Pages

Jun 28, 2012

Keraguanmu...Penguat Semangatku....

Wah...tajuk..Gaya nak tulis novel dah. Chait..haha

Takde, saja nak cite. Aritu Daddy balik, dia ckp kawan office nak buat house warming. Mintak AKU buatkan Koktel Puding Berkuah. Ntah mana kawan dia dapat Idea tu kan..haha..Agaknya dia igt typical stay at home mother, of coz terror bab2 tuh. Dia tak tau "desperate housewife Kajang" ni mcm mana gaya...Miahaha..

Daddy agreed ajer..tp bknnya aku yg buat. Of coz dia tak caya. Dia nak mintak mama dia yg buat. Aku tak kisah pun. Sbb aku bkn jenis suka sorok2 kekurangan diri. Mmg aku tak pandai masak, tak pandai kat dapur, biarlah org tau. Even tho terguris gak la bila Daddy ckp kat kawan dia aku pandai goreng telur saja..huhuhu..Takpe..Takpe..ko makan la telur goreng hari2 kat Singapore nanti!!!..Muahahaha

Pastu aku story mory la kat Kak Selly..Terus Kak Selly mcm ada rasukan pari2 kasi aku semangat. Dia ckp bkn susah sgt buat puding tu. Sonang yo. Iyer lah, utk Ratu Puding mcm Kak Selly mmg la senang kan. Aku ni buat agar-agar sirap pun tak pernah!. nak buat puding koktel bagai. Kekekeke..Tp Kak Selly suruh cuba. Terus semangat ni bagai berapi2...hiihi

Esok nya tu (smlm), terus beli2 bahan. Aku ckp kat Daddy aku nak try. Tp utk makan2 sndiri sbb kawan2 kecintaan hatiku nak dtg dinner kat umah mlm tu (Rindu aku lettew..haha). So kasi test drive kat kawan dulu lah. Tapi biasalah aku kan, nak beli bahan pun dok sms2 Kak Selly yg tgh berkursus itu...Sorry Kak Selly!!!..Ish, tak independent langsung rasanya diri ini!,

Balik umah..pung pang pung pang pung pang...Eh, jadi la plak. Tp lek dulu..Jgn nak terbangga ke apa. Sbb rasanya belum tentu sedap....Gi amik Arsyad, balik umah tak sabar2 ni nak rasa sbb dah 2 jam letak dlm peti ais. Tgh cuaca terik2, dapat puding kuah koktel sejuk2 dapnyaaa.....Kasi Arsyad seketul, aku try seketul. OMG....ada bakat rupanya aku nih. Bkn la desperate housewife yg reti goreng telur ajer!!!..Hahahaha

Arsyad ckp sedap. Dia nak up lagi seketul. Kembang kempis hidung mak dia. Kahkahkah...Aku pun makan lagi seketul. Dapnya....

Daddy balik, berdebar2. Gaya nak kasi Juri rasa dlm Masterchef dah nih. Dia terus amik 2 ketul. Aku ckp seketul dah la, kang dia tersedak kang...Hahaha..Tp elok je dia makan sampai abis. Komen?

Hmm..kuah ok. Sedap. Tp tekstur puding tak sama dgn mama punya. U punya rasa puding jer (derr...abis nak rasa apa? kambing?). Tapi Mama punya rasa mcm custard and jelly lembik2 sket. Lagi cair di mulut...Takpe, 1st trial. Boleh di perbaiki lagi.

Fuhhh..begitu panjang komen kan...Pastu aku tnya leh hidang kat kawan2 tak? Dia kata of coz boleh...Wah...green light gitu pun dah buat aku rasa nak sujud syahwi masa tu gak!. Hahaha....So dgn hati berbunga2 hidang la kat kawan2 mlm tu. Best!

So kepada kawan2 yg tangan keras mcm aku, jgn la rasa down sgt. Try jer. Kalau tak menjadi, try lagi. Arwah mak aku dulu ckp, memasak ni mmg la kena ada talent. Tp kalau tangan keras kejung, hari2 masak, insyaAllah terror juga. Masalahnya nak hari2 masak tu..BERCINTAAAAA...hehehe

Ini la puding special saya...jgn gelak...kalau nak compare puding aku ni dgn abg mat gebu, sila lempang diri masing2. Sah2 jauh rupa parasnya kan? Tapi sodap je kat tekak aku. Buat 25 ketul. Hari ni dah tinggal 3 ketul jer. Huhu..Nak buat lagikk..Yg bentuk Mickey tu anak2 punya. Habis dua beradik kerjakan mlm td...hehe

 :: Dap..dap...dap...nak try lagi supaya tak berapa rasa "puding" sgt...Derrrr....::


Hari ni up lagi skill...nak kasi laki terkejut beruk balik kang....Sila tgk apa dalam periuk nasi aku..

:: Beriyani Kambing u ollssss::

Hahaha...sesiapa yg percaya aku masa beriyani ni..anda sungguh berhati mulia. Tak meragui kebolehan tangan keras kejung mcm aku nih...Sentiasa bersangka baik yg aku akan cuba masak benda2 yg vass mcm nih. Tahniah!. hahaha..

Kalau aku ckp kat Daddy aku masak ni..harus dia pengsan, bangun, pengsan, bangun 40 kali...Kahkahkahkah..

Ini Nasi Arab kawan kesayangan, Adriana bawak smlm...ada balance. So arini panaskan dalam periuk sajork. Hahaha..Sodapppp...Al-kisahnya beliau naik pangkat, so belanja org2 office...org yg cuti 2 thn ni tak dilupakan. Siap hantar ke rumah makan bersama2 lagik. Mana nak dpt kawan mcm ni? Hanya kawan terbaik dpt yg terbaik!. Hiks..Lap u Ad!
 
 Okeh lah. Nak buat coklat utk anak bujang. Dah berapa hari dia mintak. Itu coklat oreo sap sap soi saja buatnya (berlagak gila). So takleh tayang sini. Malu....kang kena petir dgn org2 pandai masak. Hiks.

Jun 25, 2012

Kiasu-ness

Aku bkn lah dalam golongan org "kiasu". Tak ter"kiasu' sbb diri ini takde lah suka sgt nak bersaing2 atau nak advanced dari org lain kan....Klau org lain lebih, tak kisah and rasa happy for them nak2 org tu kawan or family members. Klau tiba2 aku terlebih, kadang2 aku yang rasa malu plak. Ntah apa nak rasa malu aku pun tak tau lah..haha

Cuma aku mengaku, aku agak "kiasu" dlm bab2 lain. Cth mcm nak pindah ni kan. Dah berapa mlm takleh tido. Dok la ngadap lappy cari info "Living in Singapore". hahaha...Mau tak takut....Walaupun hanya Singapore...Tapi kena la tau what tu expect kan. Dulu dah beria2 buat research pasal German. Tapi tak menjadi. Tak apa lah. Kita buat research baru. Tambah ilmu yg tak berapa byk ni, apa salahnya kan???

So mula lah misi aku cari info pasal rumah la, area yg best and affordable nak duduk, transportation (berbaloi tak nak bwk kete dari sini), sekolah Arsyad, sampai harga2 barang dapur pun aku dah tau siap2 nih. hahaha....Mesti la kena tau. Kang tiba2 Daddy tu tanya, ada lah jawapan nak jawab kan..Dia tu mmg sejak azali anggap aku ni library bergerak dia. Dia tau tanya je, kang aku tak tau, dia jelingggggg je aku. hahaha..

Bagi aku, mana pun kita nak pindah, kena tau serba sikit. Skrg lagi mudah, semua info di hujung jari. Jangan la pindah tempat baru with zero knowledge. Hatta nak pindah ke Baling, Kedah skali pun....kena gak buat research serba sikit. Agar tak terkejut dgn benda2 yg tak expect kan. Jgn main2...org2 kat Baling pun dah byk lepak forum, ada blog bagai. So jgn la nak bagi alasan tempat2 jauh gitu takde info yg kita nak dapat kan...

Priority yg aku tgk skrg adalah rumah, tempat makanan halal (ini paling utama..haha), harga barang2 rumah (susu anak, pampers, penting tuuu.), sekolah Arsyad (kalau boleh nak islamic kindergarten..boleh tahan mahal..huhu), transportation (jarak dari umah ke office Daddy, taxi fare berapa hari2..) hospital (niat hati nak bersalin sana....sbb company K kesayangan aku still cover walaupun bersalin di hoversea...kekeke), and....confinement lady. 

Plan nak beranak sini or sana, belum 100% decide lagi. Tp rasa2nya susah senang biarlah kami bersama. Ewaahhh..hahaha...Tak berani nak ckp. Klau aku beranak sini, sian Daddy tak tgk anak2 hari2. Aku pun nak bawak budak berdua dan jaga tiga anak masa pantang, agak cabaran juga. Mmg la ada MIL yg akan bantu (sedih saya yatim piatu kan...), tapi adalah batasan kot.. MIL byk lagi keje rumah lain nak buat takkan nak ngadap aku dgn anak2 je kan. Mana2 yg patut leh ler dia tolong. Tapi kalau dah 3 org jerit serentak nak Mummy???? Haaa...camana???

Kalau beranak kt Spore, kena la cari helper or confinement lady. Dah tgk2, kebanyakkan CL kat sana chinese sbb mmg selalu chinese la hire CL kan. Service mmg tip top, tp fees dia lagiiiii la tip top. Huhuhu..serba salah plak. Aku ok jer nak pantang sndiri2 kat sana. Dgn syarat arsyad gi school, Adelia gi childcare ke separuh hari. Daddy kena la cuti 4-5hari. Selalunya lepas seminggu insyaAllah dah sihat sket kot nak masak2 utk mkn sndiri..Jaga baby sndiri, mandikan etc insyaAllah tkde prob. Anak no 3 dah weii....nak ngada2 org mandikan anak, sila lempang diri sendiri!. Hahahaha

Pastu..pastu..aku dah siap2 buat groceries list, monthly budget utk hidup kat sana. Basically, BOLEH LA HIDUP...hahaha...Agaknya org rasa mcm best je kan dpt keje and duduk kat Spore. Mmg la gaji pun in SGD. Tp dgn 3 anak, seorang isteri yg kuat makan, agak bengkok gak la Daddy nanti. Miahahaha....Tp jgn risau, rezeki ada kat mana2. Cuma kita la kena pandai sket nak manage kan. Dapat hidup dgn sederhana pun syukur Alhamdulillah. Yg penting pengalaman hidup kita nak kutip kat negara org tuh. Bkn selalu dpt peluang gini kan...

Pada kawan2 yg dah ada plan nak dtg visit tuh, meh ler...jgn malu2. Tp harus di ingat, rumah aku nanti apt 2 bilik sahaja. Boleh le spare 1 bilik utk guest. So klau nak dtg, dgn family sendiri yg kecik molek, boleh ler. Kang korang dtg dgn mertua, ipar duai bagai, haiyohhh..roboh rumah hamba...hahaha....Lain la family members aku. Tak kisah tido bentang toto kat ruang tamu pun. Balik Cheras or Amansiara, mmg ktorg tido bersepah pun tak kisah. Nama pun family kan. Itu nak ambush ramai2 pun, aku sedia kan bantal sorang satu jer. Kekekeke...Takde makna nak sorang satu bilik. Babab kangggg...

Plan skrg nak bertolak on 6th July. InsyaAllah. Tak betul2 confirm lagi. Still tgu greenlight dari HR. Tapi semua dah settled. Working visa, dependent visa..suma dah ok. Aku pun tgh giat kemas baju. Sehari sehelai kain gamaknya. Tak settle2. Hahaha...Lek lu.....Kang dah dekat date nak gi baru aku kelam kabut...kekeke

Seriously tak sabar nak start new life kat sana. Nak tgk mcm mana Arsyad dgn kawan2 baru kat school baru. Nak tgk boleh tak aku masak hari2 dari sarapan sampai dinner. Hahaha..InsyaAllah....harap2 semuanya di permudahkan utk kami. Tinggi harapan aku dapat jadi isteri dan ibu yg sempurna utk mereka. Bkn senang nak jadi stay at home mother ni. High expectations ok. Salah sikitttt je org akan ckp "Eh, ko ni duduk rumah pun tak reti2 lagi?" ... or "Eh, bkn kena gi keje pun, dok umah jaga anak and masak pun susah?". Haa....bernanah telinga kang....padahal suri rumah dan career woman sama je. Manusia tak terlepas dari kesilapan kannn??? Takpelah, janji aku try buat yg terbaik..

Ok dah. Nak sambung research yg tak berkesudahan. Bkn Kiasu. Cuma mau perancangan yg bagus. Kang "boss besar" kasi soalan berdas-das. Tergagap2 aku nak jawab kang. Hahaha
 

Jun 19, 2012

Arsyad si "Mek Geber"

Perihal budak si Arsyad ni kan...beliau adalah SANGAT-SANGAT suka menjahanamkan harta benda...Klau barang beli utk dia, tak sampai 5min confirm hancur di tangan dia....Mmg di akan "bega-bega" benda tu kasi rosak...tak tau la peel apa ntah dia nih. Boleh dikatakan semua barang mainan dia mmg tak cukup sifat...Jgn ckp utk dia main lagi, nak turun kan kat adik2 pun tak sanggupppp...huhuhu

Benda paling ketara adalah basikal merah dia ni....Beli masa umur dia setahun...Kaki lom sampai masa tu. Tak reti kayuh lagi. In fact sampai skrg pun tak reti kayuh basikal nih. Hahaha..Dulu kaki tak sampai. Skrg weight dah melampau so if kayuh pun tak ke depan. Cara dia main basikal ni adalah dgn menghentak2 basikal ke depan dan ke belakang. Hentak-hentak sampai skru2 dia longgar. Pastu dia tonggang terbalik kan and try nak cabut skru2 tu kasi tercabut. Aritu dia mengamuk tak dpt cabut tayar basikal nih. Haihh..anak sapaaa la ni kan..

 :: Masa basikal merah masih cukup sifat..penuh gambar Upin Ipin dia tampal...Peminat susah mati la katakan....::


 :: Dapat kat Adik...kepala basikal dah takde.....Redha je la ye dik..::

Hari ni???? Dia leh panggil aku..  "Mummy, tgk abg dah BUAT Basikal Baru..Cantik tak???...Teruja aku nak tgk.....TERUJA lah sangat......

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



 :: Mampu???? Apa yg tinggal utk adik2 ko abg oiiii.....sakit jantung mak...haihhh....::


Itu basikal benda besar tu.....Toys yg kecik2, jgn ckp lah....patung tkde kepala, kereta takde tayar, train tkde roda, senapang tinggal separuh, mmg tiada satu pun yg cukup sifat. Nama je ada toys satu bilik, tapi hampeh, dapat main hampas2 sahaja lah..hahaha...Mmg aku tak beli dah buat masa skrg. Sakit jiwa tgk benda hancur 5 minit kat tangan dia. Ada satu kali tu, aku tgk dia GIGIH tgh gigit2 senapang baru beli. Dia kopak2 kan pakai gigi. Mengucap ok. Bila tegur, dia ckp "Jgn kacau la..Abg tgh buat permainan baru ni.." Haihhhhh...

Kang dah pindah Spore, lagi aku kena hati2. Rumah tu rumah sewa. Apa barang2 dlm tu rosak, semua kena ganti. Bkn barang2 sendiri. Memang aku beli wisel kat sana kang. Skali nampak dia mcm nak membega je, aku tiup kuat2. Hahaha...Tak larat dah nak jerit wei....Terik2 urat perut ni jerit kat dia sehari 80x...

Takpe, anggap je la anak aku ni kreatip terlebih. Semoga nanti2 dia dapat channel kan ke-kretipan dia ni ke arah yg lebih baik...insyaAllah...

Arsyad....Arsyad... 

 :: Anak bujang saya...tgk muka pun dah tau "akal" dia kan???? haihh....::

Jun 12, 2012

Penantian Satu Penyeksaan.....

Memang susah kalau kita kena tunggu sesuatu benda yg di luar kawalan kita...Kalau boleh kita rasa mcm nak cepatkan benda tu or nak kasi settle...Tp sbb benda tu its beyond our control, kena redha dan menunggu je lah...Hati yg menunggu nih...Allah saja la yg tau. Nasib la aku ni tergolong gak dlm golongan yg kuat sabar...Hati kering. Haha..Walaupun ada la gak sesekali tu rasa nak meletop dada, tp rasanya, baik bersabar dari mengamuk. Marah2 dan rasa tak puas hati, tak mendatangkan apa2 faedah pun...

Spt yg aku kecoh2 kt blog setahun yg lepas..(omg seriously dah hampir setahun tau)...Kitaorg kan kena transfer ke negara lain. Kronologi nya mcm ni, dlm March 2011 gitu la, Daddy dpt tau dia kena seconded ke company yg ada JV dgn Petronas. Company tu based in Germany. So basically dia kena kerja ke Germany la. Masa tu diaorg kata its 100% confirmed, so tgu date and next step je. And masa tu gak aku tgh pregnant kan Adelia dlm 3 months gitu, so ktorg pun bertawakal je agar semuanya berjalan dgn lancar..

Tapi biasalah, plan manusia kan. Ntah ngapa and apa silapnya, dok la bertangguh2 dari sebulan ke sebulan....Dari perut aku kecik, sampai dah keluar dah tuan puteri tu..hehe...Daddy pun floating tkde position sbb dok tgu bila la betul2 kena pergi nih. Masa Dec 2009, diaorg kata kena amik German Language course dulu. Sbb senang nak communicate kat sana. Masa tu ktorg baru discovered yg wife pun kena pass A1 Deutsch level gak. Sbb nak dpt dependent visa. Itu yg Jan 2012, lepas je abis pantang, aku enrolled la kelas kan. Dpt cert in March, still takde khabar berita. Bila tnya management, the secondment process is still ON. So tgu je bila ada progress yg aku pun tak tau la apa benda yg dia process benornya...hahaha

Since if sampai German nanti aku still kena amik A2 cert, so enroll je kat sini. Sbb tu aku sambung A2 and passed on April 2012 (best student..ehem..ehem..sempat berlagak lagi tuh..haha). So basically part aku, dah prepared dah. Masa ni plak aku dapat tau aku pregnant lagi. Haa...dapat berita masa pregnant Adelia @3months last year, sampai dah pregnant balik, still tak settle2 lagi hal ni kan...hahaha...

Sampai la last week, FINALLY....dapat gak confirmation yg agak concrete. Dapat jugak date yg di tunggu2..cuma tempat nya je berubah..Its no longer Germany....Diaorg decided nak hantar Daddy ke Singpore. Same company tapi based kat Singapore coz Daddy background nya Trading...Kat Germany mostly technical coz plant kan.....

Aku adalah LEGA yg teramat sgt. Mau tak lega, nak pindah ke negara lain dgn 2 org anak and expecting lagi sorang, its a no joke business. Nampak tak...kalau kita redha, kita sabar dan doa yg terbaik je jadi utk kita dan family, insyaAllah..penantian tu tak sia2....Allah knows best...Allah dah susun cantik2 semuanya utk kami....So tkde la nak pening kepala pindah benua yg lain...and pening2 kepala nak masak 5x sehari...hahaha...dasar pemalas..

And now, at least ktorg tgh bz siapkan paperwork utk ke Singapore.  Tkde la mcm dulu tertunggu2, ternanti2 with nothing kan.... Nampak je dekat kan...Tapi sama je..Tetap la warga asing ktorg ni kan...(Zed Zaidi, tak payah nak ragging Aaron Aziz sgt la...kang dia cop laki aku pembantu rumah dari Malaysia plak kang...) hahaha....Alhamdulillah, setakat ni byk benda dah settled...Tinggal nak tunggu visa siap...and insyaAllah bln July bertolak ler kami ke Kota Singa :-)

Aku cuma harap benda ni settled sebelum bulan Ramadhan. Kalau kena pindah masa tgh berpuasa, insyaAllah akan aku kuatkan hati juga. (menangis). Hahaha....Aku ni senang je...Kita plan sehabis baik, tapi kalau benda tak jadi mcm kita plan, sila jgn gelabah or nak frust sgt. Aku jenis tak suka semak2 kan kepala otak. So if tak jadi, kita pikir plan B yg sesuai utk situasi baru tu pulak. Mudah kan? Tak semua benda jadi mcm apa yg kita kan kan...Jadi belajar2 la redha dan percaya pada Qada' dan Qadar....

Rumah kat sana nnti Apartment 2 bilik je. Comel je utk kami 5 beranak (insyaAllah bertambah ahli Nov nanti kan)...Arsyad pun aku mmg plan nak hantar dia sekolah sana terus. Playschool pun, kat sana education system lain sket. Playschool starts at 2 years old. Biar dia belajar. Mummy dok umah melayan dua org bayi. Belajar masak apa patut. (Shopping apa patut..hehe), InsyaAllah..if niat kita baik, semuanya akan di permudahkan kan..

So itu la jalan yg terang utk kami sekeluarga buat masa ni. If tiba meniba nak tukar lagi, redha la buat kesekian kali nya...hahaha..Belajar je dari apa yg terjadi kan, and improve mana patut if kita ada silap sana sini.  Life is too short to be grumpy all the times. Not good....not good...

Eh, dah kul 1am. Benornya aku berjaga dr kul 11pm tadi. Anak2 skrg tido kul 11pm, pastu aku masak bubur nasi utk tuan puteri nak makan esok. Tau2 je la bubur lamaaaaa nak empuk and lembut kan. Sambil2 lipat kain and tgk Euro, Dah settled suma baru update blog.. Sapa kata dok umah goyang kaki, sila lah berhenti keje and try dok umah. Aku nak tgk sgt kaki dia dpt goyang ke tidak. Muahahaha.....

Setakat ni, saya adalah GUMBIRA...tak sabar nak start life baru kat sana. Walaupun Singapore je kan.....dari Oktoberfest ke Restoran ZamZam katanya...hahaha..Takpelah, pengalaman hidup tu yg priceless...Pindah la mana pun...Aku pindah dari Wangsa Maju ke Kajang ni pun mcm2 pengalaman hidup aku kutip...hehehe....

Dah nak tido. Esok pagi2 nak jaga tuan puteri. Dia dah pandai memanjat tangga, sofa, coffee table, kerusi meja. Tapi tak pandai duduk balik. Hahaha..So harus la sentiasa jaga2 time dia memanjat, coz if dia nak duduk balik, dia main hempas badan je. Macam kan badan dia yg lemak2 tu adalah sponge kan...kekeke..

Nanti if free sambung update lagi....

Jun 5, 2012

Anak-anak Jantung Hati Saya....

Jantung hati sangat kan.....hahaha..Iyer lah, org kata anak-anak ni...dia lah madu, dia lah racun...maksudnya bkn la dia madu sampai ko leh buat cornflakes madu juadah di hari raya..bukan yer..madu bermaksud dia lah buat ko happy..kang time dia buat perangai, dia jugak akan buat ko dapat darah tinggi...wakakakaka...

Dah lama tak story mory cite anak2. Dok cite hal cuti2 jer, mcm la blog ni blog cuti2 kan..padahal cuti2 pun 2-3x setahun je...Maknanya??? Jarang berupdate...haha..iyer, saya bkn blogger tegar. Aku update bila rasa nak update ajer...Tanya la lapan ploh kali pun..tetap la aku update bila ada mood..kekeke...

Ok mula2 cite si Abg...Abdullah Arsyad anak lelaki pertama saya...Seantero dunia tau kecergasan maksima yg beliau miliki....Battery dia kalah energizer...takkan abis sampai la malam...satu hari tak tido pun takpe..Tapi slalunya aku paksa gak tido. Sbb kalau tak tido, dia jadi cranky. Dia ngantuk tapi nak mengganas juga. Lalu mengamuk kalah orang berperang kat Perang Teluk okeh... Sapa yg jumpa dia and ckp dia tak melasak, aku nak kasi Arsyad duduk umah org tu seminggu...Confirm tobat. haha..Tp ramai org kata biasalah, anak lelaki umur 3thn kalau tak melasak, takde la budak namanya kan..Tapi perlu juga di ingat, kelasakan budak ni lain2 tahap dia kan..Arsyad punya tahap??? hmm..ckup la kalau aku ckp Daddy sampai leh tanggal tali pinggang time driving and libas zassss ke belakang kepada budak yg tak reti diam itu...hahaha

Dia tgh dlm tahap apa je mummy and daddy ckp, its WRONG!!...kalau dia tnya "Mummy, apa tu?" Aku jwb la.." La..kan anjing tu..takkan abg tak kenal..dari kecik abg tau itu anjing kan.." Kang dia jawab.." Tak la..itu dog la..apa itu pun Mummy tak tau.." 

Sakit jiwa tak? Dan banyak lagi lah...tak tertulis kat sini...haha..tp aku bersyukur....Sbb kelasakan dia dan ujian minda yg dia buat hari2 lah yg mengeratkan hubungan aku suami isteri..secara tak langsung ktorg sama2 cari jalan mcm mana nak "jinak kan" Arsyad nih..hehe...Kadang2 mlm2 anak2 dh tido, ktorg share la story mory perangai Arsyad..geli hati ok..time dia buat perangai tu mmg marah..kang dah di bentangkan atas meja pengadilan, jadi lawok plak..wakakaka..

 :: Penguat semangat Mummy...walaupunnnnnn......hahaha...iyer, kalau ko ada anak yg sedikit mencabar..mmg jadi penguat semangat utk jadi Mummy yg sempurna utk dia...huhuhu


 :: Walaupun Abg slalu nakal, tkmo dengar ckp Mummy...Mummy akan tetap sayang abg...sayang yg takde tolok bandingan....Walaupun abg ckp kaki Gajah kat dlm gambar Safari Bangkok dgn kaki Mummy sama besar....(nangis....nangissss...)


Ok, cite anak no 2 pulak. Si puteri, si manja, si mengada...OMG..giler...dulu mmg aku ckp dia sangat sangat sangat sangat senang nak di handle...tak byk karenah..tak reti buat perangai....nak dengar dia nangis mmg susah sekali...Ok..itu adalah 5 bulan pertama....kasi chance Mummy puji lebih2...hahaha

Skrg??? Saya tak se-naive dulu...Saya tak mudah nak di letak je dpn tv, dan Mummy sesuka hati buat keje rumah..Saya tak de masa nak lepak je dlm cot sambil isap jari, pastu tertido sendiri..Nehi!!..sila mimpi la Mummy!!....

Bgn je tido...dia  akan nangis2 jerit2 dulu...sbb terkejut ke, termimpi ngeri ke, tak tau. Pastu pujuk2, golek2 atas katil..Pastu kasi makan, itupun duduk salah, diri salah, baring salah, lepas setengah jam baru lah abis semangkuk tu...Pastu nak jalan2 kat luar, tgk bird, tgk dog sebelah rumah yg bau sangat2 lah menyesakkan hidung sbb tuan dia malas nak cuci kandang...Yucks!!..pstu baru mandi, then main2 tapi tetap atas riba Mummy....Pastu susu, dodoi2 setengah jam, baru tido!...tido pun kaki sebelah atas kaki Mummy supaya Mummy takleh gerak ke mana2..gerak je, terbangun la raksasa yg ganas itu...huahahaha....


Itu baru cite sampai tgh hari....Mummy saya tetiba malas nak cite perangai saya sampai malam...wakakaka....Lain kali la cite..Tp pendek kata, saya teramat amat manja skrg...Mummy nak gi kencing seminit pun  saya akan jerit sampai nak termuntah....berdukung sesaja...Apa je Mummy buat memang saya akan setia menjadi baby kangaroo macam kan ada pouch kat perut Mummy....hahaha

Tapi takpe...aku redha..org ckp apa? perangai nak dpt adik? ok layankan la perangai dia ni dulu kan...kang adik dah kuar...still perangai gini, tau la aku nak keje kan...

Skrg dia dah belajar2 berdiri..dah memanjat2 tapi kaki gigil2...haha...Badan dia tak berapa kuat mcm abg dia dulu...Segala milestones mmg agak lambat compared to abg la..Tapi ok jer..Lain budak lain milestones dia kan....kita bantu je apa yg boleh..nanti aku share apa aku buat bila aku perasan dah 6 bln dia tak leh diri with support lagik....iyer, kalau kita pegang ketiak nak dirikan pun kaki dia akan terpatah2 malu2 nak tegak. hahaha..But now dah ok dah...cuma takde la gagah perkasa...still ayu2 gitu...


 :: Saya memang happy memanjang...nak2 kalau perut saya penuh....sukaaaa

Oh, lagi satu. dia suka makan..suka bangat...ko campak je la apa2 makanan..fries, ice cream, nasi lemak, meehoon soup, suma dia bedal. Gigi ada 4 batang. Kunyah pakai gigi depan. Sungguh lawak tgk dia kunyah. Lambat suap sket ngamok. haihhh...tangan tu maintain berketak walaupun berat statik je kan..hehe


:: Comey tak saya???? Ramai org suruh Mummy masukkan saya kat pertandingan bayi comel..Tp Mummy saya rasa diri dia poyo nanti...mcm dia sorang perasan anak dia comel..hehe

Ok lah. Sebenornya nak cite secara details perangai satu2 anak2 ni. Tp maleh plak tetiba. Wakaka..ini lah cara blogger ikut mood. Tgh2 update pun leh malas. kekeke..

Apapun, Mummy and Daddy sayanggggg and cintaaaa sgt2 kat Abdullah Arsyad dan Amina Adelia...iyer, korang la madu dan racun..tiada pengganti....insyaAllah, kita sabar tgk baby AA kuar end OCT nanti ok..kita tgk apa pulak perangai dia...hehehe.....MUAH!!!!