Ada lagi sambungan dari entry sebelum nih..hehe.Ye la slalu org cerita pasal pengalaman dalam labor room je kan? Jarang org cerita pasal "cabaran selepas bertarung tuh". Lain org lain la pengalaman dia. Lain pregnancy pun lain experience kan.
Lepas je selamat Adelia keluar, Daddy pun dah settled azan/iqamat kan dia (tak pasti aku kalau baby girl iqamat je ke, azan skali. Ada kwn daddy ckp azan and iqamat skali. so we all buat je dua2. hehe), then Daddy pun nak balik lah nak settlekan uri apa semua kan..Aku plak masih lemah. Nurse kesian tgk aku, terus kasi aku makan. Ko tau lauk apa?..Nasi lauk AYAM RENDANG okeh..so aku dah raya awal2 dlm labor room..hahaha
Aku tak ingat dah nak pantang ke apa..aku bedal je lah. Tiba2 kepala rasa pening gila. Berpusing2. Then aku rasa nak muntah plak. Elok je abis suapan yg terakhir, terus aku keluarkan semua isi perut. Cuba korang bygkan dgn sakit kat bawah baru lepas jahit, perut pun masih sakit sbb saki baki contractions, tiba2 muntah sampai cramp2 perut tu. Sakit giler lah masa tu. Meleleh gak airmata ni. Time beranak tak leleh, time muntah plak leleh. hahaha..
Nurse ckp kesan epidural nih.. Oh nak cite pasal epidural gak. Org ckp "Ko boleh la beranak slalu, sbb amik epidural. bkn rasa sakit punnn.." eh, rasa nak jahit2 je mulut org ckp gitu. Ada plak yg ckp "Eleh..tak hebat la amik epidural...tak sakit..biar la beranak natural, baru betul2 berjuang.."..Hmm..senteng betul otak org2 gini kan..Ckp mcm dia tu pernah je amik epidural nih. Ko ingat tak sakit ke kena cucuk kat tulang belakang? For your info, Epidural ni ada mcm2. Ada yg doc bagi full dose and memang org tu tak rasa apa langsung. Tp time nak cucuk tu, still rasa. Time sebelum masuk labor room tu, still rasa contractions. Mcm aku dapat half or suku je kot, and doc control2 gak sbb nak kasi aku rasa sakit..so still rasa..and rasa sakit ni sah2 la subjective bagi setiap org kan. If yg betul2 tahan sakit, bagus la. Mcm aku mmg aku mengaku lembik. Aku takmo mengaku aku ni kuat giler leh beranak tiap2 thn sbb bahagian Allah nak kasi ni lain2. Ada org amik full dose epidural pun still rasa sakit. Dah bahagian kita lain2 kan. Abis nak ckp org yg amik epidural tu tak bertarung nyawa ke? tak rasa nikmat bersalin? abis org yg kena c-sect tu...tak rasa gak nikmat bersalin? org tu menanggung kesan lepas kena potong, nak pegang anak pun sakit..tu semua sakit yg tak setanding dgn org beranak normal without any drugs ke???
Sorry la aku agak emotional bab2 ni sbb aku rasa tak adil betul org ckp gitu. Ada org anak 1st smooth je rasa tak sakit, tp anak no 2, no 3 belum tentu lagi kan? So jgn la nak jatuh hukum sesuka hati. Siap ada mulut tu ckp "Kalau beranak tak sakit, mcm mana nak cuci2 dosa tu?" Eh, boleh plak nak cuci dosa dgn beranak saja..Dgn sakit beranak..Mmg betul la kita ni sakit beranak boleh mencuci dosa2 kecil. Tp org2 cetek akal nih boleh plak jatuh hukum sesuka hati kan. Pakai epidural, kena c-sect, terus tak dapat pahala beranak. Yg dok usung perut 9bln, dok muntah hari2, dok sakit pinggang, dok sakit kepala semua tu boleh baik ke dgn epidural???
Eh, tersasar plak. Emo punya pasal. Ok lah takmo emo2 lagik. Hahaha..Lepas muntah tu, Terus mintak ponstan kat nurse. Then try bf baby, dia tak pandai latch plak. Nurse kata takpe kita top up formula dulu, gi rehat dulu. Nanti dia hantar baby masuk bilik try bf dia lagik.
Aku masuk bilik terus rasa sayu je. Sbb rindu Arsyad sgt2, then rindu arwah mak. Dulu masa aku kat labor room aku sempat call mintak maaf semua. Skrg dah takde org aku nak call. Tp cepat2 padam kan rasa sedih tu. Aku ni baru lepas beranak. So cepat2 aku tido. hehehe
Then nurse masuk suruh kencing. Aku ni nak bgn pun tak larat. Kepala pusing2 lagik. Dia bagi ponstan lagi sebijik. Then dia hantar baby, tp Adelia still tak reti nak latch. Agak tension gak la masa tu. Gi toilet, mmg sakit kaw2 kat tmpt jahit tu. Terus panggil nurse suruh dia check. Dia ckp ok takde bengkak ke apa. Maybe aku salah duduk, or byk gerak. Ye la Daddy terus gi buka puasa, Aku dok turun naik katil amik air, amik stokin lah, amik sweater lah. Dulu dia ada je siap mandikan aku lagik. hahaha..
Alhamdulillah Adelia such a good baby. Abg Arsyad dia dari keluar perut, sampai la umur 7-8bln jenis suka nangis. Takmo letak langsung. Tp anak dara ni tak...dia uwek uwek sikitt je time dia lapar...pastu boleh letak dia sepanjang masa...if dia terjaga pun..letak je dia...dia terkebil2 sorang2, then dia tido sendiri..hehehe..
Esoknya tu..Doc ckp boleh discharge dah. Tp aku rasa sakit kat bawah tu mcm mencucuk2 plak. Doc kata tkde apa..cuma jgn byk bergerak. Then balik la rumah MIL kat Cheras utk start tempoh berpantang yg sangat tak best tuh..hehe..
Paed Adelia ckp jaundice belum nampak hari ke-2. So dia suruh dtg check up Isnin depan tu jer. Masalahnya aku tgk budak ni makin hari makin kuning la plak. Tak puas hati, Sabtu tu aku bawak gi clinic terdekat. Kat Az-Zahrah Bdr Tun Hussein Onn. Doc situ tgk2, dia ckp tak payah amik blood test, sbb jaundice dia sikit je lagi. Boleh tunggu Monday masa jumpa Paed kat KPJ jer. Ok la kan aku pun tunggu Monday. Skali sampai kat KPJ amik blood test, dah 18 okeh!!..Doc ckp if lebih 20, mmg serious. Berderau darah aku masa tu. Doc ckp patut masa Sabtu tu aku dah buat blood test. Maybe time tu baru 12 or 13.
Haihh..mana la kita nak tau kan. So masuk la ini budak kecik dlm ward petang2 nak raya tuh. Syahdu je rasa sbb ingat boleh la nak raya dgn dia. OK la tak kisah janji dia cepat baik kan. So dari Isnin, Selasa sampai Rabu aku dok ulang alik hospital 2x sehari. Sbb byk jalan, and layan Abg Arsyad plak. Skali dah makin sakit plak kat bawah tu. Gi clinic, jahitan ok, tp kesan jalan byk kat peha2 tu melecet teruk. Patut la pedih lain mcm. Nak duduk pun rasa nak nangis. So korang2 yg baru lepas beranak, jgn la nak jalan slalu2. If kena, mmg seksa okeh..
Other than that, takde masalah apa sgt. Masalah bengkak susu, susu tak berapa nak cukup, tu biasalah kan. Nnti aku nak buat entry gak pasal tu. Saja nak share experience boleh la org yg belum ada pengalaman tau mcm mana rasanya kan..hahaha....
Skrg dah 14 hari..badan rasa ok dah. Dari start Adelia balik memang aku mandikan dia, jaga dia sepenuhnya. Sbb dia baik sgt so tak payah org lain nak tolong berjaga malam skali. Hehehe..kalau bawak dia masuk tido kul 10pm, kira last feed dia sblm masuk tido, then dia bgn lepas tu kul 2am, pastu next feed subuh tu plak dlm kul 5 or 6am. If dia kencing ke, berak ke, mmg diammm je tak bunyi2. Kita yg kena slalu check pampers dia. Tau2 dah ada buah tangan je dlm tu..hehehe
Dulu minum 2oz jer. And dia minum sikit2 1oz..1oz..letih gak nak abis kan 2oz tu. Tp skrg dah minum 4oz skali sedut. hahaha..pastu plak nak every 3 hrs...aku tak kisah la janji dia boleh letak. If slalu nak kena bgn kasi dia minum, pastu dia leh tido sendiri, itupun dah syukur rahmat kan...
OK la terpanjang gila entry nih. Ni gambar terbaru dia...Si cinonet Adelia nih..Geram rasa nak gigit2 je dia hari2. Hehehe..dia tak bam bam sgt mcm Abg Arsyad dulu. Belum lagi kot..entah la..tak kisah la dik..janji adik sihat..and mummy dpt jaga adik sendiri depan mata..selama 2 tahun okeh!!!..wohoooo....
:: Tido suka angkat tgn mcm ni."
:: Under photo theraphy masa kena jaundice..::
:: Mummy dtg visit dia..tp dia mcm tau je mummy angkat je nangis mcm nak mengadu..hehe::
:: Ni masa kami visit dia time Hari Raya::
:: Dia memang suka gelak mcm ni...Tp time aritu ada plak rezeki tersnap gambar gelak besor nih..hehehe::
:: Suka buat muka cheeky tau adik ni..gerammmm::
:: Gambar smlm..kekenyangan belasah 4oz susu..hehe::
Letih nak abiskan satu entry nih..next entry cite hal raya plak...