Pages

Nov 25, 2011

Mood : Apapun yg terjadi..mesti ada hikmah di sebaliknya...

Lamaaaa giler tak update blog.....Rindunya sama ini blog..giler2 punya rindu..tp sbb mmg aku takde masa sgt2 skrg..tak dpt nak di ampunkan langsung punya bz..schedule adalah sangat2 ketat..

Kan last week best giler gi cuti2 Penang. Stay kat Hard Rock Hotel. Nasib la pergi hari biasa, sebelum school holiday kan. Kalau tak, bilik adalah melampau mahal, org adalah super ramai. So bkn vacation nanti namanya, mengundang stress lagi ada lah. Itu nanti la aku update lain sbb gambar2 dlm camera. Adalah tak syiok update cite vacation tanpa gambar2...Apa barang kan....Tapi yg penting...aku adalah BERJAYA mengelak dari NASI KANDAR..Yes baybeh...lepak kedai nasi kandar aku tak makan nasi jugak..amik ayam seketul, sotong seketul, and lauk 2 jenis. Yehaaaaa..mamak dok senduk nasi kandar and lauk pun pandang aku lain macam..hahaha..shadapp u mamak...

Pastu, hari Isnin, bermula la routine baru dlm hidup aku. Kalau tak, bleh bersenang lenang dgn si Adelia dobot pagi2 atas katil,lepak2 buat keje umah, bergumbira tgk tv, tgk drama2 swasta, episod demi episod tanpa miss sikit pun..Tapi tidak lagi skrg...Sbb aku kan dah start class..huhu..Bgn pagi mcm nak gi keje,sbb tumpang Daddy gi keje. Malas la aku nak drive asing. Sbb Goethe Ins tmpt aku belajar ni dekat je dgn KLCC. Walaupun kelas aku abis kul 1.30pm, tapi baik aku buat benda berfaedah lain dari balik rumah terbongkang tido. Nak amik anak2 dari school pun mcm rugi. Sbb dah bayar monthly dari 6.30am-7.00pm. Miahaha..dasar mak yg pemalas kan..

Vacation sampai Sabtu, then Ahad terus siap2kan baju2 keje Daddy utk seminggu. Sbb aku tau aku takkan mampu nak buat lepas balik class. Pastu Isnin pagi bgn kul 5.30am, siap2 mcm biasa kuar umah kul 7am. Sampai KLCC kul 8am, bfast dulu dgn Daddy. Then lepak minum kejap, kul 9.30am aku bergerak JALAN KAKI ke Wisma See Hoy Chan, Jln Tun Razak. Fuhhh..basah ketiak gak la kan. Hahahaha..1st Day, kaki melecet teruk. Terkejut gamaknya.Tak pernah2 nak jalan jauh2 mcm ni kan. Naik turun tangga lalu jejantas lagik. Hari ke-2, aku bawak kete gi kelas. Hahaha..bkn sbb malas, tp sbb aku kena gi umah Amansiara lepas class. Nak settlekan apa patut. Hari ke 3, aku drive lagik gi kelas...kahkahkah..Eh, jgn salah sangka, sbb classmates aku ajak gi KLCC lepas class, nak buat revision sama2 kat taman KLCC. Terasa diri mcm budak2 sekolah jer lepak taman KLCC. Dan mereka semua takde kete, kecuali aku and Efy, another classmate. So plan bwk 2 kete utk muatkan 8 org. Baik kan kami? hehe...Then hari Khamis and Jumaat jalan kaki balik spt biasa.

Itu baru cite cara-cara nak ke kelas...cite pasal kelas??? huhuhu....tak sanggup nak cite sini..haihhh..ntah la. Mula2 sebenarnya Daddy ckp Petronas akan hantar staff and wife gi belajar Deutch language kan. So ok lah. Then tiba meniba dia ckp bleh hantar staff je, wife tak bleh sbb fee mahal sgt. Boleh tak?? So Daddy start class in Oct. Then dia rasa aku patut amik jugak sbb elok utk aku bila kat sana. Kira effort sendiri la ni. Bayar sendiri. So aku pun gi kelas mcm biasa. Rata2 org dlm kelas semua student yg nak sambung study kat sana, or org yg dah grad sbb nak keje sana. So bila diaorg tanya aku nape aku amik Deutch, aku ckp la sbb ikut husband nak keje sana...

Then diaorg cite2 pasal visa..Skali......rupa-rupanya...Anyone yg nak sambung study kat sana, or nak apply keje kat sana, or nak kawin dgn org sana, or nak ikut husband posting kat sana, pendek kata nak apply Resident Visa, WAJIB utk amik Deutch Language A1 Level, and tunjuk certificate bila apply visa...WAJIB LULUS. Aku agak terkejut masa tau tu. Sbb Daddy tak ckp apa pun. Coz all this while kitaorg dok pikir Daddy belajar sbb Petronas hantar, aku belajar sbb Daddy rasa bagus utk aku tau...

Bila tanya tutor aku, then check dgn embassy bagai...Yes, memang sahih. Aku kena belajar, lulus dgn cemerlang if nak ikut Daddy gi sana. Daddy? Dia tak payah sbb dia kira di"invite" utk keje di sana. Bkn nak apply keje kat sana. Bila aku tau tu aku dah start serabut dah....Giler2 punya serabut sbb mcm pressure memikirkan boleh ke aku lulus exam bagai nih? if tak pass, tak dpt visa, aku tinggal dgn anak2 kat sini mcm mana plak??? Uwaaaa.....takuttttt...

Hari pertama kelas, clueless abis...walaupun belajar benda basic. Apa nama saya, apa nama awak, awak dari mana, umur berapa etc. Masuk hari ke dua, belajar ABC and 123. Lain yg dia tulis, lain yg dia sebut, lain yg melekat dlm otak aku. hahahaha...Mmg bahasa german ni unik. W dia sebut V. Z dia sebut S. J dia sebut Y. Bayangkan Putrajaya jadi Putrayaya...miahahaha

Hari ke tiga, belajar pasal negara2. Mampuih...masa ni aku mmg dah stress abis. Dah la hari2 balik rumah kul 8pm, Then nak sentuh buku mmg jgn mimpi la. Sah2 balik terus bersilat kemas umah, uruskan bdk2, tidokan diaorg kul 9.30pm, aku pun dah lena skali...Esok paginya nak bgn pg lagi kan..So preparation / revision aku hanyalah 20/30 minit sebelum kelas start..huhuhu

Hari ni hari ke lima. Belajar grammar. Ko bayangkan kalau grammar in English pun sangkut2, ini plak grammar in Deutch???? Aku rasa mcm dah nak terjun tingkap je tadik. Kahkahkah..Tp everytime aku rasa down, aku kuatkan semangat. Aku kena belajar betul2, paham betul2, master betul2, utk dapat visa, and utk bawak anak2 hidup dgn Daddy. Aku tak dpt bayangkan hidup jauh dgn Daddy. Anak2 borak dgn Daddy dlm Skype, Bila Daddy balik Adelia nangis2 takmo sbb tak kenal..Noooo..Nooo...Nooooooooo...Aku takkan biarkan benda tu jadik.

Haihh....so far mmg banyak sgt rintangan kami utk pergi ni. Mula2 ura2 nak gi June, then postpone konon August, then sampai aku dah beranak ckp Jan plak, postpone lagi now dgr2 in March. If postpone lagi tak tau la. Tapi aku percaya, setiap apa terjadi ada hikmahnya..Contoh, if aku pergi June aritu, lepas lahirkan Adelia, aku kena balik KL balik utk amik A1 Deutch course nih. Sampai complete, baru bleh gi sana balik. Sbb ada 2 org budak kelas aku yg terpaksa tinggalkan husband kat sana sbb kena buat kat sini. Dah merayu2 dgn govt nak buat kat sana since diaorg dah sampai sana and dah kawin kat sana. Tapi tatappp diaorg suruh balik and buat kat tmpt asal ko. Haaa..kira nasib gak aku tak gi awal. Kalau tak, naya je kan kena balik semata2 nak belajar kat sini. 

And hikmah nya lagi...aku cuti keje awal. Mmg aku agak terkilan mula2 sbb mcm rugi awal2 dah cuti tapi tak pergi2. Membazir je cuti mcm tu saje. Tp cuba pikir if aku nak kena amik A1 time keje. Hari2 gi class lepas keje, kul 9pm baru abis class. Balik dah penat, esok nak gi keje, mlm gi kelas. Tak ke stress tu? At least time aku tak buat apa skrg, aku focus utk belajar and pastikan aku pass. Sbb belajar language ni bkn mcm amik part time degree ke apa. Stress dia lain nak2 aku ni kejar masa. Abis belajar mid Jan, then end of Jan amik test, dpt result Feb, buat visa gedebak gedebuk, nak siapkan semua before March. Dalam 2 bln ni aku tak boleh ponteng kelas walau sehari pun. Sekali aku ponteng, 4 topics aku missed. Mcm mana nak kejar?? Ya Allah, permudahkan la urusanku, biar la anak2 sihat, takde halangan utk 2 bln ni aku gi kelas. Risau betul if kena cuti ke apa. Kalau bleh Mon-Fri mmg focus utk belajar. Weekend baru bleh berfoya2 dgn anak-anak tercinta..

See...sometimes if plan kita tak menjadi, sbb sebenarnya Allah dah janjikan jalan yg lagi baik utk kita. Yg penting kita percaya apa yg dah di tentukanNya. Accept dgn hati terbuka if benda tak jadi mcm kita nak, and percaya semoga ada yg terbaik menanti in future.. Andaikata bila dah bersusah payah belajar, passed exam, Daddy tiba meniba tak jadi pergi pulak, aku tetap Redha. At least aku dpt ilmu..dpt peluang belajar benda baru. Walaupun mmg teramat2 susah bagi aku....huhuhu..

Rata2 dlm class aku semua ada degree, 2nd degree, Masters, then grad pun in architecture, course pelik2 aku tak pernah dgr, and yg close dgn aku skrg is a doctor!!.. muda gila umur 26thn, baru grad kat Russia, then nak amik Deutch sbb nak keje kat sana. Kerdil tak diri ini?? Seorang ibu beranak dua yg comel....hahaha...

Tapi aku bersyukur..Sbb dpt pengalaman baru, kawan2 baru, belajar benda baru, semuanya baru..bgus utk aku. Takde la org nak pandang sebelah mata je sbb aku hanya ada diploma kan. Sapa suruh degree aku tak abis dulu. Hahaha...Skrg if org nak berlagak dia ada degree aku yg ada diploma je, aku nak tanya "ko pandai ckp German?" Muahahaha..belum apa2 dah nak riak..kahkahkah

InsyaAllah, aku akan cuba yg terbaik utk diri aku, and family tercinta. So far, ramai yg membantu. Especially Dora yg berada nun di Deutchland. Danken Dora!. I tak tau mcm mana nak balas jasa baik u..U bykkk tolong i. Nanti jgn jemu jwb soalan2 i kalau i tak paham k. Hehehe..Thanks a lot!!!!!...

Eh, panjang berjela entry luah perasaan. Muahahaha..Penangan seminggu tak jumpa blog. Ok la nnti ada masa aku update cuti2 Penang and perkembangan anak2. Lamaaa sgt tak tulis pasal anak2 kat sini..

Till then.. Tchuess!.

Nov 14, 2011

3 Months Losing Weight Journey - Result of 3 days Detox Diet - Week 3,PUNAH HARAPAN

Haaa...hambik...sikit punya panjang tajuk..miahahaha

Padan la dengan muka sendiri..Sapa suruh cheat2 kan..
Ceritanya begini..Lepas melantak bagai nak rak hari Jumaat tuh, Gi Hokkaido seafood terbaik di KL tu, walaupun aku agak kelam kabut dgn nak jaga Adelia sambil makan..tetapi aku dgn jayanya telan melantak 3 ekor ketam, 1 pinggan buttered prawn (aku telan dalam 10 ekor kot..miahaha), ikan siakap stim suku, sayur kailan suku (konon order sayur nak kasi balance, tp sentuh suku je..keke), tauhu jepun 3 ketul.

Amacam? takut tak tgk aku makan? huahahahaha...Pastu esoknya kan mlm raya..pagi sabtu tu aku ok lagi bfast dgn cereal ajer...Skali tgh hari ada setan menghasut plak. Nak makan burger di Carl's Junior yg besar, tinggi dan juicy tuh...Nyumm....Mlm tu tido umah MIL kat Cheras, of coz la melantak lagi kan...Itu aku tak igt aku makan apa..haha
Esoknya tu Raya Haji, makanan yg masuk penuh PROTEIN. (konon!!). Daging sesaja aku makan hari tu. Mmg byk sampai sebu2 perut. Then esoknya MIL buat kenduri la plak. Harus la tak berpeluk tubuh je kan..Makan lagi tanpa henti..Haih..

So Selasa tu aku tekad nak buat detox la. Tp entah la...Jahat betul nafsu makan dlm badan ni. Day 1 makan buah, tp aku curi2 makan popiah nestum 4 ketul. Hahaha..Konon kalau cheat sikit2 takpelah..Mlm plak suap Arsyad makan benjo, aku curi2 makan 2 gigit...kekeke
Esoknya hari sayur..tp sbb telur hancur balance benjo Arsyad mlm tadi tu ada lagi..Aku goreng sayur campur skali telur hancur tu. Masalahnya byk sgt la plak. Aku rasa selak telur baru nampak sayur. Hahaha..Takmo membazir la kononnya kan. Hari ke-2 pun aku curi2 amik popiah nestum 3 ketul. Berhantu betul la popiah nestum nih!!!

Hari ke 3 aku agak demoralized. Rasa nak quit, tp pikir syg la plak..Bertahan la sampai ptg..Skali aku gatal2 pi timbang..Hanya turun 0.5kg!!!...2 hari detox turun byk tu je ok!!!..Slalu hari ke 3 aku timbang koman2 dah 2kg turun..Pastu semangat pun lutur lah kan. Terus aku ajak kwn aku gi makan dinner kat Paparich. Makan mee goreng mamak sepinggan, pau kacang 2 ketul, balance mee sup arsyad suku mangkuk. PUAS HATI!
Miahaha..ntah apa2 ntah kan..So seperti di jangka, weekend tu aku naik balik ke berat asal. Berat hari Isnin sebelum aku start detox tu. Dah la dgn Kak Selly buat kenduri cukur jambul, takkan aku nak jamah buah tembikai dgn sayur campur je kan. Pastu hari Ahad kwn2 tersayang dtg rumah aku nak pekena satay..Selamat gak 7 cucuk masuk dlm perut..kekeke

Isnin nak start detox balik, tp aku ada hal kat KLCC plak. Kuar settlekan hal aku, then pikir alang2 dah kuar..mari la kita bergumbira kan...hehe..Aku bfast Meggi Goreng + telur mata, Teh Ais. Mula2 order ayam goreng. Tp dia ckp ayam belum goreng. Selamat...Lunch makan Ben's Cheeseburger, kul 4pm mcm tu order Pavlova kat Ben's. Teringin nak mkn pavlova lama dah..Nasib order Red Velvet Cake lepas lunch tu diaorg lambat hantar. Kwn aku dah bosan tunggu, so cancel je order. Telan air liur je aku tgk waiter tu patah balik masa on the way nak hantar ke meja ktorg sbb kawan aku dah start sound2 manager dia. Hahaha..Nasib baikk..
So smlm ptg aku pun shopping la barang2 detox kat Isetan. Harini start hari pertama. So far belum cheat lagi. Aku dah sorok balang berhantu Popiah Nestum tuh!. Ciss..berdebah betul kan..Then aku berazam nak buat 2 hari BETUL-BETUL sbb Khamis-Sabtu nak bercuti-cuti Malaysia..Yahoooo..Mau ke Penang bersama anak2 tersayang...Aku tgh berfikir2 lagi ni nak pekena Nasi Kandar ke tak nak...hahaha..Sbb so far aku cheat ke, makan mcm badak ke, aku masih belum sentuh nasi. Tapi if ko kat Penang, adalah "berdosa" kalau tak makan Nasi Kandar kan?? Hmmm...tgk la akan di pertimbangkan..hahaha

Best betul baca cite kawan2 yg dah success dgn detox diet nih. Aku gak yg kena betul2 kuat semangat. Mcm dah tersasar sikit aim. Tapi takpelah, aim asal aku nak turun at least 1kg per week, 4kg's per month. So far aku start dari 17th Oct aritu aku dah turun 4kg. So sampai Khamis ni if maintain 4kg's tu..kira aku meet target la kan. Cuma if aku tak cheat, tak belasah makan kalau tak detox, lagi bagus..mungkin lagi byk turun kan..
Starting next week aku dh start kelas bahasa German kat KLCC. Kelas start kul 10.00am-1.00pm. Mcm sedih sket nak letak si dobot kat school. Dah biasa dgn dia hari2 kan. Tp takpe, 2 bln jer. Lepas tu dobot akan kembali ke pangkuan Mummy!!!..hehehe..So dgn itu aku nak amik kesempatan. Aku gi KLCC dgn Daddy, bfast dgn dia..Then aku JALAN KAKI dari KLCC ke Wisma See Hoy Chan (Sebelah US Embassy, Jln Tun Razak). Aku tgk kat google maps dalam 3km, amik masa dlm 28min jalan kaki....Kalau ikut jalan aku, mmg 45min la kot. Jalan 5 min, duduk rehat..Jalan 5 min, duduk makan...hahaha..

Aku pikir benda tu free workout kan. Dari nak drive pastu kena parking RM6 for 3 hours, or nak naik LRT pastu menapak gak dari Ampang Park station, sama je..Baik aku biasakan jalan kaki hari2. Harap2 bertahan lah.
Then lepas class aku lunch dgn kawan2 tercinta kat KLCC, elok je diaorg masuk keje kul 2pm, aku pun nak masuk gym. Hehehe..Buat la apa2 kat situ, sambil menunggu Daddy abis keje kul 6-7pm. Byk benda boleh buat. Harap2 aku buat benda yg berfaedah dan tak curi2 tido dlm sauna..Miahahaha

Penuh la blog ni dgn entry kuruskan badan..Selagi tak kurus badan ni kan..Hahaha..Smlm niat di hati nak beli seluar kat Dorothy Perkins. Aku mmg suka DP ni sbb kena dgn cutting aku. Pinggang kecik, punggung Ya Ampun!!!..hahaha..So far smlm aku masuk size 16. SIZE 16 ok!!!!..dulu pakai size 10/12..huwaaa... takpe..pelan2 ok..pelan2..akan aku pastikan aku masuk gak size 10 or 12 next year!!!.

Ini la pavlova idaman kalbu yg aku makan smlm. Besar gak. Makan sorang2. Habis. Sedap. Puas hati. Hahaha...To kwn2 yg tgh bergiat men"detox" kan diri..Syabas..mari la kita sama2 kuatkan semangat...Nnti update la progress masing2 k. Buat pembakar smangat utk aku jugak...

:: Ben's Pavlova:

Nak Nasi Kandar ke tak nak....nak Nasi Kandar ke tak nak...nak Nasi Kandar ke tak nak..
::  UWAAAAAAA::

 

Nov 4, 2011

Happy 4th Anniversary!!!!!

Daddy memang tak reti romantic dgn aku

Org yg kenal dia semua tau dia jenis serious,muka garang,cakap bila perlu je. Tak la tergedik2 tak tentu masa mcm bini dia ni.

Hari jadi aku,hari jadi anak2,hari anniversary,dia jaranggggg nak igt

Tapi......

Dia adalah suami terbaik....daddy terhebat utk aku Dan anak2

Kami dah kenal 8thn, kawin 4 thn....Alhamdulillah....

Jauh lagi perjalanan...banyak lagi ujian hidup....berat and bertambah lagi tanggungjwb kami....

Semoga cinta Dan kasih sayanng ini...semakin kuat,Jodoh kami berkekalan hingga akhir
hayat. InsyaAllah-

Happy Anniversary Daddy....I luv u so much!!

P/s: tk dpt buat entry panjang and jiwang sikit sbb update guna iPad.

Pps: Dengan ini aku membatalkan niat nak detox Day 4 sbb daddy ajak g mkn seafood. Yahooooooooooooooooo....hahahaha.

Nov 3, 2011

3 Months Losing Weight Journey - Result of 3 days Detox Diet - Week 2

Apa macam kawan2 yg buat detox diet so far??? meh la share result korang kat sini. boleh membakar semangat kwn2 lain jugak kan...hehehe..

Aku so far lepas buat on 18, 19, 20th Oct 2011  aritu, then tak buat2 lagi dah. Sbb nya byk sgt acara makan2 yg tak boleh aku tinggalkan..hahahaha. Lagipun asyik failed sbb gagal mencari buah tembikai. Memang buah tembikai ni ikut musim ke? tak tau plak aku selama nih. Kalau takde tembikai pun boleh buat, cuma aku tak kuat. Aku lagi rasa segar if Day 1 tu consume tembikai byk. Sbb mcm ada extra energy je. 

Then Isnin lepas, 31st Oct, aku try gak buat detox berbekalkan Epal+Pear+Orange. Tp tak berjaya. Maybe sbb buah2 tu bkn jenis "watery" so rasa mcm tak cukup air dlm badan walaupun aku bantai minum air 3L satu hari. Mlm tu aku suruh Daddy belikan meehoon goreng ayam satupppp!!!!..hahahaha

Pastu aku ckp kat daddy, "kalau dia free", belikan aku buah2an nak diet. Kasihanilah isterimu ini...kekeke..Skali dia balik, punyalah byk stock dia beli. Tembikai satu bijik besar. Aku potong2 dpt dlm 6 bekas!!..Betik sebijik, Pear, and Epal. Sayur mayur pun meriah bermacam2 jenis. Ish, sayang Daddy!!..dia mmg bab2 ni mmg menyokong bini dia ni habis-habisan!!..Thank you eh daddy, i janji i akan usaha sebaik mungkin walaupun nak dpt figure mcm u jumpa i mula2 dulu agak imposible..hahaha..kurus sket pun jadi la kan..

Then aku pun start hari Selasa, 1st Nov sampai Rabu 3rd Nov. Aku kan mmg jenis nak buat 3 hari jer. Sbb aku takmo paksa2 bdn sangat (padahal mmg malas and tak tahan craving!!). Tp bila tgk stock, Daddy ada beli pisang satu ikat. (kantoi daddy tau psl diet ni sbb takkan dia beli pisang kan? kekeke). Then tgk stock ada gak susu satu kotak besar. Aku nak try Day 4 plak la. Tak pernah try lagik. If ok, aku continue. If tak ok, malam kang "Daddy...burger special satuppppp". hahahaha..

Aku tak boleh nak timbang berat terkini sbb weight scale aku battery abis..Ha ko....sampai abis battery dok la timbang berat tak abis2 kan..haha..Ke dia dah tak mampu nak tampung berat badan aku?? kekeke...So aku pun fikir2, dari tunggu nak beli battery baru, aku nak ukur badan aku lah. Sbb setengah org buat diet, turun berat sahaja. In term of inches, stilllll kena workout utk toning balik kan. Mari kita tgk dgn detox diet semata, 3 hari seminggu, kecik sikit tak badan aku....Note: aku mmg belum start workout. Aritu baru skipping 10 min dah mintak nyawa. So aku surrender. hahaha..This week nak cari platform utk buat Body Step. Sbb aku suka workout Body Step nih. Ini je cara utk aku kecikkan sket bahagian punggung and peha. Cara lain takde dahhh..

Kalau korang refer posting lama yg aku amik ukuran badan tu, korang akan nampak sama perubahannya....
1.  Peha
     Measurement as at 21st Oct 2011 = 71 cm @ 28 inches
     Measurement today as at 4th Nov 2011 - 70cm @ 27.6inches
     Note: mmg aku agak part peha jgn harap la nak turun byk kan...hehehe

2. Hips
     Measurement as at 21st Oct 2011 = 117cm @ 46.1 inches
     Measurement today as at 4th Nov 2011 - 114cm @ 44.9inches
     Note:Turun hampir 2 inches...byk tu tau....hehehe

3.  Pinggang
     Measurement as at 21st Oct 2011 = 90 cm @ 35.4 inches
     Measurement today as at 4th Nov 2011 - 80cm @ 31.5inches
     Note: 4 inches turun????? SPEECHLESS!!!.

:: Peha::

:: My HIPS don't lie ::

:: Pinggang::

Haihh..lega yg teramat sgt..sbb akhirnya aku jumpa balik pinggang aku yg dah sekian lama menghilangkan diri..hahahaha....

So kwn2, rasa TERBAKAR tak?? nak sangat aku buat entry membakar semangat kan??? Come on...Aku pun tak sekuat mana..Nak diet2 ni aku pun letihhh..Sbb nafsu makan aku mmg mcm jin. Ko tanya la family and kwn2 rapat aku. Mmg aku jenis makan byk. Gila makan. So tiba2 nak diet mcm ni, of coz la semangat tu hari2 luntur kan. Nak kumpul kekuatan bkn senang. Tp aku skrg bersemangat sbb tgk resultnya. Ni belum aku start exercise. Buat kardio setengah jam, toning sentengah jam, 3x je seminggu. Cukup. Aku percaya, in 3 months, aku bleh dptkan balik berat and figure yg aku nak. Let say aku tak bejaya dpt tepat2, sipi2 pun jadi lah. Dari tak buat langsung kan???

So aku nak tulis kat sini..my aim in terms of weight and inches to aku capai in 3 months, yakni pada 19 January 2012. Sbb aku start aritu 19 Oct kan?? Genap2 3 bln..kita tgk aku capai tak all these numbers:

Berat ideal = 65kg
Berat yg aku nak = 60kg (slightly bawah ideal weight sbb aku nak sampai "maintaining weight)

Measurement

Pinggang = 26inches ( 5 more inches to go!!)
Hips = 38 inches ( aku mmg takkan kecik lagi dari ini. hehe..7 inches to go!!)
Peha = 22inches ( punnn..takkan kecik lagi dari ni..mmg jenis bawah besar..keke) = 5 inches to go!!)

Korang rasa mcm mana?? Achiveable tak??? Sila percaya pada diri sendiri...Jgn rasa mudah mengalah dgn senang. Beauty is Pain..Chewahhh..mcm la aku chantek sgt kan?? haha..

Lagi satu, aku rasa lagi bagus kalau korang gi kat mana2 Fitness Center or Tmpt jual alat2 sukan, measure korang punya BMI, Body Fat %, Water %, etc dlm badan. Lagi specific. Sbb kita bkn saja nak kurus, kita jugak nak SIHAT. If kurus tapi Body Fat lebih dari yg sepatutnya, tak guna kan??? Aku gi Jusco aritu dah amik..Tp terlupa aku campak mana..Yg aku tau, BMI aku skrg dlm 26.8. Sepatutnya tak lebih dari 25. Aku category SLIGHTLY OVERWEIGHT. Tp aku nak aim BMI 20. Baru betul2 rasa ringan badan and sihat. 

Aku ada satu lagi gambar..Mula2 malu nak letak. Tp nak bakar semangat kwn2 punya pasal, aku letak la yer..kekeke..Tp menyesal aku tak letak gambar sebelum. Biar korang tgk betapa gendutnya aku. Eh, bleh tgk kat gambar Cukur Jambul Adelia kan. Besar tak? Takut tak? kahkahkah...Ok ni aku snap pagi ni..Takmo letak muka..Maluuuuuu (lempangg skali!!)


:: See..bahagian pinggang ke bawah amatlah besar...peha tu ada extra "wings" yg amat2 degil skali..tp sukaaa..sbb dah jumpa pinggang.....kekeke::

Aku plan, nak buat detox 3hari seminggu. If aku larat and takde acara makan2 la kan..kekeke...Hrp2 kuat la menghadapinya...Ada yg ckp aku senang buat sbb duk umah. Wei..aku rasa lagi tercabar tau. Sbb ko dok umah, rasa nak kunyahhh je kan. Junk Food boleh tahan byk kat rumah ni. Kang aku tak kuat semangat, dgn selamba je aku kunyah biskut2 and cekelat2 Arsyad kan..sama gak...

InsyaAllah, aku akan update Every Friday. Sbb aku buat detox Mon-Wed. Or mybe aku lajakkan ke Thurs kalau aku kuat. So Fri kita tgk ada effect ke tak...
Semoga dgn entry ni semangat korang lagi berkobar2...Chaiyokkkk..Dah, aku nak telan pisang ke-3. Dah rasa mcm monyet plak mkn pisang+susu jer..hahahaha
 





Budak Dobot Saya..

Cik kak sorang nih so far alhamdulillah..senang nak handle..Bulan pertama, senang bangetttt..Masuk 2 bln..dia ada angin2 sket kadang2. hehehe..Ikut perangai abg dia, suka tido atas bahu aku..Tp aku lagi pandaii...Time abg dia, aku tidokan goyang2kan bahu aku (dodoikan dia ler), sambil tepuk2 punggung dia and nyanyi2 lagu selawat. Abg dia dulu sejam buat gitu baru tido okeh!!!..Tp khas utk cik kak Adelia, mummy tak goyang langsung bahu..takmo lenguh..mummy biasakan tepuk2 punggung je. If cukup 10 min dia tkmo tido, mummy letak je dia and sambung buat keje..miahahaha

Hari2 dgn dia rasa bahagia sgt2..Eh, sapa tak bahagia tgk anak membesar dpn mata kan?? Walaupun aku tercuti awal, and kami tak pergi2 lagi..tp aku rasa ada hikmahnya semua  ni. Mybe Allah nak aku biasakan hidup sebagai surirumah tangga sampai aku pandai, baru gi sana. Kot tak aku meroyan kat sana kangg..sapa nak tanggung?? hehehe..Sesungguhnya dduk di rumah sepenuh masa bkn keje mudah ok. Sometimes takde time nak rest pun. Dpt mandi sekali sehari pun syukur rahmat..hahaha..



Slalu aku dgn Adelia nih, routine kami berubah2. Kdg2 dia bgn awal, kdg2 dia bgn lewat. Tp lately dia mmg bgn pukul 7am. Then bg susu, main2 sampai kul 10am. Iyer..dia suka bgn and main gelak2..Tak boleh duduk sorang2 sgt. If duduk sorang2 pun max setengah jam..Pstu jd Uwekk..Atek..Utuk..bunyi2-an panggil aku..hehe..Then kul 10am mandikan dia wangi2, kasi susu lagik, dia pun tido. Time tu la aku nak bfast ke, mengemas ke, basuh baju ke, buat la cpt2 sblm dia bgn kul 1pm plak utk susu lagi. Lepas susu, kdg2 dia tido, kdg2 tak tido. If tak tido, merasalah aku lunch kul 4pm. Hehehe..If dia tdo, leh aku masak lunch plak. Pastu bgn susu lagi kul 4pm. Ptg biasalah aktiviti aku lipat baju, gosok baju, tgk tv kejap, or online. Sbb ptg biasanya dia tido nyenyak sket. If tgh hari or pagi kejap2 dia berbunyik gak.

Dah kasi susu kul 4pm, aku pun buat la keje apa patut. Then susu lagi kul 7pm. Masa ni best kasi dia susu. Bleh layan drama Soffiya skali. hahaha...Pastu kasi mandi, Kdg2 mandi kul 6 lebih..Tp sbb dia tido, kesian plak aku nak kejut. Ada satu kali tu aku mandikan dia, tp dia still nyenyak tido..Ko mampu??? miahaha...Lepas dah susu kul 7pm tu. Kdg2 dia main2 lg sambil tunggu abg and Daddy balik kul 8pm. Kdg2 dia tido...



Aku plak, bila Daddy and Abg dah balik, main2 plak dgn Abg..And borak2 dgn Daddy..Smpi kul 10pm, diaorg masuk tido..Aku kasi last susu kat Adelia sebelum aku pun tido...Pastu mlm dia bgn skali kul 1am or 2am..Pastu next susu 4am or sebelum subuh..Aku kengkonon berazam if dia susu sebelum subuh, then aku terus bgn. Lepas subuh takmo tido balik. Hareammmmmm...hehehe..Berat je mata aku nak bukak. So aku tido balik, bgn dgn dia kul 7am utk susu seterusnya...

Haaa..mmg la org tgk dia makin lama makin mcm kena botox pipi tu. Sbb keje dia minum susu, tido,mnum susu, main kejap, tido, minum susu, tdo...Dah itu je aktiviti budak umur 2bln..Takkan ko nak suruh dia lumba lari satu umah kot..Hahaha...



Aku belum dpt lesen nak bawak dia keluar jalan2. Anak dara kena jaga lebih sket Daddy dia ckp. Kekeke..Tgu la dia besar sket,...haaa..lagi la hari2 naik turun shopping complex kan syg...Duk rumah je boring..Marilah kita keluar melihat dunia....hahaha

Ok la ni gambar2 Adelia yg hari2 aku snap..Aku adalah gila snap gambar anak-anak..Tak tau penyakit apa..Hehehe..


:: Hari dia di botakkan..relekkk je..::

 
:: Muka tension kena flash camera..miahaha::     
:: Tido mcm la baru balik keje contract..hehehe::
:: Gerammmmmmm:: 
:: Nak gi check up..sila tgk tgn saya yg mcm michellin tu..kekeke::
:: Muka gerun ke cemana ntah..::
::Berat @ 2 months...Syabas Adik..hehe..ni pun baru lepas muntah sebotol susu..kalau takkk....::
:: Kena cucuk!!!..Si Arsyad gerun betul tgk gambar nih..::
:: Siap berlinang air mata tak tahan...::
:: Bila pagi2 dia akan bergelak ketawa begini...sejukkk hati mummy::

:: Pastu buat muka mcm ni..mau tak kena geget!!!::

::Gambar freshhh hari ini..muka tahan ngantuk::

:: Ini la gaya dia tido hari2...bahu mummy lagi besttt dari tilam..::

:: Ni tido kalau dah penat main...Mulut mcm itik kan?? hahaha::
:: Size dia pakai skrg. Itupun muat2..Lagi sebulan dua tukar size lagik. Kalau baju Miki Kids, dia pakai size 12-18months. hahahaha::

Bolattt sgt ke anak dara aku?? hahaha..lagiiiii mau tanyaaa..takpe, kang dah besar, dah active, dia susut la sket kan...Bila dah botak ni mmg rupa dia photostat mcm abg dia..Nnti aku letak gambar2 comparison dua2 org tuh. Muka mmg saling tak tumpah!. Aku ckp kembar jarak 2 thn..hahaha..

Alhamdulillah, aku bahagia sgt2 dgn life aku skrg. Duduk rumah jaga Adelia, InsyaAllah bln March baru kami berangkat. Sementara tu aku pesiapkan la diri kan. Kena pandai  masak, pandai buat keje rumah cepat2, tau mcm mana nak didik anak kat rumah. Takkan anak2 duduk dgn aku begitu je..main je hari2..tkmo la kan. InsyaAllah if ada rezeki kami akan cari gak skolah utk Arsyad kat sana. Elok utk dia. Walaupun mula2 akan jadi la ayam ckp dgn itik kan..hahaha..Tp takpe, budak kan cepat belajar. Skali dia lagi pandai dr aku nanti..hehehe
Ok lah Adelia dah panggil utk susu yg seterusnya..Jaga dia senang banget, tp awas, ko jgn lambat bagi dia susu..Amukan dia nanti..Tgk badan la beb...hahaha
 

Majlis Cukur Jambul Amina Adelia - 8 Oct 2011

Lamanyaaaaaaaaaaa tak update blog..hehehe..bz ler...and malas pun ada..org semua ingat aku surirumah sepenuh masa ni dok umah byk sgt free time. Huii..malas nak cite ok mcm2 keje lagi byk kat rumah nih..

Ok takmo bebel panjang..nak letak kat sini gambar2 masa Majlis Cukur Jambul Amina Adelia. Tuan puteri bam-bam saya tuh. Miahaha...Serious semakin bambam plak aku tgh budak kecik ni. Abg dia lagi hampeh, suruh dia diet!. kahkahkah..Semua org dok tanya kasi mkn apa...Gila ke nak kasi Nasi goreng kampung kat budak umur 2 bln nih?? kekeke...Nanti la rajin2 aku update pasal dia..

Ok majlis nih aku yg plan and handle seorang diri. sob..sob..sob..Mengenangkan Daddy teramatlah sibuk skali masa tu. Aku suruh dia 2 benda je. Jemput jiran-jiran tetangga (takkan aku plak yg nk gi rumah ke rumah menjemput..mcm tak manis), and beli kelapa sebijik utk majlis potong rambut tu. So dengan berjayanya dia jemput jiran2 mlm sebelum majlis bermula...hehehe..Itupun dia tnya aku eh, majlis cukur jambul ni esok kan?? Uiiii...panas gak hati nieh..hahaha..Pstu kelapa mmg la terlupa sampai saat2 nak potong rambut tuan puteri. Elok sampai org ke -5 potong rambut Adelia baru dia smpi dengan buah kelapa sebijik. Lawak gila masa tu kan Kak Ila??

Org dok tnya nape aku over nak amik phtog bagai..Hmm..bagi aku, majlis2 mcm ni sangat istimewa. Mmg la kita bleh amik gambar sndiri. Tapi tak secantik Org Ni amik...Pastu bila dah bz, kang camera ke mana, kita ke mana..pastu if amik pun, bila tahun nak cuci? If amik Kak Ila, dah la harga murah sgt2...dapat gambar cantik2, siap edit2 semua, siap cuci letak dlm album cantik2...haaa..PUAS HATI SGT2...TQ AGAIN KAK ILA..

OK tkmo bebel byk..layan je la gambar yg maha byk ni yer..

 :: Pelamin "panten":

 :: Cover Album::


 :: Tgn sapa la suci murni menadah tangan berdoa nih..heheheee::

 :: Group Marhaban..Muat-muat je..rumah kecik..huhu..::


 :: Bukan Ustaz Shauki yer..miahaha..Si abang..::

 :: Acara cukur jambul...::


 :: Abang kalau kasi spoilt gambar..no 1 laaa::


 :: Tuan Puteri dlm Buaian..::


 :: Tak sure dia nak nangis ke nak menguap..::


 :: Muka berkerut ikut bakat Daddy..miahahahaha::

 :: Suka laga2 hidung dgn dia..sbb hidung kami sama2 kemek..hehe::


 :: Muka mummy selebar dulang..lantaklah..::


 :: Kasut pengantin...::



 :: Doorgift utk tetamu..tapi tak cukuppp..huhu::


 :: Kaki tombam..::


 :: Sorry la gambar tunggang tebalik..Gmbr cukur jambul sebelum kelapa sampai..::


 :: Ini kelapa dgn tukang beli kelapa akhirnya sampai..hahaha;:


 :: Si abg mmg manja...Agak2 mummy asyik kiss adik je..dia pun mintak kiss jgak..::


 :: Keluarga kecil kami..Alhamdulillah..::


 :: Aku tak sure nape si Arsyad posing mcm tu..hehehe::


 :: Semoga kami bahagia ke akhir hayat...InsyaAllah..::


 :: Tak tau nape gambar ni terpusing..korang pusing la kepala korang yer..hahaha..Cinta Hati Kami..Amina Adelia::

Overall, aku sgt2 puas hati dgn majlis yg sederhana ni. Org pun ramai dtg..Hari pun tak hujan...Food cukup2, Goodie bags tak cukup sbb aku prepare 60 jer..hehehe...Adelia behave sgt walaupun dari sorang ke sorang dok pegang dia. Abg Arsyad spt biasa battery tak abis2..Dari pagi sampai mlm dok melompat, tukar baju 3x..Tapi nasib tak pecahkan apa2..Itu lagi penting..Mummy penat sgt2, walaupun tak masak..Hahaha..Ye la kali ni order catering je senang. Dulu Time Arsyad MIl aku masak, tp sah2 aku kena prepare kt sini, kena tambah apa patut, kena basuh bekas2 dia, patah pinggang wooo..Kali ni oder catering dgn 2 org waiters, senang aku main tunjuk2 je...Dok layan tetamu je dari pagi sampai ptg..hehehe..
Thanks again yer Kak Ila sbb hasil gambar2 yg sangat Da'Bomb!. Kwn2 yg nak buat majlis hari jadi ke, cukur jambul ke, amik la Kak Ila..sangat2 highly recommended!!!...Utk wedding bleh gak kan kak? cuma charge dia lain sket laa...

Tak sabar plak nak plan Cukur Jambul utk anak seterusnya..Eh!..hahaha..Tinggi gila cita-cita!!!