Pages

Apr 25, 2011

Abang Abdullah Arsyad

Sungguh malas rasa nak update blog. Sbb aku bkn pesen yg reti update hari2. Aku akan update if aku rasa ada mood nak update. Tp kalau nak di ikutkan cerita yg mau di update..mmg banyakkk..cuma mood tu tak berapa nak ada..ini lah yg di namakan bkn blogger tegar..hahahaha...InsyaAllah bila aku bertukar "career" nanti aku nak update hari2. Sbb amatlah penting utk aku record segala apa yg kami anak beranak buat dlm routine seharian..Then bila baca balik mesti tersengih2 dpn pc..hahaha

Oh, ini budak Abang Arsyad perangai makin lain. Kadang2 dgr ckp, kadang2 saja takmo dgr cakap. Yg pasti, di usia dia 2 thn 3bln ini aku masih cuba mengenali true color dia. Sbb phase dia sedang membesar ni perangai and kehendak berubah2. So aku takleh nak kenal dia di tahap yg sama. Mcm org yg jarang2 jmpa dia..Tp dah ckp Ohhh..Arsyad ni begitu...Ohhh..Arsyad ni begitu...Jarang2 jmpa leh claim sangat mengenali Arsyad..Aku yg hari2 ngadap ni pun confuse perangai dia yg berubah2..Mcm mana tu? hahaha..Yg pasti, hanya org2 yg sentiasa dgn dia je tau peel sebenar...Biasalah bdk 2 thn lebih ni tgk try mcm2 benda..tgh explore semua dpn mata..

Skrg kami makin kerap berdua. Ke mana je berdua. Sbb Daddy makin addicted dgn golf. Kalau aku tak kasi gi golf, dia akan turun bawah amik kayu golf practise swing kat living hall bawah. Otak aku pun semak tgk..So aku kasi lesen Agung gi la golf bebila dia nak gi pun..hahaha..Bkn main suka la pakcik tu. Yang pasti, balik je golf terus kena amik balik "baton" jaga anak. Time aku plak rehat2 luruskan pinggang..hehehe...

Makin lama hari2 berdua je dgn Arsyad buat mcm2 activity makin seronok aku rasa. Walaupun mcm2 cabaran, cth dia mmg takmo letak kalau dgn aku. Mcm2 alasan dia kasi, ada semut la, geli lantai la, nak manja mummy lah, sakit kaki laa..mcm2 lah. Time nak basuh kain, basuh pinggan, sidai kain, kemas umah, menyapu, mop umah semua kena berdukung. Dgn aku perut makin besar, mmg susah. Most of the time aku letak je dia kat bawah, buat je keje. Then dia akan lari berpaut kat kaki aku, bergantung kat kaki dah mcm Kak Limah dah gaya. hahahaha...Lantak ler, nangis ler ko sampai penat kasi mummy settlekan keje dulu. Tp kadang2 tak sampai hati nak kasi dia nangis lama2 sampai sedu sedan. Terpaksa lah dukung gak sambil siapkan keje umah..Pastu mula lah rasa pinggang mcm nak tercabut..huhuhu..


:: Ni gambar kat rumah Auntie Jee last weekend. Dia takut kucing terus berpaut kat kaki Auntie Zal. Mcm ni la dia berpaut kat kaki aku everytime dia takmo letak. Aku jalan je sampai angkat kaki berat 13kg sebelah...mmg mcm Kak Limah kan? hahaha..::

Arsyad mmg byk ckp...tak reti diam. Tp skrg ckp dia lebih meaningful. Dia tak merepek mcm dulu. Dia byk tanya soalan menguji minda Mummy. Ada satu hari tu dia tanya "Mummy, Allah mana?" ...Haaa..mcm mana ko nak jawab kasi budak 2thn paham? kekeke..Aku ckp "Allah ada dlm hati Arsyad, dlm Masjid, dlm doa..kalau Arsyad ingat Allah, gi masjid, selalu doa (dia tau doa makan je), kat situ la Allah ada.." dia kerut2 kening pastu ckp " ye ke?..bkn Allah ada kat dinding?" Aku pun mcm pelik..haaa?? Rupanya dia refer kepada Ayat-ayat Al-Qur'an yg ktorg gantung kat dinding umah and cikgu gantung kat dinding sekolah..Dia ni kalau tgk tulisan jawi je automatic terus goyang2 badan ke kiri dan ke kanan gaya org mengaji and ckp Allah..Allah..Allah...hehehe..sungguh lurus tulus mulus pemikiran anak aku..Aku je gi jawab gaya dia dah darjah satu ngapa???? hahaha..

Soalan2 dia mmg byk hari2. Kenapa gajah gemok...kenapa mummy and daddy work..kenapa pokok warna hijau..kenapa mummy penat..hahaha,...tp aku suka walaupun kadang2 letihhhh nak jawab soalan, tp kena la cuba sedaya upaya sbb dgn cara itu dia belajar kan..kang dah ada adik lagi bertambah soalan kenapa baby begini..kenapa baby begitu...haihhh..kena persiapkan mental dan fizikal dari skrg...


:: Dia skrg susah amik gambar. Ni kayu golf pun nak bwk gi kedai makan..::


:: Hobby dia bila dah abis makan, dia akan jalan2 round satu restoran utk beramah mesra..tu tgh beramah mesra dgn org meja sebelah..tiba2 dia dtg terus cp "Hi...hau a yu...(how are you?? hahahaha...). Kadang2 sampai takmo balik sbb konon dah jmpa kawan..mcm la kawan tu suka ngan dia sgt..hahaha..::

Apapun mummy enjoy melayan Arsyad hari2..Walaupun semakin hari mummy semakin penat..tkleh main bergolek2 mcm dulu..takleh nak dukung lambung2 lagi..takleh nak mandi kan Arsyad lama2 sbb tak larat nak cangkung and tunduk sabunkan Arsyad gosok2 lama2...Mummy akan try sedaya upaya utk keep up dgn milestones Arsyad...Mummy akan try belajar dan terus belajar utk tau perangai Arsyad 100%. Walau mcm mana cepat sekali pun Arsyad membesar..Walau mcm mana cepat sekalipun Arsyad berubah dari hari demi hari..mummy akan try yer syg...Tp kadang2 tu, tolong la bagi mummy bernafas gak...semput mummy hari2 tak cukup oxygen dgn Arsyad nih..kekekeke...

: Ni eksen makan durian..dia tak suka durian..nak telan pun tak boleh..tp sbb tgk mummy makan laju jer, dia nak try tp muka terkulat2..hahaha::

Apr 19, 2011

5th Family Retreat..

Spt biasa cite dah basi. Tp lantak ler sbb nak mengupdate cerita bergambar memerlukan kesabaran yg jitu tau..hahaha..

Diam tak diam ini kali ke -5 aku attend K's Family Retreat. Aku masuk sini 2006, masa tu takde Family Retreat. Then tiba meniba lepas 2 minggu keje, aku kena jadi committe plak utk 2007 punya Family Retreat. Hoihh..gelabah jgn cite la. Dah la aku pun tak kenal org lagi masa tu, nak kena handle event? mmg kelam giler tp buat2 cool. hahaha..Tp aku seronok teringat2 zaman tu sbb kat situ la aku jmpa kwn2 sejati yg aku rapat smpi skrg..

2007 Awana Kijal, gi masa tgh single mingle. 2008 Damai Laut, Pangkor, gi masa dah kawin. 2009 Cherating, tak dpt pergi sbb masih dlm pantang. Ikutkan hati aku nak je bwk Arsyad yg baru 30 hari masa tu. Nak jmpa kwn2 pnya pasal..tp of coz Daddy Arsyad tak bagi..kekeke...2010 Penang, best giler aku rasa..Masa ni kena jadi comm lagi tp lagi mencabar sbb ada anak kecik. Gi handle registration pun dok kendong anak. hahaha... This year 2011 kat Langkawi. Pun best...sbb ada anak kecik dan lagi sorang dlm perut...sungguh byk kenangan Family Retreat aku kat sini dlm 5thn..

Kali ni kat Langkawi mmg aku plan nak lepak di resort sahaja. Sbb awal2 aku dah kasi green light utk Daddy Arsyad main golf dgn husband Angela, best friend aku. Sebagai isteri mithali (konon..) aku dah book kan awal2 utk dia main golf dari KL lagik. Sbb aku tau, if dia gi family day company aku, dia takde la enjoy sgt sbb ramai dia tak kenal kan. Aku if gi family day company dia, aku leh enjoy sbb jmpa kawan2 lama. Sah2 company dia tu company aku keje dulu..hahaha..So utk jadi fair, dia leh gi main golf siang, mlm lepas dinner dia balik bilik dulu utk aku plak lepak dgn kawan2..hehehe

Ok serious gambar tak amik byk. Sbb mana la aku nak amik gambar lagi, nak bwk perut, nak dukung bdk umur 2 thn yg tiba meniba takmo jalan sbb dia kata dia gemok (leh ke pakai alasan tu??), nak layan dia mandi pool 4-5 jam, mmg tak dan wey..baru anak sorang..hahaha..

:: Bilik dia spacious gak. Eh lupa..duduk kat Pelangi Meritus::

:: Finally budak ni dpt seat all by himself!!..hehe..sbb sebelum ni asyik kena riba je coz under 2 years kan. Bila ada seat sendiri berlagak tu...jerit2 suruh mummy dgn daddy pakai belt. Daddy letak beg pun lom lagi..haha::

:: Baru sampai..terus mintak spec dia sbb panas katanya..overrr::

:: Nyampah tgk kan?? hahaha::

:: Tgh tgu beg pun spec takmo cabut lagik...gerammmm::

:: Resort ni style chalet. Besttt...ni nak gi bfast. Dgn daddy bkn main baik lagi boleh jalan...ish::

:: kat pool tgh ngorat anak mat salleh ni..hahaha..mcm ayam ckp dgn itik aku nengok::

:: Tgk tu dia siap tarik tgn budak tu then ckp "jom..meh sini ikut arsyad.." hahaha::

:: Tarik punya tarik rupanya nak amik mainan bdk tu ok..pandai ko auta dia eh?? jerit2 budak tu..hahaha::

:: Ni telematch utk bdk2 yg besar sket..Arsyad takleh masuk la..Dia slow lari kang marah teamate dia..::

:: Ada lukisan karikatur juga...Arsyad takmo sbb takleh stay still...hahaha::

:: Aksi Arsyad bersama Daddy..Mummy tukang snap jer..::

:: Suka dia kena lambung2 gini::

:: Mcm tinggi kan? tp sebenarnya tak pun..::

:: Ni paling best aku rasa::

:: Byk kali dia suruh lambung sampai gigil2 lutut daddy dia..haha::

:: Gambar paling mahal from Uncle Shukor's underwater camera::

:: Ada gak family pic for Family Day..hahaha::

:: Arsyad try nak buat peace. Tak pass2..Skrg baru reti..hahaha::

Overall, aku rasa best sgt. Very relaxing pnya retreat. Ye la time ni aku tak payah keje or jadi comm, enjoy and relax sahaja...Ktorg mmg tak shopping apa, tak jalan ke luar pun. Activity kat resort pun dah lebih dari cukup. Mcm2 activity utk cater seramai 960 org..Giler ramai kan??

Special credit to org kuat Family Day utk 2 thn berturut2 (and counting..hahaha) Puan Salina and the team. Memang nampak diaorg penat sgt. Tp yg penting org enjoy!!!...

Next year ke mana pulak???? Kena lebih bersilat sbb ada 2 anak pulak nanti..kekeke

Apr 14, 2011

Pengalaman Menakutkan Menghantui...

Rabu lepas gi Pasar Malam Cheras Perdana...Then  spt biasa the whole strectch jalan tu jem. Merangkak la kete utk sampai ke destinasi. Tgh dlm2 jem tu, masa tu ada lah lagi 20m je nak sampai entrance Pasar Malam. And biasa org akan parking kete kiri and kanan bahu jalan. Belah kanan cerah sket sbb dekat dgn Pasar Malam. Belah kiri mmg agak gelap, takde lampu jalan, tp org parking gak sbb dah takde tmpt parking lain..

Tetiba aku perasan ada 2 org mamat India ni mcm mencurigakan sungguh. Sorang pakai helmet, dduk atas motor, tp bwk motor pelannnnn sgt...Rupanya ada lagi sorang kat depan, kira jarak dlm 2-3 kete depan dia, tgh pakai handphone, jalan tepi2 kete yg parking2 tu. Yg buat aku rasa curiga tu, tiap kali dia lalu tepi kete, dia akan jengah dalam kete. Mcm tgk apa yg ada dlm kete. And tgn dia akan tarik pintu kete mcm try2 kot2 ada yg terlupa kunci kete. Pastu tgn yg pegang HP tu kejap2 letak kat telinga, kejap2 letak kat poket plak. Apehal ko ckp phone dgn org leh on off kejap2 gitu kan..

Auu dah agak mmg sah geng pecah tingkap kete nih. Sbb 2 thn lepas, aku pernah kena. Di jalan yg sama, di tmpt parking yg sama. Masa tu tgh sarat pregnantkan Arsyad. Husband outstation masa tu so aku gi tido umah MIL kat Cheras Perdana. Balik keje, tekak rasa nak sgt makan buah anggur yg rangup dan juicy kat pasar mlm. Masa tu dlm kul 6pm. Aku parking la belah kiri bahu jalan. Sbb aku tau cerah lagi masa tu. Tp aku silap, beg baju aku letak dlm kete. Patut aku kena alih gi letak dlm bonet. Tapi takde la sampai aku nak bawak gi pasar malam beli buah anggur skali..hahaha..Sbb masa tu dlm otak aku, beg tu isi baju, suar dalam, baju dalam utk gi keje 3 hari. Takkan org nak curi. Tp dlm otak bangang penyangak2 tu dia ingat dlm tu aku letak duit TIGA BELAS RIBU kot!!!...Lepas dapat anggur yg di idamkan, aku spt biasa masuk kete, drive mcm biasa. Tetiba aku rasa aku dgr motor lalu sebelah kete, sangat jelas sampai aku leh dgr apa diaorg borak atas motor.Aku ingat aku lupa tutup tingkap, skali tgk belakang, Mmg berderau darah masa  tu sbb tgk tingkap dah pecah, kaca2 bertaburan kat seat, and beg dah takde!!!..

Menggigil terus aku. Terus pegang perut. Takut kang terperanjat sampai terberanak plak. hahaha..Aku behenti kete tepi jalan. Sbb aku terkejut sgt and nak tgk sangat apa jadi sebenarnya. Dah bhenti kete, tengok kat tingkap tu, mmg rasa nak pengsan bila dah terang2 kete baru kena pecah!!!..ada sorang pakcik naik motor berhenti, tnya aku nape? Aku ckp kete kena pecah sambil terketar2. Dia pun mcm tak tau nak buat apa. Dia tnya rumah kat mana? aku tak jawab..sbb still blur!!!..

Aku tak kisah langsung beg yg penyangak tu amik .Yg aku kisah, dah la laki aku takde, kete kena pecah sah2 aku tak tau nak buat apa, and kete tu dia baru beli 3 bulan!!!..Huwaaa...tak dpt bayangkan muka dia bengang bila tau benda nih...Then aku drive slow2, sampai rumah MIL. Terus bgtau diaorg. Masa tu aku dah berlagak cool, tp dalam hati nangis abis banjir dah tak tertahan2. Takut sgt and tak tau apa nak buat. Then call laki aku, mmg setengah jam kena leter!!. hahaha...Esoknya amik cuti, gi settlekan kete sorang2. Sedih sgt masa tu..

Sbb tu bila aku tgk penyangak tu, terus rasa darah ni mendidih giler!!Terus aku ingat peristiwa hitam tu. Bangang giler kete pecah kena ganti cermin sampai 1k and body kete calar hanya di sbbkan ko nak amik beg baju aku!!!...gerammm...Aku bgtau laki aku pasal aku prasan diaorg fishy giler jenguk2 kete. And laki aku pun ckp mmg sah pecah kete. Tp sbb jalan jem, diaorg makin lama makin ke depan. Laju je nak check satu2 kete kan. Ktorg still stuck tak bergerak. Nak je aku turun kete and ikut diaorg tgk apa diaorg nak buat. Tp pkir kang bhayakan diri sndiri plak. If betul2 diaorg pecahkan kete dpn aku? apa aku nak buat? jerit di situ mintak tolong kah? hehe..

Rasa ralat sgt makin lama 2 ekor penyangak tu hilang dari pemandangan ktorg...Dlm hati aku doa takde kete yg jadi mangsa diaorg. And if ada org nampak, pls la buat something. Mmg aku tau if benda2 tu jadi dpn mata, rasa mcm terus terkedu tak terfikir nak buat apa2 kan. Sbb penyangak2 ni mesti la buat keje dgn pantas. Tp aku percaya, sepandai2 taktik korang nk merompak, satu hari mesti tertangkap gak...

Sakit hati sehingga ke hari nih....Tp takde la keje aku nak gi sana tiap2 minggu tgu diaorg lagi tgk still buat activity merompak ke tak kan..Kang terus aku jadi pasukan rela plak..hahaha...Cuma aku berdoa and harap sgt satu hari nanti diaorg akan tertangkap!!!...padan muka ko penyangakkkk..

Kesian org di perantauan...

Harini nak cite pasal Mr R lagi. hahaha..Sejak dia slalu tnya2 aku tu aku mcm dah malas nk jawab soalan2 dia. And aku bersyukur dia paham aku agak annoying, dan dia jaranggg tnya2 lagik. kekeke...Pastu, dari hari isnin aku dok dgr dia call org ckp pasal rumah nak sewa. Ye lah dia baru sampai sini kan. Company kasik dia dduk hotel 14 hari je, pastu mmg la kena cari umah sendiri. Dia smpi sini 1st April. Technically mmg sampai 14th April la dia dpt dduk kat hotel kan. Tp aku tgk start hari isnin 11th April baru dia dok call2 org tanya rumah bagai...Aku wat derk je...hahaha

Tp hari ni aku kesian. Sbb aku terdengar dia borak dgn this one real estate agent kot. Dia nak sewa condo kat KLCC area je. Sbb dia takmo amik public transportation (nyampah kan) and takmo beli kete. Sbb dia kat sini pun 2 thn je. Then aku dgr dia borak rental dia ok la not bad. Skali aku dgr dia ckp "What? stamping fee for agreement is RM500?" Terus aku terlompat ok. Slalu aku buat TOE utk mana2 vendor aku stamping fee sepuloh hinggit je ok. Kalau la agreement sewa dia tu giler power pun takkan la ko nak mencekik mamat ni sampai 500 kan. Kesian plak aku tgk jejaka di perantauan nih..hahaha..Terus aku ckp kat dia dah la, meh aku yg deal dgn agent tu. Pung pang pung pang. Aku letak phone. Aku ckp dah, gi cari umah lain agent ni penipu. hahahaha

Dia pun dgn muka sedih ckp dia spend masa seminggu dok deal dgn agent tu. Hari ni last dia kena dok hotel. Esok dah kena kuar. If dia nak extend boleh, bayar sendiri la. And dia tak kisah sbb ye la dia gaji in USD, hotel arround KLCC mmg mahal tp if convert to USD tak la mahal benor kan. Tapi sampai bila dia nak dduk hotel.. Aku pun terus rasa ala..siannya ko. Ok la aku try la cari apartment utk dia arround KLCC. Tp nak pindah masuk esok mmg agak mustahil bebenor...

Survey pnya survey, nasib ada gak jmpa. Kat Marc Residence. Cantik giler apt tu. Fully furnished. and semua complete, dia bwk masuk kain baju je. Sewa mahal sket tp lantak ler ko nak dduk sini sgt kan? Kang aku cari rumah sewa kat flat Wangsa Maju berjiran dgn kakak aku kang baru tau..hahaha...Dia happy giler. Terus rasa lega dah ada tempat berteduh utk esok..wakakaka..

Aku marah2 la dia ckp jgn la amik ringan benda2 ni. Nasib baik dia sorang, pikir diri sendiri je. If ada anak bini macam mana? Dia kata dia bz wat keje. Eh..abis tu semua org kat office ni tak bz ke? Then dia ckp dia ingat kat sini mcm London. Hari ni cari rumah, esok dah leh pindah masuk. Aku mmg nak sekeh sgt2 bila dia ckp mcm tu. hahaha..Ni nasib baik rumah fully furnished dia dpt, if rumah tu satu barang tkde? merasa la ko tido atas lantai tau. haihhhh..igt senang jer..

So kesimpulannya sebenarnya aku kesian walaupun nyampah. Hahaha..dia ckp nak belanja makan. Aku ckp tak payah, just jgn tanya aku soalan2 tak patut hari2 je. Itu dah memadai..kekeke..jahat giler..tp dia baik..cuma biasalah. tahap curiosity melampauuuu...

Benda aku tolong kecik je tp bagi dia lega sgt2 kan. Mana tau nanti2 aku pun di perantauan memerlukan pertolongan org2 di sana nak tolong kan??? So hari ni kena la tolong org hari esok kita tak tau lagik..Tp yg pasti aku takkan tanya benda2 pelik kat kwn2 aku if aku di perantauan. Kang diaorg takmo tulong sbb tak suka dgn soalan2 pelik aku..hahahaha

To Mr R, jgn buat pangai gini lagik. Ni Mesia. Bkn London. Againnnnn...BUKAN LONDON!!!!!..(tahap geram dah nih sbb dia baru sat ni tanya nape channel tv kat sini ada sikitttt jer..Arghhhhhh!!!)

Apr 11, 2011

Curiosity...

Aku paham..sesetengah org tahap curiosity dia adalah melampau..dan dia akan tanya bermacam2 soalan yg org yg dia tanya tu tak mampu nak jawab..tp jgn la ko tanya aku 20 soalan satu hari..penat akak nak jwb tau...

Aku saja nak share pasal jiran baru aku kat tmpt keje nih. Sebelah aku ni adalah tmpt "keramat". Org yg dduk sini slalu tak lama. dlm setahun blah la sbb tak tahan pressure keje, tak tahan culture keje, macam2 la. So slalu sebelah aku ini adalah kosong..But skrg ada org baru dah..dia bkn dari sini..tapi dia sgt2 berminat nak keje sini, and sgt2 berminat nak tau pasal org2 kat sini and cerita2 di sini..kadang2 apa dia nak tau tu aku takde jawapan utk bagi dia..hahaha

Ok la panggil dia Mr R je lah. Dia ni dari UK. Tapi tak pernah keje di UK. Keje merata tmpt. Suka gi tmpt org, belajar culture,belajar cara hidup semua la. Muda lagi mamat ni. Single and ready to mingle..hahaha..So 1st day dia tu takde la mcm excited sgt nak berborak. Since mmg aku dah slalu communicate dgn dia sebelum dia masuk sini lagi. Dlm emel takde plak soalan2 maut gini..hahaha...Ok la aku saja nak share soalan2 dia tnya kat aku..yg mostly mmg aku kasi muka kerek je kt dia..haha..Dah mcm Miss Tourism Malaysia je aku rasa skrg tau..kahkahkah..Aku tulis dlm BM je la soalan2 dia eh. Kang aku tulis English org ckp aku berlagak plakkk..

1. Kenapa football team Malaysia tak pernah masuk World Cup?
    Apa perasaan korang sebagai org yg gilakan sukan and sangat patriotik menyokong pasukan Msia (aku lah nih) kalau org luar tanya soalan maut begini? rasa nak jentik telinga dia tak? haha..Aku jwb la kita bkn la suka sgt or giler sgt main bola..ada je sukan lain kita ni dah tahap world class. Mcm Badminton and Squash..(masa ni hidung kembang2 rasa bangga). Pastu dia tnya tp Badminton ada Chong Wei je and Squash ada Nicol David je. If something happen to them, takde dah la kan world champion kita tu??? hahahaha...rasa nak tampar plak dia kali ni kan??

2.  Kenapa org Msia tak suka kereta nasional (proton and perodua?)
     Aku tanya la dgn sapa dia borak sampai dia kata org tak suka tu?? setahu aku baru seminggu dia kat sini. and org yg paling slalu dia borak pun aku jer..haha..then dia ckp dia baca forum, news, yg org pakai kete nasional sbb mampu, tp bkn sbb suka. hahaha..betul gak point dia kan. Aku pun jwb la well..kita ni developing country, kita baru di tahap itu nak buat kete kan...cuba compare dgn developing country yg lain, diaorg ada buat kete ke???? takde kann??? Indon ada?? Thailand ada??? India ada?? China ko jgn la compare..hahaha..so aku rasa soalan ni aku menang..satu markah utk akuuu!!!..hahaha

3.  Kenapa org Msia suka heavy bfast? (Nasi Lemak, Mee goreng, Roti Canai)
    Masa dia tanya ni aku baru lepas melantak nasi lemak lauk sambal kerang sepinggan. Rasa mcm nak describe betapa nikmatnya nasi lemak itu..tp aku confirm dia takkan faham..sbb dia hari2 aku tgk minum black coffee dgn wholemeal roti sekeping. so aku ckp kat dia, aku takde jawapan utk itu..hahaha

4.  Kenapa Msia haramkan Valentines Day tp org buang anak merata-rata.
     Masa ni rasa mcm nak nyorok bawah meja..hahaha..Aku ckp la bkn the whole Msia haramkan Valentines Day..Sesetengah majlis fatwa jer..Tapi kita mmg tak di galakkan sambut sbb bkn budaya dan ajaran agama kita..bab buang anak tu, susah nak ckp. Sbb dia kata kat UK pun mmg ada org yg pregnant before kwin, tp mmg tak boleh buat abortion, so diaorg hantar kat pusat jagaan anak angkat. nanti anak2 diaorg tu family mana2 amik for adoption. Tp kenapa kat sini org buang anak tepi jalan, dlm tong sampah, dlm sungai????? haihhh...masa ni malu sgt2..so aku ckp jer..org2 tu takde otak..hahaha

5.  Kenapa Proton tak masuk F1
    Kena sekeh gak mamat ni kang tau...ko gila nak antar kete proton lwn dgn ferrari??? org elok2 race 3-4 jam, kang kete msia race 3-4 hari..agak2 la kan...dia ckp ye la, kan bagus..buat satu kete F1 under proton, kang org luar tgk, org luar beli..sbb terpegun dgn kete nasional Msia..terus aku suruh dia buat research berapa byk kete proton kita export..tp jgn compare berapa byk Germany export BMW plak...mmg nak kena sekeh sgt2..ok la utk negara kecik mcm kita kan..dpt gak ada automotive industry yg boleh kita banggakan...

6.  Kenapa org kat sini suka tanya org soalan "Bila nak kawin"
     Hahaha..ye la umur dia dah 33 aku rasa. Mmg la if lelaki, org slalu tak kisah sgt kan. Tp if ko dtg sini sorang, then if nak mula borak2 ke apa, ada la satu dua akan tnya bila ko nak kawin kan? Dia ckp kat tmpt dia soalan tu sensitive and bkn soalan biasa org tnya..If org tnya, nnti org yg di tanya tu boleh rasa offended and marah. hahahaha..Nak2 dia lagi terkejut aku umur 29 this year tp anak nak masuk 2. Aku ckp org kat sini mmg mostly kawin awal. before 30 dah kawin laa..ada je kawin lewat sket..tp mmg kena menahan telinga org tnya slalu la bila nak kawin. Biasalah tu..dia sgt2 pelik..dia ckp nape nak busy body..well...byk lagi benda org leh busy body dgn life org lain kat sini..takat tnya bila nak kawin..eleh...tkde hal laa..hahaha

Ada byk lagi soalan maut dia sebenarnya..tp aku igt2 lupa sbb slalu dia tnya tu mmg aku jawab tanpa pusing pandang dia. Kang aku rasa kesian, aku pusing gak la kerusi aku jawab dgn sabar soalan2 itu..mmg rasa mcm duta malaysia yg kena jawab soalan cepumas..tp tak tahan dgn bentuk2 soalan tu mmg menguji minda betul..hahaha

To Mr R..mcm la dia jmpa blog ni kan..Eh, aritu dia pernah nampak aku tgh update blog..then dia tnya blog aku ke? aku ckp la a ah. then dia tgk..pastu senyum..aku ckp la tgk la 4 jam pun ko tak paham pnya..if dia pakai dictionary pun tak paham..kahkahkah...

Okeh..to Mr R..Welcome to Malaysia..whatever it is, i am proud to be Malaysian...Feel free to learn our culture, our lifestyle, and our "story"...hehehe

Apr 6, 2011

Tak semudah yg di sangka....

Harini nak bebel lagi pasal anak2..buat kwn2 yg masih single mingle, tak payah ler baca.kasi stress korang jek nanti..hahaha..

Takde la stress mana..mcm aku, mmg dah mutual agreement dgn en somi, dia yg gi kejar career. dia yg all out dlm career dia, so aku keje light2 just utk tolong2 apa yg patut jer..sbb at the end of the day, mmg aku nak sgt ada "career sebenar". Duduk umah, uruskan anak2, uruskan rumahtangga, wahhh..bahagianya hidup aku..

Tp mmg bkn mudah seperti yg org sangka yer..Slalu org ckp "Eh, ko senang la dok umah jaga anak je..tak payah keje.." Ish...celupar sungguh mulut org yg berkata2 tu..Diaorg ingat keje rumah lagi mudah dari dok office ke? Try ko cuti sebulan dok umah tgk...boleh tak kalau tak jerit sehari?? hahaha...Nampak je ringan hari2 masak bfast, mandikan anak2, basuh kain, kemas rumah, masak lunch, ajar anak2, layan karenah anak2, then angkat kain, lipat kain, iron baju laki nak gi keje, masak dinner, mandikan anak2, kira pekerjaan non-stop sampai la semua manusia dlm rumah tu tutup mata..tido...

Kalau kat office, at least ada gak masa layan2 FB sket..blogging sket...gi amik air minum sket...layan kwn borak sket...baca paper sket..sikit punya sikit tu jadi suku dah masa kita terbuang utk diri sendiri kan..at least ada masa utk diri sndiri...if dok umah sepenuh masa? bila masa utk diri sendiri???kasi tau sket...

Tp mcm mana pun itulah cita2 aku...biar la apa org nak ckp. Biarlah org rasa rugi bhenti keje ke apa..Biarlah susah mana pun life yg aku nak tempuh nanti, tp mmg aku sukaaaaa dgn pekerjaan baru tu..insyaAllah..aku nak buat yg terbaik utk suami dan anak2..selagi yg aku termampu la..

Mcm skrg, Daddy Arsyad outstation sminggu..Arsyad ni kalau daddy dia takde, dia dah makin paham..Bila aku tnya rindu Daddy tak? dia ckp rindu la..tapi daddy work jauh, arsyad ada mummy...sebak betul hati dgr. And dia punya manja jgn ckp lah..nak berkepitttt aje..nak basuh pinggan pun dia diri celah kangkang aku nih..pastu kejap2 cium..kejap2 peluk..kejap2 ckp "ish, sayangnya mummy arsyad nih.." hehehe...nak2 if aku suapkan mkn, layan dia borak, layan dia main Thomas, layan dia sentiasa..lg dia mcm appreciate sgt..if aku nak g keje, leh je tinggalkan dia yg masih tido (sbb ktorg dok umah nenek sementara daddy takde), tp tak sampai hati. Aku siap2, then aku tgu dia bgn..spt aku jangka, mmg bgn je dia jerit panggil mummy..nangis2..bila aku peluk nak pujuk, dia peluk aku kuat2..then lepas aku mandikan wangi2, pujuk baik2, suap makan, emosi dia dah stabil..baru la aku leh gi keje..alamat mmg lambat la gi office tp nak buat mcm mana...mmg tak sanggup nak biar dia bgn nangis2 gitu...kat school dia dah biasa..if bgn je kwn2 ramai. kat umah nenek ada echa si peneman, tp slalu echa sampai lambat sket..so budak Arsyad ni akan berdrama lebeh dulu..

Bila aku pikir2..mampu ke aku? nak uruskan rumahtangga sepenuh masa setelah hampir 8thn aku kerja? mmg sejak aku grad, aku terus keje..tak pernah rehat. so if tiba2 tak kerja, tukar terus life aku? mampu ke aku nak hadap nih??? walaupun dlm hati mmg gembira tak terkata..akhirnya dpt dok umah tgk anak membesar dpn mata, dpt uruskan semuanya utk suami, tp deep down aku pikir...mampukah aku???

If tnya kwn2 yg ada experience, diaorg kata kena pandai plan. keje umah mmg tak mudah tp jadikan routine. If kita sentiasa ikut routine, insyaAllah jadi mudah. Then once in a while, mintak cuti dari suami...kita keluar dgn kwn2, gi shopping ke, gi tgk wayang ke, apa2 la..at least kita still ada masa utk diri sendiri...tp if kita buat apa yg kita suka, insyaAllah semuanya akan jadi mudah...

Walaupun ramai yg kata sayang aku bhenti keje sbb dah ada pendapatan sendiri kan..Nanti bhenti keje dah takde income..eh, mesti la aku dah buat perjanjian awal2 dgn Daddy Arsyad..kerja di rumah juga mesti ada gaji..haha..tak byk pun elaun dpt beli make up jadi lah..kekeke...tgk la mcm mana nanti..ikut kemampuan suami gak kan...ko dok umah nak pakai make up MAC nak wat apa pun???..asal boleh tak jadi mcm Hantu Kak Limah bila suami balik udah ler...kekeke

Skrg mlm2 dok bayangkan kehidupan baru yg di idam2 ini..dah bayangkan bgn pagi buat sarapan, kejut anak2, mandikan diaorg, bg bfast..pastu buat la apa2 activity bersama..if Arsyad dah besar, dah naik pangkat jadi supir nak antar dia gi school plak..And if adik Arsyad nanti girl, time abg gi school dpt la mummy and adik spend time bersama "Girls time only".. ahhhh..Bliss!!!..

InsyaAllah..harap2 apa aku nak dlm hidup di makbulkan Allah..yg penting keluarga kecik kami ini sentiasa bahagia, di lindungi dan sentiasa bersama walau apa pun terjadi..aku takkan jemu menuntut ilmu dari kwn2 yg lagi berpengalaman utk aku pun berjaya spt mereka...sbb aku tau..mmg tmpt isteri di sisi suami, dan tempat ibu itu di sisi anak-anak..insyaAllah...

Drama Lebey...

Aku mmg di takdirkan utk melayan org2 yg suka berdrama dlm life aku ni. Sbb aku ada toleransi paling tinggi bab2 ni. Aku suka mcm whatever....and hati kering melayan sahajer..sbb aku bkn Drama Queen, so boleh la kot kan..hehe.

Tp kalau anak bujang sendiri yg suka berdrama..kadang2 letih gak..tau je la Abdullah Arsyad punya drama kan..mmg bkn calang2 pnya layanan dia nak..peel dia tu kadang2 kasi mummy dia naik darah slalu..tp dah cool mummy dtg cium2 dia balik sbb gerammmm..hehehe

Dia ni ada satu habit yg suka kopek kulit2 kat jari dia. Kan kat kuku kita tu kadang2 ada kulit2 mcm tersiat sikit kan. If jadi kita slalu amik nail clipper and buang je la kan sbb mesti tak selesa bila tertarik pedih. Tp bdk bertuah ni dia suka tarik kulit tu sampai jari dia berdarah!!!..dia suka kopek2 lagi biar ada lagi kulit2 yg boleh di tarik. Tak tau la perangai sapa dia ikut. Sbb aku mmg paling tak suka part2 tu coz sakitttt...Dia bila dpt kopek and tarik kulit tu, mcm ada satu kepuasan dia dpt..hahaha..

Sampai la satu hari aku tgk ibu jari kanan dia tu mcm dah terkopek teruk kulitnya..Sehari dua lepas tu makin parah sbb dah nampak merahhh je kulit asal dia dah kopek, tinggal kulit yg merahh je mcm kesan melecur tu..Aku pun tak tunggu la terus nak gi pharmacy beli cream ke apa kan. Skali pharmacy tutup plak hari ahad tu. Terus gi clinic kat sebelah pharmacy tu. Mesti doc tu kata aku ni mak yg kecoh anak sakit jari sikit dah gi jmpa doc..hahaha

:: Ni pagi2 lepas bgn. kasi makan dulu. Tgk la muka happy lagi..rasa mcm nak gigit2 je muka tu kan..hahaha::

Sebelum gi clinic tu dia awal2 dah order.."Mummy, bangun. kita gi Meknonel (McD)." lepas dah mkn kat McD.."Mummy, jom gi taman." Wahh..arahan...ok bwk gi taman...then dah happy2..sbb tu mummy bwk gi jmpa doc plak..hahaha


:: Okeh ni on the way nak ke pharmacy::

:: Redha je la dpt mummy yg suka camwhooring mcm nih..haha::

Tibalah masanya bila doc panggil..Dia relax je..Then doc tgk jari dia..doc ckp ish, ni kena dressing ni sbb takut nnti masuk kuman..Aku pun angguk2 je laju2 kat doc..buat je apa doc..dia bkn paham pun..Bila doc suruh nurse kuarkan kelengkapan nak cuci luka tu..dia dah cuaktgn acad..jgn la we.."Eh..dokter nak wat ape?? sakit ni weyy.." hahaha..leh plak dia main tarik2 tgn dgn doc..tp doc ni mmg wat derk je..amik jari dia dgn pantas cuci luka tu...

:Doc yg tangkas menangkap jari yg tembam itu...::

:: Drama dah start dahhh...::


:: Masa ni kuat gila dia nangis..smpi nurse kat kaunter pun masuk dlm takut ntah apa jadi kat dlm bilik doc nih..hahaha::

:: dah cool sket bila doc ckp ish, Arsyad ni budak kuat la..tak pernah doc jumpa budak kuat mcm nih..hahaha..Tp mummy tersalah angle amik gambar laa.. :-)::

:: Dah boleh gelak2::

:: Dia ckp "Wahhh..cantik nya jari Arsyad.." Cantik????::

Dia mmg suka drama lebey. If dia ckp sakit bila doc cuci, yg dia pi tarik kulit tu sampai tersiat and berdarah..tak sakit pulak?? so jgn la termakan dgn drama si Abdullah Arsyad. Jeritan dia 5km leh dgr tp satu titik airmata pun tarak..hahaha

:: Posing utk daddy yg sedang main golf ketika ini. Gigih mummy layan drama dia sorang2::

Lepas dah balut serupa nazak la sangat jari tu, terus makin drama. Suruh amik apa suma tak boleh sbb tgn sakit. Suruh salam org dia salam tgn kiri, suruh mkn apatah lagi kan. Haihhhh..kena sabar byk la budak lelaki pun drama lebih. kang adik pompuan drama mcm mana plak yg mummy kena hadap nih?? hehehe

Kejap je balut tu. 24jam je. Doc ckp sbb dah cuci, nak kasi luka tu baik sikit, then esok tu dia tido, cikgu dah bukakkan balutan dah sapu cream biasa je. dia pnya terkejut tgk balutan dah takde. Mesti sedih sbb tak dpt drama lebey lagi...hahaha..Arsyad..Arsyad...