Pages

May 14, 2012

Bangkok Day 2

OK sambung...punyalah lama nak sambung kan,.....hehehe

Hari kedua, mmg dari awal2 plan nak bawak budak2 gi Safari World Bangkok. Tgk kat youtube, mmg teruja. Mcm2 ada kat sana kan. So budak2 pun pagi2 dah teruja. Di sebabkan Bangkok ni jam sokmo..ktorg gerak la awal pagi. Pagi pun tak de la pagi sangat, dlm kul 8am mcm tu. bfast light2 je kat hotel. Aku buat roti bakar, dgn panaskan nasi goreng beli kat kedai Arab smlm. Jadi la buat lapik perut kan...jalan dgn bdk2 ni ko kena pastikan tank mereka penuh. Baru la hati mereka gumbira..hehehe..Si Aina saja tkmo makan. Tak lalu katanya. Dah excited nak ke Safari. Ish, berjalan dgn Auntie Zu, wajib la makan. Tak makan, takmo kawan. Nak2 dia paksa gak la telan roti dgn nasi goreng tu. Hehehe


 :: Budak excited...sepanjang perjalanan takleh tido. dok tanya empat belas ribu kali bila nak sampai..::

Perjalanan dari Bangkok ke Safari adalah dekat 2 jam!!..kematu bontot tau....haha..sbb byk jalan tutup, and jem. Sabar je la melayan bdk2 tnya bila nk sampai kan. Nasib kakak berdua tu tido. Arsyad je tak boleh nak tido tak sabar2 sgt katanya..


 :: Yeay!!..sampai dah...gambar separuh je sbb snap dari dalam moving car sambil mengendong bayi lapan kilo...kekeke::

Nampak tak ada ticket booth kat entrace tu. Mcm biasa, beli ticket dari booth tu sbb nnti akan masuk terus kat kawasan Safari kan..Then dia tnya la driver kitaorg berapa ramai local, berapa ramai tourists. Kalau kat Safari Bogor leh la ktorg cong ckp semua Indonesian kan..Leh dpt harga local. Kat sini ko nak ckp ko org Thailand? skali sepatah dia tnya, berbuih mulut ko nak jawab kang..hahaha..so declare je la semua tourists..

Yg aku terkejut tu, aku dah tgk dah entrance fee hanyalah THB350. So dah siap2 bagitau Daddy supaya dia tau la berapa byk nak budget kan..RUPANYA.....fee utk tourists adalah THB950!!!!....Aku argue gak..aku ckp nape takde dlm website? dia ckp dlm website diaorg tulis fee utk local je...OMG...panasnya hatiiiiiiii..

Daddy jelingggg je aku. Nasib dia tak marah. Hahaha...Tp tension la. Jauh tu ok 350 ke 950. Nasib bawak duit yg cukup. Buatnya tak cukup? meraung la anak aku bila kena patah balik kannn...

Masuk2 je terus ke kawasan lapang ala2 Safari ke Africa...Byk gak binatangnya....Kandang pun dekat2. Tp aku tak berapa enjoy sgt..Kepala dok memikir shot duit arini sbb terlebih2 membayar entrance fee...sebagai secretary merangkap CFO yg bertauliah, aku rasa ralat sbb tak buat study betul2..hehehe..over....

 :: Swan...Arsyad suka tgk...sebesar2 alam tasik buatan dia::


 :: Zirafah..masa ni ktorg pelik nape zirafah ni ala2 puteri lilin berteduh bawah khemah plak kan..rupanya kt situ tmpt org kasi makan..patut laa...::


 :: Bear ni comel ok..dia tgh mandi sambil tido ala2 menikmati treatment kat spa gitu...haha::


 :: Budak belum paham apa2...muka ala2 whatever jer::

Kecik je Open Safari dia...takde la sebesar kat Bogor. Byk lagi gambar binatang aku tak snap sebenarnya...tp serious takde besar sgt...Next adalah Marine Park and Safari Park. Ala2 mcm Zoo..kt sini betul2 besar. Takkan larat ko nak round kasi khatam satu hari. So aku dgn bijaknya amik map, tanda tmpt2 wajib pergi je. Show2 yg wajib tgk. Sudehhh..by 3pm nak chow. Sbb kang nak balik ke Bangkok kang jem lagik...tak kuasa..


 :: Adelia dah jadi mcm bahan pameran...Mana2 je pergi mesti org stop tgk dia...terasa bangga sbb aku rasa anak aku comel..hahaha::


 :: Budak2 yg excited dan tak reti erti penat..makan pun tak lalu...::


 :: Suruh Aina and Aliyah posing mcm patung ni..tp diaorg malu2 plak..haha::


 :: Anak bujang cinta hati saya...suka tgk bila dia happy::


 :: Anak dara cinta hati saya....walaupun dia lom paham apa2, dia relax je ikutkan apa ktorg buat...::


 :: Posing dulu sementara diaorg ada mood nih::

Panasnya dlm Safari ni MasyaAllah...berdeting2 ok. Aku rasa total air mineral aku minum sepanjang dlm tu adalah dlm 5botol kot. Haus kering je tekak. Sampai nak makan pun tak lalu. Panas giler....Budak2 pun kejap2 berhenti beli air..Kejap2 beli air...tp still nak ke sana ke mari. Aku dah doa2 je diaorg penat ajak balik. JGN HARAP!. hahaha..

Show pertama tgk Sea Lion. Best!!!!..ok la mana2 Safari and Zoo aku pergi, lom pernah tgk show Sealion kan..kali ni ada la something diff sket..


 :: Begitu ramai manusia..ada ramai pelancong dari China and India::


 :: Comel kan::

Pastu sesi bergambar dgn Sealion...Diaorg kata satu gambar THB400...Amboi..amboi...mahalnya..Tp dapat satu patung Sealion...Aku pun dgn kiasunya....Amik 2 coupon..Satu utk Aina and Aliyah...Satu utk aku dan Arsyad...tp gambarnya adalah dlm 8 kali snap. Hahaha...Ko charge mahal2 kan? So aku suruh la ko snap berkali2..Mcm2 posing aku buat. Kekekeke..baru puas hati!!..Tension je muka org yg jaga tu...haha


 :: Aliyah merelakan dirinya di cium....::

 :: Aku geli..so aku kasi cium tgn je...8x snap pun, semua gambar nampak aku gemok...tak guna juga kan..so tempek satu gambar sudah...::

Next plak tgk show gajah. Agak jauh tmpt sealion ke gajah. Nak kejar show time pun satu hal. Dah mcm masuk treasure hunt kami nih. Berlari sana..berlari sini. Nak kejar show punya pasal. Hahahah...Dasar Kiasu..

 :: Berani nak buat massage gaya gini???::

Show dia so-so sahaja...Aku rasa elephant show kat Zoo Singapore lg best... Pastu sesi amik gambar bersama gajah plak...Charge nya??? THB 450 jugak...amboi....sealion 450, gajah 450, kang harimau 450....satu hari berapa jota ntah dia dpt semata2 org nak amik gambar dgn binatang2 kan..

Tp Daddy rupanya ada plan yg lagi bijak..Ktorg kasi org lain amik gambar dulu...tak payah beratur beli coupon. Pastu agak2 org dah surut, daddy hulur 20 baht kat tangan gajah, pastu mintak gajah angkat Aliyah yg teringin nak amik gambar gaya cleopatra gini...Org yg jaga gajah tu tergamam tak tercakap apa...Hahaha..Aku pun buat muka selamba je la...Rugi si Aina and Arsyad takut nak posing mcm Kak Aliyah...bkn senang gajah nak angkat gini kan...


 :: Pandai budak ni posing kan::

Nasib kat luar tmpt gajah tu ada tmpt Walrus, dolphin, and binatang2 lain....so relek2 je kasi anak2 lawatan sambil belajar kejap...Aku ni kan terlebih muatan melampau. Kejap2 carik kerusi..kejap2 nak duduk....Penat gila...


 :: Budak ni dah pandai..sikit2 ckp "Mummy, amik gambar abg kat sini.." Pastu posing maut...haihh..perangai sapa la yg dia ikut nih..hahaha::


 :: Pastu gi tmpt zirafah...kasi zirafah makan...rupanya kt sini la tmpt zirafah2 tu berteduh...org ramai kasi makan...satu bakul THB50. ::

 :: Mintak posing lagi anak bujang aku nih....layankan ajer...::


 :: Budak kepanasan dan kepenatan...tp bunga tetap menten...siann dia::

Jalan2 jap, lepak lagi..Daddy beli air lagi. Aku mintak beli ais skali. Baru puas minum twister dlm longokan ais time panas2 berdeting ni kan...

Lepak kat tmpt harimau...Best ok. Ko leh tgk harimau dgn dekat siap ada meja and kerusi utk picnic2 bersama harimau..kahkahkah...Arsyad terlebih excited, dia gi dekat2 dgn pagar. Skali ada sekor harimau dari jauh lari pastu rempuh pagar tmpt Arsyad diri, mcm nk terkam Arsyad. Nasib la pagar tu rupanya pagar elektrik. Terus berbunyik dgn kuat. Terus terjatuh dan terbaring kejap harimau tu kat situ. Pastu pelan2 dia bgn and gi balik kat tmpt dia lepak sebelum tu. Arsyad??? lari tak mencecah tanah dah. hahaha...Gila laju dia lari ke arah aku. Muka cuak gila jgn ckp la kan...kekeke

 :: Masa ni tgk buaya dgn "awek"..Konon aku dgr mcm diaorg berborak. Mcm ayam borak dgn itik la kot kan..hahaha::

Next show, gi tgk dolphin. Itu attraction paling best kat sini. Ktorg gi awal. Cop tmpt yg best2. Tp sementara nak tgu show start, Adelia dah rimas gila. Sbb panas melampau. Aku dah bukak baju dia dah. Berpeluh2 makcik tu. Sian dia. So dgn berat hati, aku ckp kat Daddy aku chow gi kuar dari situ dulu lah. Sbb org terlampau ramai kot kan. Ada dekat 500 org kot. So rasa berkuap walaupun open space. Kipas berlambak tp sikit pun tak rasa. Aku pun bwk la Adelia gi souvenir shop. Pura2 tgk souvenir. Padahal nak tumpang aircond. Hahahaha


 :: Anak2 yg tak abis2 posing..Tapi comel kan?? Sawadikappppp::

Kuar dari Safari dlm kul 3 lebih. Ok la enjoy juga. Byk benda baru kitaorg tgk. Walaupun panas berdeting. Pastu driver ktorg ckp if nak g waterpark terus boleh gak. Sbb dekat je dgn Safari ni. Eh, tak larat la makcik.....Lagipun baju bdk2 ni tak bawak. Esok je la kita dtg ke arah sini balik. Walaupun agak rugi dari segi masa perjalanan, tp sila berfikiran realistic sket kan. Nak berpanas2 balik dlm waterpark tu, mmg idok ler.....So balik ler kami ke pangkal jalan...

Sampai hotel, masing2 ketiduran. Kejut suruh naik atas pun tak boleh bukak mata dah. Sian. So ktorg kasi budak2 tido sampai diaorg puas. Takmo kejut. Ikutkan hati balik je hotel, mandi2, solat pastu nak kuar balik. Tp tgk bdk2 penat, postpone je la. Dlm kul 7pm baru diaorg bgn. Terus mandi2, gi shopping complex nama dia MBG. Kt sini best ada mcm flea market dlm shopping complex. So adalah lega shopping dlm keadaan sejuk. Hehehe

Tp MBG ni tutup awal. kul 9.00pm dah tutup. Sempat beli keychain je. Nak cari makan pun tak sempat. So balik la ke Sukhumvit balik. Cari Nasi Beriyani kat kedai Arab semalam je. Senang. Perut dah lapar. Kalau nak cari Halal Food tmpt lain kang buang masa je. Dah makan kenyang, balik hotel. Kali ni tak naik tut tut ke hotel. Kitaorg jalan kaki!!!..Ni semua Daddy punya paksaan. Lebih 1km ok jalan dgn bdk2. Arsyad lapan ploh kali tnya jauh lagi ke? kaki dah tak larat...hahaha..Siap dia ckp, "Mummy, jom la kita lari..cepat sikit sampai..." Alololo..comey nya anak aku nih!!

Sampai hotel, tukar baju tido...kebabom la kan...Tp si Aina and Aliyah plak takleh tido. Diaorg kan dah tido lama ptg tu..So diaorg lepak tgk tv...cite Fashion TV okeh..kelas korang..Auntie zu pun tak layan Fashion TV...hahaha...

Ok la esok cite lain plak. Pun hari yg memenatkan. Tak kisah la penat ke tak. Yg penting anak2 happy kan....

:: Lupa lak nak letak.ni salah sorang peminat Adelia kat MBG tu..senang mak ko....ada org sudi nak tolong pegang..hehehe::

May 9, 2012

Bangkok Day 1

Okeh..jgn di tanya kenapa dah lama tak update..biasalah kemalasan melanda. Takde perasaan nak update blog. BW mmg hari2..haha

And takmo cite byk..marilah kita cite pasal Bangkok. Padahal dah 2-3 minggu balik kan..kekeke..Takpe, lambat update takpe, janji ada gak update. 

Flight ktorg aritu pukul 12.20pm. Senang. Takde nak awal2 pagi kejut anak2. Elok je diaorg bangun kul 8am, then siap2, taxi sampai kul 10.00am. Sbb dah buat web check in, sampai awal kul 11.00am kat KLIA pun relax2 je. Siap bagi bdk2 makan, baru lah ke boarding hall. Sbb kali ni naik MAS, and nak ke international departure hall kena naik train, anak2 adalah teruja. Hahaha..Actually Arsyad dulu masa gi India train ni tgh under construction. So ktorg naik bus. Tp kali ni bila dapat naik train...Mmg suka la budak2 tu. Si Aina yg comel leh tanya aku "Auntie Zu, kita naik train ni sampai Bangkok ke?" Walalalala....haha...Comel ler kamu ni Aina..


 :: Anak dara kecintaan hati saya::


 :: Anak-anak yg di bawak berjalan...tiga je behave, lagi sorang yg muka nakal tu....hmm...maleh nak ckp::


 :: Teruja naik train...train je ponnnn...hehehe::


Dpt plak flight baru..ada in flight entertainment. Sorang satu dpt screen. Seronok gila bdk2 tu. Jakun. Aku pun jakun. Tp aku control la kan..miahahaha....Tak bosan la flight 3jam tuh. Tp tak dpt snap la plak keterujaan budak2. Sbb camera dlm bag. Tau2, dah sampai je...Adelia plak behave sgt2 dlm flight...Tido je kejenya...hehe

Sampai Bangkok kul 1.30pm waktu sana. Sbb dia awal sejam dari KL kan...Daddy agak kelam kabut nak clearkan immigration utk kami ber-enam. Dia sorang je isi form. Agak patah tgn jugak la kan. Haha...Aliyah and Aina dah terror gila kat immigration counter. Relax je bawak passport masing2, clear kat immi, pastu tgu ktorg bila dah settled. Senang tau bdk2 ni. 

Airport Bangkok cantik and luas. Ala2 KLIA gak la. Puas la bdk2 ni berlari kan. Pstu semua org friendly gila. Setiap kali jumpa mesti greet tourist mcm kitaorg nih. Pastu mesti usik2 Adelia. Diaorg ni suka baby gamaknya. Rata2 aku pergi semua mesti la geram kat budak tu. Arsyad pun sampai dah naik muak "Ish..sawadikap..sawadikappp je..." hahaha...




Daddy mmg dah booked Driver. Bkn org lain, kawan dia juga. Mmg keje driver kat sana. So senang la kan. Dari Airport nak ke town tu makan masa gak. Bangkok adalah jam memanjang. Ramai org suka lagi naik MRT nak ke mana2. Tp kitaorg tak larat ler budak 4 org, dgn stroller lagi kan. Sampai hotel sejam gak perjalanan. Perut dah lapar gilaaa..Dlm flight td makan sikit2 je sbb tgh dukung Adelia susah ler nak makan..

Ktorg stay kat Citadines Sukhumvit 8. Kawan Daddy yg suggest area ni. Senang cari makanan halal katanya. Dia hotel apartment. Mmg apartment style. Cantik...moden dia punya design. Takde la besar mana hotelnya. Cukup dgn basic facilities je lah. 

Masa nak check in tu, dia tnya anak aku berapa org..aku ckp la 4org. Pstu dia ckp aku tak letak anak 4 org kat dalam reservation..Ah, sudah. Tak boleh ke sumbat ramai2? Takkan nak amik 2 apartment kot kan.Sbb ktorg mmg dah booked 2 bedroom apartment. Ok lah tu. Budak2 pun kecik2 je. Pastu kawan dia kat sebelah dok agah2 Adelia. Budak kecik tu pun gelak2 la suka. Terus dia geram2, lalu dukung Adelia. Then kawan dia ckp takpe, dia upgrade ktorg ke Family Suite Apartment. Ada satu unit je kat Citadines ni. Apartment paling besar. Wallahhh...free upgrade...sukeeeee.....Ada untung gak bawak baby pakai bunga kembang semangkuk...hahahaha... 



A
 :: Hall..besarrrrr...::


 :: Master Bedroom. Masa ni tak masuk baby cot lagik::


 :: 2nd Bedroom::


 :; Toilet dlm master bedroom...pun besarrr::

 
 :: Kitchen. Ada periuk, kuali, sudip, toaster, microwave, segala mak nenek utk masak memasak...tp kitaorg panas2kan je nasi goreng beli kat kedai arab. nak masak kang nak beli bahan2 lagi kan...mcm la nak duduk sebulan...::


 :: Kitchen dia tak besar sgt...tp sgt2 selesa...


 :: Sian budak ni terdampar sorang2...org lain tgh sibuk belek2 apartment...hhahahaha::

Pastu ktorg rehat2 je..Sbb dlm agenda mmg takde benda la hari pertama kan...nak bagi budak relax2...tak payah nak kejar2 sgt semua nak cover...Travel dgn budak2 ni kena relax2, kang diaorg penat, kita lagiiii la penat kan...

So lepak kat apartment sambil snappy2....suka layan anak2 tgh happy nih..tp kejap2 tu nak gaduh je kejenya..terutama the only hero tuh..


 Aliyah muka marah....sbb Arsyad tampar muka si Adelia...dah biasa dah kak...hehe::


 :: Sian betul muka dia kan??::


 :: Suka bila abg dah kawan balik::


 :: Muka cari makan...sbb gelak mcm ni la dpt upgrade free....kekeke::


 :: Masa tgh baik..yg bertahan hanya 5 min..::


 :: Lepas tu, menjerit la balik adiknya...hehehe


Pastu ptg sket kul 5pm mcm tu ktorg pun siap2 nak gi jalan2...Tak jauh pun. Dlm 1km dari hotel jalan besar dah. Kat situ ada la night market, restaurant, kedai2, yg boleh di buat modal hari ni. Free shuttle dari hotel. Sbb kalau nak jalan keluar, agak masam gak la ketiak kan...Budak2 suka betul naik tut tut nih. Sbb laju weihh..aku agak ngeri. Skali dia amik lap, rasa mcm nak terbalik pun ada....

 
 :: Aina tanya kenapa kat KL takde tut tut....hehehe::


 :: Feeling pelancong la sgt kamu nih::


 :: Ini la rupa night market dia..sama je mcm kat sini::

Jalan seberang jalan besar ni ada Arab Street. Penuh la kedai2 Arab kat sini. Sbb nak cari makanan halal kat Bangkok ni agak leceh juga. Ada tu ada, tp jauh.. Yg dekat dgn hotel ni la kat Arab Street. Aku dari KL dah set nak makan REAL THAI FOOD. Skali sampai2 makan Nasi Beriyani. Agak kecewa gak la. Tp aku redha..Tgu le esok2 leh cari la Halal Thai Food kan....

Jalan agak peluh ketiak gak la...Jauh gak tp sbb ada night market tu, takde la terasa jalan jauh sgt. Cuma night market kt sini bersepah2 jual barang 18sx tuh...Elok je bergolek2 atas meja diaorg. Puas gak nak jawab kat budak2 ni. Diaorg ni plak curiousity tinggi, dok tanya apa tu Auntie Zu? Ish..jgn tgk la, itu barang org besar...hahahaha..aku pun maluuuu nak jawab..


 :: Budak kepenatan Jalan2 Cari Makanan Halal::


 :: Elok je sampai, dia bgn..::

 
 :: Panas ok Bangkok nih..Dlm kedai ada aircond pun leh basah kuyup anak aku kepanasan..Bahang dia lagi heibat dari KL..::


Lepas dah kenyang, nak menapak balik ke main road. Budak2 dah penat. Aku ckp kalau penat, esok tido je kat hotel. Takyah kuar mana2. Tup2, terus cargas masing2 berjalan. hahaha....Elok je sampai hotel, mandi2, solat. Terus ketiduran masing2. Esoknya nak ke Safari World Bangkok. Jauh dari Kota Bangkok. Dlm sejam setengah perjalanan. So kena bangun awal. Aku dah warning, kalau bgn lebih dari kul 6am, kita tak payah pergi. Muncung je si Aina bila dgr. hahaha...

Ok la sambung Day 2 kat next entry....

Apr 16, 2012

Anak Bujang Kecintaan Hatiku.....

Tajuk mesti lah yg jiwang2...supaya nanti bila Arsyad besar and dah pandai baca blog ni, hidung dia kembang kempis....sbbnya dlm entry2 sblm ni aku dok la "mengata" dia kan...hahaha...So kena la amik ati sket...  :-)

Kali ni nak cite pasal anak sulung, anak lelaki, anak bujang, anak bertuah aku tu. Dah lama gila tak story mory pasal dia. Sejak ada adik ni, biasalah kasih sayang kena di bahagikan sama rata...Dulu limelight semua kat dia kan..Sekarang tidak lagi lah. Nak tambah lagi adik..lagi la kurang limelight kat ko abg..terima la kenyataan kehidupan ini..hahaha

Abdullah Arsyad skrg dah 3 thn, 2 bulan. Alhamdulillah..sebelum dia masuk 3thn aritu dia dah fully diaperless. Utk tido je pakai pampers. Sbb time tido of course dia tak tau nak control bila nak kencing kan. Mencabar gak la misi nak ajar dia toilet train nih. Spt biasa, ibu yg malas mcm aku ni..start dari sekolah. Hahaha..Mintak cikgu ajarkan kat sekolah...Kang agak2 dah ok baru aku start kat rumah. Dasar mak yg pemalash. Miahaha

Bkn apa...aku ok jer. Daddy tu tak berapa boleh tolerate if dia accident sana sini kan. Lagi2 dia tak dpt bayangkan if Arsyad terlepas dlm kete kesayangan dia.....kalau jadi, mmg confirm dia jual terus kete tu kot!. Punyalah susah nak terima budak yg baru belajar toilet train ni,  of course la ada accident terlepas di sana sini kan..Mcm la dia kecik2 dulu automatic reti gi toilet...haihhhh

Tp masalahnya dgn si Arsyad nih, dia memang SENGAJA buat2 terlepas. Cth tgh main2...walaupun dah 18x aku igtkan dia suruh gi toilet, dia ckp tak rasa nak kencing pun..tp diam2 dia keluar, kencing dlm kasut Daddy..Bila aku marah, dia ckp "Ala...takpela Mummy..Arsyad teringin nak kencing kat sini"......

Apa harus aku jawab???

Wajibulghunnah lah aku jawab dgn tangan kan!!!..haha..kasi sedass dua...pastu tak de la dia buat lagi....Now, alhamdulillah...gi jalan KLCC ke, gi mana2 jauh2 kena duduk dlm kete lama2 ke, mmg tak pakai pampers. If dia terasa nak kencing, dia bgtau, then kelam kabut ktorg cari petrol station. Tp tension gak sampai je petrol station, dia ckp tak jadi kencing. BERASAPPPPP!!!

Skrg pulak,  sikit demi sikit dia dah terima la adik dia. Bila ckp dia nak dpt adik lagi...dia terus tnya nape kita ada adik banyak2? hahaha..Aku ckp la Allah nk bagi..bagus la...murah rezeki..Mcm la anak ko umur 3thn tu paham apa makna murah rezeki kan????.....Dah tu apa lagi nak jawab? Pastu kang dia gi kat Adelia "Padan muka....Kak Diya nak dapat adik..!!" Then aku pelik la...tanya dia..laa, adik Adelia, adik Abang gak la...pastu korang tau apa dia ckp???

" Tak la...Adelia tu adik abg....baby dlm perut Mummy...adik dia pulak la...sorang satu ada Adik.."

Iyer, itu la pemahaman budak 3thn bila tau nak dpt adik lagi kan..Adelia tu pun sikit punya lama dia nak accept. Ni kan plak adik baru. Bertabahlah diriku...hahahaha

 :: Masa testing nak beli golf set...dia punya la berzikir hari2 kat telinga Daddy nak real golf set...berminggu-minggu..tak tahan Daddy dia dengar..::


 :: Budak Happy dpt apa yg dia nak...senang je idup anak2 zaman skrg kan...hahaha::


 :: Kalau suruh amik gambar..suka nak spoilt kan gambar mcm ni..buat muka busuk....::


 :: Bila aku marah..baru dia reti nak buat muka senonoh sket...::


 :: Ni cara dia main golf...supaya bola tak kena kepala kata dia...hahaha

Abdullah Arsyad mmg sangat2 special utk aku and Daddy...sejak dia dari dlm perut...selamat lahir ke dunia ni..membesar dpn mata ktorg...dapat adik...mmg perangai dia agak special sikit dari org lain...Miahahaha...Sesungguhnya, setiap kali aku tension melayan perangai ganaz dia..dlm hati aku sangat2 bersyukur...sbb dia mengajar aku erti SABAR...Mau tak sabar kalau jenis pijak muntah aku yg terlepas atas lantai..pastu lari satu rumah dgn kaki kena muntah pada pukul 10 malam....tak sabar namanya tu?  hahaha...Dia ajar aku erti kuat...ajar aku jadi matured..jadi Mummy yg terbaik utk dia..dan adik2 dia..InsyaAllah...

Skrg ni, baru mengaku yg Adelia tu adik dia......Walaupun dalam sehari...ada la lebih 5 kali dia lagi suka lepuk adik dia tu....tp at least dalam diam dia kiss2 adik dia...Ada sekali tu aku gi toilet..aku intai dari dlm toilet...aku tgk, pelan2 dia dtg dia kiss2 adik dia...Elok aku kuar..dia nampak aku, cepat2 dia lepuk adik dia!!. Hahaha..Sungguh twisted cara perlakuan ko ni abg oiiii..Takpelah..dia takmo tunjuk kot..janji dlm hati...sebenarnya dia syg si Adelia tu..

Dia jenis takleh paksa2 dia buat benda..Jgn la ko gertak dia utk apa2...Nescaya gertakan ko tu akan makan diri..Contoh...Bila dia balik dr school..aku tnya dia belajar apa arini..dia malas layan..dia jawab "Ermm....ermmm.." Angguk2 je..Aku pun petir la kan...."Dah kenapa tak reti jawab ni??? Tak baik tau Mummy tanya jawab Ermmm mcm tu jer..." Padahal mak dia ni tak sedar anak dia dah bosan soalan sama hari2 kan...hahaha....Pastu satu hari tu aku tgh kusyuk tgk tv..skali dia dtg tanya "Mummy....kuning tu bahasa inggeris dia yellow kan?". Aku jwb "Ermm..." Haa...masa ni la nak balas balik.." Mummy ni tak tau jawab betul2 soalan abg ke? Tak baik la jawab errmmm je mcm tu..."

Tekanan tak? hahaha..Tp aku suka je sbb tekanan ini adalah tekanan yg membahagiakan...Membesarkan anak2 ni mmg byk cabaran..Tp cabaran yg membahagiakan..Tkde apa yg lebih membahagiakan dari layan karenah anak2 kita kan...(reverse psyco mode..miahahaha)

Paling tension bila dia balik je sekolah dia tanya aku mcm ni:

"Hi Mummy...arini Mummy dduk kat rumah dgn adik ye? Masak apa untuk abg??"

Haa..kau...tertikam jiwa raga ibumu ini anak oiii..mummy pun makan roti kapit telur je tgh hari....malam harap Daddy beli burger utk dinner...miahahahahaha...Saja tanya soalan cepumas apa Mummy ko masak????? 


 :: Abang Arsyad and Kak Diya..hehe..Kau la madu..kau la racun...  :-)  ::