Pages

Jan 27, 2014

Sedihhhhhhh!!!!

Aku sekarang adalah tahap nak hantuk2 kepala kat dinding..tahap rasa mcm dah malassssss nak push diri sendiri..tahap sampai rasa "Eh Lantaklah...malas nak pikir"..

Jgn nak suspense...frustration ini is totally about my losing weight mission. Takde kena mengena dgn hubungan suami isteri atau anak beranak atau seangkatan dengannya...Bab itu InsyaAllah happy sokmo..hehehe

Aku ni over confident. Memang kita kena ada self-confidence but jgn over. Dulu lepas beranak anak pertama, aku tak makan nasi setahun, try mcm2 slimming products, workout setahun, Alhamdulillah dpat balik my pre pregnancy weight.

Anak no dua ketiga dan ke empat tak sempat. Paling hebat boleh turun 15kg sahaja. Boleh cecah 72kg sahaja tak silap aku. lagi 10kg utk dpt ideal weight. So technically aku tak pernah cecah angka 6* sejak 3 tahun lepas..back to back pregnancy, so lemak terkumpul adalah luarbiasa ke-tepuannya...

Tapi aku confident...giler hebat nak set target. Aku lupa..umur dah meningkat, metabolic rate membenci aku, stamina level taraf makcik2, so utk aku buat mcm aku berjaya dulu sangat jauh jauh jauhhhhhhhh nak di capai...  Nangisssssss...

So far aku skrg jaga makan. No Nasi. No colored drinks. No dinner after 7pm. First stage ok la 12kg done. Lepas tu segan2 je dia nak turun. So aku slowly start work out. Dgn harapan bila usaha di gandakan, akan dpat la ganjaran lumayan.

Mimpilah!!

Hari ni first time turun gym. Tapi aku tak terus lompat atas treadmill. Masa still on maternity leave aritu tapi dah habis pantang (aku pantang 30hari jer..hehe) aku slowly start brisk walk. Aku slowly peluh2kan badan. Supaya tak terkejut bila start balik workout betul2 nanti... And i do what i love to do. Step class!!!..  tapi...aku bertahan 45min jer...pastu memang tercungap mcm dah nak putus nyawa. Lutut mcm nak tercabut. Berhenti, naik changing room rasa nak nangis. Hahaha


:: Bodystep ni best gila2 wa cakap lu. Sila try sapa2 yg belum try. Sesuai utk org punggung lebor and peha besar kayu balak mcm aku. Hehhee::


Yes, org ramai ckp aku ni kiasu sgt. Aku ni obses sgt. Dera diri sendiri. Buat melampau over the limit. Say whatever u wanna say. I know myself better than anyone else.

Kalau ko seorang yg sangat sangat active dulu, kalau ko seorang yg sangat cintakan sukan, sangat suka outdoor activities, ko akan rasa down gila bila takleh buat semua tu.  But yes, tak boleh nak push and set harapan tinggi sgt. Aku kumpul lemak ni 3tahun kot. Takkan lepas 2bln dah boleh kikis dgn jayanya kan. Must be realistic too..

Takpelah..aku kasi space for myself a bit. In the first month of working out activities, hanya untuk kumpulkan stamina and naikkan sikit metabolic rate. Jgn mimpi nak turun kg byk sgt. Lepas dah betul2 selesa, lutut tak sakit, nafas tak seksa, boleh move to the next level. Take one step at one point. Ok, boleh.

Aku dpt byk respond pasal entry kuruskan badan aku tu. Maybe diaorg malu nak letak kat comment box. Nak share diam2 je kan. Hehe..takpe..moh la kita sama2 support each other. Korang pun pls rajin update pasal mission ni. Aku baca, aku belajar mana aku tak tau and rasa bersemangat. Korang baca posting aku, pun sama2 rasa semangat. Bkn senang org mcm kita ni nak maintain in this mission for a long time. Kang ada je lah ujian2 getir bab makan free, time raya, time attend parties, time nak period terasa nak mengunyah je..mcm2 lah...so jom, kita buat utk betul2 menjadi sihat dan kuat!. hehehe

Nanti next entry aku share my daily menu and typical activities. Mana tau sesuai dgn korang jugak...

Jom! Jom! Jom! Dah jgn la dok tgk gambar2 food kat FB tu. Kasi leleh airlior je. Tutup skrg!!! hahahaha..

 

0 comments: