2 ke apa..TAKMO!!!

Aku mmg happy sgt dgn result 1st week nih. Tp aku takut gak sbb this week kena rest. Takleh sambung. Badan nak rehat juge. So takut aku lupa diri. hahaha. Mmg aku rasa kelainan walaupun bkn byk pun 6kg kat badan aku ni nak bandingkan dgn lagi 14kg nak turun kan..haha..Tp kelainan maksud aku stamina makin ok. Tak cepat letih, tak cepat rasa lesu. Rasa bertenaga je tapi sedikit mengantuk dlm kelas tadi sbb aku tak cukup tido kot mlm tadi. All in all, badan ni rasa FRESH sgt..

Kepada kawan2 yg nak berjinak2 dgn Detox Diet nih..silakan yer..Tp aku nasihatkan for the first timer, korang start la 3 hari dulu. Biasakan diri dulu. Jgn paksa diri nak buat 7days terus. Takut badan terkejut, korang tak larat, terus terhenti tgh jalan. 1st week start 3 hari dulu, then 2nd week 5 hari ke..pastu baru try buat full course. InsyaAllah, confirm korang pun boleh buat...

Meh aku ceritakan serba sedikit apa aku dpt belajar gak dari 7 hari nih..

  • From 1st day until 7th day, ko WAJIB minum air paling kurang 2L, paling ok 3L. Wajib. kalau ko ngelat, confirm berat ko tak turun. Air adalah penyumbang utama dlm diet ni. Dia bagi badan kita sentiasa hydrated, and dia akan "bersihkan" segala toksin2 dlm badan dgn cara keluar melalui urine. Mmg ko akan buang air kecil 10 kali sehari. Tp dgn cara itulah berat ko turun. Abis tu sekilo sehari tu kuar kot mana ye tak? So pls make sure ko boleh minum air dgn byk kalau nak buat diet nih.
  • Bila hari buah, jgn sekali2 ko nak try cicah2 buah dgn dressing mcm thousand island ke, serbuk asam ke, sbb nak kasi sedap or laju nak telan. No added flavor, amik buah sahaja ok. Sbb if ko dah tambah mcm2 perisa kang, defeat the purpose.
  • Hari sayur, paling elok sebenarnya kalau korang beli sayur hijau. Mcm sawi, kangkung, bayam. If mcm kobis ke, carrot ke, boleh jugak. Tp mmg dah terbukti lagi hijau color sayur tu, lagi bagus kan. And cara masak tu kalau boleh jgn la berminyak, bersambal, bergulai bagai. Kalau dpt ko makan just celur2 lagi bagus. If tak lalu dek tekak, goreng je pakai olive oil and siram sket dgn sos tiram. Pun boleh juge.
  • Hari paling azab adalah hari pisang+susu and hari tomato. Aku hampir2 menyerah kalah gak la time buat hari azab nih. Dah la lepas pisang+susu, esoknya terus tomato plak. Haihh..mmg kena kuat semangat gila. Tp korang kena percaya kat diri sendiri. Mmg tak masuk dek akal kalau nak abiskan pisang 8 bijik, susu 3 gelas sehari. Tp sebenarnya boleh je. Aku makan pisang setiap 4 jam. Abis gak 8 bijik tu. Masa tomato pun sama. Potong tomato kecik2. Makan pejam mata bayangkan ko tgh kunyah buah paling sedap di dunia. Hahaha...Confirm korang pun akan berjaya melepasi hari azab ni juge.
  • Jgn makan apa2 atau minum apa2 selepas pukul 8pm. Ini aku rasa teori aku la. Sbb paling bagus ko bagi perut ko rehat 2-3 jam sebelum ko tido. Kalau kul 8 lebih ko makan or minum, kul 9 lebih dah nak tido, mmg susah gak la perut and system nak digest apa yg ko dah makan tu. Terus rosak diet plan ko utuk turun dgn cepat. So, cepat2 makan, pastikan kul 8 perut ko dah "tutup kedai"
  • Dlm diet ni, mula2 mmg ko akan rasa badan lesu. Dah tu if hari2 balun nasi2, tiba2 1st day buah semata mau tak lesu kan. Jgn layan sgt. Ko rasa lemah je, minum air. Rasa lesu je, minum air. Rasa mcm kurang tenaga je, minum air. InsyaAllah air ni akan membantu ko terus bertenaga je sebenarnya. Bkn dari sumber makanan je. And pastikan korang cukup rehat and tido. Kalau boleh, tido awal, and ckupkan 8 jam tido dgn lena utk badan rehat. Aku masa buat diet ni hari2 lepas isyak je aku dgn Adelia masuk bilik mau tido. Jgn sapa2 kacau. Nescaya mengamuk kang king kong nih..hahaha
Eh, tu je kot. Tips2 yg boleh di share dgn korang utk try diet nih. Tp nasihat aku, utk org yg TAK PERNAH DIET, sila jgn terus nak try benda ni sbb teruja. Seeloknya mula2 ajar perut ko tu utk stop makan malam dulu... Jgn makan selepas kul 7pm. Pastu next stage ajar perut utk start control carbo intake. Kalau boleh stop makan nasi. Bila dah serasi, baru la try detox diet nih. Mmg la diet ni adalah diet plan yg selamat, tak memudaratkan. Tp tgk org, tgk penerimaan korang. If rasa pening2 tak larat langsung,pengsn pulak, dah susah.. so kena buat yg bersesuaian dgn korang. Start dari bawah, sikit2. Jgn terus nak jadi champion dpt abiskan 7 hari plak kan. Tp if rasa diri ko mampu, lagi bagus..teruskan....Lawan rasa nak quit tu..confirm ko dpt abiskan 7 hari ni...

Plan aku skrg, minggu ni nak start workout. Bila hilang 6kg, badan jadi mengelebeh. hahahaha..Perut berlapik2 berhayun2 bila jalan. Kahkahkah..So nak start cardio nak firming kan mana yg patut. Then next week nak start detox semula. Tgk la apa pulak result yg aku dpt nanti. InsyaAllah aku share kat sini. Ramai sgt tnya kat email, bbm, fb pasal diet nih. Aku tak lokek info. Jgn takut...Tanya lah apa2..InsyaAllah apa aku tau, aku share. Tp aku sndiri pun lom kurus lagi, so jgn la tanya gaya aku ni pakar plak kan..hahaha

Jom sapa yg nak join..and sila la share journey anda skali ok...semoga dpt menjadi pembakar semangat utk yg lain2 jugee..

Selamat menguruskan badan..kekeke

7 comments:

mama4A's said... [Reply to comment]

zu,apa2 pun thniah yer..
cuma nk tnya yg hari 5-7 tu kan ada dia suh mkn 1 cn nasi.. zu amik tk nasi or any carb untuk ganti nasi tuh?

share sikit..

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

kuatnya semangat zu

akak pun nak ikot lah cam neiH

Pinkjambu said... [Reply to comment]

tahniah ye mulan sayang, nih buat saya bersemangat nih!! kekekeke.. eh saya pulak kan paling suka hari pisang + susu.. ngam2 kat opis sejam sekali dok ngulang nguyah pisang montel, susu hl pagi tghari petang.. 1 kotak beso.. kekeke... mlm minom ayo jah, sebab kenang smp terlentang telan pisang.. hahaha.. eh sumpah ler nk stat balik!! huhuhuh

Pnut said... [Reply to comment]

aarrghhhh malas baca...
*dengki*

dieya said... [Reply to comment]

Oh zu i'm so proud of u!!!
Tak lama lg musti u bleh dpt balik body langsing mcm model b4 kawen dulu.

Anonymous said... [Reply to comment]

hari kelima tu makan nasi dgn ape?makan tu je boleh?nasi + 6 bj tomato?klu mkn sayur ok tak?

Anonymous said... [Reply to comment]

hari kelima tu makan nasi dgn ape?makan tu je boleh?nasi + 6 bj tomato?klu mkn sayur ok tak?