Pages

Mar 9, 2011

Wahhhhh....Jimat Gilerrr

Tgk kat FB Daddy Rayyan vid nih..Terus aku terpegun..mcm Wahh..Wahh..Wahh..pandai giler ok minah ni. Kalau laki dia tak bangga dgn kecekapan dia tak tau la nak ckp apa. Siap ada stock utk berbulan2 lagik.

Korang bayangkan if ada 4 anak, then gi shopping barang dapur kita bayar SEPULUH SEN je utk barang penuh satu trolley..Sorga kan?? hahaha..

Tp tu la. susah nak jadi kat sini. Sbb mana ada sgt free2 coupon mcm ni. Semua coupon if free, ko kena beli barang dulu. Keje nak menipu pengguna je. Takde maknanya diaorg nak kasi free even susu setin pun. Mesti kena spend at least RM 50 in one receipt ker...or Kena kumpul points ke..baru la nak merasa free2 nih.

Enjoy the vid..

Mar 7, 2011

Arsyad..Arsyad...

Dulu masa mula2 nak bukak blog, aku dah berazam nak keep track development Arsyad sekerap yg boleh. Tp janji tinggal janji. Nk update blog punyalah bercinta. Bkn la bz mana, cuma penyakit "M" tu sangat2 kronik..

Alhamdulillah, Arsyad membesar dgn sihat. Demam, selesema, batuk tu biasalah duduk nursery tak sah kalau sebulan dua tak kena. Tp dia skrg sangat baik kalau time sakit. Dia tak meragam mcm time baby2 dulu. Suruh mkn ubat pun dia ok jer. Active mcm tak demam, suka gi clinic..suka jmpa doc. Cuma kita la tak senang hati if demam or batuk tak baik2. Sbb Arsyad skali kena batuk and selesema, tiap2 mlm mesti muntah. Perangai dia if dia batuk, dia akan berusaha kuarkan kahak yg tersangkut kat kerongkong dia. Gaya mcm org besar kuarkan kahak. Tp if kuar kahak je takpe, ni kuar segala isi perut dia skali..

Masa mula2 dpt tau pregnant, kan Daddy Arsyad kena gi course 3 minggu, aku plak ntah nape tiba2 terus dpt morning sickness. Yg pelik tu hari ni dpt tau pregnant, esok pagi terus uwekk..uwekk kat toilet. Bengang je Daddy Arsyad sbb dia ckp aku mengikut sgt rasa loya tu. Helloo...pregnant Arsyad dulu sekali pun tak muntah, sikit pun tak loya. Penyakit aku masa tu PANTANG JUMPA MAKANAN sahaja. Tp dah kali ni nak mabuk nak buat mcm mana kan. Hadap je la. Tp mmg lawak betul lepas tau aku ni pregnant, abis segala mcm jenis sickness aku dpt. Sblm tu elok je. hahaha

Tp aku gagahkan diri gak sbb tau Daddy bz dgn course. Mlm2 Arsyad batuk2 and muntah, nak nangis aku bersihkan segala muntah and tukar cadar. Kadang2 1 mlm 2 kali. Then terus rendam, esok pagi2 masuk machine, sebelum gi keje sidai. Sbb cadar Arsyad ada 3 set je. So mcm mana pun lagi 2 set tu kena stand by kasi kering cepat2. Dah la time tu musim ujan, takut betul tak kering. Takkan aku nak lapik plastik kasi senang cuci kot. Melampau kesian anak aku kan..hahaha

Pastu aku plak kena batuk and demam selesema bagai. Gi clinic, dia ckp ubat ni selamat utk preggers. Aku call gynea, gynea ckp jgn la mkn sembarangan. Meh dtg spital jmpa dia amik ubat yg dia slalu kasi kat patient dia. Weekend tu Daddy ada class gak, aku redah je gi berdua dgn Arsyad. Igt nak amik ubat je, skali doc nak jmpa. Tp si nurse suruh amik urine dulu sbb nak buat record baru. Dah aku pening mcm mana nak bwk bdk ni gi toilet bersama2 amik urine? Soh dia duduk dgn Nurse mmg jgn harap la. Heret je dia skali dlm tu, suruh dia pandang pintu, then dia curi2 toleh, dia jerit "Eeee..Mummy tak malu!!". Terus aku dgr suara2 gelak dari toilet sebelah menyebelah. Saborrr je la Arsyad nih.

Then doc nak scan plak.Masa tu baru 6 weeks plus. Aku dah kencing, so tak full bladder. Buat scan biasa tak nampak. Then doc ckp nak buat vagina scan la. Gerun weyy..Aku tak pernah buat. Arsyad releks je sebelah aku tgk je apa doc nak buat. Bila aku ckp doc, sorry saya takut la. Doc ckp releks, kang muscle tak releks susah. Tiba2 Arsyad pegang tgn aku ckp "Mummy jgn takut ea...takde pape..tak cakit.." Sebak betul rasa hati nih..Sbb slalu if dia takut dgn doc everytime nak amik jab, itu la aku ckp kat dia...

Scan semua alhamdulilah baby dlm kantung, and kat position yg betul. Tp arsyad kerut2 kening tgk monitor tu. ye la mana dia paham. Dia bayangkan baby betul yg comel gelak2 dlm perut aku ni kot. Terus dia tanya "Mummy, nape baby itam??" hahahaha..jgn Arsyad..marah Daddy kang..hahaha

Tak terpikir langsung nak gi 1st check up berdua dgn Abdullah Arsyad. Tp aku tau aku kena biasakan diri gak sbb mana tau time Daddy takde aku kena gak gi spital kan. And aku bersykur sgt Arsyad makin lama makin paham, bila aku penat, aku nak rehat dia ckp ok, kita tgk cite Upin Ipin sama2 eh..Ye la Arsyad..layan je la..Tp kadang2 bila dia ter-excited nak main sama2 dia lompat2 atas badan, and bila aku marah, dia ckp "sorry baby..abg lupa.." hahaha..

Most of the time dia lupa la. Sbb perut aku belum besar kan. Kena slalu ckp ngan dia. If dlm kete pun skrg dia duduk dpn, aku duduk belakang. Kadang2 dia dtg main2 kat belakang, tp still ok sbb luas, so takde la dia nak hempap2 tak tentu pasal. Dia tu skali ajak main dah mcm aku ni bdk umur 4thn dia buat. Aritu dia main2 jual2 kuih. Dia jadi pakcik jual kuih. Masa tu dlm kete. Dia ckp "mummy, nak beli kuih apa?" Aku kebetulan pening sgt masa tu. aku ckp "Mummy takde mood nak beli kuih Arsyad, lgpun takde duit nih" then dia marah. Terus dia lompat atas aku and cakar muka pastu ckp "Cepattt..Beli kuih Arsyad..Beli Jugakkk!!". Ya Allah garang betul pakcik jual kuih nih. hahaha..Sebenarnya dia nak org main dgn dia. So tahankan aje la order la mcm2 kuih yg ko nak. Janji dia puas org layan dia.

Mmg betul ckp org agak mencabar bila pregnant dgn sorang lagi anak kat luar nih. Tp mcm mana pun kena kuat la kan. Cita2 tinggi nak 4 org anak. Baru nak masuk dua dah tak larat mcm mana kan. So sikit demi sikit aku kuatkan la semangat. Takmo jadi lembik. Sbb tu bila aku dpt morning sickness ni, aku belajar cara nak kurangkan. Aku takmo muntah2 hari2 then lembik dgn laki takde gi course mcm mana aku nak jaga anak and gi keje? So aku try mkn biskut kering and roti bakar tiap2 pagi. Sbb research ada ckp roti bakar and biskut kering leh absorb angin. Rasa mual and muntah2 tu berpunca dari angin. Alhamdulillah..makin lama makin kurang. Tp rasa pening2 tu tetap ada. Rasa mcm nak tercabut rambut2 kat kepala ni. So aku jmpa gak solution bila dpt gi cuci rambut kat Wisma Central dgn massage kepala selama sejam dan di charge RM18 skali massage, cuci and blow. Ahhh..indahnya hidup nih. Mmg best gila dia urut. Kadang2 aku sampai tertido..hahaha

Perkembangan Arsyad hari demi hari mmg makin byk. Tp takde la sampai leh baca buku, or leh tulis karangan. hahaha..Sama je dgn perkembangan bdk2 sama usia dgn dia. Janji dia dpt membesar dgn sihat, bertambah bijak, boleh berdikari sndiri, aku happy sgt2. And of coz aku sangat2 bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan kat aku and family skrg ni. Cabaran hari2 tu biasalah kan, takde cabaran, bkn kehidupan la namanya..Janji hari2 dpt tgk muka org2 yg aku sayang, and dpt hidup dgn diaorg..Oh..Syukur!..

Skrg dh nak abis 1st trimester masih muntah2. Tapi aku lega sbb belum sampai tahap aku penat muntah and terus lembik. Sbb lepas je muntah aku terus makan. Ganti benda yg kuar tu. Takmo hilang tenaga. Kang skali dah lembik, terus takde energy nak fight sickness seterusnya..takmo..takmo..takmo..Setengah org tak larat nak lawan, mmg betul2 apa yg masuk semua kuar kan, aku lega bahagian aku tak seteruk itu. Nasib la still boleh buat derk masuk toilet muntah then kunyah biskut 3 keping lepas tu..hahaha..

Eh, tajuk adalah Arsyad...tapi update pasal muntah apehal? lantak ler..janji ada sikit pasal arsyad..hahaha..aku tak tau apa nak update sbb tak best bila update tanpa gambar. Tp gambar sekeping pun tak amik peel aku skrg amat benci amik gambar. Camera yg baru dpt tu terdampar je dlm drawer kat umah tu. Ntah bila nak pakai lagik. hahaha..tgu la bila dah betul2 sihat..Sbb amat pelik bila aku tak amik gambar..Sangat la bkn Mummy Arsyad..hahaha

Mar 2, 2011

Daim Cake Ikea...nymmm..nyuummm...

Ni mmg fav aku if gi Ikea. Selain dari meatball yg mengiurkan itu..aku gak gila Daim cake..rata2 org yg gi Ikea pun mesti la amik meatball and Daim cake kan..tapi skrg ni susah btol nak nak dpt. asal gi je, dah abis. penat tau makcik beratur 30 min nak dpt..tp sampai je dpn counter tu dia ckp dah abis..abis takkan aku nak nangis hentak2 kaki kot kat situ kan..harus la redha dgn hati yg berat..hahaha

So aritu gi dpt mkn meatball yg enak bangat ni je la...tamak beli 15 ketul tapi aku sedar kemampuan aku..confirm licin lincau aku kerjakan..Kalau tak sia2 je aku berlapar dari pagi sampai kul 6ptg semata2 nak ngap meatball and daim cake kan..sampai Ikea gigil2 cari makanan bila dpt ngapp tu mcm heaven sungguh...hahaha..dramatik melampau kan..


Pastu aku saja antar gambar bakar line ke Bulan Sayang...then ngadu2 ckp takde daim cake penat dtg dari jauh. Skali dia ckp cuba cari kat bawah dpn kaunter tu yg jual biskut2 tu ada kat situ..Masa tu kebetulan aku dah nak balik and mmg betul2 lalu dpn tu. Harus la singgah tgk kan. Tp kosong plak kat tmpt Daim Cake tu. Aku pun tak putus asa tanya bdk kaunter tu dh abis ke? takde lagi ke? dgn muka sedih kan...Agaknya bdk tu pun ingat aku datang dari kampung peghak mana tingin nak mkn Daim cake sian pulak kan. Terus dia gi kitchen kuarkan 2 kotak utk aku..hahahaha..Geleng2 pala je si Daddy Arsyad..

Aku terus puas hati melampau...Skrg Ikea di rumahku!!!..hahahaha...Aku tgk diaorg jual gak meatball style frozen siap ada sauce dia. Tp leceh la nak kena rebus, buat stock sauce segala. Oleh kerana aku mmg pegang title Pompuan paling pemalas di Kajang, harus la aku beli Daim cake yg hanya perlu di keluarkan dari peti ais, tgu 10 min utk dia cair meleleh2 tumpah2 coklat2 dia..utk terus ngappp tanpa segan silu kan..Benda2 lain yg rencah2 ni tgu la kot2 esok lusa aku rajin..hahaha

:: Sedappppsssss::


So inilah dia Daim Cake style dlm kotak bentuk bulat yg berharga RM25.00 sekotak. Kalau ko potong cantik2 ikut ukuran dia jual tu, dpt la dlm 8 potong kot..ok la puas makan. kalau tak puas beli la 10kotak buat stock terus. Pastu rebut2 dgn anak sendiri..hahahaha



Ish..tgk gambar2 ni rasa tak sabar mau balik makan plak..hahaha

Ipad 2 Weyyyyy....

Pagi ni kat FB kecoh kwn2 aku yg mana dah beli Ipad tension sbb akan kuar Ipad 2 version lagi besttttt end of March ni. (of coz la sampai Msia 6-7bln lepas tu kan..)..

Hahahahaha...aku apalagi gelak syaiton la..Ye la so far wishlist aku Ipad je belum dpt lagi...Aku dok la gedik2 tnya Daddy,dia ckp i mmg saja tak beli sbb nyampah tgk org poyo2 usung Ipad. Ada satu kali tu ktorg bfast kat Pelita. Then ada la laki bini ni dua2 dok ngadap Ipad masa tgh bfast...sebelah tgn suap makan..sebelah tgn dok main2 Ipad..Eh..come on la..kat kedai mamak kot..and tgh mkn kan..lek2 la..apa yg penting sgt ko nak check sampai sebelah tgn pegang Ipad sebelah tgn makan..org tgk pun rimas..bkn jeles...rimass..sbb skrg bkn la susah sgt nak dpt Ipad pun...if org boleh beli hp beribu..sah2 leh beli Ipad kan..so tak payah la nak show off sgt "weyy..kitaorg laki bini pakai Ipad okeh..". which is we get it,  ok..ko kaya..so????

Haaa..maybe sbb tu la Daddy Arsyad pilih benda2 lain jadi hadiah kat aku kan..hahaha..dia ni cepat menyampah kat org. And if skali dia dah menyampah tu..that's it. satu keturunan Ipad dia benci. hahaha...So oleh kerana nafsu aku masih menebal nak memiliki Ipad ni..harus la aku mendapatkan sendiri..nasib nak kuar Ipad2 yg lagi cantik kebabom and lambat sket sampai Msia. Sempat aku berjimat cermat, makan nasi bungkus je (no chillis, no Mdm Kwan, no Dome etc), kurangkan shopping..semata2 nak beli kan...Kalau org kata ekeleh..baru nak pakai ke? aku dah bertahun kot pakai..leh aku ckp "Takpe..i mmg tgu Ipad 2 pun.." hahaha..alasan org takde duit kan..

Tp kena pikir gak no 2 coming soon nih. Byk gak belanja. Byk gak benda aku kena pkir, kena budget utk baby nanti. Dulu time Arsyad awal2 aku dah buat list, then simpan duit sikit2, beli brg pun sikit2, so that takde beban sgt kan. Nasib gak most of brg2 Arsyad adik dia leh sambung pakai. Babyrocker, car seat, stroller, playpen, babycot, bumbo, segala mak nenek brg baby la semua elok lagi sbb abang bertuah ni ni pakai kejap2 je. Dia lagi suka dukung. Harap2 adik dia kali ni lebih bersopan santun. Boleh di letak main dlm rocker sampai tertido. hahaha...Sah pemalas punya mak..And if boy lagik, byk gak baju2 Arsyad leh pakai..Aku byk kasi org..tp ada gak baju2 yg aku syg aku simpan..So tambah sikit2 je. If girl, wahhh..harus mak ko lupakan Ipad2 and terus borong gaun2 yg comey2 itu kan..pasal anak harus semua terus di ketepikan..hehehe

Kalau aku betul2 nak..harus la simpan singgit sehari..(bak kata Syerah..hahaha). agak2 tak cukup masa nak beli nnti, pepandai la gandakan tabungan ker,puasa shopping utk 3-4bln ker..kan??? tgk la semangat aku lagi 6- 7 bln masih utuh ke tak. If dah tak kuat..kalau dah takde entry pasal Ipad2 dlm ni, maknanya aku tak mampu nak menabung la tu..hahaha

Tgk ler tak ke comey benor si Ipad2 nih...sangat matching sama berry saya...pastu pakaikan dia "baju" color shocking pink!. wallah..confirm aku pun bwk gi Pelita and layan time bfast dgn laki aku pastu dia amik Ipad2 tu dia hempas ke lantai..hahahaha..



Kenapalah ko gorgeous sgt????...ish..tak sabarrrr..harus berebut dgn Arsyad if jadi beli nanti. Kalau dia kasi rosak, aku suruh je dia ganti balik. Pakai duit raya dia thn lepas..apa susah..hahahaha..

Nak lagi bakar line..mari kita tgk vid dia...lagi la membuat kan aku rasa mcm..waaa..nak..nak..nakkkkkkkkk


Saya percaya kepada rezeki..if ada..adalahhhh...

(padahal tak sedari diri tu anak sorang pun tak ckup masa nak layan..ni plak bila dah tambah lagi sorang..bila masa ko nak belek Ipad tu weyyyyy...di Pelita kah??? hahahaha...lantakkk..nak jugak!!!)