Pages

Mar 29, 2012

Bangkok....Here we Come!!!!

Wahhh...mood tgh berkobar2 happy nih...Sbb dah selamat menjalankan tugas book flight+hotel utk next vacation...Yeeehaaaa...Walaupun tmpt ni dah berpuluh kali Daddy pergi kan...tp dia pergi sbb keje...mana la dia nk berjalan2....suruh dia belikan aku Thai Silk pun dia beli kat shopping complex...ada kaa.....

Priority pemilihan destinasi percutian kitaorg selalunya adalah ikut kepentingan budak kecik Abdullah Arsyad. Sbb dia yg nak enjoy nya pun. Kita mak bapak budak ni ikutkan je la. Dah ni la gaya bawak anak berjalan kan...Lain la dia dah besar sket, dah paham nak gi trip2 yg berilmiah...ni dia obses gila dengan segala haiwan2 dan binatang2 dlm Zoo or Safari. If bawak dia pergi....sampai tak lalu makan okeh!!...Kang balik KL, dia punya cerita pasal Safari tu...makan bulan nak abis...hehehe

Daddy pilih Bangkok sbb takmo jauh2 sgt. Sbbnya ktorg travel wajib bawak anak2 dara Kak Selly. Tak lengkap rasanya tak bawak budak2 tu..hehehe..Seronok bila tgk diaorg pun seronok jalan dgn adik bertuah diaorg si Arsyad tu. Kang if pilih tmpt jauh2, ayah budak2 tu tak kasi green light plak. Susah juga..So Bangkok pun ok la ye Aliyah and Aina..Auntie Zu akan pastikan trip kita kali ni pun happening and havoc mcm biasa!!!..

Flight dah booked kat MAS. Aku try gak Air Asia..Tp beza RM100 je. MAS mahal RM100...Tapi Daddy dpt enrich points. Untung juga tu kan..kekeke...Flight gi Bangkok mmg agak pricey. Sbb tmpt transit kot...Entah. 

Untuk hotel,Daddy punya collegue kat Bangkok suggest hotel ni..Citadines Sukhumvit Serviced Apartments. Aku agak terkejut tgk rate. Seriously affordable. Utk Apartment 2 bedroom RM260 je per night!!..Mana nak dpt kat KL wey...hahaha...


:: View hotel dari luar::

:: Suka hotel yg ada living hall walaupun tak besar....senang budak2 nak lepak tgk tv takde la nyepahkan katil je kejenya..hahaha::

:: Paling best ada small kitchen!!!..senang nak bancuh susu, basuh botol2, panaskan food ke apa kan::
 Apartment tu takde la besar mana. Ada 2 bilik, satu king size bed, and satu bilik lagi 2 single bed. Tp ada partition je antara bilik tu. Idok la bertutup jauh asing2 mcm kat rumah kan. Senang sket nak jenguk2 budak2 tu. Kak Selly, diaorg berani tak tido bilik sndiri kat hotel nih? Hehe...So far ktorg pernah amik connection room je.Apt tak pernah lagi..So tak tau budak2 ni ok ke tak..hehe


Selesa sket amik apt. Kecik and tak berapa banyak bintang pun ok dah. Janji selesa. Ada tmpt anak bujang aku tu nak lari2. Activities yg aku plan plak, of course Safari Bangkok, 4D show kat Paragon, or maybe nak gi Theme Park ke apa. Segala mak nenek tmpt shopping malas nak masuk dlm list. Gi pun 4 hari je. 1st day tu sampai dah kul 1pm. Then jalan2 round2 town je dulu. 2nd Day gi Safari. 3rd Day gi 4D show, or theme park, or maybe Maddame Tussauds. Rugi plak tak gi kan. Pastu last day tu relax2 ready nak balik je. Takmo nak bercita2 cover semua tmpt sgt. Nak plan trip yg relax, yg mengembirakan anak2 ajer...Aku pun bkn leh melasak nak jalan dari pagi sampai ke mlm sgt....Time 1st trimester ni time lemau sket. Badan asyik penat je. So perjalanan yg relax2 adalah lebih membahagiakan...hehehe


Wahhh..tak sabar dah nih...Lambatnya nak tgu 20 April..Arsyad tu,  start dari aku bgtau nak gi Bangkok td..dah dok practise "Sawadikap...Sawadikappp.." Rasa nak lempang je..hahaha...


Ok nak layan vid Safari Bangkok ni..Nampaknya mcm teruja je compared to Safari Bali and Safari Bandung yg kitaorg pernah visit...Aku takmo tunjuk vid ni kat Arsyad..kang hari2 20 kali dia tanya "Mummy..bila nak gi Bangkok?? esok ke???" Kalau ko jawab "Lambat lagi.." seminit lepas tu dia tanya lagik...saja buat2 tak paham....kekeke




 Terujanyaaaa tgk vid nih...ok dah. nak tido...kang aku plak yg terlebih teruja lebih dari anak-anak...kahkahkah..
 

Adelia 2nd checked-in kat KPJ Kajang

Balik je dari PD lepas family day tu..anak dara aku kena diarrhea. Stok melampau2 sbb sampai 8-9 kali berak sehari. Tp minum and makan mcm biasa. Nangis, merengek, sikittt pun takde. Tp dok la berak-berak. Dia ni plak jenis if berak pun dia tak berbunyi. Tau2 dah bau harummm je kan..hahaha..Kalau abg dia jangan lagi. Dari kecik, kalau ko tak perasan dia berak, haa..siap lah...dia punya nangis mcm dalam pampers tu ada duri mencucuk2 punggung dia tuh!!!..sabor je lah..

Start kena hari Ahad mlm..then Isnin tu dah check out kan..aku ckp kat Daddy balik kang amik ubat kat klinik je. Then kita monitor je. Selasa aku antar school, aku pesan kat cikgu dia skrg tgh berak2. Tp so far tak serious sbb dia tak lembik, dehydrated ke apa. Dia cergas je mcm biasa. Cuma kena la check slalu pampers dia. Takut tak selesa sian dia kan. Balik tu aku amik, cikgu ckp satu hari dah 7x dia berak2. Balik je rumah..berak lagi. Aku bukak pampers, OMGG...terkejut gila...habis kawasan private dia tu melecet!!!...Merah2..siap kat celah2 tu dah mcm luka dah...Eeee....ni mesti kes cikgu tak check slalu pampers ni. Mesti dia biar taik tu lama2 dlm tu. Aku jaga dia diarrhea 2 hari tak melecet mcm ni. Kat school baru sehari dah merah mcm kena panggang je kulit anak dara aku tu. Geram!!!!

Tp nak marah pun tak guna. Cara ko jaga lain dari org lain jaga kan.Redho je la. Esok tu terus aku  ponteng kelas. Jaga dia kat umah. Setiap kali tukar pampers, setiap kali tu aku sapu diaper rash cream tu. Sian sgt tgk kulit dia. Tp amazingly budak ni sikittt pun tak nangis. Padahal kulit merah menyala aku sendiri ngeri nak tgk. Baik anak mummy....**sebakk..

Hari Khamis aku takleh ponteng lagi la kan. Aku terpaksa antar school. Hari aku jaga kat rumah tu dia dah kurang sket berak2. Dalam 3-4x satu hari tu. So aku igt masuk Khamis dah ok la kan. Tp aku tulis note besar2 utk cikgu, aku letak dalam beg Adelia. Suruh dia tukar pampers setiap sejam. Lantak la berak tak berak, kencing tak kencing. Sbb kulit melecet mcm tu, kena air kencing pun pedih tahu!. Aku antar pampers sebeban. Nak pakai 20 pampers pun tak kisah janji melecetnya kurang. Pastu aku suruh sms if dia berak lebih dari 5x sehari...

Ptg tu cikgu sms, ckp adelia dah berak 5x sampai kul 5pm tu. Terus aku call PM Care, amik GL, shoot gi KPJ Kajang. Daddy kata confirm doc suruh admit. Sbb dah 4 hari kan...Ubat clinic pun dah nak abis....Memang betul...Doc dengar je aku ckp berak 5x sehari (minimum), paling byk 10x sehari, terus dia suruh admit. Walaupun adelia nampak cergas, makan minum mcm biasa, tak nampak lembik and dehydrated, tp kita tak tau kandungan air and glukose dalam badan dia...takut dah kurang...

And confirm2 la kena masuk drip kan....Aku agak seriau bab2 ni..sbb baca blog Diah, anak dia kena drip kat Prince Court, sampai berlubang tangan!!!....Seriau gila tgk. Terus aku ckp dgn doc, aku nak doc pakar yg masukkan drip. Takmo nurse. Doc tu senyum je. Dia kata if doc pakar or anasthetic mahal sket la charge nya. Eh lantak..dari tangan anak aku berlubang kan....
Lagipun bkn aku yang bayor pun...kekeke

:: Time ni nurses nak tgk ada line ke tak..then boleh bgtau doc kat mana nak cucuk...::

:: Serious je muka Adelia tgk nurse tu....mmg kat tgn tak jumpa line ok...Lemak semata!. hahaha::

:: Muka mengejek nurse sbb tak jumpa line kat tangan...hahaha::

:: Skali hambek.....kat segenap bahagian kaki diaorg belek...lama jugak lah nak cari line kat badan budak gebu nih....::

Dah selamat masukkan line segala....lega sket aku. Then Daddy ajak aku balik sbb nak packing barang2 Adelia. Eh, budak ni line dah masuk. Dah kena naik atas letak drip. Mcm mana gaya plak nak mintak balik dgn drip2 bagai ni kan. Tp Daddy tak confident nak kemas barang2 sendiri. Kang ada je tak complete. Haihhhh...terpaksa la mintak doc bawak dia balik, and masukkan drip later je. Cuma nak bawak balik dgn line and jaga abg dia yg lasak dari nak usik2 tu agak susah la kan..Mencabar!

Settle balik rumah kemas2. Nurse kata single room tak available. For tonight kena duduk double bed dulu. Tu yg aku lemah time warded ni. Zaman skrg ramai betul budak sakit. Nak dapat bilik single kosong mmg payah. So ktorg pun duduk la share dulu. Dengan sorang budak lelaki ni sakit diarrea gak. Dia dah 2minggu. Rotavirus. Mlm2 nangis2 tak berhenti. Sian parents dia dok pujuk. Aku dgn Adelia ok je. Ktorg leh je tido walaupun bising. Itulah kepakaran kami...hahahaha...Cuma motif sampai kul 12mlm ada org dok dtg visit budak tu pastu dok selak2 curtain aku nak jenguk2, sumpah aku tak paham!!!..

Esoknya, aku mintak Daddy tolong jaga plak. Sbb aku takleh ponteng kelas dah. Exam dah nak dekat. Lagipun kelas aku 4jam je. Tak la lama sgt Daddy kena tgu kan. Adelia pun mmg tak meragam langsung. Cuma kena jaga dia jangan tarik drip tu.. Dia ingat suka2 ke doc nak cucuk and letak drip kat kaki dia? Suka2 je dok tarik2. Ngeri aku tgk. Buatnya jarum tu tercabut..Eeeuuuuu....aku lari dulu.. hahaha

Kul 3pm aku sampai spital balik. Tgk anak beranak tgk sedap tido. Daddy tido mmg tak sedar terus. Rupanya2 dia pun tak sihat. Dia ckp penat tgu org sakit. Aik, 4 jam je kot...hahaha...So dia nak balik rehat....Ptg kang baru dtg bawak abg bertuah tu...Iyolah...Kita jadi mak ni kalau nak sakit ke, nak penat ke, mmg kena jadi org terakhir. Lepas anak, bapak...kang last2..baru kita leh tak sihat plak...hahaha

Ptg sket dah dpt bilik single. Jiran aku sebelah katil tanya nape tukar bilik? Sbb anak dia bising sgt ke? hehe...terasa plak dia. Aku explain ler tak..mmg sementara tgu bilik kosong..hehe

Abg Abdullah Arsyad sampai je..harus la haru biru jadinya kan....Ada satu masa tu Adelia nangis nak susu..Pastu aku dok cari mana botol susu dia. Seingat aku mmg aku dah bawak masa pindah dari bilik double room tu. Tp cari2 tak jumpa. Berulang2 kali aku gi balik bilik double room dok cari balik kat sana. Tp mmg takde. Rupanya Arsyad letak dalam peti ais!!!...Sampai sejuk beku botol2 susu Adelia...Sabar je lahhhh

 
:: Setiap kali nurse dtg check dia...mmg dia bagi kerjasama yg jitu...suka observe apa nurse buat...::

:: Lena sgt tido..padahal aku tukar pampers dia setiap 2 jam...sikittt pun tak bgn..hehehe::

:: Kang lapar..mintak susu....kenyang...main sendiri...susu balik...main balik..tido....alhamdulillah, sakit mcm mana pun budak ni mmg tak byk ragam..::

:: Kaki kan kena tambat...so main kat area2 situ je...pun dah happy abis dah....::

:: Buah Hati Mummy::

:: Ini masa mamai2 nak tido...isap ibu jari, tarik2 sket mata....5 - 10 min lepas tu lelap. Sendiri tido.::

:: Posisi terbaik....Suka duduk sini sambil tgk tv::

Aku mmg bersyukur sgt2 la...jaga Adelia ni elok time sihat, sakit, masuk spital, bawak travel, mmg tak banyak ragam. For now...takmo ckp lebih2...takut ragamnya kuar nanti2 plak...hahaha...Dia akan main sndiri, layan diri sndiri, kang penat, ngantuk, tido sendiri....klau kita rajin, kita dukung2 dia, main dgn dia, lagi dia suka. Terkekek2 ketawa...tp kalau kita malas(mmg slalu aku malas..haha), dia golek2 sndiri pun takpe...Takde hal punya!!

Sampai Ahad, aku ckp dgn Daddy, aku tak kira, nak mintak doc discharge gak. Sbb kang Isnin Daddy dah takleh cuti, aku dah takleh ponteng kelas, sapa nak tgu Adelia. Abang Arsyad???? hahaha..Lagipun Adelia dah tak diarrhea dah. Doc ckp bila check najis dia, dia kena virus from bugs kat PD. Boleh gak jadi mcm tu eh? Sbb susu and nestum dia ok jer....

Doc dtg round, dia pun kasi ktorg balik. Yeay!!!....Gembira aku. Bkn apa, keje rumah menimbun menunggu. Dok spital dgn Adelia walaupun tak susah, tp tension kejap2 nurse dtg check temp..kejap2 dtg tukar drip....tgh tido mlm 3-4x dtg....itu yg buat tension...benda lain ok je. Food pun sodap. Hahaha...Pastu nurse2 kt situ suka dia. Kejap2 kang ketuk bilik mintak pinjam dia...Sonang keje mak kau....hahaha

 
:: Yeay!!!....saya sudah boleh balik....::


:: Akibat hari-hari cuba tarik drip...hari terakhir dan barai begini...hahaha::

:: Dah sampai umah....saya dah sihat!..Alhamdulillah..::
 Ramai org kata aku ni suka masukkan anak ke hospital. Anak sakit sikit, masuk spital. Anak sakit sikit, masuk spital. Pastu siap ckp anak-anak aku slalu sgt sakit. Eh, sekolah ke tidak org2 itu eh? hahaha.....Budak2 dok nursery begini lah...Arini anak aku selesema, kang dah baik, budak lain plak kena. Pastu jangkit balik kat anak aku....Baik kejap....budak lain bawak batuk, dapat batuk plak....Biasa la tu. Siapa berani guarantee budak duduk di jaga dlm rumah TAK PERNAH SAKIT???? hahahaha...mmg gila sapa yg berani jamin mcm tu...

Bab slalu masuk spital...sbb prinsip aku dgn Daddy ni sama. Listen to your doctor. Klau doc aku suruh admit, admit je la. Dia pun ada principal, takkan dia suka2 nak admit just sbb anak aku selesema 2-3 hari kan??? Ada la reason dia..if demam seminggu dua tak turun2, or batuk byk phlegm sampai hari2 kena buat physio....terpaksa lah....Jgn amik mudah benda2 gini...Penat kejap sementara budak2 ni nak membesar, takpelah....Kang diaorg dah besar panjang, rindu kang korang nak berjaga malam time diaorg demam..Time tu anak2 umur dah 20, ko nak suruh telan panadol pun dia ckp korang busy body...hahahaha

Senang hati anak2 dah sihat. Mula lah Daddy suruh aku plan bawak diaorg jalan2...Aku ok jerrr....hahaha...Tempat di tuju mesti la yg ada Zoo, atau Safari, atau tempat binatang2. Abdullah Arsyad tu theme2 park ni dia tak main. So nak gi Gold Coast ke, Disneyland ke...nanti2 la dulu. Jimat duit mak bapak dia...kekeke...Nnti dah confirm mana mau pergi, aku shout kat sini....

Ok dah nak tido...mata dah ngantuk..
 

Mar 28, 2012

New Mission...

Firstly, terima kasih bebanyak kepada kawan2 yg wish...yg terkejut..yg terkedu...yg tersenyum2..tergelak2 bila tau aku pregnant balik...hahahaha....yg wish kat FB, ada 54 comments...(termasuk 3-4 comment aku sndiri bila reply comment org)...pastu dah tak daya nak reply satu2...sbb ko tau la FB kan...kang satu aku tulis,semua org dapat notification. kalau semua 50 wishes tu aku nak reply satu2, dah jadi beratus notification...elok2 org nak congrats aku..dah jadi menyampah...hahaha..iye, aku agak menyampah bila dapat byk2 notification. Sbb tu la aku jarang2 comment kat gambar or status org. Kecuali org yg betul2 aku rapat, and status yg betul2 aku nk comment...kekeke..kalau FB ada application utk disable notification yg kita takmo dapat, kan best.... :-)

Since mission berdiet kuruskan badan dan berakhir...tapi oleh kerana semangat juang aku masih meluap-luap..Aku nak melancarkan mission baru..Mission nya adalah utk CUBA TIDAK MENJADI GERGASI dlm pregnancy kali ini....kahkahkahkah...Eh, itu bkn calang2 punya mission...lagi susah dan challenging compared to mission kuruskan badan okeh. Sbb aku memang bila pregnant je,selera makan ngalahkan org bela hantu raya. Tak terkawal2, mmg aku akan makan start dari bgn tido, mengunyahhhh je...sampai la aku nak tido balik mlm tu nanti...hahaha

Tapi, bagi aku..semua nya tepulang kepada diri kita sndiri kan...nak amik makanan berkhasiat, nak control food intake bkn je utk mengelakkan gemok, tapi memgelakkan kena minum air gula masa 5 bln check up nanti...and utk sentiasa rasa cergas dan tak cepat penat sbb aku ada sorang toddler and sorang baby lagi nak jaga weiiii...ko ingat aku leh feeling2 ibu mengandung dpt rehat sepanjang masa??? Nehiiii!!!


Masa hari kedua aku dpt tau aku pregnant tu, pagi aku bgn tekak ni teringinnnnnn sgt nak makan meggi goreng, Dah berbulan gak la aku tak sentuh meggi sbb tgh diet kan...So tekak tu mcm terasa2 kesedapan meggi goreng ayam. Dari dlm kete aku takleh focus apa dah. Daddy ajak borak pun aku pandang muka dia dah serupa meggi goreng. Hahahaha...Sampai je Pelita, dgn senyum lebar aku order meggi goreng ayam...ayam kasi part peha...Walaweiiii....Pastu, aku perasan Daddy jeling aku. Muka masam gila...Mcm nak telan aku jer..


Bermula lah bebelan beliau...Membebel dari start aku order tu, sampai ke helaian meggi yg terakhir masuk tekak aku....Dia ckp aku ni over. Berbulan2 boleh je berdiet tahan diri. Dapat tau je pregnant dan2 teringin itu ini. Baby baru besar kacang. Kang badan dah serupa gergasi...Bla..Bla..Bla...Ko tau la org lelaki ni bila bebel. Mereka jarang bebel. Tp skali bebel tu...amboiiii..tak reti2 nak stop ok..Aku tunduk je kesedihan tapi dalam hati melonjak gembira dapat gak makan meggi goreng idaman kalbu...hahahaha...tak makan saman punya bini. Tp masa tu aku sedih sket la. Sbb mmg aku teringin sgt2. Wey, org tak mengandung pun sometimes teringin makan mcm2 kan..Org lelaki pun ada rasa teringin2...Salah ke once in a blue moon nak teringin kan?? Bkn sbb pregnant jer.....


Pastu aku pikir2, betul gak apa Daddy ckp. Jgn la jadikan pregnancy ni alasan. Aku dah 2x experience tak boleh control kenaikan berat badan masa pregnant. Pastu nak turun balik bkn main seksa. Patut kena la control setakat yg termampu dari skrg kan. Dah mmg ditakdirkan aku ni bila mengandung je, gemok. Asal berisi je, gergasi. So kalau hati and diri aku try nak control, insyaAllah tak berapa gergasi la kan...Terpulang pada diri aku sndiri. Bkn la sbb tkmo gemok sbb tak cantik. Ada je org gemok yg cantik. Cuma aku ni bila gemok aku jadi lembik. Kurang stamina. Susah bergerak. Anak kat luar ada 2 org. Kan ke susah kalau dah susah bergerak kan....

Terima kasih Daddy..Walaupun kata-kata u menikam kalbu, tp dapat gak menyedarkan wife u yg ingat dia ada lesen utk gemok ni...hahahaha.....Daddy amat2 mengenali diri aku..Dia tau aku tak suka gemok. Dan dia juga tau aku takleh control makan. Agaknya dia pun confuse cara mcm mana nak menyelamatkan aku dari menjadi gergasi. Gemok tak suka,  makan takleh control. Payah tu. hahahaha...


Ok, so dgn ini aku set my 1st stage mission. Aku akan cuba sedaya upaya...During this 1st trimester...aku hanya akan naik 2kg sahaja..Iyer, bunyi mcm agak mustahil...Tp try ler dulu...If nak ternaik terlebih sket 3kg ker...4 kg ker...kang 2nd trimester pepandai la control balik...Dulu time pregnant Adelia mission aku tak naik lebih dari 27kg masa time aku pregnant Arsyad...tp aku failed...Aku naik sampai 94kg...hahaha...So mission aku skrg, sampai nak beranak nanti, aku takmo naik lebih dari 94kg.....Weiii..gilaaa..lagi 6kg nak ke 3 digit...uwaaa..takmo..takmo..takmoooooooo....


Skrg berat aku is 74kg...kekeke...lepas detox dpt 73kg aritu..tau2 diam2 naik sekilo. Takpelahhhh....(padahal gerammm je rasa..). 74 ke 94 is 20kg..yes, aku akan try sehabis mungkin utk membenarkan diri aku naik MAX IS 20KG SAHAJA!!!....berjaya atau tidak....kita tgk la nanti yer..hehehe


Ok la dah nak start kelas dah ni. Next Monday dah exam. Lalalalala....preparation mmg tak ada langsung. Aku nak bawak otak aku je dlm exam hall nanti. Perah la otak sehabis mungkin utk kali terakhir nih. Tak daya dah nak buat2 revision lagi. Lagi aku study, lagi aku confuse. Kahkahkahkah...


Utk kawan2 yg still nak tau pasal detox diet tu..jgn segan silu. Aku leh je share apa aku tau walaupun aku tak berdetox dah skrg. Tgk ramai gila kawan2 yg try detox and berjaya turun byk...aku pun jadi happy....sbb aku tau perasaan dpt turun berat badan...kekeke..


ok Bye.

Mar 27, 2012

Alhamdulillah.....

Haloooo....wie gehts euch?? ( how are you guys??) Mementang nak exam kan..nak tulis Deutsch plak kat sini...chittt..

Dah lama tak update blog..Masa tak berapa nak ada benornya..sbb aku skrg kalut nak exam dah ni...susah sesangat A2 stage nih...Haihh..seriously aku tak rasa confident langsung boleh pass exam next week ni. 1% pun takde. Mcm mana??? Redah je laa..hahaha

Ramai kwn2 yg suruh update apa cite detox diet aku...Eh, banyakkkkk cite nih...kekekeke...Aku kan start bebetul nak diet on 27th Feb aritu..Lepas buat detox 7 hari, turun 6kg, aku rehat 2 minggu...melantak kat Family Day, then naik balik 2kg..Pastu last week aku start balik Isnin-Jumaat....Strict gila. Sikittt pun tak cheat. Exercise 2-3 jam sehari. HARI-HARI. Pagi2 lepas subuh dah antar anak2 gi school, dah meredah pagi yg hening menuju gi gym..wah ayat takmo kalah kan..haha...Sampai gym if tak buat cardio 2 jam, aku main squash 10-15 games. Pastu buat crunches 100x...lunges...squat...mmg cita2 sgt meluap2 nak kurus...walaupun time detox, workout tetap workout...

Lepas gym gi kelas, balik kelas sambung lagi cardio. If bosan atas treadmill, aku jog kat taman KLCC. Pastu dlm 5 lebih siap2 tgu Daddy nak balik. Badan mmg rasa lesu and penat. Ngan detox nya, ngan exercisenya..Tp aku push diri aku. Mmg nampak sgt hasilnya. Jeans size 30 dah leh sarung :-). Baju2 size M dah tak mcm sarung nangka...Cuma dah hari Sabtu aku timbang, just turun 3.2kg gitu je..Aku pelik gak nape sikit sgt? Adakah sbb aku stress? or diet aku tak betul???

Sabtu Ahad makan mcm biasa. Tak belasah sgt sbb sayang diet seminggu and exercise aku pulun kang senang je naik balik. Hari Ahad tu Daddy bawak family aku makan kat Hokkaido. Tmpt seafood fav aku. So aku belasah je la kan. Dlm otak Isnin pagi nak detox balik. Isnin-Jumaat berdiet bkn senang punya mission. So mari persiapkan diri...hehehe

Tp dlm hati ada sedikit gusar...period dah 5 hari lewat. If ikut instict, aku tak rasa aku pregnant. Sbbnya....takde rasa. Perasaan pregnant tu tak rasa langsung mcm time Arsyad and Adelia...Tapi to be safe, sebelum aku start balik detox Isnin pagi tu and exercise beriya utk minggu ni, aku buat je la test...mana tau kannnn...

Bgn subuh, buat test...then aku biar je test tu atas sinki...Agak2 dah 15 min mcm tu aku g tgk...Blurr gilaa.....Rasa mcm dunia terawang2an...Tak sure nak rasa happy terloncat2, or nak rasa terkejut sgt2, tak sempat nak rasa apa2.....Mmg blurr gila2...




:: Gambar sedikit blurr..sbb tangan gigil2 masa snap nih..hahaha::
Allah knows best.....Tak kira la ko plan nak anak ke, ko plan takmo ke..if Dia kata Dia nak kasi, terjadilah ia kan...kekeke....Alhamdulillah..rezeki yg tak kami jangka..Rezeki yg kami rasa syukurrrr sgt2....

Masa tu Daddy tgh tgk golf. Yer..tgk golf pepagi buta sbb kat US tgh airing kan...Tiger Woods nak menang dah masa tu. Dia teruja tgk sbb 1st time Tiger nak menang selepas terkantoi dia ada scandal dulu kan. Masa aku dtg kat dia aku saja halang tv..Wah..beria pakcik tu marah suruh aku ketepi sbb nak tgk Tiger...Damn u Tiger...ko tak penting..berita yg aku nak sampaikan ni lagi penting!!!..

Aku: Daddy, i tak payah diet lagi.....
Daddy: Ish, sana la sikit...haa..apesal lak tak yag diet ni..malas la tu
Aku : Sbb i pregnant...(sambil tunjuk pregnancy test)
Daddy: Hah??
Aku: Ni ha..tgk ni..2 line..
Daddy: Ish, mana la i tau tgk benda2 ni....(lepas dah tgk 2 line tu..) Eh, mcm mana u leh pregnant ni? Cepat sgt nih....
Aku : Mcm mana leh pregnant???? Tumbuk kangg...(Of coz aku ckp ni dalam hati je..hahaha)

Iyer...kami adalah sangat2 blurr pagi tu...hahaha..tp seriously, walaupun tak di rancang, tp aku sgt2 bersyukur dgn rezeki yg Allah bagi ni.....bagi aku, setiap anak itu pembawa rezeki..dan setiap anak mengajar kita something...Arsyad ajar aku erti kesabaran yg jitu..haha..Adelia ajar aku mcm mana nak berdikari...This baby awal2 lagi ni dah ajar aku mcm mana nak kuatkan diri, jgn nak melayan kelembikan di 1st trimester sbb aku ada sorang toddler and sorang baby berumur 7 bulan nak di hadap..so sila be strong all the time!!!

Ramai org terkejut dgn berita ni. Tapi sapa lah kita nak menidakkan kehendakNya kan.....Rezeki jgn di tolak..susah sket je skrg time anak2 kecik lg, kang masing2 dah besar panjang...If Arsyad busy takleh melayan aku, leh ajak Adelia teman gi shopping..if Adelia bz gak, ajak adik dia...hahaha..awal2 lagi dah set kepala begitu...insyaAllah, anak ramai ni byk kelebihannya..terpulang kat kita mcm mana nak handle la kan...

So dgn ini....aku dengan rasminya MENUTUP BUKU DIET DAN EXERCISE aku untuk tahun ini..kahkahkah....insyaAllah aku due on 30th Nov...So lepas pantang in 2013, akan start la balik entry2 berdiet yer....utk kawan2 yg masih berjuang dlm diet, sila teruskan perjuangan..jgn sbb aku dah kena gantung mision kejap, korang pun malas. Babab kang!!..

Eh, lupa nak ckp. Doc aku ada ckp. Maybe aku conceive cpt sbb aku amalkan detox diet. Sbb badan aku consume good nutrients. So badan nyahkan toksin2 yg tak perlu. Then badan jadi sedikit healthy, system peranakan pun jadi healthy. So senang la conceive. Ada betulnya gak kan..So kepada kwn2 yg try nak dpt baby, sila amalkan pemakanan sihat. Kurus dapat, baby pun dapat...haha..sapa2 yg nak kurus je takmo baby, pepandai la rancang kan....Itu pun nak kena ajar ke der....

Ok la anak2 dah tido. Aku so far tkde sickness lagi. Cuma aku "alah" jumpa makanan. Nak melantok je keje. Daddy dah sound. Baby baru sebesar biji kacang, melantak mcm hapa. Hahaha..Dia tu nak sound mcm dia dah 8 kali mengandung je. Mcm tau je nak control selera org pregnant ni kan..Tapi takpela, demi kesihatan, aku try la search diet2 utk ibu mengandung. Dan try la ikut...kalau mampu..hehehe...

Till then..InsyaAllah aku akan kerap update blog walaupun dah takde entry2 diet...ok dah. nak remove ticker losing weight aku kat bawah nun...kahkahkah
 
:: Anak-anak pengarang jantung saya...Abg Arsyad dan Kakak Adelia...erk.."kakak?" hahaha..."

Mar 19, 2012

Shadap u makcik!!!!

Smlm kan..aku teman daddy gi mengurut kat sorang makcik ni. Bahu Daddy sakit bahana main golf tiap2 minggu kan. Makcik ni mmg kitaorg dah biasa dgn dia, slalu je aku and Daddy dtg mengurut if sakit2 badan..Mmg dia urut superb gila la. Sengal2 ke, sakit2 ke, macam magic je hilang lepas dia urut tu...

Lepas dia urut Daddy tu, dia pun hidang kan la Teh O dgn Pisang Goreng. Dia jemput ktorg makan. Aku dgn sopan santun-nya ckp la "Sorry kak, takleh makan..sy tgh diet..nanti lain kali saya dtg time tak diet sy makan byk2 kt umah akak k..tp arini sorry sgt sbb air teh o pun takleh minum"

Pastu dia sentap okeh!. Dia kata "Eh, dtg umah org, mana leh tak jamah...jgn mengada nak diet2...makan je..." Aku pun agak terkejut. Kitaorg mmg agak close la sbb slalu je gi mengurut kat dia. Dlm setahun tu ada gak la 5-6x. Tp ko bkn makcik kandung aku. So jgn la nak paksa2 gitu kan..Respect la sikit kat aku yg ada pendirian kononnya nih...Tp sbb aku nak jaga hati dia, and sbb dia org tua, malas aku nak berbalah-balah..Aku hirup gak la Teh O tu satu teguk..

Dia jeling je masa aku hirup tu. Then dia ckp "Ha..amik pisang goreng tu. Tak pernah akak dengar org gemok bila makan pisang goreng. Pisang goreng tak mengemukkan langsung!"

Haihh la makcik..Eh, dia mmg makcik..Umur dah 50an. Tp sbb dia bahasakan diri dia kakak, maka kitaorg pun panggil dia kakak...Aku pun dgn berhati2 jawab "Sorry sgt la kak, mmg tak boleh...Kalau tak penat je saya menahan dari pagi nih.."

Pastu dia bebel2...Dia ckp apa korang tau???? Fuhhh..Ayat memang membakar segala organ dalaman aku!!

"Dah la zu..tak payah la diet..ko dah memang gemok....tgk bontot tu..selebar dulang...tak makan 3 bulan pun takkan kurus2 punya..Org dah beranak dua mcm tu la badan. Terima je la kenyataan. Buat apa nak seksa diri...Kalau dah diri tu gemok, terima je la Allah nak bagi.."

Berdesing tak telinga??? Dia budget mcm aku ni BFF dia je nak ckp gitu kan? Daddy jeling aku. Aku kan hati kering. Takat comment2 mcm tu mmg aku takkan amik port sgt. Nak2 dari org tak berapa close mcm dia. Tp makan dalam gak la. Eh, takkan sbb aku tak jamah pisang goreng ko, terus nak hentam2 aku nih???

Aku senyum je..Aku ckp "Takpe la kak...cuba je la..If nak dpt kurus sikit daripada ni pun ok dah...Saya bkn apa, bila gemok2 ni sakit2 badan..sakit2 lutut, sbb badan berat sgt...lagipun dah suami suka saya kurus...tak salah kan kita buat utk suami??"

Dia jeling je...Dalam hati ntah apa dia kutuk2 aku kan..Pastu kami pun mintak diri...Lepas aku salam2 dia...aku jalan...pastu dia jerit dari belakang aku.."Haa..tgk tu punggung tu....punyalah lebar ada hati ke nak kasi kecik??"

Eh makcik ni..tak puas hati lagik plak...Aku pun jerit balik tapi tak toleh langsung kat dia.."InsyaAllah kak....kalau tak kurus takpe la, badan saya pun..."

Eeeeeee...Gerammmmm!!!!..Daddy gelak2 je...dia ckp lek la...makcik tu saya nak bakar line kot...Bakar line la sangat kan..Nasib dpt kat aku yg hati kering ni..Dapat kat org yg sensitive kang? terus patah semangat nak kurus!!..

Hari Khamis ni Daddy kena gi urut lagi skali. Kalau terseliuh or sakit badan, urut 2x baru betul2 baik. Tp aku takmo ikut!. Malas aku nak berdolak dalih dgn org yg negative nih. Kang gi sana, Daddy tinggal je la aku kat kedai mamak ke apa. Sejam je pun tunggu. Bkn aku takut dgn comment2 negative org mcm tu, tp aku takut sekering2 hati aku, kang ada gak yg tak sabar melaser balik makcik tu. Dah jadi kurang ajar plak kan..

To Makcik, aku tekad betul2 kali ni...If Allah izinkan segala usaha aku ni menjadi kenyataan, aku dtg rumah ko...aku buktikan yg org gemok pun boleh kurus ok!!

Jangan tunggu lama-lama..nanti anda juga yg rugi....

Adoilaa...itu yg malas kalau update dgn bb or iPad. Bila dah sedap2 type, dah edit2, dah betullkan spelling bagai, nak save dah tak boleh..so aku biar je la..on kat lappy, tgk kat draft TAKDE!. tension btol makcik mcm ni tau...

Tajuk di atas adalah untuk diri sendiri....Bkn utk org lain...Hahaha...Sebabnya, kan aku cuti agak lama la selepas diet 7 hari straight aritu kan...Sebabnya, if ko buat 7 hari, kena rehat 3 hari, tapi aku rehat 2 minggu,...macam mana??? hahaha

Ye la abis detox ari ahad...so isnin - rabu kena rehat...pastu nak buat khamis and jumaat...mcm buang masa, sbb sabtu-isnin aku nak gi Family Day kat Grand Lexis...so alang2 rehat..baik rehat betul2 kannnn...kekeke..

Tapi kalau time rehat tu berjaga2 makan takpe gak....ini 3 hari kat Family Day aku balun abis-abisan....makan free la katakan. Tapi still no nasi lah. Lauk pauk sedap gils and dinner start kul 8.30pm. Haaaa...diet ke mana, detox ke mana...Air plak mmg aku try abis-abisan takmo amik air manis. Tp time lunch and dinner no choice kena gak telan air oren segelas sbb itu je yg diaorg serve. Takkan aku nak biarkan diri aku tercekik plak..

Balik je dari Family Day ari Selasa, bkn reti nak ber-detox balik. Sbb peel aku plak aku tak suka start hari lain selain ari Isnin. Ntah ngapa. Sbb bila start Isnin tu mcm proper je start dari awal minggu kan...padahal time nak boleh je start tak kira la ari apa kan...tp sbb nak mencipta alasan punya pasal..aku gigih. kahkahkakah

So, sampai la ke hari ini...Isnin, 19 March, baru aku start balik detox ku. Dan walaupun aku try control makan time rest (except masa 3 hari kat Family day), exercise paling kurang 4x seminggu, aku tetap naik 1kg...huhuhu...apo nak buek...tahap metabolisma dlm badan dalam keadaan menyedihkan....makan skettt je pun leh naik dgn senangnya...

Tapi korang jgn plak rasa Eh, penat je diet gila2 tp naik gak..Tak baik berfikiran begitu. NEGATIVE. Cuba korang bayangkan. Dlm semingga tu turun 6kg, then rehat 2 minggu naik 1kg. Ok la tu. Ada gak 5kg balance yg ko turun aritu. Bkn la naik ke berat asal kan? Korang tau tak, trainer aku kat gym kata, nak turun 1kg tu korang kena burn at least seribu kalori. Seribu kalori tu bersamaan dengan berlari selama dua jam atas treadmill!!!...Korang mampu ke lari 2 jam tanpa henti? hahaha...

So, pokok pangkalnya skrg...berdiet la kamu, dan exercise la kamu paling kurang 3x seminggu. Baru la boleh turun berat dgn jayanya. Kalau setakat diet sahaja tak boleh, kalau setakat gila gi gym tp belasah nasi lemak paru kul 10pm pun tara guna....Dah memang termaktub lagi sahih, sesapa mau turun berat badan, maka jalan penyelesaiannya adalah DIET+EXERVISE. That's it!

Ok la utk minggu ni aku takmo letak harapan tinggi. Aku nak turun 4kg je. And aku rasa nak buat 5 hari sahaja. Sbb masalah aku kan aku takleh if tak start ari isnin..so kalau aku buat isnin-ahad, then nak rehat selasa-khamis, alamatnya aku akan rehat berminggu2...kahkahkah..so baik aku just tetapkan mission utk buat isnin-jumaat..then weekend rehat, then isnin start balik...lebih realistik utk org mcm aku yg banyak sgt alasan nih...hahaha

Utk kwn2 yg dah agak malap2 semangatnya...silalah semarakkan balik yer..Sayang ler korang dah buat, turun sket, then rehat lama, naik balik, buat balik turun sket lagi, rehat lagi..sampai bila wei..moh kita...rehat 3-4 hari cukup! then kembalilah berjuangggggggg...

Mar 16, 2012

Halooooooo

Amacam??? Tantik tak rumah baru kitaorg???? hehehe....pinky2 sgt..sapa tak suka pink, sila jgn baca blog nih...kekeke

Saja je mintak incredible design buatkan blog design ni utk aku....ye la kan, nak buat sendiri tak reti makcik...nak make-up2 balik letak segala widget ni pun makan 2-3 jam...hahaha....kesian aku kan..Tgk la gambar family kitaorg kat header tu..Kemain suruh buat gambar aku nampak kurus..hahahahaha....tak sedar diri betullll...

Eh, lama betul tak update blog. Life agak terumbang ambing skrg...anak dara tak sihat. Kena warded sejak ari Khamis. Due to diarrhea. Sehari 8-9x dia doodoo..Sian...Tapi tak sampai lembik2 dehydrated ke apa..macik tu ada byk lagi tangki simpanan dlm badan...kekekeke...Aku pun weekend berkampung je la kat spital. Jaga anak sakit mmg kita yg jadi sakit nanti. Tp Alhamdulillah Adelia tak byk ragam..merengek sket2 tu biasalah kan. Tp sempat gak mak dia online, blogwalking, layan facebook..nak mandi je tak sempat...kahkahkah..

Ok, budak tombam dah merengek2 nak di peluk. Dia slalu ok je nak tido letak je kat cot. Tp bila tak sehat biasalah manja terlebih..Nak peluk dgn mummy, baru mata leh lena....manja sgt kan??...Cepat sihat yer sayang...Janji dgn Mummy, sakit2 pun tp jgn kurus tau..kahkahkah..ntah apa2 wish mak dia nih..ye la, penat aku membaja pipi gebu dan peha montok tu tau....kang tkde dah tempat nak gigit2 gomol2 dia..sob..sob..sob...takpelah, janji adik cepat sihat dan kita boleh balikkkkk...Ngeri mummy nak mengenangkan keadaan rumah yg di tinggalkan kepada 2 org lelaki itu...tidakkk!!!

Nanti2 la update lagik. byk benda nak cite gak nih..

Mar 4, 2012

7 Days Detox Diet...The Result...

Setelah berhempas pulas selama seminggu, tujuh hari, 168 jam, 10,080 minit, 604,800 saat...hahaha..melampau..akhirnya aku BERJAYA menghabiskan 7 DAYS DETOX DIET yg aku idam-idamkan....Yeehaaa..

Perasaan bila sampai pagi isnin 5 March ni, rasa mcm lega, teruja, restless, happy,penat..mcm2 la bercampur baur. Bgn je pagi terus aku cari weight scale..And aku tersenyum....hehehe

Started my 7 days detox diet on Monday, 27th Feb, and habis arini on Monday, 5th March. Nak tempek gambar aku captured masa timbang tak bawak la plak USB nak trasnfer from bb..tkpela lain kali aku tempek gambar k..

Monday 27th Feb berat aku adalah 81.1kg...

Today 5th March berat aku menjad 75.1kg..

TOTAL LOST IS 6 KG..on the dot...tak sangka plak on the dot kan..kekeke

Fuhhh...mmg aku sndiri pun rasa mcm tak sangka dapat abiskan 7 days nih. Mmg sejak dulu if aku try buat diet ni pun mesti paling kuat 3 hari. Paling sekejap 4 jam. hahahaha..Kali ni mmg nekad abis kot. Sbb dah penat la dok on off diet nih. Kejap turun, kang naik balik. Turun skit, naiknya byk..tak larat. Now mission aku nak buat terus. I want to lose 20kg in 3 months. Ini target je. Dapat tak dapat, belakang cite. Janji usaha mesti kena jitu. Takmo dah nak ada "my cheat day" or nak postpone2 ke apa..TAKMO!!!

Aku mmg happy sgt dgn result 1st week nih. Tp aku takut gak sbb this week kena rest. Takleh sambung. Badan nak rehat juge. So takut aku lupa diri. hahaha. Mmg aku rasa kelainan walaupun bkn byk pun 6kg kat badan aku ni nak bandingkan dgn lagi 14kg nak turun kan..haha..Tp kelainan maksud aku stamina makin ok. Tak cepat letih, tak cepat rasa lesu. Rasa bertenaga je tapi sedikit mengantuk dlm kelas tadi sbb aku tak cukup tido kot mlm tadi. All in all, badan ni rasa FRESH sgt..

Kepada kawan2 yg nak berjinak2 dgn Detox Diet nih..silakan yer..Tp aku nasihatkan for the first timer, korang start la 3 hari dulu. Biasakan diri dulu. Jgn paksa diri nak buat 7days terus. Takut badan terkejut, korang tak larat, terus terhenti tgh jalan. 1st week start 3 hari dulu, then 2nd week 5 hari ke..pastu baru try buat full course. InsyaAllah, confirm korang pun boleh buat...

Meh aku ceritakan serba sedikit apa aku dpt belajar gak dari 7 hari nih..

  • From 1st day until 7th day, ko WAJIB minum air paling kurang 2L, paling ok 3L. Wajib. kalau ko ngelat, confirm berat ko tak turun. Air adalah penyumbang utama dlm diet ni. Dia bagi badan kita sentiasa hydrated, and dia akan "bersihkan" segala toksin2 dlm badan dgn cara keluar melalui urine. Mmg ko akan buang air kecil 10 kali sehari. Tp dgn cara itulah berat ko turun. Abis tu sekilo sehari tu kuar kot mana ye tak? So pls make sure ko boleh minum air dgn byk kalau nak buat diet nih.
  • Bila hari buah, jgn sekali2 ko nak try cicah2 buah dgn dressing mcm thousand island ke, serbuk asam ke, sbb nak kasi sedap or laju nak telan. No added flavor, amik buah sahaja ok. Sbb if ko dah tambah mcm2 perisa kang, defeat the purpose.
  • Hari sayur, paling elok sebenarnya kalau korang beli sayur hijau. Mcm sawi, kangkung, bayam. If mcm kobis ke, carrot ke, boleh jugak. Tp mmg dah terbukti lagi hijau color sayur tu, lagi bagus kan. And cara masak tu kalau boleh jgn la berminyak, bersambal, bergulai bagai. Kalau dpt ko makan just celur2 lagi bagus. If tak lalu dek tekak, goreng je pakai olive oil and siram sket dgn sos tiram. Pun boleh juge.
  • Hari paling azab adalah hari pisang+susu and hari tomato. Aku hampir2 menyerah kalah gak la time buat hari azab nih. Dah la lepas pisang+susu, esoknya terus tomato plak. Haihh..mmg kena kuat semangat gila. Tp korang kena percaya kat diri sendiri. Mmg tak masuk dek akal kalau nak abiskan pisang 8 bijik, susu 3 gelas sehari. Tp sebenarnya boleh je. Aku makan pisang setiap 4 jam. Abis gak 8 bijik tu. Masa tomato pun sama. Potong tomato kecik2. Makan pejam mata bayangkan ko tgh kunyah buah paling sedap di dunia. Hahaha...Confirm korang pun akan berjaya melepasi hari azab ni juge.
  • Jgn makan apa2 atau minum apa2 selepas pukul 8pm. Ini aku rasa teori aku la. Sbb paling bagus ko bagi perut ko rehat 2-3 jam sebelum ko tido. Kalau kul 8 lebih ko makan or minum, kul 9 lebih dah nak tido, mmg susah gak la perut and system nak digest apa yg ko dah makan tu. Terus rosak diet plan ko utuk turun dgn cepat. So, cepat2 makan, pastikan kul 8 perut ko dah "tutup kedai"
  • Dlm diet ni, mula2 mmg ko akan rasa badan lesu. Dah tu if hari2 balun nasi2, tiba2 1st day buah semata mau tak lesu kan. Jgn layan sgt. Ko rasa lemah je, minum air. Rasa lesu je, minum air. Rasa mcm kurang tenaga je, minum air. InsyaAllah air ni akan membantu ko terus bertenaga je sebenarnya. Bkn dari sumber makanan je. And pastikan korang cukup rehat and tido. Kalau boleh, tido awal, and ckupkan 8 jam tido dgn lena utk badan rehat. Aku masa buat diet ni hari2 lepas isyak je aku dgn Adelia masuk bilik mau tido. Jgn sapa2 kacau. Nescaya mengamuk kang king kong nih..hahaha
Eh, tu je kot. Tips2 yg boleh di share dgn korang utk try diet nih. Tp nasihat aku, utk org yg TAK PERNAH DIET, sila jgn terus nak try benda ni sbb teruja. Seeloknya mula2 ajar perut ko tu utk stop makan malam dulu... Jgn makan selepas kul 7pm. Pastu next stage ajar perut utk start control carbo intake. Kalau boleh stop makan nasi. Bila dah serasi, baru la try detox diet nih. Mmg la diet ni adalah diet plan yg selamat, tak memudaratkan. Tp tgk org, tgk penerimaan korang. If rasa pening2 tak larat langsung,pengsn pulak, dah susah.. so kena buat yg bersesuaian dgn korang. Start dari bawah, sikit2. Jgn terus nak jadi champion dpt abiskan 7 hari plak kan. Tp if rasa diri ko mampu, lagi bagus..teruskan....Lawan rasa nak quit tu..confirm ko dpt abiskan 7 hari ni...

Plan aku skrg, minggu ni nak start workout. Bila hilang 6kg, badan jadi mengelebeh. hahahaha..Perut berlapik2 berhayun2 bila jalan. Kahkahkah..So nak start cardio nak firming kan mana yg patut. Then next week nak start detox semula. Tgk la apa pulak result yg aku dpt nanti. InsyaAllah aku share kat sini. Ramai sgt tnya kat email, bbm, fb pasal diet nih. Aku tak lokek info. Jgn takut...Tanya lah apa2..InsyaAllah apa aku tau, aku share. Tp aku sndiri pun lom kurus lagi, so jgn la tanya gaya aku ni pakar plak kan..hahaha

Jom sapa yg nak join..and sila la share journey anda skali ok...semoga dpt menjadi pembakar semangat utk yg lain2 jugee..

Selamat menguruskan badan..kekeke