Pages

Jan 29, 2012

Jakarta Day 1

OK lah takmo lengah2 lagi. Sementara itu dobot tido..baik aku update dulu pasal Jakarta ni. Since ada gak yg berminat nak tau trip ke Indon buat ke sekian kali nya ni kan..hahaha..

Alah, trip last min. So rasa agak ralat gak tak susun betul2 jadualnya..Tp takpelah, asalkan budak2 Happy. Abdullah Arsyad tu kemain lagi happy nya..mmg sampai skrg dok sebut Jakarta..Jakarta..Safari..Tiger..hehe..Hati aku pun berbunga riang la bila anak happy kan..

::Eh, ni bkn kat Jakarta..ni masa testing camera bawuuu...kekeke:

:: Anak dara pun pandai dah buat muka excited...::




Flight adalah pukul 9.50am. Aku saja pilih flight pagi so that sampai sana awal le kan..And takde la pagi sgt kira ok la bgn mcm biasa, lepas subuh siap2, dlm kul 7am kuar rumah menuju la kami ke LCCT. Anak2 pun memberi kerjasama pg2 dah bgn mandi wangi2 tak payah aku angkut time tido and mandi kat LCCT. kekeke..Tak nangis pun sorang2. Elok je dlm cab. Tp jalan jem melampau la plak pagi Jumaat kan, hujan lak tu. Kami sampai ngam2 kul 8.00am. Daddy dah cuak takut tak sempat nak settlekan semua. Tp aku awal2 dah buat web check-in. Tinggal nak masukkan luggage je so should be no prob la kan..

 
:: Budak2 excited..Sian Aliyah and Aina tunggu ktorg lama kat LCCT..Sorry yer..:: 
 Dah settle tu bfast dulu kat LCCT. Mahal melampau kan. Aku beli Nasi Lemak lauk Ayam 2, Meehoon goreng lauk ayam 1, teh ais 3, RM55.60. Rasa baik aku buat roti kapit telur kat umah. hahaha..


Tak tgu lama. Air Asia skrg bijak sket. If flight 9.50am, kul 9.20am dah boarding. So sharp2 9.50am semua dlm perut kapal dah. Delayed sket je tp tak kisah la sbb dah dlm flight air-cond pun ada kan. Cuma tak tahan nak jawab soalan budak kat bawah ni.."Mummy, bila kapal terbang nak gerak ni..bila nak jalan ni..abg tak sabar dah ni.."




:: Budak yg jakun...spt biasa..::

:: Seorang bayi yg sangat2 happy..dan sangat2 mudah di bawak berjalan...Alhamdulillah..lega sgt2..:

:: Tanggungjawab Daddy nak isi segala mak nenek form masuk Indon..Lenguh2 tgn pakcik tu..hehe::




Flight tak lama..2 jam je. Sepanjang perjalanan Adelia tido je. Lega..walaupun agak lenguh gak la nak pegang je dia tido 2 jam tu kan. Tp janji dia tak buat perangai. Arsyad agak bosan gak la. Mcm2 dia ajak borak. Mcm2 dia try nak buat perangai. Tp nasib sbb flight pagi, dia masih terkawal. Walaupun energy tgh banyak. Tp masih mampu mengawal diri sbb mcm2 aku janji bila sampai kat Jakarta nanti. Perangai buruk je aku ckp kita terus amik flight balik KL. Takut member..hahaha

Lagi satu kalau flight 2 jam mcm ni, and korang bawak budak kecik, elok oder la makanan dlm flight awal2. Aku mmg dah pastikan budak2 ni makan sblm naik flight. Tp biasalah budak2 kan, tgk stewardess AA sorong trolley, meggi pun sodap kan. Tp ktorg dok row tengah. By the time sampai kat ktorg semua food pun dah abis. Aku mula2 tnya Aina, nak makan apa? Dia ckp dah kenyang. Skali 5 minit selepas tu dia ckp "Auntie Zu, Nasi Ayam ada tak?" Miahahaha..Aina..Aina..ni gara-gara dah kenyang nih. Kalau lapar mcm mana pulak? hehehe..

Tp dapat gak la meggi 2 bungkus utk budak2 tu layan sblm sampai. Arsyad dapat keropok sepaket. Jadilah. 

Sampai je ke Terminal 3. Blurr2 gak aku. Turun2 flight kena naik bas. Seingat aku masa dtg Jakarta 4 thn lepas, takde plak kena naik bas utk ke terminal. Daddy yg baru dtg Jakarta last year pun ckp takde. Rupanya ni airport baru. Airport Air Asia je. Cantik. Moden. Semua ada. Tp aku tak snap byk pic. Hello, "handbag" permanent ada dua. Nak snappy2 ni mmg kena tgk time gak la..hehehe


:: Anak cucu Pak Sabri sedang sabar beratur di immigration::
:: Nasib line tak berapa panjang. Nak beratur pun selesa je. Tak mcm Bandung::  
:: Jgn la ko suruh budak ni dok diam kan..biar je la dia nak buat apa pun...dah tak boleh di tahan2 dah::

Lepas je segala hal kat immi, amik beg, aku ajak Daddy kenyangkan budak2 ni dulu. Eh, kenyangkan mereka or kenyangkan diri aku nih? hahaha..Ye la masa tu dah 1pm waktu Malaysia. Tp kat Jakarta lambat sejam so masa we all sampai tu dlm kul 12pm Waktu Jakarta. Sebelum apa2, makan la dulu. Kang nak ke hotel kang jem ke, apa ke kan. Tak best if nak berjalan perut lapar2 nih..haha

Dlm airport baru tu mmg best. Mcm2 tmpt makan. Korang pilih je. Ktorg pilih cafe apa ntah. Sedap. Ada mee soup, nasi goreng, ayam penyet etc. Gambar of coz takde. Kata tuan punya badan pun dah lapar tahap gigil kan.

Lagi satu hal masa tu, time tu la Daddy baru nak tukar duit rupiah. Aku dah suruh tukar dari KL, dia tkmo. Style aku kalau bercuti, semua kena settlekan dari KL. Hal nak reserve2 apa2 ke, mana nak pergi, apa nk buat, tukar duit, settle bab transport, semua kena settled before pergi. Sbb kita ni jalan bawak budak2, kang penat badan satu hal, benda tak settle satu hal, serabut ok. Tp beliau adalah confident. Then cari money changer dlm airport baru tu dah makan sejam. Nasib bini ko ni tergolong dalam golongan org penyabar. Layan je Adelia yg dah rimas and budak2 yg dah tak sabar2 nak gi Ancol ni sementara Daddy tukarkan duit.

Ktorg kan sampai Jumaat, mmg amik supir. Tapi aku mintak supir datang ari Sabtu. Coz hari Jumaat tu agenda nak abiskan masa kat Tmn Ancol sahaja. So mcm rugi je amik supir kan. Dari airport kan banyak je cab ke, van ke apa. Cuma masalahnya Daddy tak tukar duit, so agak tergendala sket la perjalanan tu kan. Nasib duit makan pakai duit rupiah yg aku tukar sikit. Aku mmg ada tukar sikitttt. Sbb mmg aku tak confident tak bwk rupiah langsung bila sampai Jakarta kan. Tp sikit la. Dpt Rp750k gitu.

Settled je semua. Dapat Van utk ke hotel sbb kami ramai kan. Charges nya adalah Rp300k. Tertelan air liur kejap. How dare u!!. Aku check kt internet if naik taxi Blue Bird dari airport ke Ancol baru dalam Rp20k. If kami ramai, amik 2 taxi baru berapa kan. Tp malangnya masa tu takde taxi. Sbb org semua tgh gi solat jumaat. So kawan2, jgn sesekali amik van or kijang if diaorg offer. Ckp je nak taxi bluebird. Kalau tkde, ko tunggu la di situ. Utk spend 300k perjalanan sehala je mcm tu, amat2la rugi ok!. 

Dah sampai hotel, lega sgt. Ktorg stay kat Mercure Convention Center. Dlm taman ancol tu sendiri. Sbb mmg agenda nak abiskan masa dlm ni je. Trip ni kan utk budak2 sahaja. So ok la dari nak duduk kat town Jakarta then nak masuk sini. Jakarta tu all the time MACET ok. Kang stress on the road, tak berbaloi je. Baik dok sini diam2 kan. 

Ni gambar bilik. Tp ini gambar last day. Masa mula2 sampai tak sempat snap gambar. Hahaha..Bilik ok2 je la. Diaorg claimed 4 stars. Tp takde la best melampau. Published rate dalam Rp1.3juta per night. Tp aku dpt plak promo rate booked 2 nights, free 1 night stay. So bayar for 2 nights je. Amik 2 bilik connecting. Ok la kan..Janji selesa nak tido. 



:: Bilik kami. Baby cot complimentary:

:: Bilik Paman dan budak2. Tilam turunkan ke bawah sbb katil tu tinggi gila. Diaorg takut terjatuh. Arsyad tu kejenya menyibuk kat bilik kakak2::

:: Facilities semua pun ok2 je. Bilik takde besar sgt, tak kecik sgt. Just nice::

::Pintu yg menghubungkan 2 bilik. Mmg sentiasa bukak pintu tu. Eh, Lupa nak letak Adelia atas katil. Sian dia tido dlm stroller, mummy sibuk snap pic. hahaha::

:: View dari bilik aku. Itu belah kiri waterpark Ancol. Besar juga. Tp tak sempat singgah. Sorry ye kanak2:
:: Belah kanan kota Jakarta. Boleh nampak Mangga Dua dari sini. Dulu we all stay kat area situ. Dekat je. Tp jem melampau:: 

Ok agenda pertama adalah pergi ke Seaworld. Dulu ktorg pergi, budak2 happy la kan. Bg aku mcm Aquaria je. Tp takpe, janji budak2 Happy. Aku check website dia, ckp ada mcm2 benda additional. Sbb tu aku letak Seaworld dlm plan. Tp bila sampai sana...hmmmm...tak ubah mcm 4 thn lepas. Satu hapak pun takde yg berubah. Bila aku tnya kat staff sana, dia ckp additional attractions tu kat SEBELAH Seaworld. Itu masuk kira lain. Haihh..begitu la pulak yer..Tkpelah, takde masa nak cover semua pun...

 
:: Paman yg rajin jaga anak2 buah kesayangan::

:: Anak sapa la ni..::

:: Harga utk masuk. Tidak murah sgt yer. Ala-ala Aquaria gak..::

We all spent dlm 2 jam je dlm tu. Seriously sama je takde apa2 yg berubah pun. Show2 dia pun sama. Tp ok sbb dulu masa Aliyah and Aina pergi, diaorg kecik lg. So diaorg tak ingat sgt. Jadinya masih teruja dlm tu. Arsyad plak dlm perut. So mmg excited la mcm 1st time tgk ikan je gayanya..hahaha..

Layan je la gambar2 kat bawah ni ok..

 
:: Dgn Paman tercinta::
:: Itu je gayanya bila amik gambar::

:: Tanya seribu satu soalan kat Daddy. "Nape fish duduk dalam air?".."Nape fish takde kaki?". Hahaha::

:: Show kasi jerung2 makan. Ok la menarik juge. Mana ko nak jmpa show begini di KL kannn..::

:: Ada juga gambar Mummy. Itupun merayu suruh Daddy snap kan..hahaha::

:: Anak bujang saya memang pencinta haiwan...::

:: Gold fish ni lawak. Pipi kembong2. Terus Arsyad ckp "Eh, pipi dia mcm Adelia la.." Kurang asam punya abg..::

:: Kepenatan. Janji puas hati::
Sampai je hotel dalam kul 5pm gitu. Arsyad mmg tido tak hingat dunia. Tapi kakak2 si Aliyah and Aina masih bertenaga. Mintak permission nak ke swimming pool pulak. Hehehe..Nasib Paman ada utk temankan. Battery aku mmg dah out. Daddy pun dah lenguh2 and layu2 mata. So Paman and kakak2 turun dulu. Aku purposely amik hotel ni sbb pool dia best. Ada slides yg besar and gempak ala2 waterpark. Tp malangnya, masa ktorg dtg pool under renovation plak. Kecewa gila budak2 tu. So swimming mcm biasa je lah. Tkpe la kakak2, nnti kan nak gi pool lagi gempak kat PD? tak gitu kak selly? hehehe..

Arsyad bangun je terus join kakak2nya. Mlm Daddy tapau je food bawak balik bilik. Aku punyalah bertahan tkmo sentuh nasi walaupun tgh holiday katanya kan..Skali bila Daddy tnya nak makan apa, cepat2 jawab "Nasi Ayam Penyet satuppp". Hahahaha..Daddy pun gelak je...Eh, Nasi Kandar kat Penang aku leh tahan lagi. Nasi Padang and Ayam Penyet kat sini tak menahan ok...sedappppp

OK till next entry la. Nnti cite Day 2 plak..
 

Jan 26, 2012

Mencari Kekuatan...

Giler...2 weeks tak menjengah blog sendiri..Blog org lain hari2 baca..hahaha...

Ok malas nk type panjang2. Sbb setiap kali aku type panjang2, si dobot tu jerit2 panggil Mummy dia. Pastu aku tak save, pastu hilang dah apa segala mak nenek aku bebel. So malehhh..

Hal Exam Deutsch?? Alhamdulillah..aku pass exam dgn cemerlang..kekeke..aku mmg confident boleh pass exam tu..tapi cemerlang tak cemerlang tu tak berani nak ckp la sbb examnya susah bebenor..Tp lega la janji 1st step ni dah lepas kan. Kira boleh rasa bangga la sket kat diri ni. Idok le bengap sgt aku ni sebenarnya. Aku cuma takde peluang nak belajar tinggi2 melampau je. Dpt je diploma, aku dah terus kena kerja. Nak amik degree lagi 2thn pun tak mampu. Kena keje dulu kasi duit kat mak yg masa tu ibu tunggal. Tp alhamdulillah, puas gak la mak merasa duit gaji aku yg tak seberapa tu. Lepas ni aku plan nak sambung balik degree yg tengah jalan tu. InsyaAllah time anak2 dah besar sket. Menuntut ilmu ni tak kira usia. Tak semestinya time muda single mingle je kan. Buktinya?? Haa..walaupun aku satu2 nya org yg ada anak dlm kelas, tiap2 mlm jarang2 ckup tido, tp aku mampu nak pass exam dgn cemerlang..Eh, udah2 la tu bangga dgn diri sndiri. Kang jadi riak plak. Hahahaha

Ramai org tanya so dah pass exam, bila nak perginya nih? Eh..belum tau lagik. Mmg aritu diaorg aim nak pergi in March. Tp until now the exact date belum tau lagi. Daddy pun dah malas nak attend Deutsch class dia. Sbb dah lama sangat tinggal dah lupa semua. Aku ajak belajar dgn aku takmo. Ego. Hahaha...Tkpe la, dapat tarikh nanti akan aku bagitau satu kampung ok. Doakan semoga semuanya di permudahkan...Aminn..

Lepas je dpt result aritu terus Daddy ajak berjimba2. Sbb cuti panjang Raya Cina kan dia mcm rasa nak bwk anak2 jalan. Nak2 si abg tu bising hari2 ckp nak naik kapal terbang. Ko ingat mak bapak ko ni main print je duit hari2 ke abg??? Tp mengenangkan mmg ktorg pun dah lama tak berjalan lepas Adelia lahir, last aritu gi Penang je, so ok la. Ikutkan Daddy plan melampau nak g Dubai, Korea, Gold Coast, Perth bagai..hahaha..Idok la aku setuju sbb fikirkan Adelia kecik lagi, lagipun plan2 mengejut mcm ni tak best la gi jauh2 kalau tak betul2 buat research kan. Kang gi mengejut2 tak cover semua tempat ralat la plak. Duit bkn senang nak cari. So aku fikir punya fikir, aku cadangkan kat Daddy kita gi Jakarta je. Lepak je Taman Ancol tu, and amik satu hari gi Safari. Senang cite. Nak2 mmg anak bujang ktorg tu pencinta haiwan. Dapat gi safari naik gajah pun dia dah gembira habis. So tak payah la nak gi Disneyland ke, Gold Coast bagai buat masa skrg. Layan je binatang2 yg boleh mengembirakan dia..haha

Check2 ticket, then rasa mcm tak meriah la plak. As usual rasa tak lengkap if tak bawak Anak-Anak Kak Selly skali. Aliyah and Aina. Hehe..Arsyad pun mcm tau2 bila ckp nak gi jalan je dia tnya Kakak and Nena ikut tak? Bila call Ayah diaorg, tak dpt green light la pulak sbb risau ktorg nak handle budak2 jauh2 mcm tu. So takpe, kitaorg bawak Paman skali...bkn la utk tolong jaga budak..tp tolong meramaikan org dewasa..haha..Sian Paman kena paksa. Puas dia bagi alasan takmo ikut tapi semua kena reject!..hahaha

Cerita ceriti Jakarta nanti la next entry. Nak warm up dulu. Lama sgt tak update blog. Jari pun naik kejung..kahkahkah..

Tgh dok2 surfing aku baca la pasal favorite couple aku nih. Nape la mereka break nih??? Kecewaaa...Kalau takat Demi Moore, Takat Katy Perry..aku tak heran. Ini the most loving couple yg aku rasa paling2 romantic kat Hollywood tu. Dah la Heidi Klum ni merangkap kakak angkat aku kan..hahaha...So sad bila dgr cerita nih. Tiap2 thn diaorg renew marriage vows ok. Honeymoon setahun 4-5 kali. Tp if benda nak jadi, jadi jugak kan....


Bila baca2 article dari sana, punca nya sbb si Seal ni panas baran katanya...Entahler..dua2 takmo ckp nape and dua2 sgt bagus tak memburukkan satu sama lain...

Takpe la kakak ku..hang in there..if you need a shoulder to cry on, call me and send me tickets to US ok..hahahaha....Alah dia tu hot giler melampau. Anak 3 pun tak serupa ada anak. Kejap je tu single nya...

So percayalah..Se-perfect mana pun kita dgn pasangan, se-utuh mana pun cinta, sekuat mana pun kasih sayang...bila di uji, apa pun akan jadi. Yg penting hati kita kena kuat nak hadap mcm2 dugaan hidup nih. Bkn mudah..tapi tak susah....

Semoga kita semua di lindungi dari ujian2 mcm ni..insyaAllah...
Eh, nape tajuk entry mencari kekuatan plak..ini msti kes lain aku nak tulis, lain yg aku type..miahahhaa..eh lantak ler..malas nak pkir..

Jan 6, 2012

Takutnyaaaaa....

Hari2 aku bukak je blog ni..tp nak mengupdate mmg takde la kan..hehe..masa tak tau nak cari kat mana lagi dah...nak update pakai BB, kecik bebenor..nak update pakai ipad, tak suka keyboard dia. suka benau nak tukar2 spelling aku. suka ati aku la nak tulis typo ke, words pelik2 ke kan..dia suggest word2 tu lagi pelik melampau...nyampahhhhh

Oh, 13th Jan aku adalah exam. Diri sangat la cuak. gila tak cuak. Syllabus tak abis lagi...Frau Lee ckp kelas nak abiskan syllabus sampai 12th Jan, pastu 13th Jan tu terus exam..bagusss kan??..aritu trial exam ok la aku pass. Alhamdulillah..tp itu trial, real exam belum tentu lagi. 3 org budak kelas aku yg failed masa trial rasa nak hantuk2 kepala kat meja..hehehe.

So skrg balik je rumah, spend masa 2-3 jam buat revision. Buat revision Deutch Language ni bkn mcm ko study degree in HR. Kejap2 aku bukak dictionary. Kejap2 aku bukak notes2 masa dlm kelas. Kejap2 bukak work book. Ntah bila nak siap satu page soalan kalau every words kejap2 aku nak refer ke benda lain. Dah tu almost every words atas kertas tu aku susah nak pahammm...mmg amik masa berejam la nak siap kan sehelai exercise..hahaha

Tido skrg dlm pukul 1am. Then letak kepala kejap, Arsyad nangis nak pindah tido sebelah aku...Layan2 dia jap, maybe dlm kul 2am tido balik. Pastu 4am Adelia nak susu plak. Kasi susu, dlm kul 4 lebih tido balik. Pastu 5.30am kena bangun siap2 nak gi kelas plak. Eye bag jgn ckp la kan...Panda tgk mata aku confirm dia jeles!!

Tapi dah nak buat mcm mana...perjuangan harus di teruskan...doa2kan la aku semoga dpt pass 13th Jan nanti yer....pass cukup2 makan pun jadi lah..janji dpt sijil A1..hehe

Hal anak2 pulak, lama betul la tak update...Adelia dah 4 bulan. Makin galak gelak if org agah2. Tp masih belum pusing. Abg dia dulu 3 bln dah berguling2. Tapi takpe, lain anak, lain milestones dia. .Lek la kan....dia baru mengiringkan badan..nak tolak sekali punggung dgn peha tu belum mampu..hahaha..

Si Abg pulak..begitulah..aku jarang update kat sini..tp aku slalu update kat FB. Ye la time2 benda kelakar2 jadi, nak terus online update kat blog adalah susah..so cepat2 capai BB, update kat FB sudah. Pastu igt nak update lagi skali kat blog, tp biaslaah kan...jgn arap nak ingat lagik. Padahal patutnya blog ni utk catat perkembangan anak2. Cerita ceriti diaorg..dah mcm lari dari tujuan asal je..haha..tkpe, harap2nya lepas aku exam dapat jumpa balik momentum rajin berblog tu kan...

Eh, tetiba tak tau dah nak type apa..hahaa...Si Abg ada mencelah sebelah aku ni tgk Upin Ipin..Nangis2 dari bilik td takmo tido dgn Daddy..Sbb dia tak  biasa aku still kat luar bila dia dah masuk bilik nak tido. Biasanya sama2 masuk skali semua. Sorry la abg, kasi mummy time smpi next week je. Lepas tu routine kita akan back to normal ok. So dia nangis2, kena la aku hangkut teman aku skali. Jgn dia buat perangai sudah. Adelia of coz kena teman mummy, sbb mummy adalah penakut nak stay up malam2 sorang2. Miahahaha..So dia elok je tido dlm cot sebelah aku..Elok timing dia nak susu kul 1@2am nanti, aku kasi susu then baru masuk tido..

Anak2 pengarang jantung racun dan madu.....Doakan Mummy pass exam ye sayang..Kalau mummy failed, korang semua pun tak dpt ikut Daddy..Marilah kita duduk bersama2 kat Kajang nih...hahahaha

:: Tgk tv sama2...sambil pegang tgn adik yg gebu tu..Pastu korek idung dia celet kt tgn adik..tak senonoh..haha::

:: Peel skrg adalah masukkan jari dlm mulut..lagi banyak dpt masuk..lagi bagus...pastu tgn bau masyammm..::

:: Jgn tertipu..ini adalah lakonan semata2..haha::


:: Mummy dgn adik nak pakai sedondon..suweeetttt...Abg dengki lalu masukkan tapak kaki je dlm gambar nih..ceh:

:: Pg2 if Daddy tkde, Mummy nak siap2 dua beradik tgk tv sama2..Abg spt biasa of coz dpt sense kalau Mummy nak snap pic..sah gila glam budak nih..::

Dah, tu je. hahaha
 

Dec 28, 2011

Kalau Pandai Buat..Pandai lah Tanggung Kan....

Susulan dari cerita Arsyad kena cubit tu...Ramai sgt yg dok tnya aku apakah update seterusnya..Sorry la yer. Hidup aku agak huru hara sampai la 13th Jan nanti. Masa tu exam dah abis, baru kembali normal...hehehe

Ok lepas mlm tu yg aku up entry tu, aku terus sms Dayah. One of the teachers yg aku rapat lah. Aku ckp kt dia, aku tak kira. Management nak minta maaf berjuta kali pun, aku tetap nak tau sapa yg buat. Sbb masa tu aku dok dpt sms dari supervisor taska tu berjela2 minta maaf sbb dia terlepas pandang benda nih. Dia janji dia akan highlight ke Principal. Dia janji dia akan closely monitor benda2 mcm ni in future. Janji..janji..janji. Yg aku nak bkn janji ko, yg aku nak ada org yg MENGAKU dia yg buat. Berani tanggungjawab atas apa dia buat kan...
Since masa ktorg tanya takde sekor pun yg berani mengaku on the spot, so aku desak Dayah confront sorang2 lah. If aku yg tanya, sah2 kecut sorang2 kan. If antara diaorg, maybe lagi senang nak mengaku. Esok pagi tu, aku hantar anak2 mcm biasa. Sorang pun takde memberi riak muka yg bersalah. Semua buat muka selamba. Fine. Dlm kelas, aku sms Dayah remind dia suruh tnya sorang2. Aku nak nama org tu. Nak ada org yg mengaku. Aku tak kira.
Dalam pukul 11am mcm tu Dayah reply sms aku. Dia ckp ada sorang cikgu baru yg mengaku. Lepas dia tnya berkali2 sorang demi sorang. Nama cikgu tu cikgu N. Mendidih hati aku. Sbb cikgu ini la yg aku tnya dari mlm tu lagi. Yg duty jaga Arsyad minggu tu. Tp tak mengaku. Dia leh ckp maybe Arsyad main dgn kwn2, and tak perasan ada tanda2 cubit tu.

Then aku ckp kat Dayah, aku boleh maafkan dia. Provided dia dgn ikhlas dan jujur minta maaf dari aku and Daddy. Parents Arsyad. Parents budak yg ko suka2 cubit 9 kali sehari tu!!..Pastu Dayah reply, dia ckp "Kak, Cikgu N pesan dia minta maaf. Dia janji tak buat lagi". Pesan??? Pesan eh....boleh ko main pesan2 maaf mcm tu. Masa ko cubit anak aku ko tak PESAN plak. Ko direct je cubit dia kan?????...Ya Allah, berapi betul aku masa tuh!!..
Aku diam. Ptg aku amik anak2 mcm biasa. Cikgu N tu ada tp menyorok belakang pintu. Tak tau apa motif. Tp aku mcm biasa. Takkan aku nak terjerit2 panggil dia kat situ. Takkan aku nak tarik and berdepan dia time tu. Aku buat mcm biasa je lah. Then aku blah. Tp hati bengkak. Sbb takde otak ke dia. Ada peluang dia jmpa aku depan2 tp apa salahnya dia just ckp "Kak, saya minta maaf. Saya cubit Arsyad. Saya janji tak buat lagi". Minta maaf berdepan. Susah sgt ke??

Aku sampai rumah, aku sms Dayah balik. Aku ckp nape dia nak pesan2 maaf mcm tu? Aku takkan maafkan dia cara mcm tu. Aku bkn nak demand lebih2. Bkn nak besarkan hal ni. Aku cuma nak dia lebih bertanggungjwab dgn apa dia buat. Dah la at first dia tak ngaku, then bila dah mcm ni, dia main pesan2 maaf plak. Mana boley. Ini bkn takat case tertukar baju. Ini case ko suka2 cubit anak org sampai lebam2. Ada akai tak nak main pesan2 gitu kan...
Tp aku pun terpikir gak. Aku tak kenal dia sgt. Aku tak tau dia jenis org yg mcm mana. Cikgu2 lama yg lain, InsyaAllah aku kenal diaorg. Aku tau hati budi diaorg. Aku selesa dgn diaorg. Tp dgn Cikgu N nih, aku tak kenal. So if aku nak melenting marah2 dia pasal benda ni, aku tak tau apa kesannya nanti kat dia. Mcm mana cara dia terima marah aku tu. Mana tau dia lagi berdendam, lagi mcm2 dia buat. If dia stay jadi cikgu kt situ, dia still duty jaga Arsyad, who know's apa dia boleh buat if dia sakit hati??? Sbb aku tak tau hati dia, jenis org mcm mana dia ni. So aku takleh nak predict. Worst case dia akan sakit hati and dendam. If fikir positive, dia akan menyesal dgn apa dia buat and lebih berhati2 next time. Tapi aku tak tau which one dia akan jadi. Sbb aku tak kenal dia. So sbb tu aku tak sewenang2nya marah dia.

Lagi satu, priority aku adalah ABDULLAH ARSYAD. Dia suka duduk kat nursery tu. Dia sayangkan cikgu2 dia. Dia suka main dgn kwn2 dia. Dia suka semua activity kat school. Next year February dia akan sambut bday kat school buat kali ke tiga. Dia pun dah tau. If aku ckp nnti kita beli kek, sambut birthday abang kat school. Dia seronok sbb kwn2 nyanyi utk dia. Kwn2 makan kek bday dia. So dia mmg really looking foward for his bday. If aku withdraw dia dari school tu, dia dpt school baru, teacher baru, kwn2 baru, aku tak sure dia akan suka ke tak. Utk budak umur hampir 3thn mcm dia, boleh ke dia adapt dgn cepat. Since dari lepas pantang dia kat school lama kan..So aku kena pikir dia. If dia happy dengan semua benda dlm life dia kat school tu, aku tak boleh cepat melatah. Tak boleh take action yg merugikan dia. Masalah skrg hanya dgn CIKGU S yg bengong tu. Bkn the whole school or all the teachers kan??
Di sebabkan itu, aku sms lagi Dayah weekend tu. Aku suruh Dayah ajak Cikgu N tu lunch or minum2 dgn aku. Dayah boleh ikut sama if dia malu. Aku nk duduk borak dgn dia. Aku nak kenal dia. Aku nak tau cerita sebenar. Apa exactly dia buat. Apa sbb dia buat. Just sbb Arsyad ni nakal je or ada sbb lain. Mana tau aku ada sakitkan hati dia tnpa aku sedar, so dia lepaskan kat anak aku ke kan..Mana tau. So aku betul2 nak get to know her better. 

Untuk aku terus menghukum dia and bagi punishment yg berat, aku rasa mcm tak patut. Aku takmo dia sampai hilang kerja, hilang punca pendapatan. Mana tau dia kerja sbb tolong mak bapak yg sgt2 susah kat kampung, tiba2 sbb hal ni, dia kena buang keje. Mana tau dia terlepas buat benda ni kat Arsyad sbb dia ada prob lain. Walaupun TIADA ALASAN utk dia buat benda ni kat Arsyad, tp aku tetap nak cari points positive dari apa dia buat tu. Aku dah inform supervisor, supevisor dah highlight ke principal. Terpulang pada principal nak amik tindakan apa kat dia. Nak warning je ke, nak potong gaji ke, nak buang ke. Itu decision principal. Tp utk aku pastikan dia kena buang keje, aku tak pikir sampai tahap tu la...
Sbb tu aku nk jumpa dia. Nak tau if betul2 dia ada prob lain. Nak tau if dia hanya terlepas buat kat Arsyad hari tu je. Nak tau if dia ada buat kt budak lain gak. Tapi aku tunggu dari hari Sabtu...sampai Ahad....sampai Isnin. No response from her. Kecewa aku. Peluang yg aku bagi, yg aku harapkan dia grab utk dia tebus balik salah dia, tp dia sia-siakan. Aku tak suka if aku ada perasaan benci kat Cikgu arsyad. Pg2 aku hantar anak2 aku nak rasa lega. Aku nak rasa aku hantar ke tangan org yg aku percaya. If aku hantar tp dia yg sambut anak2 aku?? Mcm mana aku nak g kelas dgn senang hati? Sedangkan aku still rasa sakit hati and menyampah atas perbuatan dia kan??? So niat aku nak jumpa dia, sit down, and settle betul2 sampai dua2 puas hati. Then kita boleh sama2 move on and look foward. 

Pagi Selasa tu, aku hantar anak2. Dari luar aku nampak dia tunggu kat pintu. Aku buat la mcm biasa. Tapi cikgu lain yg sambut anak2 aku. Dia dok tercegat kat situ. Aku tak tegur dia. Then aku nak blah je, dia panggil "Mummy, kejap. Saya nak ckp pasal benda hari tu". Aku pun..ok la kan. Kt dpn pintu je. Aku berdiri dpn dia. Tgu apa dia nak ckp..Daddy diri kat luar pintu. Tp leh dgr la conversation ktorg....Kira lebih kurang mcm ni la dialog dia...

Saya nak minta maaf pasal aritu. Masa tu petang dlm pukul 5pm, bawak budak2 main kat luar. Tp Arsyad nakal sgt. Tak dgr ckp, so saya pun geram cubit dia SIKIT, tapi saya tak perasan pulak saya cubit byk kali sampai ada 9 kesan lebam..saya cubit sikit and beberapa kali je..

Aku diam. Aku tunggu apa dia nak sambung. Malangnya, itu sahaja yg dia mampu ckp kat aku. So aku replied:
OK...pukul 5pm la benda ni jadi? kira dlm sehari je la kan? dia nakal kacau kwn2 time main? Tapi kenapa cubit? bkn slalu if dia nakal time main kt luar, korang punish dia suruh masuk dlm tak kasi main ke? slalu dia ngadu kat akak bila dia nakal kat luar, dia sorang kena duduk dalam. kwn2 semua main kt luar. so if dia nak main sama2 dgn kwn2 kat luar dia takmo nakal lagi. kenapa tak punish mcm tu je? kenapa nak kena cubit. and takkan sampai 9x awak cubit kalau kat luar dari kul 5pm-6pm. So dlm sejam tu awak cubit dia 9x? 

Dia diam. Pastu dia balas balik:
Saya mengaku saya hilang pertimbangan. Saya tak patut buat mcm tu. Tapi saya rasa bkn saya sorang je buat. Sebelum ni saya pernah nampak kesan lebam kena cubit jugak. Tp tak banyak. Satu dua je. Lagipun saya tak rasa saya cubit tu sakit. 

Berderau tak darah dgr dia balas tu???? Ko ni org kasi muka, lagi ko naik minyak kan...berani plak dia balas gitu. Masa dia ckp "bkn saya sorang je buat." Supervisor nursery tu dah dtg dekat ktorg..Dah pandang dia semacam. Mcm nak libatkan org lain. Arsyad dduk sana hampir 3 thn, sebelum ni benda2 ni tak jadi. Mcm mana ko nak claim bkn ko sorang je buat???...Then aku balas::

OOO...bkn awak sorang je buat? So awak rasa tak salah la cubit dia sampai 9x tu? Sbb org lain pun buat? Masa awak nampak ada kesan cubit sebelum ni, nape tak refer ke supervisor? or at least bagi tau akak yg ada org cubit Arsyad? kenapa diam and buat benda yg sama gak? Awak rasa boleh ke cubit anak-anak bawah jagaan korang ni? Tak salah ke? 
Dia diam..Then dia ckp "Ye, saya tau salah kak.."

Hati aku dah berapi2 panas masa tu. Ikutkan perasaan masa tu, mmg mcm2 lagi aku nak ckp. Mmg aku boleh basuh dia habis2. Tp aku malas. Aku takmo ikut emosi. Dia bangang, biar dia sorang bangang. Aku takmo terikut bangang...Benda ni betul2 mengganggu aku.. So aku pun nak cepat2 settle. Aku pun nak lupakan hal ni. If aku drag lagi, hati aku gak yg makin sakit kan...So aku ckp gini...

Ok lah. whatever..akak pun taknak besar2kan hal ni. If ikutkan akak boleh report polis sbb benda ni kira abusive. Korang sebagai cikgu kt sini takde hak langsung nak cubit, pukul, atau buat apa2 fizikal action kat anak2 kat sini. If diaorg buat salah, hukum cara lain. Berpuluh2 cara awak boleh buat. Mcm awak tak tau. Jgn ikut emosi. If tak boleh sabar dgn budak, jgn keje jaga budak. Gi keje yg relax2 tak tension. Keje jaga budak ni melibatkan mak bapak diaorg gak. Akak bkn jenis mak bapak yg fussy nak awak jaga pefect. Tak. Akak jaga pun tak boleh perfect mana. Tapi jangan sampai nak cederakan dia. Cubit dia sampai lebam and darah2. Cuba skrg akak cubit awak 9x sampai darah, sakit tak??? So apa lagi budak kecik mcm Arsyad tu? Fikir..buat benda fikir..ni anak org, bkn anak kucing. Akak pun tak nak smpi awak hilang keje. Tp if awak sayangkan keje awak, jaga baik2. Kali ni pengajaran, if in the future jadi lagi, memang akak takde nak tnya2 or slow talk2 mcm ni. Terus akak report police je. Arsyad tanggungjawab akak. Akak kena protect dia. 

Masa aku ckp tu dia tunduk je angguk2. Nak ckp muka kesal, ada la sikit. Tp aku rasa lebih pada takut. Muka dia pucat. Toreh pun tak kuar darah kot. Tp perangai menjawab boleh tahan. Aku pun malas nak berdebat2 pagi2 tu kan. Tp aku puas hati bila berdepan mcm ni. Walaupun reaction dia pada mulanya agak mengecewakan bila dia dok accuse org lain and menjawab2 plak, tp at least aku lega aku boleh "basuh' dia depan2 and tgk muka dia. Itupun dah cukup. Nada aku ckp pun relax je. Takde aku nak keras2kan suara or tinggikan suara. Aku nak dia paham. Bkn nak gaduh tarik rambut dgn dia punnnn...

Bila dah jumpa mcm ni, baru aku rasa lega. At least perasaan sakit hati and geram tu dah berkurangan. Sedih tgk parut2 kat badan Arsyad of coz masih ada. Tp aku takmo ada perasaan negative dlm hati ni. Takmo bersangka buruk dgn org yg menjaga Arsyad. FIne, benda ni salah. Dia buat salah. Tp if org buat salah, kalau selamanya kita nak menghukum dia, mcm mana dia nak berubah? Mcm mana dia nak improve kan? 1t's her mistakes, kita cari jalan penyelesaian, buat dia sedar salah dia, then kita move on. Harapnya tak jadi lagi in future. But if let say dia buat lagi, then baru lah aku paksa Principal berhentikan dia. If not aku kan bgtau other parents. Aku harap dia jadikan benda ni pengajaran berguna. Sometimes kita belajar dari kesilapan. Selagi tak buat silap, selagi tu kita tak belajar kan..

So skrg makin lama ok la kot. Pg td aku hantar anak2 dia yg sambut. Bengkak hati ni makin kurang. Aku pun belajar utk terima kesalahan dia. Walaupun apa dia buat kat Arsyad amatlah susah utk aku lupa, tp at least aku terima maaf dia, and aku bagi dia peluang utk jaga Arsyad.. Bengong sekali tak semestinya bengong selamanya kan..So tkpelah. Mungkin ini jugak pengajaran utk aku in other way..so sama2 belajar...

Aku berdoa, benda2 mcm ni tak jadi lagi. Tersiat2 hati klau terkenangkan mcm mana sakitnya Arsyad masa kena tu kan...Tp tak guna igt masa lepas gak. So beringat je la pd masa depan. Aku harap, anak2 korang juga di lindungiNya..If let say benda ni jadi kt korang (mintak simpang), pilihlah jalan penyelesaian yg menguntungkan dua2 pihak. Sometimes if kita terlampau marah, kita akan buat decision yg salah. Apapun, tindakan ikut apa kita fikir baik. Semoga kita sentiasa di tunjukkan jalan....Bagi aku yg penting, keadaan anak aku. If dia happy, aku pun happy....

Eh, panjang melebar entry melampau...hahaha..Sekian sahaja entry luahan perasaan yg melampau2 panjangnya...haha