SORRY Seems To Be The Hardest Word...lalalala...sila nyanyi ikut melody lagu dia ye..hehehe
Arini nak story mory pasal anak bujang aku tuh. Smlm aku adalah naik hantu dgn dia. Eh, sebenarnya selalu je naik hantu. Tp smlm adalah agak terbaik punya hantu lah.Kahkahkah..
Citenya begini...Si Arsyad ni..kan dah memang terkenal kenakalan dia. Suka mengusik, suka menyepah, suka kasi org geram, suka provoke2....so smlm aku adalah penat lah bila balik umah kan..Sampai2 je nak settle2kan keje umah segala. Abis keje rumah baru lah boleh lepak2 golek2 gurau2 dgn anak2. Mula2 layan si adik, bila adik dah mcm penat pastu start nak layan mata dia pulak, aku bermanja2 dgn si abg...
Masa tu dah 9 lebih..Dah waktu tido Arsyad. Tp sbb dia masih cergas dan bersemangat nak cite apa dia buat kat school hari tu, so aku melayan je lah. Mcm2 la ktorg borak..Smpai la aku pon penat..So aku ajak tido. Tp dia tkmo..nak borak2 lagik..Ok la layankan aje..
Pastu aku pun mcm2 la tanya..Ada kwn baru ke tak..Ada benda baru belajar ke tak. One thing pasal Arsyad nih, dia suka bercerita. Tp tak suka org tnya dia macam2. Dia jadi annoyed. Ntah kenapa. Paling kuat ko leh tnya dia 2 soalan je. Lebih pada tu dia dah malas jawab. Sbb dia suka lagi bercerita. Pastu dia "goreng" la apa2 dia nak cite tu kan. If terselit bab cite masa kat school dia naik bas pastu gi tangkap ikan kat laut pun, ko angguk2 je lahh..hahaha
Aku pulak suka bertanya. Dah tau anak aku tak suka org dok tanya2, lagi aku tanya. hehehe..Pastu aku saja tnya2 dia la pasal activity2 dia kat school..masuk je soalan ke tiga..muka dia dah annoyed. Then terus ckp..
"DIAMLAH Mummy..Banyak Pulak Tanya.."
Aku agak terkejut. Sbb selalu if dia ckp "Dah la..dah la..jgn la banyak tanya". OK lagi la kan..Ini dia leh sound "Diamlah"????...OMG...tercabar terus keegoaan Mummy kan..Then aku ckp baik2...
"Ish Arsyad, tak baik la ckp mcm tu kat Mummy...Rude tau.."
Pastu dia buat muka selamba...Aku ckp Arsyad kena say "sorry". Dia buat derk je..Berulang2 kali aku ckp "Arsyad kena say sorry kat Mummy...Tak boleh ckp dgn Mummy kurang ajar mcm tu.." Pun dia buat muka tak bersalah...Pastu jeling2 aku mcm nak ckp "Perlu ke nak ckp sorry?" kind of look..Walaupun dia tak ckp gitu..Tp expression muka mmg kerek abis..
Aku pun dah naik darah la kan. Aku dah suruh ulang2 kali ckp Sorry. Bkn apa, dari kecik kena biasakan if salah, say sorry. If tak betul, minta maaf. Apa susah sgt ntah nak ckp sorry tu. Dah salah kena admit kan. Ni tak, nak kerek2 lagik. Terus aku tarik, nak masukkan dia dlm bilik air. Sampai dia ckp sorry baru aku keluarkankan..Stilll dia kerek2 takmo. Haaa..mmg mintak la kan..Aku bukak bilik bawah yg jadi tmpt simpanan harta karun tu..Aku masukkan dlm tu. Tak bukak lampu. Gelap. Apa lagi..menjerit2 la mamat tu kan..
Sambil nangis dia jerit.. "Mummy...abg sorry..abg minta maaf..abg tak buat lagi..plss..abg sorry.." Berulang2 kali...Aku biar je sampai dia betul2 "sorry". Bila aku bukak, dah tersedu sedan..Terus dia peluk aku. And ckp "Ok Mummy..abg sorry.." Haa...tau pun. Please la jgn nak cabar2 Mummy..Jgn la nak tunjuk2 dia betul. Tunjuk keras kepala...
Org akan igt aku keras sgt kat anak2. Budak tu baru umur 3thn. Tp bagi aku, setiap benda ada boundaries. Jgn la selalu igt anak2 kita kecik and tak perlu nak paksa2 tekan2 dia mcm ni. Bg aku, bnda2 melibatkan attitude ni dari sekarang kena bentuk. Kalau kang sampai besar lagi liat. Aku bkn nak dia perfect baik gila ke apa....Cuma benda2 basic. Ko salah, ko admit, ko minta maaf. Jgn nak ego sgt rasa diri tak salah. Jgn nak susah sgt say sorry. Jgn nak liat sgt admit kesalahan. Lantak la baru umur 3thn pun kan. Benda tu basic, umur berapa pun tak kira...Semua kena buat..
Lepas dah kena tu aku biar je tak layan dia. Dia naik atas dgn Daddy. Lepas setengah jam mcm tu, aku buat susu utk dia tido..Aku bagi kat dia..dia tunduk je. Then pelan2 aku datang kat dia and usap kepala..Aku ckp Mummy tak suka marah2 abg..Mummy tak suka nak letak abg kat bilik gelap. Tp tolong jgn melampau dgn Mummy. Abg dah tau cara abg ckp dgn Mummy tu salah. Tp nak cakap jugak. Pastu Mummy tak suka and suruh say sorry, nak degil2. Mmg nak kena sgt la..
Aku pun..if aku mcm terlupa nak buat susu dia ke, terlanggar dia ke, aku say sorry. If dia nak choc kat kedai tp aku lupa nak beli, aku say sorry. Benda2 kecik je. SORRY tu word yg simple. Tp besar maknanya. Sorry tu kan datang dari kesalahan kita. Tak kira la salah kecik ke, besar ke. If kita sorry, meaning kita admit kesalahan kita. If kita admit salah kita, nanti kita aware benda tu and try tak buat lagi in future. So bila benda tu sebati dgn kita, jadi attitude, ada dlm personality, takde la kita akan jadi manusia yg rude, yg kurang ajar, yg tak makan saman bila dah besar nanti kan..
Harapnya Arsyad belajar la dari kejadian naik hantuku semalam tuh..hahaha....Seeloknya aku nak dia jadi insan yg sempurna luar dan dalam. Besar tanggungjawab nak membentuk dia tu. InsyaAllah...banyak je cara dan jalan ke arah itu kan..Aku tak tau la ibu2 yg lain..Tp bagi aku...benda ni penting....aku tak suka budak yg rude..so kalau boleh, takmo anak sendiri jadi begitu...
So lepas ni nak tgk..if dia buat salah..ringan tak mulut tu nak say sorry...kalau tak..mmg tangan mak dia la yg ringan tu kan..hahaha
1 comments:
mmg kena bentuk dari awal budak2 ni
sbb time ni la dorg senang nk absorb benda2 keliling kan
Post a Comment