Pages

Feb 25, 2014

Hyperactive???

Sebenarnya aku dah lama sangat nak tulis pasal nih. Tapi aku tangguh2 sebab nak mengumpul kekuatan. Dan juga nak mengumpul ayat2 yg agak decent, yang tak akan backfire. Sounds serious right? Yes. Memang serious.
 
 
My firstborn, Abdullah Arsyad b Nasruha. Di lahirkan pada 12th February 2009. Masa pregnantkan dia, aku bleeding agak teruk when i was at 8weeks. Darah keluar berketul2. Dduk sorang kat rumah masa tu. Mengigil call Daddy. Dia mintak abg dia, husband Kak Selly hantar aku g hospital. Nasib KPJ Kajang 5min dari rumah. Call Salina nangis2. Dalam kepala aku memang dah ingat baby ni tak ada. Sebab darah keluar mcm air paip. Tapi Alhamdulillah, lepas doc scan, baby masih ada heartbeat. And aku kena bedrest for 2 weeks. Threatened miscarriage. Belum betul2 gugur lagi.
 
 
Dia memang kuat. Lepas episode bleeding, aku lebih berhati2. Keje aku hanya makan dan rehat. Anak first kan, ko banyak la masa nak bersenang lenang. Aku naik 25kg in total. Masa first time pegang dia, perasaan bercampur baur tu jgn ckp la. Semua orang confirm alami benda yang sama kan. Rasa tak percaya diri aku ni dah jadi ibu.
 
 
Besarkan Abdullah Arsyad ni, bkn la susah gila2. Cuma tak mudah. Ada beza yer SUSAH dan TAK MUDAH tu. Dia adalah sejak azali budak yang sangat active. Sangat banyak tenaga. Sangat suka di layan. Waktu dia betul2 rehat hanyalah time dia tido. Kalau tak tido, jangan harap nak tengok dia duduk diam walaupun 10 saat.
 
 
Alhamdulillah tak pernah ada sakit2 yg bahaya. Masuk hospital sebab phelgm and demam tu biasa. Tak fussy bab makan. Jenis senang bawak diri. And sangat2 independent.
 
 
Masa dia umur 1thn lebih, aku pernah rujuk dia kat Dr. Paed yang jaga dia dari dia berumur sehari. Dr Mahani, KPJ Kajang. Aku bkn apa. Sebab dia lasak sgt. Banyak energy compared to budak2 lain. So aku just tanya Dr Mahani "Doc, u rasa anak i ni hyper ke?"
 
 
Dr pandang aku. Muka dia masam. Dia pandang Arsyad yang masa tu tengah main toys dlm bilik dia. Then cakap kat aku. "Apalah u ni mommy, u tau tak maksud HYPER tu? Itu disorder tau. Arsyad is totally normal. He can speak, can follow instruction, can understand words, how come u suspect dia ada ADD?.
 
Pangggg...rasa mcm kena tampar okeh!!. Betapa jahilnya aku sebagai Mommy Arsyad. Tak tau apa maksud Hyperactive Disorder (ADD), memandai2 nak suspect and tnya Doc. Padahal aku kena paham dulu apa ciri2 ADD. Bdk mcm mana yg nampak ada ADD etc. Bkn hanya sebab dia TERLEBIH ACTIVE.
 
So, masa tu aku lega. Arsyad is normal. Dia cuma terlebih active. And memang jenis lasak. Doc ckp aku patut bersyukur, sebab otak dia sentiasa berjalan. Menandakan dia budak yang bijak (InsyaAllah). Kalau dia jenis duduk diam tgk tv 8 jam tak berhenti, tak suka cakap, tak suka bermain dgn kwn, itu lagi prob yang besar. Ok. Paham.
 
 
Arsyad membesar dekat Daycare. Dari umur 2 bln aku hantar dia kat daycare. So dia dah biasa dgn suasana daycare. Ramai kawan. Macam2 perangai. And dia tau mcm mana nak survive. SO far dah tiga jenis daycare dia dah masuk. Kat Kajang, Singapore and now daycare office aku.
 
Kat Kajang Alhamdulillah cikgu semua sayang dia. Until now aku still baik dengan cikgu2 Arsyad. Aku memang jenis suka rapat dengan cikgu. Sebab aku hargai penat lelah diaorang jaga anak aku seharian. Tak salah kalau aku rapat sampai leh gi lepak makan and diaorang tido umah aku. Diaorang jaga anak aku. Kalau aku nak sombong tak tentu pasal, baik aku berhenti keje jaga anak sendiri.
 
 
Kat Singapore lain environment dia. Aku tak close sgt dengan cikgu sbb masa tu aku kat rumah jaga Adelia and dlm pantang lepas deliver Aleesya. Hanya Daddy yang ulang alik hantar Arsyad. Masa tu dia struggle kejap sbb school fully in English. Dia sorang je budak Melayu and Muslim. The rest semua Chinese or anak mat2 salleh. So dia struggle bab language. Tapi budak2 ni kan cepat adapt. Kejap je dia dah tau basic English words. BFF dia pun Max and Lucas, dua2 rambut perang. Bangga kejap anak dari Kajang leh bergaul elok dgn bdk2 international gitu. Hahahaha...
 
 
Bila aku decide nak masukkan Arsyad kat daycare office ni, aku risau kejap. Sebab, dah memang aku tau nature Arsyad ni. Active, lasak, memang agak "bold" dari orang lain. Aku takut. Takut orang yang tak biasa tgk budak mcm dia. Takut kalau2 dia ter-gaduh dgn anak kwn2 office. Takut kalau dia terlepas laku. Tak semua orang leh paham semua perangai budak. Yang dia paham peel anak sendiri aje.
 
 
Baru2 ni ada jadi satu kes melibatkan Arsyad kat school. Bendanya kecik. Maybe bagi aku kecik. Sebagai orang yang dah 5thn hantar anak2 kat daycare, bila kes org ni kena gigit, orang tu kena cakar, orang ni kena tolak, orang tu kena tarik rambut, bagi aku normal. Kau himpunkan budak2 bawah 5thn seramai 25orang dalam satu tempat. Kau expect takde budak yang bergaduh, yang tolak-menolak, yang bergumpal????
 
Tapi, sesetengah orang tak leh accept. Maybe bagi dia benda ni baru. Ini kali pertama dia hantar anak kat daycare. Environment rumah and daycare tak sama. So dia marah,and salahkan Arsyad. Dia tak boleh terima apa yang Arsyad buat kat anak dia. Walaupun anak dia tak nangis, tak merengek, tak phobia pergi sekolah etc, tapi parents dia cant accept. Walaupun selepas Arsyad minta maaf. As if besar sgt kesalahan Arsyad ni bagi diaorang.
 
Susah kalau kita nak explain and nak kasi orang faham. Nak2 bila dia nak faham apa yang dia nak faham sahaja. Memang susah. Cara dia treat benda ni mcm Arsyad ni hyper, bahaya, pembuli and tak selamat untuk budak2 lain. Yes, Arsyad terlepas laku dalam bab ni. Tapi kita kena ingat, dia budak umur 5thn. Alangkan kita umur 30thn ni tak terlepas dari buat salah. Budak umur 5thn????
 
Aku diam je bila orang cakap Arsyad hyper. Aku diam je bila orang cop dia pembuli. Orang cakap dia suka kacau budak lain. Aku malas nak argue or defend Arsyad. Sebab bagi aku, kalau ko betul2 berfikir as an adult, kau takkan cakap benda2 ni. Kalau dia dah 7-8thn aku faham. Tapi pembuli utk budak umur 5thn, is simply unaccaptable.
 
Tapi aku tak melatah. Aku amik segala advise yang di beri. Aku reflect diri sendiri. Apa yang kurang aku sebagai Mommy Arsyad. Apa yang aku terlepas pandang. Kat mana yang aku perlu lipat-gandakan usaha untuk mendidik anak aku. Aku amik pengajaran dari kes ni untuk aku betul2 improvekan diri. Maybe kesedaran untuk aku jugak. Aku punish Arsyad atas kesalahan dia. Tapi yang setimpal dengan umur dia lah. Orang blame aku tak reti disiplin kan anak, takkan aku nak lepas kat dia pulak kan?
 
Orang cakap anak ramai, so dah tak terkawal. Aku senyum je lah. Meaning adakah kalau aku anak sorang, akan lebih disiplin and tak lasak anak aku tu? hehehe...
 
Bukan senang kita nak besarkan anak2. Lagi2 kalau anak ramai, lain2 personality, lain2 perangai. Method nak pakai tu bkn boleh satu level ajer. Bukan boleh apply kat semua anak. Kalau dengan orang ni cara keras sikit, dgn orang ni lembut. Kalau dengan yg sulung tegas sikit, dengan yang tengah tak boleh tegas sbb dia cepat sentap. Lain-lain. Tapi tolong la jangan blame orang yang anak ramai mcm aku nih. Anak ramai ke sikit, semua parents nak yang terbaik untuk anak2 diaorg.
 
As for now, aku lebih berhati2. Aku selalu pesan kat Arsyad. Jaga tingkah laku kat school. Control diri abg. Tak semua orang faham perangai abg. Tak semua orang boleh terima cara abg yg suka main kasar2, suka main ganas2. Ada yang suka (adalah 3-4org budak geng dia yg bestfriend sgt sbb suka main gusti-gusti..haha), ada yang tak biasa. So kena pandai pilih dengan kawan mana yg boleh main mcm mana. Haa..complicated tak pesanan mak dia kat budak umur 5thn nih? hahaha
 
Takpelah. Hari ni anak aku buat anak orang, anak aku di persalahkan gaya dia penjenayah besar. Esok lusa, kita tak tau anak orang tu plak buat anak orang lain. Perjalanan kita masih jauh. Perangai anak2 kita berubah2. Kadang2 kita rasa kita dah kenal sangat anak kita, tapi ada some budak yang kat rumah perangai lain, kat sekolah macam lain.
 
Sebagai parents, kita jangan cepat melatah. Cepat menunding jari. Terlampau over-protective and defensive. Semua orang sayang anak masing2. Tapi berfikir la secara matang. Kalau kita tak tahu, cari info, cari ilmu utk knowledge. Jangan kita nak label budak tu HYPERACTIVE sedangkan kita tak tau pun makna and ciri2 budak Hyper tu. Kita bkn tak pernah jadi budak kecik. Kita pun ada memory chilhood kita sendiri. Yang manis, yang pahit. Jangan la kita jadi taksub sangat nak control childhood journey anak2 kita pulak. Setiap parut kat badan kita, ada cerita dan memory tersendiri. Kalau Arsyad mengadu ada budak buat dia, aku tak tanya sapa budak tu. Aku akan tanya "Apa abg buat kat dia sampai dia buat mcm ni kat abg?"
 
Memang senang menyalahkan orang. Tapi takpe, aku kena kuat, kena gali seberapa banyak ilmu yang boleh untuk didik Arsyad sebaiknya. Aku jadikan benda ni sebagai pembakar semangat utk aku terus jadi yang terbaik untuk dia.
 
InsyaAllah...doa-doakan lah yer....
 


:: Abg, mummy akan sentiasa usaha untuk jadi yg terbaik utk abg, utk anak2 Mommy..InsyaAllah..::
 
 


1 comments:

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

akak sangat touching bila baca artikel neiH

tetiba ingat fahim...

sama-samalah kita ya..
nak buat cam mana..
memang itu 'perangai' anak kita
hanya kita yang faham..
dan di sebabkan orang lain tak paham.....kite terpaksa reverse ketakfahaman itu menjadi kefahaman...

erk..ape punya bahasa kan

akak ni tak larat nak argue..
tak larat nak nangis..
tak larat nak explain..

teruskan semangat untuk jadikan anak kita..anak yang terbaik..insyaallah!!