Pages

Jan 13, 2011

Apa yg Aku Paling Rindu..

Smlm genap 100 hari arwah mak meninggalkan kitaorg..Abg aku buat kenduri tahlil kat masjid je sbb hari keje so tkmo susahkan org. Yg penting ialah doa, dan ingatan utk arwah kan. Aku agak terkilan sbb tak dpt pergi, Daddy Arsyad ada course kat Bangi, so takkan aku nak gi Wangsa Maju sampai lepas Isyak, pastu pecut balik Kajang amik Arsyad. Agak rushing di situ..So buat sendiri2 je lah..

Mcm2 aku rasa tapi tak tau nak desribe mcm mana..Aku jenis kalau tgh masa2 mcm ni, aku tak reti nak tunjuk kat org. Ramai org tanya kat office aku tak nampak sedih, tak nampak tgh "kehilangan" or what not..Helloo...takkan aku nak sentiasa menangis kot..Takkan tiap kali org tanya pasal mak terus nak capai tisu sekotak kot..lek la..Aku tak nampak sedih bkn bermakna aku tak sedih kan..Tp tak perlu kot nak meleleh2 setiap masa. Bkn sbb aku kuat pun..tp sbb aku mmg jenis gini..Org nampak konon cool kan..tapi takde la..mmg aku jenis suka pendam and relax jer..

Tp ada la masa2 bila aku tgk sesetengah benda buat aku terlampau teringat. Byk la. Dah kenangan aku 29thn dgn mak kan..And aku pernah dgr org ckp, lagi senang kita menerima kehilangan itu dgn mengenang benda baik2 or kenangan2 manis dgn arwah. Borak2 pasal benda2 kelakar ke, perangai2 kelakar ke, so that kita takde la rasa sedih melampau. Kita kan lebih menerima dia pergi..So aku try buat mcm tu la. And kat sini aku saja nak tulis apa benda the most aku teringatkan arwah. Bila teringat tu senyum2 la kan..yg kenangan sedih2 tu takmo ingat..kita buang jauh2 lagi baik..eh..cite byk plak..meh aku nak listkan apa yg aku palingggg kenang...

1.  Nasi Ayam (of coz la makanan dulu..haha).
     Seriously, nasi ayam mak aku adalah yg terbaekk di dunia..Lantak ler org kata ada yg lagi sedap ke, tp ikut tekak kitaorg adik beradik mmg menggilai Nasi Ayam yg mak buat dari kitaorg kecik. Cuma jarang2 dpt makan Nasi Ayam. Hanya during special occasions sahaja. Ye la kalau dah selalu kang tak special la lagi kan. Simple je nasi ayam mak. Tp ayam buat Ayam Masak Merah. bkn panggang or goreng mcm org lain. Lepas Arwah Abah meninggal, mak jarang masak. So amat jarang2 skali dpt makan Nasi Ayam. Tp start je aku pregnant..walla..boleh di katakan tiap2 minggu request ok. hahaha..Skali makan confirm 3-4 pinggan. (kena la dgn selera gajah aku masa tu kan). Anak2 buah aku pun tumpang best sama..Sbb mak masak khas utk aku time pregnant. Bila aku beranak je diaorg pun mcm keciwa sbb tak dpt lagi nak makan Nasi Ayam selalu. haha..Last mak buat Nasi Ayam masa bday Arsyad Feb last year. Kitaorg celeb anak beranak je. Aku akan try buat mcm yg mak buat. Hari tu try tp rasa dia lari jauh sgt..InsyaAllah nak gak try lagi kasi sama..


:: Mak di majlis pernikahan aku. Masjid yg sama jenazah mak di sempurnakan::

2.  Klasik Nasional
     Klasikkkk...Nasionalll..(sila ikut irama dia yer pada sapa2 yg tau..). haha..ini adalah channel radio kegemaran mak. Mak suka dgr radio. And of coz channel org2 lama kan. Apa barang dia nak layan HotFm segala. Setiap kali masuk kete mak, gi rumah mak, sampai masuk kete org pun mak suruh bukak channel ni ok. Mula2 aku tensi. Sbb lagu2 dia sangat2 lah tak boleh blah. Tp sah2 la sesuai dgn jiwa mak kan. Yg lawak bila Arsyad suka tertekan channel ni bila dia main tekan2 channel radio kitaorg dlm kete. Mcm tau2 je tu channel Wan. Daddy siap sound "Arsyad nak jadi follower gak ke? nak geng dgn Wan?" hehehe..

3.  Langsir
     Mak aku pandai jahit. Tp as usual jarang jahit. Kira mak aku ni taraf Diva2 la. Dia buat bila betul2 penting dan utk org yg penting jer..hehehe..Masa aku darjah 2, mak jahitkan telekung pertama aku. Happy giler ok sbb org lain pakai telekung gedoboh besar. Aku cantik je ngam2 kat badan. (sah2 zaman dulu2 takde telekung size bdk kecik kan? Paling kecik pun confirm gelebeh2..). Pastu mak jahit langsir rumah masa aku kawin. Langsir rumah mak sendiri pun mak tempah kat org tau. Tp sbb aku nak kawin, mak jahitkan..sob..sob..

4.  Pemurah, Suka Tolong Org
     Mmg mak adalah org yg sangat2 suka menolong org lain. Bkn nya mak kaya, byk harta, rumah besar ke apa. Ktorg keluarga kira agak susah dulu, tapi mak tolong gak org2 kg arwah abah, adik beradik mak, semampu yg boleh. Kira rumah aku yg kecik tu, slalu jadi transit. Org dr Kedah nak dtg KL start keje tp tak tau nak duduk mana, duduk la rumah aku sampai diaorg ada duit berdikari sendiri. Bersilih ganti penghuni ramai sungguh tapi mak tak kisah. Padahal anak dia pun kecik2, dia pun berniaga kecil-kecilan nak cari duit. Tp rezeki yg ada, kongsi sorang sikit sama2. Tak pernah aku tgk mak aku halau or tak terima tetamu yg nak dtg menumpang walau mcm mana susah pun keadaan ktorg masa tu. Ada nasi lauk telur rebus pun hidangkan jugak. Mmg itu la sifat mak yg org semua nampak. Harap anak2 mak pun ada sifat mcm ni. Tak salah nak bantu org kalau kita mampu kan, sbb kadang2 rezeki yg kita dpt tu, adalah utk org2 yg memerlukan, tp di salurkan dari kita. Akan ada lagi byk rezeki kalau kita jadi seorang pemurah. InsyaAllah

5.  Cucu mcm anak sendiri
     Mak adalah rapat dgn semua cucu2 dia. Setakat ni mak ada 10 org cucu. Semua org panggil nenek diaorg ni dgn panggilan "Mak", kecuali Arsyad yg panggil "Wan". hehehe..sbb yg lain2 tu mmg duduk dgn mak if parents diaorg gi keje. So mmg close sgt2. Arsyad jarang jmpa, Arsyad kuar pun mak dah sakit2. So aku suruh panggil Wan coz dah mmg sepatutnya itu panggilan utk mak kan. Saja je mengada anak2 buah aku tu nak panggil Mak. Kalau apa2 jadi kat salah sorang cucu dia, sanggup ni sakit2 pun gi tgk. Padahal dia lagi sakit dari cucu yg takat benjol jatuh basikal ni kan. Berhabis duit nak beli brg cucu jgn ckp lah. Nenek mana tak sayang cucu kan, Tp mak ni lain mcm sket. Sampai anak-anak kakak aku yg paling close dgn mak tak dpt nak cium jenazah hari tu sbb nangis non-stop. Airmata takleh tumpah ke jenazah kan. Semoga cucu-cucu menjadi insan yg soleh yg akan terus mendoakan atuk dan nenek diaorg..





Plan selepas ini adalah utk buat kubur mak. Coz penjaga kubur tu ckp elok buat selepas 100 hari. InsyaAllah maybe abg2 aku and lelaki2 dlm family akan sama2 buat..Aku akan cuba utk tidak menangis lagi. Sbb takde gunanya nak menagisi pemergian Arwah, doa yg tak putus lagi penting kan..Semoga aku kuat dan sentiasa redha. Mmg kehilangan mak adalah sangat2 lain dari kehilangan Abah. Dua2 ada rasa "istimewa" tersendiri..Nak2 aku pun dah jadi seorang mak skrg, lagi mcm2 aku rasa..

Semoga Arwah Ruhani Binti Abdul Ghani di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..InsyaAllah..

3 comments:

ninie said... [Reply to comment]

Al-Fatihah..dah 100 hari yer..rasa mcm baru..semoga Arwah sentiasa dlm peliharaaNya..insyaAllah..

dieya said... [Reply to comment]

al-fatihah buat arwah your mum, semoga roh beliau tenang bersama org2 yg soleh & solehah
*stop taip jap baca fatihah*
ok dah. sambung.
comel laa gambar last tu.. arsyad sangan chubby!!!!!

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Ninie, Thanks..mmg dah 100 hari tapi mcm baru je lagi kan..

Nadiah, thanks yer..arsyad tu mmg time baby gedabak betul. skrg dah kurang sket sbb dah active..haha..i tgh mencuba menghabiskan entry africa u. amik masa coz makin lama baca makin jealous!. hahaha