Pages

Jul 22, 2012

Walaupun jauh sekangkang kera..tapi tetap la tempat org kan....

Eh, ramai sgt yg ckp dgn aku, jgn la risau pindah Spore..dekat je..bkn jauh mana pun...and sama je mcm kat KL...Ish, pandai betul org yg ckp tu macam dia dah pernah kena pindah Singapore 14thn kan....kekeke

Memang la Singapore tak jauh beza dari KL. In fact bebila pun nak balik..Tapi....ada lah reality pain di sebalik "kesenangan" itu kan....

Firstly masa ktorg sampai, memang ktorg pun tak risau langsung sbb bkn tak pernah dtg sini kan. Tp datang sini hanya utk kerja (for Daddy) and masa family vacation. Paling lama 3-4 hari. Apa yg ko nak expect dari 3-4 hari punya experience kan? And yg paling buat kami bersyukur dan melegakan, adalah rumah yg fully furnished. So tak payah pening2 nak cari barang umah lagik. Plus rumah dekat dgn Vivo City and Harbour Front yg memacam ada. Giant, Cold Storage, McD, KFC, Pizza...Halal Food court pun byk. So part tu memang tak susah. Every hour ada free shuttle dari apartment ke harbour front. 

Tapi biasalah, berpindah dgn anak2 ni bkn perkara mudah. Walaupun dah memacam benda aku prepare, tp stress nya tetap ada. Barang keperluan anak2 alhamdulillah, semua cukup. Bila sampai2 sini, terus gi beli roti dgn telur. Bfast makan roti dulu. Tkde maknanya nak feeling2 mengeteh kat kedai mamak. Tkde kedai mamak kat area sini. Then lunch plak kena la kuar gi cari makan kan. Memula 1st time bawak anak2 naik shuttle bus, agak menguji jugak. Sbb Arsyad tu kan jakun. Tak reti dok diam. Anak2 mat salleh kat sini elok je masuk2 bus, terus duduk kat seat, pakai seat belt. Malu betul aku. haha..Tu lah, sapa suruh tak didik budak tu dok diam dlm kenderaan awal2 kan..Kete sndiri boleh la tahan...Naik public transport??? PENGSAN!!

Ktorg sampai hari jumaat, so weekend tu takde apa sgt. Nak buat apa2 urusan tapi semua office tutup la kan. Nak recce school Arsyad pun tak dapat. So masa di habiskan dgn tengok sekitar area sini je. Familiar kan diri dgn bus schedule, ada gak la insiden tertinggal bas dan mengejar bas. Dah tu ko ingat ni KL bus nak delay? Tepat on time dia gerak. Dia nampak ko lari2 pun dia senyummmmmmm je sbb dah time dia gerak. Driver bus tu ckp kat aku dia takleh pikir org luar bus, dia kena pikir pasal org dalam bus. FINE!!!

Then Monday, Daddy dah start keje. Itu lah yg aku menyampah dgn company dia nih. Dah la date nak pindah tertunggu2 selama setahun. Pastu bila time nak pindah, tkde proper planning sgt. Ada ke kasi ktorg settle down kat sini dalam masa 2 hari je?? Weekend lak tu. Apa je yg leh settle dlm 2 hari kan? Tapi tapelah, jgn merungut sgt. Bab tu aku ok lagi. Bab suruh pindah tgh2 bulan dgn takde advance, takde allowance masuk, memang kasi panas gak lah. Nasib baik ada gak la saving ktorg guna bawak sini. Tukar ke Sing Dollar, agak sakit la kan. Sbb tu masa pindah aku dulukan barang2 anak. Susu, nestum, ubat2, so if sesak2 pun, janji keperluan anak lepas dulu. Mak bapak makan meggi kari tapi duduk kat condo yg sewanya 10k ni pun, takper....janji anak2 lepas dulu...kekeke

Isnin dgn Selasa gigih aku bawak anak2 jalan2 kat Harbour Front. Sbb Abdullah Arsyad tu kan bosan. Dari dia jahanamkan barang2 rumah, marilah kita keluar tgk apa yg ada kat Spore nih. Ok la utk bdk2 memang byk. Ada playground, playgym, kids center utk campak je budak2 kat situ (tp bayar lah), and so on. Kuar 3-4 jam ok lah. Naik shuttle je pun.

Pastu Rabu nak gi amik visa. Kena bawak anak2 utk cop jari etc. Masa ni dah start tension sbb ktorg konon nak naik MRT. System dia sangat2 systematic dan senang je sebenarnya. Tapi sbb belum biasa kan, agak berpusing2 dan tersesat barat la dgn budak2 dua org tu pagi2. Masa tu rasa mcm ish...tensionnnnnnn..Tapi sabar..sabar...kena gak belajar. Sbb if nak bawak kete, diaorg charge SGD20 per day utk foreign car masuk sini. Setahun dah SGD 7200. If convert? Dah jadi RM18k. Tak ke gila tu??? hahaha

Apapun, aku rasa pengalaman duduk tempat org ni mmg priceless sgt. Tak kira la kat mana ko tercampak, still TEMPAT ORG. Nak jadikan tempat sndiri and familiar kan diri, mmg amik masa. Sbb tu aku lagi suka hari2 bawak anak2 kuar jalan2. At least hari2 aku belajar benda baru. Dari terperuk dlm rumah ni, apa pun tak belajar. Mula2 agak seksa gak la tolak stroller Adelia, Arsyad jalan. Kang time Arsyad penat, dia nak duduk dlm stroller, dukung Adelia, sambil tolak Arsyad. Harus di ingat perutku yg berusia 5 bln ni pun dah ke depan....Hahaha..Tapi kena kuat sket. Takleh nak manja2 sgt. Belajar berdikari. Diri sendiri yg untung gak kan. 

This week start puasa, alhamdulillah ktorg tak rasa ralat start berpuasa di tempat org, jauh dari family etc. Maybe sbb Spore, takde beza sgt. Kalau pindah German aritu, merasalah meroyan kan??? haha...tapi yg tak best takde Bazaar Ramadhan berdekatan. So nak beli juadah tu tak dpat lah. Nak aku masak, utk sahur boleh la. Time anak2 dah tido. Msak kul 10-12am. Iyer, aku masak memang lama. Tangan keras la katakan..Haha..Time berbuka, kita berbuka je la dgn apa yg jumpa. Kat Harbour Front ada halal food court. OK gak ada Nasi Padang, Char Kuay Teow etc. Kalau la tiba2 ada makcik bukak gerai kat depan Harbour Front ni jual kuih muih dan lauk pauk, hari aku lari pelok makcik tu ketat2...hahaha...

Ok la now nak tgk spital utk gi check up baby plak. Tak pikir lagi pasal benda ni sbb nak kasi settle hal2 lain dulu. Dah cool down, baru la leh tgk benda utk diri sendiri plak. Huhuhu...Aku kalau boleh takmo kacau Daddy sgt. Dia dah biasa dgn aku yg suka berdikari sendiri. Kang tiba2 kat sini aku lembik, sumanya nak harap dia, tension mamat tu. Dgn keje kat tempat baru, byk lagi benda dia nak pikir kan. So baik aku buat research and plan siap2, kasi tau dia apa yg perlu, bincang apa yg dia perlu pikir je. Jgn berat2kan kepala otak dia. Kasi dia tenang2 keje elok2 cari duit. Janji "gaji" aku jalannnnn...hahaha

Ish, tekak teringin popiah goreng. Carrot, udang, daging, ayam ada dlm fridge tu. Smlm gi Cold Storage carik sengkuang dgn kulit popiah tak jumpa plak. Harus ke aku heret anak2 gi Giant cari bahan2 nih? hmmmmm....Boleh di pertimbangkan!. Hehehe

Till then....Selamat Berpuasa Korang!!!

2 comments:

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

akak doakan segalanya berjalan dengan lancar kat sana ye.....

akak pun beli kulit popia semalam..nak buat murtabak mini

tapi tak sempat buat
tapi masa nak beli barang2
akak teringat kat awak ok...

SyaNa said... [Reply to comment]

ok rajin2 update ek
camne hasil dryer tu mmg bleh terus lipat ke?
hehehe