Pages

Jul 7, 2014

Diari Masak Emak-Emak di Bulan Puasa....

Sesungguhnya.....aku memang tak pandai masak. Pengakuan ikhlas nih. Hehehe..Mak aku terror gila masak. Campak-campak lepas 15min siap dah lauk sedap gila. Walaupun simple2 mcm sambal sardin. Slurrrppppp...Tapi aku tak dapat bakat emak. Kakak aku dapat. Dia pun jenis campak2 then jadi jer. Aku ni jangan cakap nak campak, kalau ukur halia pakai pembaris nak tau exact size utk masak pun lom tentu sedap. Hehehe

Lepas kawin, memang terus terang kat Daddy ckp aku tak pandai masak. Nak2 mak mertua aku pun terror masak. So baik ko mengaku cepat dari pura-pura pandai pastu malu di kemudian hari. Hehehe..Alhamdulillah Daddy jenis tak kisah. Masa berdua kitaorg jarangggg gila masak. Paling bodoh pun nasi goreng je lah. Itupun beras 5kg bertahun nak abis. Jangan cakap dah ada kutu, rama2 pun pernah ada dalam bekas beras!. Hahahaha...Nak2 kitaorg bkn jenis pemakan. Malam memang jarang makan. Balik keje sampai umah dah malam. So selamat sket la aku takde la obvious sangat nampak kekurangan diri. Hihihi

Tapi.....cabaran bermula bila dah ada anak2. And anak2 Alhamdulillah jenis pemakan. Ko letak la apa pun atas meja, if tak licin in split second pun, diaorg akan makan sikit2 ulang2 sampai habis. Yang pelik tu sentiasa je lapar. If pagi nak buat nasi goreng, kang kul 11am cakap dah lapar. Mak ko baru nak belek2 recipe pikir apa nak masak utk lunch. Tak terkejar tau...hihi

Lagipun bila anak2 pandai makan, seronok sikit nak masak..Walaupun takde la sedap mana. Tapi bila tengok if menu yg kena dengan selera diaorg tu, makan sampai bergaduh berebut kalau jatuh kutip2 kat lantai, rasa terharu rasa nak lari jerit kat jiran2 mak korang ni ha...kekeke...drama mesti ada...

Usually memang aku tak sempat masak. Balik rumah malam, and aku tak makan malam, so far masak pun simple2 utk anak2 and Daddy. Ayam masak kicap ke, sup daging ke...itu menu anak2. Satu lauk cukup. Most of the time makan nasi kicap dengan telur hancur je. Itupun habis sepinggan. Hehe..utk Daddy dia suka light2. Wrap ker, mehoon goreng ke, mee goreng ke, itupun kalau rajin. Kalau malas dia ngap je lauk anak2.

Tapi bila bulan puasa harus la masak sket kan. Tahun2 sebelum ni aku berbuka kat rumah mertua. Sebab diaorg kat sana pun bertiga, kitaorg datang la memeriahkan suasana di samping menyelamatkan diri dari memasak. Hehehe..lagipun tiap2 tahun aku pregnant. nak masak hari2 tu mmg tobat lah. And dari membazir je kat Pasar Ramadhan, baik la berbuka dengan mertua. Lagi berkat gitu...

But thn nih, tak boleh lah...Dengan anak 4, nak ulang alik Cheras-Kajang, nak berbuka sambil bersilat dgn anak2, end up kang rumah mertua aku yg sepah selerak sbb anak2. Kesian plak nenek nak mengemas bila kitaorg balik kan. So keamanan sejagat di utamakan..marilah kita berbuka apa yg ada and termampu mummy masak jer...

Sahur hari pertama daddy nak simple2 jer. So aku buat telur masak kicap, sayur sawi goreng. Licin je dia makan. Itu lagi selera pagi2 kan. Then berbuka hari pertama sebab Ahad kan..so berbuka la aku kat rumah mertua as usual. takmo malu, prepare la sikit murtabak mini buat sendiri tapi tak sedap sangat ntah apa yg kureng malas nak di bega..hehe...hari ke dua, berkobar la makcik ni nak masak. Keluar office kul 4.30. Amik daddy, amik anak2 layan jem yg maha hazab, end up sampai kajang kul 6.30pm!!!!..Hancur harapan!. Hancur!!!

Dengan hati yg bengkak, singgah la Pasar Ramadhan. Giler ramai org walaupun baru hari kedua. And Daddy nak memeriahkan lagi suasana, usung skali budak2 gi Pasar Ramadhan. Aku dah ckp dia jela pergi, aku duduk dlm kete dengan budak2. Tak...Nak gak beramai2 turun. Punyalah hazab nak tgk food, nak tgk anak yg lari2, nak pegang barang yg di beli, nak tarik and pegang anak...panassssss je rasa masa tu..tapi sbb puasa..sabar..sabar..

Si Adelia kan pantang tgk makanan. Tgh aku pilih lauk, boleh dia main amik je kuih makcik sebelah tu and makan!. Dia ingat ni buffet ke???? adoilaa...cepat2 aku minta maaf and bayar kuih2 yg dia sentuh. Sian la orang meniaga kan...

Beli 2 jenis lauk, kuih 2 jenis, air, murtabak. Habis RM30. Hmmppphh.. Balik goreng sayur je sempat. Aku insist gak nak goreng sayur sbb tgk kakak sebelah aku beli sayur Rm3 utk sesenduk. Hoihhh..celah gigi je tu..

Then hari ketiga makin kuat azam nak masak. Dah siap2 kan bahan dari pagi. Balik je terus berperang. If sampai rumah 6.30 pun aku nak masak. Still akan aku continue masak walaupun dah azan berkumandang. Hahahhaa...gila kuat punya azam.

Dan misi pun berjaya...ni menu hari ke tiga berpuasa...

 
:: Meehoon goreng 2 version. Pedas and tak pedas utk anak2. Asam pedas ikan tenggiri, Sayur kangkung. Kuih beli kat petronas. Lauk kat atas tu kawan aku kasi.::
 
Masak begini pun dah bangga kembang2 hidung dah. Hahaha...Orang dah biasa masak mesti mencebik je tgk menu aku kan. Dia sambil pejam mata pun leh masak. Hahaha...Kasi la can orang baru belajar masak ni nak bangga. Bkn senang aku nak berperang kat dapur mengejar masa tau....


Ni plak menu hari keempat..


::Kari Ikan, Ayam Pandan Berempah, Kacang Botol Tumis, Cucur Udang::
 
Aku palinggggg suka makan cucur. Sebab aku tak makan nasi. Dah tu takkan nak ratah lauk je keje kan...so kena la buat kuih sket. Hari ketiga ni paling win sbb tak beli langsung apa2 utk berbuka. Semua dari hasil titik peluh keringat yours truly. Hiks...nak bangga lagi tu..padahal mak mertua aku masak mcm ni sambil layan Wanita Hari Ini pun boleh..hehehe..
 
Ni Plak menu hari ke-lima...

::Ikan sambal, Ayam kurma, Sayur campur, Roti John special, Kuih muih::
 
Aku teringinnnnn roti john. Tapi ko tau la roti john pasar ramadhan ni main calit-calit je isi dia...Roti keras kejung. Mencik i. So buat la sendiri pakai roti hotdog. Inti sardine. Sedapppp..tapi Daddy muak katanya terlampau banyak inti. Gegurl confuse. Banyak inti pun salah. Nanti aku buat inti calit-calit ala-ala pasar ramadhan utk dia..hehe...Air pun special air koktel. Nyamannnn...
 
Hari Ke-enam...aku berbuka kat rumah mertua. Sebab hari jumaat kan...Esoknya cuti. Boleh la lepak2 kat situ lama sket. Weekend lagi la aku tak masak sbb acara berbuka rumah mertua and rumah abg aku spt biasa. Sabtu repeat rumah mertua. Kali ni aku bawak cucur jagung. Ahad abg aku tak free, so makan dengan kawan2 kat Alamo Kg Baru. Murah gila. Rm35 jer per person. Ada kambing golek. And food selection ok la takde la banyak mana tapi still variety gak la. best.
 
Masuk hari ke-sembilan, dah kena azam baru balik. Nak tempuh jem, nak berperang dlm dapur balik. Hehehe....So ini la menu aku...

 
::Daging salai masak lemak cili api+belimbing buluh. Ayam Goreng. Ikan berlada. Sayur campur. Kacang Panjang tumis. Roti John. Murtabak. Rojak.::
 
Hahahaha..pentamak haloba kan??? kekeke... Hari ke sembilan dah confident sket dengan time management. Sampai Kajang kul 6.15. So berlagak gila tanya Daddy nak singgah Pasar Ramadhan beli apa2 ke? Sbb i nak masak lauk je ni. Kuih2 tkde. Sampai rumah 6.45 pun sempat je masak ni..
 
Wahhh..ko tgk berlagak bkn main aku..Baru masuk dapur beberapa hari ni..hahaha..So dengan kerakusan membeli kat pasar ramadhan, terjadi la semua ni. Tapi tak membazir. Anak2 ulang2 makan sampai malam.
 
Daging salai tu special!. Kawan aku balik Pilah so dia belikan. First time aku masak. Takuttt tak sedap. Tapi jadi sedap plak. Hehehe...Puas hati tgk jilat2 jari Daddy makan.
 
Memang betul orang ckp mcm mana pun puas hati masak sendiri. Sedap ke tak belakang kira. Kalau tak cuba buat and tak pratise, sampai bila la tak reti masak kan. Kena la belajar. Anak ramai..dah semakin membesar. Takkan selamanya nak makan kedai ajer. Kalau kitaorg satu family spend RM30 utk lauk pauk berbuka sehari, kalau sebulan dah berapa? Baik masak simple2 janji kenyang kan...
 
So hari2 kat office ni kitaorg akan share la menu masing2. If ada lebih bawak office kasi kawan2 sket rasa. And yg tak pandai masak mcm aku ni jgn la segan silu nak belajar and tanya2 org...apa yg kita tgk kat internet kadang2 bkn sama kan..tips2 masakan dari org dah biasa masak ni berguna tau...
 
And...amik la kesempatan bln pose ni nak prepare juadah utk suami dan anak2. InsyaAllah..besar ganjarannya. mmg la penat. Mau tak penat. Aku ni tgh masak kang Adelia dtg nak air. Pastu aleesya datang nangis gaduh dgn abg. Pastu tau2 Aqil dah sampai dapur. Bibik pun berkejar ke depan ke belakang jaga diaorg bila aku kat dapur. Pun tak terhandle. Tapi kena la istiqamah lebih sket. Tahan je sementara semua nak berebut kasih sayang ni kan...
 
So menu apa arini??? Plan nak buat beef wrap utk aku. Lauk maybe paru sambal. Ayam goreng rempah (Baki frozen aritu ada lagi). and sayur kobis. Then nak rajin sket buat dessert. Nak buat pengat pisang. Hehehe...Doakan la menu ni menjadi kenyataan ok..
 
Lagi satu, ustaz ckp kalau kita masak, lepas suami makan tu minta la maaf kat dia if ada yg terkurang. Tak sedap ke, masin ke. Kadang2 dia tu telan je nak jaga hati kita. Bkn la wajib..tp lebih afdhal katanya..hehehe
 
Selamat main masak-masak utk emak-emak macam saya. Share la menu korang best tau blog walking tgk meriah masakan korang semua...
 
Kejap je dah 10 Ramadhan weiii....Alahai...
 

3 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

dalam kate x pandai masak tu menu berderet sekali masak..kira dh handal la tu ;)

saya selalu msk nasi & lauk pauk utk sahur je tp msk ptg blk keje la..kami berbuka mkn roti john, murtabak, laksam & kuih muih beli kt psr ramadhan..so far rase sedap..alhamdulillah..

klu hari x keje baru la meriah skit menu homemade tu..hihi..

~fida~

Diana Ishak said... [Reply to comment]

campak-campak pun penuh meja.
kalau akak main campak-campak, memang telo mata je atas meja tu.

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Fida, kadang2 berbuka memang tak lalu sgt nak makan kan..sbb air dah byk minum..hehe...takde la meriah lauk..Nampak je mcm byk..tp lauk simple2 je..hehe

Kak Di!!!!
Giler terkejut tgk comment blogger otai...rasa bangga jap Kak Di sudi singgah baca blog saya siap tinggal jejak!!! hehehe...akak lagi pandai masak tau..arini saya nak try ikan masak stim akak letak kat blog aritu..leleh airlior...