Eh, nak bebel pasal Nursery aka Pusat Penjagaan Kanak-Kanak. Sbb last weekend aku dpt email pasal nursery yg hampeh di Serdang. Mak dia agak terkejut bila datang masa bdk2 tu tido dan keadaan bdk2 tido tu tak seperti yg dia jangka selama nih. Then di akhir email dia tu dia ckp "Berhati-hati lah bila antar anak2 anak ke nursery." Yg bagi aku tak fair la dia samakan semua nursery ni sama kan. Coz kita sebagai parents, kena pandai main peranan jugak. Jgn pilih nursery secara membuta tuli jer.
Ini gambar2 yg aku dpt :
The main concern dlm email itu adalah tidurkan bdk2 cara tutup muka diaorg. Mmg ntah mana la cikgu2 kat Nursery ni belajar kaedah kreatif begini kan? Kalau bdk dah besar 2-3 thn aku paham gak sbb mana tau bdk tu mmg suka tido tutup muka. Tp ni baby semua pakat tido tutup muka mesti rasa lain kan. Mak bdk ni dah tanya kwn dia seorang polis, then jawapan kwn dia tu takleh buat apa2 sbb belum ada apa2 kejadian kat nursery ni. Soalnya nak tgu sampai ada kematian or kejadian buruk baru boleh di ambil tindakan ke kan?
Tp kalau aku peratikan betul2 kat gambar ni, byk sgt point2 yg menunjukkan nursery ni mmg tak berapa bagus. Kalau korang tgk comforter yg dia kasi bdk2 pakai. Mcm dah bertahun tak berbasuh!. Terlampau nipis utk bdk2 tido. Patut pakai tilam yg nipis sket tu tapi tak la senipis comforter ni. Then tido tak bersusun, bantal pun takde sorang satu, pastu ntah ngapa ada furniture besar plak dia rapatkan dgn bdk2 tido. Nursery patut tak perlu ada furniture mcm tu. Cukup tmpt letak2 beg and barang kelengkapan bdk2 je. Sbb bahaya, if bdk tu tido lasak then terhantuk kat almari tu mcm mana?
So secara kasar aku tgk mmg nursery ni tak ada practise safety sgt pun. Aku bkn la arif pasal nursery ni. Baru hantar anak sorang je pun and alhamdulillah, sangat2 puas hati dgn nursery yg aku antar skrg. Itupun bkn senang nak letak trust. Aku hantar awal 3 minggu, sebelum masuk keje. Aku spotcheck everyday datang lain2 time supaya aku tau apa activity diaorg and apa yg jadi at certain time. Aku interview cikgu2 tu mcm hapa sampai diaorg rasa menyampah kot masa mula2 tu. haha..Last2 skrg, dah leh jadi bestfren plak dgn cikgu2 Arsyad. Weekend pun diaorg dtg lepak rumah rilek je sbb close sgt. So byk sebenarnya benda yg ko kena tgk dalam memilih tmpt nak letak anak nih. Bkn anak ikan nak letak situ kan..so kena la pilih betul2. Utk bakal2 parents yg nak letak anak kat nursery, meh nak share points utk di jadikan panduan bersama
- Pilih Nursery yg ada LESEN sahaja. Tanya dia ni nursery bukak suka2 or mmg berdaftar dgn JKM? Kalau boleh, mintak nak tgk lesen diaorg. Bkn apa, utk security kan. Mmg nursery mana2 pun di wajibkan amik lesen. Sbb staff2 dia akan di latih. So itu amatlah penting yer.
- Aku prefer nursery dekat dgn rumah. Coz tak jauh sgt nak travel nak antar dia hari2. Nak monitor pun senang.
- If anak 1st, antar seawal yg boleh. Mcm aku antar Arsyad ngam2 lepas dia abis pantang 44 hari. Sbb aku ada balance lagi 16 hari sebelum masuk keje. So if apa2 jadi, senang aku nak tukar nursery ke, nak cari back up plan ke apa kan. Time hantar tu, jgn la ko hantar pagi ptg baru amik. Hari ni dtg amik tgh hari, esok amik kul 11am, lusa amik 4pm plak. Dtg lain2 time. And jgn alert cikgu2 dulu baru dtg. Ko serbu je lah. Mmg la cikgu2 nyampah sbb sedap2 bdk2 tido, ko dtg nak amik anak tiba2 kan. Hahaha..tp time tu la ko nak tgk mcm mana routine diaorg. Mmg boleh tanya, tapi nak double confirm kena spot check skali. Mcm aku, mmg 2 minggu tu aku dtg lain2 time. Smpi betul2 aku puas hati, baru lah aku lepaskan Arsyad 100% and lega nak gi keje..
- Tnya routine diaorg. Cth dari start bdk2 sampai buat apa..mandi kul bape..sehari berapa kali..makan berapa kali..semua2 lah. So that ko tau la apa anak ko akan buat hari2 kat sekolah kan. Sbb biasalah nursery ni mmg ikut routine. Kalau tak mcm mana nak handle bdk2 yg ramai tu kan. Even menu pun dah siap2 tampal kat dpn sekolah utk mak2 pun baca. Menu utk sebulan plak tu. Masa baca tu mak Arsyad pun telan liur sbb sedap2 lauk dia. hahaha..
- Nursery kena asingkan baby under 1 year dgn toddler above 1 year. Baby kena duduk kat tingkat atas, dlm bilik. Bilik tu ada baby cot, tilam utk diaorg golek2, and bilik air yakni master bedroom rumah tu. Sbb baby akan di jaga sepenuhnya dlm bilik tu. While bdk2 yg dah pandai jalan sampai umur 4 thn, kat living hall bawah. Kena ada pagar, tak boleh kasi bdk2 naik atas kacau2 baby ke apa. Safety yg amat penting. Masa aku recce nursery kat area rumah aku, ada satu nursery tu horror giler. Bdk2 besar bebas naik atas masuk bilik baby, dukung2 baby. Maybe adik dia ke tapi stillll tak boleh!. Sorang baby plak kaki sebelah tersekat dlm babycot. Takde pun org tolong sampai la aku blah. Mmg terus blacklist la nursery tu kan. Even cikgu yg jaga baby pun limit max 3 baby per cikgu. Takleh la ko letak 10 babies kat babyroom then letak 2 cikgu je sbb nak cut cost kan. Mmg nak kena report la mcm tu.
- If weekend free2 lalu la kat nursery anak korang. Tgk diaorg basuh tak segala comforter, tilam2, jemur bantal segala. Sbb by right diaorg kena basuh every weekend. Lantai kena mop setiap hari. Dgn dettol sbb nak basmi kuman kan. Aku kan biasa jadi org paling lambat amik arsyad,msti time cikgu tgk mop rumah. So aku tau dia mmg mop hari2.
- Maximum number utk baby and toddler kena ada tau. If dia main amik je baby tak kira limit ko kena syak wasangka. Sbb tgk if bilik kecik, ada la limit number of baby yg diaorg leh amik kan. So kena naik tgk bilik baby sebelum antar, and tanya berapa total semua org and leh sumbat berapa org max dlm bilik nih. Kalau dia ckp baby semua ada 15 org kitaorg pun berdiri kak sbb nak duduk makan space, ko blacklist la cpt2 nursery tu. hahaha..And as soon as baby tu dah pandai jalan, terus kena pindahkan ke kelas toddler plak. Sbb kang dia ghairah belajar jalan pijak suma baby2 yg tgh comel bergolek2 tu sapa nak jwb???
So far itu je la kot. Hahaha..poyo nak share notes bagai tp ciput je info yg nak di share..ok lah tu kot so far aku takde lagi pengalaman buruk kat nursery Arsyad. Mintak2 di jauhkan sbb selesa sgt hantar Arsyad kat sana. Cikgu2 pun tak berkira. Kita pun as parents jgn berkira sgt. Aku pernah dgr sorang bapak budak ni marah cikgu sbb anak dia kena GIGIT NYAMUK. Gila kentang kan? mcm la rumah dia takde seekor pun nyamuk. Jgn la gitu..Mana pun ko antar anak ko, mesti la ada pro and cons kan. Antar kat mak sendiri jaga if nak jatuh lebam anak ko lebam gak kan? Kalau nak perfect berhenti keje jaga sendiri!..Eh, still takleh perfect gak kan???? So jgn la nak berkira2 sgt..benda kecik2 pejam mata je. Janji benda yg penting ko dah check sampai puas hati.
Selamat membuat keputusan la yer kepada kwn2 aku yg berkira2 nak antar nursery kah, ibu mertua kah, maid kah, babysitter kah..hehe..iman kena kuat babe..hati kena kental. Mana2 pun sama je. Ada lah keistimewaan masing2 kan. Ikut keselesaan sendiri . Aku buat entry ni sbb tak puas hati dgn org yg ckp hantar nursery tak selamat sbb jadi case2 mcm kakak kat atas tu kan. Tak leh la terus condem semua nursery sama. Kita nilaikan ikut point2 yg aku tulis tu. Bg aku, itu paling penting, lain dari tu if nak jadi benda pelik2, mmg beyond my control lah kan..
Ni dpt lagi emel pasal cikgu buat2 lawak tampal mulut bdk ni and ikat tgn bdk ni dgn solatep sbb takmo diam. Pastu bijak pandai gi amik gambar plak tu. Haihhh..ni sah2 la cikgu otak tak center. Sian bdk ni..
OMG panjang nya entry..dah la nak gi lunch. lapar..bye..hahaha
0 comments:
Post a Comment