Pages

Feb 19, 2014

Progress...

Sorry la yer..lama sgt tak update..bkn la bz bebenor aku ni kat office..tapi agak bz lah jugak..Dulu kalau nak update blog idea mencurah, and kejap je amik masa. Within 15min siap dah. Skrg ntah kenapa, skills karat ke, dah di mamah usia ke, dok la karang entry 20min tak siap2, sudahnya tak publish langsung..Hahaha..

Ok la sbb ramai sgt yg soh update, ni skrg nak la update my progress dalam Misi Me-nyahkan Lelemak ni kan...Yes, ini la misi berulang-ulang tiap-tiap tahun. Jangan kata korang, aku pun dah naik bosan. Tapi apa nak buat, badan sendiri. Sendiri nak sihat, sendiri nak rasa ringan, sendiri la kena kerja keras.

Aku rasa penurunan kali ni agak slow berbanding last year. Sbb masa tu aku boleh lagi pecah record turun 9kg a month. Skrg ni mmg agak segan2 la dia nak turun. Bila aku kaji2, yes, my metabolic rate problem. Biasalah bila umur dah meningkat, then back to back pregnancy, metabolic rate ko makin lama makin sendu. Lagi susah nak kurus. Diet+exercise yang jitu hari2 pun maybe dapat turun max 4kg sebulan. Itupun dah syukur rahmat. So aku sekarang tengah giat buat research macam mana nak boost up kan balik metabolic rate nih.

So untuk korang2 yg kena turun berat, tapi dok la tangguh2, sila la jangan tangguh lagi. Kita ni bukan makin hari makin muda yer. Jadi lagi lama kau simpan lemak, lagi susah nak nyahkan. Percayala kata-kataku. Tapi jangan risau. Sebesar mana pun korang, sesusah mana pun nak kurus, pasti ada jalan nya. Cuma nak dengan tak aje.

So berat aku masa start mission 1st Jan 2014 adalah 85. Dia ada la point something lepas 85 tu tapi aku bundarkan aje lah. 4 weeks after that berat aku dah 81kg. Ok la 4kg turun sebab yang betul2 aku pulun dier+exercise pun start keje yakni masa 20th Jan tu. Kalau memang dari mula aku betul2 pulun, maybe dapat lagi lebih. Tapi takpe, as a start, this is more than enough dah.

Aku punyalah tension nak pecahkan angka 8 tu. Dua minggu ok dok la stay kat 80 lebih, akhirnya pagi tadi dah pecah. LEGA!!.  So currently berat aku now is 79.7. Nampak pangkal 7 kat depan tu memang la rasa sgt2 bersemangat.

So far aku masih kekalkan No Nasi, No Colored Drinks and No Dinner after 7. TAPI.... ada tapi nya..kadang2 kalau bab dinner after 7 tu terlepas jua. Nak2 bila balik rumah MIL. Susah nak elak. Bab elak nasi and elak minuman manis aku tahan lagi. Kagum tau aku rasa sbb aku adalah pencinta minuman manis. Teh ais tu memang pojaan hatiku, tapi dah 2bln lebih ni tak minum. Ais jauh sekali. Uish...kagum..kagum... hahaha

Ini gambar last year. Masa aku dpat turun secara banyak. Masa metabolic rate tak segan sgt. Beza tak? Ini gambar testimonial. Remember aku ada cakap aku memang tgh amik supplement yang MEMBANTU aku? Nanti aku share yer.  Dgn berat and age sekarang, nak buat sendiri without supplement sgt la payah. Alhamdulillah at least aku dah jumpa benda yang MEMBANTU aku. Dari dulu dok la invest kat benda yang bukan2. Paling haramjadah adalah masa beli PB corset and Herbalife. Mahal gila. Sekuman pun tak membantu. Cit. Tapi ingat, ini adalah untuk MEMBANTU sahaja. Pokok pangkal tetap la diri ko sendiri...



:: If nak try leh contact aku terus pun takpe, dulu contact kwn aku si Kathy ni. Tapi skrg dengan aku skali dah jadi tukang jual. Benda baik jgn kedekut nak share dgn orang. Hehehe::

Gambar sekarang? No. Lom boleh share. Saja kasi suprise. Miahaha...nanti la aku share yer...kasi la aku betul2 selesa dengan diri aku ni dulu.

Kasut sukan dah surrender. Aku beli lepas beranakkan Arsyad. Pulun pakai hari2 selama setahun aku bersukan, lepas tu pregnant Adelia. Then pakai lagi lepas beranak Adelia, tapi kejap je la kan. Pastu simpan sbb pregnant Aleesya. Pakai balik lepas beranak kan Aleesya, pastu kejap je simpan sbb pregnant Aqil. Then thn ni aku baru pakai sebulan. Dah hantar jahit, dah hantar gam, dah staple semua bagai. Tapi tapak dia HANCUR. Hancur okeh!!!..tak tau la aku yang ganas, atau dia yang tak sanggup lagi nak berbakti. Hahaha




:: Tak boleh di selamatkan lagi..::

Pastu nak cari kasut baru pun hazabedah gak. Giler la mahal kasut2 skrg ni kan. Aku ingat lagi kasut tu aku beli Rm259.00 jer. But yer la it was 5 years ago kan. Kot ye pun jgn la melampau sgt mahal nya. Rata-rata semua Rm300 ke atas. Aku ni dah la kedekut. Dengan dah melancarkan Tahun Menjimatkan Duit 2014, amatlah berat hati nak spend ratus2 kat benda2 nih.

Tapi, dah mcm mana nak work out kalau takde kasut kan. Kena la korek tabung utk beli gak. Hehe...Bila dah beli, harus la guna se-maximum yang mungkin. Thn ni takleh letak dalam almari lagi..kikiki..

Setakat ni, aku takde la work out beria. Badan pun baru lepas pantang kan. Takleh nak gasak sgt. Aku just buat light cardio utk dapatkan balik stamina. Then join class sbb memang best classes kat gym bawah tu. Itu je lah. Pastu baru start ajak kwn2 office main badminton seminggu sekali. Time lunch hour sejam tu, jadilah. Lepas keje memang takleh nak plan apa sangat. Dapat jog kat taman KLCC tu 6-7pm pun dah seronok. Sementara tunggu Daddy habis keje.

Now aku try commit for morning workout. Lain sgt feel dia. Work out time pagi ni memang rasa fresh, peluh pun kuar banyak, and best. Aku kuar umah betul2 lepas subuh, angkut anak2 yg masih tido, zass dari Kajang dengan harapan dapat sampai kat school anak2 kul 7.30am. Lepas hantar diaorg, zasss masuk KLCC g gym, start workout kul 7.45am. Buat cardio for 45min, mandi+ siap, before 9am dah masuk office. Jadilah kan....

Kalau aku yang duduk Kajang, nak sampai KL at least one hour, anak 4 org, boleh commit and push diri, tolong la jangan kasi alasan korang tkde time, banyak keje, leceh nak buat ni semua. Jalan2 depan perkarangan office pakai baju kurung for 15-20min pun elok sgt dah tu. Dok kat pantry pagi2 bfast borak2 kadang2 sejam pun tak sedar masa dah berlalu kan. So stop bagi alasan ok!.

Ok lah dah time nak g amik anak-anak. Aku notice, lagi banyak aku exercise, lagi SIHAT aku rasa. Before this petang je dah lemau. Sampai rumah je dah tak larat sgt. Pagi nak bangun liat. Tapi bila betul2 exercise regularly, memang fitness level makin up. Petang still rasa energetic. Balik rumah masih mampu masak lauk2 bodoh utk anak2 makan. Layan budak2 tu, tidokan diaorg. Layan Aqil plak sampai kul 1am at least, sbb budak tu mmg suka tido lambat.. Mlm bangun buat susu, esok paginya with no excuse, kena paksa diri bangun kul 5.30am. Mandi, siapkan barang, kuar rumah latest by 6.20am.

Penat tak baca? Hahahaha

No excuse. Nothing will hold you back. Start NOW.

NOW OR NEVER.
 

1 comments:

dieya said... [Reply to comment]

zu.. sebulan 9 kg? i'm so impressed!!!
i yakin soon u will get body mcm zaman anak dara dulu.
nnt share ye supplement apa u makan.
i ni part peha ngan montot adalah sgt degil.. huhu