Pages

Feb 25, 2014

Hyperactive???

Sebenarnya aku dah lama sangat nak tulis pasal nih. Tapi aku tangguh2 sebab nak mengumpul kekuatan. Dan juga nak mengumpul ayat2 yg agak decent, yang tak akan backfire. Sounds serious right? Yes. Memang serious.
 
 
My firstborn, Abdullah Arsyad b Nasruha. Di lahirkan pada 12th February 2009. Masa pregnantkan dia, aku bleeding agak teruk when i was at 8weeks. Darah keluar berketul2. Dduk sorang kat rumah masa tu. Mengigil call Daddy. Dia mintak abg dia, husband Kak Selly hantar aku g hospital. Nasib KPJ Kajang 5min dari rumah. Call Salina nangis2. Dalam kepala aku memang dah ingat baby ni tak ada. Sebab darah keluar mcm air paip. Tapi Alhamdulillah, lepas doc scan, baby masih ada heartbeat. And aku kena bedrest for 2 weeks. Threatened miscarriage. Belum betul2 gugur lagi.
 
 
Dia memang kuat. Lepas episode bleeding, aku lebih berhati2. Keje aku hanya makan dan rehat. Anak first kan, ko banyak la masa nak bersenang lenang. Aku naik 25kg in total. Masa first time pegang dia, perasaan bercampur baur tu jgn ckp la. Semua orang confirm alami benda yang sama kan. Rasa tak percaya diri aku ni dah jadi ibu.
 
 
Besarkan Abdullah Arsyad ni, bkn la susah gila2. Cuma tak mudah. Ada beza yer SUSAH dan TAK MUDAH tu. Dia adalah sejak azali budak yang sangat active. Sangat banyak tenaga. Sangat suka di layan. Waktu dia betul2 rehat hanyalah time dia tido. Kalau tak tido, jangan harap nak tengok dia duduk diam walaupun 10 saat.
 
 
Alhamdulillah tak pernah ada sakit2 yg bahaya. Masuk hospital sebab phelgm and demam tu biasa. Tak fussy bab makan. Jenis senang bawak diri. And sangat2 independent.
 
 
Masa dia umur 1thn lebih, aku pernah rujuk dia kat Dr. Paed yang jaga dia dari dia berumur sehari. Dr Mahani, KPJ Kajang. Aku bkn apa. Sebab dia lasak sgt. Banyak energy compared to budak2 lain. So aku just tanya Dr Mahani "Doc, u rasa anak i ni hyper ke?"
 
 
Dr pandang aku. Muka dia masam. Dia pandang Arsyad yang masa tu tengah main toys dlm bilik dia. Then cakap kat aku. "Apalah u ni mommy, u tau tak maksud HYPER tu? Itu disorder tau. Arsyad is totally normal. He can speak, can follow instruction, can understand words, how come u suspect dia ada ADD?.
 
Pangggg...rasa mcm kena tampar okeh!!. Betapa jahilnya aku sebagai Mommy Arsyad. Tak tau apa maksud Hyperactive Disorder (ADD), memandai2 nak suspect and tnya Doc. Padahal aku kena paham dulu apa ciri2 ADD. Bdk mcm mana yg nampak ada ADD etc. Bkn hanya sebab dia TERLEBIH ACTIVE.
 
So, masa tu aku lega. Arsyad is normal. Dia cuma terlebih active. And memang jenis lasak. Doc ckp aku patut bersyukur, sebab otak dia sentiasa berjalan. Menandakan dia budak yang bijak (InsyaAllah). Kalau dia jenis duduk diam tgk tv 8 jam tak berhenti, tak suka cakap, tak suka bermain dgn kwn, itu lagi prob yang besar. Ok. Paham.
 
 
Arsyad membesar dekat Daycare. Dari umur 2 bln aku hantar dia kat daycare. So dia dah biasa dgn suasana daycare. Ramai kawan. Macam2 perangai. And dia tau mcm mana nak survive. SO far dah tiga jenis daycare dia dah masuk. Kat Kajang, Singapore and now daycare office aku.
 
Kat Kajang Alhamdulillah cikgu semua sayang dia. Until now aku still baik dengan cikgu2 Arsyad. Aku memang jenis suka rapat dengan cikgu. Sebab aku hargai penat lelah diaorang jaga anak aku seharian. Tak salah kalau aku rapat sampai leh gi lepak makan and diaorang tido umah aku. Diaorang jaga anak aku. Kalau aku nak sombong tak tentu pasal, baik aku berhenti keje jaga anak sendiri.
 
 
Kat Singapore lain environment dia. Aku tak close sgt dengan cikgu sbb masa tu aku kat rumah jaga Adelia and dlm pantang lepas deliver Aleesya. Hanya Daddy yang ulang alik hantar Arsyad. Masa tu dia struggle kejap sbb school fully in English. Dia sorang je budak Melayu and Muslim. The rest semua Chinese or anak mat2 salleh. So dia struggle bab language. Tapi budak2 ni kan cepat adapt. Kejap je dia dah tau basic English words. BFF dia pun Max and Lucas, dua2 rambut perang. Bangga kejap anak dari Kajang leh bergaul elok dgn bdk2 international gitu. Hahahaha...
 
 
Bila aku decide nak masukkan Arsyad kat daycare office ni, aku risau kejap. Sebab, dah memang aku tau nature Arsyad ni. Active, lasak, memang agak "bold" dari orang lain. Aku takut. Takut orang yang tak biasa tgk budak mcm dia. Takut kalau2 dia ter-gaduh dgn anak kwn2 office. Takut kalau dia terlepas laku. Tak semua orang leh paham semua perangai budak. Yang dia paham peel anak sendiri aje.
 
 
Baru2 ni ada jadi satu kes melibatkan Arsyad kat school. Bendanya kecik. Maybe bagi aku kecik. Sebagai orang yang dah 5thn hantar anak2 kat daycare, bila kes org ni kena gigit, orang tu kena cakar, orang ni kena tolak, orang tu kena tarik rambut, bagi aku normal. Kau himpunkan budak2 bawah 5thn seramai 25orang dalam satu tempat. Kau expect takde budak yang bergaduh, yang tolak-menolak, yang bergumpal????
 
Tapi, sesetengah orang tak leh accept. Maybe bagi dia benda ni baru. Ini kali pertama dia hantar anak kat daycare. Environment rumah and daycare tak sama. So dia marah,and salahkan Arsyad. Dia tak boleh terima apa yang Arsyad buat kat anak dia. Walaupun anak dia tak nangis, tak merengek, tak phobia pergi sekolah etc, tapi parents dia cant accept. Walaupun selepas Arsyad minta maaf. As if besar sgt kesalahan Arsyad ni bagi diaorang.
 
Susah kalau kita nak explain and nak kasi orang faham. Nak2 bila dia nak faham apa yang dia nak faham sahaja. Memang susah. Cara dia treat benda ni mcm Arsyad ni hyper, bahaya, pembuli and tak selamat untuk budak2 lain. Yes, Arsyad terlepas laku dalam bab ni. Tapi kita kena ingat, dia budak umur 5thn. Alangkan kita umur 30thn ni tak terlepas dari buat salah. Budak umur 5thn????
 
Aku diam je bila orang cakap Arsyad hyper. Aku diam je bila orang cop dia pembuli. Orang cakap dia suka kacau budak lain. Aku malas nak argue or defend Arsyad. Sebab bagi aku, kalau ko betul2 berfikir as an adult, kau takkan cakap benda2 ni. Kalau dia dah 7-8thn aku faham. Tapi pembuli utk budak umur 5thn, is simply unaccaptable.
 
Tapi aku tak melatah. Aku amik segala advise yang di beri. Aku reflect diri sendiri. Apa yang kurang aku sebagai Mommy Arsyad. Apa yang aku terlepas pandang. Kat mana yang aku perlu lipat-gandakan usaha untuk mendidik anak aku. Aku amik pengajaran dari kes ni untuk aku betul2 improvekan diri. Maybe kesedaran untuk aku jugak. Aku punish Arsyad atas kesalahan dia. Tapi yang setimpal dengan umur dia lah. Orang blame aku tak reti disiplin kan anak, takkan aku nak lepas kat dia pulak kan?
 
Orang cakap anak ramai, so dah tak terkawal. Aku senyum je lah. Meaning adakah kalau aku anak sorang, akan lebih disiplin and tak lasak anak aku tu? hehehe...
 
Bukan senang kita nak besarkan anak2. Lagi2 kalau anak ramai, lain2 personality, lain2 perangai. Method nak pakai tu bkn boleh satu level ajer. Bukan boleh apply kat semua anak. Kalau dengan orang ni cara keras sikit, dgn orang ni lembut. Kalau dengan yg sulung tegas sikit, dengan yang tengah tak boleh tegas sbb dia cepat sentap. Lain-lain. Tapi tolong la jangan blame orang yang anak ramai mcm aku nih. Anak ramai ke sikit, semua parents nak yang terbaik untuk anak2 diaorg.
 
As for now, aku lebih berhati2. Aku selalu pesan kat Arsyad. Jaga tingkah laku kat school. Control diri abg. Tak semua orang faham perangai abg. Tak semua orang boleh terima cara abg yg suka main kasar2, suka main ganas2. Ada yang suka (adalah 3-4org budak geng dia yg bestfriend sgt sbb suka main gusti-gusti..haha), ada yang tak biasa. So kena pandai pilih dengan kawan mana yg boleh main mcm mana. Haa..complicated tak pesanan mak dia kat budak umur 5thn nih? hahaha
 
Takpelah. Hari ni anak aku buat anak orang, anak aku di persalahkan gaya dia penjenayah besar. Esok lusa, kita tak tau anak orang tu plak buat anak orang lain. Perjalanan kita masih jauh. Perangai anak2 kita berubah2. Kadang2 kita rasa kita dah kenal sangat anak kita, tapi ada some budak yang kat rumah perangai lain, kat sekolah macam lain.
 
Sebagai parents, kita jangan cepat melatah. Cepat menunding jari. Terlampau over-protective and defensive. Semua orang sayang anak masing2. Tapi berfikir la secara matang. Kalau kita tak tahu, cari info, cari ilmu utk knowledge. Jangan kita nak label budak tu HYPERACTIVE sedangkan kita tak tau pun makna and ciri2 budak Hyper tu. Kita bkn tak pernah jadi budak kecik. Kita pun ada memory chilhood kita sendiri. Yang manis, yang pahit. Jangan la kita jadi taksub sangat nak control childhood journey anak2 kita pulak. Setiap parut kat badan kita, ada cerita dan memory tersendiri. Kalau Arsyad mengadu ada budak buat dia, aku tak tanya sapa budak tu. Aku akan tanya "Apa abg buat kat dia sampai dia buat mcm ni kat abg?"
 
Memang senang menyalahkan orang. Tapi takpe, aku kena kuat, kena gali seberapa banyak ilmu yang boleh untuk didik Arsyad sebaiknya. Aku jadikan benda ni sebagai pembakar semangat utk aku terus jadi yang terbaik untuk dia.
 
InsyaAllah...doa-doakan lah yer....
 


:: Abg, mummy akan sentiasa usaha untuk jadi yg terbaik utk abg, utk anak2 Mommy..InsyaAllah..::
 
 


Feb 19, 2014

Progress...

Sorry la yer..lama sgt tak update..bkn la bz bebenor aku ni kat office..tapi agak bz lah jugak..Dulu kalau nak update blog idea mencurah, and kejap je amik masa. Within 15min siap dah. Skrg ntah kenapa, skills karat ke, dah di mamah usia ke, dok la karang entry 20min tak siap2, sudahnya tak publish langsung..Hahaha..

Ok la sbb ramai sgt yg soh update, ni skrg nak la update my progress dalam Misi Me-nyahkan Lelemak ni kan...Yes, ini la misi berulang-ulang tiap-tiap tahun. Jangan kata korang, aku pun dah naik bosan. Tapi apa nak buat, badan sendiri. Sendiri nak sihat, sendiri nak rasa ringan, sendiri la kena kerja keras.

Aku rasa penurunan kali ni agak slow berbanding last year. Sbb masa tu aku boleh lagi pecah record turun 9kg a month. Skrg ni mmg agak segan2 la dia nak turun. Bila aku kaji2, yes, my metabolic rate problem. Biasalah bila umur dah meningkat, then back to back pregnancy, metabolic rate ko makin lama makin sendu. Lagi susah nak kurus. Diet+exercise yang jitu hari2 pun maybe dapat turun max 4kg sebulan. Itupun dah syukur rahmat. So aku sekarang tengah giat buat research macam mana nak boost up kan balik metabolic rate nih.

So untuk korang2 yg kena turun berat, tapi dok la tangguh2, sila la jangan tangguh lagi. Kita ni bukan makin hari makin muda yer. Jadi lagi lama kau simpan lemak, lagi susah nak nyahkan. Percayala kata-kataku. Tapi jangan risau. Sebesar mana pun korang, sesusah mana pun nak kurus, pasti ada jalan nya. Cuma nak dengan tak aje.

So berat aku masa start mission 1st Jan 2014 adalah 85. Dia ada la point something lepas 85 tu tapi aku bundarkan aje lah. 4 weeks after that berat aku dah 81kg. Ok la 4kg turun sebab yang betul2 aku pulun dier+exercise pun start keje yakni masa 20th Jan tu. Kalau memang dari mula aku betul2 pulun, maybe dapat lagi lebih. Tapi takpe, as a start, this is more than enough dah.

Aku punyalah tension nak pecahkan angka 8 tu. Dua minggu ok dok la stay kat 80 lebih, akhirnya pagi tadi dah pecah. LEGA!!.  So currently berat aku now is 79.7. Nampak pangkal 7 kat depan tu memang la rasa sgt2 bersemangat.

So far aku masih kekalkan No Nasi, No Colored Drinks and No Dinner after 7. TAPI.... ada tapi nya..kadang2 kalau bab dinner after 7 tu terlepas jua. Nak2 bila balik rumah MIL. Susah nak elak. Bab elak nasi and elak minuman manis aku tahan lagi. Kagum tau aku rasa sbb aku adalah pencinta minuman manis. Teh ais tu memang pojaan hatiku, tapi dah 2bln lebih ni tak minum. Ais jauh sekali. Uish...kagum..kagum... hahaha

Ini gambar last year. Masa aku dpat turun secara banyak. Masa metabolic rate tak segan sgt. Beza tak? Ini gambar testimonial. Remember aku ada cakap aku memang tgh amik supplement yang MEMBANTU aku? Nanti aku share yer.  Dgn berat and age sekarang, nak buat sendiri without supplement sgt la payah. Alhamdulillah at least aku dah jumpa benda yang MEMBANTU aku. Dari dulu dok la invest kat benda yang bukan2. Paling haramjadah adalah masa beli PB corset and Herbalife. Mahal gila. Sekuman pun tak membantu. Cit. Tapi ingat, ini adalah untuk MEMBANTU sahaja. Pokok pangkal tetap la diri ko sendiri...



:: If nak try leh contact aku terus pun takpe, dulu contact kwn aku si Kathy ni. Tapi skrg dengan aku skali dah jadi tukang jual. Benda baik jgn kedekut nak share dgn orang. Hehehe::

Gambar sekarang? No. Lom boleh share. Saja kasi suprise. Miahaha...nanti la aku share yer...kasi la aku betul2 selesa dengan diri aku ni dulu.

Kasut sukan dah surrender. Aku beli lepas beranakkan Arsyad. Pulun pakai hari2 selama setahun aku bersukan, lepas tu pregnant Adelia. Then pakai lagi lepas beranak Adelia, tapi kejap je la kan. Pastu simpan sbb pregnant Aleesya. Pakai balik lepas beranak kan Aleesya, pastu kejap je simpan sbb pregnant Aqil. Then thn ni aku baru pakai sebulan. Dah hantar jahit, dah hantar gam, dah staple semua bagai. Tapi tapak dia HANCUR. Hancur okeh!!!..tak tau la aku yang ganas, atau dia yang tak sanggup lagi nak berbakti. Hahaha




:: Tak boleh di selamatkan lagi..::

Pastu nak cari kasut baru pun hazabedah gak. Giler la mahal kasut2 skrg ni kan. Aku ingat lagi kasut tu aku beli Rm259.00 jer. But yer la it was 5 years ago kan. Kot ye pun jgn la melampau sgt mahal nya. Rata-rata semua Rm300 ke atas. Aku ni dah la kedekut. Dengan dah melancarkan Tahun Menjimatkan Duit 2014, amatlah berat hati nak spend ratus2 kat benda2 nih.

Tapi, dah mcm mana nak work out kalau takde kasut kan. Kena la korek tabung utk beli gak. Hehe...Bila dah beli, harus la guna se-maximum yang mungkin. Thn ni takleh letak dalam almari lagi..kikiki..

Setakat ni, aku takde la work out beria. Badan pun baru lepas pantang kan. Takleh nak gasak sgt. Aku just buat light cardio utk dapatkan balik stamina. Then join class sbb memang best classes kat gym bawah tu. Itu je lah. Pastu baru start ajak kwn2 office main badminton seminggu sekali. Time lunch hour sejam tu, jadilah. Lepas keje memang takleh nak plan apa sangat. Dapat jog kat taman KLCC tu 6-7pm pun dah seronok. Sementara tunggu Daddy habis keje.

Now aku try commit for morning workout. Lain sgt feel dia. Work out time pagi ni memang rasa fresh, peluh pun kuar banyak, and best. Aku kuar umah betul2 lepas subuh, angkut anak2 yg masih tido, zass dari Kajang dengan harapan dapat sampai kat school anak2 kul 7.30am. Lepas hantar diaorg, zasss masuk KLCC g gym, start workout kul 7.45am. Buat cardio for 45min, mandi+ siap, before 9am dah masuk office. Jadilah kan....

Kalau aku yang duduk Kajang, nak sampai KL at least one hour, anak 4 org, boleh commit and push diri, tolong la jangan kasi alasan korang tkde time, banyak keje, leceh nak buat ni semua. Jalan2 depan perkarangan office pakai baju kurung for 15-20min pun elok sgt dah tu. Dok kat pantry pagi2 bfast borak2 kadang2 sejam pun tak sedar masa dah berlalu kan. So stop bagi alasan ok!.

Ok lah dah time nak g amik anak-anak. Aku notice, lagi banyak aku exercise, lagi SIHAT aku rasa. Before this petang je dah lemau. Sampai rumah je dah tak larat sgt. Pagi nak bangun liat. Tapi bila betul2 exercise regularly, memang fitness level makin up. Petang still rasa energetic. Balik rumah masih mampu masak lauk2 bodoh utk anak2 makan. Layan budak2 tu, tidokan diaorg. Layan Aqil plak sampai kul 1am at least, sbb budak tu mmg suka tido lambat.. Mlm bangun buat susu, esok paginya with no excuse, kena paksa diri bangun kul 5.30am. Mandi, siapkan barang, kuar rumah latest by 6.20am.

Penat tak baca? Hahahaha

No excuse. Nothing will hold you back. Start NOW.

NOW OR NEVER.
 

Feb 10, 2014

Harta Dunia Akhirat...

Rehat la kejap dari cite nak kurus ni eh..walaupun ramai suruh update perkembangan terbaru...sabar yer...sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman..hihii
 
 
Rindu nak update pasal anak-anak.  Sekarang boleh meriah sikit nak update sebab dah ada empat kan. Masa bukak blog ni mula-mula, dok la cite Abdullah Arsyad ajer. Lepas dapat Adelia, ada la cite dia sikit. Lepas dapat Aleesya, makin sendu. Sekarang???? dapat bukak blog pun dah syukur rahmat..hahaha
 
 
So far sekarang ni, Alhamdulillah..aku bahagia sangat sangat. Yes, penat memang la anak kecik-kecik. Stress jangan cakap la memang rasa nak pecah kepala. Tapi benda tu semua small matter je. Ini harta kami dunia akhirat kooooo....Nak stress, nak tension, nak penat merungut sebab anak ramai, adalah statment bodoh sama sekali. Sendiri nak anak, sendiri nak mengeluh.... apakah? hahaha...
 
 
Cuba korang fikir, sapa dalam dunia ni tak penat? Orang takde anak pun penat gak. Penat dengan benda lain. Orang anak dah besar-besar pun penat gak. Orang tua yang patut dah rehat and ada masa banyak untuk diri sendiri pun penat gak. Penat ni kan subjective. Semua orang penat. Tapi depends on how kita handle penat dan stress nih. Kalau penat yang kita sendiri cari, yang kita suka, belajar la untuk lebih menyintai instead of mengeluh 24jam. Belajar lah untuk handle dengan lebih baik.
 
 
Aku bukan apa. Kadang2 nyampah tengok status kawan2 kat FB tu. Anak sorang or dua je. Dia punya tulis status penat jaga anak sorang-sorang, penat kemas rumah anak sepah, penat basuh baju berbakul-bakul, penat segala hal lah..semua nak merempan and merungut. Yang pelik tu, dalam sibuk2 and penat tu ada je masa update FB. Bila org comment, within split second boleh reply balik. Hahaha...
 
 
Sebaiknya, keep it to yourself ajelah. Buat apa nak satu dunia tau kepenatan ko urus rumah and anak hari-hari. Dah itu routine and keje hakiki, deal with it. And seriously, bila lepaskan rasa stress kat FB tu, ko harap org respond apa? "kesian you..supermom betul.." or "You memang kuat..anak-anak untung sangat dapat u.." Dengan puji2an org tu dapat kurang ke penat ko? tak kan? so tak perlu la yer. Sesekali boleh di terima la. Ini hari-hari. Lagi letih update status dari letih urus anak-anak kot...kekeke
 
 
Ok dah tersimpang jauh. Tujuan aku allocate time arini nak update pasal anak-anak. Nanti2 dah tua2 bila baca balik mesti senyum sorang2, tapi tutup mulut sbb masa tu gigi dah takde. Hahahaha...
 
 
Di mulakan dengan anak pertama yang sangat sangat special, Abdullah Arsyad.
 
Tapi dia punya update nanti lah, itu kena buat satu entry khas untuk dia. Banyak sgt benda nak share pasal Abdullah Arsyad nih. Hehe
 
 
Anak kedua yang manja yg hati tisu yang lembut yang loving ni Amina Adelia. Now umur 2thn 6bln tapi dah ada dua orang adik. Hahaha.. Sifat kakak2 terserlah sangat. Kalau mintak tolong amikkan pampers adik ke, amikkan baju, letak botol kat sink, etc, boleh sgt di harap. Tapi Adelia ni lembut sgt orangnya. Dia tak agressive mcm abang. Dia kalau cakap slowww..lembutt aje... Keje dia menempek je kat aku and Daddy. Dia manja dgn semua org. Sesiapa je family members panggil dia duduk atas riba, usap-usap dia, peluk-peluk dia, dia layan je. In fact lagi dia suka. Itu yg aku risau sbb terlampau lampau manja. Sikit takleh berenggang. Tapi kena la paham umur dia pun berapa kan. Memang masih tahap bermanja2 lagi..hehe
 
 
 
Takleh kena marah Adelia nih. Kalau dia buat hal, aku sergah sikit je terus berjejeh airmata. Meraung sedih sedu sedan. Kalau pujuk balik 2 saat terus stop nangis and mintak kita cium. Memang anje anje angat!.
 
 
Habit suka sangat isap jari. Dari baby peel isap jari. We all biar je ingatkan dah besar kang kurang la, hmmm tak pun. Lagi haru kalau sebelah jari dia isap, lagi sebelah tangan dia nak gentel siku kita. Stress ok. Nak2 time aku tgh buat keje lain. Time tu la dia datang "Mummy, Diya nak siku..." Hahaha..nak je aku SIKU KAN. Tapi comel..so tak jadi nak marah..hihihi
 
 
:: Isap jari je la kejenya::
 
Sekarang sedang di buli oleh adik dia, Amina Aleesya. Haihh....kadang2 kesian aku tengok. Dia sayang adik-adik dia. Tapi dah nature si Aleesya tu garang sgt. Mengikut perangai abang. Active, garang and ganas. Bila kakak lemah gemalai mcm tu, tak masuk la dengan dia. So dia banyak main dengan abang. Tak padan umur baru 1thn 3bulan. Pun dah ada orang adik..kekeke..
 
Adelia dulu sangatlah susah nak bukak mulut utk cakap. Aku sbb anak first dah biasa dengan Arsyad yg pot pet pot pet tak berhenti kan. Tetiba Adelia senyap aku risau lebih. Padahal development budak2 kan lain2. Tapi now Alhamdulillah dia dah rajin cakap. Dah boleh buat ayat. Dah makin paham apa dia nak. Dia pun dah yakin, dulu dia tak confident takut salah cakap kot. Or sebab dalam rumah ni dah ramai sangat orang bercakap so dia malas nak join the club. Hahaha..Now melebih2 pulak kadang2. Bila tengah makan tu, nak-nak benda sedap, tak semena-mena dia sound aku "Mummy tu jangan nak mintak Diya punya". Hahaha..over kan? Tapi pelat la..but understandable..
 
:: Mummy ajar posing..kekeke::
 
 
 
Amina Aleesya. Dia paling kecik dalam adik beradik. Dia makan banyak tapi badan tak naik. Tak chubby tombam2 mcm kakak and abang. Tapi rupa dia unik sikit. Kalau Arsyad and Adelia memang chinese look, dia ni mata besar, kurus, kecik and cheeky. Ramai orang cakap muka Daddy dia lebih. Daddy tak kisah janji kulit still ikut Mommy. Hahahaha...
 
 
 
 
Dia ganas. Tak suka di manja-manja. Tak suka di usap-usap. Kalau nangis jatuh kita pujuk gosok2 tempat sakit tu, dalam 5 saat dia berhenti nangis, tolak tangan kita and berlari balik. Kental budak nih. Suka gaduh dengan kakak. Memang pantang ada peluang, dia akan gigit, cakar, tarik rambut, and cubit. Aku confuse bila kena protect kakak dari di buli adiknya. Selalu orang protect adik kan? Bila aku marah, muka dia selamba je no effect. Hahaha..
 
 
:: Sorang muka garang, sorang posing anytime, no problem::
 
Manja Daddy sangat2. Susah Daddy nak bergerak kalau kat rumah. Nak g toilet pun kena letak dia hujung penjuru rumah pastu lari masuk toilet. Hahaha...Aku boleh gelak je la sambil pangku Aqil and kasi siku kat Adelia. Nak tolong pun takleh, so tolong gelak saja..kikiki
 
 Tak kisah lah kurus ke kecik ke kan Aleesya..janji sihat and membesar dengan baik. Jangan nak garang2 sangat ok.
 
 
 
Anak ke-empat, yang paling latest, tentunya Abdullah Aqil. So far senang jaga budak ni. Cuma dia ni berjaga malam. Takde anak2 aku yg stock suka berjaga malam. Paling kuat pun masa pantang je. Tapi Aqil gigih menguji mommy dia. If aku balik rumah pukul 8mlm, dia baru tido. Then aku urus abang dan kakak2, tidokan diaorg, kang start la pukul 11mlm dia bangun nak buat OT. Takmo tido sampai la pukul 2 or 3am. Dulu boleh lagi aku letak tepi sambil tgk tv or lipat kain. Now dah demand nak berpangku sepanjang2 masa dia takmo tido. Letak je nangis. Tinggal kejap je jerit. Akal dah banyak. Biasalah kan...
 
 
 
So far memang takde prob sangat. Anak2 aku semua selalu masa baby ada phlegm problem. Aqil nampak masih ok. Aritu je batuk kuat tak baik2 bawak g doc amik ubat, baik dah. Membesar dengan jayanya sebab kuat minum susu. Suka tgk abang and kakak2 main, mesti tengah perhati and absorb, nanti cukup umur boleh join sama. Hehehe
 
 
:: Aqil Bam Bam!!!::
 
 
Kalau weekend memang macam taska rumah aku. Meriah. Walaupun baru empat orang, tapi semua kecik-kecik so rasa meriah hiruk pikuk. Hehehe...Dulu pitching aku control lagi sebab malu kat jiran-jiran. Sekarang ni lantak lah. Sikit hari lagi boleh pakai healer aku ni kot. Sebab penat nak jerit. Hahaha
 
 
Alhamdulillah..Tak sangka dah empat anak aku. Harta yang tak boleh di tukar ganti. Amanah yang berat tapi InsyaAllah akan aku jaga macam nyawa sendiri. Allah takkan kasi kalau aku tak mampu kan? Percayalah dengan apa yang Dia aturkan. Kurang dari segi wang ringgit, mewah dari segi anak. Kurang dari segi masa untuk diri sendiri, mewah dengan keletah and perangai anak-anak depan mata. Dia amik sikit tang ini, Dia akan kasi lebih tang lain. Kita je kena kuat. Kena semangat.
 
:: Masa tengah baik..::
 
 
Eh, apehal lak sebak nih. Hahaha.. tak rock langsung lah. Ok lah. dah panjang lebar. Jarang update, sekali membebel sampai lenguh tangan nak type ni ha. Kekeke..
 
:: My Fantastic Four::
 
 
Till next entry kay. Bai.