Pages

Feb 21, 2011

Apa punya pendek akal la kan...

Tgh layan2 youtube terjmpa la video nih. haihhh...ntah apa nak jadi la. Aku pernah je tgk video2 org mencuri kat Al-Ikhsan, kedai baju, anak beranak mencuri..tp bila tgk video ni suami isteri mencuri susu utk anak, rasa mcm sayu pun ada. Tp bkn aku simpati kat diaorg plak. Rasa sayu dgn nasib anak2 yg di beri makanan haram oleh mak bapak yg berfikiran cetek.

Hello..bkn semua org senang dlm dunia nih. Bkn semua org mampu kasi makanan kat anak2. Tp Allah Mahal Adil. Setiap anak itu ada rezekinya. Terpulang pada kita cara mcm mana nak cari rezeki tu. Jgn la amik cara singkat kan..Pikir la sikit hari ni ko leh save Rm400 sbb dpt susu curi, tp kang tup2 esok wallet hilang plak abis duit gaji utk beli benda lain dah takde. Ko amik hak org, hak ko pun kena tarik kan..Haihh..serious takde kata2 yg mampu nak ckp if dgn org yg berfikiran mcm ni. Maybe diaorg terlampau susah mana tau kan, tp amatlah tak boleh mencuri susu di kedai runcit. Siap vid ni org panggil "Geng Kangkang" hahahaha...Kalah geng Kapak weyy....

Apapun aku harap couple ni cepat sedar and bertaubat. Sampai bila nak kasi anak minum susu dari hasil gini kan. Or sebenarnya dia jual susu2 nih..eh, entahlah. Tgk muka, mmg nampak normal je couple nih..

Paling aku tak setuju bila pembuat vid ni nak masukkan bab politik plak. Come on la wey..Jgn la asyik nak salahkan kerajaan jer. Susah sgt ke rakyat kat Msia nih? Sila lah bersyukur dgn apa yg kita ada..Nak salahkan org, tunding jari tuduh menuduh tak perlu. Yg penting kita usaha nak majukan diri sendiri..

Enjoy the video...paling tak tahan background music. Seiring Sejalan yo...hahahaha


Feb 20, 2011

Sangat malas...

Eh...perangai malas aku akhir2 ni dah tak dpt di bendung dah. sangat2 malas okeh. nak bergerak amik air pun malas. nak jalan 5 langkah kalau boss panggil pun malas. rasa nak jerit je dari tmpt aku agak2 dia leh paham apa aku carutkan..hahaha..mmg sangat2 malas dah lembab dan berat dan melampau2 punya pemalas..

Hari2 gi keje, daddy Arsyad drive aku spt biasa tido dlm kete. Sampai office gi bfast, dia gak yg mkn roti bakar aku bantai nasi lemak or nasi goreng (i jarang mkn mlm, so pagi mkn heavy sikit *Alasannn!!!).. Pastu naik office aku try merajin2kan diri cergas buat keje..tp rasa malass..nak berckp pun malas, nasib keje tetap jalan..kalau tak mau boss pun benci tgk aku..hahaha

Weekend skrg daddy dah kembali gila dgn golf. tiap2 minggu gi menebas lalang2 kat golf course tu. Aku tak kisah nak ngadap budak kecik tu sorang. Tp dia punya peel tak reti main sorang2. Asyik2 la nak wrestling dgn mummy dia yg malas. Kejap2 ajak mummy masuk playroom main tulis2 la, kereta la, tembak2 la, sampai la dia suruh duduk dlm khemah dlm playroom tu tak keluar2 sampai aku rasa dah mcm duduk dlm sauna dah. Panas giler okeh. Pastu kejap2 nak turun minum air. Dah bwk air naik nak biskut plak. Dh bawak biskut naik nak coco crunch plak. Penampar nak??

Itu tak masuk lagi if dia boring dok umah. Ajak jalan keluar sampai rumah hujung lorong nih nak tgk dog umah cina tu. Jauhnya ada lah dlm 20 bijik umah kot. Peluh gak la ketiak. Pastu sampai sana if dia nak tgk 5 min je takpe. Ni if tak setengah jam tak sah!. Dah la nampak ktorg anak beranak mcm tgh terpegun tgk anjing yg kurus belaan jiran aku tuh. Serious pelik org tgk okeh. Tp dah peel Abdullah Arsyad if tak bwk, dia guling2 nangis smpi 2 jam sapa sanggup tahan? Dah bwk kejap YB Kajang pun happy la dah melawat kawasan. Layan lagi main ke, tgk Upin Ipin ke, sampai kul 1 lebih paksa dia tido. Paksa ok. Paksa. hahahaha. Siap ckp if Arsyad tak tutup mata, mummy nangis. And ko ingat anak aku dan2 tu nak sedih???..Berangan la Mummy...

Bila Daddy balik je lega selega-leganya. Sampai daddy suruh siap2 nak keluar pun aku tak nak sbb aku nak rehat je. Baru jaga anak sorang setengah hari dah gaya keje membajak sawah kan? over. Tp dah mmg penat nak buat mcm mana. Sapa2 ckp aku over, sila lah amik Abdullah Arsyad jaga setengah hari tgk. Aku respect sapa ckp anak aku behave, tak penat nak jaga. hahahaha..

Mlm plak kul 9 lebih dah tido. Pastu terus tak jaga2 sampai 5.30am keesokkan paginya. Itupun leh sambung tido lagi dlm kete on the way gi keje. Ntah apa nak jadi lah kan. Dah la daddy arsyad sikit punya baik mlm2 anak nangis dia yg bgn, anak nak minum ke, nak susu ke mmg sejak Arsyad 7 bln dia yg bgn. (iyer, saya sgt bersyukur dpt suami memahami gini. Sejak Arsyad 7 bln saya dah tak payah bgn mlm, itu semua adalah tugas dia. hehehe). Pastu pagi2 dia gak yg drive kete..hehehe..Tkpe la kan Daddy, asalkan Daddy dpt main golf hujung minggu..Mummy dpt bergusti dgn Arsyad pun Mummy happy (sila jgn percaya..hahaha)

Bila la aku nak cergas dan rajin ni. Penat la gini. Sbb aku mmg slalu terlompat2 pnya spesis. Berjalan mmg aku suka nak2 yg kuar pagi mlm baru balik. 5 shopping complex satu hari pun aku tak kisah. Tp skrg nak gi kedai mamak dpn umah pun bercinta okeh.

Byk entry nak buat sebenarnya. Entry Bali dari thn lepas tak update2. dok la dlm draft. Agak2 thn dpn baru update aci tak? hahah..Pastu nak tulis pasal Bday Arsyad. Eh, tgu la kerajinan menjelma..bila tu tak janji..tp harap2 cpt la..

Ni buat entry ni pun menguap dah 5x..ntah apa nak jadi mummy Arsyad nih..

Feb 9, 2011

Tak Sama Ke????

Sedih....sbb org ckp "Eh, si Arsyad ni muka sapa eh?? Mummy dia ke Daddy dia???...Hmmm...cuba try analyze gambar2 di bawah...

:: Masa baby org ckp features mcm Daddy..::

:: Color ajer mcm Mummy::

Tapi aku tak puas hati bila dok belek2 Arsyad and dok pikir muka sapa la Arsyad nih..muka sapa dia ikut???....

Mummy kah??

Daddy kah??

Or gambar bertiga baru leh nampak kot....

Muka sapa??

Muka sapa agak2??..

And if ada plak org ckp muka Mummy dia..org yg tak rasa muka Mummy tu kerut2 kening..mcm imposible sgt dia ikut muka Mummy...

Tak sama eaa???

Tak sama langsung kah??

Serious sikit pun tak sama??

Sikittttt pun tak sama???????

Well, pendapat org berbeza2 kan..Tp jgn la dok ulang2 ckp muka sapa la Arsyad nih..ikut kulit sapa la...mata sapa la...hidung sapa la..kalau in denial sgt, cuba tgk hidung kami...tak sama jugak?? sila korek bijik mata!!


Mengalahkan Nak Kawinkan Anak...

InsyaAllah sabtu ini, 12th Feb genap la si Abdullah Arsyad 2 thn. Mmg kejap masa berlalu, kang tau2 dia dah nak masuk sekolah, tau2 dia dah ada gf, tau2 dia dah nak kawin, tau2 aku dah nak jadi nenek..kekeke..mmg jauh sgt aku pikir dah nih..Tp alhamdulillah, sepanjang 2 thn bersama dia, amat2 bermakna dlm hidup ktorg suami isteri. Mmg byk cabaran nak besarkan dia, nak jadi parents yg sempurna utk dia, Alhamdulillah dia jadi bdk yg sihat.

Last year his 1st bday takde celebration besar. Sbb Daddy arsyad tak berapa suka nak buat2 bday party. Family aku plak mmg suka sambut bday. Tak kira la bday sapa2 pun dlm family tetap kami sambut even beli kek kecik share ramai2. Masa ktorg kecik lagi la boleh di katakan every year buat bday party. Arwah mak suka masak, suka panggil org makan. So setiap kali bday anak2 mmg buat makan2. Aku rasa dari umur setahun sampai 5-6 thn kot. Lpas masuk sekolah kurang dah sbb ktorg pun dah rasa tak berapa happening buat party time skolah sgt. If nak sambut pun mak masak, aku panggil kwn2 dtg rumah makan2.

And then last year sbb arwah mak tgh sakit. Agak keji la if aku buat bday party time mak sakit kan. So kami hanya buat kecik2 je. Beli kek kecik and KFC hantar school utk arsyad tiup lilin kat school, then beli kek and buat makan2 sikit kat Wangsa Maju dgn family aku. Janji bdk tu happy walaupun tak paham apa2 lagi masa tu..and spt biasa, hanya mak dia yg over excited terlampau..hahahaha


:: Lawak giler time ni dia takut tgk kek. Cikgu dia pegang terus dia nangis2:

:: So tpaksa la mak dia dtg menyelamatkan keadaan..dan mengambil kesempatan posing maut skali..hahaha::

:: Masih lagi confuse..apakah yg mummy aku suruh buat nih???::

:: Tetap dgn muka confuse::

Tp masa ni tak best sgt coz aku sampai lambat. Ramai bdk2 dah balik. Tapi takpelah janji Arsyad terpegun tgk kek dan confuse bila kena tiup lilin and potong kek..hahahaha

Then celebration kat Wmaju plak. Arwah mak baru kuar hospital gagahkan jgak masak utk cucu kesayangan. Nasi Ayam kegemaran kami sekeluarga siap ada kuih muih. Siap lagi belikan arsyad hadiah patung monyet yg leh joget. Sampai skrg jadi patung kegemaran Arsyad..

:: Eh, takkan confuse lagi kot Arsyad..::

:: Tgk la sapa yg terlebih happy sebenarnya. Bday boy masih confuse utk 2 hari berturut2..hahaha::

:: Yeay, dah mula happy sket..::

:: Makin bertambah Happy tp org baju belang tetap lagi happy terlampau..hahaha::

:: Muka Happy tak dpt di bendung lagik::

Bagi aku, mmg la tak payah nak bazir2 buat party2 besar bagai sbb it's just a bday kan. Tp aku rasa ada la certain level kita kena celebrate. Mcm 1st year tu kita celebrate sama our 1st year as a parents kan. Kita pun sama ada milestones. Sbb mostly development bdk2 mmg byk time 1st year tu. So apa salahnya kita celebrate just utk kenangan. Buat sekadar termampu. Jgn la ko nak buat party kat hotel ke, kat taman ke, sampai ribu2 kan. Pandai2 la budget..

This year bday celebration Arsyad lain sket. Friday ni akan sambut awal sket kat school sbb Selasa kan cuti Maulidur Rasul. If aku antar kek Isnin, takut tak ramai bdk kat school. Nanti dia sentap. Sbb skrg dia dah paham apa itu "Bebeday Yuyu". Dok la order nak kek Upin Ipin sejak 2-3 bln lepas. Siap order nak meehoon goreng and ayam goreng skali. Amboi..byk cantik. So bila anak dah mula excited, harus mak dia apatah lagi melompat excited kan. Hahahaha..

So plannya gini. Jumaat antar kek and food sikit kat school, Aku dah siap2 kan party favors utk bdk2 kat sana. Dlm 20 org kot. Brg2 Upin Ipin. Kata tema dia Upin dan Ipin. Nanti dah siap aku amik gambar tempek sini ok. DIY. Mmg murah banget cost dia. Beli secara pukal. Then lepas tu Saturday potong kek kat Wangsa Maju. Sana mmg acara wajib. Ramai cousins Arsyad menunggu nak celeb bday Arsyad. Then Ahad plak buat pertama kali beli kek potong kat Cheras. Sbb kebetulan bday Adam Mihael yg jatuh hari Ahad tu gak.

And yg paling penting sbenarnya ktorg lebih nak buat kenduri doa selamat. Kami bersyukur kepada byk benda yg jadi dlm hidup kami selama ni. So, masa cuti Maulidur Rasul tu ktorg buat la kenduri kecil2 kat rumah Cheras. Buat skali aqiqah si Arsyad since masa cukur jambul dulu tak sempat buat. Bdk tu kan suka binatang. So ada la peluang dia tgk 2 ekor kambing di sembelih nanti. Dok la tanya hari2 bila nak tgk lembu kena sembelih lagi..Puas ckp setahun skali tapi tak paham2..haihh..Kali ni tgk puas2 yer Arsyad..And kali ni lebih bermakna sbb utk awak..So masa tu nnti kenduri kecik2, aku siapkan gak favours utk kumpulan wanita yg baca yassin kat umah. Nanti amik gambar baru leh tunjuk k. Pun murah gak cost dia. Mummy Arsyad kan mmg terkenal dgn suka beli barangan murahan..tp best tau..hehe

Semua barang dah selamat beli smlm. Kek pun dah tempah. Nanti outcome aku amik gambar details yer. Tak sabar nak tgk muka happy dia tiup lilin this year. Sbb kali ni dia lebih paham, lebih excited, lebih teruja nak tiup lilin kan. Kita tgk la expression muka mamat tu nanti. hehehe..

Nanti la esok nak buat entry pengalaman beranakkan Arsyad..sbb dulu takde blog. Aku tulis kat forum je. Bagus gak tulis kat sini biar besar nanti Arsyad baca and faham mcm mana dia kuar dari perut aku kan..kekeke..

Ish, tak sabar mau tunggu weekend...