Aku skrg adalah keliru...(buat2 keliru padahal tau je sbbnya..thehehe..) Sbbnya...aku rasa aku dah abis control makan dah. Kira takde la makan mcm sblm pregnant. Still selera tu membuak2 kan. Tapi takde la makan segila time aku pregnant Arsyad dulu...Tetapi berat tatappp naik menggila..last check up doc ckp dah cecah 85kg terus aku rasa mcm tesentak sket...then kelmarin aku timbang dah cecah 87kg lagi aku tersentak sbb itu adalah berat masa aku deliver Arsyad dulu...uwaaa..tp skrg baru 29 weeks...ada lagik 11 minggu adakah aku akan naik lagi 7-8kg??? Dan seterusnya berat aku akan menjejaki nombor 9 di hadapan???? uwaaa...tak terbayang tumbesaran aku if betul2 berat 90 lebih ke atas...
Tp aku pikir2 balik, baik aku focus kepada total kenaikan..jgn pikir berat..sbb itu semua hanyalah nombor semata..(ayat nak sedapkan hati). Ye la if pikir logik kan..Dulu starting weight sebelum pregnant 59-60kg. Then naik 27kg cecah la dlm 87kg kan..Sbb TOTAL kenaikkan adalah 27KG..
Tp pregnant kali ke dua ni sbb starting weight adalah 69kg. hahahaha...Itu adalah salah diri sendiri sbb lagi 9kg tu mmg tak terbuang dari badan ni. Dok la carry foward 9kg from past pregnancy...So bila aku skrg adalah 87kg, TOTAL kenaikkan berat aku hanyalah 18kg pada 29 minggu kehamilan...(jap nak sedapkan hati lagi sbb still nampak mcm besar je nombor2 aku type nih..miahahaha..)
Kalau azam asal aku takmo naik lebih dari dulu. Kiranya takmo naik lebih dari 27kg, aku ada lagi dlm 9kg je utk naik dlm masa 2 bln nih. So dlm sebulan aku hanya boleh naik dlm 4kg jerrr...lebih dari itu, sila menangis sorang2..
Sbb tu org ckp, if nak pregnant balik, pastikan berat kembali ke berat asal. Kalau ko bawak excess baggage mcm aku nih, kira bertambah2 la nampak besornya...padahal naik tak seteruk dulu. Makan dah gila control. Dinner amik before 8pm, if amik pun jarangggg sgt yg berat2. slalu roti2 or apa2 yg ringan2. Nasi makan sehari sekali jer. Dulu balun siap berpinggan2. Cokelat, aiskrim, segala2 neka jajan jaranggg sgt sentuh. Dulu hari2 mesti ngapp...So dgn dah abis daya control gini pun berat still naik, kira itu dah bakat semulajadi lahh..hahaha
Tp aku lega gak. So far time last check up at 24 weeks berat baby dah cecah 800grams. So dah 29th weeks ni aku budget2 dia dah 1kg plus. Janji dia dlm ni pun membesar jugak kan. Jgn mak dia je besar lebih..Jumaat ni nak check up buat kali terakhir kat Mesia. Lepas tu doc akan bagi pregnancy record aku utk aku bawak gi sana. Harap2 semuanya di permudahkan. Dah takde masa nak pikir mcm2 kemungkinan, hadap je la apa yg ada kan..
Cuma yg menjadi masalah skrg, baju seluar semua agak tidak muat. haha..Dah try pakai baju2 pregnant time arsyad dulu tp mmg ketat mcm sarung nangka. Aku tak suka membazir, ada lagi 2 bln mengedik nak beli baju lagik kan. Tp apakan daya, dah hari2 dok la ngadap almari tapi tak tau apa baju boleh pakai. So smlm terpaksa cari dlm 2-3 helai boleh la sbb lagi 2 minggu je kena dtg office. Lepas tu dok umah suka ati aku la nak pakai apa kan..miahahaha..
Kasut pun adalah masalah sejak azali. Sbb memang size kaki aku besar. Time tak pregnant pakai size 8-9. Bila skrg kaki dah mengembang, harus la cari kasut lain. Tp mana ada lagi dah besar dari 9. Smlm pusing punya pusing Isetan KLCC tuh, skali jmpa ada satu brand baru khas utk org kaki2 gajah mcm aku. Size starting dia je size 8. Paling besar size 16. Haa..amik ko..Terus aku tersenyum2. Bila aku mintak size 8, kira size aku paling kecik di situ..hahaha..Sapa2 yg senasib dgn aku, try la gi Isetan cari brand nama Shuez. Harga ok la utk sandle aku beli RM90 for 2 pasang. Ini offer. Utk Kasut keje RM120 tp selesa sgt2...aku beli size besar sket sbb tau kaki nak mengembang lagik kan...skrg pakai longgar2 so letak shoe grip kat belakang..
:: Simple jer..tp ok la bawak gi office..::
:: Paling suka dia wedges..tp rendah sgt..so takde la sakit belakang..::
Skrg weekend adalah limited. This weekend ada wedding cousin Daddy. Next weekend Daddy Arsyad nak pergi percutian bujang2 plak. Kasi can la member nak farewell best2 dgn kwn2 kan..hehe..Then following week baru leh bernafas sket. Itupun dah start nak shopping barang baby, and baru nak start tgk apa barang nak packing. hahaha..Dgn nak buat kenduri arwah la, dgn nak settle hal rumah Amansiara la, ish, mmg serabuttt...
Pasal barang baby, aku mcm tak berani nak beli lagi sampai betul2 confirm gender jumaat ni. Sbb tiba2 aku rasa instict mcm baby boy plak. Hahaha...sbb org ckp if scan girl, boleh tukar boy kan? then ada 2-3 mlm tu aku mimpi Arsyad main2 dgn adik boy dia. So aku rasa nanti la tgu betul2 100% confirmation dari doc, then baru lega if nak beli pinky2, riben2, semua..
Esok nak cuti, aku ingat nak buat clearance barang2 tak pakai. Byk giler. So if ada yg aku rasa elok sifat utk aku jual, nanti aku tempek sini yer. Mostly barang2 baby sbb Arsyad dulu barang2 dia beli je lebih, pakainya tidak. So memang mcm stroller, jarang2 sgt pakai. condition elok sgt. Mcm playpen, lagi haram dia tak pernah masuk dlm tu. Ada la lagi nanti aku check and post kat sini if ada sapa2 berminat...
Skrg ni tgh menahan sakit bengkak kaki. Kaki adalah besar bagai big foot. Ankle dah lama tidak kelihatan. Org ckp leh urut light2 nak legakan bisa2. Memang rasa bisa if jalan mcm mencucuk2. Water retention kan. And paling sakit adalah di "bawah" sana. Pelvic Pain. Ni info from baby center.
What are the symptoms?
Pain in the pubic area and groin are the most common symptoms. But you may also have the following signs:
•Back pain, pelvic girdle pain or hip pain.
•A grinding or clicking sensation in your pubic area.
•Pain down the inside of your thighs or between your legs. It can be made worse by parting your legs, walking, going up or down stairs or moving around in bed
•Worse pain at night. It can stop you sleeping well and getting up to go to the toilet in the middle of the night can be especially painful.
Yes, yg paling menyakitkan skrg bila nak jalan, naik tangga, dan paling hazab adalah benda paling simple iaitu tukar posisi tido!!..Aku rasa dah mcm org baru lepas beranak. Nak tukar ke kiri, ke kanan tu memakan masa amat lama sbb amatlah sakit skali...Rasa mcm di cucuk2 dan ish..serious tak tau nak explain sakit tu cemana. Lagi2 kalau nak bangun gi toilet..setiap kali kena gi toilet tu rasa nak nangis jer. Tp kena gi gak sah2 hujung2 ni baby dah ke bawah asyik menekan je. Ikut hati nak je aku pakai pampers Arsyad. hahaha..
Bila tanya doc, dia ckp normal sbb baby dah besar, and mcm dah turun tp belum engaged. Tp pelik time Arsyad dulu tak sakit mcm ni. Maybe lain pregnancy, lain la sakit dia kan. Pregnant adik Arsyad kali ni mmg byk sgt dugaan, mcm2 benda baru aku tempuh. Tp Alhamdulillah, so far baby sihat, dan aku pun sihat. Harap di permudahkan sampai dia selamat keluar. Memang lain pregnancy, lain peelnya...Kena kuat la kan. Nak lembik2 mengenang nasib bkn menyelesai masalah pun..
Hopefully sakit ni akan berkurangan and tak serious sgt. Mcm kwn aku lin, Mummy Rayyan tu, dia pun sakit gini gak. Tp doc sampai suruh gi buat physio. Nak kuatkan balik otot2 pelvic and kasi kurang sakit. Sbb dia maybe badan kecik, tp perut boleh tahan besar. And keje dia sangat la banyak. Yg memerlukan dia bergerak pantas ke mana2. Bila tgh buat keje tak sedar, tapi bila datang sakit, haa..baru tau kan. Doc sampai kasi dia mc 2 minggu suruh rehat. Harap ko cepat sihat yer Lin...
Ok la terpanjang plak entry nih. Nak buat entry Singapore plak lepas ni sbb ada banyakkkk gambar puteri2 Kak Selly. hehe..Aku ada la sekeping dua je gambar sbb tgk kebesaran mcm tak sanggup nak posing byk2. muahahaha...