Pages

Jun 25, 2012

Kiasu-ness

Aku bkn lah dalam golongan org "kiasu". Tak ter"kiasu' sbb diri ini takde lah suka sgt nak bersaing2 atau nak advanced dari org lain kan....Klau org lain lebih, tak kisah and rasa happy for them nak2 org tu kawan or family members. Klau tiba2 aku terlebih, kadang2 aku yang rasa malu plak. Ntah apa nak rasa malu aku pun tak tau lah..haha

Cuma aku mengaku, aku agak "kiasu" dlm bab2 lain. Cth mcm nak pindah ni kan. Dah berapa mlm takleh tido. Dok la ngadap lappy cari info "Living in Singapore". hahaha...Mau tak takut....Walaupun hanya Singapore...Tapi kena la tau what tu expect kan. Dulu dah beria2 buat research pasal German. Tapi tak menjadi. Tak apa lah. Kita buat research baru. Tambah ilmu yg tak berapa byk ni, apa salahnya kan???

So mula lah misi aku cari info pasal rumah la, area yg best and affordable nak duduk, transportation (berbaloi tak nak bwk kete dari sini), sekolah Arsyad, sampai harga2 barang dapur pun aku dah tau siap2 nih. hahaha....Mesti la kena tau. Kang tiba2 Daddy tu tanya, ada lah jawapan nak jawab kan..Dia tu mmg sejak azali anggap aku ni library bergerak dia. Dia tau tanya je, kang aku tak tau, dia jelingggggg je aku. hahaha..

Bagi aku, mana pun kita nak pindah, kena tau serba sikit. Skrg lagi mudah, semua info di hujung jari. Jangan la pindah tempat baru with zero knowledge. Hatta nak pindah ke Baling, Kedah skali pun....kena gak buat research serba sikit. Agar tak terkejut dgn benda2 yg tak expect kan. Jgn main2...org2 kat Baling pun dah byk lepak forum, ada blog bagai. So jgn la nak bagi alasan tempat2 jauh gitu takde info yg kita nak dapat kan...

Priority yg aku tgk skrg adalah rumah, tempat makanan halal (ini paling utama..haha), harga barang2 rumah (susu anak, pampers, penting tuuu.), sekolah Arsyad (kalau boleh nak islamic kindergarten..boleh tahan mahal..huhu), transportation (jarak dari umah ke office Daddy, taxi fare berapa hari2..) hospital (niat hati nak bersalin sana....sbb company K kesayangan aku still cover walaupun bersalin di hoversea...kekeke), and....confinement lady. 

Plan nak beranak sini or sana, belum 100% decide lagi. Tp rasa2nya susah senang biarlah kami bersama. Ewaahhh..hahaha...Tak berani nak ckp. Klau aku beranak sini, sian Daddy tak tgk anak2 hari2. Aku pun nak bawak budak berdua dan jaga tiga anak masa pantang, agak cabaran juga. Mmg la ada MIL yg akan bantu (sedih saya yatim piatu kan...), tapi adalah batasan kot.. MIL byk lagi keje rumah lain nak buat takkan nak ngadap aku dgn anak2 je kan. Mana2 yg patut leh ler dia tolong. Tapi kalau dah 3 org jerit serentak nak Mummy???? Haaa...camana???

Kalau beranak kt Spore, kena la cari helper or confinement lady. Dah tgk2, kebanyakkan CL kat sana chinese sbb mmg selalu chinese la hire CL kan. Service mmg tip top, tp fees dia lagiiiii la tip top. Huhuhu..serba salah plak. Aku ok jer nak pantang sndiri2 kat sana. Dgn syarat arsyad gi school, Adelia gi childcare ke separuh hari. Daddy kena la cuti 4-5hari. Selalunya lepas seminggu insyaAllah dah sihat sket kot nak masak2 utk mkn sndiri..Jaga baby sndiri, mandikan etc insyaAllah tkde prob. Anak no 3 dah weii....nak ngada2 org mandikan anak, sila lempang diri sendiri!. Hahahaha

Pastu..pastu..aku dah siap2 buat groceries list, monthly budget utk hidup kat sana. Basically, BOLEH LA HIDUP...hahaha...Agaknya org rasa mcm best je kan dpt keje and duduk kat Spore. Mmg la gaji pun in SGD. Tp dgn 3 anak, seorang isteri yg kuat makan, agak bengkok gak la Daddy nanti. Miahahaha....Tp jgn risau, rezeki ada kat mana2. Cuma kita la kena pandai sket nak manage kan. Dapat hidup dgn sederhana pun syukur Alhamdulillah. Yg penting pengalaman hidup kita nak kutip kat negara org tuh. Bkn selalu dpt peluang gini kan...

Pada kawan2 yg dah ada plan nak dtg visit tuh, meh ler...jgn malu2. Tp harus di ingat, rumah aku nanti apt 2 bilik sahaja. Boleh le spare 1 bilik utk guest. So klau nak dtg, dgn family sendiri yg kecik molek, boleh ler. Kang korang dtg dgn mertua, ipar duai bagai, haiyohhh..roboh rumah hamba...hahaha....Lain la family members aku. Tak kisah tido bentang toto kat ruang tamu pun. Balik Cheras or Amansiara, mmg ktorg tido bersepah pun tak kisah. Nama pun family kan. Itu nak ambush ramai2 pun, aku sedia kan bantal sorang satu jer. Kekekeke...Takde makna nak sorang satu bilik. Babab kangggg...

Plan skrg nak bertolak on 6th July. InsyaAllah. Tak betul2 confirm lagi. Still tgu greenlight dari HR. Tapi semua dah settled. Working visa, dependent visa..suma dah ok. Aku pun tgh giat kemas baju. Sehari sehelai kain gamaknya. Tak settle2. Hahaha...Lek lu.....Kang dah dekat date nak gi baru aku kelam kabut...kekeke

Seriously tak sabar nak start new life kat sana. Nak tgk mcm mana Arsyad dgn kawan2 baru kat school baru. Nak tgk boleh tak aku masak hari2 dari sarapan sampai dinner. Hahaha..InsyaAllah....harap2 semuanya di permudahkan utk kami. Tinggi harapan aku dapat jadi isteri dan ibu yg sempurna utk mereka. Bkn senang nak jadi stay at home mother ni. High expectations ok. Salah sikitttt je org akan ckp "Eh, ko ni duduk rumah pun tak reti2 lagi?" ... or "Eh, bkn kena gi keje pun, dok umah jaga anak and masak pun susah?". Haa....bernanah telinga kang....padahal suri rumah dan career woman sama je. Manusia tak terlepas dari kesilapan kannn??? Takpelah, janji aku try buat yg terbaik..

Ok dah. Nak sambung research yg tak berkesudahan. Bkn Kiasu. Cuma mau perancangan yg bagus. Kang "boss besar" kasi soalan berdas-das. Tergagap2 aku nak jawab kang. Hahaha
 

3 comments:

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

wahh....
tak per zu...chaiyoookkkk chaiyoookkkk....

bak org kata
masok kandang kambing mengembek
masuk kandang rimo mengaummm..

chaiyoookkkk

mama4A's said... [Reply to comment]

huhu.. dh dekat dah masanya.. tk smpi 2wks pun..

SyaNa said... [Reply to comment]

chaiyok besan!!!
study kuat2 psl spore ek
nnt insya Allah aku nk gi USS bleh la kite jmp
:)