Pages

Jul 26, 2010

Cite Exercise Pulak..


Saja buat entry gini sbb ada mendapat pelbagai pertanyaan. hehehe..kwn office tnya, kwn sekolah tanya, padahal sah2 aku ni tak la kecik mana. tapi sbb org still pelik ngapa aku leh turun over 20kg gak aritu kan, so marilah kita share apa yg kita tau. jgn la riak dan sombong sambil berkata "i tak exercise..i makan mcm biasa, tp sbb mmg i ni senang kurus..genetik mmg halus2.." Choiiii sungguh kan. berangan la nak bagi statement gini. melompat mak aku yg sakit tu terus penampar anak dia ni kang..hahahaha


So, entry kali ni adalah utk share apa yg aku telah buat supaya dpt kecikkan sket bdn ini. Tapi still, utk maintain is the hardest part. Kena jadikan exercise itu satu routine, pergi gym itu satu lifestyle. baru la dapat result yg berkekalan. kalau takat terkejut tgk berat badan, usaha tapi kejap dah start balik bad habit, naik ler balik badan kan. mcm aku skrg ler..nak nangis pun tak guna dah....


Mukadimahnya, nak start dgn gambar "comel" kami berdua..hahahaha...Comel kan kita Salina?. Masa ni aku dah sarat sgt2 dah. Jan 2009 masa amik gambar ni, Feb 2009 aku meletup. Ktorg ada Jamboree kat office, semua org buat keje, tapi bestfreind yg "comel" berdua nih dudukkk je la kat booth ktorg. kejap2 bgn amik food, kejap2 bgn amik coffee (time ni berjangkit dgn Salina gila coffee, nasib Arsyad putih. hahaha). Sangat besar kan aku masa nih? tp best sgt pregnant..cuma tumbesaran yg melampau tu je tak sanggup nak tgk...


::Walaupun aku awal sebulan, still takleh lawan "tumbesaran" perut makcik sebelah nih..hahahaha::


Okeh, back to the topic. Sebenarnya nak kurus ni mmg la perlukan pengorbanan kan. tapi ikut la kemampuan masing2. sbb kebanyakkan org yg nak workout sbb nak kurus nih bkn ada sports background kan. i mean, tak biasa berlasak2 main sports ke, workout ke segala. So if 1st time workout buat gila2, esoknya confirm sakit2 badan (muscle ache). Pastu dah serik takmo turun gym lagik. salah yer cara gitu..sbb kita kena start somewhere ikut kemampuan, pastu baru sikit2 upgrade. Even aku yg gila sports ni pun (time pregnant still lwn pinpong and badminton), pun bercinta gila nak start balik physical routine bila dah beranak coz lama rehat kan. Still bdn sakit2. tp kena teruskan gak sbb if stop, alamat makin malas la jadinya..


Routine yg slalu aku buat (ikut kemampuan), jalan2 atas treadmil for 10 min. Jalan2 bkn bermaksud berlenggang kangkung gi pasar yer. Jalan adalah "Brisk Walk". ala2 lari setempat tapi tak lari tu. Speed treadmil is 6.0, so ngam2 je jalan for 10 min utk warm up. Paling bagus kalau boleh monitor heart rate. Slalu if korang gi gym, boleh letak tangan kat pemegang tu, pastu dia akan scan heart rate kan? lagi tinggi heart rate, lagi bagus coz lagi byk calories dia akan burn. Nak kira heart rate nanti aku buat entry lain la. Coz aku ada belajar dulu dlm talk yg Puan Salina organize tuh..


Lepas dah brisk walk, upgrade speed ke 7.0-8.0. Lari sikit. Tapi ikut kemampuan tau. kalau rasa laju sgt, turunkan sket. Sbb aku pernah tgk ada sorang minah ni siap leh pitam ok atas treadmill. tak tau la sbb lama sgt workout or laju sgt. Coz treadmil ni boleh buat kita pening gak tau. Lari dlm 10 min je. Aku mmg bkn jenis yg gila2 lari coz i'm not a runner. tak suka lari sbb tak kuat stamina. Lepas 10 min, turunkan balik speed, brisk walk balik. kira mcm interval la. Pastu lari balik, ulang benda yg sama sampai 3 sets. So, dpt la atas treadmil dlm sejam kan..Ada org boleh lari je laju2 direct sejam. Ada org boleh jalan dua jam. ikut kemampuan yer. Tapi buat yg betul2 effective, yg betul2 berbaloi. kalau tak buang masa je gi gym, tapi tak burn apa2 calories pun. nak tau kalau kita betul2 byk burn calories, adalah bila nafas tercungap2. Time tu adalah time paling bagus utk kita maintain. Lagi lama kita boleh sustain, lagi byk calories kita burn.


Lpas siap terus aku buat senaman lantai. Tak buat byk, buat 2 benda ni je. Lin, tadi tanya mcm mana nak buat sit up kan? Saya tak buat sit up la. sbb tak suka. Saya lagi suka buat Crunches...Sbb masalah aku adalah perut buncit bahagian atas dan bawah (setengah org buncit lower stomach je kan). so mmg kena bagi impact lebih sket atas bawah stomach...


Gambar bwh ni adalah salah satu position utk crunches. Leg extension crunches kot nama dia. Entahlah, aku bkn pakar. just ikut apa yg di ajar jer..hahaha..Cara dia baring mcm model kat bawah ni buat, pastu luruskan kaki, kepala naikkan sampai dpt tgk perut sendiri (masa ni sila tenung perut yg membukit itu, pastu berazam utk hapuskan lemak2 jahat itu..hahaha..aku kalau workout mmg psyco lain mcm), pastu turunkan kaki perlahan2 sampai lagi sejengkal nak cecah lantai, tapi jgn cecah tau, tahan...pastu naikkan balik sampai 90 darjah, turunkan balik slow2. time tu korang akan rasa "pressure" kat perut. sbb kepala yg di naikkan tu tekan bahagian atas perut, kaki yg turun naik tu tekan bahagian bawah. Best woo...rasa mcm betul2 di kemek2kan kan perut nih. Buat routine ni at least 50x tau. As a start buat la 20x ke, 30x je. tapi kena upgrade from time to time.




Okeh, yg kat bawah ni still crunches, tapi position lain. Boleh pakai bola yg kat gym or beli je kat mana2. Position adalah seperti model di bawah yer. Baring sampai ke bawah, pastu angkat badan tahan pakai kaki. Ulang balik sampai 50x paling bagus...


Ni pun sama mcm routine No 1 tadi. tapi kaki bengkok sket. utk memberi lebih tekanan pada perut. Cara buat sama dgn No. 1 tadi. Naikkan kaki, sampai lutut betul2 selari dgn perut, pastu pelan2 jatuhkan kaki sampai sikittt nak cecah lantai, tp jgn jatuhkan kaki. Pun buat 50x...Mula2 mmg hazab, dah lama rasa bestttt gila...


Lagi bagus kalau korang join class Abs kat mana2 gym or tgk DVD. Lagi tak rasa pressure sorang2. Sbb if ikut class ni, dgn instructor, dgn music, buat kita lagi nak push diri sendiri kan. Klau buat sorang2, baru 10x dah rasa malas. dah tak tahan. Kalau join class, sejam betul2 full buat mmg esoknya kalau nak gelak pun seksa. hahahaha..Tapi bagus tak kalau rasa cramp kat perut tu, menandakan yg lemak2 tepu tu sikit2 dah pecah...heheh



:: Cth class Abs..sangat2 best..::


Pastu buat reverse crunches. ada yg panggil bicycle crunches. Caranya adalah dgn gilir2 naikkan kaki mcm No1 tadi. Kira mcm kayuh basikal, tapi position yg sama. Utk burn fat kat sekitar kiri dan kanan perut. baru la ada curve..hehehe


Memang selalunya ini lah yg aku buat utk perut. Walaupun hasilnya takde la membanggakan sgt, sbb still tak dpt perut flat mcm dulu, tapi at least berubah sket la dari mula2 bersalin tu...Kalau lagi rajin, buat hari2, mmg akan berkesan 100%. Yg penting kena rajin, and kuatkan usaha..Bila rasa agak2 putus asa je, terus tgk gambar bwh nih..Confirm semangat berapi2 balik..hahahaha


:: nak perut mcm ni tak????? Rajin2 buat crunches yer...hahaha::

Sbb sejak azali bentuk badan aku adalah kecik di atas tapi SANGAT-SANGAT BESAR di bawah, maka masa aku pregnant dulu pun perut lambat nak nampak. Lepas 5 bln baru org perasan aku pregnant. Kalau tak semua ingat aku gemok je. hahaha..So maybe senang sket aku nak turunkan tang pinggang ke atas. Tapi tang pinggang ke bawah...Masya Allah..azabnya hanya Allah je yg tau ok...

:: Masa ni kat Bandung bercuti dgn family Kak Selly. Dah pregnant 2 months dah::


:: Masa ni tgh hazab baru 4 bln lepas beranak. Tapi org sebelah still maintain cun. hahahaha::

:: Hasil crunches hari2. Tapi tinggal kenangan, sbb bila malas, skrg ni ada sikit gendut balik...kahkahkah..::
Sila bandingkan badan aku yg masa pegang Arsyad tu dgn gambar di atas. Ada la sikit perbandingan kan. See....if betul2 buat, mmg jadi. tapi kena betul2 rajin and disiplin lah. Jangan kejap2 stop. Makanya akan membesar balik bagai juara lah..hehehe
Lagi satu aku suka buat adalah try utk mengecikkan sedikit peha ini. Dah mmg besar sejak azali, susah betul nak kecikkan, tapi try gak la at least dapat pakai balik jeans zaman2 sebelum pregnant pun jadilah. Dah mmg tau baka besar di bawah. Tgk je la gambar atas tu horror gila tgk peha gedabak tu kan. Itu jeans time pregnant tau. hahaha..sungguh lawak ler...
Pada aku, senaman paling bagus adalah body step class. sangat suka lah join body step ni. mula2 mmg kelam kabut nak ikut step, naik atas platform segala kan. lama2 confirm ok. bila dah selesa, mmg rasa tekanan betul kat bahagian peha. mula2 spt biasa muscle strain la, lama2 biasalah. Hasilnya mmg nampak. walaupun tak byk.

:: Cth Body Step. Poster dia jer..::

Di sbbkan Body Step kena ikut class, (nak buat sendiri kat umah ikut DVD pun ok tapi aku malu ler depan Daddy Arsyad kang dia ckp aku poyo..hahaha), kena la tambah sket acara menguruskan peha dgn sedikit usaha. Trainer kat bawah kata paling bagus adalah Lunges. meh tgk kat bwh ni menatang apakah lunges ini...


Begini yer adik2. Sila buat posisi begini. Mula2 langkah besar2 ke depan satu kaki. pastu turunkan kaki yg belakang sampai ke posisi seperti dlm gambar. lagi bagus if turun pelan2 je sampai gigil2. hahaha...lutut dpn lock tau jgn kasi gerak. lutut kenalah selari dgn kaki. jgn terlampau depan sgt. Pastu jgn pakai kekuatan lutut utk turunkan kaki belakang. pakai body weight yer. kalau nak senang, tangan letak kat pinggang, turun kan kaki belakang pakai body weight pelan2. masa tu confirm rasa lenguh2 kat peha dgn betis kaki kanan. Lagi kita tahan masa menekan, lagi rasa...Lagi bestttt...hehehe






:: Another position dgn menggunakan platform:


Itu jela yg dpat di share setakat ini kot. Tapi, harus la di ingat. crunches and lunges ni kena buat masa badan tgh "panas" tau. I mean, bila dah warm up lepas brisk walking or lari. tak boleh bgn2 tido je nak buat crunches sejuta. mmg tak jadi la. hahaha..coz badan tak ready lagi, muscle2 tak longgar lagi, so susah nak burn. Paling bagus buat time tgh peluh menitik2 lepas lari..wahhh..terasa hebat di kala itu ok. hehehe

Sila la try bagi yg nak try tu yer. saya bkn pakar, tapi boleh la share sikit2 buat renungan bersama. yg penting kena selalu rajin, dan percaya yg boleh mencapai impian. jgn la ckp ish, perut dah besar gini buat apa pun tak boleh la. Salah yer tanggapan gitu. of coz la kena usaha lebih sikit if size tu lebih besar. tp stillllll achievable...

Lagi satu nak share (ish, tak abis2 lagi membebel..hahaha) kalau nak menyembunyikan lemak2 di badan dgn pemakaian baju. cth if baju kurung, dulu masa tgh selim melim, fashion wajib aku adalah Baju Kurung Moden mcm gambar kat ats color purple tu. Tapi sbb perut berlipat2 sana sini, kena pakai pesak gantung jer. dia agak ketat kat dada, tapi kembang kat bawah. so nampak sket konon2 kurus, sebenarnya menyembunyikan lemak2. hehehe..Tak caya? sila tgk gambar kat bawah....

:: Kurung pesak gantung..nampak je kurus kan??:

:: Rupanya Lima Bolan perut yg berjaya di sembunyikan..hahaha..Ilusi optik sungguh ler..::
Selamat mencuba la yer...Jangan patah semangat..Aku dgn Kak Selly tgh melancarkan project v.2 nih. Kita buat sama2 yer kak, kalau akak rasa putus semangat je, ingat balik komen bernas makcik yg tolong potong bawang kat umah mama last week..Akak ingat kan apa makcik tu kata??? Jadikan pembakar semangat tau..hehehehe

Jul 22, 2010

Peel si botak busuk lagi...

Kepada Auntie Nadia, jgn bosan la yer baca entry budak busuk nih...hehehe...kang u ada anak, confirm u gali balik archive i sbb nak baca peel anak coz confirm rasa best..hahahaha

Ni cite basi sebenarnya. cite last 2 weeks kot. masa nak menerai brg2 beli dr Spore, so Daddy Arsyad pun nak try la mesin "menebas" ke atas diri anak dia...tapi awal2 aku dah suruh buat kat porch. tak kuasa eh nak sapu rambut2 nanti. ini bkn kedai mamak gunting rambut yer. pastu sbb tau bdk tu tak duduk diam, bwk la high chair dia skali. Tapi punnnn tak reti duduk diam. Tpaksa la Mummy menggunakan creativity utk menarik perhatian anak dia. Kasi dia main getah paip, bukak air sloowwwww gila..biar dia teruja tgk air kuar dari paip tu..haaa..baru la boleh duduk static sket..

:: Tak perasan Daddy sdg kusyuk gondolkan kepala dia..hehe::

:: Still pelik tgk paip tu kuar air pelannn sgt2:

:: Masa ni tgh bgtau Mummy.."Air..Air.." iyolah..::
Tetapi misi tak berapa nak berjaya la. sbb walaupun dia terkesima dgn paip tu, tatapp la 15 min je boleh duduk diam. pastu dia dah rimas dah. dgn rambut2 berguguran menyucuk2 tengkuk dia, of coz la dia rimas kan. cepat2 mandikan dia kat situ gak. pastu bwk naik atas, dlm toilet Daddy try nak teruskan usaha gak..tapi tak berjaya lagik..Hasilnya, rambut agak kelakar la..tapi Daddy ckp dun worry, anggap je style terbaru...apo2 lahhh..
Pastu kuar jalan2 cari pasal..gi la cari makanan kat Metro Kajang. Jmpa satu kedai baru bukak. interior dia sangat la cantik, nampak cozy je. tapi service giler punya lembab. Bayangkan we all tgu food for 45 min!!!...Aku masak sndiri kat umah pun lagi cepat. Padahal customer takde la ramai. ada 3-4 tables je. Sampai Daddy Arsyad dah jerit, baru la terkocoh2 nak check order. Rupanya diaorg missed ktorg pnya order. Org yg dtg kemudian pun dpt dulu. Hangin betul laa..Nasib la masa tu Arsyad punya food je yg baru sampai, and dia tgh mkn, kalau tak dah lama blah. Tak organize langsung. Kalau kedai cantik, food sedap, tp service hancur, confirm org tak dtg lagik dah...

:: Budak ni sentiasa happy bila keluar..::

:: Mcm2 dia posing, syok sendiri betul::

:: Buat2 ternganga budget cute..hehehe::


The next day plak, tak tau nak bwk Arsyad jln2 gi mana. Dtg KL, jenguk mak aku, pastu dah mati kutu tak tau nak gi mana dah. Round2 masuk je la KLCC. Loser gila kan? Dah la weekdays hari2 ngadap KLCC nih, weekend pun nak lepak sini. hahaha..lantak lah. janji parking free..kekeke


Budak Arsyad tu bkn main suka la jalan2. Berlari ke sana ke sini mmg kegirangan terserlah. Pastu dah tak tau nak buat apa, tgk dah ptg, beransur pulang la ktorg. Akan tetapi, masa nak gi parking tu, kan kena lalu fountain dpn MPO nih. wahhh..dari jauh dah berlari2 anak kegembiraan nak gi fountain nih. Aku dah warning awal2 tarik je dia kang jadik lain kat sini. Tp Daddy ckp takpela, dia good boy. kita ckp kat dia duduk diam2...wahhh...reti ke anak u ni duduk diam2??
:: Mula2 mmg reti..tapi lakonan semata2 laa..::

:: Bila tahap curiousity dah melampau, baru nak mengalabah Daddy tarik..::

:: See....kata2 seorang ibu tak perlulah di persoal..Aku lebih tau perangai anakanda aku..hehehe::
Aku punyalah tergelak2 tgk perangai dua beranak ni. Dua2 tak makan saman..Anak nya jgn ckp la kan jerit la mcm mana pun dia stillll tak reti nak gerak dari situ. Daddy nya? hmmm...org dah ckp, awal2 tarik..takmo kann...so marilah kita menyaksikan peel anak beranak "beramah-mesra" di fountain KLCC. Aku dok jauh sket sambil amik gambar jee....hahahaha...

:: Dia relekkk je jalan bwh air pancut tu..Daddy dia punyalah terbongkok2 nak kejar dia, nak elak air..hahaha::

:: Bila di tarik harus la sentap kan..Dia punya jerit...uisssh...rasa nak serkup je muka dgn tudung aku nih..::

:: Melentik kan badan adalah skill dia paling cemerlang. Nasib Daddy yg tgh tarik, kalau aku? confirm aku biar je dia baring atas lantai tuh..hehehe::
:: Drama airmata masih di teruskan dgn jayanya..::
Masa ni dah selamat bwk ke tepi la. Tapi budak Arsyad ni of coz la kenyaringan suara dia kalah Orchestra kat dalam MPO tu kan. hahaha..Aku dah ketap2 bibir dah ni. Org keliling tgk jgn ckp la. Nasib tak ramai sgt. Tapi stillll..org tgk mesti pelik dari negara mana la datang diaorg nih jakun sgt ngan fountain kecik mcm nih. Padahal mak bapak dia keje sini..hahaha


Akan tetapi, Daddy dia stillllllll tak serik2 lagi. Siap ckp ok..ok..Daddy kasi main tapi kat sini2 je tau. Kat tepi2 je jgn masuk dlm tu tau...Baik hati betul Daddy. Percaya sungguh kat anak bertuah dia tu...Biarkan je la..sbb dia yg nak kena kejar kan..hehe

:: Daddy yg percaya kat anak tapi tertipu buat kali ke dua::

:: Arsyad "menggunakan" kepercayaan Daddy sepenuhnya..hehehe::

:: Best tak buat show tgh2 KLCC Daddy???..hahaha::

:: Jgn di uji akal si anak..You never know what he capable of...::

:: Meronta2 Arsyad..aku dah tergelak2 sakit perut dari kejauhan..hehehe::

:: Marilah kembali ke pangkal jalan...Budak ni meraung sikit punya bingit telinga..::

:: Muka tension kena ejek dgn Mummy..hahaha..best gila nyakat dia time dia tension mcm nih..::
Kesimpulannya, jgn la ikut sgt apa anak nak buat yer...mmg la exploring tu penting, tapi biarlah bertempat. nak explore sgt gi la taman permainan ke, padang bola ke, lari la sekuat hati takde org marah. Nasib tak licin lantai fountain tu kan. Kang kalau dah meronta2 mcm tu, risiko nak jatuh bergolek amatlah tinggi kan? Tapi kang ckp "No Pain..No Gain" plak...haihhh...biasalah budak2. tapi sebagai mak budak, aku nak gunakan kuasa veto utk control. hehe..Arsyad dia ada sikit "behave" bila dgn aku sorang. Sbb byk kena babab dari dapat main..hehehe....

Jul 21, 2010

Happy-nya Budak Itu...

Ini adalah entry basi. tapi aku tetap suka cerita benda basi. hahaha...

Hari tu Kak Sally se-family akhirnya sudi dtg ke rumah kami. utk sama2 merasmikan Playroom Arsyad. ye lah lagi seronok if ramai2 kan. sbb aku belum lagi mau buat apa2 "party" or makan2 panggil kwn2. tgk la kalau Raya nanti buat open house ke. sbb bilik belum sepenuhnya siap..byk benda lagi aku nak "kasi semak" dlm bilik nih..hehehe

Sampai2 je umah terus ajak 3A's naik. Arsyad pun apa lagik, sungguh seronok budak busuk itu. terjerit2 seronok sgt. Ye la selama ni main sorang2 dlm bilik, paling kuat pun dgn aku or Daddy. balik2 dia amik pistol Ben-10 dia, tembak Daddy. balik2 amik bola world cup dia, sepak pastu paksa aku sepak kasi dia balik. paling lama pun setengah jam kot dlm tu. pastu dia tak larat dah. Sbb mostly time dia main pun bila sampai rumah pukul 8-8.30pm kan. lebih pada tu dia ngantuk dah. ajak tido nak "chu-chu" (susu).

Bila ada kakak2nya nih, gumbira tak terkata lah. Best tgk gelagat diaorg. Tapi tak puas la kejap je sbb lepas tu nak gi umah nenek plak. Nanti la ada masa dtg tido umah Arsyad plak eh. Baru leh main dlm tu puas2. hehe..Marilah kita tgk2 gambar....

:: Kusyuk kak Nena ngan Echa main "pish" (arsyad panggil Fish mmg gini).

:: Fav Kak Nena main kete control::

:: Tuan Rumah dtg mengacau... (buat2 sibuk..)hehehe::


:: Tgk la kegembiraan jelas terpancar ok. ::
Bila tgk anak seronok mcm tu, rasa best je hati aku. org ckp buang duit lah, membazir la, tak payah playroom bagai la. Biarlah if anak aku happy, aku jugak yg happy kan. ada effect org luar tak? hahahaha
Then tak lama lepas tu, Lin adik ipar Kak Sally pun dtg dgn husband dia and adik Kak Sally. Bila diaorg tanya aku mana playroom Arsyad? aku mcm aaaa???....blur gila. rupanya diaorg pun baca blog nih. hahahaha..Malu aiii...kekekeke...Bwk diaorg naik gak. Arsyad mula2 jual mahal takmo diaorg dukung. Tp bila Auntie Lin and Auntie Nisha nak balik je, terus melekat pastu babai aku okeh. nak ikut diaorg balik skali..Banyak cantik..Mummy tak kisah la Arsyad..Mummy takut Auntie2 tu tak larat je nak jaga awak..heheh
Yg paling lawak bila Lin tnya aku beli kat mana frame2 nih? Aku ckp tak beli, tempah. Gambar Arsyad masa umur sebulan lebih. Dia terkejut sbb ingat itu mmg frame siap jual kat kedai. kira gambar budak montel tu adalah gambar model lah. Phewiittt!!...gambar model okeh Arsyad... hahaha...Adakah layak anak bujang saya menjadi gambar hiasan frame dan di jual di kedai2? hehehe..kalau ckp ngan Daddy dia ni, mesti dia ckp aku je perasan. Exegerrate statement org..Tak kan Lin??..hehehe


:: Inilah frames yg menjadi hiasan hall kami. Masuk2 je nampak gambar budak montels...::

Jul 20, 2010

Apa yg di shoppingkan di Kota Singa..

Wahh...tajuk sudah basi tapi lantak ler nak tempek gak. hahaha..suka hati la kan blog sendiri...tak kisah laaa..

okeh, nak gak aku canang apa aku shopping di sana. ini brg2 yg boleh di tunjuk je la yer. brg2 yg tak boleh tu, pepaham la barang apa. hahaha..and baju2 tak payah nak nak tempek kan. setakat rembat sehelai dua, rentikan lah..

Spt yg aku bebelkan di entry lepas, mmg kalau tak convert rasa murah bangat. kalau keje sana mmg mewah la mcm2 boleh beli kan. tp ini kira antara brg yg aku rasa still berbaloi even dah convert pun. sbb tu la rasa happy dan teruja nak share di sini..hehehe

Barang pertama ialah kasut raya Arsyad. Mak aii..mmg susah nak cari kasut budak kat Spore nih. or aku yg tak jmpa tak tau lah. tapi so far even Nike, Adidas pun limited sgt choices dia. ni pun nasib last day jmpa kat Suntex City tuh. brand ni jarang nak jmpa kat KL. so rembat la 3 pairs. satu utk Arsyad, satu utk Echa, satu utk Mikhael. adil lagi saksama..hahaha

:: Aku tayang kasut Arsyad je. lagi 2 kotak tu mak diaorg masing2 ada blog. hahaha::

Pastu kami secara menggila serbu Charles & Keith. Padahal dah sampai KL pun brand nih, tapi still nak serbu kat Spore gak. Ye la sbb kat sini lepas convert pun still murah. nak2 GSS nih ada sale kan. harus la berasak2 kat boutique dia. padahal semua shopping complex aku pegi suma ada CnK nih. cuma design or size je yg diff. nasib jmpa sepasang kasut. sbb kebanyakkan kasut2 dia punyalah tinggi. kang aku pakai tak leh masuk pintu office ni kang. hahaha


:: Handbag tidak di lupakan..tamak sampai 2::

:: Suka sgt design nih. skrg hari2 pakai walaupun baju kaler merah. hahaha::
Kemudian beli barang yg dpt di pakai bersama seisi rumah. kira takde la selfish nak beli brg sendiri je kan. tapi takde la heaven membeli sgt sbb pikir susah nak bwk. kalau tak dah lama aku beli home theatre set sbb murah gila. atas kesedaran diri, dapat amik 2 benda alah ni pun jadilah..
:: Alat menebas rambut Arsyad dan Daddy. jimat duit tak payah gi kedai mamak lagi dah::
Betul tak tipu tau. ktorg dah try. mmg best. Daddy Arsyad dah kemaruk "tebas" rambut anaknya. sampai la dah gonjeng sket dia rasa stylo. haha..pastu aku plak tebas rambut Daddy. nasib dia suka. terus aku di naikkan pangkat jadi hairstylist dia. bangga okeh. sbb dia sangat cerewet bab potong rambut. tiap2 bln gi mamak mesti ada je tak puas hati. tapi hasil keseniaan tgn wife sendiri, dia agak kagom..selamat RM10 every month kan..
Benda di bwh ni adalah yg paling aku suka...sbb dah lama mengidamkan menda alah nih. senang nak di bawa ke mana2. Bagi alasan utk anak senang pasang CD cartoon dia. Tapi anak dpt concentrate tgk paling lama 5 min. so jatuh la ke tgn mummy dia yg gila tgk series TV tak abis2. heaven ok dpt pasang di mana sahaja...hehehehe

:: Portable DVD player. sangat byk function::

:: Complete set. mcm2 ada kan?:

:: Best sgt boleh pusing 360 degrees. boleh elak Arsyad ketuk2 keyboard dia..::
Antara sbb aku kagum dgn portable DVD player ni adalah sbb dia byk function. boleh pasang DVD, lagu, pics, pastu leh masuk thumb drive. kira kalau ko rajin, upload je cite apa2 kat website, pastu pasang sini. jimatt duit tak payah gi beli DVD kat pasar malam kan. pastu siap boleh main game. dia kasi skali CD game and controller. Aku tak minat game, Arsyad belum reti, so aritu Nena telah menerai. dan dia pun ckp best. hehehe..pastu boleh pasang kat TV. kira kalau gi travel pastu stay kat hotel pastu bosan dgn cerita tv yg tak menarik, pasang je la DVD pastu connect kat TV. pastu ada remote control. tak payah nak penat2 tekan2 nak2 kalau jauh malas nak bergerak kan. tp yg lawaknya. masa aku try remote control, siap ada bunyi. aku pelik gila nape bunyi. pastu kipas ceiling aku tiba2 laju. laaa..dia syncronised rupanya. boleh melajukan kipas aku dlm masa yg sama. hahahaha..yg lagi aku teruja, dia kasi skali dgn Ariel TV..yer..ariel tv okeh. cina tu ckp kalau kat luar,nak tgk tv1 ke, tv3 ke nak2 game badminton live je, pasang je ariel cari channel. hahaha..kagomm..kagomm...dah paling best of course la sbb harga dia murah. dah convert jadi RM250.00. Kalau kat sini yg cap ayam tu mmg murah. tp kalau byk function mcm ni dlm 300 lebih rasanya...

Barang seterusnya adalah teruja jugak. sbb mmg aku gi spore nak cari gadget sbb tau murah sket kat sana. Niat di hati nak cari Ipod Nano buat modal gi gym supaya tak bosan. then recce harga, paling murah dg SGD190. lepas convert dlm RM450 la kan. kat sini normal price RM599. still murah kan. tp pikir2, nak beli iPod beratus2 gitu, rasa syg plak duit sbb aku nak pakai masa workout je. and kalau ikut "kerajinan", seminggu paling kuat sekali dua je turun gym kan. buat apa nak buang duit mahal.
Lepas round2, terjmpa la iPod tipu nih. nama dia "Look Alike iPOd Nano". hahaha...Made in China of coz. function, design semua sebijik iPod Nano. cuma mungkin talian nyawa dia tak panjang mana and fragile sket. tp kalau jaga elok2 boleh la pakai lama kan. Best woo..leh masukkan 2 ribu lagu, amik gmbar, video. Harga adalah SGD35. hahahha..puas hati. terus beli tiga utk Aliyah ngan Nena skali...
:: Ipod Nano yg best::
Tapi ada cuak sket bila dah balik KL. coz tak dpt nak charge. sikit lagi aku nak courier balik kat cina yg jual tu mintak tukar. tapi try2 nasib boleh. But yg color merah tu ada defect sket. silap aku tak try color merah tu sbb Arsyad dah mengamuk2 masa tu. satu button tak boleh tekan. button Menu plak tu. so anggap la itu "saguhati" je. hehe..janji Nena dgn Aliyah punya boleh pakai. and suka sgt bila diaorg happy dgn iPod nya. Jgn lupa study yer kakak dgn nena. ingat tau, kalau ralit sgt dgn iPod nnti mama ngadu kat Auntie Zu, terus Auntie Zu amik kasi Arsyad ngan Echa plak. hahahaha
Last skali hasil shopping kat Airport Changi. Shopping last min jer konon nak habiskan SGD yg ada tapi tgk benda tak berbaloi aku tak beli la. yg beli ini adalah yg berbaloi-baloi..hehe
:: Victoria Secret body spray utk aku dan kakak ipar aku. SGD16. kat sini dah ada kan if dealer amik dari supplier kat US. tp still mahal sket la..::

Dan..Finally, yg bwh ini lah benda yg paling..paling..paling puas hati beli kat sana...hehehe..pun dah lama aku cari, nak beli kat KLCC ni tak mampu. tapi sangat2 suka...dapat plak kat sana yg murah, wahhh..harus teruja. nak gak amik skali dgn handbag Daddy Arsyad dah bagi green light tapi aku takmo la tamak kan. sbb bkn perlu sgt pun..dapat yg kecik pun jadi lahhh..hehehe
:: Ehem2,...suka paperbag dia..harus simpan sampai tua..hahaha::
:: Yeay!!..leather mini pouch Coach...Finally..dpt gak..::
Teruja okeh. dah la di layan mcm org kaya je dlm butik Coach tu kan. bagus diaorg tak pilih customer. kalau kat KLCC nih, siap boleh pandang aku atas bawah sambil pikir betul ke minah ni ada duit nak shopping kat sini. eh, double standard kan. aku mmg nak cari pouch kecik ni. senang turun lunch tak payah bawak handbag gabak2. tau je la KLCC ni everytime kuar masuk kena scan segala. so bwk mcm ni kecik molek senang je. muat2 letak hp, ngan duit sehelai dua. senang tak payah bwk the whole wallet. so takdela nak belanja merapu2. bwk cukup2 duit mkn. tau je la keje sini asal lalu je nak singgah tgk kasut, tgk handbag, tgk baju anak. padahal tujuan turun nak beli Nasi Ayam RM5 je kan. terus terjebak belanja melampau2. so bwk duit mkn je la yer. If nak mkn sedap sket, tak ckup duit beli air, tahan je la minum air kat office. hahahaha
Sekian sahaja tayangan umum barang2 shopping...kira ni je la dpt di kongsikan. tak "heaven" sgt kan? takpelah, janji dpt apa aku aim. sbb again, aku bkn jenis beli brg sbb alang2 dah sampai sana. aku beli mana yg takde kat KL, and betul2 berbaloi je. sbb saya adalah seorang yg kedekut. hahaha...Kalau nak shopping secara menggila, tgu la shopping kat Bandung nnti. sah2 sampai sana dah jadi jutawan kan...baru la bestttt..kan Kak Sally?? Uishhh....tak sabarrrrrrnyaaa....