Pages

Aug 4, 2014

SELAMAT HARI RAYA!!!

Hi Uolss....Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin yer..
 
Kepada kawan2 yg kenal aku di alam nyata, aku minta maaf la kalau ada salah silap sepanjang korang kenal aku. Terkasar bahasa ke, Tersakitkan hati ker....
 
 
Kepada kawan2 yg aku kenal di alam maya, walaupun kita tak pernah jumpa ke apa, minta maaf jugak kalau ada salah silap tau....
 
 
Tahun ni aku agak teruja beraya. Sebabnya......Setelah tiga tahun, first time raya tak payah pakai baju pregnant!! hahaha..Rasa mcm gila best dapat pakai baju normal wei...dapat raya dari pagi sampai malam tak penat2..hihihi..Bagi korang maybe biasa je. Try la pregnant tiap2 tahun, baru korang rasa apa yg aku rasa....Tak..ini bkn nak mengeluh ke apa. Dah memang aku yg rela di hamilkan tiap2 tahun kan..Tapi ini cuma luahan perasaan..hihihi..
 
 
So dengan misi nak menguruskan badan ala2 tak sampai target (lagi 10kg nak turun!!), tak dapek la nak bergaya sgt di hari raya. Sob..sob... Takpe, tahun depan masih ada. Sebelum aku dapat arahan utk pregnant balik..Mari lah kita start kan misi utk kurus secepat mungkin!!..
 
 
Bila aku belek2 album raya, tiba2 jadi sebak. Dari berdua, sampai bertiga, ber-empat, berlima and tahun ni ber-enam. Huhuhu..rasa bersyukur sgt dengan rezeki yg Allah kasi kat kitaorg nih. Aku tak rasa ada ramai org boleh tambah org dalam setiap gambar raya. Hahahaha...Bangga sgt dengan pencapaian aku dalam bab ni. keke
 
 
Mari kita tgk balik gambar2 raya dari sejak kawin...throwback moment la konon kan..
 
 
 

 
:: Pengantin bawuuuu...hahaha..takdenya pengantin baru sgt..masa ni first year beraya bersama. Arsyad dah dlm perut 4bln gitu....belum gedik nak sedondon lagi masa ni..hihi
 

 
:: First year beraya dengan Abdullah Arsyad. Baju aku tak siap! So tak dapat sedondon. Gerammm::
 
 
 
 
:: Tahun kedua beraya dengan Abdullah Arsyad. Masa ni tahun 2010 satu2nya tahun aku tak pregnant. Hahaha..Sbb maybe masa ni Arwah mak sakit dan akhirnya meninggalkan kami pada 26 Syawal. Al-Fatihah.....::
 
 
 
 
:: First year beraya dengan anak dara. So mommy gedik nak sedondon. Walaupun masa ni dah agak sarat. Nak gak melaram. Pastu family Daddy ajak photoshoot kat studio. Lagilah hebat kegedikan melaram. Hihihi..::
 
 
 
 
:: Ini tahun lepas. Rakyat dah makin ramai so susah nak capture nice family photo. Ini je yg paling terbaik dpt di snap. Perut dapat di sembunyikan walaupun dah 6bln masa ni. Hahahaha::
 
 
Tahun ni punya special jugak. Aku jenis buat baju raya sedondon 2thn sekali je. Takyah membazir. Takkan tiap2 tahun Daddy nak tempah baju melayu. Recycle sudehhh..Kang byk2 baju melayu dalam almari tu dia nak pakai utk occasion lain plak. Hahahaha...Aku parang je dia kang..kekeke
 
 
Bila fikir2 nak color apa, yg sesuai dengan semua org, pening gak. Aku suka Dusty Pink. Tapi Daddy tak approved. Dia nak color light and soft. Fikir punya fikir, ok la amik Tiffany Blue. Buat lain sket, Daddy matching dengan anak2 dara, Mommy matching dengan anak2 bujang. Takde la sedondon satu tone color satu kain satu papan konsepnya. Mix and match gitu. Hehehe
 

 
 
 
:: Ini lah shot terbaik. Aqil and Aleesya mata ke lain. Tak apalah. Janji mommy comel. Eh! hahaha....Kesian anak2 terpaksa berposing pagi2. Mana la diaorg ada mood kan. Ada mommy kisah????? Hahaha::
 
 
Last but not least, nak gak gedik2 bergambar berdua dengan suami tercinta. Dia ni susah betul nak amik gambar. Aku tgk2, gambar berdua aku dengan dia ada la kot 2-3 keeping sepanjang kawin nih. Hahaha...sadis sgt. So aku ajak dia amik gambar. Dia boleh Tanya "Nak buat apa???" Nak buat kenangan la sayang oiiii..Orang amik gambar nak buat apa lagi? Takkan nak buat pekasam kot..bkn leh makan ponnn..haihhh la sayang oi...
 
 
 
:: Lace tu gigih jahit sendiri tau....2mlm tido kul 3pagi. hahaha..::

 
So korang pun sila letak gambar raya. Meriah..I like...setahun skali je kan....meh la mengedik bersama2...hihihi....
 

2 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

selamat hari raya Zu!

saya pun baju raya 2thn 1x tukar kaler hihi..

seronok tgk gmbr raya family yg bertambah ahli tiap2 thn ye..

semoga dimurahkn rezeki Zu sefamily & bahagia dunia akhirat :)

~fida~

Anonymous said... [Reply to comment]

*awak nmpk selimmm ;)

~fida~