Pages

Sep 11, 2011

Drama Si Abang...

Sekarang ni paling menyesakkan dada aku adalah "Drama si Abang Arsyad.." Masa mula2 dapat adik dulu..dia tak heran sgt..aku pun tak tau nape. dulu masa adik dlm perut beriya ckp tak sabar nak tgk baby bagai,.bila dia ikut gi check up pun..siap cium2 gambar scan adik tu..tp pelan2...dia dah mula tunjuk belang okeh...mula2 ingat saja je la perangai nakal dia nak kacau baby kan...sampai la smlm, baru terkeluar apa yg dia pendam selama nih..

Dari hari pertama ada Adelia..dia kiss2 mcm biasa..Tapi seminit dua je then dia main la balik. Nak2 time tu Raya, ramai cousin2 dia kat sini so dia ramai kawan tak heran la dia dgn adik dia ni kan...Bila semua dah balik rumah masing2, dia kena g school..dia agak memberontak sket...Mlm if dia balik je adaaaa je benda dia nak buat kat adik dia. Maybe sbb dia bosan takde kawan, and dia curious kan apa dia boleh buat kat budak kecik nih..
Masuk minggu ke-2, dia dah melampau sgt. Tarik rambut adik, penampar adik, tarik tgn, lompat atas adik (yg ini sangat la seriau sbb jadi betul2 dpn ktorg...nasib la dia lepas masa lompat tu), gigit adik..pastu if dia dtg dia ckp nak kiss, aku pun kasi la kan. Takkan nak larang plak. Tp ckp la kiss adik pelan2..mula2 mmg slow2 je dia kiss, pastu dia leh tonyoh muka dia tu kat muka budak kecik umur 14 hari nih. Mau budak tu tak menjerit. Sampai merah2 muka adik dia..

And setiap kali dia buat adik tu confirm la dapat habuan dari Daddy kan. Sbb bila dah warning dua tiga kali,tak paham2 gak, terpaksa la guna cara lain. Dia pun dah 2thn lebih, dia dah paham apa itu punishment. Kalau dok nak tegur baik2 je..sampai umur 17thn nnti perangai mcm tu je plak kan...And bila dia dpt habuan tu..kejap je la baik nya..lepas 10 min buat balik. If ada dia kat rumah ni, Adelia kena sentiasa org jaga or pegang. Kang tau2 jerit je budak kecik ni kena buat ngan abang dia..
Ultimate case smlm lah...Daddy kena msuk office sbb ada keje nak buat. So aku kena jaga budak berdua ni sorang dari pagi sampai mlm. Mmg ada MIL aku tp dia pun bz nak buat keje rumah semua kan. Bgn pg, Abang nak makan, adik pun nak susu. Then ckp kat abang kejap yer, mummy kasi adik susu dulu. Terus dia nangis...Ok Fine, aku mintak MIL je kasi dia susu, and aku suap abg dia bfast...Tp jenuh nak tunggu dia abis mee goreng separuh pinggan tu tau. Mcm saja je nak makan lambat2 takmo kasi aku layan adik plak..

Lepas makan dia nak mandi. Nak mummy je mandikan..ok la gagah gak la aku nak layan budak ni 15 min dlm bilik air. Siap kena cangkung2 sbb nk sabun and gosok2 badan dia. Harap tak tetas la jahitan aku tu kan..hahaha...Lepas mandi nak tgk tv dgn mummy..adik ni nangis2 dah nak susu nih..Harus ke aku nak layan budak besar tu lagi? tak la kan..aku suruh dia tgk tv sambil aku bagi adik susu. Tp dia nangis2 nak duduk atas riba aku skali...apakah????

Of coz la aku tak layan kan..kang lagi di layan..lagi naik lemak plak. Aku buat derk je mcm tak dengar dia nangis..kasi adik susu..dia pun tendang2 la aku and adik..sikitttt lagi nak kena kepala adik. Of coz se-dass aku bagi dia..hahaha..Dah penat nangis, dia nak makan nasi plak. Ok la since adik dah susu boleh la layan dia makan nasi plak kan..Ajak la dia mkn jauh2 sket dari adik. Elok je suapan yg ke 5, dia berlari gi kat adik, and tiba2 rebah dekatttt sgt dgn adik. Kira kepala dia tu ada la lagi setengah inci nak berdentum dgn kepala adik dia..

Mummy dia apa lagi kan..jadi tarzan la..aku pun tak sedar aku gi angkat dia yg 14.8kg tu, terus letak dia atas sofa..cubit2 dia sepuas hati...Ikut kan aku baru 2 minggu beranak mana la boleh angkat berat2 kan. Tp tak tahan dah masa tu nak tarik dia jauh dari adik. Pastu nenek dia pun geram...Bawak dia keluar, suruh lori yg dok lalu2 nak angkut suratkhabar lama tu angkut dia skali...hahaha..Sbb sblm tu kebetulan time dia buat perangai lori tu lalu. Atuk dia jerit lori tu bleh berhenti then tanya kenapa? hahaha..Terus dia percaya lori tu akan angkut budak2 nakal. Nangis2 beria dia masa tu. Tersedu sedan..

Masuk je dalam terus dia luahkan perasaan...Mcm2 dia ckp...ooo..rupanya ko pendam perasaan..ko tak suka adik sbb ingat mummy syg adik je...nape tak ckp awal2? nape nak kena buat perangai lepaskan kat adik??..Ini la antara statement dia luahkan tu..

"Semua org marah abang...Mummy pun marah abang..Mummy sayang adik je.."
"Ni Mummy abang la..Adik pergi la kat mummy adik kat hospital tuu...."
"Nanti balik kajang jgn bawak adik..Biar adik tinggal dgn nenek kat Cheras..Abang nak Daddy dgn Mummy je.."
"Mummy jangan pegang adik...pegang abang je.."

Mcm2 la dia ckp smbil sendu sedan tu..kitaorg pun mcm..oooo...ini rupanya yg dia pikir selama ni..patut la mcm meroyan semacam nak balas dendam kat adik..terasa mummy kena rampas sebenarnya..hahaha..

Sbb dia mmg giler manja dgn aku kan. Aku pun tak sedar igt tkde la dia terasa ke apa. Sbb adik dia ni mmg terletak je tak pernah aku dukung2 pun. pegang adik time bagi susu, mandi, salin pampers jer. Then letakkk je la adik tu even tho time adik berjaga pun. And aku mmg manjakan dia spt biasa. Tp if dia buat adik tu, of coz la kau marah and kasi habuan kan. Mybe dia terasa tang tu la kot. Dulu if aku marah and pukul sbb perangai dia semata. Now kena marah and pukul sbb adik. Bengang la itu abang besar kan..hahaha

So kena control2 skrg..If dia buat adik pun..kena control2 sket bab punishment sbb takmo dia rasa adik penyebab dia kena pukul. Masa aku tidokan dia smlm aku explain slow2. Ckp kat dia Allah kasi adik kat kita utk kita sayang, kita jaga..Bkn utk kita marah, kita buat adik. Nanti Allah marah kita mcm mana? Then dia senyap je. Pastu explain kat dia kena kongsi mummy..mcm org lain jugak...semua org ada satu mummy je..pastu abg, adik, kakak dia kongsi sama2...Pun Arsyad diam je...hehehe..slow2 explain la harap2 dia paham..

Ni ada gambar aku captured satu mlm tu bila aku perati je apa dia nak buat kat adik. Of coz aku duduk dekat dgn diaorg masa tu. If nampak keadaan memerlukan rescue mummy, dgn tangkas aku sambar adik dia..hahaha..Tgk la sndiri perangai cantik si abang nih..haihhh


:: Mula2 kita nyorok dulu..Mcm mummy tak nampak si tembam di balik langsir..hahaha::

 :: Cakk Adik....dia jerit kat adik smpi terperanjat itu kicik..:


 :: Adik..naik2 kan la tgn ni..Merdeka..Merdeka...(serious itu la yg dia ckp sbb kebetulan ada iklan merdeka kat tv..) Tgk muka adik dia..Terseksa okeh..haha::


 :: "Tinggi lagi la adik..ala..adik ni malash laa"....Tgk kesengsaraan terpancar kat muka adik dia..hahaha::


:: Bila mummy jerit "Daddy..tgk abg nih.." Terus dia buat2 tido...then dia ckp abg tido...tak kacau punnn..tp korang tgk la tgn dia tu kat mana...haihhh::

Aku tau semua org ada pengalaman gini kan..hehehe..tp tgk la cara kita handle. Aku masih lagi belajar..and buat research mcm mana nak kasi si Abang accept adik without dia rasa tersisih. Benda ni bkn boleh buat in one day. Bkn boleh buat sekelip mata. Dia belajar, kita as parents pun belajar. Supaya dia takde la nak kena marah and perhambat hari2, kita pun tak sakit tekak jerit2 setiap masa. Masa aku jerit2 satu hari tu, mlm tu terus demam okeh. Aku ingat eh,bentan ke aku nih sbb dlm pantang dok jerit2 kan..haha..Telan panadol, tido, nasib tak demam. Haihh la abang..Mummy faham perasaan abang..kita slow2 yer..Yg penting..semua org sayang abang..semua org sayang adik...

Hari ni dah lega sbb Isnin so abang dah gi school balik...Masuk weekend nnti start la balik pitching tinggi semua org dlm rumah nih...miahahaha
 

7 comments:

dieya said... [Reply to comment]

alahai acad.. jeles ngan adik ye..

zu, u remember foong li? dia anak bongsu, ada 2 abg. of course laa parents sayang kan, after 2 boys then dpt girl. supaya abg2 dia tak jeles, on the day her mum brought her back from hospital, her mum bawa skali danish butter cookies. pasal her bros suka makan danish butter cookies. then bagi tau her bros "this is a gift from the baby to you.."

u try laa bg acad toys ke.. CD upin ipin ke.. kata adik yg bagi. mau tau jadik taktik ni ;-)

AdanyaKauUntukku said... [Reply to comment]

Acad jeles ngan Adik ye
tak pe lah Zu
slow- slow
ye lah..dulu mummy ngan daddy belek dia sorang..
skrang mummmy dok belek adik je
abang jeles ok..
budak-budak
dia tak tunjuk dia jeles
tapi perasaan dia...
semestinya jeles

sikit-sikit
tak lama lagik ok lah tuuu

mama4A's said... [Reply to comment]

huhu.. cian arsyad ek..
teringat masa dpt aina dulu... aliyah nya perangai mmg menguji kesabaran.. mmg sama la.. dh mcm tk berpantang sbb asik kena dukung dia aje... mujur bila dpt aisya aina aliyah dh besar.. tp berdebar gak nie nk kuar yg sorang ni.. cmner la agaknya aisya nanti..

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Nadiah,

ramai org advise gitu gak..ok la nanti i try yer..takut kang abg dia ckp "eleh mummy tipu..adik kecik lagi mana tau beli hadiah??" hahaha..harap2 dia termakan la dgn cara mcm ni..tak larat nak layan drama dia hari2..

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Tu lah kak ila..rupanya dia jeles dgn adik. tu yg mcm2 dia try buat tu. nak dpt attention gak..haihhh..biaslah abg sulung mmg akan terasa mcm ni kan..

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Selly,

a ah mama pun ckp sebijik perangai aliyah masa dpt aina dulu. Cuma zu kurang sket sbb leh hantar arsyad school weekdays. Time aliyah dulu 24jam kena melayan dia mau tak penat kan..hehe..kita tgk apa pulak drama si aisya nanti..kekekeke

qemaishak said... [Reply to comment]

mungkin dia bosan kak, main ngan adik xde respon, tgu adik besar sikit suka la tu hehe