Perihal budak si Arsyad ni kan...beliau adalah SANGAT-SANGAT suka menjahanamkan harta benda...Klau barang beli utk dia, tak sampai 5min confirm hancur di tangan dia....Mmg di akan "bega-bega" benda tu kasi rosak...tak tau la peel apa ntah dia nih. Boleh dikatakan semua barang mainan dia mmg tak cukup sifat...Jgn ckp utk dia main lagi, nak turun kan kat adik2 pun tak sanggupppp...huhuhu
Benda paling ketara adalah basikal merah dia ni....Beli masa umur dia setahun...Kaki lom sampai masa tu. Tak reti kayuh lagi. In fact sampai skrg pun tak reti kayuh basikal nih. Hahaha..Dulu kaki tak sampai. Skrg weight dah melampau so if kayuh pun tak ke depan. Cara dia main basikal ni adalah dgn menghentak2 basikal ke depan dan ke belakang. Hentak-hentak sampai skru2 dia longgar. Pastu dia tonggang terbalik kan and try nak cabut skru2 tu kasi tercabut. Aritu dia mengamuk tak dpt cabut tayar basikal nih. Haihh..anak sapaaa la ni kan..
:: Masa basikal merah masih cukup sifat..penuh gambar Upin Ipin dia tampal...Peminat susah mati la katakan....::
:: Dapat kat Adik...kepala basikal dah takde.....Redha je la ye dik..::
Hari ni???? Dia leh panggil aku.. "Mummy, tgk abg dah BUAT Basikal Baru..Cantik tak???...Teruja aku nak tgk.....TERUJA lah sangat......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
:: Mampu???? Apa yg tinggal utk adik2 ko abg oiiii.....sakit jantung mak...haihhh....::
Itu basikal benda besar tu.....Toys yg kecik2, jgn ckp lah....patung tkde kepala, kereta takde tayar, train tkde roda, senapang tinggal separuh, mmg tiada satu pun yg cukup sifat. Nama je ada toys satu bilik, tapi hampeh, dapat main hampas2 sahaja lah..hahaha...Mmg aku tak beli dah buat masa skrg. Sakit jiwa tgk benda hancur 5 minit kat tangan dia. Ada satu kali tu, aku tgk dia GIGIH tgh gigit2 senapang baru beli. Dia kopak2 kan pakai gigi. Mengucap ok. Bila tegur, dia ckp "Jgn kacau la..Abg tgh buat permainan baru ni.." Haihhhhh...
Kang dah pindah Spore, lagi aku kena hati2. Rumah tu rumah sewa. Apa barang2 dlm tu rosak, semua kena ganti. Bkn barang2 sendiri. Memang aku beli wisel kat sana kang. Skali nampak dia mcm nak membega je, aku tiup kuat2. Hahaha...Tak larat dah nak jerit wei....Terik2 urat perut ni jerit kat dia sehari 80x...
Takpe, anggap je la anak aku ni kreatip terlebih. Semoga nanti2 dia dapat channel kan ke-kretipan dia ni ke arah yg lebih baik...insyaAllah...
1 comments:
mc gyver...
mmg dia little einstiens lah Zu....
tabik toing toing toing...
gulp
Post a Comment