Punyalah susah nak dapat mood menulis kan..Miahaha...Dia punya mood rajin datang kadang2 jer. Lamaaaaa yg takde.. bertabah lah yer. Kekeke
Sebelum tu, nak ucapkan Selamat Berpuasa kat korang. Sama2 la kita amik keberkatan bulan yg mulia ni. Memang penat nak masak sahur berbuka segala nak2 kita yg kerja ni, tapi takpe, "ganjarannya" lebih besar di "sana" nanti. Gigihkan la diri. Aku ni biar tak cukup makan, jangan tak cukup tido. Tapi dengan keadaan skrg aku redhooo je. Harap2 dengan kurang tido dapat bako sket lemak2 di badan. Hihi
Arini nak update pasal anak2. Lamaaaaa tak tulis sini pasal anak2. Kang diaorg dah besar, dah leh baca, beria ckp Mummy ada blog tau tulis pasal korang tapi entry penuh pasal mummy nak kurus and pasal makanan. Sesuatu sgt. Hahaha..
Ok harta dunia akhirat saya yg pertama adalah Abdullah Arsyad. Now umur 5thn lebih. Dari dulu sampai skrg entry pasal dia tak pernah yg aku tak ckp dia agak "mencabar" utk di handle. Hehehe.. Memang Arsyad kasi kitaorg challenges utk jadi mummy and daddy yg sempurna untuk anak2. Kitaorg masih belajar. Dan perlu banyak belajar.
Aritu borak dgn cikgu2 dia masa Mid Year Review. Cikgu ckp dia mmg full of colors. Personality dia memang agak fancy. Suka sgt bergurau, suka berkawan, lasak, suka menyakat org. Dia tak suka dduk dlm kelas belajar, dia cepat bosan. Bila cikgu ajar dia akan pandang tmpt lain or baring takmo tgk cikgu, tapi bila cikgu panggil and tanya boleh je dia jawab. Hahaha.. Sebab tu aku rasa by the time dia masuk darjah 1, aku kena la berhenti keje. Kena focus kat education anak2 pulak. Nak tgk homework dia, nak tgk makan pakai dia. Sbb tau kalau nak harap dia, mmg agak menakutkan la juga. Huhuhu
Now dia abang2 sangat. Protective. Sbb Adelia and Aleesya ikut dia pergi school yg sama. Dia tak boleh org buat adik dia. Tapi balik rumah kalau gaduh berebut barang dia belasah gak adik dia. Hahaha. Arsyad ada masalah nak control diri kalau dia dah terlampau happy and active. Contoh dia suka gila main bola dgn aku kan. Mula2 sepak bola rebut2 bola dia seronok, lama2 dia jadi out of control dia amik penyodok sampah nak tolak bola pakai benda tu. Dia suka nak try benda yg bukan2. Explorer sgt budak ni. Sbb tu la slalu kena marah. Aritu dia boleh makan nasi atas kepala Aleesya. Sebab dia kata bosan makan nasi dlm pinggan. Yang adik dia tu pun elok je duduk tak gerak kepala sbb abg letak nasi atas kepala dia jadikan pinggan. Tak gegak gempita mak ko menjerit? hahaha..Abang..Abang...
Si princess sorang ni Adelia. Kakak Adelia. Kena selalu panggil kakak sbb dia susah nak terima kenyataan dia ada dua adik dah. Hahaha..Ye la kawan2 dia mostly belum ada adik. Dia dah ada dua. Middle child syndrome sgt dia nih. Attention seeker. Terlampau manja. Habit dia suka isap jari and lagi satu tangan nak gentel siku kita. Tak kira la aku tgh drive ke, tgh dukung adik ke, tgh sidai kain ke, dia datang and ckp "Mummy, meh sini. Adelia nak siku". Hahaha..tak tau mcm mana nak kasi hilang habis yg annoying ni.
Kakak Adelia rajin sgt. Cikgu2 semua sayang dia. Dlm kelas kalau buat latihan, dia dah siap dulu, siap mintak extra exercise dia nak buat lagi. Kiasu sgt kau nih. Hihihi. Pastu dulu ingat kan dia tak minat belajar. Mcm slow learner sikit sbb if nak compare dgn Arsyad agak jauh sket la achievement dia. Tapi maybe masa tu awal2 lagi umur setahun lebih. Start dia masuk school dia dah byk vocab. Dah pandai borak. Boleh kira 1-50. A-Z dah dah recognize. Personality makin menyerlah, kalau tak manjaaaa la sgt. Diammm je dulu. Now pot pet pot pet kalau aku marah dia sepatah, mmg dia balas balik dua tiga line. Statement2 kelakar byk gak dari dia ni. Memang suka buat lawak. Nak2 bila bergaduh mulut dgn abg. Bila Abg ejek dia "Adelia tu dah la gemok.." Dia dgn muka mencebik balas balik "Abang tu dah la suka naik kuda". Hahaha...Tak related bukan? Orang kalau nak balas, balas balik statement yg menyakitkan hati org. Dia tak...asal boleh je statement dia..hihihi..
Puteri kedua, Aleesya. Adoilaaaa....Ingatkan dapat anak girl kedua ni akan jadi ayu dan manja la mcm kakak dia. Jangan harap!. Aleesya adalah Arsyad versi perempuan. Lasak, suka buat perangai, garang. Arsyad setahun lebih school kat Little steps, ada 2-3 report pasal dia aku kena sign. Adelia takde report langsung!. Pelajar contoh sgt. Aleesya??? baru seminggu masuk dah ada report. Ni dah 6 bln dia kat situ, dah 7-8report aku sign. Gigit org, tolak org, tarik rambut, rebut barang. Iyer, cikgu kat situ quite strict. Hal sikit2 pun kena tulis report kasi parents sign. Hehehe...Sabo je lah. Sampai kadang2 aku quarantine tak kasi dia g school. Duduk umah nenek seminggu biar dia lupa cara2 nak jadi gangster sekejap.
Kaki pembuli pun iyer gak. Tak padan dengan kecik. Dia kamcing dgn Arsyad. Tapi paling suka buli Adelia. Ada je benda dia nak rebut, benda dia nak rampas, benda dia nak menyakitkan hati kakak dia. Masalahnya kakak dia tu besar, tolak dia skali je dah terpelanting. Dia tu halussssss je. Tapi taiko mengalahkan hapa. Hehe..Kalau nak mintak dia kiss kita pun bkn main susah. Dia akan buat muka tak interested. Rasa nak penyek2 je muka dia tau!. memang tak suka bermanja. If aku kiss2 dia nanti dia tolak muka aku and ckp "dah..dah.." hehehe...ko perangai mcm ni mmg lambat la dapat boyfriend Aleesya oiii..hihi..Tp kat Aqil dia syg sgt. kecik2 dia paham dah yg dia ada adik. Suka main dgn Aqil. Bila Adelia datang nak main skali dia halau. Hahaha...
Baby bongsu saya (setakat ni..hehe) Abdullah Aqil. Alhamdulillah, sangat la senang nak handle budak bambam nih. Tak banyak ragam. Time lapar dia susu, dah kenyang dia golek2 main. Cuma adalah time dia nak manja2 nak kita dukung. If dapat dukung muka bangga tak boleh blah. Ye la adik beradik ramai, sorang nak kencing, sorang nak air, sorang nak roti, dia je tak pandai ckp lagi. Dia dok la terkapai2 tangan bila aku lalu lalang depan dia tapi apakan daya kalau aku betul2 free baru aku angkat. Hehehe... Cuma dari kecik sampai umur 7bln skrg suka sgt berjaga malam. Kul 3am je dia bangun nak susu. Dah susu nak bergurau senda plak. Aku bantai je tido sebelah dia. Sekarang dah pandai korek2 mata, tarik rambut aku. Sabo je lah.
If org tgk and dengar cite anak2 aku memang rasa mcm sesak nafas. Yes, penat memang penat. Anak kecik2 berderet takkan tak penat. Tapi penat yg membahagiakan, InsyaAllah. Anugerah tak ternilai ni. Klau nak complaint je selalu, baik takyah buat anak kan????
InsyaAllah Daddy kata nak tambah lagi. (takuttttt). Tapi bkn skrg. Rehat dulu la 2tahun at least. Penat makcik kuruskan badan tau. Nak kembangggg balik. Padahal lom la kurus mana pun. Cuma bangga gak la dah turun at least 28kg since start mission. Hoyehhhh...
Sekarang banyak kisah2 sedih kita baca bab anak2 kena dera sampai mati dgn mak sendiri, kena kurung sampai kurus kering (ni mmg aku takleh terima la kan), kena tinggal, kena rogol dgn bapak sendiri etc, buat aku rasa loya. Aku ingat org yg ada anak ni memang naluri keibuan nak protect anak2 dia semula jadi ada. Tapi ada gak yg boleh tekan button Off kejap. Haihhhh.....Bila baca cite2 sedih tu, terus aku peluk anak2 rapat2. Beruntungnya diaorg ada yg sayang,yg protect, yg jaga. Kawan2 diaorg kat luar macam2 nasibnya. Huhu..Semoga Allah terus melindungi anak2 harta dunia akhirat nih. Mereka la yg nak menolong kita di "sana" nanti. Hanya ada dua perkara akan di bawa kita di akhirat nanti, Amalan yg baik, dan doa anak2 yg soleh. InsyaAllah...
Sebab bulan puasa, entry pun ala2 ostajah. Kekeke...Ramadhan kali ni aku gigih masak hari2 tau. Nanti aku tayang kat sini ek (kalau rajin). hehehe...
Ok lah, dah nak abis lunch break. aku tak amik lunch break sbb nak balik awal. Nak bersilat kat dapur lagi. Selamat berbuka korang!. Bulan pose jgn notty2 okeh.
2 comments:
fuh.. dh lama gile dh menulis blog apatah lagi blog walking.. arini bukak blog sendiri sbb nk cr resepi.. terus la singgah2 mana yg sempat. hehehe
yeay! akhirnya ade entry baru..hihi..
seronok baca kisah ragam & keletah anak2 ni..
selamat berpuasa zu..
~fida~
Post a Comment