Pages

Jul 24, 2012

Dilema

Haih...Dalam dilema betul lah skrg...

Sebabnya gini, insyaAllah lagi 4 bln kami akan dapat anak ketiga...Maknanya, aku kena lah bersiap sedia dgn persiapan nak beranak ni kan...Itu takpelah lagi...Bab2 nak cari spital, gynea, nak pikir beranak sini ke balik Msia, itu aku leh handle lagi...Ada la beberapa masalah yg aku rasa takleh nk decide skrg nih..

Now Arsyad belum masuk school. Sbb still tgh tgu appeal boleh ke tak sumbat lagi sorang dlm school tu. Kat sini kan strict, kalau dah full, diaorg takkan amik sesuka hati. If nak gak, kena la appeal kat ministry. Aritu call diaorg kata 2 minggu, next week aku nak call lagi and follow-up. Masalahnya budak Arsyad ni kan bkn jenis dok diam kat umah. Bkn jenis layan cartoon or tv. Dia suka berkawan, suka menganas2. Aku ok jer bertahan dengan peel dia..dah anak sendiri kan..pepandai la aku  nak tackle. Tapi masalahnya dia yg tak tahan dgn persekitaran skrg. Terlampau bosan katanya..Arini dia mintak tgk video2 lama dia. Byk la video dia masa kecik aku amik. Skali ada video kat school masa Birthday dia..Eh, terus sebak mamat tu...Terus sebut nama kawan2 dia..Pastu ckp rindunyaaaa kat kawan2..rindunya nak pergi school belajar...huhuuhu

Aku try gak nak wujudkan environment kat school ni kat umah..Walaupun ada 2 org je anak murid kan..muahahaha..tp biasalah, byk sgt ganguan...dia tgh semangat nak belajar, adik menangis nak susu and tido..Bila adik dah tido, dia dah takde mood. Memang environment rumah lain kan. Maybe phase dia skrg dah tak sesuai nak terperap kat rumah. Dah dari kecik dia gi nursery, so dia dah terbiasa. Adelia jgn la kan, dah biasa bawah ketiak Mummy, letak kat nursery sekejap nangis dari pagi sampai ke petang...hahaha

So skrg aku tgh bersabar tgu news dari school tu. Harap2 ada berita baik. Fee dia SGD700. Sila jgn convert kalau nak hidup aman kat Singapore nih. Miahaha...pastu skrg ni Daddy ckp ktorg perlu amik maid. Aku mcm terkejut gak la sbb sejak dari dulu Daddy memang tak pernah berkenan or bercita2 nak ada maid. Bila aku tanya kenapa? dia ckp sbb kita dah takde support system. Dulu kat Kajang if apa2, MIL aku ada, cikgu2 Arsyad kat nursery ada, takde prob. But kat sini, what if aku nak terberanak tgh mlm? Nak heret anak2 sekali kah? 

Hmmm...nak je aku ckp kat Daddy, if aku nak terberanak tgh mlm, takpelah...biar aku gi sendiri naik cab and dia dok je umah tunggu anak2..Huhuhu..dah tu, kena la belajar and persiapkan diri. Time2 ni ko nak bermanja2 nak husband ada skali kat labor room, selfish sgt la kan. Kang if aku dah selamat, esoknya Arsyad gi school, then Daddy dtg spital bawak Adelia kejap utk azankan baby and uruskan apa patut. Pastu Daddy cuti lah 2-3 hari sampai aku kuar spital. Pepandai la aku nak uruskan diri and baby baru kat spital tu..

Tapi cakap memang ler senang..sbb belum jadi lagik kan? Kekeke...Buatnya time tu Daddy travel? Mcm mana? Masih waras kah aku nak heret anak2 masuk labour room skali? Hahahaha...And now Daddy ckp aku mcm tak kisah sbb if dia takde, mmg boleh je aku survive sendiri dgn anak2. But what if aku yg takde? Cth aku demam or tak sihat sampai kena warded (mintak simpang..tp ni worst case scenario lah), Daddy plak kena kerja, takkan nak cuti lama2, haa..time tu anak2 mcm mana? Hmmmm.....good point. Memang aku tak terpikir plak if apa2 jadi kat aku, pada sapa nak mintak tlg tgkkan budak2 nih..

Dilema betul kan? Masa kerja dilema nak berhenti keje jaga anak sndiri..Dah berhenti keje dilema lain plak. Haihh..aku kalau boleh memang takmo langsung amik MAID. Bagi aku maid ni bkn solution...Ikut rezeki la. Dapat yg ok, ok lah kan. Dapat yg KO? Aku gak yg sakit kepala. Gaji maid kat sini SGD500..pastu ada levy(tax) plak kena bayar every month kat govt SGD260. Situ je dah SGD760. Againnnn....jgn convert...kalau tak, memang sakit jantung. Hahahaha

Lagi satu, aku tak rasa ktorg perlu maid. Sbb ktorg dpt serviced apt. Setiap 2 hari ada cleaner dtg bersihkan rumah. Tukar cadar and towel. Keje aku mmg basuh kain, gosok baju, jaga anak2, and masak sekali sekala. (Time siang tu wajib la masak utk Arsyad and Adelia, malam tak payah Daddy bawak balik makanan..hehe). So if ada maid, keje dia apa je? Dok ngadap anak2 aku je kan? Pening gak aku nak ngadap dia nanti...

Macam mana eh..perlu ada ke tak perlu??? Hmmm....if takde, apa back up plan if jadi situation time aku perlu kan support system? And if ada....adakah itu penyelesaiannya????

Dilema...dilema..dilema...
 

Jul 22, 2012

Walaupun jauh sekangkang kera..tapi tetap la tempat org kan....

Eh, ramai sgt yg ckp dgn aku, jgn la risau pindah Spore..dekat je..bkn jauh mana pun...and sama je mcm kat KL...Ish, pandai betul org yg ckp tu macam dia dah pernah kena pindah Singapore 14thn kan....kekeke

Memang la Singapore tak jauh beza dari KL. In fact bebila pun nak balik..Tapi....ada lah reality pain di sebalik "kesenangan" itu kan....

Firstly masa ktorg sampai, memang ktorg pun tak risau langsung sbb bkn tak pernah dtg sini kan. Tp datang sini hanya utk kerja (for Daddy) and masa family vacation. Paling lama 3-4 hari. Apa yg ko nak expect dari 3-4 hari punya experience kan? And yg paling buat kami bersyukur dan melegakan, adalah rumah yg fully furnished. So tak payah pening2 nak cari barang umah lagik. Plus rumah dekat dgn Vivo City and Harbour Front yg memacam ada. Giant, Cold Storage, McD, KFC, Pizza...Halal Food court pun byk. So part tu memang tak susah. Every hour ada free shuttle dari apartment ke harbour front. 

Tapi biasalah, berpindah dgn anak2 ni bkn perkara mudah. Walaupun dah memacam benda aku prepare, tp stress nya tetap ada. Barang keperluan anak2 alhamdulillah, semua cukup. Bila sampai2 sini, terus gi beli roti dgn telur. Bfast makan roti dulu. Tkde maknanya nak feeling2 mengeteh kat kedai mamak. Tkde kedai mamak kat area sini. Then lunch plak kena la kuar gi cari makan kan. Memula 1st time bawak anak2 naik shuttle bus, agak menguji jugak. Sbb Arsyad tu kan jakun. Tak reti dok diam. Anak2 mat salleh kat sini elok je masuk2 bus, terus duduk kat seat, pakai seat belt. Malu betul aku. haha..Tu lah, sapa suruh tak didik budak tu dok diam dlm kenderaan awal2 kan..Kete sndiri boleh la tahan...Naik public transport??? PENGSAN!!

Ktorg sampai hari jumaat, so weekend tu takde apa sgt. Nak buat apa2 urusan tapi semua office tutup la kan. Nak recce school Arsyad pun tak dapat. So masa di habiskan dgn tengok sekitar area sini je. Familiar kan diri dgn bus schedule, ada gak la insiden tertinggal bas dan mengejar bas. Dah tu ko ingat ni KL bus nak delay? Tepat on time dia gerak. Dia nampak ko lari2 pun dia senyummmmmmm je sbb dah time dia gerak. Driver bus tu ckp kat aku dia takleh pikir org luar bus, dia kena pikir pasal org dalam bus. FINE!!!

Then Monday, Daddy dah start keje. Itu lah yg aku menyampah dgn company dia nih. Dah la date nak pindah tertunggu2 selama setahun. Pastu bila time nak pindah, tkde proper planning sgt. Ada ke kasi ktorg settle down kat sini dalam masa 2 hari je?? Weekend lak tu. Apa je yg leh settle dlm 2 hari kan? Tapi tapelah, jgn merungut sgt. Bab tu aku ok lagi. Bab suruh pindah tgh2 bulan dgn takde advance, takde allowance masuk, memang kasi panas gak lah. Nasib baik ada gak la saving ktorg guna bawak sini. Tukar ke Sing Dollar, agak sakit la kan. Sbb tu masa pindah aku dulukan barang2 anak. Susu, nestum, ubat2, so if sesak2 pun, janji keperluan anak lepas dulu. Mak bapak makan meggi kari tapi duduk kat condo yg sewanya 10k ni pun, takper....janji anak2 lepas dulu...kekeke

Isnin dgn Selasa gigih aku bawak anak2 jalan2 kat Harbour Front. Sbb Abdullah Arsyad tu kan bosan. Dari dia jahanamkan barang2 rumah, marilah kita keluar tgk apa yg ada kat Spore nih. Ok la utk bdk2 memang byk. Ada playground, playgym, kids center utk campak je budak2 kat situ (tp bayar lah), and so on. Kuar 3-4 jam ok lah. Naik shuttle je pun.

Pastu Rabu nak gi amik visa. Kena bawak anak2 utk cop jari etc. Masa ni dah start tension sbb ktorg konon nak naik MRT. System dia sangat2 systematic dan senang je sebenarnya. Tapi sbb belum biasa kan, agak berpusing2 dan tersesat barat la dgn budak2 dua org tu pagi2. Masa tu rasa mcm ish...tensionnnnnnn..Tapi sabar..sabar...kena gak belajar. Sbb if nak bawak kete, diaorg charge SGD20 per day utk foreign car masuk sini. Setahun dah SGD 7200. If convert? Dah jadi RM18k. Tak ke gila tu??? hahaha

Apapun, aku rasa pengalaman duduk tempat org ni mmg priceless sgt. Tak kira la kat mana ko tercampak, still TEMPAT ORG. Nak jadikan tempat sndiri and familiar kan diri, mmg amik masa. Sbb tu aku lagi suka hari2 bawak anak2 kuar jalan2. At least hari2 aku belajar benda baru. Dari terperuk dlm rumah ni, apa pun tak belajar. Mula2 agak seksa gak la tolak stroller Adelia, Arsyad jalan. Kang time Arsyad penat, dia nak duduk dlm stroller, dukung Adelia, sambil tolak Arsyad. Harus di ingat perutku yg berusia 5 bln ni pun dah ke depan....Hahaha..Tapi kena kuat sket. Takleh nak manja2 sgt. Belajar berdikari. Diri sendiri yg untung gak kan. 

This week start puasa, alhamdulillah ktorg tak rasa ralat start berpuasa di tempat org, jauh dari family etc. Maybe sbb Spore, takde beza sgt. Kalau pindah German aritu, merasalah meroyan kan??? haha...tapi yg tak best takde Bazaar Ramadhan berdekatan. So nak beli juadah tu tak dpat lah. Nak aku masak, utk sahur boleh la. Time anak2 dah tido. Msak kul 10-12am. Iyer, aku masak memang lama. Tangan keras la katakan..Haha..Time berbuka, kita berbuka je la dgn apa yg jumpa. Kat Harbour Front ada halal food court. OK gak ada Nasi Padang, Char Kuay Teow etc. Kalau la tiba2 ada makcik bukak gerai kat depan Harbour Front ni jual kuih muih dan lauk pauk, hari aku lari pelok makcik tu ketat2...hahaha...

Ok la now nak tgk spital utk gi check up baby plak. Tak pikir lagi pasal benda ni sbb nak kasi settle hal2 lain dulu. Dah cool down, baru la leh tgk benda utk diri sendiri plak. Huhuhu...Aku kalau boleh takmo kacau Daddy sgt. Dia dah biasa dgn aku yg suka berdikari sendiri. Kang tiba2 kat sini aku lembik, sumanya nak harap dia, tension mamat tu. Dgn keje kat tempat baru, byk lagi benda dia nak pikir kan. So baik aku buat research and plan siap2, kasi tau dia apa yg perlu, bincang apa yg dia perlu pikir je. Jgn berat2kan kepala otak dia. Kasi dia tenang2 keje elok2 cari duit. Janji "gaji" aku jalannnnn...hahaha

Ish, tekak teringin popiah goreng. Carrot, udang, daging, ayam ada dlm fridge tu. Smlm gi Cold Storage carik sengkuang dgn kulit popiah tak jumpa plak. Harus ke aku heret anak2 gi Giant cari bahan2 nih? hmmmmm....Boleh di pertimbangkan!. Hehehe

Till then....Selamat Berpuasa Korang!!!

Jul 16, 2012

Alhamdulillah....selamat sudah.

Syukur padamu Ya Allah...atas byk sebab. Walaupun kitaorg dah tunggu saat2 ini genap setahun, tapi stillllll bila tiba je masanya..rasa ada je benda tak ready..Hati, perasaan, persediaan, semuanyalah...Tp excited to of course la ada....Sbb memang ktorg looking foward sgt2 nak rasa hidup kat tmpt org..walaupun idak ler jauh kan...but still, tempat yg ko tak familiar, tak tau apa nak expect, nak kena belajar byk benda...

Jumaat, 13hb akhirnya kami berangkat ke Kota Singa. Mlm tu saja aku ajak Daddy tido rumah MIL. Sbb tau dia tu anak manja. Mesti la nak borak2 dgn parents dia sampai mlm ke kan...tp meleset tekaan ku. Member boleh melepak kat driving range dok polish golf set sampai kul 1am pulak. Maybe sedih sbb tak dapat bawak golf set. Hahaha..Aku tak bagi sbb brg adalah byk, nak pikul golf set tu lagi, sorry naik lorry. Sila rehat je kejap dari aktiviti menebas. Sampai Spore lagi seminggu nak pose, pastu raya, bila masa nak menebas??? sila ckp??? so first thing first lah kan, bwk benda yg penting2 jer dulu.

Family members hantar sampai aiport. Kak Selly &co tak dpt join sbb abg ada course kat PD. Tapi sempat gak mereka singgah Cheras utk salam2 dan sessi bersedu-sedan. Kekeke..Thanks Kak Selly. Rody datang dari Ipoh terus jumpa kat KLIA. Mak mertua datang bersama Paman, adik lelaki Daddy jer sbb bapak mertua ku tak larat la nak gi KLIA jalan jauh2 bagai. Family abg aku pun terus gi sana. Tapi kejap je pun dpt lepak2, ktorg nak check in cpt supaya bdk2 dapat rest. Jumlah kotak besar 3, kotak kecik 2,  beg besar 2, beg kecik 1. Total 2 trolleys, aku dah tolak stroller Adelia. Ate bagaimana Daddy nak tolak trolley2 tu sorang2 kan. Sampai2 KLIA ktorg tolak sendiri. Sampai Spore kang pikior lain. Malas nak pikir masa tu. Hahaha

Nasib anak2 tak buat perangai dlm flight. Kejap je 45min dah sampai. Tiba2 aku dapat idea. Tutup stroller Adelia, letak je dlm trolley, aku leh tolak trolley lagi satu sambil dukung dia. Daddy tolak satu sambil monitor Arsyad. Haa..boleh pun. Sampai2 org hotel dah tunggu. Nasib baik!. Tak payah nak susah2 amik cab ke apa dgn brg2 byk tu kan.

Ktorg dapat serviced apartment. Bersyukur sgt sbb byk kelebihan duduk apt kat sini. Company kasi choices 3 apartment utk ktorg pilih. Kitaorg pilih Residences at Reflections, Keppel Bay. Sebab sini ada free shuttle utk ke Suntec City, office daddy. Dah save transportation cost kat situ kan. Malas nak bawak kete sbb kena charge SGD20 per day. Setahun dah 6k lebih. Tak payah. So di sini la kami tumpang berteduh selama kat sini..Hahaha...Sewanya memang kasi sakit jantung. Tp nasib company yg bayar. Kekeke..cuma nak cope dgn cara lifestyle kat sini, kena amik masa lah. Maklumlah, kami org Kajang. Miahaha..Nanti aku cite lebih pasal ni kat lain entry ek.

Dapat apartment 3 bilik. Sbb diaorg kira skali anak dalam perut nih. Hehehe..Tp idok la besar. Just nice la utk ktorg. Rasa mcm kecik sbb umah kat Kajang landed and besor sket kan. Kat sini suma comel2 je. Selangkah dua je nak ke meja makan, nak ke dapur, nak ke bilik. Tak payah penat2 naik turun tangga and jalan jauh. hahaha..Paling best suma benda dah ada. Tak payah beli dah. Tapi sebagai org Kajang, harus la ktorg amik langkah berjaga-jaga. Yg mudah pecah, sila remove. Pinggan mangkuk branded2 tu, simpan je dlm kotak. Beli melamine kat Mustafa Center. Lebih selamat. Duduk dengan budak2 ni bkn boleh. Kang ada je pecah berderai, kita gak yg nak kena ganti. So toksah ler. Aku ada snap gambar. Tp malas nak bgn gi amik cable bb kat bilik. Hahaha..So nanti2 lah yer tgk umah kami...

Daddy start keje arini, so bermula lah rutin aku bersama Abdullah Arsyad dan Amina Adelia. So far dgn Adelia aku tak kisah sbb dah biasa and tau peel dia. Si Arsyad je la since memang dia gi school masa kat Kajang kan, bila sampai sini harus la mati kutu budak tu. Dia suka berkawan, suka gi school belajar, main dgn kawan2. Bila dok umah ngadap muka mummy dgn adik hari2, dia jadi serabut. Hahaha..Skrg tgh usaha cari playschool utk dia. Itu lagi satu misi pecah kepala. Takpelah, pelan2. Nanti aku update pasal tu lain entry. Skrg ni aku kena atur jadual dia kasi dia tak bosan je. Kang dia bosan, mula lah dia buat benda pelik. Siang td aku jumpa remote TV dalam tong sampah. Larat tak korang?????

Eh, pangjang gila entry. Nak cite sikit je pun. Tapi sbb mata takleh tido lagi sbb nak tgu laundry siap. Huhuhu..Anak2 dan Daddy lama dah tido. Aku tgh try washing machine kat sini sbb dia skali dgn dryer. Peghak la katakan..tak pernah guna dryer, so nak tgu gak sampai abis sbb nak tau betul ke lepas basuh terus leh lipat? Hahaha..Sian aku. Nanti aku habaq kat sini hasilnya ok. kekeke

Dah malas nak tulis dah. Esok2 kalau ada masa update lagi. 

Bai.