Pages

May 21, 2012

Bangkok Last Day

Pergi Bangkok 4 hari je...tp nak update cite2 Bangkok kat blog rasakan amik masa 4 minggu!!..hahaha...Sorry la yer..dah mmg aku ni adaaa je keje lagi penting yg perlu di buat..sapa ckp dok umah tak keje ni goyang kaki....hmmm.....sila berhenti keje, rasa dok umah dulu..pastu baru ckp okeh!!...hehe

Ok la jom abiskan cite Bangkok. Last day mmg takde apa2 agenda. Sbb bdk2 penat hari2 kena gegar bgn awal pagi kan, so arini kita kasi diaorg chance tido ikut suka. Tp bdk2, biasalah. Adrenalin melampau2 charge nya lebih dari kita org tua, pagi2 dah bgn nak mandi pool. Kat apart hotel ni mmg ada pool. Cuma tak la besar. Sbb hotel ni pun kecik je kan. Kira mmg ngam2 la utk budak bertiga tu campur Daddy. Boleh la berenang ke hulu, ke hilir lapan ratus kali...kekeke...So sementara aman bdk2 tkde, tidokan Adelia, aku pun start la mengemas...Kang diaorg balik, terus mandi, siap2 jer. Senang. Ini la keje mak2 klau gi bercuti kan...Mengemasss je la keje ko. Nak feeling2 rendam2 badan dalam bath tub??? Mimpilah!!!..hehe

:: Suka je kanak2 riang ni kan::

 
:: Budak ni tak abis2 "Mummy..best la Bangkok..best la Bangkok....ko tak tau mak bapak ko dah Bengkok dah nih...hahaha:;

 

:: View dari balkoni..semua bangunan hotel..::

 
:: Abg dah lepas mandi, layan adik main...nampak mcm abg mithali kan?? kekeke::

 
:: Adik mmg pantangggg tgk makanan....semua dia nak ngapp::

 
:: Spiderman in action..Beli baju ni kat MBG. RM30 sajor...hehe::

 
:: Budak ni kalau suruh buat apa2 gaya, mmg kepakaran dia lah..sampai last2 kita yg tak larat dah nak snap...::

 
:: Spiderman garang la kononnya tuh..Pastu nangis2 takmo bukak baju ni. Nak pakai naik flight balik KL. Mengamuk Daddy dia..kang dia transform jadi spiderman dlm flight, kita jugak susah kan..haha::

 
:: Dah check out...Adelia dgn peminat terakhir di bumi Bangkok :-)::

Perjalanan dari Sukhumvit ke Airport boleh tahan lama gak la. Ala mcm KL ke KLIA gak. Tp sbb jalan kat Bangkok ni jam memanjang. So buat lagi lama la kitaorg kematu dlm kete tuh. Elok sampai, check-in beg, ktorg gi lunch. Daddy dah janji ngan aku nak belikan pulut mangga kat sini. Sedap melampau katanya. Tapi aiport Bangkok ni terlampau besar. Dari immigration check point, tiba2 ko ada kat tgh2. Pastu pilih la nak ke kanan ke, ke kiri. Kalau once dah ke kanan, tak payah la nak mimpi2 round2 nak ke belah kiri plak. ada yg jalan merangkak kang..haha..Jauh weih...So ktorg pusing kanan je sambil berdoa adalah benda yg boleh di ngappp....Tiba2 jumpa Burger King. Pastu aku tnya daging dia halal tak? dia ckp tak...ayam je halal.ok la..ayam pun ayam ler.....janji kenyang..

Pastu Daddy carikan pulut mangga...Beli satu je. RM15. Dlm aiport, harus la mahal kan. Share2 makan. Skali mmg sedap melampau. Tak cukup plak. beli lagi satu. Aku nak snap gambar, baru kuar camera dah kena sound "Eleh..gambar pulut mangga pun nak snap ke? Jgn nak jadi mengelabah leh tak?" hahaha..Nyampah i tau..So takde la gambar utk mengundang air liur korang okeh!. Daddy kata so far pulut mangga kat Thai Restaurant kt KL ni pun, lain rasa dia...Tak sama dgn yg Bangkok...Entah la, tekak masing2 kan...

 
:: Abg sikit demi sikit dah sayang kt adik..Tapi lepas dia cium, dia kasi penampar satu kali. Aku pun confuse. Love hate relationship ke mereka nih? hehehe::

 
:: Paksa anak dara Kak Selly melaram. Dia malu2. Tp kena paksa. Dulu masa mula2 jumpa dia, umur setahun lebih..Skrg dah darjah tiga okeh!. Sebak plak Auntie Zu ingat2..hehe::

 
:: Auntie Zu paksa pose ala2 cover album..kahkahkah...Gasak le awak Adelia dah besar kang...tak larat nak layan Mummy ko yg over nih...kikiki::

 
:: Dah tak larat nak jalan2, dok sini diam2 je...Adelia mmg bkn main happy lagik. Tak buat perangai langsung..Alhamdulillah..org ckp susah nak berjalan dgn anak kecik, tp anak kecik aku so far tak kasi mendidih hati la kan....::

Masuk je flight, dah berkobar2 budak2 nak layan in-flight entertainment lagi kan..Skali....dia kasi aircraft lama...buruk gila....jgn kata tv, pelapik seat pun zaman 80-an dulu. Hahaha..Kecewa gila Aina and Aliyah. Muncung je muka masing2. Si Aina siap ckp "Ala...nape flight lama..Aina tak biasa lah.." Tak biasa okeh!!!..Mcm hari2 naik flight je awak ni kan Aina..haha..

So melayan budak2 selama 3 jam tanpa apa2 activity, agak menguji gak. Nak2 si Abdullah Arsyad tu lah kan. Macam2 la dia buat..dia kan attention seeker yg sejati. Adelia elok take-off je, dia pun landing. Senang. Sampai je KL, aku tak tahan dah. Kepala dah berpusing, tekak dah mual2. Kuar je gate, pass Adelia kat Daddy, terus aku lari gi toilet.

Skali toilet plak penuh. Ye la org suma baru turun kan. Tak dpt nak tahan, terus aku muntah kat sink. Ada minah cina kat sebelah aku dok cebik2 muka konon aku ni takde sivik gi muntah kat sink. Helloo..ko tak nampak org semua beratur nak masuk toilet tuh? Ko ingat tahan muntah ni mcm tahan kencing ke??? Aku wat derk je la kan...Tp terpaksa la aku jadi pengotor dgn angkut sisa muntahan dgn tisu dan buang dlm tong sampah. Kalau tak tersumbat la sink tu. Sorry la kepada yg baca entry ni sambil makan okeh!. hahaha..

Tetiba anak bertuah tu dtg. Dia tgk aku cedok muntah aku, dia pun elokkk je nak "tolong". Tp pakai tangan sendiri!. Tension gila. Terus aku bawak masuk toilet, basuh tgn, and kasi dia buang air. Senang kang tak yah nak singgah2 toilet lagik. Elok je nak pakaikan seluar balik, dia amik paip yg tergantung tu, dia letak atas kepala aku, and tekan!!...Basah lencun aku ok!. nasib sebelah aje. Sbb aku sempat mengelak. Haaa..apa lagi. Bergegar la toilet tu dgn jeritan mummy kan. Daddy yg tgh tgu kat luar tu pun dgr. Hahaha..

Arsyad memang begitu. Dia dah penat sebenarnya. Tapi mmg perangai dia, dia tak boleh kenal erti penat. So kalau dia penat, dia akan buat benda2 pelik just nak kasi dia energy balik. Mmg akan kuar la benda2 mengarut dia buat. Itu je la kena tahan sket. Nak tgu dia ckp dia penat, mmg takde lah....so kalau ktorg tgk dia start mengarut2 tu, maknanya dia penat lah tu...

Sampai rumah dlm kul 6.30pm. See....nasib last day ni tkde apa2 agenda. Kalau ada, lagi flatt ktorg dgn budak2 kot. Sbb travel time tu pun dah memenatkan....Flight awal, sampai rumah agak awal, pun terasa penat. Nasib aku sedar diri, kalau pagi2 gasak gak bdk2 bgn nak gi floating market, mmg menempah maut la jawabnya..hehe

Abeh sudah kisah Bangkok....Mmg best la travel kali ni. Relax ajer..and best tgk tmpt org walaupun masalah nak communicate tu kan. Tp takpe, janji budak2 happy sangat. Itu yg penting. Aku tiap kali balik travel, aku cuci gambar2 gi holiday and letak dlm album. Si Arsyad tu rajin tgk and belek. Pastu dia teringat lah mana dia pergi, apa dia buat, apa dia tgk...Pastu senyum2 sorang2..Pastu merengek2 nak gi holiday lagik..Banyak duit dia...hahaha..Nanti2 lah. InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh la kan..Nak berholiday je setahun 10 kali...jom makan meggi hari2 ye anak2..kekeke
 
:: Kak Aina yg penyayang dgn Adelia yg tembum::

 
 :: Saya happy sgt Mummy...nanti bawak saya jalan2 lagik ea....Hehehe::

May 16, 2012

Bangkok Day 3

Cepat je masa berlalu kat Bangkok tu. Tau2 dah Day 3. Arini budak2 lagi la super excited. Sbbnya, arini acara mandi2 utk diaorg. Ktorg ke Siam Park. Dlm 2 jam gak dari Bangkok. Dia dekat dgn Safari smlm. Tp kat situ ada tmpt mandi2 dan theme park skali. Ala2 Sunway Lagoon la kan. So kena gerak awal. Ptg nya plan nak buat activity mummy and daddy plak utk shopping. Dah 2 hari activity budak2. Ini boleh mendatangkan marah...Hahahaha....Tak ler, dah mmg trip ni utk budak2 kan....Tgk diaorg happy, ktorg pun terkinja2 happy juga...

 Gerak dari hotel awal pagi juga. Nak elak jem biasalah kan. Elok plak arini tak jem. Sampai dpn entrace awal, kul 9.00am gitu. Igt nak ajak budak2 gi minum2 dulu. Tp biasalah diaorg time2 gini mana ada selera dah. Diaorg nak minum air kolam jer. Hahaha...So ktorg proceed terus la gi beli ticket. Ramainya org.....Dah tu hari Ahad kan....Mmg kena expect lah org ramai. Tgk Q nak beli ticket mmg arwah la panjangnya. Tp demi anak2, Daddy tabahkan hati ler..


 :: Masih cergas di pagi hari...ceria gila kan muka masing2..nak2 si bujang tuh...sukaaaa tgk dia happy gitu..::


 :: Sampai2 kena ukur tinggi dulu...nasib Arsyad free...Hahaha::


 :: Kenit ni pun happy...mcm paham aje::


 :: Anak2 kecintaan hati saya....Ish Mummy, lengan tu dah besar peha dah.. keke::

Part paling mencabar kat sini adalah.....nak beli ticket.. Giler lah. Takde satu manusia pun yg ktorg jmpa kat sini yg boleh ckp English. Dah abis tu, ticket mcm2 jenis. Ada yg waterpark only, Fun Park only, Ada utk dua2 park tp limited usage..ada unlimited..ada VIP...so nak la diaorg explain semua jenis ticket supaya ktorg tau mana satu berbaloi utk beli kan...Tp bila aku tanya "Can u speak English?" Yg duduk kat counter tu pun geleng2 sambil senyum2 kerang busuk..Uwaaaaaa!!!...Tension makcik..

Terus call driver ktorg, suruh dia dtg rescue. Haa...ada translator senang sket...Driver aku tu leh la ckp English, walaupun tkde la fluent mana...Kalau ko ckp laju2, dia suruh repeat 4-5kali gak..haha..So bila dah bincang2, ktorg agreed nak amik ticket berharga THB 350 sahaja. Dia cover waterpark, and some of the fun park. If full package skali makan, THB750. Tapi kita tak tau halal ke tak food dia serve, so tak payah. Dgn aku nya yg nak jadi tukang jaga beg, tukang pegang Adelia, tukang beli air, tak payah nak amik full package pun kan....


 :: Entrance...terkial2 nak masuk. Sbb tgk la, takde satu pun tulisan yg ktorg paham kat signboard tu. Padahal lain pass, lain pintu masuk dia....TERTEKAN!!!:;


 :: Part paling best kat sini...tak kisah ko nak bawak periuk nasi, tong nasi, air satu lori pun, bawak lah. Berkelah la kamu mcm umah sndiri...Kelasss kan ??

Ktorg gi Waterpark dulu. Budak2 tak sabar dah nak berendam. Tmpt dia luas gila. Mula2 ktorg agak kiasu. Jalan laju2, nak sampai dulu. Nak cop tmpt yg best kononnya...Skali sampai sana, luas gila..Byk gila tmpt kosong.. Terus jadi pening nak pilih tmpt..Dah duduk kat sini, eh tukar la..sana lagi best, dah tukar kat sana, eh tukar la, sini leh dekat dgn kolam leh nampak budak2..Ish, pening kepala aku....

Kerusi rehat ni mmg di sediakan..Tp sewa. Tkde la mahal. THB100. Kira RM1 per kerusi. Hehe..Selesa sgt. Cuaca panas berdeting. Tp ada angin2 sket. Best. Budak2 terus tukar baju tak payah suruh2 dah...biaslaah bab tu mmg tak payah la nak kasi arahan kan...



 :: Nyampah::.
 :: Saya happy je..lepak dgn Mummy saya...::

Bila tanya Daddy, berapa lama kita nak kasi budak2 ni berendam? dia ckp 3 jam. Hah? boleh tahan punya lama tuh..Mau kematu bontot kan...Nak gi jalan2 pun tak kuasa....Skali aku nampak ada org pakai baju hijau bawak bakul2 kecik, pastu kat t-shirt tulis Thai Massage...Tgk diaorg approach org2 yg tgh duduk lepak2...Sapa nak, kat situ gak diaorg buat massage..Wahhh..menarik...Aku pun tak lepaskan peluang la kan..Terus panggil....Tp spt biasa...nak tnya harga, nak tnya berapa lama..aku rasa nak hantuk2 kepala kat dinding....org jaga counter pun takleh ckp English..apa lagi org buat massage kann??? Hadoilahh..nasib diaorg bawak calculator. So main tunjuk2 number jer...hahaha.Murah weih..2 jam, kaki, bahu dan kepala, THB260 sahaja..bersamaan dengan DUA PULUH ENAM HINGGIT...mana ko nak dpt kat KL??? kekekeke


 :: Anak2, berseronok la ye..Mummy pun ingin di belai dan di manja....Nyamannnnn::

Ko mampu buat massage sambil dukung anak kecik? hahaha..Mula2 dia ok, lama2 dia bosan plak..Terus aku panggil Daddy suruh tlg pegang dia...Tension je pakcik tuh. hehe....Pastu lama2 Daddy tgk Adelia dah berlengas dah. Ktorg tak plan pun nak kasi dia berendam sama. Sbb tak tau mcm mana rupa waterpark ni kan. Senang ke tak nak control. So tak bawak la baju dia..Tp Daddy tak kisah. Bukakkan baju, pinjam underware abg...kekekeke


 :: Budak Happy dapat berendam sama...::


 :: Selepas 3 jam...Mummy, abg dah penat...hehehe::

Masa kena urut sambil2 cuci mata kan, aku tgk rata2 budak2 kat sini sihat2 belaka. Tak tau la sbb faktor pemakanan ke, genetik ke, mmg tahap kesihatan dia tu agak menakutkan la. Ni aku ada snap curi2 gambar sorang budak.....Dia terpaling belakang plak. If tgk depan2, lagi la takut....Ish, biar la anak2 aku time baby je gebu2 gini..takut betul if besar2 pun begini skali gebunya...


 :: Gebu tak??::

Okeh abis kat waterpark...kita terus gi Fun Park...Kat sini ada lagi satu prob...Bila tunjuk pass ktorg beli, diaorg tak ckp apa2..tp bila dah Q nak main satu2 rides tu, diaorg tak kasi. Just ckp "No...this cannot.." Bila tanya "Why??"...dah takleh jawab..dia geleng2 kepala jer....

Aku menapak sket punya jauh gi salah satu booth jual pass....Tnya dia, stillllllll sama takleh jawab nape pass aku takleh main rides. Tp dah sah2 aku beli for both waterpark dgn funpark. Cuma atas pass tu tulis Thai. Sepatah haram aku tak paham la kan. Suruh org Thai bacakan, dia nak explain plak tak reti. OMG....tension nya makcikkkkkk....

Jalan punya jalan, tanya punya tanya, sorang2 aku tahan utk tanya..dah mcm pelancong dari planet mana dah..sikit2 "Do you speak English??" bila dia geleng je..aku jeling. Hahaha..Dah sampai tahap emo dah mak buyung nih. Anak2 dah bising dah nak naik rides...Tp prob takleh solve lagik. Agak dlm 20min gak la usaha cari org yg reti English, akhirnya jumpa gak!!...Rasa nak picit2 pipi mamat tuh. Hahaha...Dia tlg check kan, pastu dia ckp pass aku beli utk waterpark and 2 Fun Park. Family Park and Fantasy World je. Lagi 2 jenis park takleh masuk. OOoooo..gitu..ada 4 jenis theme park rupanya....apalah complicated sgt kannn..

And nasib baikkkk..diaorg ada Small World....Segala rides utk budak kecik...3thn ke bawah....Slalu if gi mana2, most of the rides Arsyad takleh naik, sbb tak ckup tinggi dgn tak cukup umur. Tiba2 ada dlm 10 rides dia leh belasah, wahhh..happy sgt2 mamat tuh...Legaaaa aku!.


 :: Naik boat...tp kawan sebelah tak layan dia..hahaha::


 :: Ni la 2 jenis theme park yg ktorg leh naik. Ok la ada 10 rides gak kan. Termasuk waterpark, berbaloi gak la THB350 tu...::


 :: Aliyah naik one of the rides yg agak gila..dia sorang je berani naik benda2 gini pun..ktorg hanya bagi semangat dari bawah jer...hehe::

Bila dah terbahagi dua kumpulan mcm ni...kumpulan budak kecik bawah 3thn, dan budak besar sket bawah 18thn, dgn masa yg suntuk, ktorg bahagi je la kepada dua haluan. Daddy jaga anak manja dia main rides kat Small World, aku bawak Aina and Aliyah puaskan hati kat rides2 yg diaorg leh naik. Senang. Sama2 leh enjoy, save time. Tkde la semua org mengantuk je tgk Arsyad nak naik boat 14x kan..hahaha

Org makin ramai. Mybe sbb tmpt ni tutup kul 10pm. Siap ada mcm pesta and parade bagai. Ktorg plak dah plan by 3pm nak gerak. Puas tak puas, nasib korang la anak2..hehe...So dlm kul 2pm tu akhirnya Arsyad dah puas hati. Lega aku. Kakak2 je nak naik rides puas2 lagik. Nasib baik tak panjang Q. Walaupun org ramai, tp tmpt ni luas. Semuanya ada dlm 50 rides, dgn waterpark lagi kan..So agaknya crowd elok je berpecah kasi tak sesak. Bagus. Aku tak tahan if nak tgu Q lama2....Nasib Adelia mmg jenis behave. Walau panas, walau dah melekit, dah rimas, dia relax  jer....

:: Arsyad dgn mascott Siam Park..dia ada 2 ekor..sorang pakai Si..sorang pakai Am..haha..comel kan?::



 :: Anak dara saya yg sporting..happy memanjang..::


 :: Pastu tiba2 ada station TV datang mintak permission nak shoot aksi si Arsyad...Cara dia dtg mintak permission tu, aku rasa nak nangis..Sbb satu patah hapah tak paham..hahaha..::


 :: Suruh Aina buat "sawadikappp" tp malu2..hehe::


 :: Budak ni mmg ada bakat semulajadi...ceria, peramah....dah mcm rancangan tv sendiri je dia buat..hehe::


 :: Please dont take my picture....talk to my manager first!!...huahahahaha::

Gerak dr Siam Park tepat kul 3pm. Tak larat.....Berbotol2 air minum. Tp tak gi toilet sangat...Dah di serap dgn cuaca yg panas kot. hahaha...Utk mengelakkan budak2 ngantuk dlm perjalanan..mcm2 la aku buat utk entertain diaorg. Kang diaorg tido, jadi mcm smlm. Satu apa tak leh buat. Oh..tidak. So ktorg main la mcm2 games. Tau2 dah sampai hotel..Yeay..

Aku teringin sgt nak gi Maddam Tussauds. Itu je yg terdekat dgn KL kan. Dah feeling2 nak amik gambar posing2 dgn patung2 dlm tuh. Hehe..So naik bilik, mandi2, solat. Terus keluar. Semangat nih. Tp utk tidak mengulangi kesilapan yg sama sebagai CFO, aku check dulu entrance fee dia dengan org hotel. Nak tau berapa??? THB850!!!...RM85 sorang!!...amboiii..cekik darah. Mementang benda tu tourists spot. Terus cancel!. Daddy ckp tkpelah, if aku teringin sgt pejam mata, bayar je lah. Dah alang2 smpi sana kan..NEHI!!!....membazir jer...Baik kita gi makan...hahaha


So bergerak la kami ke MBG. Tmpt smlm. Itu je tmpt shopping yg paling selesa utk kami yg bawak anak kecik ni. Ok la kali ni sampai awal, so puas gak la dpt barang2. Flea market dlm shopping complex, tkde la murah mana. If nak murah, g kat night market kat luar2. Tp tak kuasa lah kan. Budak2 penat nak berjalan, kita pun penat nak heret diaorg. Lgpun trip ni bkn trip shopping2. Apa yg nampak dpn mata, berkenan, beli. Tkde nak cari2. Senang.


Pastu nak cari makan dlm MBG ni mencabar gak. Nak tanya tmpt Halal Food. Lain org yg ktorg tnya, lain direction yg dia tunjuk. Berpusing2 ktorg dlm tu. Perut dah lapar. Aku tnya la Daddy..dia dah berpuluh2 kali dtg Bangkok, dia tak rasa sesak nafas ke masalah komunikasi gini kan. Nak cari tmpt makan pun susah. Dia kata dia tak susah. Dia makan dlm hotel. Balik meeting, order room service je. Tak kuasa dia nak jalan2. Patut lahhh....


Akhirnya jumpa gak restaurant halal. And they serve authentic thai food!!!..Hoyeehhh....Secara menggila aku order...Haa..pueh hati. Kedai dia kecik sgt. Org ramai. Nasib dpt tmpt. Tp dgn stroller, dgn makan berlaggar situ..agak mencabar la kan. Nasib masing2 lapar..diam je abiskan nasi dlm pinggan memasing..hehe



:: Besar lagi tulis Halal.::

 
:: Lauk pauk...tomyam dia giler punya sedappppppp...aku hirup2 sampai titisan terakhir..hehe::


Elok je abis mkn, MBG nak tutup dah. Satu lagi benda kat sini, most of the shopping complex tutup kul 9.00pm. Pastu automatic taxi dgn tut tut punya charges pun naik. Dah ala2 midnight charge. Pelik aku. Sbb ktorg mintak driver antar ke sini je, pastu dia leh balik. Sian plak nak suruh dia tunggu sampai ktorg settled, pastu semata2 nak antar ke hotel je kan. So amik cab je lah. Slalu dari MBG ke Sukhumvit THB60 jer..tp lepas kul 9pm jadi THB250. Nice kan?? Aku ckp dgn Daddy, yg ni leh pejam mata, bayar. Nak tgu2 cab yg jujur tak menekan, smpi esok tak balik hotel kang. Bdk2 dah ngantuk. So bayar je lah. 

Sampai hotel, Arsyad and Adelia dah ngantuk sgt2. Kejap je dah tido. Tp Aina and Aliyah nak berjaga layan Fashion TV lagik. Mlm terakhir kat Bangkok katanya...alolololo....Nnti la ada rezeki kita dtg lagik k. Sbb esoknya tkde apa2 activity. Lepak2, santai2 relax2 pastu terus ke aiport. Tak kuasa lah nak heret bdk2 jalan lagi on the last day. Sian diaorg penat. Niat di hati aku nk gak gi Floating Market, org kata dtg Bangkok, tak gi situ, tak sah la kan. Tp takpelah. Next time je kot. Esoknya flight kul 2.00pm. By 11.00 am dah nak gerak dr hotel. So tak payah la nak terkejar2 sgt. Janji budak2 happy sgt2 dgn trip kali nih.....

Bkn main panjang entry Day 3 nih. hahaha....ok esok entry pendek je sbb tkde activity sgt...All in All.....Bangkok is so much FUN!!!...Walaupun masalah bahasa kan..tkpelah.....lain kali nak dtg, aku belajar ckp Thai dulu..kekeke


May 14, 2012

Bangkok Day 2

OK sambung...punyalah lama nak sambung kan,.....hehehe

Hari kedua, mmg dari awal2 plan nak bawak budak2 gi Safari World Bangkok. Tgk kat youtube, mmg teruja. Mcm2 ada kat sana kan. So budak2 pun pagi2 dah teruja. Di sebabkan Bangkok ni jam sokmo..ktorg gerak la awal pagi. Pagi pun tak de la pagi sangat, dlm kul 8am mcm tu. bfast light2 je kat hotel. Aku buat roti bakar, dgn panaskan nasi goreng beli kat kedai Arab smlm. Jadi la buat lapik perut kan...jalan dgn bdk2 ni ko kena pastikan tank mereka penuh. Baru la hati mereka gumbira..hehehe..Si Aina saja tkmo makan. Tak lalu katanya. Dah excited nak ke Safari. Ish, berjalan dgn Auntie Zu, wajib la makan. Tak makan, takmo kawan. Nak2 dia paksa gak la telan roti dgn nasi goreng tu. Hehehe


 :: Budak excited...sepanjang perjalanan takleh tido. dok tanya empat belas ribu kali bila nak sampai..::

Perjalanan dari Bangkok ke Safari adalah dekat 2 jam!!..kematu bontot tau....haha..sbb byk jalan tutup, and jem. Sabar je la melayan bdk2 tnya bila nk sampai kan. Nasib kakak berdua tu tido. Arsyad je tak boleh nak tido tak sabar2 sgt katanya..


 :: Yeay!!..sampai dah...gambar separuh je sbb snap dari dalam moving car sambil mengendong bayi lapan kilo...kekeke::

Nampak tak ada ticket booth kat entrace tu. Mcm biasa, beli ticket dari booth tu sbb nnti akan masuk terus kat kawasan Safari kan..Then dia tnya la driver kitaorg berapa ramai local, berapa ramai tourists. Kalau kat Safari Bogor leh la ktorg cong ckp semua Indonesian kan..Leh dpt harga local. Kat sini ko nak ckp ko org Thailand? skali sepatah dia tnya, berbuih mulut ko nak jawab kang..hahaha..so declare je la semua tourists..

Yg aku terkejut tu, aku dah tgk dah entrance fee hanyalah THB350. So dah siap2 bagitau Daddy supaya dia tau la berapa byk nak budget kan..RUPANYA.....fee utk tourists adalah THB950!!!!....Aku argue gak..aku ckp nape takde dlm website? dia ckp dlm website diaorg tulis fee utk local je...OMG...panasnya hatiiiiiiii..

Daddy jelingggg je aku. Nasib dia tak marah. Hahaha...Tp tension la. Jauh tu ok 350 ke 950. Nasib bawak duit yg cukup. Buatnya tak cukup? meraung la anak aku bila kena patah balik kannn...

Masuk2 je terus ke kawasan lapang ala2 Safari ke Africa...Byk gak binatangnya....Kandang pun dekat2. Tp aku tak berapa enjoy sgt..Kepala dok memikir shot duit arini sbb terlebih2 membayar entrance fee...sebagai secretary merangkap CFO yg bertauliah, aku rasa ralat sbb tak buat study betul2..hehehe..over....

 :: Swan...Arsyad suka tgk...sebesar2 alam tasik buatan dia::


 :: Zirafah..masa ni ktorg pelik nape zirafah ni ala2 puteri lilin berteduh bawah khemah plak kan..rupanya kt situ tmpt org kasi makan..patut laa...::


 :: Bear ni comel ok..dia tgh mandi sambil tido ala2 menikmati treatment kat spa gitu...haha::


 :: Budak belum paham apa2...muka ala2 whatever jer::

Kecik je Open Safari dia...takde la sebesar kat Bogor. Byk lagi gambar binatang aku tak snap sebenarnya...tp serious takde besar sgt...Next adalah Marine Park and Safari Park. Ala2 mcm Zoo..kt sini betul2 besar. Takkan larat ko nak round kasi khatam satu hari. So aku dgn bijaknya amik map, tanda tmpt2 wajib pergi je. Show2 yg wajib tgk. Sudehhh..by 3pm nak chow. Sbb kang nak balik ke Bangkok kang jem lagik...tak kuasa..


 :: Adelia dah jadi mcm bahan pameran...Mana2 je pergi mesti org stop tgk dia...terasa bangga sbb aku rasa anak aku comel..hahaha::


 :: Budak2 yg excited dan tak reti erti penat..makan pun tak lalu...::


 :: Suruh Aina and Aliyah posing mcm patung ni..tp diaorg malu2 plak..haha::


 :: Anak bujang cinta hati saya...suka tgk bila dia happy::


 :: Anak dara cinta hati saya....walaupun dia lom paham apa2, dia relax je ikutkan apa ktorg buat...::


 :: Posing dulu sementara diaorg ada mood nih::

Panasnya dlm Safari ni MasyaAllah...berdeting2 ok. Aku rasa total air mineral aku minum sepanjang dlm tu adalah dlm 5botol kot. Haus kering je tekak. Sampai nak makan pun tak lalu. Panas giler....Budak2 pun kejap2 berhenti beli air..Kejap2 beli air...tp still nak ke sana ke mari. Aku dah doa2 je diaorg penat ajak balik. JGN HARAP!. hahaha..

Show pertama tgk Sea Lion. Best!!!!..ok la mana2 Safari and Zoo aku pergi, lom pernah tgk show Sealion kan..kali ni ada la something diff sket..


 :: Begitu ramai manusia..ada ramai pelancong dari China and India::


 :: Comel kan::

Pastu sesi bergambar dgn Sealion...Diaorg kata satu gambar THB400...Amboi..amboi...mahalnya..Tp dapat satu patung Sealion...Aku pun dgn kiasunya....Amik 2 coupon..Satu utk Aina and Aliyah...Satu utk aku dan Arsyad...tp gambarnya adalah dlm 8 kali snap. Hahaha...Ko charge mahal2 kan? So aku suruh la ko snap berkali2..Mcm2 posing aku buat. Kekekeke..baru puas hati!!..Tension je muka org yg jaga tu...haha


 :: Aliyah merelakan dirinya di cium....::

 :: Aku geli..so aku kasi cium tgn je...8x snap pun, semua gambar nampak aku gemok...tak guna juga kan..so tempek satu gambar sudah...::

Next plak tgk show gajah. Agak jauh tmpt sealion ke gajah. Nak kejar show time pun satu hal. Dah mcm masuk treasure hunt kami nih. Berlari sana..berlari sini. Nak kejar show punya pasal. Hahahah...Dasar Kiasu..

 :: Berani nak buat massage gaya gini???::

Show dia so-so sahaja...Aku rasa elephant show kat Zoo Singapore lg best... Pastu sesi amik gambar bersama gajah plak...Charge nya??? THB 450 jugak...amboi....sealion 450, gajah 450, kang harimau 450....satu hari berapa jota ntah dia dpt semata2 org nak amik gambar dgn binatang2 kan..

Tp Daddy rupanya ada plan yg lagi bijak..Ktorg kasi org lain amik gambar dulu...tak payah beratur beli coupon. Pastu agak2 org dah surut, daddy hulur 20 baht kat tangan gajah, pastu mintak gajah angkat Aliyah yg teringin nak amik gambar gaya cleopatra gini...Org yg jaga gajah tu tergamam tak tercakap apa...Hahaha..Aku pun buat muka selamba je la...Rugi si Aina and Arsyad takut nak posing mcm Kak Aliyah...bkn senang gajah nak angkat gini kan...


 :: Pandai budak ni posing kan::

Nasib kat luar tmpt gajah tu ada tmpt Walrus, dolphin, and binatang2 lain....so relek2 je kasi anak2 lawatan sambil belajar kejap...Aku ni kan terlebih muatan melampau. Kejap2 carik kerusi..kejap2 nak duduk....Penat gila...


 :: Budak ni dah pandai..sikit2 ckp "Mummy, amik gambar abg kat sini.." Pastu posing maut...haihh..perangai sapa la yg dia ikut nih..hahaha::


 :: Pastu gi tmpt zirafah...kasi zirafah makan...rupanya kt sini la tmpt zirafah2 tu berteduh...org ramai kasi makan...satu bakul THB50. ::

 :: Mintak posing lagi anak bujang aku nih....layankan ajer...::


 :: Budak kepanasan dan kepenatan...tp bunga tetap menten...siann dia::

Jalan2 jap, lepak lagi..Daddy beli air lagi. Aku mintak beli ais skali. Baru puas minum twister dlm longokan ais time panas2 berdeting ni kan...

Lepak kat tmpt harimau...Best ok. Ko leh tgk harimau dgn dekat siap ada meja and kerusi utk picnic2 bersama harimau..kahkahkah...Arsyad terlebih excited, dia gi dekat2 dgn pagar. Skali ada sekor harimau dari jauh lari pastu rempuh pagar tmpt Arsyad diri, mcm nk terkam Arsyad. Nasib la pagar tu rupanya pagar elektrik. Terus berbunyik dgn kuat. Terus terjatuh dan terbaring kejap harimau tu kat situ. Pastu pelan2 dia bgn and gi balik kat tmpt dia lepak sebelum tu. Arsyad??? lari tak mencecah tanah dah. hahaha...Gila laju dia lari ke arah aku. Muka cuak gila jgn ckp la kan...kekeke

 :: Masa ni tgk buaya dgn "awek"..Konon aku dgr mcm diaorg berborak. Mcm ayam borak dgn itik la kot kan..hahaha::

Next show, gi tgk dolphin. Itu attraction paling best kat sini. Ktorg gi awal. Cop tmpt yg best2. Tp sementara nak tgu show start, Adelia dah rimas gila. Sbb panas melampau. Aku dah bukak baju dia dah. Berpeluh2 makcik tu. Sian dia. So dgn berat hati, aku ckp kat Daddy aku chow gi kuar dari situ dulu lah. Sbb org terlampau ramai kot kan. Ada dekat 500 org kot. So rasa berkuap walaupun open space. Kipas berlambak tp sikit pun tak rasa. Aku pun bwk la Adelia gi souvenir shop. Pura2 tgk souvenir. Padahal nak tumpang aircond. Hahahaha


 :: Anak2 yg tak abis2 posing..Tapi comel kan?? Sawadikappppp::

Kuar dari Safari dlm kul 3 lebih. Ok la enjoy juga. Byk benda baru kitaorg tgk. Walaupun panas berdeting. Pastu driver ktorg ckp if nak g waterpark terus boleh gak. Sbb dekat je dgn Safari ni. Eh, tak larat la makcik.....Lagipun baju bdk2 ni tak bawak. Esok je la kita dtg ke arah sini balik. Walaupun agak rugi dari segi masa perjalanan, tp sila berfikiran realistic sket kan. Nak berpanas2 balik dlm waterpark tu, mmg idok ler.....So balik ler kami ke pangkal jalan...

Sampai hotel, masing2 ketiduran. Kejut suruh naik atas pun tak boleh bukak mata dah. Sian. So ktorg kasi budak2 tido sampai diaorg puas. Takmo kejut. Ikutkan hati balik je hotel, mandi2, solat pastu nak kuar balik. Tp tgk bdk2 penat, postpone je la. Dlm kul 7pm baru diaorg bgn. Terus mandi2, gi shopping complex nama dia MBG. Kt sini best ada mcm flea market dlm shopping complex. So adalah lega shopping dlm keadaan sejuk. Hehehe

Tp MBG ni tutup awal. kul 9.00pm dah tutup. Sempat beli keychain je. Nak cari makan pun tak sempat. So balik la ke Sukhumvit balik. Cari Nasi Beriyani kat kedai Arab semalam je. Senang. Perut dah lapar. Kalau nak cari Halal Food tmpt lain kang buang masa je. Dah makan kenyang, balik hotel. Kali ni tak naik tut tut ke hotel. Kitaorg jalan kaki!!!..Ni semua Daddy punya paksaan. Lebih 1km ok jalan dgn bdk2. Arsyad lapan ploh kali tnya jauh lagi ke? kaki dah tak larat...hahaha..Siap dia ckp, "Mummy, jom la kita lari..cepat sikit sampai..." Alololo..comey nya anak aku nih!!

Sampai hotel, tukar baju tido...kebabom la kan...Tp si Aina and Aliyah plak takleh tido. Diaorg kan dah tido lama ptg tu..So diaorg lepak tgk tv...cite Fashion TV okeh..kelas korang..Auntie zu pun tak layan Fashion TV...hahaha...

Ok la esok cite lain plak. Pun hari yg memenatkan. Tak kisah la penat ke tak. Yg penting anak2 happy kan....

:: Lupa lak nak letak.ni salah sorang peminat Adelia kat MBG tu..senang mak ko....ada org sudi nak tolong pegang..hehehe::