Pages

Jun 5, 2011

Buying house - full of headache!!!!

Tekanan betul di hari isnin yg indah dan murni ini....haihhh..

Ok aku tak tau la bagi korang2 yg dah experience beli rumah kan..Mcm aku baru nak menjinakkan diri dalam permasalahan ini. Sbb rumah aku dduk skrg mmg Daddy Arsyad dah beli sebelum ktorg kawin lagi. Dia ckp nak pinang anak dara org kena ada rumah, sediakan tempat tinggal. hahaha..So aku simpan duit utk beli barang2 masuk rumah je. Itu pun sakit kepala dgn duit nak kawin, dgn duit nak beli barang masuk rumah (pakcik tu demanding lebih..dia nak rumah complete giler utk dia dia masuk..last2 ktorg cat bilik2 dlm rumah tu sendiri sbb dah takde budget nak upah org..wakakakaka..)..so pening2 kepala bab2 beli rumah aku tak experience langsung masa tu.

Then sbb aku dah keje pun nak masuk 8thn. Rasa mcm rugi plak takde harta sendiri kan. Dari duit abis gitu jer, baik la kita invest kat mana2. Niat nak beli masa arwah mak ada lagik. Nekad nak mak merasa dduk rumah atas tanah. Tp maybe masa tu rezeki lom sampai. Dok cari2 rumah tapi tak jmpa yg dlm budget aku nak. Tau2 la harga rumah skrg..GILA. Kang ajak mak aku duduk Kuala Kangsar, dpt gak Semi-D sebijik harga 200k. hehehe

Then this year baru bernekad betul2 nak cari umah. Di sbbkan aku nak pindah nanti, rumah tu abg aku yg sulung yg akan duduk. So aku cari bersama2 dia lah. Dah dapat rumah harga ok la kat Amansiara Selayang...Harga pun ok sgt setelah rezeki terserempak dgn owner rumah tu kat Club House. Jgn main2 ok rumah tu ada Club House..hahaha..Dia memang nak jual rumah tu dah amik agent tp sbb agent lembab kot setahun rumah tak berjual. Dia contractor kat sana..dok renovate 7-8 bijik rumah kat sana..So ok la tgk rumah cun dekat dgn Club House and yg penting menepati ciri yg kami nak..

Pic semua amik dari pakcik google. Nasib la ada no phone agent2 tu yer..kalau rasa2 korang pun minat..call la mereka2 nih..hehehe

:: Entrance..::

:: Kawasan dia berbukit2 sikit::

:: Ini ler ala2 club house...janji ada swimming pool, gym, tennis court, badminton court segala..and tmpt makan..::

Di sbb kan abg aku yg nak dduk, so dia tak kisah dduk Selayang. Sbb skrg dia dduk Wangsa Maju, then tak la rasa jauh. Aku beli rumah ni dgn harga RM220k, keluasan 22x75. Sama luas dgn rumah aku kat Kajang, tp aku dua tingkat, sini setingkat jer. Sbb townhouse style. So rasa rugi gak di situ. Tp sbb pikir lagi lama harga lagi naik, and family aku takmo dduk area Kajang / Bangi, amik je la kan...

Settled part pilih rumah. Then bab procedure plak. Sbb aku nak gi July, nak mintak la diaorg cepatkan process. Tau la process beli rumah ni kan makan masa 3-4bln gak nak settled. Gi buat loan kat bank, dah sah2 dua minggu. Itupun mula2 diaorg offer aku 80% loan je sbb diaorg check kat Bank Negara aku takde record hutang langsung. Dah tu mmg aku tak amik card credit, belum beli apa2 harta, mmg la takde record. And bkn ke lagi bagus org takde record dari berlambak hutang2 kan..Fight balik, a week letter baru approved for 90% loan.

Ok settled bab loan, now nak appoint lawyer. Aku amik lawyer yg sama owner tu amik sbb senang document dah ada kat dia semua. Then dia prepare S&P, dia ckp aku kena prepare 10% downpayment terus. Aku plak igtkan aku bayar booking 2% dulu, utk dia keluarkan booking form pastu aku withdraw EPF utk bayar remaining balance. Rupanya tidak boleh begitu yer...

Part ni paling aku panas kat EPF. Tujuan diaorg nak tolong pencarum bayar 10% deposit if nak beli rumah kan..Sbb ye la mana semua org ada duit ribu2 dlm bank anytime leh beli rumah. So kita di bolehkan keluarkan saving dlm EPF tu sikit. Tp document dia nak mak aiiii..menyakitkan hati. Firstly nak copy of stamped S&P. Dah kalau ko gi signed S&P tu, sah2 10% duit ko kena bayar dulu kan..Org ado2 yg duit berkepuk2 ok la. Org mcm aku takkan tiba2 nak ada puluh2 ribu kan..Sbb tu la adanya simpanan dlm EPF kononnya..Then discuss2 balik ok la leh la korek sana sini nak cukupkan duit bayar dulu 10% tu. Kang siap semua document leh terus withdraw EPF sbb dia kata dia amik masa 14 hari bekerja je kannn..

Ok S&P semua dah signed. EPF nak offer letter from bank. Which is takde masalah sbb loan dah approved kan. Then aku check2 balik, mak aiii..bkn main byk lagi document dia nak sebenarnya...meh aku listkan sbb aku pun tak tau apa kena mengena semua document ni dgn procedure nak KELUARKAN DUIT AKU SENDIRI!!!..

1.  Copy of signed S&P - paham la kan sbb nak bukti pembelian.
2.  Copy of offer letter from bank - pun paham ler sbb nk tgk loan atas nama sapa..
3.  Consent letter from developer if korang beli atas org lain - If atas developer leh amik surat dari developer jer. If atas org lain nak kena consent letter la plak. - Aku tak paham apa kena mengena dgn EPF. Janji yg beli rumah tu atas nama aku, loan aku, mmg takkan nak tipu lagi aku nak amik duit tu utk beli gula2 kan??? ni nak kira beli dari developer lah, dari org lah..
4.  Status of the house - if leasehold, kena g pejabat tanah dapatkan dokumen pindah milik. - ni pun aku tak pahammmmmmmmm!!!!

Skrg ni documents no 1 and 2 je yg dah settled. Aku call lawyer mintak dia gi uruskan consent letter tu dia kata it will takes 3-4 weeks to settled. Then surat dari Pejabat tanah tu another ONE MONTH!!!...So campur dgn urusan dgn EPF, lagi 3 bulan la baru dpt kuar seciput 10% tu...so korang rasa2 la kan..benda ni menyenangkan pengguna ke...or membuat rasa pengguna malas nak go thru all the hastle and just lupakan je hasrat nak dpt rumah idaman???

Aku tak tau la aku yg bengong tak reti nak handle benda2 ni, or semua org pun ada masalah yg sama. Come on la, if org ada duit puluh2 ribu nak letak 10% downpayment, tak payah susah2 gini kan. Itu belum masuk duit lawyer yg dekat 6k. So sebenarnya nak kasi pengguna senang ke tak nih??? Nak2 harga rumah skrg paling busuk pun 200k. So paling kurang org kena ada 20k nak dulukan duit rumah kan. Pastu nak kena menunggu 3-4 bulan document semua settled baru nak dpt balik from EPF. By that time aku dah makan meggi hari2...

Itu tak payah la aku nak sentuh bab Skim Rumah Pertamaku konon tu...Gaji kena bawah 3k, harga rumah tak lebih dari 250k. Hahaha..mcm tak hagak2 je requirement kan..

Haihh...aku anggap je la ini dugaan utk dpt rumah idaman...So far lawyer aku ckp dia try settlekan segala document tak masuk akal tu secepat mungkin. If aku ni kaya, byk duit, tak payah heran dgn duit dlm EPF, dia tak payah sediakan semua document2 tu..and tak payah charge aku utk semua tu...haihh..sabar...sabarrrrrrrrr...

Penat nih dok ulang alik office lawyer kat Shah Alam nun, sehari puluh kali call EPF, call developer, kejang2 perut aku nih...Harap2 semuanya settle sebelum aku pergi..Saja betul masalah nak dtg time mmg fikiran tgh serabut nih...gerammmmm!!!

Pendek kata...sapa2 yg nak beli rumah tu..baik simpan dulu duit puluh2 ribu kasi cukup 10% downpayment..kasi cukup lawyer fees semua...dapat kunci, dapat documents complete semua baru la leh harap duit kat EPF nun...tu belum nak masuk rumah lagiikkkk..hehehe..itu pening lain plakkk..

Harap di permudahkan segala urusan kita nih...Amin....

Jun 2, 2011

Gerammmm...

Firstly, thanks to all yg comment kat previous entry...ada yg email, ada yg sms..ada yg terkojoit call terus..hahaha..sabar yer org2 kampung..saya tau anda semua terkejut..saya lagiii la sampai skrg tidak berpijak di bumi yg nyata nih..kekeke..so far exact date mmg belum tau lagi. yg kitaorg dok tau is July..bila tanya diaorg kata tetap pergi July...diaorg igt perut aku ni nak stay forever masa July nanti kot...haihhhh..

Takpelah kita lupakan sebentar masalah itu..skrg nk happy2 sbb nanti nak gi shopping sikit2 barang2 baby..walaupun 2 thn lepas pernah merasai excitement itu..tp sbb kali ni lain sket, so lain la rasanya kan..Aku plan nak beli baju baby sampai umur dia 6 months jer..sbb insyaAllah if gi sana time summer..bila deliver pun still summer, lepas tu dah kena tukar outfit..so kenapa nak beli byk2 kan..baik beli kat sana jer..aku pun 1st time nak gi 4 weather country nih so agak confuse di situ..nasib ada kawan2 yg leh tolong..Dora, confirm soalan2 i akan bersangkut paut bab2 pakaian nanti..hehehe..

Dulu masa tau nak dpt baby boy, excited betul tgk baby girl pnya baju..gerammm je...tp skrg asal keluar, aku rasa baju baby boy plak yg smart and comel..hahaha..ntah apa2..aku cuma takut si Arsyad tuh. Kang tgk baju baby ada flower2, ada ribbon2, dia pelik. Sbb aritu gi Bandung aku belikan kwn aku baju tido princess utk anak dia. Arsyad tgk aku unpack, jmpa baju tu terus nangis2 nak pakai. Gilo ke hapa. hahaha..dia mana la tau dia tak boleh pakai baju princess kan..Dia tau asal baju semua baju dia. So jgn la nak berebut baju dgn adik nanti. Tak senonoh muka awak pakai baju pink bunga2 ada gambar butterfly kat bontot ok!!..kekeke

Aku plan nak beli stock baju baby from newborn sampai 6 months, then barang2 nak berpatang nanti (mcm la pantang sgt kan..kot2 kfc bedal hari2..haha), pastu dah la. Sampai sana kang baru la nak cari stroller ke, baby cot ke apa. Byk je kedai kat sana. Sbb pikir nak bawak dari sini mcm mana lah plak kan..Smpi sana nak angkut and unpack semua lagi. Dah la aku dah sarat betul2 masa tu. Ish, takleh bayangkan.

Esok nak check up baby. If doc betul2 confirmkan gender, baru la confident nak beli baju baby..kekeke..Sbb ye lah kan, mana tau dia main2 ke sebelum2 nih. Seronok betul skrg la byk fashion baju matching mommy and daughter..comel je tgk..aku nak baju matching2 sgt pun wat apa plak..bkn nak keluar jalan sgt kat sana..pakai baju cantik2 pastu jom tgk tv kat living room. hahaha..tension je kan.

Pastu tadi kat FB Kak AJ penang posted vid michelin baby...terus aku google gambar2 michelin baby..OMG comel betul!!!..hahaha..tp scary gak...so far anak2 buah aku, semua jenis yg sedap2 di dukung and di peluk. Semua 3.0kg ke atas time lahir. Termasuk lah Arsyad. And Arsyad bila dah keluar lagi besar dgn jayanya..Tp takde la sampai jadi michelin baby nih..kalau adik arsyad keluar begini, harus kenyang mak dia hari2 sbb dok gigit je keje..hahaha

:: Tgk tu berapa byk lipatan tu...gerammmmmm::

:: Peha sampai keting kaki sama size jer..hahaha...::

:: Pipi siap merah2..comelllll!!::

:: Tapi bila dah besar gini dah tak comel dah...takut plak aku tgk..::

Takpelah, michellin ke, kurus ke, janji baby sihat kan...Ramai org suka baby gendut2 sbb comel, and org akan ckp "Eeee..sihatnya baby nih" sbb org tua2 ckp tak baik ckp baby gemok kan. Aku pun tak tau apa musabab nya..Alah org tua2 selalu larang2 buat apa2 bkn ada sbb musabab pun. Just sbb tak boleh. so terus tak boleh. Tak paham aku.

Tp baby2 ni pun bahaya gak. kalau berat melampau2 sgt dari yg sepatutnya..Comel memang la comel. Tp yg paling penting kesihatan dia kan. Bila baby2 rasa gerammmm jer..Tp bila dah besar takleh la biarkan. Kena la suruh dia diet ke apa ke. Not good for their health..

Apapun, aku harap adik Arsyad akan lahir dgn selamat, sihat dan sempurna..Walaupun maybe mcm2 dugaan kat sana sbb kitaorg handle sendiri2, and mcm2 kekurangan sbb bkn sama mcm beranak kat Msia kan, tp janji semuanya selamat. Tak kira la kat mana, tak kira la bila, tak kira la mcm mana...Harap di permudahakn and selamat semuanya..Aku sebenarnya mcm2 pikir dlm otak ni, takut mcm2, tapi buat2 cool jer...sbb takmo pressure..hehehe..

Arsyad, sila rajin2 jaga adik ok. Jgn nak ngelat2, jgn nak jadi manja terlebih, jgn nak mengada2. Mummy dah la tiba2 nak tukar profession dok umah jaga anak2, kalau Arsyad notty, mau daddy balik tgk mummy jadi Hantu Kak Limah kang.haha..cutting badan dah sama..tinggal nak bela rambut sampai lutut je..kekeke

Ok la tak sabar nak gi tgk baby esok..harap2 sihat semuanya...

May 30, 2011

Preparation for a new life....

Semuanya bermula dlm bulan March lalu. Masa tu Daddy just bagitau aku MAYBE dia kena transfer for job attachment kat somewhere..Masa tu aku relax jer. Sbb so far dengar-dengar nak kena transfer ni dah byk kali dari sejak dapat Arsyad. Tapi maybe belum rezeki lagi waktu tu...So we all relax2 ajer..

Then early April mcm tu Daddy bagitau benda ni mcm confirm jer. Sbb boss besar dah panggil and inform kat dia. Masa tu baru aku rasa kelam kabut..Rasa je dulu ok..actual kelam belum lagik..hahaha...Spt biasa aku download rasa kelam kabut kat Salina, and dgn kecekapan dia dduk kat overseas bertahun2, terus dia bukak mata aku yg benda ni opportunity...bkn benda yg nak di kelamkan and bkn benda yg susah..insyaAllah, with preparation, everything will be fine...

Yg aku risau, sbb dgn anak dlm perut nih..EDD mmg la Sept, tp the last month yg aku leh fly is July. Mula2 ckp nak gi sana June, so aku adalah lega. Tp tiba2 jadi July, and dgn segala gedebak gedebuk kang jadi August mcm mana? Aku takmo duduk sini beranak dulu sorang2 then gi sana later2...Takmoooo..takmoooo!!!!...

Mula2 risau pasal nak beranak, pastu risau pasal keja plak. Ye la sejak grad aku keje, tetiba nak brhenti mmg rasa sayang la plak. Memang la cita2 aku nak dok umah. Tp aku plan bila Arsyad start masuk sekolah nanti. Sbb masa tu aku nak betul2 tumpukan perhatian kat education anak2. Itupun kalau rezeki memihak kat kitaorg. Tp kalau time tu aku masih kena kerja utk stabilkan ekonomi keluarga, kerja la aku sampai tua kan..hahaha..Tp ni tiba meniba rasa mcm tak ready plak. Dah la masa tu dah masuk April, aku kena bagi notice sebulan at least. Meaning early June aku tender, utk blah July. Sbb mesti la aku nak berhenti keje awal sket nak uruskan apa2 nak pindah ni kan. Bila bgtau boss aku, dia agak sedih la. Then dia ckp dia tak kira, aku kena cari replacement aku, train betul2 sebelum aku blah. Ewahhhh...satu hal plak masalah baru dtg kan..Makin pening la mak buyung nih..

Tp aku percaya pada rezeki yg Allah dah tentukan utk kami..dulu asyik dengar2 nak kena transfer, tapi tak jadi maybe sbb masa tu byk lagi "urusan" yg belum settled. Arwah mak sakit teruk, kalau aku gi masa tu mesti rasa serba salah. Tp skrg lepas arwah mak dah selamat kembali ke rahmatullah, barulah benda ni betul2 jadi. So aku percaya Allah dah susun atur elok2 utk life kami. Bkn rezeki kami dulu ada sbbnya...Skrg rasa kalau kena pergi pun, tak byk sgt masalah nak kena pikior kan..Mmg ada jgak masalahnya, tp insyaAllah akan aku tempuh gak nak tak nak kan..

Then boss aku ckp jgn la quit. Sayang sgt sbb dah lama keje kat sini. Cuba apply unpaid leave kat management. Mana tau dpt..Serious aku tak pernah dgr plak pangkat rendah mcm aku apply unpaid leave. Gi ikut husband posting plak tu. Aku pernah dgr org nak gi overseas sambung study pun tak lepas unpaid leave application diaorg. So gamble je apply. Skali within a week terus approved!!..terkejut betul aku. Alhamdulillah...mmg betul Allah s.w.t dah tentukan rezeki org ni kan. Slalu org pandang rendah aku keje jadi kuli jer, tapi tak tau begitu istimewanya aku di mata company..hahaha...

Aku lega sgt2..dpt perlepasan 2 years unpaid leave with medical cover. At least kat sana ada medical cover sbb mahal kan...Mmg rasa diri ini begitu di hargai..hahaha...Settled satu masalah, now masalah nak tunggu date plak. So far mmg July tp exact date tak tau lagi. Aku berdebar sbb end of july aku betul 34 weeks. Which is lepas discuss dgn gynea, dia leh buat surat sampai 34 weeks sahaja. Then aku tak puas hati, aku call MAS. Tanya diaorg kasi pregnant passenger fly sampai berapa minggu..Then dia ckp 36 weeks..LEGA!!!...so if extend sikit, worst come to worst if date kena 2nd week of August pun aku still leh ikut. Terus aku call gynea bgtau, dia ckp dia tak kisah nak tulis surat up to 36 weeks. Tp aku jgn lupa..Arsyad dulu keluar 36 weeks!!!!..hahahaha...Jgn adik dia ikut jejak langkah sudahlah...Ada gak yg kena push dlm flight ni kang....kekeke

Last day aku kat office is 1st July 2011. And aku kena balik ke pangkuan company by 1st July 2013. InsyaAllah harap di permudahkan semuanya. Aku nak chow 1st July sbb nak ample time utk packing2 apa patut, settlekan apa patut. Sbb ye la by that time perut pun dah membesar, badan dah berat, mau lipat satu baju, tido....lipat satu baju, tido..cukup sebulan dpt la satu beg..hehehehe..

Memang we all excited dgn life baru yg akan di tempuh ni. Walaunpun dlm hati mcm2 aku pikir, tp aku nak jadi positive. Apa pun jadi, ke mana pun kami, asalkan kitaorg tetap bersama, insyaAllah semuanya akan jadi ok..Tp kalau di takdirkan aku tak boleh fly time tu, kena tinggal sini beranak dulu then baru gi, aku pasrah dalam kepedihan. Hahaha..bkn sbb aku nak gi sangat, tp sapa tak sedih nak deliver baby tanpa hubby kat sisi...Arsyad kalau leh masuk labor room takpe..Ini aku sorang2 dlm tu. Sbb KPJ Kajang mmg bagi hanya husband dan ibu sahaja...So tgk la rezeki aku mcm mana nanti...Aku redha je apa2 ketentuan..janji itu yg terbaik utk kami sekeluarga..

Daddy Arsyad tu relax je aku tgk...janji dia dpt main golf tiap2 minggu..Sbb kat sana belum tentu dpt kwn nak layan golf lagik..hahaha..Aku skrg hanya prepare dlm otak apa nak buat starting 1st July...sbb masa tu baru aku betul2 free dari kerja...so 100% focus boleh di situ..harap sgt sempat buat semuanya, and ikut apa yg aku plan..

Thanks a lot pada kawan kesayangan Nadiah sbb introduce kwn sekolah dia kat sana..Thanks a lot Nadiah!!!..love u so much. kwn u tu baikkkk sgt...apa i tanya semua dia jawab panjang lebar tanpa sebarang rasa bosan pun..i yg malu.

Thanks gak kat Syerah yg introduce auntie dia gak...Pun sama saya yg malu nak tanya lebih2 takut ganggu jer...tp auntie awak mmg baik sgt2..Skrg saya lom byk soalan sgt lagi. Tunggu la lagi 2-3 minggu..hhehehe

Ok skrg nak sambung serabut, pening dan kelam....hahaha..

May 26, 2011

Sorry Baby....

Entry kali ni aku nak tujukan khas utk si kecik dlm perut nih..Sedar tak sedar dah 5 bln dia dlm perut aku...Sedar tak sedar okeh..dulu time Arsyad tiap2 minggu monitor..masuk je minggu baru, terus bukak babycenter tgk apa perkembangan baby dlm ni...then bukak buku tgk mcm mana besar dia, apa dia leh buat apa suma. Tp skrg tup2 dah 5 bln without aku betul2 monitor..baru nak masuk 2..kalau 4-5 kang mcm mana???? huhu..not good..not good...

Tp kira ok la at least monthly check up aku tak lupa...Vitamin supplements semua tak lupa gak..Ada kwn2 aku yg bila dah bz dgn anak2, monthly check up baby pun leh lupa...biasalah dah byk tanggungjawab kan..Tp betul la org ckp. Pregnant sulung lain dgn pregnant yg lain2. Time sulung ko concentrate dgn diri sndiri and pregnancy jer. Bila dah ada lagi sorang kat luar, nak bagi attention kat yg luar lagi, dgn badan yg berubah2 lagi, dgn keje2 lain lagi...mmg byk benda nak kena cope..

Dulu gambar scan baby letak cantik2 dlm album. Tiap2 bln takde miss pun..skrg ni merata je aku letak. Lepas kasi Arsyad tgk, then ntah mana2 letak. Ish, sedih plak rasa..nak kena cari balik..nak beli album utk letak elok2 mcm abg gak..Sian baby..sorry mummy bz sgt skrg...tp mummy takkan lupa baby dlm ni..Mcm mana nak lupa makin hari makin active dia swimming...kalau lepas makan je lagi galak dia dlm nih..suka ye mummy mkn byk2? hahaha..

Preparation plak, dulu time Arsyad, takde la beli awal sgt. Tp simpan duit awal2. Then time sale beli benda betul2 berbaloi. Seawal masa 4 bln preggy lah. Beli sikit2. Sebulan 3-4 pasang. Lama2 byk la dpt kan. Skrg satu hapa pun tak beli lagi. Walau sehelai baju. hehehe...Daddy kata next month kita gi skali harung, beli terus semua apa nak beli. Dun worry k baby, insyaAllah if next check up doc confirmkan lagi gender, boleh mummy beli gaun byk2..,hehehe

Pregnancy kedua ni paling mencabar aku rasa. Dgn mabuk teruk gak la the first 3 months, pastu selalu dpt serangan heartburn yg sangat annoying, salah makan je angin satu badan, then masuk je petang kepala berdenyut2, badan lenguh2, kaki rasa mencucuk2. Sbb tu aku slalu gi cuci rambut kat wisma central nun. Walaupun kena jalan jauh, tp bila kepala kena urut sejam dgn sedapnya..rasa lega sikit....Pinggang lom sakit sbb kali ni rasanya kebesaran badan seimbang dgn perut. hehehehe...Dgn Arsyad perangai manja tak tentu pasal. Mlm2 je merangkak nak tido satu bantal dgn Mummy. Tarik tgn mummy suruh peluk dia. Itu ok lagi, skali mlm tadi dia mimpi apa ntah terus tendang2 perut mummy. Senak giler...Terjerit2 panggil daddy, terus dia nangis igt kena marah...Ish, terkejut je la Arsyad..tak marah aihhhh...tendang la lagi...kalau berani..hehehe

Memang sekejap sangat dah half way thru...lagi 4 bln insyaAllah bertambah la ahli keluarga kami. Itu satu lagi benda yg menganggu fikiran aku skrg. Persiapan mental dan fizikal yg bkn calang2 nak aku tempuh nanti. Itu nanti aku cite, sbb belum masanya..hehehe..Aku berdoa sangat2 harap semuanya di permudahkan...Semuanya akan aku tempuh dgn tenang demi utk suami dan anak2..chewaahh..ayat tak boleh blah nak gi beranak je pun..mcm nak gi bertempur kat medan perang je..hahaha

Badan makin membesar, perut makin ke depan. Hari2 org tanya aku.."Zu, dah 7 bulan ke?" terkejut kejap. Adakah sebesar itu tumbesarannya? Tp mmg nampak besar..bila aku belek gambar pregnant Arsyad dulu, mmg perut kali ni besar sikit. Maybe sbb lemak2 dah sedia ada, bila ada baby dia tolak lemak2 kasi mampat, terus nampak besar..hahahaha..

Next month nak start shopping barang baby..tak sabarrrr...next check-up nak pastikan betul2 gender..sbb if boy takpe kalau kuar girl, leh gagah lagi pakai baju gambar kereta, roket semua. Kalau ckp girl, tp kuar boy??? mcm mana gaya anak aku pakai pinky2 reben2 nanti? hahahaha....

ok la till next entry..byk benda nak cite tp masa tak berapa ada...Hari2 masuk office mesti rindu budak busuk kat rumah tu...Tgk la vid bawah ni gaduh dgn mummy pasal dia nak baby boy..kekekeke. Tgk part last skali mcm mana dia suka2 hati bangun, letak siku kat perut mummy, tekan utk tampung badan dia nak bgn..suka2 tauuu...senak kejap perut aku...sabarrr je la Abg arsyad..