Pages

Jul 24, 2012

Dilema

Haih...Dalam dilema betul lah skrg...

Sebabnya gini, insyaAllah lagi 4 bln kami akan dapat anak ketiga...Maknanya, aku kena lah bersiap sedia dgn persiapan nak beranak ni kan...Itu takpelah lagi...Bab2 nak cari spital, gynea, nak pikir beranak sini ke balik Msia, itu aku leh handle lagi...Ada la beberapa masalah yg aku rasa takleh nk decide skrg nih..

Now Arsyad belum masuk school. Sbb still tgh tgu appeal boleh ke tak sumbat lagi sorang dlm school tu. Kat sini kan strict, kalau dah full, diaorg takkan amik sesuka hati. If nak gak, kena la appeal kat ministry. Aritu call diaorg kata 2 minggu, next week aku nak call lagi and follow-up. Masalahnya budak Arsyad ni kan bkn jenis dok diam kat umah. Bkn jenis layan cartoon or tv. Dia suka berkawan, suka menganas2. Aku ok jer bertahan dengan peel dia..dah anak sendiri kan..pepandai la aku  nak tackle. Tapi masalahnya dia yg tak tahan dgn persekitaran skrg. Terlampau bosan katanya..Arini dia mintak tgk video2 lama dia. Byk la video dia masa kecik aku amik. Skali ada video kat school masa Birthday dia..Eh, terus sebak mamat tu...Terus sebut nama kawan2 dia..Pastu ckp rindunyaaaa kat kawan2..rindunya nak pergi school belajar...huhuuhu

Aku try gak nak wujudkan environment kat school ni kat umah..Walaupun ada 2 org je anak murid kan..muahahaha..tp biasalah, byk sgt ganguan...dia tgh semangat nak belajar, adik menangis nak susu and tido..Bila adik dah tido, dia dah takde mood. Memang environment rumah lain kan. Maybe phase dia skrg dah tak sesuai nak terperap kat rumah. Dah dari kecik dia gi nursery, so dia dah terbiasa. Adelia jgn la kan, dah biasa bawah ketiak Mummy, letak kat nursery sekejap nangis dari pagi sampai ke petang...hahaha

So skrg aku tgh bersabar tgu news dari school tu. Harap2 ada berita baik. Fee dia SGD700. Sila jgn convert kalau nak hidup aman kat Singapore nih. Miahaha...pastu skrg ni Daddy ckp ktorg perlu amik maid. Aku mcm terkejut gak la sbb sejak dari dulu Daddy memang tak pernah berkenan or bercita2 nak ada maid. Bila aku tanya kenapa? dia ckp sbb kita dah takde support system. Dulu kat Kajang if apa2, MIL aku ada, cikgu2 Arsyad kat nursery ada, takde prob. But kat sini, what if aku nak terberanak tgh mlm? Nak heret anak2 sekali kah? 

Hmmm...nak je aku ckp kat Daddy, if aku nak terberanak tgh mlm, takpelah...biar aku gi sendiri naik cab and dia dok je umah tunggu anak2..Huhuhu..dah tu, kena la belajar and persiapkan diri. Time2 ni ko nak bermanja2 nak husband ada skali kat labor room, selfish sgt la kan. Kang if aku dah selamat, esoknya Arsyad gi school, then Daddy dtg spital bawak Adelia kejap utk azankan baby and uruskan apa patut. Pastu Daddy cuti lah 2-3 hari sampai aku kuar spital. Pepandai la aku nak uruskan diri and baby baru kat spital tu..

Tapi cakap memang ler senang..sbb belum jadi lagik kan? Kekeke...Buatnya time tu Daddy travel? Mcm mana? Masih waras kah aku nak heret anak2 masuk labour room skali? Hahahaha...And now Daddy ckp aku mcm tak kisah sbb if dia takde, mmg boleh je aku survive sendiri dgn anak2. But what if aku yg takde? Cth aku demam or tak sihat sampai kena warded (mintak simpang..tp ni worst case scenario lah), Daddy plak kena kerja, takkan nak cuti lama2, haa..time tu anak2 mcm mana? Hmmmm.....good point. Memang aku tak terpikir plak if apa2 jadi kat aku, pada sapa nak mintak tlg tgkkan budak2 nih..

Dilema betul kan? Masa kerja dilema nak berhenti keje jaga anak sndiri..Dah berhenti keje dilema lain plak. Haihh..aku kalau boleh memang takmo langsung amik MAID. Bagi aku maid ni bkn solution...Ikut rezeki la. Dapat yg ok, ok lah kan. Dapat yg KO? Aku gak yg sakit kepala. Gaji maid kat sini SGD500..pastu ada levy(tax) plak kena bayar every month kat govt SGD260. Situ je dah SGD760. Againnnn....jgn convert...kalau tak, memang sakit jantung. Hahahaha

Lagi satu, aku tak rasa ktorg perlu maid. Sbb ktorg dpt serviced apt. Setiap 2 hari ada cleaner dtg bersihkan rumah. Tukar cadar and towel. Keje aku mmg basuh kain, gosok baju, jaga anak2, and masak sekali sekala. (Time siang tu wajib la masak utk Arsyad and Adelia, malam tak payah Daddy bawak balik makanan..hehe). So if ada maid, keje dia apa je? Dok ngadap anak2 aku je kan? Pening gak aku nak ngadap dia nanti...

Macam mana eh..perlu ada ke tak perlu??? Hmmm....if takde, apa back up plan if jadi situation time aku perlu kan support system? And if ada....adakah itu penyelesaiannya????

Dilema...dilema..dilema...
 

8 comments:

SyaNa said... [Reply to comment]

meh sini menantu aku tu
pos sini
hahaa

aku rasa pening kejap jek smp ko selamat bersalin
lepas tu ok da kot
tp ye la btol gk ckp daddy tu kalo ko sakit sape nk jaga dorg kan
kt apt tu xde ke mcm service babysitter yg jaga ikut jam ke
mcm kt negara omputih tu
kalo ada ko call jek dorg dtg rumah ke
so xde la byr mahal dan xde la semak tgk dia x buat ape kt umah tu kan

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam Kak Zue,

based on pengalaman saya duduk negara orang, saya cadangkan Kak Zue utk mengembangkan network ada network/mesra2 dengan komuniti malaysia yang duduk singapore atau orang2 melayu atau kalau ada sedara mara yang duduk singapore.

selain meningkatkan ukhuwah, at leat kalau ada kawan/sedara yang boleh membantu/dipercayai boleh la tolong2 tengokkan anak2 kejap ke kan...

insyaallah semoga kehidupan Kak Zue sekeluarga dipermudah

Kiki

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

amik daily maid tak de yek Zu? erk..tetiba kannnn...........

nak MAID ni untuk 'kegunaan' semasa atau kegunaan masa Zu nak bersalin? mmmmmm.......

if ada solution lain..baik amik solution lain Zu...

or..nak bersalin pulang ke Malaysia ke? gulp? tinggalkan daddy kejap kat Singapore ok kot...

tapi if nak amik MAID untuk kegunaan semasa...masih boleh dipertimbangkan....

Rodiah Sabri said... [Reply to comment]

kak zu, btol nas ckp..tp bkn permanent pn.maybe amik ms akak dh 8-9 bln until 2-3 months after deliver jer. sbb bab umah no hal..tp bab anak2..kene ada support system juga..

plus, rodi rs mama kene bt passport la...senang ape2 emergency..

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Syana,

Tu ler aku kena pikir yg dalam perut ni gak kan...takpelah, ujian kecik je nih. kekeke..babysitter hourly rate tu ader..tp SGD20 la per hour and kena call at least 2 days in advanced. Acaner nak tau bila plak nak banak kan..kekeke

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Hai Kiki,

Yes, memang i'm trying nak masuk mana2 mothers forum kat sini. Get to know them, etc. Ada je kawan kt sini cuma they all duduk area jauh la...dlm 1 hour gak from my area... :-(

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Ila,

Bak kata daddy, utk kegunaan harian..tp tu ler takde maknanya bayar mahal2 padahal keje takde la byk mana kan..nak guna if zu kena g mana2 jer...maslaahnya percaya ke kan??

Rody,

Takleh amik maid for 2-3 months jer..buat visa minimum 1thn..huhu

mama_umar_maryam said... [Reply to comment]

atau maid utk siang je? blh x agak2?hehehe