Pages

May 16, 2012

Bangkok Day 3

Cepat je masa berlalu kat Bangkok tu. Tau2 dah Day 3. Arini budak2 lagi la super excited. Sbbnya, arini acara mandi2 utk diaorg. Ktorg ke Siam Park. Dlm 2 jam gak dari Bangkok. Dia dekat dgn Safari smlm. Tp kat situ ada tmpt mandi2 dan theme park skali. Ala2 Sunway Lagoon la kan. So kena gerak awal. Ptg nya plan nak buat activity mummy and daddy plak utk shopping. Dah 2 hari activity budak2. Ini boleh mendatangkan marah...Hahahaha....Tak ler, dah mmg trip ni utk budak2 kan....Tgk diaorg happy, ktorg pun terkinja2 happy juga...

 Gerak dari hotel awal pagi juga. Nak elak jem biasalah kan. Elok plak arini tak jem. Sampai dpn entrace awal, kul 9.00am gitu. Igt nak ajak budak2 gi minum2 dulu. Tp biasalah diaorg time2 gini mana ada selera dah. Diaorg nak minum air kolam jer. Hahaha...So ktorg proceed terus la gi beli ticket. Ramainya org.....Dah tu hari Ahad kan....Mmg kena expect lah org ramai. Tgk Q nak beli ticket mmg arwah la panjangnya. Tp demi anak2, Daddy tabahkan hati ler..


 :: Masih cergas di pagi hari...ceria gila kan muka masing2..nak2 si bujang tuh...sukaaaa tgk dia happy gitu..::


 :: Sampai2 kena ukur tinggi dulu...nasib Arsyad free...Hahaha::


 :: Kenit ni pun happy...mcm paham aje::


 :: Anak2 kecintaan hati saya....Ish Mummy, lengan tu dah besar peha dah.. keke::

Part paling mencabar kat sini adalah.....nak beli ticket.. Giler lah. Takde satu manusia pun yg ktorg jmpa kat sini yg boleh ckp English. Dah abis tu, ticket mcm2 jenis. Ada yg waterpark only, Fun Park only, Ada utk dua2 park tp limited usage..ada unlimited..ada VIP...so nak la diaorg explain semua jenis ticket supaya ktorg tau mana satu berbaloi utk beli kan...Tp bila aku tanya "Can u speak English?" Yg duduk kat counter tu pun geleng2 sambil senyum2 kerang busuk..Uwaaaaaa!!!...Tension makcik..

Terus call driver ktorg, suruh dia dtg rescue. Haa...ada translator senang sket...Driver aku tu leh la ckp English, walaupun tkde la fluent mana...Kalau ko ckp laju2, dia suruh repeat 4-5kali gak..haha..So bila dah bincang2, ktorg agreed nak amik ticket berharga THB 350 sahaja. Dia cover waterpark, and some of the fun park. If full package skali makan, THB750. Tapi kita tak tau halal ke tak food dia serve, so tak payah. Dgn aku nya yg nak jadi tukang jaga beg, tukang pegang Adelia, tukang beli air, tak payah nak amik full package pun kan....


 :: Entrance...terkial2 nak masuk. Sbb tgk la, takde satu pun tulisan yg ktorg paham kat signboard tu. Padahal lain pass, lain pintu masuk dia....TERTEKAN!!!:;


 :: Part paling best kat sini...tak kisah ko nak bawak periuk nasi, tong nasi, air satu lori pun, bawak lah. Berkelah la kamu mcm umah sndiri...Kelasss kan ??

Ktorg gi Waterpark dulu. Budak2 tak sabar dah nak berendam. Tmpt dia luas gila. Mula2 ktorg agak kiasu. Jalan laju2, nak sampai dulu. Nak cop tmpt yg best kononnya...Skali sampai sana, luas gila..Byk gila tmpt kosong.. Terus jadi pening nak pilih tmpt..Dah duduk kat sini, eh tukar la..sana lagi best, dah tukar kat sana, eh tukar la, sini leh dekat dgn kolam leh nampak budak2..Ish, pening kepala aku....

Kerusi rehat ni mmg di sediakan..Tp sewa. Tkde la mahal. THB100. Kira RM1 per kerusi. Hehe..Selesa sgt. Cuaca panas berdeting. Tp ada angin2 sket. Best. Budak2 terus tukar baju tak payah suruh2 dah...biaslaah bab tu mmg tak payah la nak kasi arahan kan...



 :: Nyampah::.
 :: Saya happy je..lepak dgn Mummy saya...::

Bila tanya Daddy, berapa lama kita nak kasi budak2 ni berendam? dia ckp 3 jam. Hah? boleh tahan punya lama tuh..Mau kematu bontot kan...Nak gi jalan2 pun tak kuasa....Skali aku nampak ada org pakai baju hijau bawak bakul2 kecik, pastu kat t-shirt tulis Thai Massage...Tgk diaorg approach org2 yg tgh duduk lepak2...Sapa nak, kat situ gak diaorg buat massage..Wahhh..menarik...Aku pun tak lepaskan peluang la kan..Terus panggil....Tp spt biasa...nak tnya harga, nak tnya berapa lama..aku rasa nak hantuk2 kepala kat dinding....org jaga counter pun takleh ckp English..apa lagi org buat massage kann??? Hadoilahh..nasib diaorg bawak calculator. So main tunjuk2 number jer...hahaha.Murah weih..2 jam, kaki, bahu dan kepala, THB260 sahaja..bersamaan dengan DUA PULUH ENAM HINGGIT...mana ko nak dpt kat KL??? kekekeke


 :: Anak2, berseronok la ye..Mummy pun ingin di belai dan di manja....Nyamannnnn::

Ko mampu buat massage sambil dukung anak kecik? hahaha..Mula2 dia ok, lama2 dia bosan plak..Terus aku panggil Daddy suruh tlg pegang dia...Tension je pakcik tuh. hehe....Pastu lama2 Daddy tgk Adelia dah berlengas dah. Ktorg tak plan pun nak kasi dia berendam sama. Sbb tak tau mcm mana rupa waterpark ni kan. Senang ke tak nak control. So tak bawak la baju dia..Tp Daddy tak kisah. Bukakkan baju, pinjam underware abg...kekekeke


 :: Budak Happy dapat berendam sama...::


 :: Selepas 3 jam...Mummy, abg dah penat...hehehe::

Masa kena urut sambil2 cuci mata kan, aku tgk rata2 budak2 kat sini sihat2 belaka. Tak tau la sbb faktor pemakanan ke, genetik ke, mmg tahap kesihatan dia tu agak menakutkan la. Ni aku ada snap curi2 gambar sorang budak.....Dia terpaling belakang plak. If tgk depan2, lagi la takut....Ish, biar la anak2 aku time baby je gebu2 gini..takut betul if besar2 pun begini skali gebunya...


 :: Gebu tak??::

Okeh abis kat waterpark...kita terus gi Fun Park...Kat sini ada lagi satu prob...Bila tunjuk pass ktorg beli, diaorg tak ckp apa2..tp bila dah Q nak main satu2 rides tu, diaorg tak kasi. Just ckp "No...this cannot.." Bila tanya "Why??"...dah takleh jawab..dia geleng2 kepala jer....

Aku menapak sket punya jauh gi salah satu booth jual pass....Tnya dia, stillllllll sama takleh jawab nape pass aku takleh main rides. Tp dah sah2 aku beli for both waterpark dgn funpark. Cuma atas pass tu tulis Thai. Sepatah haram aku tak paham la kan. Suruh org Thai bacakan, dia nak explain plak tak reti. OMG....tension nya makcikkkkkk....

Jalan punya jalan, tanya punya tanya, sorang2 aku tahan utk tanya..dah mcm pelancong dari planet mana dah..sikit2 "Do you speak English??" bila dia geleng je..aku jeling. Hahaha..Dah sampai tahap emo dah mak buyung nih. Anak2 dah bising dah nak naik rides...Tp prob takleh solve lagik. Agak dlm 20min gak la usaha cari org yg reti English, akhirnya jumpa gak!!...Rasa nak picit2 pipi mamat tuh. Hahaha...Dia tlg check kan, pastu dia ckp pass aku beli utk waterpark and 2 Fun Park. Family Park and Fantasy World je. Lagi 2 jenis park takleh masuk. OOoooo..gitu..ada 4 jenis theme park rupanya....apalah complicated sgt kannn..

And nasib baikkkk..diaorg ada Small World....Segala rides utk budak kecik...3thn ke bawah....Slalu if gi mana2, most of the rides Arsyad takleh naik, sbb tak ckup tinggi dgn tak cukup umur. Tiba2 ada dlm 10 rides dia leh belasah, wahhh..happy sgt2 mamat tuh...Legaaaa aku!.


 :: Naik boat...tp kawan sebelah tak layan dia..hahaha::


 :: Ni la 2 jenis theme park yg ktorg leh naik. Ok la ada 10 rides gak kan. Termasuk waterpark, berbaloi gak la THB350 tu...::


 :: Aliyah naik one of the rides yg agak gila..dia sorang je berani naik benda2 gini pun..ktorg hanya bagi semangat dari bawah jer...hehe::

Bila dah terbahagi dua kumpulan mcm ni...kumpulan budak kecik bawah 3thn, dan budak besar sket bawah 18thn, dgn masa yg suntuk, ktorg bahagi je la kepada dua haluan. Daddy jaga anak manja dia main rides kat Small World, aku bawak Aina and Aliyah puaskan hati kat rides2 yg diaorg leh naik. Senang. Sama2 leh enjoy, save time. Tkde la semua org mengantuk je tgk Arsyad nak naik boat 14x kan..hahaha

Org makin ramai. Mybe sbb tmpt ni tutup kul 10pm. Siap ada mcm pesta and parade bagai. Ktorg plak dah plan by 3pm nak gerak. Puas tak puas, nasib korang la anak2..hehe...So dlm kul 2pm tu akhirnya Arsyad dah puas hati. Lega aku. Kakak2 je nak naik rides puas2 lagik. Nasib baik tak panjang Q. Walaupun org ramai, tp tmpt ni luas. Semuanya ada dlm 50 rides, dgn waterpark lagi kan..So agaknya crowd elok je berpecah kasi tak sesak. Bagus. Aku tak tahan if nak tgu Q lama2....Nasib Adelia mmg jenis behave. Walau panas, walau dah melekit, dah rimas, dia relax  jer....

:: Arsyad dgn mascott Siam Park..dia ada 2 ekor..sorang pakai Si..sorang pakai Am..haha..comel kan?::



 :: Anak dara saya yg sporting..happy memanjang..::


 :: Pastu tiba2 ada station TV datang mintak permission nak shoot aksi si Arsyad...Cara dia dtg mintak permission tu, aku rasa nak nangis..Sbb satu patah hapah tak paham..hahaha..::


 :: Suruh Aina buat "sawadikappp" tp malu2..hehe::


 :: Budak ni mmg ada bakat semulajadi...ceria, peramah....dah mcm rancangan tv sendiri je dia buat..hehe::


 :: Please dont take my picture....talk to my manager first!!...huahahahaha::

Gerak dr Siam Park tepat kul 3pm. Tak larat.....Berbotol2 air minum. Tp tak gi toilet sangat...Dah di serap dgn cuaca yg panas kot. hahaha...Utk mengelakkan budak2 ngantuk dlm perjalanan..mcm2 la aku buat utk entertain diaorg. Kang diaorg tido, jadi mcm smlm. Satu apa tak leh buat. Oh..tidak. So ktorg main la mcm2 games. Tau2 dah sampai hotel..Yeay..

Aku teringin sgt nak gi Maddam Tussauds. Itu je yg terdekat dgn KL kan. Dah feeling2 nak amik gambar posing2 dgn patung2 dlm tuh. Hehe..So naik bilik, mandi2, solat. Terus keluar. Semangat nih. Tp utk tidak mengulangi kesilapan yg sama sebagai CFO, aku check dulu entrance fee dia dengan org hotel. Nak tau berapa??? THB850!!!...RM85 sorang!!...amboiii..cekik darah. Mementang benda tu tourists spot. Terus cancel!. Daddy ckp tkpelah, if aku teringin sgt pejam mata, bayar je lah. Dah alang2 smpi sana kan..NEHI!!!....membazir jer...Baik kita gi makan...hahaha


So bergerak la kami ke MBG. Tmpt smlm. Itu je tmpt shopping yg paling selesa utk kami yg bawak anak kecik ni. Ok la kali ni sampai awal, so puas gak la dpt barang2. Flea market dlm shopping complex, tkde la murah mana. If nak murah, g kat night market kat luar2. Tp tak kuasa lah kan. Budak2 penat nak berjalan, kita pun penat nak heret diaorg. Lgpun trip ni bkn trip shopping2. Apa yg nampak dpn mata, berkenan, beli. Tkde nak cari2. Senang.


Pastu nak cari makan dlm MBG ni mencabar gak. Nak tanya tmpt Halal Food. Lain org yg ktorg tnya, lain direction yg dia tunjuk. Berpusing2 ktorg dlm tu. Perut dah lapar. Aku tnya la Daddy..dia dah berpuluh2 kali dtg Bangkok, dia tak rasa sesak nafas ke masalah komunikasi gini kan. Nak cari tmpt makan pun susah. Dia kata dia tak susah. Dia makan dlm hotel. Balik meeting, order room service je. Tak kuasa dia nak jalan2. Patut lahhh....


Akhirnya jumpa gak restaurant halal. And they serve authentic thai food!!!..Hoyeehhh....Secara menggila aku order...Haa..pueh hati. Kedai dia kecik sgt. Org ramai. Nasib dpt tmpt. Tp dgn stroller, dgn makan berlaggar situ..agak mencabar la kan. Nasib masing2 lapar..diam je abiskan nasi dlm pinggan memasing..hehe



:: Besar lagi tulis Halal.::

 
:: Lauk pauk...tomyam dia giler punya sedappppppp...aku hirup2 sampai titisan terakhir..hehe::


Elok je abis mkn, MBG nak tutup dah. Satu lagi benda kat sini, most of the shopping complex tutup kul 9.00pm. Pastu automatic taxi dgn tut tut punya charges pun naik. Dah ala2 midnight charge. Pelik aku. Sbb ktorg mintak driver antar ke sini je, pastu dia leh balik. Sian plak nak suruh dia tunggu sampai ktorg settled, pastu semata2 nak antar ke hotel je kan. So amik cab je lah. Slalu dari MBG ke Sukhumvit THB60 jer..tp lepas kul 9pm jadi THB250. Nice kan?? Aku ckp dgn Daddy, yg ni leh pejam mata, bayar. Nak tgu2 cab yg jujur tak menekan, smpi esok tak balik hotel kang. Bdk2 dah ngantuk. So bayar je lah. 

Sampai hotel, Arsyad and Adelia dah ngantuk sgt2. Kejap je dah tido. Tp Aina and Aliyah nak berjaga layan Fashion TV lagik. Mlm terakhir kat Bangkok katanya...alolololo....Nnti la ada rezeki kita dtg lagik k. Sbb esoknya tkde apa2 activity. Lepak2, santai2 relax2 pastu terus ke aiport. Tak kuasa lah nak heret bdk2 jalan lagi on the last day. Sian diaorg penat. Niat di hati aku nk gak gi Floating Market, org kata dtg Bangkok, tak gi situ, tak sah la kan. Tp takpelah. Next time je kot. Esoknya flight kul 2.00pm. By 11.00 am dah nak gerak dr hotel. So tak payah la nak terkejar2 sgt. Janji budak2 happy sgt2 dgn trip kali nih.....

Bkn main panjang entry Day 3 nih. hahaha....ok esok entry pendek je sbb tkde activity sgt...All in All.....Bangkok is so much FUN!!!...Walaupun masalah bahasa kan..tkpelah.....lain kali nak dtg, aku belajar ckp Thai dulu..kekeke


6 comments:

Pnut said... [Reply to comment]

geramnya tengok adelia tu.. ceria je manjang, si abang tu pun sama, eeeiii memang menggeramkan.. kalo dpt kidnap arsyad sehari..

zue ko kalo nak gi shopping kat alamanda ke.. tinggalkan arsyad kat rumah akak ek...

Anonymous said... [Reply to comment]

payahnyer la nk berkomunikasi ye..masalah jugak tu..

i baca ur experience g bangkok dr 1st day smp last day ni terasa keseronokan & keletihannyer (bkn letih baca ye), rase mcm i dibawa bersama ke bangkok ekekeke..means cara u bercerita tu sgt la bkesan smp rase terbuai2 dibawa ke sana eceh!

tu salah satu sbb i suke baca ur blog. even when u bercerita psl u, anak2 u & ur family pun buat i rase mcm ade mase kejadian tu..semoga terus rajin bercerita ye..hehe..

~fida~

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Naz,

hehe..Arsyad tu mmg gitu. dari kecik cheeky sampai ke besar. Mcm akak tgk la, suruh cite pasal Upin Ipin the musical, sampai terbaring2 atas jalan raya. Beriya la konon nak cite tu kannn..hehe

InsyaAllah kak..kalau zu gi Alamanda sorang2 bwk anak2, post je si abg tu kat umah akak..hehe

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Hi Fida,

Alamak..malunyaa...hehe...I cite biasa2 jer...Cite2 hal life yg boring je mcm org lain gak..Tkde la blogger tegar semua benda nak buat entry...hehe...kalau rasa nak update, baru I update... :-)..Thanks sbb sudi singgah. U takde blog ke? and mcm mana leh tersangkut baca blog picisan nih??? kekeke

mama4A's said... [Reply to comment]

adelia mmg cool.. tk tahan sungguh bab 1talk to my manager 1st! hahahaha

arsyad, bila nk main ngan echa lg? nanti kita g mandi pool lagik ea.. tgu kakak2 cuti sekolah. :)

ZuNas77 said... [Reply to comment]

Kak Selly,

hehe...syukur sgt Adelia tak meragam time panas2 tu kan....

Acad balik je aritu terus ckp nak tinggal kat Bangi lah..cantik muka. igt mama and ayah tu larat nak layan dia? hahaha..ok nnti hujung minggu if free ktorg dtg menyibuk lagi ok..kekeke